You are on page 1of 18

Pengenalan

Konsep Perkembangan Kanak-kanak
Karl E. Garrison menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada
dalam bentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan
boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku
dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang
saling berkait rapat serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan
daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara
berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Hal ini bermakna
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi
perkembangan adalah serupa.
Gesell (1949) pula menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar
serupa, namun secara global semua kanak-kanak yang normal adalah cenderung mengikut
susunan pertumbuhan dan perkembangan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Perubahan
kualitatif ataupun proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang
dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunannya yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis benda
hidup, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa.
Mengikut Santrock (2008) pula, beliau mentafsirkan bahawa perkembangan adalah
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulannya, perkembangan
dapatlah ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik yang meliputi aspek
biologi, kognitif, dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam memantangkan
dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. Perkembangan juga adalah
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat
baru yang berlainan daripada sifat awal.

seseorang itu akan belajar dahulu cara-cara memegang pensel sebelum dia belajar menulis. Prinsip yang kedua dalam perkembangan kanak-kanak ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Samuel ialah proses perkembangan berlaku mengikut urutan. seseorang bayi boleh duduk secara bantuan. berjalan. Hal ini dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Sebagai contoh. Hal ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana perkembangan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot yang halus. Sebagai contoh. mereka akan menambah kemahiran mereka dalam sukan bola sepak itu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahirankemahiran baru kelak. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu. . Kita boleh memahami prinsip ini dengan melihat contoh yang berikut. Dalam proses perkembangan ini. kita boleh lihat pada peringkat awal. Hal ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan. Seseorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. misalnya merangkak. Kemudian. seseorang kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada. Contohnya seperti kemahiran menghantar. semasa kecil.Prinsip Perkembangan Kanak-kanak Prinsip asas kepada perkembangan kanak-kanak yang pertama mengikut Haliza Hamzah dan Joy N. kanak-kanak cuma tahu kemahiran menyepak dalam sukan bola sepak. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Contohnya. bayi itu akan boleh merangkak. Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia adalah berbeza untuk setiap individu juga merupakan antara prinsip perkembangan kanakkanak. sesetengah kanakkanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada umur 18 bulan. diikuti dengan kebolehan dan keupayaan untuk berdiri dan akhirnya. proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. duduk. dan kemudian berlari. Sebagai contoh.Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. dan kemahiran menjaringkan gol. Semakin umur mereka berkembang. bayi itu boleh berjalan dengan sendiri. Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. kemahiran menggelecek.

Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Perkembangan seorang manusia pula adalah disebabkan oleh pertumbuhan dan kematangan. Keseluruhan proses tersebut adalah proses penyuburan. Mereka boleh memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif . dewasa. kognitif. warna mata. Namun. kanak-kanak. Antara cara-cara untuk mendidik anak secara holistik adalah dengan memberikan mereka makanan berkhasiat yang berkualiti. saiz fizikal. dan sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan. prinsip-prinsip perkembangan ialah perkembangan fizikal. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan dalam diri anakanak. Baka juga menetapkan had keupayaan dan kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Contohnya. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. . Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku secara semula jadi dan pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian.Proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa boleh mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal anak. mental. dan lain-lain. individu tersebut hanya boleh berenang jika dia berlatih untuk berenang. Perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang. emosi. dan tua. Ragbir Kaur (2008) pula. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir.Proses pembelajaran akan membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam diri individu tersebut. bayi. Mengikut Dr. Proses ini berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. remaja.

