You are on page 1of 44

PENGENALAN

Bahasa Melayu hari ini berkembang dengan begitu pesat dan mendadak
sehingga ramai penggunanya menghadapi kesulitan untuk mengikuti
perkembangan tersebut. Selain itu, penutur Bahasa Melayu juga sukar
untuk mencari bahan untuk dijadikan panduan sepanjang proses
perkembangan ini berlaku.

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu perlulah bersifat standard


atau baku. Hal ini kerana, dengan bersifat demikian, barulah
penggunaannya sebagai bahasa rasmi negara dapat tercapai. Selain itu,
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
lapangan pelajaran, kita dapat meningkatkan martabat bangsa kita
sendiri.

Hasil daripada pelaksanaan tugasan saya ini diharap dapat membantu


bakal-bakal guru Bahasa Melayu di semua Institut Pendidikan Guru
Malaysia pada masa akan datang. Tujuannya, agar kita dapat menjadi
guru yang lengkap dengan segala ilmu di dada, di samping membentuk
sahsiah serta karisma sebagai seorang guru yang berkaliber. Hasilan ini
juga diharap dapat diguna pakai oleh semua pelajar yang ingin mendalami
bahasa Melayu yang begitu unik dan indah ini.

1
Di awal pembikinan tugasan ini, saya dapati aspek-aspek
pembentukan ayat telah dijadikan tumpuan untuk membantu para bakal
guru untuk mengenali bagaimana sesuatu bahasa itu wujud. Selain itu,
saya juga meneliti tentang aspek-aspek pembinaan perkataan serta
pembentukannya di mana ia berkaitan dengan kegiatan pengistilahan dan
dan kemasukan unsur-unsur baru melalui pinjaman perkataan.

Tatabahasa ditakrifkan sebagai bahasa yang terdiri daripada


kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada
rentetan perkataan yang bermakna. Penyelidikan mengenai tatabahasa
acap kali dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi perkataan dibentuk
daripada bunyi-bunyi bahasa, dan dari segi cara perkataan-perkataan ini
disusun menjadi ayat. Contoh pembentukan pada peringkat perkataan
ialah perbincangan tentang awalan dan akhiran, dan contoh pembentukan
pada peringkat ayat ialah perbincangan tentang pola-pola ayat dan binaan
ayat-ayat tertentu.

Penghasilan karya ini diharap dapat membantu para bakal guru


Institut Pendidikan Guru Malaysia amnya, dan seluruh warga bakal guru
bahasa Melayu khususnya. Sesungguhnya dengan menjadikan hasilan
ini sebagai sumber rujukan akan memberi kejayaan kepada kita bersama-
sama. Insya-Allah.

2
1. a) MORFOLOGI

1.1 Pendahuluan

Morfologi merupakan suatu bidang ilmu bahasa yang mengkaji


struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata pula dimaksudkan
dengan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit
bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,
sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata merupakan suatu
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan / atau
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi
bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Unit-unit tatabahasa yang
menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil
dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas
nahu.

1.2 Bentuk kata

Seperti yang dinyatakan di atas, bentuk kata ditakrifkan sebagai suatu


rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Ia terdiri daripada
satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata
menghasilkan bentuk-bentuk yang berikut:

i. Bentuk kata tunggal


ii. Bentuk kata terbitan
iii. Bentuk kata majmuk
iv. Bentuk kata ganda

3
1.2.1 Bentuk kata tunggal

Terdiri daripada perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak


menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan
dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal
mempunyai dua jenis, iaitu kata tunggal yang mempunyai satu suku kata
dan kata tunggal yang mempunyai dua suku kata atau lebih.

Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal
disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan.
Konsonan-konsonan ini hadir pada bahagian hadapan atau di belakang
vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada juga konsonan
yang hadir secara bergugus (KK).

1.2.1.1 Kata tunggal satu suku kata

Jumlah kata tunggal satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad,
iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-
bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga
perkataan-perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan-
perkataan dua suku kata seperti ku untuk aku dan tu untuk itu, namun
perkataan demikian tidaklah dianggap sebagai satu suku kata.

