You are on page 1of 29

TEORI PERKEMBANGAN KANAKKANAK

Kanak-kanak dilahirkan dengan


mempunyai sifat yang dinamik
serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran
mereka.

A. Teori Jean Piaget


Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau
telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan
telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam
bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek
falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih
bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Menurut Piaget, perkembangan


intelektual kanak-kanak tidak
bergantung kepada pengajaran secara
langsung orang dewasa.
Sebaliknya, perkembangan kanakkanak bergantung kepada interaksi
antara dua faktor utama iaitu faktor
keturunan (baka) dan faktor
persekitaran.
Kanak-kanak lahir dengan kebolehan

Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui


aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa
membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri
tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau
skema.
Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang
lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi,
akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan
bahawa perkembangan intelektual menguasai semua
aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial
dan moral.

Piaget mengatakan kematangan dari segi


biologi mendahului kebolehan pembelajaran
mereka. kanak-kanak perlu kesediaan dari
segi kematangan (biologi) mereka sebelum
mereka boleh melakukan operasi mental.
Menurut Piaget, perkembangan kognitif
kanak-kanak melalui empat peringkat iaitu:
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat

Sensorimotor: 0-2 tahun


Praoperasi: 2- 7 tahun
Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan


Pembelajaran
Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar
melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secarahands-on,
penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang
pembelajaran adalah penting.
Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan
kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung.
Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi
yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan
kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan
pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh
Piaget.

Teori Vygotsky

Lev S. Vygotsky ialah seorang pakar


psikologi Russia menjelaskan tentang
perkembangan bahasa.
Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran
perkembangan kognitif berlaku di dalam
konteks sosiobudaya dan berkembang di
dalam interaksi sosial kanak-kanak.
menyatakan bahawa kanak-kanak belajar
melalui interaksi sosial dan budaya

Teori budaya-sosial (socio-cultural)


menyatakan bahawa kanak-kanak belajar
melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya
dan masyarakat memainkan peranan
sangat penting di dalam teori Vygotsky.
Pengalaman sosial dan budaya
mempengaruhi cara berfikir dan
menggunakan bahasa .
Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan
alat yang digunakan oleh orang dewasa
untuk memindahkan pengetahuan kepada
kanak-kanak.

Beberapa ciri penting teori ini :


Tahap pembelajaran atau kematangan
mental seseorang kanak-kanak boleh
ditingkatkan melalui scaffolding.
Scaffoldingmerupakan pertolongan atau
bimbingan yang diberi oleh orang yang
lebih berpengalaman untuk meningkatkan
tahap pembelajaran atau pemikiran kanakkanak.

Alat-alat yang digunakan dalam


sesuatu budaya ataucultural
tools(seperti bahasa, media,
televisyen atau komputer) adalah
sangat penting untuk meningkatkan
komunikasi, pembelajaran dan
pemprosesan pemikiran ke tahap
yang lebih tinggi.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran,


seseorang guru yang mengamalkan prinsipprinsip teori Vygotsky akan mendapati proses
pembelajaran yang sangat aktif.
Vygotsky mengutarakan perkembangan
bahasa kanak2 bergantung kepada
pendedahan mereka kepada pembantu dan
persekitaran orang dewasa

Kesimpulan
Piaget menyarankan pembelajaran
penemuan di mana guru kurang
membimbing.
Vygotsky pula menekankan bimbingan
guru sebagai faktor utama.

TEORI PERKEMBANGAN EMOSI


MENURUT ERIKSON

Erikson mengatakan bahawa semua individu


melalui lapan peringkat perkembangan yang
bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga
dewasa.
1. Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)
Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson
merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat
oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria
visual dan sentuhan.

2. Kepercayaan akan memudahkan seorang


kanak-kanak menghadapi serta mengatasi
masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus
dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa
selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu
bapa.
3. Otonomi lawan Rasa Malu (18 bulan hingga 3 tahun)
18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula
bertambah
kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari
dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan
menggunakan tandas. Mereka membina konsep
kendiri dan autonomi melalui kemahiran
mengawal pergerakan motor kasar.

Kebolehan membezakan perlakuan


yang betul dan salah juga turut
berkembang
Pada peringkat umur ini, kanak-kanak
akan merasa takut jika melakukan
kesalahan
boleh membuatkan kanak-kanak
meragui kebolehannya sendiri, dan
mengakibatkan wujud konsep kendiri
yang rendah.
Dalam lingkungan usia 3 hingga 5
tahun. Peringkat ini dipanggil
peringkat bermain di mana kanakkanak cuba meniru tingkah laku orang
dewasa melalui proses bermain

Oleh itu Erikson menegaskan bahawa


kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah,
beraksi dan melakukan aktiviti untuk
mendapatkan kepuasan emosi.
Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanakkanak gemarkan melukis dan mewarna
kerana aktiviti ini memberikan
kepuasan memindahkan semula dalam
bentuk dan rupa imej yang unik
mengikut tahap pemahaman mereka.
Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak
dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera dan lukisan yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi

D. TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Howard Gardner (1983), mengasaskan


teori kecerdasan pelbagai. Beliau
seorang ahli psikologi Jerman terkenal
Universiti Havard. Gardner (1983)
menyatakan bahawa manusia mempunyai
sekurang-kurangnya lapan kecerdasan
dan pada tahun 1999 Gardner
menyatakan bahawa semua ada satu lagi
kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.

Semua kecerdasan adalah bersifat


dinamik yang boleh dikenal pasti dan
dinyatakan dengan jelas jika setiap
individu mendapat peluang untuk
mengenal dan membangunkan
kepelbagaian kecerdasannya.
Latar belakang peribadi menjadi faktor
penting dalam membentuk dan
mengembangkan pengetahuan,
kepercayaan dan kemahiran dalam semua
jenis kecerdasan.
Setiap individu mempunyai adunan
kecerdasan yang unik, sentiasa berubah,

Teori Kecerdasan Pelbagai Dan


Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

Gardner (1993) menganggap semua kanakkanak berpotensi berfikir secara kreatif.


Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa
melintasi sempadan-sempadan norma ketika
asyik bermain atau apabila tekun melakukan
sesuatu aktiviti.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh


ditingkatkan melalui cara-cara berikut:
1-Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa
mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.
2- Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurangkurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
3- Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar
supaya murid sentiasa berada pada tahap
kecemerlangan.
4- Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela
diuji dan tidak takut gagal.
5- Menyediakan persekitaran keluarga yang
menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi
terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar
autoriti.

RUMUSAN
Teori perkembangan intelektual memberi
inspirasi dan panduan berguna kepada
pendidik kerana memberikan gambaran
yang menakjubkan berkenaan dunia
pemikiran murid.
Sekiranya guru dapat mengesan dan
membantu murid untuk mengatasi
kekurangan atau kelemahan di dalam
perkembangan pemikiran mereka, maka
proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan.

Teori ini membantu guru mengembangkan


konsep pemprosesan maklumat kerana
perkembangan kognitif individu dapat
digambarkan proses perkembangan yang
berterusan dalam sistem pemprosesan
maklumat.
Proses kognitif adalah termasuk
persepsi, perhatian, ingatan dan
menguji hipotesis yang saling berkait di
dalam proses pengembangan bahasa
khususnya kemahiran membaca.

Contoh aktiviti membentuk


garisan

Kecemerlangan kognitif kanak-kanak


bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk
hitungan nombor sahaja, malah tetap
diperlukan di dalam bidang sastera,
budaya dan sosial serta lebih banyak
berkaitan dengan kreativiti
Kanak-kanak sangat berminat dengan
aktiviti seni dan kreatif Kerana memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk
merealisasikan imaginasi mereka di
dalam pelbagai cara seperti melukis,
mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian,
drama, puisi, membentuk arca dan
sebagainya

Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam


aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang
paling penting guru haruslah sentiasa
bersedia dan membuat perancangan yang
teliti terutamanya dalam menyediakan
bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu
aktiviti kerana perancangan yang baik
membantu kelancaran pengajaran dan
pembelajaran

SEKIAN TERIMA KASIH