berat badan. kognitif. kanak- . Contohnya penyakit fenilketonuria atau PKU adalah disebabkan faktor baka. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. dan emosi.Kajian ahli-ahli psikologi juga sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. makanan. Biasanya. dan sosial. Disebabkan itu.Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan tertentu. mental. Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. tetap berbeza dari segi fizikal. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas perbezaan individu dari segi fizikal. mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri seperti saiz badan. ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Kajian telah menunjukkan bahawa ciriciri fizikal luaran. ibu bapa yang cerdas dan pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar. kadar perkembangan setiap individu. kecacatan mental dan kerencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen daripada kedua ibu bapa. Penyakit ini adalaha disebabkan kekurangan enzim asid amino yang perlu untuk menyingkirkan fenilalaninadapat merosakkan mentalnya. Goddard (1890). Newman (1937). kecuali sesetengah kanak-kanak kembar. bayi yang mengalami PKU ini akan memiliki asid beracun yang dapat merencatkan perkembangan mentalnya. Kajian yang dibuat melalui ahli-ahli psikologi Galton (1865). yang beracun yang terdapat dalam makanan. Akan tetapi. dan status sosioekonomi keluarga. iaitu warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gengen ibu bapa. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. emosi. Contohnya. ketinggian. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama dalam perkembangan manusia melalui faktor persekitaran. Selain itu. asuhan. walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama. Contohnya. Setiap individu. Berpandukan huraian tadi. Perbezaan ini dapat dilihat serta diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Unsur-unsur institusi keluarga yang mempengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah.

Pemakanan yang sihat adalah perlu bagi menjamin perkembangan bayi yang sihat. Pemakanan yang baik juga adalah perlu untuk kesihatan bayi. menaakul. Selain itu. kesihatan ibu juga penting kerana kesihatan ibu akan mempengaruhi kandungannya. Sebagai contoh. emosi. memahami. Hal ini khasnya dari perkembangan intelek. memberi pendapat. Kanak-kanak yang bersosial dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada kawan-kawan mereka. dan sosial. Antara faktor persekitaran yang memberi pengaruh kepada perkembangan seseorang bayi adalah faktor pemakanan. mencipta. pemakanan yang sihat akan membentuk perkembangan fizikal bayi yang baik. berimaginasi. Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat manakala ibu yang sakit akan melahirkan bayi yang mungkin mengalami kecacatan seperti kecacatan mental. merancang. kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap yang optimum. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam perkembangan kanak-kanak.kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. . Ini dapat diperkuatkan lagi buktinya sepertimana dalam pepatah arab yang bermaksud. Perkembangan Kognitif Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. fizikal dan sebagainya. Faktor pemakanan juga menjadi faktor yang mempengaruhi perkembangan bayi selepas kelahirannya. kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir. menyelesaikan masalah. Hal ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan. mengelaskan. Ibu yang mengalami emosi yang tidak stabil akan melahirkan bayi yang tidak sihat dan ini akan mengganggu perkembangannya. Emosi ibu juga mampu memberikan kesan kepada bayi yang bakal lahir. Pelbagai kajian dan usaha telah dilakukan untuk mengahsilkan bahan pemakanan yang baik untuk bayi. dan mengingati perkara-perkara yang telah berlaku di sekeliling. Fizikal yang sihat mempengaruhi perkembangan minda bayi. dan lain-lain. Samuel (2009). sahsiah. Antaranya susu yang mengandungi asid dokosahexaenoik (DHA) yang mampu untuk merangsang otak bayi untuk berkembang. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Selain itu. akal yang sihat pada badan yang sihat.

Hal ini berpusatkan kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada peringkat yang seterusnya. Selain itu. Dengan erti kata lain. Aktiviti ini disifatkan oleh Piaget sebagai permulaan proses menyelesai masalah dalam kehidupan. Melalui kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan. seperti berupaya mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh. Pada peringkat akhir sensorimotor. kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya dan hasilnya akan membentuk skema. Piaget membahagikan perkembangan kognitif yang berlaku kepada empat peringkat iaitu peringkat Sensorimotor. . Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial. Peringkat pertama yang dilalui oleh manusia ialah peringkat Sensorimotor iaitu bagi bayi semenjak dilahirkan sehingga berusia 2 bulan. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan tahap umur mereka. kanakkanak menggunakan mulut untuk merasa objek. Mok Soon Sang (2008) menyatakan. Operasi Konkrit dan Operasi Formal. Selain itu. kanak-kanak berkeupayaaan melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan melambai tangan dan tindakan perlakuan ini menjadi semakin cepat menjelang proses pembesarannya. Peringkat ini merupakan peringkat untuk bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehhan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka dan mengenali persekitaran mereka. kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi. Pra Operasi. Sebagai contoh. kanak-kanak turut menunjukkan permulaan pemikiran logik. perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor serta interaksi denga orang yang lebih berpengalaman (perkembangan sosial). Pada peringkat ini.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi diantara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaiktkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat di persekitarannya. kanak-kanak turut mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan menggambarkan objek di dalam memori. iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria.