4
Terdapat pola-pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal
bahasa Melayu seperti berikut:

1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK

POLA-POLA KONSONAN-VOKAL CONTOH


KV Yu, ru, ya
VK am
KVK Cat, bah, dan, roh
KKVK Stor, krim, draf,
KVKK Bank, golf, teks
KKKV Skru
KKKVK Straw, skrip

1.2.1.2 Kata tunggal dua suku kata

5
Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua suku kata. Antara pola-pola yang wujud dalam kata tunggal
dua suku kata ialah:

POLA KATA TUNGGAL CONTOH


DUA SUKU KATA
V + KV Aku, kau, apa, ibu
V + VK Aib, air, aur, ais
V + KVK Adik, emas, ubat,alas
VK + KV Undi, impi, angka, ungka
VK + KVK Empat, umbut, iblis
KV +V Dua, doa, bau
KV + VK Diam, kuih, buih, giat
KV + KV Jala, riba, papa, guru
KV + KVK Telur, pisau
KVK + KV Lampu, bangsa, sendi
KVK + KVK Bangsal, bengkung

1.2.1.3 Kata tunggal tiga suku kata

Jika dibanding dengan kata tunggal dua suku kata, jumlahnya lebih kecil.
Namun, pola-polanya lebih banyak kerana kebanyakan perkataan-
perkataan di dalam bahagian ini terdiri daripada kata-kata pinjaman.

6
POLA-POLA KATA TUNGGAL TIGA SUKU
KATA
KV + V + KV
KV +V + KVK
V + KV + V
KV + KV + V
KVK + KV + V
KV + KV + VK
KVK + KV + VK
V + KV + KV
V + KV + KVK
VK + KV + KV
KV + KV + KV
KVK + KV +KV
VK + KV + VK
V + KV + VK
KV + KV + KVK
KVK + KV + KVK
KV + KVK + KV
KVK + KVK + KV
KV + KVK + KVK

1.2.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih

Kata tunggal jenis ini didapati mempunyai bilangan yang kecil dan
merupakan kata pinjaman.

KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH


KV+KV+VK+KV
KV+KVK+KV+KV
KVK+KV+KV+KV
KVK+KV+V+KV
KV+KV+KV+KV
KV+KV+KV+KVK
KVK+KV+KV+KVK
KVK+KVK+KV+KV
KV+KV+V+KVK
V+KV+KVK+KV+KV

7
KVK+KV+KV+KV+KVK
KV+KV+KV+KV+KV+KV

1.2.1.5 Akronim

Akronim merupakan bentuk kata tunggal yang menggabungkan suku-


suku kata daripada perkataan unsur. Proses bagi pengakroniman
merupakan proses yang mencantumkan bahagian-bahagian daripada
sebahagian serangkaian perkataan. Kata akronim terbahagi kepada
empat jenis:

i. Terbentuk daripada cantuman huruf atau suku kata sesedap bunyi.


Contoh:
a. PERHILITAN (Perbadanan Hidupan Liar dan Taman
Negara)
b. JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
ii. Terbentuk daripada gabungan suku kata awal.
Contoh:
a. Tadika (taman didikan kanak-kanak)
b. Pawagam (panggung wayang gambar)

8
iii. Merupakan hasil cantuman awal perkataan pertama dengan
bahagian lain dalam perkataan lain. Maksudnya, perkataan yang
akan terhasil melibatkan huruf suku kata pertama dengan
bahagian-bahagian bukan awal perkataan-perkataan lain.
a. Debunga (debu bunga)
b. Jantina (jantan betina)
iv. Akronim juga dibentuk melalui gabungan huruf awal rangkai kata
yang disingkatkan. Kebanyakan perkataan demikian terdiri
daripada nama khas dan ditulis dengan huruf besar.
Contoh:
a. IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
b. BPG (Bahagian Pendidikan Guru)

1.2.2 Bentuk kata terbitan

Kata terbitan merupakan proses membentuk perkataan yang


melalui fasa mengimbuhkan suatu perkataan dengan imbuhan tertentu
agar dapat mewujudkan satu perkataan yang membawa konsep yang
baru.

