P. 1
ISU ANTARA AGAMA

ISU ANTARA AGAMA

|Views: 2,128|Likes:
Published by egahmulia
Koleksi berita dan artikel Isu Antara Agama - Utusan Malaysia 9 - 16 April 2010
Koleksi berita dan artikel Isu Antara Agama - Utusan Malaysia 9 - 16 April 2010

More info:

Published by: egahmulia on Apr 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/24/2012

pdf

text

original

ILANI ISAHAK DILANTIK PEGAWAI PENYELARAS KHAS AGAMA

KUALA LUMPUR 6 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Khas bagi jawatankuasa khas berhubung isu antara agama dalam negara. Tsu Koon berkata, Kabinet telah memutuskan menubuhkan jawatankuasa khas tersebut pada Januari lalu bagi menyuburkan semula keharmonian dan kesefahaman di antara agama -agama di Malaysia. "Jawatankuasa khas ini akan dipengerusikan oleh Ilani dan ahli -ahlinya termasuk perwakilan dan pegawai Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHST) dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO). "Ia bertujuan memberikan peluang kepada pemimpin agama -agama di negara ini dapat menukar pandangan dan membincangkan isu berkaitan bersama supaya mengelakkan perselisihan faham yang tidak berpatutan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Tsu Koon berkata, jawatankuasa yang tertakluk di bawah Jabatan Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi itu boleh menyampaikan suara hati secara langsung kepada beliau. "Pada masa sama, saya akan melaporkan isu ini kepada Kabinet" katanya. Tsu Koon menjelaskan jawatankuasa khas berkenaan akan mengadakan perbincangan dari masa -masa secara formal atau informal bagi membincangkan isi agama di negara dan memahami kebudayaan agama di antara satu sama lain. Tambahnya, jawatankuasa khas itu juga akan mengadakan aktiviti kebajikan bersama tanpa mengira agama bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan orang miskin. "Saya yakin keharmonian akan disuburkan melalui sumbangan perbincangan dan aktiviti kebajikan jawatankuasa khas ini," katanya. Tsu Koon bagaimanapun menegaskan jawata nkuasa khas berkenaan tidak melibatkan ahli politik yang aktif. Jelasnya, ini kerana beliau berharap isu -isu yang dibincangkan dalam jawatankuasa khas itu tidak harus dipolitikkan.
1

"Kita bukan tidak percaya kepada politik tetapi pihak saya rasa ini adalah lebih baik ia bebas daripadanya dan tidak akan terjadi satu isu sensitif," katanya. Tsu Koon berkata, ia merupakan titik permulaan yang baik untuk menubuhkan jawatankuasa khas itu supaya semua pemimpin agama akan saling memahami dan bersama-sama menangani isu berkaitan. Utusan Malaysia, 7 April 2010

PASTIKAN ISLAM KEKAL AGAMA PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR 8 April ± Persatuan Peguam Muslim Malaysia mahu kerajaan memastikan peranan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan penubuhannya kelmarin mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan. Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, justeru pihak yang terlibat dalam jawatankuasa itu tidak boleh sesekali mahu menyamakan hak semua agama kerana Islam punya kedudukan istimewa di sisi Perlembagaan. Kata beliau, ini supaya jawatankuasa tersebut tidak menjadi jalan keluar kepada kegagalan menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditolak kerajaan dan umat Islam sebelum ini. µµBagaimanapun umat Islam tidak menolak sebarang dialog bagi memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama yang ada di negara ini. µµNamun yang menjadi masalah ialah usaha dialog seumpama itu disalah guna bagi mencampuri urusan agama lain seperti IFC dan ini perlu dipastikan kerajaan tidak berlaku pada jawatankuasa tersebut,¶¶ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Zainul juga berharap jawatankuasa itu akan menjadi dialog yang mampu mengukuhkan perpaduan seluruh rakyat negara ini. Justeru katanya, untuk mencapai hasrat tersebut, jawatankuasa berkenaan harus dipastikan bergerak dalam landasan menghormati keduduk an istimewa Islam sebagai agama Persekutuan. µµKita tolak IFC sebab ia usaha untuk ubah dialog µinter agama¶ kepada µintra agama¶. Itu yang umat Islam tak boleh terima,¶¶ katanya. Tambahnya, dialog antara agama bukanlah sesuatu yang baru kepada umat Islam sebaliknya ia telah lama wujud di negara yang berbilang kaum.
2

Sementara itu, Penasihat Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Datuk Muhamad Burok berkata, sekiranya jawatankuasa khas itu berjaya diadakan, ia mestilah bersifat bebas tanpa perlu wujud campur tang an pihak tertentu khususnya daripada parti politik. Sehubungan itu katanya, jawatankuasa itu perlu dipimpin oleh mereka yang benar benar pakar agar kredibiliti dan peranannya sebagai badan yang mewujudkan persefahaman di antara agama -agama diyakini dan diiktiraf oleh rakyat. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Muhamad Isa Abdul Ralip berkata, jawatankuasa itu wajar diwujudkan untuk menyelesaikan masalah berkaitan agama namun ia perlu dilarang sama sekali mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Justeru katanya, jawatankuasa itu perlu dipantau agar tujuan penubuhannya tidak lari daripada landasan yang ditetapkan. ³Sekadar dialog tiada masalah namun sekiranya ia dijadikan medan untuk memperjuangkan kesamarataan antara agama, ini yang perlu dihalang,´ katanya. Utusan Malaysia, 9 April 2010

JAWATANKUASA KERJA PERHUBUNGAN ANTARA AGAMA BERBEZA DENGAN IFC
YAN 10 April - Semua pihak perlu memahami bahawa Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini, berbeza dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), yang ditolak kerajaan sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu adalah bagi mempromosikan persefahaman bersama dan keharmonian di kalangan pelbagai agama. "Dalam jawatankuasa ini, kita akan duduk berbincang tentang hal -hal berkaitan sensitiviti agama dan mencari persefahaman yang tidak ada kena mengena dengan sebarang peraturan atau parti politik. "Kalau ada hal-hal yang timbul, akan dibincangkan dan diselesaikan di peringkat itu sahaja,´ katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Dekat Rakyat Giatmara-Yayasan Taqwa di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta
3

pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . - Bernama Utusan Malaysia, 10 April 2010