Simbol tersebut digunakan untuk menyatakan objek. Mereka mampu menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Peringkat ketiga yang akan dialami ialah pringkat Operasi Konkrit iaitu bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. pada peringkat ini kanak-kanak sudah mampu menguasai konsep pengekalan dan perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti. keterbalikan seterusnya mengamati proses songsangan. Kanak-kanak berubah kepada pemikiran objektif membolehkan mereka memahami persepsi dan pandangan orang lain. Perkembangan pada peringkat pra operasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. . antaranya seperti simbol bahasa. keterbalikan dan menaakul. Kebanyakan aktiviti pembelajaran pada peringkat ini masih lagi bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Perkembangan bahasa berlaku dengan pesat dalam proses ini. Kanak-kanak turut mampu mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.Peringkat yang kedua ialah peringkat Pra Operasi. Pemikiran kanak-kanak pada ketika ini bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka menganai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata tetapi belum mampu berfikir secara logik dan rasional. Mereka juga menguasai proses pengelasan iaitu dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri serta menguasai proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak dapat menguasai proses transformasi. isyarat. kanak-kanak mewakilkan imej sebenar buku dengan gambar yang dinamakan sebagai fungsi semiotik. Peringkat ini dijalani oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun. Mereka juga bersikap egosentrik iaitu melihat persekitaran mereka melalui perspektif sendiri dan menyangka orang lain mempunyai pandangan seperti mereka juga. gambar dan sebagainya. Menurut Piaget. keupayaan berfirkir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tdak mempunyai kebolehan berfikir secara abstrak. Namun. prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi. Misalnya. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak mampu membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan abstrak atau kompleks. Pada peringkat ini. Mereka berupaya memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Mereka tidak mampu menyelesaikan masalah yang kompleks. kanak-kanak beralih ke peringkat mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Pada peringkat ini.

Kesimpulannya. Dia menyatakan bahawa telah berlaku perubahan pada bilangan gulagula tersebut iaitu gula-gula di barisan B adalah lebih banyak berbanding blok-blok barisan A. saya bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tersebut. Perkara ini mempengaruhi jawapan yang hendak diberikan oleh kanak-kanak tersebut kerana baginya bilangan blok-blok yang mempunyai barisan yang lebih panjang adalah lebih banyak berbanding dengan bilangan gula-gula yang mempunyai barisan yang pendek walaupun dia tahu bahawa bilangan gula-gula kedua-dua barisan A dan B itu adalah sama banyak. Hal ini juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-kanak ini. perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak itu mengenal. . membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. pemahaman kanak-kanak tersebut masih lagi bergantung kepada kepada ciri-ciri objek yang nampak jelas dan nyata. Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 6 tahun iaitu adik Mitran A/L Sankar . Melalui pemerhatian. Kanak-kanak ini telah mengenal pasti bahawa blok-blok tersebut adalah sama banyak. saya mengubah kedudukan blok-blok di barisan B iaitu saya telah menjauhkan jarak antara blok-blok dalam barisan tersebut. barisan A nampak lebih pendek berbanding B. Jean Piaget juga menerangkan bahawa pada peringkat ini. Saya bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut adakah dia dapat mengenal pasti bahawa blok-blok di kedua-dua barisan tersebut sama banyak ataupun tidak.Saya telah meletakkan dua barisan blok-blok yang sama panjang dan sama banyak iaitu barisan A dan barisan B dan mempunyai bilangan blok-blok yang sama banyak. apakah barisan blok-blok yang mempunyai bilangan yang lebih banyak. Kanak-kanak tersebut telah menukar jawapannya. Kajian yang telah saya jalankan ialah dengan menggunakan kaedah barisan blok-blok kecil. ianya dapat menunjukkan bahawa perkara ini sama seperti pernyataan yang terdapat dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget iaitu tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut berada dalam peringkat Pra Operasi. Kemudian. Setelah itu.