Jenis-jenis imbuhan:

i. awalan, sebelum kata dasar


ii. akhiran, selepas kata dasar
iii. apitan, mengapit kata dasar
iv. sisipan, di celahan kata dasar

1.2.2.1 Kata terbitan berawalan

- Wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

9
(a) Awalan kata nama
i. pe- (pelayan,perisa,pelayar)
ii. ke- (kekasih, ketua, kehendak)
iii. juru- (jurulatih, jurucakap, jurusolek)
iv. tata- (tatanegara, tatasusila, tatabahasa)
(b) Awalan kata kerja
i. meng- (mengaplikasi, menganjur, menggoreng)
ii. ber- (bermesyuarat, berlatih, bercakap)
iii. ter- (terlihat, tertelan, tercekik)
iv. di- (dicuri, diterima, digalas)
(c) Awalan kata adjektif
i. ter- (tercela, terkini, terburuk)
ii. se- (selapis, setebal, seluas)
iii. te- (terasa, terendah)

1.2.2.2 Kata terbitan akhiran

- Wujud dalam kata nama dan kata kerja.

(a) Akhiran kata nama


i. –an ( jalanan, minuman, hidupan)
ii. –wan (karyawan, peragawan, hartawan)
(b) Akhiran kata kerja
i. –kan ( besarkan, letupkan, sepahkan)
ii. –i (baiki, rasai, tutupi)

1.2.2.3 Kata terbitan berapitan

- Wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan.

10
(a) Apitan kata nama
i. pe-…-an (perumahan, pekerjaan, peperiksaan)
ii. per-…-an (peralatan, persediaan, percutian)
iii. ke-…-an (kenamaan, kesediaan, kerajaan)
(b) Apitan kata kerja
i. me-…-kan (meraikan, menamakan, melancarkan)
ii. ber-…-an (bersalaman, berpelukan, bercakapan)
iii. di-…-kan (diserahkan, dinyatakan, dicucikan)
(c) Apitan kata adjektif
i. ke-…-an (kebudak-budakan, kekitaan, kecantikan)

1.2.2.4 Kata terbitan bersisipan

Bentuk sisipan tidak produktif dalam pembentukan kata terbitan. Dalam


erti kata lain, bentuk sisipan tiada lagi di dalam kata terbitan yang baharu.
Bentuk-bentuknya sudah beku dengan kata terbitan tertentu dan tidak
dapat hadir di dalam perkataan lain melainkan istilah-istilah baru yang
dicipta. Wujud dalam kata nama, kata adjektif dan sedikit dalam kata
adjektif.

Menurut buku Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1) (2005),

JENIS-JENIS SISIPAN CONTOH


Sisipan kata nama i) -el- (kelengkeng, telunjuk)
ii) -er- (keruping, serabut)
Sisipan kata kerja i) -el- (geletar, gelabah)
ii) –em- (gemuruh, semerbak)
Sisipan kata adjektif i) –el- (kelupas, selerak)
ii) –er- (gerigis, gerondong)
iii) –em- (gemilang, semerbak)
iv) –in- (sinambung)

11
1.2.3 Bentuk kata majmuk

Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau


lebih untuk memberi makna tertentu. Di dalam bahasa Melayu, kata
majmuk dieja secara terpisah yang bertindak sebagai satu unit iaitu tidak
boleh menerima penyisipan unsur lain.

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung


makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:

i) Umum
ii) Istilah
iii) Kiasan/ peribahasa

1.2.3.1 KATA MAJMUK UMUM

- Terbahagi kepada dua jenis:

i.        Kata majmuk bebas

12
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak,
tengah hari

ii.        Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam


Negara, Duta Besar

1.2.3.2 KATA MAJMUK ISTILAH

- Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata


umum atau istilah khusus.

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja

1.2.3.3 KATA MAJMUK KIASAN/ PERIBAHASA

- Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud


harafiahnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

1.2.3.5 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa


perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)

13
Lampiran 1

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk


air mata air mata
ambil alih ambil alih
meja tulis meja tulis
ketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawab
antara bangsa antarabangsa

Lampiran 2

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja


sebagai satu
perkataan
antara bangsa antarabangsa
apa bila apabila
apa kala apakala
apa lagi apalagi
bagai mana bagaimana
barang kali Barangkali
beri tahu Beritahu
bumi putera Bumiputera
dari hal darihal
dari pada Daripada
duka cita dukacita
hulu balang Hulubalang
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan Kakitangan
ke pada kepada
kerja sama Kerjasama
mana kala Manakala
Mata hari Matahari
olah raga olahraga
pada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjaya
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya Suruhanjaya
tanda tangan Tandatangan
tanggung jawab Tanggungjawab

14
warga negara warganegara

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis


sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada
jadual di bawah:

Kata Majmuk Apitan Ejaan


kuat kuasa peN....an penguatkuasaan
kemas kini meN...kan mengemaskinikan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
campur aduk peR...an percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama


dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan
pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk


Terbitan
berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan

1.2.4 Bentuk kata ganda

- Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan
dan kata nama majmuk boleh digandakan. Proses penggandaan ialah
proses menggandakan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

15
- Terdapat tiga jenis penggandaan:

 Penggandaan penuh
 Penggandaan separa
 Penggandaan berentak

1.2.4.1 Penggandaan penuh

- Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.


- Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal,
kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
- Kata yang digandakan ini dipisahkan dengan menggunakan
sempang.

Contoh-contoh penggandaan penuh:

Kata nama tunggal


Alat alat-alat
Budak budak-budak
Rumah rumah-rumah
Murid Murid-murid
Kura Kura-kura
Makan Makan-makan
Tadika Tadka-tadika

Kata nama terbitan


Ketua ketua-ketua
Pekebun pekebun-pekebun
Makanan makanan-makanan
Persatuan persatuan-persatuan
pejuang pejuang-pejuang
Kedutaan Kedutaan-kedutaan

16
1.2.4.2 Penggandaan separa

- Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada


kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau
kata terbit.

- Kata tunggal

(a)     Penggandaan separa merupakan varian kepada


sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata
dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang
dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /

Contohnya:

Kata dasar Penggandaan penuh Penggandaan separa


laki Laki-laki Lelaki
langit Langit-langit Lelangit
suatu Satu-satu Sesuatu
budak Budak-budak Bebudak
siku Siku-siku sesiku

- Kata terbitan

(a)     penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami


proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar
dengan dua cara.

i.                    Kata dasar diulang sepenuhnya dan


awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang
pertama atau atau penggandaan separa depan.

ii.                   Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi


imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata
yang kedua atau penggandaan separa belakang.

17
Pengulangan tetapi dipisahkan dengan
sengkang.

- Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda


bual Ber + bual Berbual-bual
cari Ter + cari Tercari-cari
gila Ter + gila Tergila-gila
borak Ber + borak Berborak=borak
akan Se + akan Seakan-akan

- Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda


anak Ber + anak Anak-beranak
kejar Men + kejar Kejar-mengejar

- kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja,
dan kata adjektif.

1.2.4.3 Penggandaan berentak

a. Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.


b. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan
vokal tertentu diulang dan diubah.
c. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan
atau sebahagian bunyi kata dasar.

18
d. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan
atau sebahagian bunyi kata dasar.
e. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula,
iaitu:

 penggandaan suku kata awal


 penggandaan suku kata akhir
 penggandaan konsonan
 penggandaan bersisipan
 penggandaan berakhiran

f. Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada


aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.

- Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan


dengan menggunakan sempang.

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong


Cerai cerai-berai
Hina Hina-dina
Sayu Sayur-mayur

Rentak pengulangan konsonan


gunung Gunung-ganang
susap Susap-sasap
simpang Simpang-siur

19
Penggandaan suku kata awal

- Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata
akhir berubah. Contoh:

Bukit bukit-bukau
Warna warna warni
Batu batu-batan

Penggandaan suku kata akhir

- Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.

Contoh:

Sayur sayur mayur


Kuih kuih-muih
Lauk lauk pauk

Penggandaan konsonan

- Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata


dasar, tetapi vokalnya berubah

Contoh:

Gunung gunung-ganang
Guruh guruh-garah

20
Penggandaan bersisipan

- Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan


–em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.

Contoh:

Tali tali-temali
Gunung gunung-ganang
Jari jari jemari

Penggandaan berakhiran

- Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya


gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan
maknannya menjadi pelbagai.