MUFTI DIMINTA PANDANGAN BERHUBUNG JAWATANKUASA ANTARA AGAMA
PASIR MAS 9 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya amat terkejut kerana kerajaan tidak mendapat pandangan pihak lain terutama Majlis Raja -Raja terlebih dahulu sebelum menubuhkan jawatankuasa tersebut. Beliau berkata, pihaknya bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Isla m setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dalam Perlembagaan Islam adalah agama rasmi persekutuan. "Perkasa minta supaya mufti dan juga alim ulama memberi pandangan mengenai penubuhan jawatankuasa agama beberapa hari lalu sebab ramai yang terperanjat kerana cadangan seperti ini dulu sudah kedengaran tetapi mendapat bantahan umat Islam. "Kerajaan juga perlu mendapat pandangan Majlis Raja -Raja kerana Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama negara dan sultan ketua agama negeri, adakah raja -raja merestui penubuhan ini?" katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan permaidani bernilai RM22,500 kepada Masjid Kampung Bechah Durian selepas solat Jumaat di sini hari ini. Untuk tahun ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyediakan pe runtukan RM300,000 untuk membaiki dan menyediakan kelengkapan masjid serta surau di seluruh kawasan tersebut. Semalam, akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak dilantik sebagai Pegawai Pen yelaras Khas bagi jawatankuasa khas berhubung isu antara agama dalam negara. Kabinet telah memutuskan menubuhkan jawatankuasa khas tersebut pada Januari lalu bagi menyuburkan semula keharmonian dan kesefahaman antara agama di Malaysia.

4

Pada 2005, telah wujud cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM). Bagaimanapun Majlis Mufti-Mufti Malaysia mengambil ketetapan menolak cadangan itu kerana ia tidak memberikan apa -apa faedah dan hanya merugikan umat Islam. Ibrahim berkata, Perkasa akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut Ahad ini sebelum menetapkan pendirian mereka berhubung isu terbabit. "Kita faham tujuan (jawatankuasa ditubuhkan) bagi membolehkan pemimpin agama duduk semeja berbincang dan bertukar pendapa t tetapi kita tidak mahu meletak Islam setaraf dengan agama lain. "Dialog antara agama boleh dibuat secara tidak formal tetapi dengan penubuhan jawatankuasa ini, ia telah dibuat secara formal dan boleh meletakkan Islam sama dengan agama lain. Ini amat bert entangan dengan Perlembagaan," katanya. Menurut beliau, tindakan melantik seorang wanita sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut juga boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang hati di kalangan pemimpin umat Islam. Ujarnya, ia mungkin disebabkan individu terbabit tidak mempunyai kredibiliti serta kefahaman yang tinggi dalam agama Islam untuk mempengerusikan jawatankuasa terbabit. "Saya melihat ia seolah -olah Islam lawan dengan semua agama lain kerana ia diwakili oleh Majlis Perundingan Agama Budha , Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHST). "Sebab itu, kita mahu pandangan daripada mufti dan alim ulama tentang perkara ini terutama dalam soal akidah," katanya. Utusan Malaysia, 10 April 2010

JANGAN PANDANG SERONG JAWATANKUASA KHAS
BESUT 10 April - Semua pihak diminta tidak memandang serong terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama kerana ia bertujuan mewujudkan keharmonian. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa khas tersebut mempunyai fungsi berbeza dengan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC) yang dicadangkan penubuhannya kira -kira lima tahun lalu.
5

Beliau berkata, keharmonian dan pemahaman di antara agama cukup penting dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. "Pada hemat saya masalah antara agama tidak diwujudkan oleh pengemudi agama berkenaan tetapi diwujudkan oleh ahli politik yang agak sempit dalam menghuraikan agamanya menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan pengikut. "Tetapi dengan adanya jawatankuasa ini keharmonian ya ng dihasratkan oleh Perdana Menteri melalui 1Malaysia dapat diwujudkan. "Saya harap jawatankuasa ini dapat menjadi jambatan jika ada masalah yang timbul dan bukannya menjadi isu polemik negara yang boleh menyebabkan perpecahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak di sini hari ini. Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas b erhubung isu antara agama . Ahmad Zahid berkata, kewujudan jawatankuasa khas itu juga dapat mengelakkan daripada membincangkan isu agama secara terbuka dalam media atau dibawa ke mahkamah sehingga menimbulkan ketegangan. "Daripada dibincang secara terbuka dalam media atau dibawa ke mahkamah lebih baik dibawa ke jawatankuasa secara formal untuk diselesaikan dan ini dapat mengelakkan kekeliruan. "Sewaktu saya jadi menteri yang menjaga agama banyak kes seperti ini tetapi ada jawatankuasa antara agama kita dapat selesaikan kes ini di luar mahkamah dan tidak mendapat liputan media," katanya. Tambah beliau, Kabinet juga bersetuju untuk memilih Datuk Ilani Ishak sebagai pengerusi jawatakuasa itu disebabkan latar belakangnya dalam bidang perundangan dan agama. "Pelantikan Ilani yang merupakan seorang peguam yang mempunyai latar belakang agama dibuat supaya apa yang akan disampaikan kepada agama lain dapat diterima dengan baik," katanya. Mingguan Malaysia, 11 April 2010

6

MENCARI TITIK PERSEFAHAMAN
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH utusankedah@utusan.com.my

YAN 10 April - Semua pihak khususnya umat Islam di negara ini tidak perlu khuatir dengan penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama kerana ia berbeza dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditolak kerajaan sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penubuhan jawatankuasa khas berkenaan bertujuan mencari titik persefahaman antara agama sejajar dengan tuntutan Islam supaya umatnya saling bermuzakarah dalam bentuk yang sihat. Katanya, jawatankuasa berkenaan juga tidak ada kuasa untuk mengarahkan sesuatu tindakan diambil dan tidak kena mengena dengan hal -hal berkaitan politik. "Ia bukan untuk tujuan politik atau kuasa menggubal akta undang -undang dan sebagainya. "Mereka hanya duduk berbincang bagi mencari jalan supaya jangan timbul hal -hal sensitif sehingga ia sukar untuk dibendung di luar, sebaliknya diselesaikan di peringkat itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Dekat Rakyat GiatMara-Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini hari ini. Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya amat terkejut kerana kerajaan tidak mendapat pandangan pihak lain terutama Majlis Raja - Raja terlebih dahulu sebelum menubuhkan jawatankuasa tersebut. Beliau turut dilaporkan berkata, pihaknya bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dal am Perlembagaan, Islam adalah agama rasmi persekutuan. Mengenai dakwaan Perkasa itu, Jamil Khir berkata, jawatankuasa tersebut ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bagi menyuburkan keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara ini.
7

Kata beliau, penubuhannya juga hanya bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal daripada pihak terlibat berkenaan sesuatu isu yang timbul. Mengenai permintaan Perkasa agar mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas itu, beliau berkata, ia elok dilakukan jika dapat menghilangkan keraguan di kalangan pihak tertentu. Ditanya tentang Program Dekat Rakyat itu, Jamil Khir memberitahu, ia merupakan kesinambungan daripada program Juara Rakyat yang diadakan di kawasan itu hasil kerjasama antara GiatMara dengan Yayasan Taqwa MAIWP untuk membantu masyarakat setempat. Menerusi program tersebut, katanya, yayasan berkenaan menyediakan peruntukan bagi membiayai kerja-kerja membaikpulih 20 buah rumah penduduk miskin terpilih dengan dilaksanakan oleh pelatih dan bekas pelatih GiatMara. Mingguan Malaysia, 11 April 2010