Kanak-kanak tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang mengalami perkembangan kognitif mengikut aturan yang normal seperti kebiasaannya. Dia tidak mampu untuk mengingati bilangan asal gula-gula tersebut yang masih sama apabila kedudukannya sudah berubah. kanak-kanak tersebut juga masih tidak dapat menguasai prinsip ganti rugi. kanak-kanak tersebut masih belum mampu memikirkan sesuatu yang belum dapat dicapai seperti pemikiran orang yang lebih dewasa. dia tidak mengetahui bahawa sekiranya blok-blok di barisan B itu disusun semula seperti barisan asal akan menjadikan kedudukan gula-gula tersebut masih sama banyak seperti yang asal iaitu seperti blok-blok di barisan A. Reaksi kanak-kanak tersebut jelas menunjukkan bahawa dia tidak dapat mengenalpasti perubahan yang berlaku pada kedudukan gula-gula tersebut. Dia hanya dapat memahami perkara yang dilihatnya secara jelas tetapi tidak mampu memahami sesuatu perubahan yang tidak dapat dinilainya. Melalui pemerhatian terhadap kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut juga belum dapat menguasai prinsip identiti. Selain itu. Kanak-kanak ini menunjukkan kadar perkembangan kognitifnya pada tahap umurnya sama seperti yang terdapat dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget.Pengetahuannya juga masih terbatas dan tidak mampu untuk berfikiran jauh.Kanak-kanak masih tidak dapat memahami sesuatu perubahan yang berlaku secara abstrak. Dia tidak mengetahui perubahan yang berlaku kepada barisan blok-blok tersebut telah diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. kanak-kanak tersebut tidak mengetahui bahawa perubahan barisan blok-blok di barisan B hanyalah disebabkan kedudukan antara blok-blok tersebut telah dijarakkan berbanding kedudukan asal gula-gula tersebut. Hal ini kerana kanak-kanak itu tidak dapat mengenal pasti bahawa bilangan gula-gula yang telah berubah kedudukannya itu sebenarnya masih merupakan bilangan gula-gula yang sama banyak dan tiada perubahan yang berlaku. Dia tidak mampu menilai aspek perubahan yang berlaku terhadap kedudukan blok-blok tersebut. Disebabkan itu. Reaksi kanak-kanak tersebut juga menunjukkan dia belum mampu menguasai prinsip keterbalikan yang dinyatakan oleh Jean Piaget. . dia tidak mempunyai kelebihan dari segi kemampuan berfikir yang lebih tinggi berbanding kanakkanak lain dan masih mengalami pemahaman pemikiran yang sama seperti kanak-kanak normal. Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai sifat tersebut ialah faktor persekitaran. Dalam keadaan ini. Pada tahap ini.

. Saya menggunakan dua keping kek itu untuk disusun dalam dua barisan iaitu barisan kek coklat dan barisan kek pandan. saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun iaitu adik Muhamad Fathirul Azri bin Sakri atau lebih mudah dipanggil dengan nama Azri.Seterusnya. Kaedah yang telah saya gunakan untuk melaksanakan kajian Piaget’s Conservation Tasks ini ialah dengan menggunakan kaedah penggunaan kek lapis iaitu kek Apollo.

Kanak-kanak tersebut mengambil sedikit masa sebelum menjawab dan akhirnya menyatakan bahawa kedua-dua kek lapis itu tetap sama banyak. Setelah memerhatikannya. Selain itu. saya bertanya kepada kanak-kanak tersebut soalan yang sama seperti tadi sama ada kek lapis tersebut masih sama banyak atau sebaliknya. Kanak-kanak itu juga sudah berupaya untuk memahami proses transformasi iaitu mengetahui bahawa pembahagian pada kek itu tidak membawa perubahan kepada bilangan ataupun kuantiti kek lapis tersebut walaupun pada pemerhatian kasar. Hal ini kerana kanakkanak tersebut sudah mampu menguasai 16 . saya telah membahagi kek coklat itu kepada dua bahagian supaya kek tersebut kelihatan lebih pendek berbanding kek yang satu lagi iaitu kek pandan. saya memberitahu kepada kanak-kanak tersebut bahawa kek itu sama panjang dan sama banyak. Kemudian. kanak-kanak tersebut sudah mampu untuk memahami konsep yang lebih abstrak dan tidak hanya menumpu pada keadaan fizikal sahaja. kuantiti kek yang telah dibahagi itu seperti berubah menjadi sedikit berbanding kedudukan asalnya.Setelah menyusun kek tersebut kepada dua barisan. Pada tahap ini. Hal ini menunjukkan persamaan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Selepas itu. kanak-kanak tersebut juga sudah mampu untuk melaksanakan proses balik semula secara mental sekiranya diperlukan iaitu menjadikan proses tadi kepada asal. kanakkanak tersebut setuju dengan pernyataan saya dan dia memilih kek coklat kerana dia meminati coklat. Pada tahap ini kanak-kanak tersebut sudah mencapai tahap Operasi Konkrit iaitu pada umur 8 tahun. Sekiranya kedudukan yang berubah itu dibiarkan. Dia sudah mampu untuk memahami dan mengenal pasti perubahan yang berlaku walaupun perubahan tersebut sukar dilihat secara jelas. kanak-kanak tersebut masih mengetahui bahawa kuantiti kek lapis tersebut boleh diubah kepada kedudukan asal tadi.

Perkara ini akan membantu mengukuhkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut supaya pengetahuannya dalam kemahiran-kemahiran tertentu mampu diperolehi dengan mudah. Rakan-rakan kanak-kanak tersebut yang baik dari segi pelajaran mampu meningkatkan kemahuannya untuk sama-sama mendapatkan ilmu pengetahuan dengan baik. Kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut 17 . Melalui cara ini. kanak-kanak tersebut mampu menguasai kemahiran yang sepatutnya dia perolehi pada tahap umurnya dengan baik dan tidak menghadapi masalah untuk memahami kemahiran tersebut. Disebabkan itu.konsep identiti iaitu perubahan yang berlaku pada kek tersebut adalah pada luaran sahaja dan tidak mengganggu kuantiti asal kek tersebut. Faktor yang mampu mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut ialah faktor persekitaran. kanak-kanak tersebut mampu memahami sesuatu ilmu pengetahuan secara sendiri tanpa bantuan orang lain dan ini meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut untuk terus menjadi lebih baik seiring dengan peningkatan umurnya. Faktor baka juga antara faktor yang menyumbang kepada pengaruh perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Keluarganya mungkin menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan menyebakan kanak-kanak tersebut mengikuti jejak langkah mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan supaya tidak ketinggalan daripada rakan-rakanya yang lain. Kanak-kanak tersebut juga mungkin mempelajari sesuatu kemahiran berdasarkan pemerhatiannya kepada perkara yang berlaku di sekelilingnya. Rakan-rakan juga memberi pengaruh untuk perkembangan kognitif kanakkanak tersebut.

tiada masalah yang dihadapi oleh kanakkanak tersebut untuk memiliki beberapa kemahiran yang harus dimiliki pada tahap umurnya seperti memahami prinsip identiti dan ganti rugi kerana kemampuan mentalnya berada pada tahap yang sepatutnya. 1 8 . Oleh hal yang demikian.mungkin tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembangan kognitif dan seterusnya menjadikan anak mereka mampu mengikuti perkembangan intelek dan potensi yang baik.