Contoh:

Sayur sayur-sayuran
Biji Biji-bijian
Barang barang-barangan

21
Berdasarkan esei karya Rahimah Haji A. Hamid, perenggan 12-13 muka

surat 36 dan 37, yang dipetik dari majalah Tunas Cipta terbitan Dewan

Bahasa edisi Februari 2009;

KATA KATA KATA KATA


TUNGGAL TERBITAN MAJMUK GANDA
hal menunjukkan walau tokoh-tokoh
bagaimanapun
ini menulis kepada wawasan-
wawasan
usaha mencari daripada karya-karya
awal kewangan manakala bahan-bahan
yang meletakkan sekali gus semata-mata
untuk sebaris nilai-nilai
sumber diraih
itu memotivasikan
telah pengarang
dengan membangkitkan
paling menjadi
popular dinafikan
di bersendirian
dunia kesedaran
tidak tersebutlah
mustahil berkarya
turut kemasyarakatan
para kesusilaan
karya menggerakkan
sastera mencerap
remaja menggarap
lantas membawa
visi kebaikan
atau menyedarkan
dalam mencipta
diri dikenali
mereka mendapatkan
kaya menhidangkan
dan berkualiti
boleh bernilai
bahawa memberi
hidup pengajaran
kerana pembaca

22
ada membimbing
masyarakat pengamalan
khalayak diyakini
atas
maka
motivasi
tumbuh
jenis
daya
segi
tujuan
ketika
kreatif
lebih
mampu
nikmat
estetik
pula
luhur

1. b) BINAAN AYAT

Contoh binaan ayat:

Dia tidak tahu ke mana menghilangnya buku catatan


pengawasnya. Meskipun sudah berkali-kali mencari di dalam begnya,
Shahira masih tidak menjumpainya. Acapkali aku menyuruh Shahira
untuk bertanya kepada rakan sekelasnya, namun sedikitpun tidak
diendahkannya. Aku hanya menggelengkan kepala di atas kelurusan
sahabat baikku itu. Setelah berputus asa dengan usahanya, akhirnya
Shahira mengajakku pulang. Ketika menunggu bas, tiba-tiba seorang
pelajar tingkatan satu menuju ke arah kami berdua. Pelajar demikian
memberi Shahira sebuah buku yang sama sekali kami kenali. Rupa-
rupanya buku tersebut terjatuh ketika kami sedang membeli makanan.
Akhirnya, kami pulang ke rumah tanpa rasa gusar.

23
BIDANG SINTAKSIS

A. AYAT
- Merupakan unit bahasa yang terbesar dan dibina dengan
menggabungkan beberapa perkataan yang membentuk frasa dan
klausa.
- Kedudukan unsur yang membina sesuatu ayat dapat dijelaskan
seperti yang di bawah:

UNSUR CONTOH
AYAT Anda dikehendaki melampirkan soalan untuk
mendapat gred yang baik.
KLAUSA i) Anda dikehendaki melampirkan
soalan
ii) Untuk mendapat gred yang baik

FRASA i) Anda dikehendaki


ii) Melampirkan soalan
iii) Untuk mendapat gred yang baik

24
PERKATAAN i) Anda
ii) Dikehendaki
iii) Melampirkan
iv) Soalan
v) Untuk
vi) Mendapat
vii) Gred
viii) Yang
ix) Baik

- Ayat di atas merupakan ayat majmuk yang terbina daripada dua


klausa.
- Ayat dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu ayat dasar dan
ayat terbitan. (Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1) (2005)).
- Klausa pula merupakan suatu konstituen ayat yang mempunyai
subjek dan predikatnya.
- Frasa merupakan unit yang terbina daripada rangkaian dua atau
lebih perkataan. Namun, ia juga mampu untuk berdiri dengan satu
perkataan yang boleh diperluas hingga membentuk dua perkataan
atau lebih.
- frasa tidak mempunyai subjek dan predikat pada satu-satu masa.
- Perkataan ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai
makna dan boleh berdiri dengan sendiri serta tidak boleh
dipecahkan lagi.

25
B. POLA AYAT DASAR
- Ayat dasar merupakan ayat yang diberi peluasan atau lebih
dikenali sebagai ayat yang menjadi dasar kepada pembentukan
sesuatu ayat.
- Pola dasar ayat boleh dibahagikan seperti berikut:

POLA CONTOH
FRASA NAMA+FRASA NAMA Contoh:
FN+FN Mereka pelajar sekolah.
Subjek: Mereka
Predikat: pelajar sekolah
FRASA NAMA+FRASA KERJA Contoh:
FN+FK Saya sudah solat.
Subjek: saya
Predikat: sudah solat
FRASA NAMA+FRASA Contoh:
ADJEKTIF Suraya sangat cantik.
FN+FA Subjek: Suraya
Predikat: cantik

26
FRASA NAMA+FRASA SENDI Contoh:
NAMA Kain itu dari Kelantan.
FN+FS Subjek: Kain
Predikat: dari Kelantan

C. FRASA
a. satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih.
b. tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
c. Seperti yang dinyatakan dalam jadual pola dasar di atas,
ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS.
d. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

 Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi


satu unsur inti.

 Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan.


Frasa dinamakanmengikut unsur inti ini.

 FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik.

27
 Hal ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

 Contoh: sepasang kasut putih. ( FN. Inti bagi ayat


frasa ini kasut, dan merupakan kata nama)

 Frasa eksosentrik pula FS yang tidak mempunyai


unsur inti.

 Contohnya; ke sekolah. (Kewujudan sendi nama ke


bergantung kepada sekolah).

 Oleh yang demikian, frasa sendi merupakan frasa


eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada
suatu unsur luaran.

 FRASA NAMA (FN)

 Terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang


berfungsi sebagai satu dasar dalam binaan ayat.

 Dalam ayat, FN berfungsi sebagai subjek, kecuali dalam


ayat yang berpolakan FN+FN (Bahasa Melayu Kertas 1
(910/1) (2005)).

 Kata nama yang menjadi tumpuan makna dalam frasa


merupakan inti, manakala kata yang menerangkan inti ialah
penerang.

Contoh inti+penerang: budak lelaki, anak sulung, kayu balak

Contoh inti+inti: ibu bapa, periuk belanga, hamba abdi

28
 secara ilmiahnya, FN mematuhi Hukum D-M iaitu inti
dihadapan dan diikuti dengan penerang.
 Namun, terdapat beberapa kekecualian bagi FN yang terdiri
daripada kata bilangan, panggilan atau gelaran.
 Contohnya; ramai orang Melayu (bilangan), Puan Pengetua
(panggilan), Tengku Azizan (gelaran).

 FRASA KERJA
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja
transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja

- Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:

Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + Frasa kerja tak Frasa kerja tak
objek + (penerangan) + transitif tanpa transitif
(keterangan) pelengkap berpelengap
(i) (kata bantu) + (kata bantu) +

29
kata kerja + kata kerja +
Tanda kurung menunjukkan
(keterangan) pelengkap +
unsur yang boleh ada atau
(penerang) +
tiada. Tanda kurungan
keterangan
menunjukkan unsur
(ii) (kata bantu) + kata kerja +
yang boleh ada atau tanda kurung
objek tepat + objek sipi +
tiada menunjukkan
(keterangan)
unrus yang
(ii) (kata bantu) +
boleh ada atau
Tanda kurung menunjukkan
kata kerja +
tiada.
unsur yang boleh ada atau
(penerang) +
tiada
(keterangan)

Tanda kurung
menunjukkan unsur
yang boleh ada atau
tiada.

 contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

Subjek Predikat Nota


Frasa Nama Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja. maksud ayat
Cikgu masih menulis di papan
lengkap jika
hitam.
keterangan
bayi itu sedang merangkak dengan laju.
Jamal akan datang esok dibuang.
Khatib sedang berkhutbah di surau

30
 contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subje Predikat Nota


k
Frasa Frasa kerja
Kata Kata pelengka Peneran keteranga
nama
bant kerja p g n
u
Merek akan pulang ke rumah secepat dalam pelengka
a mungkin minggu ini p frasa
sendi
nama
Ahma ingin menja penyanyi yang di negara pelengka
d di terkenal ini p kata
nama
Saya tinggal di Klang Pelengka
p frasa
sendi
nama

31
 FRASA ADJEKTIF
 Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata
adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
 Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja
atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir
setelah kata nama atau FN.

Contoh:

Subjek Predikat Nota


Penguat Kata Penguat
hadapan Adjektif Belakang
Ahli Gusti sungguh handal
itu
Ali sangat pandai
Awak hebat betul

32
 FRASA SENDI NAMA
 Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan
mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
 Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
 Disebabkan oleh ia bersifat eksosentrik, ia hanya wujud
bersama frasa nama.
Contoh:

Subjek Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu Kata sendi Kata arah Frasa nama
nama
Alias dari arah selatan Tanjung
Malim
Rombongan akan ke Menara
sekolah Kuala
Lumpur
Kedai Pak di depan masjid
Abu

33
34
D. TUGAS FRASA
 Tugas frasa terdiri daripada empat perkara:
i. Subjek
ii. Predikat
iii. Objek
iv. Keterangan

 SUBJEK
- Terletak di hadapan predikat dalam susunan ayat.

Terdiri daripada:

KATEGORI SUBJEK CONTOH


KATA NAMA :: Anak kucing Alya
KATA GANTI NAMA :: Kami baru bekerja.

:: Dia sepupu saya.


KATA KERJA :: Menonton televisyen dapat
(yang berfungsi sebagai KN) menghiburkan hati.
KATA ADJEKTIF :: Sopan santun budaya rakyat
(yang berfungsi sebagai KN) Malaysia.

 PREDIKAT

35
- Terletak selepas subjek dalam susunan ayat.
- Contohnya:

FRASA SUBJEK PREDIKAT


FRASA NAMA Suaminya arkitek
FRASA KERJA Sahabat baiknya berlari
FRASA ADJEKTIF Anak kakak masih kecil
FRASA SENDI NAMA Ibu bapa ke pejabat

- Terdapat juga frasa kerja yang mendapat bantuan


daripada kata bantu seperti akan, sedang, sudah,
masih, belum, hendak.
- Kata bantu berfungsi untuk menyatakan kala (kata
bantu aspek) dan untuk menunjukkan ragam kata kerja
atau perbuatan.

 OBJEK
- Merupakan bentuk kata nama atau sederetan kata
nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja
transitif (KKT).
- Ia boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas
atau kata ganti nama.

KATA NAMA KATA KERJA OBJEK KETERANGAN


TRANSITIF
Emak membeli sayur segar

36
Karim menyarungkan Kasmah cincin emas
putih
Adik membuka bungkusan roti
Pensyarah memarahi kami

 KETERANGAN
- Bertugas untuk menerangkan kata kerja dengan lebih
terperinci.

- Contohnya:

SUBJEK OBJEK KKT KETERANGAN


1. Arah / tempat angin bertiup ke arah barat

2. Keterangan baju itu siap dalam


waktu seminggu

3. Keterangan bom itu meletup dengan kuatnya


tentang cara

4. Harapan mereka membaca bagi


menghadapi
peperiksaan
5. Keterangan kebanyakan datang menaiki motor
alat pelajar

6. Keterangan dia hadir bersama


penyataan sahabatnya

7. Keterangan mereka bermesyuarat tentang


hal masalah disiplin

8. Keterangan pelakon itu berlakon sebagai orang

37
bagai kaya

PENERANGAN

Menurut binaan ayat pada muka surat 26 dan penerangan di atas,

1) Dia tidak tahu ke mana menghilangnya buku catatan


pengawasnya. (FN+FK)

INTI PENERANG
Dia tidak tahu ke mana menghilangnya buku

38
catatan pengawasnya.

2) Meskipun sudah berkali-kali mencari di dalam begnya, Shahira


masih tidak menjumpainya.
 Ayat ini telah melalui proses transformasi. Hal ini kerana,
subjeknya terletak di bahagian belakang dan ini
menyebabkan ayat ini menjadi ayat songsang.
 Ayat yang sebenarnya ialah Shahira masih tidak
menjumpainya meskipun sudah berkali-kali mencari di
dalam begnya. (FN+FK+FKeterangan)

INTI PENERANG
Shahira masih tidak menjumpainya
meskipun sudah berkali-kali mencari di dalam begnya

3) Acapkali aku menyuruh Shahira untuk bertanya kepada rakan


sekelasnya, namun sedikitpun tidak diendahkannya. (FN+FK)

INTI PENERANG
Acapkali aku menyuruh Shahira untuk bertanya rakan sekelasnya
namun sedikitpun tidak diendahkannya

4) Aku hanya menggelengkan kepala di atas kelurusan sahabat


baikku itu.(FN+FK+FKeterangan)

INTI PENERANG
Aku hanya mampu menggelengkan kepala

5) Setelah berputus asa dengan usahanya, akhirnya Shahira


mengajakku pulang.

39
 Ayat ini telah melalui proses transformasi. Hal ini kerana,
subjeknya terletak di bahagian belakang dan ini
menyebabkan ayat ini menjadi ayat songsang.
 Ayat yang sebenarnya ialah akhirnya Shahira mengajakku
pulang setelah berputus asa dengan usahanya.
 Ayat ini juga boleh dibahagikan kepada dua ayat tunggal.
(FN+FK)(FN+FA)

INTI PENERANG
Akhirnya Shahira mengajakku pulang
Akhirnya Shahira berputus asa dengan
usahanya

6) Ketika menunggu bas, tiba-tiba seorang pelajar tingkatan satu


menuju ke arah kami berdua. (FN+FK)(FN+FK)

INTI PENERANG
Ketika menunggu bas
Tiba-tiba seorang pelajar menuju ke arah kami berdua
tingkatan satu

7) Pelajar demikian memberi Shahira sebuah buku yang sama sekali


kami kenali. (FN+FK)

INTI PENERANG
Pelajar demikian memberi Shahira sebuah buku
yang sama sekali kami kenali
8) Rupa-rupanya buku tersebut terjatuh ketika kami sedang membeli
makanan.(FN+FK)(FN+FK)

INTI PENERANG
Rupa-rupanya buku tersebut terjatuh
Ketika kami sedang membeli makanan

9) Akhirnya, kami pulang ke rumah tanpa rasa gusar. (FN+FS)


(FN+FA)

40
INTI PENERANG
Akhirnya, kami pulang ke rumah
tanpa rasa gusar

41
PENUTUP

Melalui pembahagian yang telah dilakukan, diharap buku ini dapat

membantu para guru pelatih sedikit sebanyak memahami bagaimana

sesebuah ayat itu dibina. Meskipun terdapat beberapa istilah yang

mungkin tidak difahami oleh bakal guru sekalian, diharap agar penulisan

ini dapat menjelaskan apa-apa yang menjadi tanda tanya selama ini.

Bakal-bakal guru juga perlu mendalami buku Tatabahasa Dewan

dan menjadikan ia sebagai panduan pada masa hadapan. Hal ini kerana,

hasil penulisan ini ringkas semata-mata. Ia ditulis hanya untuk panduan

asas bagi bakal guru.

Sebagai penutup, diharap hasil penulisan ini dapat memberi

pemahaman terhadap diri penulis sendiri dan pembaca bagi menghadapi

cabaran yang akan melanda bahasa ibunda kita ini.

42
REFLEKSI

Pada 6 Februari 2009, sebuah taklimat mengenai Kerja Kursus

Berasaskan Ilmu bagi subjek Bahasa Melayu Akademik 1 telah diadakan

di dalam kelas PraPISMP PJ/PI/PM 1 oleh Puan Norma Abd Majid.

Ketika itu, saya terlewat untuk mendengar taklimat berkenaan kerana

saya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setelah meminta pensyarah saya mengulang semula tentang

penulisan ini, saya terus memulakan mencari bahan bersama-sama

sahabat saya, Yuhanis binti Osman. Kami telah ke kedai DAWAMA yang

terletak di Bandar Baru Perda untuk mencari majalah-majalah terbitan

Dewan Bahasa sebagai bahan untuk diulaskan.

Setelah mencari bahan, kami bersama-sama berdiskusi mengenai

bahan yang telah dicari di samping mengumpul segala maklumat yang

ada. Selain itu, saya juga meminta pandangan rakan sebilik saya,

Khalilah Khalid dan sahabatnya Fatimah daripada opsyen Kajian Sosial

mengenai tugasan ini.

43
Saya juga telah menghadirkan diri ke kelas bagi mendengar apa-

apa maklumat mengenai tugasan ini daripada pensyarah pembimbing

saya. Setiap kuliah yang saya hadiri, pelbagai maklumat yang

disampaikan oleh pensyarah saya untuk diperbaiki oleh diri saya sendiri.

Pada pendapat saya, tugasan ini membantu diri saya sendiri serta

rakan-rakan untuk mendalami bahasa ibunda ini. Meskipun terpaksa

mengorbankan banyak masa dan tenaga sepanjang proses penulisan

ilmiah ini berlaku, saya tabahkan hati kerana penulisan ini akan

membantu saya bukan sahaja untuk waktu sekarang, juga untuk masa

hadapan.

Setelah beberapa ketika, saya akhirnya berjaya menyiapkan

penulisan saya ini tepat pada masanya. Mewakili kampus Tuanku Bainun

ke Kejohanan Antara Guru Malaysia (KAGUM) di Johor tidak menjadi

alasan bagi saya untuk menghantar tugasan ini pada 23 Mac 2009.

44

You might also like