You are on page 1of 6

3.

1 AGAMA

Pada Januari 9 2013, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitah bahawa semua
rakyat negeri Selangor tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan mematuhi larangan
penggunaan Kalimah Allah kerana kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat
Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama-agama bukan Islam di negeri Selangor. Titah Sultan
ini dibuat berhubungi isu pengunaan kalimah Allah dalam kitab Bible dan penerbitan Herald
dalam Bahasa Melayu yang menjadi isu hangat di kalangan penganut Kristian dan ahli-ahli
politik di Malaysia.
Selain itu, Yang Di-Pertuan Agung, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah
juga menyokong larangan pengunaan kalimah Allah oleh mana-mana agama bukan Islam.
Menurut Baginda, semua pihak harus menghormati fatwa berhubung larangan pengunaan
kalimah Allah kerana kalimah Allah khusus bagi umat Islam dan harus dihormati oleh agama
lain. Menurut Baginda lagi, bagi mempertahankan harmoni antara kaum, Negeri Kedah juga
menyokong larangan pengunaan kalimah Allah oleh agama-agama lain.
Tindakan Sultan ini selaras dengan kedudukan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai
Ketua Agama Islam di negeri Selangor seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan
dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Seperti peruntukan dalam Enakmen Agama
Bukan Islam 1998, kalimah Allah dilarang sama sekali daripada digunakan oleh orang bukan
Islam dalam apa-apa perkara. Oleh itu, pengunaan kalimah Allah dalam kitab Bible dan
penerbitan Herald dalam Bahasa Melayu harus diperhentikan serta merta.
Pada pendapat saya, isu kalimah Allah ini berlaku di Malaysia sebab agenda ahli-ahli
politik untuk mendapatkan sokongan. Mereka mengatakan bahawa pengunaan kalimah Allah
oleh golongan Kristian akan mengelirukan dan menyebabkan orang Islam masuk agama Kristian.
Penyataan ini tiada logik langsung dan hanya akan menyusahkan banyak pihak. Mengikut dasar
kebebasan beragama di artikel 11(3) A dalam Perlembagaan Persekutuan, setiap agama
mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agama sendiri tanpa campur tangan oleh agama
lain. Apabila dibandingkan dengan negara lain seperti Indonesia, Egypt, Lebanon, tiada isu
kalimah Allah dan semua pihak boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible tanpa
dihadapi undang-undang.
Pada pendapat saya, Sultan sebagai ketua agama Islam negeri hanya berkuasa dalam hal
ehwal yang melibatkan agama Islam dan bukannya agama-agama lain. Walaupun begitu, pada
tahun 2009 apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan larangan pengunaan kalimah
Allah tidak sah, terdapat 10 buah gereja yang telah berlaku kes-kes vandalisme dan kes dibakar.
Oleh kerana kes-kes vandalism yang berlaku, rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan dan
ketenteraman negara telah terganggu. Kes-kes ini menyebabkan Sultan bercampur tangan bagi
memastikan keamanan dalam negara.
Walaupun Sultan berniat baik untuk mengembalikan ketenteraman dalam negara tetapi
Baginda telah menggunakan kaedah yang salah iaitu melarangkan pengunaan kalimah Allah

sama sekali oleh agama-agama lain bukan Islam, malah Baginda harus melarangkan ahli-ahli
politik menggunakan isu kalimah Allah untuk membangkitkan sentimen orang awam demi
kepentingan sendiri. Bukan itu sahaja, Baginda boleh mengadakan forum antara agama untuk
saling membicara dan membahas bagi memupuk hubungan yang sihat antara agama supaya
saling menghormati dan memahami.
Baginda harus memastikan kitab Bible yang suci dikembalikan kepada pemilik masingmasing supaya orang awam tidak hilang kepercayaan terhadap Sultan. Baginda harus memainkan
peranan sebagai Ketua agama Islam dengan membantu mempelihara hak agama lain supaya
menjadi teladan yang baik kepada penganut agama Islam dan agama lain. Ini adalah amat
penting kerana Sultan boleh meningkatkan reputasi agama Islam dan reputasi negara.

Appendix

Reference:
1) Fuller, T. (2014, November 3). The Right to Say God Divides a Diverse
Nation. The New York Times. Retrieved November 2, 2014, from
http://www.nytimes.com/2014/11/04/world/asia/in-malaysia-allah-is-reservedfor-muslims-only.html?_r=0

2) MAIS: Titah larangan guna kalimah Allah selaras kuasa Sultan S'gor. (2013,
January 12). MalaysiaKini. Retrieved November 2, 2014, from
http://www.malaysiakini.com/news/218738

3) Non-Muslims cant use Allah. (2013, January 9). The Star. Retrieved November 2, 2014,
from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/01/09/NonMuslims-cant-use-Allah/

4) Kedah Sultan: Respect ruling by Fatwa council. (2013, January 9). The Star. Retrieved
November 2, 2014, from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/01/20/Kedah-SultanRespect-ruling-by-Fatwa-council-Stay-on-the-path-of-Sunnah-Wal-Jamaah-to-protect-faith/