JAWATANKUASA KHAS PERLU DITUKAR
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpendapat jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang ditubuhkan kerajaan bagi mencari titik persefahaman antara agama di nega ra ini lebih wajar ditukar kepada jawatankuasa perhubungan antara kaum. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kewujudan jawatankuasa khas antara agama itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak masalah lain yang berkaitan dengan agama di negara ini ter utama apabila ia melibatkan agama Islam. "Kita masih sangsi dan tak dapat terima jawatankuasa ini. Sepatutnya apabila ia melibatkan agama Islam, jawatankuasa seperti itu diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)," katan ya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa pertama Perkasa di sini hari ini yang antara lain turut membincangkan pendirian pertubuhan itu mengenai jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa itu yang dipengerusikan o leh bekas Ahli Parlimen, Datuk Ilani Ishak sebelum ini ditubuhkan setelah mendapat kelulusan Kabinet bagi mewujudkan keharmonian dan pemahaman antara agama.

8

Semalam, Perkasa menggesa mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas itu kerana bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi persekutuan. Ibrahim berkata, jawatankuasa perhubungan ant ara kaum lebih sesuai diwujudkan di negara ini berbanding dengan jawatankuasa khas antara agama itu. "Kita percaya walaupun jawatankuasa khas antara agama ini ditubuhkan bagi mendapatkan input tentang antara agama, ia masih boleh memberi masalah dari segi pelaksanaan dan kita juga khuatir ia disalah guna oleh pihak tertentu. "Jadi kenapa tidak dinamakan saja jawatankuasa perhubungan antara kaum? Itu cadangan kita. Tetapi kita difahamkan bahawa sebelum ini pun sudah ada jawatankuasa melibatkan kaum namun ahl i jawatankuasanya tidak dijemput bermesyuarat sehingga hari ini pun," katanya. Ibrahim berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang melahirkan kebimbangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas antara agama itu. Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Majlis Raja Raja Melayu bagi menyatakan pendirian pertubuhan itu berhubung isu tersebut. Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, Perkasa akan menganjurkan bengkel Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diada kan di Memorial Tun Hussein Onn pada 24 April ini bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Menurutnya, bengkel tersebut dianjurkan bagi membincang isu -isu dan cabaran terkini orang Melayu dan bumiputera setelah MEB dilancarkan oleh kerajaan baru baru ini. Katanya, bengkel tersebut akan menampilkan beberapa tokoh akademik dan cendekiawan bagi membincangkan isu -isu berkaitan MEB. Utusan Malaysia, 12 April 2010

9

JAWATANKUASA FATWA PERAK...
12/04/2010 4:26pm

Ipoh - Jawatankuasa Fatwa Perak membantah kelulusan kabinet menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkata, ia bukan medium sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain. Utusan Malaysia, 12 April 2010

PERAK BANTAH BADAN ANTARA AGAMA
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my

IPOH 12 April ± Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain. ³Apatah lagi kewujudannya adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang telah ditentang dan ditolak umat Islam,´ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mengulas lanjut Harussani menegaskan, keputusan menolak penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 hingga 8 April lalu. Katanya, perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif. Menurut beliau, setiap agama yang wujud tidak boleh disamakan dengan agama Islam yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah SWT seperti firman -Nya yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19) ³Setiap orang Islam juga berkewajipan memelihara agamanya daripada sebarang anasir yang boleh merosakkannya,´ tegas Harussani.
10

Menurutnya lagi, walaupun sebarang bentuk rundingan atau dialog berhubung agama dibolehkan, namun ia patut dielakkan sama sekali apatah lagi jika rundingan itu dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka. ³Sebarang bentuk dialog yang boleh mencemar dan menjatuhkan imej dan kesucian Islam hendaklah dielakkan. ³Ia bertepatan dengan kaedah fikah itu sendir i iaitu membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan,´ katanya. Jawatankuasa Fatwa, kata Harussani, juga mencadangkan supaya penubuhan jawatankuasa khas antara agama tidak sahaja dirujuk kepada Kabinet untuk tujuan kelulusan tetapi juga ke pada Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama Islam. Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas tersebut. Menurut Perkasa, ia bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara. Jawatakuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Ilani Ishak itu ditubuhkan setelah mendapat kelulusan Kabinet. Ia bertujuan mewujudkan keharmonian dan persefahaman antara agama. Utusan Malaysia, 13 April 2010

MUFTI JOHOR SOKONG PERAK
JOHOR BAHRU 13 April ± Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsuddin menyokong keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang membantah penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . Katanya, secara peribadi beliau cenderung untuk menyokong keputusan Perak tersebut kerana alasan dan hujah yang dikemukakan adalah tepat dan wajar. ³Sebagai orang Islam kita mesti berasa bimbang dengan status agama kita pada masa depan apabila Islam boleh dibincangkan di peringkat pelbagai agama dan dibimbangi akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain,´ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

11

Bagaimanapun Tahrir menegaskan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor belum membuat sebarang keputusan. Di Ipoh, Gagasan Melayu Perak (GMP) turut menyokong langkah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membantah penubuhan jawatankuasa itu. Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan taktik halus pihak tertentu meminggirkan Islam sebagai agama rasmi serta membelakangkan Majlis Raja -Raja. Sementara itu di Pulau Pinang, Jawatankuasa Fatwa negeri akan mendapatkan pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum membuat pendirian. Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat khas bersama Jakim di Putrajaya esok. Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri negeri hanya akan bermesyuarat pada 30 April ini. Utusan Malaysia, 14 April 2010

MUFTI BINCANG ISU ANTARA AGAMA HARI INI
KUALA LUMPUR 13 April ± Bantahan yang timbul terhadap pembentukan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan dibincangkan bersama semua mufti negeri esok. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, satu muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang secara kebetulan dijadualkan esok akan digunakan sebagai platform untuk membincangkan persoalan yang timbul mengenai jawatankuasa khas berkenaan. ³Muzakarah ini bukan diadakan khusus untuk isu itu semata-mata. Ia turut membincangkan pelbagai perkara lain yang melibatkan umat Islam di negara ini,¶¶ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, turut dijangka menyertai muzakarah itu ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengemukakan bantahan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terhadap keputusan Kabinet dalam penubuhan jawatankuasa khas berkenaan. Harussani semalam melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu yang dibimbangi akan menimbulkan tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain. Utusan Malaysia, 14 April 2010
12

MUFTI AKAN DIBERI PENJELASAN ± TPM
Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN pengarang@utusan.com.my

KANGAR 13 April ± Perjumpaan khas dengan semua mufti akan diadakan dalam masa terdekat bagi menerangkan fungsi sebenar jawatankuasa khas berhubung isu antara agama , kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah diarahkan untuk mengadakan perjumpaan tersebut yang mungkin akan berlangsung dalam masa sehari dua ini. Katanya, penerangan itu bagi menjelaskan peranan jawatankuasa berkenaan yang sebenarnya tidak mencampuri urusan pokok agama Islam. µµJawatankuasa yang ditubuhkan baru -baru ini, berbeza dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan Majlis Antara Agama yang tel ah ditolak kerajaan sebelum ini, jawatankuasa ini hanyalah sebuah badan di peringkat pentadbiran bagi berbincang mengenai usaha untuk mengukuhkan perpaduan,¶¶ katanya. Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pemimpin Komponen Barisan Nasional Negeri Perlis di sini hari ini. Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama . Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah dalam kalangan penganut agama lain. Sementara itu, Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu akan berbincang mengenai usaha untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama dan ia terletak di bawah Panel Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Menurutnya, jawatankuasa itu tidak akan membincangkan perkara -perkara berkaitan tuntutan agama sebaliknya ia adalah satu ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. µµJawatankuasa itu tidak akan mengambil sebarang tindakan, semua cadangan akan diserahkan kepada kita dan kita yang nilai,¶¶ jelasnya.

13

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan portal berita propembangkang, Malaysiakini kononnya beliau mengkategorikan jawatankuasa tersebut sebagai µtidak penting¶. Katanya, laporan mengenai perkara itu sengaja ditulis oleh pihak yang berkepentingan sedangkan beliau langsung tidak menyebut perkataan tersebut. ³Laporan dalam Malaysiakini memuatkan kononnya saya menyebut µsmall fry¶ (tidak penting) terhadap jawatankuasa itu. Saya langsung tidak menyebut perkataan tersebut. µµSaya percaya pihak berkenaan mempunyai kepentingan tertentu sehingga mereka meletakkan saya menggunakan perkataan tersebut terhadap jaw atankuasa berkenaan. µµSaya akan teliti laporan media dan media itu haruslah lebih bertanggungjawab. Saya telah lama dalam politik, saya tahu apa media mahu, Saya jelaskan satu persatu supaya media menulisnya satu persatu,´ tegasnya. Utusan Malaysia, 14 April 2010

PERLUKAH BADAN ANTARA AGAMA?
Oleh KHAIROL ANUAR MASUAN

AMAT mengejutkan apabila ada pihak yang ingin menubuhkan badan antara agama. Penulis berkongsi kebimbangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana ia bukan medium yang sesuai. Malah dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain. Jika dahulu ada usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama dan gagal sekarang ia diwujudkan dengan nama yang lain. Tetapi hakikatnya ia adalah tetap sama. Ibarat rotan tidak dapat akar pun jadilah. Persoalannya perlukah badan agama atau dengan nama lain sekalipun diwujudkan? Kebimbangan Mufti Perak amat berasas kerana agama lain tidak berhak untuk duduk sama rendah atau sama tinggi dengan agama lain. Ini kerana jelas di dalam al-Quran bahawa agama yang diiktiraf Allah SWT adalah agama Islam. Jika badan antara agama ini wujud maka seolah -olah Islam tiada bezanya dengan agama lain kerana kedudukannya telah "dicairkan" oleh agama -agama lain. Akhirnya orang akan tersilap pandangan bahawa Islam itu hanya agama seperti mana agama lain, bukannya cara hidup.

14

Persoalan dasar kepada masalah ini ialah dengan adanya badan antara agama bermakna kedudukan Islam dalam Perlembagaan negara juga turut dipertikai di akhir nanti. Ini kerana bila badan antara agama wujud maka pertemuan tahunan yang akan diadakan menjadi lapangan orang lain untuk mempersoalkan kedudukan Islam. Walhal kedudukan Islam di sisi Allah SWT tidak boleh dipersoal begitu juga di dalam Perlembagaan. Pertemuan tahunan akan mewujudkan wacana atau discourse analysis terhadap agama Islam. Seperti yang diutarakan oleh Michel Foucault bahawa setiap wacana adalah cara pemikiran yang boleh dimanifestasikan melalui bahasa. Jadi untuk mencari "kebenaran" maka mestilah melalui perbincangan yang had -had dibolehkan. Tetapi had -had ini berubah-ubah. Kita lihat bagaimana agama samawi lain yang telah diubah -ubah sehingga mengatakan Nabi Isa anak Tuhan. Ini bermakna had-had yang dahulunya taboo tetapi sekarang dibolehkan. Walhal kebenaran milik Allah. Wacana ini sekali gus akan mencetuskan anjakan paradigma negatif kepada Islam dan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan. Apatah lagi wacana ini akan tertakluk kepada apa yang disebutkan sebagai neologisme dan protologisme. Kedua-dua konsep ini perlu difahami agar kita faham kenapa pihak -pihak ini beria-ia untuk mewujudkan badan antara agama. Neologisme akan membincangkan sesuatu isu yang sedia wujud dan pada masa yang sama istilah -istilah itu wujud sekali. Namun begitu dalam wacana teologi ia akan mencadangkan doktrin baru dan juga interpretasi baru. Bukankah bila wujud badan antara agama maka doktrin dan interpretasi baru kepada Islam akan timbul? Sedangkan Islam itu sempurna, yang silap ialah penghayatannya. Protologisme yang baru diutarakan oleh Mikhail Epstein (2003) menyebutkan bahawa dalam wacana sesetengah istilah akan dicadang dan lama kelamaan ia akan diterima. Ambil contoh perkataan terorisme ia mulanya dicadangkan tetapi sekarang ia diterima sebagai sinonim dengan Islam. Kita lihat pula beberapa perkataan baru yang dikaitkan dengan Islam contohnya Islamophobia. Kita bimbang bahawa akan diwujudkan istilah -istilah baru melalui wacana-wacana ini. Seterusnya lebih menakutkan pihak -pihak ini akan berlagak kononnya sebagai "juara" kepada Islam untuk mewakili Islam dan menidakkan peranan ulama dan mufti. Atas dasar kebebasan sebagai manusia yang mendewakan manusia. PENULIS ialah Perunding Psikologi Utusan Malaysia, 14 April 2010
15

ADAKAH SALAH DIALOG ANTARA AGAMA?
Oleh KASSIM AHMAD kassim1234@gmail.com

JAWATANKUASA Khas Dialog Antara Agama yang telah ditubuhkan oleh Kabinet telah dibantah oleh Perkasa dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak atas alasan bahawa Islam sebagai agama negara Malaysia duduk di bawah bidang kuasa Majlis Raja-raja Melayu, bahawa Isla m ialah agama yang direda oleh Tuhan (Quran, 3: 19) dan dengan itu tidak sama dengan agama -agama lain, dan agama Islam tidak boleh dibincang oleh orang bukan Islam dan orang -orang yang tidak faham Islam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas itu bertujuan menganjurkan persefahaman antara agama dan tidak mempunyai kuasa, kecuali untuk memberi nasihat kepada kerajaan semata mata. Apakah bantahan Perkasa dan Majlis Fatwa Negeri Perak itu munasabah? Untuk menjawab soalan ini, fikiran rasional berdasarkan fakta dan akal rasional diperlukan, bukan emosi, apa lagi ketaksuban. Sejarah telah membuktikan bahawa agama boleh membawa kepada kebaikan yang besar, tetapi ia juga boleh membawa kepada keburukan yang besar. Ajaran para nabi dan rasul, khasnya nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad, telah membawa kebaikan yang besar kepada masyarakat dan tamadun manusia. Nilai -nilai kebebasan melawan perhambaan, keadilan melawan kezaliman dan kerahiman melawan kekejaman dibawa dan diperjuangkan oleh mereka. Sebaliknya, ketaksuban kepada sesuatu agama atau kepada tafsiran sesuatu agama telah membawa kerosakan besar kepada masyarakat dan tamadun manusia. Contoh-contohnya banyak. Perang Sabil antara orang Kristian dan orang Islam berlanjutan selama dua ratus tahun antara abad ke -11 hingga ke-13, penyiksaan oleh Gereja Kristian terhadap ahli -ahli sains, seperti Galileo, perang saudara antara pengikut-pengikut Khalifah Ali d an Khalifah Othman dalam abad pertama Islam, dan dalam zaman moden, perang antara Iran dan Iraq (1980 -1988). Dalam Quran tiga sikap dianjurkan terhadap agama -agama lain. Pertama , sikap bertelorensi: "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." (Quran, 109: 6) Kedua , sikap rasional mengadakan perbahasan yang baik: " « dan debatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik," (Quran, 16: 123) Ketiga, sikap meyakini bahawa kebenaran akan muncul akhirnya melalui proses alamiah: "Jika ada orang yang membantahmu selepas datang kepadamu pengetahuan, katakanlah, 'Marilah kita panggil anak -anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri

16

kami dan isteri-isteri kamu, dan kami sendiri dan kamu pun, kemudian marilah kita serukan laknat Tuhan menimpa orang yang berdusta.'" (Q uran, 3: 61) Islam disifatkan sebagai agama yang diredai Allah ( Quran, 3: 19) dan juga agama kebenaran (9: 33; 48: 28; 61: 9) dan agama Allah (110: 2). Soalnya, apakah sekarang kita masih mengikuti Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad, atau kita telah menukar agama itu menjadi agama -agama yang telah menyeleweng, seperti yang telah berlaku kepada umat Nabi Musa (agama Yahudi) dan kepada umat Nabi Isa (agama Kristian)? Satu tanda yang harus kita fikirkan ialah kedudukan umat Islam yang di bawah sekali di dunia hari ini, dibandingkan dengan kedudukan mereka pada nombor satu pada zaman awal Islam (abad ketujuh hingga abad ke -13 (kejatuhan Baghdad). Lagi pun, kita harus ingat bahawa Islam itu bersifat universal untuk seluruh dunia, bukan milik khas umat Islam saja. Untuk Islam dianut oleh seluruh manusia, ia perlu berdialog dan membuktikan kebenarannya kepada seluruh dunia. Sikap menyembunyikan diri kita di sebalik sangkaan dan dakwaan bahawa kitalah yang paling baik tidak rasional dan tidak dapat dit erima oleh semua orang, bukan Islam dan juga orang Islam sendiri. Di kalangan orang bukan Islam juga terdapat mereka yang percaya kepada Tuhan Yang Esa. (Quran, 2: 62) Perhatikan, sebagai contoh, tokoh India yang besar, Mahatma Ghandhi. Beliau pernah berkata: "Saya Hindu, tetapi saya juga Yahudi, saya juga Kristian dan saya juga Islam." Maksud beliau dia mempercayai segala yang baik dari semua agama, persis seperti yang disebutkan dalam Surah 2, ayat 62, yang telah kita rujuk di atas. Harus diingat bahawa kita semua, di satu pihak, ialah hamba Allah - boleh diperintah ke sana ke mari. Jika kita, umat Islam, gagal melakukan tugas kita di dunia, amatlah mudah bagi Tuhan Maha Berkuasa menggantikan kita dengan umat lain untuk mengibar panji-panji tamadun. Firman Tuhan: "Jika kamu berpaling tadah, Dia akan menggantikan kamu dengan orang lain, dan mereka tidak akan menjadi seperti kamu." (Quran, 47: 38) Nyatalah perkara ini sudah berlaku. Malangnya, kita masih tidak sedar. Bahasa Melayu mempunyai ungkapan cantik yang sebenarnya kena ke batang hidung kita sendiri: "bodoh sombong". Sudah sampai masanya kita bangun daripada tidur kita yang lama dan kembali ke jalan Allah. Kata pepatah Melayu lagi, "Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan." Kebijaksaan -kebijaksanaan yang kita warisi daripada nenek moyang kita

17

haruslah kita manfaatkan. Jangan sia-siakan akal yang diberi oleh Tuhan kepada kita.
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas

Utusan Malaysia, 14 April 2010

DIALOG MEMAHAMI SATU SAMA LAIN
Oleh DR. SAODAH ABD RAHMAN

PERKARA-perkara sensitif seperti isu keagamaan perlu ditangani melalui dialog dan perbincangan di kalangan ahli yang pakar dalam hal ehwal keagamaan. Dialog keagamaan merupakan satu inisiatif yang baik untuk membuka ruang bagi ahli -ahli teologi dan juri dalam pelbagai agama membicarakan sesuatu yang terbuku dalam hati dan minda mereka. Perbincangan keagamaan mungkin menimbulkan pelbagai persepsi negatif di kalangan umat Islam terhadap program tersebut jika agenda dan etika dialog tidak dijelaskan secara terperinci. Pengalaman penulis menyertai dialog keagamaan di Barat sejak 1989 mendapati umat Islam sering membangkitkan isu keikhlasan pihak gereja menganjurkan dialog agama. Umat Islam menunjukkan sikap prejudis terhadap gereja kerana agama Kristian dan Islam merupakan agama yang paling aktif dalam misi pendakwahan. Sikap prejudis itu jika tidak ditangani secara perbincangan dan hikmah boleh menimbulkan pelbagai perspektif yang negatif. Pelbagai usaha dilakukan oleh para sarjana Islam dan Kristian di negara Barat bag i menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan keagamaan dan perundangan negara. Perbincangan keagamaan di Barat lebih terbuka kerana kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan corak hidup dan budaya sekular. Bagi masyarakat Barat, agama merupakan hak indivi du yang tidak perlu dipersoalkan oleh ibu bapa dan masyarakat apabila anak -anak mereka menjangkau umur 18 tahun. Corak pemikiran dan kehidupan begini menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat Islam yang berada di dunia Barat. Dialog keagamaan yang dilaksan akan di negara-negara Barat memberi kesan yang paling baik kepada umat Islam kerana melalui dialog ini, mereka dapat menjelaskan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat bukan Islam. Ini merupakan satu pendakwahan Islam terhadap masyarakat bukan Isla m. Pengalaman penulis menyertai Jewish, Christian and Muslim Conference pada 13 hingga 20 Mac 1989 di Bendorf, Jerman Barat dan Christian and Muslim Women Conference pada 28
18

Oktober hingga 4 November 1990 di tempat yang sama, mendapati perwakilan ketiga-tiga agama tersebut begitu gigih menunjukkan keindahan agama masing masing dan dialog agama menjadi begitu hangat apabila isu -isu keagamaan yang sensitif dibangkitkan. Hasil daripada perbincangan secara terbuka dan keikhlasan para peserta meluahkan perasaan dan ketidakpuasan terhadap satu sama lain, akhirnya berjaya menghasilkan resolusi yang baik dan diterima oleh kesemua pihak. Dialog agama yang dianjurkan di negara Barat lebih tertumpu kepada pemahaman terhadap budaya dan amalan agama yang pelbagai. Umat Islam begitu gigih menjelaskan secara terperinci amalan agama Islam yang tidak boleh dikongsi dengan masyarakat agama lain. Penjelasan begini memerlukan pemahaman agama yang mendalam dalam aspek teologi, hukum hakam dan undang -undang Islam. Sarjana Islam d i negara Barat begitu aktif menyertai dialog agama demi mempertahankan keindahan agama dan memperkukuhkan akidah umat Islam yang berada dalam dunia sekular. Memahami satu sama lain (mutual understanding) merupakan asas kepada dialog agama. Ia merupakan salah satu etika berdialog. Setiap individu yang ingin menyertai dialog keagamaan perlu memahami objektif dialog dan bukan untuk mengintegrasikan pemahaman teologi dan budaya kehidupan beragama mereka kepada golongan agama yang lain. Keikhlasan dalam dialog k eagamaan merupakan asas kejayaan dalam perbincangan. Dialog diadakan untuk memahami dan menjalinkan hubungan kemanusiaan secara harmoni, bukan untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kemarahan dan kebencian. Konteks budaya dan amalan keagamaan setiap masyarakat beragama perlu dihormati bukan dicemuh dan dijadikan bahan perbahasan oleh penganut agama lain. Setiap agama mempunyai amalan -amalan yang dianggap tidak rasional oleh penganut agama lain. Oleh itu, orang yang berada di luar lingkungan agama tersebut tidak mempunyai hak untuk mengintegrasikan budaya agama mereka ke dalam agama tersebut. Sikap begini bertentangan dengan etika masyarakat beragama. Menghormati budaya dan amalan agama masyarakat berbilang agama merupakan asas kepada perpaduan dan keharmonian. Dialog agama tidak akan berjaya jika individu yang menyertai dialog lebih cenderung kepada objektif pendakwahan agama kerana setiap individu yang menyertai dialog mempunyai hasrat untuk mempertahankan amalan agama masing -masing. Oleh itu, sikap faham memahami amat diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam negara yang dihuni oleh pelbagai agama dan bangsa. Reformasi yang wujud dalam sesuatu agama tertentu mungkin bersesuaian dengan agama itu sahaja. Tidak semua agama memerlukan reform asi kerana kepercayaan, pemahaman konsep hidup dan cara menyembah Tuhan adalah berbeza. Berdasarkan kepada pemahaman begini, maka 200 ahli teologi yang mewakili 20
19

agama dari 50 negara yang menghadiri Interreligious Assembly di Vatican, Rom pada 25 hingga 28 Oktober 1999 membuat resolusi bahawa keaslian dan kejituan setiap agama perlu dikekalkan dan setiap individu perlu menghormati amalan agama penganut agama yang berbeza. Usaha untuk mencampuradukkan sesuatu ajaran agama dengan agama lain ditentang oleh para ahli teologi kerana kegiatan begini boleh merosakkan keaslian dan kesahihan ajaran agama. Oleh itu, setiap individu yang menyertai dialog agama perlu menghormati etika berdialog supaya perkara yang sulit dan sensitif dapat diselesaikan secara berhemah.
PENULIS ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Utusan Malaysia, 15 April 2010

WAJAR JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANTARA AGAMA DITUKAR NAMA
NAMA Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini adalah untuk mempromosikan keharmonian dan persefahaman antara penganut pelbagai agama di negara ini wajar ditukar. Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama, yang diketuai oleh bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Ilani Ishak, juga ber tanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama. Jadi hal-hal semasa termasuk berkaitan dengan pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan boleh dibinca ngkan oleh jawatankuasa itu. Justeru Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata penubuhan jawatankuasa itu dikatakan tidak menjejaskan status agama masing masing seperti diperuntukan di bawah Perlembagaan. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Allied Coordinating Comitte for Islamic NGOs (ACCIN), ahli akademik serta wakil dari Sabah dan Sarawak. Tetapi bagi pihak mufti, tokoh agama dan pertubuhan Melayu - penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama itu telah menimbulkan kontroversi sebagai mana yang berlaku tentangan umat Islam terhadap S uruhanjaya Antara Agama.
20

