You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Menurut Burk dan Steffire (1979) dalam Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip dan
rakan-rakannya (2009) berpendapat bahawa kauseling melambangkan satu perhubungan
antara kaunselor yang terlatih dan orang yang menghadapi masalah. Guru Bimbingan dan
Kaunseling (GBK) yang terlatih mestilah terikat dengan kod etika tingkah laku yang mengawal
selia kelakuan para ahli dalam menjalankan amalan kaunseling dan mempunyai kecekapan
profesional.
Kod Etika Kaunselor ini penting bagi setiap guru bimbingan dan kaunseling supaya
dapat bertindak secara profesional dan terbaik serta mengamalkan tingkah laku yang beretika.
Seseorang kaunselor bukan sahaja perlu menguasai ilmu dan kemahiran kaunseling individu,
kelompok, kaunseling perkhawinan dan keluarga, memiliki ciri-ciri personaliti serta nilai-nilai
tertentu, malah perlu dipandu dan dibimbing oleh suatu Kod Etika yang ditetapkan di dalam
profesion kaunseling di Malaysia bagi melaksana tugasannya secara profesional dan
beramanah.
Tugasan ini melibatkan tentang etika dan kod etika kaunselor. Ia membincangkan
tentang konsep dan prinsip etika yang perlu diamalkan oleh setiap guru bimbingan dan
kaunseling. GBK juga perlu memikul tanggungjawab dari segi pelbagai pihak. Isu -isu etika dan
juga penilaian tentang isu kecekapan kaunseling dalam perhubungan kaunseling terhadap
kumpulan OKU juga telah dibincangkan dalam tugasan ini.

2.0 KONSEP ETIKA DAN PRINSIP ETIKA


2.1 KONSEP ETIKA
Etika merupakan satu elemen yang sangat penting dalam amalam bimbingan dan
kaunseling. Menurut Othman (2005) dalam Asmah Ismail (2012) menyatakan bahawa etika
merupakan satu peraturan tatasusila pengawalan diri supaya individu bertindak secara
bermoral. Seperti yang dikatakan oleh Gladding (2004) dalam Asmah Ismail (2012) etika
merupakan satu set standard dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan
memberi panduan kepada ahli mengenai tatalaku berinteraksi antara ahli dengan orang luar
organisasi berkenaan. Etika kelakuan secara bermoral diwujudkan sebagai panduan kepada
ahli di dalam sesuatu profesion supaya semua ahlinya dapat mempamerkan satu standard
berkelakuan tertentu. Menurut pandangan tokoh-tokoh tersebut kita haruslah memahami
bahawa etika yang ditentukan kepada kaunselor perlu diikuti oleh setiap kaunselor bagi
menetapkan satu standard kelakuan yang baik dalam kalangan mereka.
2.2 PRINSIP ETIKA
Terdapat beberapa prinsip dalam etika bimbingan dan kaunseling. Rajah dibawah menunjukan
prinsip-prinsip tersebut.

PRINSIP MEMBUAT

PRINSIP AUTONOMI

KEBAIKAN

PRINSIP KESETIAAN
(BENEFICENCE)

PRINSIP PRINSIP

PERSETUJUAN
TERMAKLUM (INFROMED
CONSENT)

PRINSIP KEADILAN
(JUSTICE)

KESELAMATAN KLIEN
(NON- MALEFICENCE)

Rajah 1 menunjukan prinsip-prinsip yang terdapat dalam kaunseling


2

2.2.1 PRINSIP AUTONOMI


Menurut Othman Mohamed (2013) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan
dalam Kaunseling autonomi bermaksud seseorang individu bebas dan berhak bertindak
mengikut kehendaknya. Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) dalam buku
Pengenalan Kepada Profesion Kaunseling prinsip ini melibatkan usaha seseorang bertindak
secara bebas berasaskan nilai dan kata putusnya Jika seseorang individu menuntut hak
kebebasan diri, maka masa yang sama individu tersebut mestilah menghormati hak dan juga
kebebasan diri orang lain. Dalam kaunseling, kaunselor perlulah mengamalkan prinsip ini.
Prinsip ini juga menjelaskan bahawa seseorang individu itu berhak untuk mendapat
keistimewaan bersendirian. Sebagai contohya dalam bimbingan dan kaunseling klien berhak
untuk meluahkan ataupun menyatakan isi hatinya kepada kaunselor. Dalam amalan bimbingan
dan

kaunseling

kaunselor

pula

perlulah

menghormati

kebebasan

tersebut.

Walau

bagaimanapun, pengluahan tersebut mestilah mempunyai batasan kerana autonomi bukan


bermakna wujud kebebasan yang mutlak. Kaunselor mestilah mengetahui had mana yang
dikatakan kebebasan dan perlu memastikan tidak memberi kemudaratan kepada klien.
2.2.2 PRINSIP MEMBUAT KEBAIKAN
Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) prinsip beneficence ataupun
membuat kebaikan ini berasaskan niat melakukan sesuatu dengan niat yang bersih dan hasrat
yang murni. Prinsip ini berniat untuk menjalankan proses kaunseling dengan berkesan dan juga
berfaedah serta mengharapkan hasil kaunseling yang dapat memberi sumbangan yang
bermakna seperti membantu klien sebagai seorang ahli yang sempurna dalam masyarakat.
Prinsip kerahsiaan mesti dipertimbangkan dalam profesion kaunseling ini. Terdapat banyak
persoalan akan wujud yang berkaitan dengan isu kerahsiaan ini dalam proses kaunseling.
Sebagai contohnya, adakah rekod yang dikumpul oleh kaunselor dianggap rahsia? Soalasoalan seperti ini harus dijawab oleh kaunselor supaya dapat menentukan apakah potensi
untuk mendatangkan kebaikan berbanding dengan terhasilnya kemudaratan, kesan daripada
tindakan yang diambil. Oleh itu, kaunselor perlulah berupaya meletakan dirinya dalam keadaan
yang memastikan agar kata putusnya itu tidak bercanggah dengan norma masyarakat dan
undang-undang.