Dalam peringkat usia ini. batang aiskrim. Hal ini jelas terbukti dengan kajian pemerolehan bahasa. Oleh sebab itu. Sifat egosentrik ini adalah satu sifat yang mementingkan kemahuan sendiri tanpa mengendahkan kemahuan orang lain. Guru juga boleh menunjukkan contoh atau demonstrasi bagaimana untuk melakukan arahan yang dinyatakan. Hands-on di sini adalah bermaksud membiarkan kanak-kanak itu meneruskan sesuatu yang dibuat. Kanak-kanak juga perlulah diberi peluang untuk melakukan “hands-on” terhadap sesuatu kemahiran. Hal ini adalah sebahagian .Implikasi Perkembangan Kognitif Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Sebagai contoh. contohnya seperti guli. ibu bapa perlulah berhati-hati dengan penggunaan kata kerana sesuatu perkataan boleh membawa pelabagai makna. susah untuk memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. ibu bapa harus membiarkannya supaya kanak-kanak itu mendapat kemahiran tersebut. Tambahan lagi daripada akan sebayanya. Guru mesilah mengunakan ayat yang pendek. Ini kerana kanak-kanak hanya mengetahui nombor sebagai satu angka dan masih tidak dapat mengetahui jumlahnya. Pada peringkat ini. penjelasan tentang sesuatu atau nasihat perlulah diberi dalam kata yang mudah difahami oleh kanak-kanak serta empati terhadap pandangan kanak-kanak tersebut. jika ingin memberikan arahan kepada kanakkanak pada kita haruslah menggunakan bahasa yang pendek. Hal ini kerana pada peringkat ini. terdapat beberapa implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. proses ini dapat membantu kanak-kanak lebih berdikari. tempat-tempat sebenar dan lainlain lagi kepada murid-murid. dan sebagainya. Implikasi yang pertama adalah. Contohnya jika kanak-kanak itu ingin makan dengan sendiri. kanak-kanak pada usia ini sudah mula mempunyai sifat egosentrik. Kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang kuat. Selain itu. Contohnya seorang kanak-kanak memberitahu ibunya “nak baring” iaitu kanak-kanak itu mengantuk dan dia sebenarnya hendak tidur. Contohnya dalam kemahiran menambah dan menolak. Kenalkan flora. Oleh yang demikian. Oleh itu. Hal ini adalah suatu proses yang membuatkan kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Guru juga boleh mengadakan sesi P&P diluar bilik darjah. fauna. minda kanak-kanak hanya dapat mengenal pasti bahanbahan konkrit. Hal ini kerana. Jadi kanakkanak boleh menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahanbahan maujud. batu. kanak-kanak lebih susah untuk memahami bahasa yang kompleks. Selain daripada itu. kanak-kanak dalam peringkat ini. arahan untuk senyap ataupun arahan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. kanak-kanak masih tidak memahami konsep sebenar tentang apa yang dikatakan. guru perlulah melaksanakan pembelajaran yang dapat memberikan kanak-kanak pengalaman. mudah dan jelas.Implikasi Terhadap Proses proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) Peringkat Pra Operasi Konkrit iaitu 2 hingga7 Tahun Pada peringkat ini.

Kemudian. mereka memerlukan pemikiran yang logik. bahan-bahan yang konkrit itu perlulah menarik minat kanak-kanak. Hal ini kerana pembacaan dan pembentangan adalah bagus untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam memperolehi kemahiran berbahasa. Implikasi Terhadap Proses pengajaran dan pembelajaran Peringkat Operasi Konkrit 7 hingga 11 Kita sebagai bakal pendidik haruslah meneruskan penggunaan alat bantu mengajar yang berbentuk konkrit secara variasi. Selain itu. Apabila guru telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar. beri mereka peluang untuk mengemukakan dan membentangkan ideaidea mereka dengan cara yang mudah seperti menggunakan peta minda dan sebagainya. Contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar juga boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Kemudian minta mereka untuk menjelaskan penyelesaian masalah tersebut dengan teratur dan sistematik. model-model tiga dimensi (3D) seperti haiwan. Contohnya guru memberi bahan bacaan beransur-ansur daripada yang mudah kepada yang rumit. Hal ini adalah penting bagi kanakkanak untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang baru. guru boleh juga mengenakan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah. Pengalaman-pengalaman ini dapat membantu murid untuk memahami perkaraperkara yang lebih kompleks. Hal ini adalah untuk kanak-kanak tersebut berfikir secara kreatif dan kritis. analtik dan mungkin boleh diselesaikan melalui pengalaman mereka. tumbuhan dan sebagainya untuk mewakili objek-objek yang baru dipelajari. Dalam hal ini. Misalnya pengalaman semasa bercuti. Selain itu. pengalaman seharian dan sebagainya. kanak-kanak perlulah diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objekobjek yang diajar. Penggunaan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling mereka juga dapat membantu kanak-kanak mengaitkan pengetahuan mereka yang sedia ada. biarkan mereka mencuba sendiri apa yang telah diajar. Dalam proses P&P juga perlulah melibatkan penglibatan murid seperti sumbang saran. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru mestilah ringkas dan tersusun terutamanya pembentangan dan pembacaan. Guru mestilah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengemukakan idea-idea mereka. Contohnya.daripada proses pengayaan ingatan dan fikiran kanak-kanak. Contohnya bawa mereka melawat Menara Berkembar Petronas. Pada peringkat ini juga. Kanak-kanak ini perlu diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objekobjek yang diajar tetapi dengan bimbingan guru. . zoo dan sebagainya.

