You are on page 1of 8

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Kota Belud II

Kampung Kinasaraban,

89150,Kota Belud,Sabahr.

(Nombor 1) TAJUK :

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

DI KAMPUNG KINASARABAN,

KOTA BELUD

NAMA : NURUL ZAFIRAH BINTI ZAIMAN

KELAS : 3 AMANAH

SEKOLAH : SMK PEKAN KOTA BELUD II

NAMA GURU : PN NITAH JAIM

TARIKH HANTAR : 30 APRIL 2010

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

—————————- —————————

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan

2) Pendahuluan

3) Objektif Kajian

4) Kawasan Kajian

5) Kaedah Kajian

6) Hasil Kajian

7) Rumusan
8) Rujukan

9) Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Pekan
Dua Kota Belud II, En Matlan bin Datu Unjong kerana telah memberikan kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru
Geografi saya iaitu Pn. Naimah Lamsin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit
yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Hud Romel, Hasrul, Muhd Nur Ammar
dan Anwar Ibrahim yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan
temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan basikal kepada
saya.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun
yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini
dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan
Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu
Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk
membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan
tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun, sememangnya terdapat migrasi yang
berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan
sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac
sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan
yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal
saya.

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan


1) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2) Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan


kajian.

4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan


kajian.

6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg. Selulun


mengenai kepentingan migrasi.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan
kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 11 km
dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan
bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa
15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah
sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang.
Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan
dan pengangkutan yang sempurna.

Kampung Selulun mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini
menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung
ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira
1200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan
utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan
sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti
menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah Batu Pahat

2) Peta Pekan Parit Sulong

i) Tajuk dan Bingkai [1 m]

ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

3) Peta Kg. Selulun

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut
) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

iii) Tajuk dan Bingkai [1 m]


iv) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

v) Simbol Piawai [ 1 m ]

vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

( peta perlu kemas dan cantik )

- Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja
kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola


migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim

2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang


penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi
di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama
menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan
kawasan kampung.

3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang
perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian
yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan


dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang
penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia.

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi


sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada
kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini,
migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering
berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar bandar


Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.
Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor
tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak
lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta
seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan
oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA,
KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak
mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah
ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain
berhijrah ke kampung saya.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan


Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh
beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut
ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i) melanjutkan pelajaran

- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan


kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak
peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti
awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada
pelajar.

ii) peluang pekerjaan

- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan
yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor
perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga
menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan

- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan
tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi
FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari
kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk
mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari
kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.
iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa
buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut
keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak
langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin
bertambah secara semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang
hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering
berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi
yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat
ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di


kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke
luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan,
ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya
masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah
disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan
pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran
terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing
yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan
ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung
saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah
rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran


- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan
warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di
kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan
menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah
menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang
berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah
menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta
tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan
aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf
hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah
saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk
dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada
sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.

Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan
selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah
beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan
kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran
bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan
keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan

- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih


banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi
masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan
pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting
bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan
kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang
dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar
bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya
menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi.
Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk
kampung saya ini.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

i) Jadual

ii) Graf

iii) Carta Pai

iv) Peta Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa
yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada
penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh
menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu,
golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang
amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya