You are on page 1of 2

Kaedah bagi menjalankan Cili Fertigasi

Penyediaan Benih Cili Fertigasi


Pada peringkat permulaan kami menggunakan cili F1 hybrid 469 seperti yang disaran dalam kebanyakan
pengusaha cili fertigasi kerana penggunaan cili tersebut bagi yang baru menceburi bidang fertigasi dapat
mengelakkan kerugian dari seranggan penyakit.

Kaedah merendam biji benih kedalam air suam selama 1 hingga 2 jam dapat mengaktifkan biji benih tersbut
di samping bahan tambahan seperti tyram untuk memberi pokok yang baik.

Mengasing biji benih yang timbul dan tenggelam adalah bertujuan memilih biji benih yang terbaik

Biji Benih Cili yang terapung kurang aktif dan mungkin kurang baik berbanding yang tenggelam

Kaedah menyemai dalam besin plastik dan di letakkan kawasan yang redup yang mempunyai cahaya
matahari 60% dapat meningkat pencambahan benih cili fertigasi tersebut

Pengunaan medium semaian juga faktor yang penting kerana setiap medium sama ada tanah serkam padi,
sabut kelapa, atau peatmos mempunyai kadar asid dan nutrient berbeza yang diperlukan oleh tumbuhan

Baja tumbesaran perlu digunakan bagi menggalak pertumbuhan anak benih cili.

Dalam jangka masa lebih kurang 2 minggu anak boleh di pindahkan kedalam trey semaian atau biarkan
dalam besin semaian sehingga berusia 1 bulan.

Anak benih Cili fertigasi yang berusia 1 bulan boleh la di pindahkan kedalam polibeg

Penyediaan struktur fertigasi


Pada peringkat permulaan kami menanam hanya 500 pokok cili fertigasi berkeluasan 1/4 ekar bagi tujuan
percubaan

Ukuran setiap persegi tanah bagi memaksimumkan tanaman cili fertigasi adalah perlu untuk menjadikan
tanaman nampak lebih baik.

Polibeg putih yang berukuran 16 x 16 digunakan

Medium campuran sabut dan serkam padi bernisbah 1:1 di gunakan


Jarak antara setiap pokok adalah lebih kurang 2 kaki untu memaksimumkan pembesaran pokok.

Penyediaan tangki serta bangsal untuk enjin sedut air adalah perlu

Tekanan air juga perlu dikaji supaya air dan di salurkan dengan menyeluruh kerana water pump mempunyai
kuasa yang berbeza dan perlu membuat kajian berkaitan dengan jarak paip dan jarak pokok.

Penggunaan silver shine adalah dapat mengelakan tumbuhan lain tumbuh di kawasan cili fertigasi tersebut.

Pemberian Baja serta Racun


Pemberian air dan baja yang mengikut jadual adalah perlu kerana cili begitu sensitif dengan kedaan air yang
diperlukan. Serta serangan penyakit juga akan menimbulkan pelbagai kaedaan pokok.

Kami menggunakan baja cair yang telah dibancuh organik, kami mengunakan sukatan bagi mengukur
nisbah air dan baja.

Bagi pokok cili dalam tempoh tumbesaran dan belum boleh mengeluarkan hasil hanya baja formula A
disyorkan.

Setelah anak benih melalui peringkat tumbesaran pokok cili mungkin akan mengalami kerinting dan
masalah daun. Bagi masalah tersebut kami terlebih dahulu menyembur racun serangga samaada trip,hamama dan
sebagainya.

Setelah anak pokok cili besar dan menjangkau 1 bulan dan bercabang 2 masa itu pokok cili akan
mengeluarkan bunga dan mata tunas perlu dibuang bagi membolehkan zat terus ke buah dan dan mengeluarkan
daun baru.

Pada masa pokok mula berbuah campuran baja A dan B perlu di seimbangkan dengan tumbesaran pokok ,
40% Formula A dan 60% Formula B.

Masalah yang memang kami hadapi semasa anak Pokok semakin besar adalah lalat buah dan gejala
kerinting,Daun kerinting masih boleh kami atasi tetapi lalat buah menjadikan pengeluaran hasil rosak sehingga 90%
dan pokok mula jadi kuning.Memang cabaran tersebut perlu di tempoh oleh semua pengusaha cili fertigasi.

Kami menggunakan racun yang paling kuat sekali efeknya serta menggunakn pelekat lalat sebagai langkah
penyelesaian. Alhamdulillah dia berkesan terutama pelekat lalat yang kami bubuh dengan ikan masin dan belacan.

Dan sehingga sekarang kami telah menjual hasil tani kami.