You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Cik

Shirley Sim kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan

kerja kursus ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ab. Aziz bin Samah ayah saya

dan Mohaya bt Rasid ibu saya yang sentiasa memberi bantuan,dorongan dan galakan

semasa saya sedang menjalankan kerja kursus saya.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang bersedia

berkongsi bahan.Mereka adalah Nadia Fatin bt Naharudin dan Hazwani bt

Khairuddin.Saya juga tidak lupa untuk menyatakan terima kasih kepada pihak

perpustakaan sekolah saya kerana membenarkan saya mencari dan meminjam bahan-

bahan bacaan yang sesuai dengan kerja kursus ini.

Sekian terima kasih.


OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian melalui kerja kursus ini.Saya membuat kajian

mengenai perayaan Tahun Baru Cina.

Melalui kajian ini saya dapat mendalami pengetahuan saya mengenai perayaan

Tahun Baru Cina.Kajian ini membolehkan saya mengetahui mengapa perayaan ini sangat

penting kepada masyarakat Cina di Malaysia dan tahu bagaimana orang Cina

menyambutnya secara besar-besaran.

Kajian ini dapat memupuk rasa toleransi dan muhibah pada diri saya sebagai

warganegara di Malaysia.Ini secara langsung, ia dapat memupuk perpaduan.

Kajian ini juga membolehkan saya mempelajari kemahiran-kemahiran

menghasilkan satu kerja kursus yang baik.Saya belajar mencari dan mengumpul bahan-

bahan sejarah menganalisis, merumus dan merekodkan fakta sejarah.

Melalui kerja kursus ini, saya belajar untuk bekerjasama dan menolong satu

sama lain dalam menjayakan kerja kursus ini.


KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian :

1) Saya menggunakan kaedah penyelidikan dan perpustakaan.Saya telah berjaya

memperolehi beberapa buah buku ilmiah dan majalah di perpustakaan sekolah

saya dan di Perpustakaan Awam Muar.

2) Saya telah melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang sesuai dengan

kajian saya.Di antara laman web yang saya kunjungi ialah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

3) Saya telah mengadakan temu bual dengan jiran saya untuk mendapatkan

maklumat tambahan.Beliau ialah Encik Lim Kok Wei.

4) Akhir sekali saya telah menggunakan kaedah Analisis Dokumen. Semua

maklumat yang saya perolehi di pelbagai sumber telah dikaji dan fakta-fakta

pentingnya telah digunakan dalam hasil kajian saya.


RUJUKAN
INTERNET

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

MAJALAH

1.Majalah Sekolah Bukit Pasir, Semekar 2006, m/s 55-56

BUKU ILMIAH

1. Perayaan Masyarakat Majmuk, 2005, m/s 25-30

AKHBAR

1. Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010, halaman 14-15.


RUMUSAN
Saya berasa gembira kerana telah berjaya melengkapkan kerja kursus saya

mengikut format yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.Kajian saya mengenai

perayaan tradisi kaum Cina yang merayakan Tahun Baru Cina telah dapat menambahkan

pengetahuan saya.Kini saya lebih memahami mengapa Tahun Baru Cina penting kepada

kaum Cina dan bagaimana perayaan itu disambut secara besar-besaran.

Perayaan tradisi pelbagai kaum telah disambut dengan penuh kemeriahan di

negara ini.Saya rasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia kerana perayaan-perayaan

ini bukan saja diraikan oleh satu-satu kaum Cina tetapi rakyat Malaysia daripada kaum-

kaum yang lain turut menyambutnya bersama-sama.Oleh itu,perayaan tradisi dapat

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan

agama.Terdapat nilai hormat-menghormati dan semangat muhibah melalui amalan

menziarahi rakan-rakan yang menyambut satu-satu perayaan.

Perayaan tradisi ini mewujudkan perasaan bangga dalam diri saya.Setiap

perayaan mempunyai budaya dan kepercayaan masing-masing.Saya harus belajar untuk

menghargai tradisi dan budaya yang diamalkan di negara kita.