Ada pihak mendakwa penubuhan itu mungkin sebagai reaksi kerajaan ekoran isu serta beberapa kejadian tidak menyenangkan berkenaan penggunaan kalimah Allah pada awal tahun ini. Keputusan ini juga dianggap tidak menguntungkan, sebal iknya menimbulkan kemarahan orang Islam di negara ini. Peningkatan bantahan di kalangan orang Melayu sekarang menunjukkan umat Islam belum bersedia untuk membincangkan isu -isu yang boleh disalah guna untuk menggugat kedudukan agama rasmi negara. Mereka bimbang dengan status agama Islam pada masa depan apabila ia boleh dibincangkan di peringkat pelbagai agama dan dibimbangi akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain. Hati-hatilah dengan taktik halus pihak tertentu untuk meminggirkan Islam sebagai agama rasmi serta membelakangkan Majlis Raja -Raja. Denyut rasa bimbang orang Melayu terhadap kewujudan jawatankuasa itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Langkah yang boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk meletakkan Islam setaraf dengan agama lain wajar dielakkan. Meskipun begitu kita harus faham bahawa masalah kekeliruan melibatkan kaum dan agama perlu diselesaikan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan hingga menggugat perpaduan antara kaum. Mungkin pengumuman menukarkan nama Jawatankuasa Perhubungan Antara "Agama" kepada perkataan "Kaum" yang dicadangkan oleh mufti -mufti negeri yang bertemu di Putrajaya semalam mampu membuka jalan penyelesaian dan tidak mengelirukan orang ramai. Sekadar mengingatkan semua pihak dalam jawatankuasa khas itu bahawa mereka boleh membincangkan apa saja isu semasa asalkan ia tidak menyentuh soal agama yang terletak di bawah bidang kuasa Raja -Raja Melayu.
Utusan Malaysia, 15 April 2010

USAH TERLALU EKSKLUSIF DALAM PERSOALAN AGAMA
Oleh MOHD. SHAUKI ABD MAJID KEPUTUSAN sebulat suara mufti agar menggantikan perkataan 'agama' kepada Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum memperlihatkan aliran pemikiran terlalu eksklusif apabila mengehadkan persoalan agama Islam itu kepada kuasa penjaganya sahaja.
21

Kedinamikan agama tidak dilihat sebagai sesuatu yang sentiasa berkembang dan memerlukan pendekatan baru, malah memperhitungkan tidak perlu dilakukan perbincangan bagi membolehkan persefahaman yang lebih baik diambil oleh masyarakat berlainan agama. Sandaran pendapat sedemikian sebenarnya merugikan Islam sendiri. Ini kerana golongan bukan Islam seolah -olah tidak dibolehkan berbincang secara terbuka, manakala orang Islam tidak digalakkan untuk memahami agama lain kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesan negatif. Wawasan sempit itu sebenarnya sedang berusaha menjadikan kehidupan masyarakat pelbagai agama semakin sulit dan menambahkan lagi salah faham terhadap Islam. Islam yang menekankan pembinaan peribadi mulia amat menyanjung tinggi perbuatan baik, jujur dan tinggi nila i kemanusiaannya. Islam melarang keras penganutnya bersikap bongkak serta terlalu menonjolkan diri dan kerana itulah kita sentiasa diminta untuk bertindak secara sederhana dan penuh berhemah. Meskipun manusia dilahirkan secara semula jadinya berbeza sifat, sikap dan pemikiran, setiap daripadanya sentiasa berada dalam keadaan beruntung jika saling kenal mengenali, saling memahami dan bekerjasama dalam banyak perkara, melainkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pelanggaran akidah. Hasrat kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerjasama atau perhubungan antara agama bukanlah satu petanda untuk menyamakan taraf dan kedudukan agama agama lain sehingga boleh disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan. Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama sebenarnya lebih meru pakan Jawatankuasa Khas Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Agama, kerana dalam dekad pertama abad ke -21 ini, terlalu jarang adanya perbincangan antara kumpulan agama mencari kata sepakat mengenai sesuatu isu untuk faedah bersama. Islam yang mengakui hakikat perbezaan manusia dari segi ras, kepercayaan dan pegangan sentiasa menyebarkan semangat berbaik sangka, tidak memperolok olokkan sesuatu kaum yang lain selagi kaum itu menghormati hak dan peraturan Islam. Maka dengan itu, penubuhan jawatankuasa keharmonian antara agama ini boleh membantu kerajaan memperoleh maklumat dan idea bagaimana untuk merumuskan sesuatu dasar dan tindakan, selagi maklum balas itu bukanlah merupakan desakan untuk mengubah perspektif undang -undang dan akidah orang I slam. Ia mungkin desakan untuk membetulkan sesuatu tindakan dalam pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan secara sah dan berperlembagaan.

22

Mungkin jika Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama boleh berbincang dan cuba memahami keperluan orang Islam melaungkan azan subuh menjelang awal pagi, jadi ia akan membolehkan bukan Islam memahami dan sedar bahawa betapa segarnya mental dan pemikiran seseo rang tatkala fajar pagi. Dalam kedinginan itulah, kita seharusnya memulakan langkah mencari rezeki, kerana burung-burung turut berkicau keluar dari sarangnya, dan ketika itulah sumber makanan turut menjengah sinar matahari. Reaksi menolak penubuhan jawata nkuasa itu sebenarnya turut mengundang perspektif keliru apabila mengandaikan bahawa adalah tidak wajar membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan Islam dengan masyarakat bukan Islam kerana dikhuatiri akan menambahkan lagi saratnya percikan prasangka. Wala upun telah dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa jawatankuasa itu tidak akan membincangkan perkara-perkara tuntutan agama, sebaliknya ia adalah satu ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Maknanya ruang lingkup atau terma rujukan jawatankuasa tersebut bukanlah berbincang mengenai hal ehwal agama secara prinsipnya. Jawatankuasa itu hanyalah berbincang, bertukar -tukar pendapat dan berkongsi pengetahuan mengenai kaedah hidup bermasyarakat. Jawatankuasa itu cuba mencari dan mengapungkan nilai -nilai yang dapat diterima bersama oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Saranan dan cadangan yang diperoleh itu akan dikemukakan ke peringkat seterusnya untuk diper timbangkan. Ia adalah sebuah platform untuk membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum, kerana ia adalah proses saling kenal mengenali. Seperti kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta, maka penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mendekatk an jarak yang boleh menjadikan setiap kaum saling kenal mengenal. Ia bukanlah satu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Apa yang harapkan pertemuan dan perbincangan ini harus dilakukan dengan penuh keikhlasan supaya dapat mencari titik pertemua n dalam membincangkan soal keagamaan. Dalam hal ini, juga mereka digesa meletakkan kepatuhan sepenuh kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan soal agama. Demikian juga segala pandangan yang bersifat ekstrem harus dihindari bagi mencapai matlamat penubuhan jawatankuasa ini.
Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim). Utusan Malaysia , 16 April 2010

23

ATASI KEKELIRUAN ISTILAH ANTARA AGAMA, KAUM
Oleh ROHANA MAN rohana.man@utusan.com.my

