You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA

EN.SAHRUDDIN BIN HALIL,


GURU BESAR SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG
SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUNAN KALI KE-8

Bismillahir rahmanir rahim.


Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam dan salam sejahtera.
Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa kejohanan, guru-guru,
tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.
Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas
kesudian Pasukan Polis Trafik & Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk hadir dan
seterusnya membantu bagi menjayakan Kejohanan Merentas Desa Kali ke-8 bagi sesi
2016.
Sidang hadirin yang berbahagia.
Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada
hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi,
kejohanan Merentas Desa sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan
negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan
dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem
pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.
Saudara dan saudari sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif


terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukkan dan membina bakat bagi murid yang
berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Dasar 1
Murid 1Sukan yang diperkenalkan mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang.
Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini sebenarnya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang bermatlamat
untuk

membudayakan

sukan

dalam

kalangan

masyarakat.

Dasar

sukan

Negara dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk
Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan
kepada semua murid. Bagi strategi Sukan untuk Kecemerlangan pula, prestasi murid
yang berbakat dan berpotensi akan terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid
dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1
Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.
Hadirin yang dihormati,
Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti
sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan
keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses kepada semua murid
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang
kurang atau tidak aktif. Murid-murid zaman ini cenderung mementingkan
kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja dan beranggapan aktiviti sukan

hanyalah membuang masa mereka. Jadi, mereka perlu disedarkan tentang


kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan mereka memasuki
pusat pengajian tinggi kelak.
Hadirin sekalian,
Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan
kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali lagi saya mengambil
kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa kejohanan serta para petugas
yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung

bagi memeriahkan lagi

Kejohanan Ini Dengan ini saya merasmikan Kejohanan Merentas Desa kali ke-8
SK (2) simpang Lima, Klang bagi tahun 2016.
Sekian, terima kasih.

You might also like