namun perkembangannya berbeza bagi setiap individu. di setiap kawasan perumahan juga perlu mengadakan aktiviti mingguan bagi kanak. kanak-kanak akan tahu bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Faktor baka inilah yang akan menentukan had perkembangan seseorang manakala faktor persekitaran akan dapat membantu perkembangan seseorang ke tahap yang maksimum. Untuk melaksanakan proses perkembangan ini berjalan lancar. kita dapat lihat bahawa. . Dengan cara ini. berlaku secara berterusan. dan dapat melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakanrakan yang lain. Antaranya adalah mengikut aturan. Faktor persekitaran pula terbahagi kepada dua iaitu pra-lahir dan selepas lahir. mereka harus mengambil berat tentang anak-anak mereka. Selain itu. proses ini dihadapi oleh setiap individu dalam corak dan aturan yang hampir sama. namun hingga ke akhir hayat. Proses ini akan berjalan daripada lahirnya seseorang individu itu bukan sahaja hingga ke tempoh matangnya. ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam membentuk perkembangan anak-anak mereka. terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang itu iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. kanak-kanak perlulah diberikan peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Guru haruslah memain peranan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif serta selesa untuk murid-murid. terdapat beberapa prinsip perkembangan yang dapat dikenal pasti. guru merupakan individu yang penting. kanak-kanak.dapatlah dilihat disini bahawa perkembangan adalah perubahan yang dialami oleh setiap individu yang bersifat kualitatif dan tidak dapat disukat melalui kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dari masa ke masa. Komunikasi antara ibu bapa dan anak. Selain itu.anak harus terjalin agar anak. mengamalkan gaya hidup yang sihat.Rumusan Secara keseluruhannay. kadar perkembangan yang berbeza bagi setiap individu dan lain-lain lagi. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu daripada peringkat belum lahir.kanak. bayi. Di samping itu. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa. Guru juga perlu memastikan kelengkapan alat bantu mengajar yang mencukupi. dewasa dan seterusnya. Perkembangan ini akan berlaku secara berterusan. remaja. Selain itu. Selain daripada itu. Hal ini secara tidak langsung dapat meyakinkan diri mereka untuk menyatakan sesuatu kepada orang lain.anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula.

kesedaran perlulah dibentuk terhadap ibu bapa dan guruguru tentang pentingnya perkembangan minda kanak-kanak daripada awal kelahiran dan perkembangan mereka. Selain daripada itu. semua pihak harus yang berkaitan haruslah memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna.Kesimpulannya. .

my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2. http://ms.blogspot. Bhd. Sdn.wikipedia. Bhd.ppk. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Subang Jaya.com/2007/01/kanak-kanak. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Psikologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan.kpm. Puchong.Rujukan Halizah Hamzah dan Joy N. Bhd.html . Roszikin bt Zakaria (2007). Bhd. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.org/wiki/Kanak-kanak http://myschoolnet. Perkembangan Kanak-kanak. Puchong. Nor’aini bt Tahir. Samuel (2009). Meteor Doc. Kumpulan Budiman Sdn. Selangor. Psikologi Perkembangan. Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak.pdf http://psikologi-perkembangan. Mook Soon Sang (2009). Kuala Lumpur. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran Pembelajaran. Mook Soon Sang (2006). Bhd. Penerbitan Multimedia Sdn.