PENUBUHAN Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama terus mengundang kontroversi. Pelbagai pihak mengeluarkan pendapat berhubung perkara tersebut. Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), mufti -mufti dari seluruh negara yang mengadakan pertemuan d i Putrajaya baru-baru ini sepakat mencadangkan agar perkataan agama ditukar kepada perkataan kaum. Para mufti mencadangkan agar nama Jawatankuasa Khas Antara Agama ditukar kepada Jawatankuasa Khas Antara Kaum bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan rakyat. Perkara itu dicapai hasil pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan mufti-mufti negeri berhubung penubuhan jawatankuasa khas itu yang menimbulkan kontroversi. Dalam meneliti perkara ini, isu yang timbul berpunca daripada penggunaan perkataan agama bagi menamakan jawatankuasa tersebut. Jika perkataan lain yang dipilih, tentu ia tidak akan menimbulkan kontroversi. Ada asasnya kenapa penolakan itu berlaku kerana apa sahaja yang dikaitkan dengan agama boleh disalah tafsir, diputar belit dan dikelirukan oleh pihak yang masing masing mempunyai kepentingan sendiri. Jika kaum Cina, sudah tentu keutamaannya adalah kepada agama Buddha, begitu juga jika kaum India, perkara utama yang paling dipentingkan adalah agama Hindu yang menjadi pegangan hidup mereka. Dan sudah tentu, kaum Melayu yang merupakan penganut agama Isla m di negara ini akan sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan ketinggian darjat agama suci itu tidak tergugat. Masalahnya, jika semua kaum mahu mempertahankan agama masing-masing dan membuat tuntutan yang bukan-bukan, maka apa akan jadi dengan matlamat penubuhan jawatankuasa itu. Itulah yang ditakuti berlaku oleh pihak -pihak yang menolak penubuhan jawatankuasa yang menggunakan perkataan agama di dalam menamakan jawatankuasa itu.

24

Selain itu, perlu difahami bahawa dua perkataan itu membawa maksud dan pemahaman yang berbeza. Perkataan kaum merujuk kepada etnik sama ada Cina, India, Kadazan atau Dayak. Agama pula adalah anutan atau kepercayaan seseorang terhadap Tuhan mengikut ajaran masing -masing seperti Islam, Hindu, Buddha atau Kristian. Tetapi perlu kita fahami bahawa dalam hal ini, ada orang Cina menganut agama Islam, begitu juga kaum India dan Kadazan yang memilih Islam sebagai penyuluh hidup. Di antara etnik dan agama, tentulah agama diletakkan di tempat yang paling atas. Ini kerana etnik yang berb eza itu boleh menganut agama pilihan masing -masing dan dalam perkara ini, tentulah agama Islam berada di tempat paling atas dalam apa sahaja jawatankuasa agama yang ditubuhkan di negara ini. Ini kerana agama rasmi negara Malaysia adalah Islam dan itulah ya ng telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, apa sahaja jawatankuasa yang dibentuk secara automatik akan mengangkat agama Islam di kedudukan paling atas. Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Khadijah Hambali menjelaskan perkara tersebut. Menurutnya, kekeliruan timbul apabila orang ramai termasuk pihak tertentu tidak faham mengenai apakah yang dimaksudkan dengan hubungan etnik, dialog antara agama, dialog tamadun Islam dan lain -lain yang seumpamanya. Katanya, istilah yang berbeza itu digunakan sebagai satu pendekatan terhadap peserta atau orang ramai yang perlu didekati untuk memahamkan mereka terhadap sesuatu isu berkaitan agama. "Kalau etnik, ia merujuk kepada kaum dan sesiapa pun b oleh duduk di tempat paling atas dalam jawatankuasa yang ditubuhkan itu. "Ini bermaksud jika etnik Cina atau etnik India yang duduk di tempat itu, maka tentulah mereka akan 'mewarnakan' perjalanan jawatankuasa tersebut mengikut kepentingan etnik masing-masing. Itu berlaku jika kita pilih nama Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum. "Tetapi kalau kita guna perkataan agama (Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama), agama yang dimaksudkan itu jelas merujuk kepada Islam kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara dan status itu membuatkannya berada di kedudukan paling atas dalam satu -satu jawatankuasa agama yang dibentuk," katanya kepada Utusan Malaysia.
25

Pada 6 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Ts u Koon mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Khas bagi Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang akan membincangkan pelbagai isu berhubung antara agama dalam negara. Mengulas lanjut, Dr. Khadija h berkata, kontroversi yang timbul ini menunjukkan seolah-olah orang Islam sendiri tidak faham Perlembagaan Persekutuan. "Jika Perlembagaan ini dihayati dengan teliti, sudah tentu tidak timbul sebarang kontroversi dan jika ada pun kekurangan terhadap pembe ntukan jawatankuasa tersebut, ia boleh diperbaiki menerusi perbincangan," katanya. Justeru, katanya, golongan mufti sepatutnya turut berada di dalam jawatankuasa tersebut kerana tanggungjawab mereka adalah untuk memastikan agama Islam terus terpelihara. "Mereka (mufti) very powerful. Peranan mereka penting dalam meletakkan syarat syarat atau peratusan atau mekanisme yang wajar dalam menggerakkan jawatankuasa tersebut. "Begitu juga, kalau nak pilih ahli jawatankuasa, maka hanya mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang agama sahaja diletakkan di dalam jawatankuasa tersebut," ujar Dr. Khadijah.
Utusan Malaysia , 16 April 2010

PERKASA SOKONG ELAK KELIRU
Oleh MOHD. RASDAN AHMAD pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 15 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyokong keputusan para mufti yang mahu nama Jawatankuasa Khas Antara Agama ditukar kepada Jawatankuasa Khas Antara Kaum. Beliau berkata, cadangan ini amat tepat bagi mengelak kekeliruan kerana segala urusan yang menyentuh dan melibatkan Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. "Perkasa berharap semua pihak menghormati dan jangan menyalah erti kerana Islam adalah agama wahyu dan tidak boleh dipersoal mengikut logik akal terutama

26

yang berkaitan hukum yang jelas dalam al -Quran dan hadis," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua mufti seluruh negara semalam telah bers etuju supaya nama Jawatan Khas Antara Agama digugurkan dan di ganti dengan nama Jawatan Kuasa Khas Antara Kaum. Perkara tersebut dicapai hasil pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan mufti -mufti negeri berhubung p enubuhan jawatankuasa khas yang menimbulkan kontroversi sebelum ini. Tambah Ibrahim, pihaknya dengan rendah diri memohon Kabinet menghormati pandangan para mufti serta selari dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan agama Persekutuan. "Ada lain-lain cara untuk mengatasi masalah yang timbul dengan syarat semua pihak perlu menghormati keluhuran Perlembagaan atau prinsip asas hormat menghormati antara kaum. "Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung, 52 tahun negara dapat lalui pelbagai cabaran, pasti beberapa ratus tahun akan datang rakyat Malaysia akan terus hidup aman damai sekiranya sikap hormat-menghormati diamalkan," ujar beliau.
Utusan Malaysia , 16 April 2010

27

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->