You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

MAJLIS PELANCARAN PUSAT SUMBER SEKOLAH IBU SINA


DAN
PELANCARAN NILAM SK SERI TASEK 2016
Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan-Nya
dapat kita berhimpun dalam Majlis Pelancaran Pusat Sumber Sekolah Ibnu
Sina dan Pelancaran NILAM SK SERI TASEK.Majlis yang ringkas namun
penuh bermakna ini adalah sebagai tanda berterusan pihak sekolah bagi
memupuk dan menerapkan tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah.
Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian ,
Buku merupakan media terbaik untuk kita mendapat ilmu dan belajar
daripada pengalaman orang lain.Justeru , tabiat atau amalan membaca buku
mampu membangunkan jiwa dan minda kita.Jiwa yang sihat dan minda yang
tajam akan membolehkan kita memilih dan menyisih ilmu yang didapati untuk
menafaat dan kesejahteraan diri dan masyarakat dan seterusnya
menyumbang kepada pembentukan generasi muda kelas pertama.
Generasi yang berilmu dan berakhlak mulia serta berketrampilan akan
memastikan warga Malaysia terus cemerlang di Negara sendiri mahupun di
persada antarabangsa.Sauatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Kaedah yang utama
bagi menerapkan budaya ilmu ialah melalui tabiat membaca yang
berterusan.
Syabas dan tahniah yang tidak terhingga kepada seluruh warga sekolah
yang bertungkus lumus menjayakannya pada hari ini.Kejayaan ini
melambangkan komitmen yang tinggi yang telah diberikan oleh pihak
pentadbir sekolah, guru-guru , staff sekolah dan murid-murid di sekolah ini.
Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepad komitmen
daripada pihak sekolah dan masyarakat.Justeru , saya menyeru dan
berharap agar ada usaha yang berterusan daripada seluruh warga sekolah
bagi memantapkan pelaksanaan program ini. Dalam hal ini kita semua boleh
memainkan peranan.Contohnya dengan memberi sumbangaiah buku
sebagai anugerah kecemerlangan dan sebagainya.

Saya berharap perlaksanaan NILAM dapat membantu meningkatkan


kefahaman ibu bapa dan masyarakat dalam pentingnya memupuk budaya
membaca dalam kalangan generasi muda.
Pelaksanaan NILAM juga perlu diintegrasikan dengan budaya dan
amalan harian di sekolah dan tidak dianggap sebagai satu akativiti tambahan
yang membebankan.Dalam usaha yang mementingkan pencapaian
akademik , adalah perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran
membaca boleh membawa kepada kemahiran belajar dan kemahiran
mencari maklumat.Ini Memudahkan pemupukan budaya membaca dan
pencapaian objektif NILAM.Sesungguhnya amalam membaca boleh
membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan padu dari aspek
personality dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.
Akhir sekali , tahniah buat seluruh warga SK SERI TASEK
Dan haarapan agar majlis ini akan menjadi pencetus semangat kepada
murid dan guru-guru sekolah ini agar dapat mencipta kecemerlangan di
tahun 2016 ini.
Dengan lafaz BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM saya melancarkan
MAJLIS PELANCARAN PUSAT SUMBER IBNU SINA DAN PELANCARAN
NILAN bagi SK Seri Tasek 2016.Sesungguhnya HIDUP LEBIH BERMAKNA
DENGAN MEMBACA
Sekian , Wassalam.