2.2.3 PRINSIP PERSETUJUAN TERMAKLUM


Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) prinsip ini menuntut agar seseorang
yang berkepentingan diberitahu tentang tujuan sesuatu perkara dijalankan berkaitan dengan
dirinya. Persetujuan termaklum memberi asas secara kukuh perhubungan antara kaunselor
dengan klien kerana prinsip ini dianggap sebagai asas kepada perhubungan proses kaunseling.
Dalam amalan bimbingan dan kaunseling, klien berhak mengetahui prosedur asas yang mereka
perlu lalui berkaitan proses pertolongan yang akan dijalankan. Oleh itu, kaunselor perlulah
memberitahu kesan dan konsekuan yang akan terhasil bagi klien ataupun orang yang
berkepentingan berkaitan dengan proses kaunseling yang dijalankan. Kaunselor perlulah
memaklumkan kliennya berhak mengemukakan pertanyaan tentang cara prosedur kaunseling
itu dijalankan. Selain itu, kaunselor juga perlu maklumkan kepada klien bahawa mereka
mempunyai hak untuk berundur dan tidak terlibat dengan proses kaunseling itu pada bila-bila
masa tanpa menjejaskan kewibawaan mereka.
2.2.4 KESELAMATAN KLIEN
Prinsip ini merupakan salah satu prinsip yang sangat penting dalam proses kaunseling.
Prinsip ini juga dikenali sebagai prinsip non-meleficience ataupun dimaksudkan tidak
memudaratkan klien atau orang lain. Menurut Othman Mohamed (2013), prinsip ini
menegakkan

ketegasan

bahawa

sebaik-baiknya

tidak

melakukan

kerosakan,

tidak

memudaratkan sesuatu dan tidak melakukan secara sengaja keadaan yang boleh
mendatangkan risiko yang membahayakan orang lain. Menurut Beauchamp dan Childress
(1979) dalam Othman Mohamed (2013) menyatakan bahawa prinsip ini merangkumi dua aspek
yang berkaitan dengan mencederakan secara sengaja ataupun mewujudkan sesuatu situasi
yang mempunyai risiko bagi menghasilkan kecederaan. Dalam amalan bimbingan dan
kaunseling, kaunselor mestilah biasakan dirinya berprihatin mengaturkan prosedur agar proses
kaunselingnya tidak secara sengaja mendatangkan risiko diri dan keselamatan klien atau
masyarakat. Kaunselor sepatutnya bertindak ke arah sesuatu yang dapat menjaga kebajikan
dan keselamatan insan dan orang awam kerana prinsip ini mengutamakan urutan etika
berbanding dengan upaya yang boleh menguntungkan orang lain.
2.2.5 PRINSIP KEADILAN
Prinsip ini menyatakan bahawa semua insan itu adalah sama dan mendapat layanan
yang saksama. Tindakan ke atas sesuatu masalah yang dikemukakan dalam sesi kaunseling

perlulah mendapat pertimbangan, didengar dengan baik dan bersungguh-sungguh kerana


setiap individu mempunyai hak untuk dilayan secara adil dan saksama. Menurut Sapora Sipon
dan Hapshah Yusof (2010) prinsip keadilan ini mempunyai dua kriteria iaitu, sama dari segi
keperluan bermaksud setiap individu mendapat peluang tersendiri kerana setiap individu
adalah unik dan sama dari segi merit didefinisikan setiap individu perlu mendapat layanan
mengikut permasalahan masing-masing. Oleh itu, layanan yang dihulurkan oleh kaunselor
mestilah berdasarkan keunikan individu yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling (klien).
Selain itu, kaunselor juga perlu memberi pertolongan tanpa menjejaskan digniti dan harga diri
klien berasaskan masalah yang dikemukakan oleh setiap klien.
2.2.6 PRINSIP KESETIAAN
Prinsip ini sangat menekankan ketaatan dalam perhubungan antara individu. Kesetiaan
berkat rapat dengan kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran. Kepercayaan merupakan salah
satu elemen yang sangat penting dalam perhubungan kaunseling. Dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, perhubungan antara kaunselor dengan klien akan melibatkan
kepercayaan antara satu sama lain. Oleh itu, dalam perhubungan itu akan wujudlah satu
perjanjian bahawa kerahsiaan perkara yang diluahkan oleh klien itu. Maka, kerahsiaan
merupakan asas prinsip kesetiaan ini.

3.0 ANALISIS KOD ETIKA dan TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL GURU BIMBINGAN


DAN KAUNSELING (GBK)
3.1 KOD ETIKA
Menurut Ee Ah Meng dan rakan-rakanya (2011) dalam buku Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling menyatakan bahawa kod etika berasaskan nilai-nilai utama perkhidmatan
kaunseling dan menekankan harga diri, keutuhan dan keunikan semua individu termasuk hakhak dan peluang-peluang mereka. Kod ini juga berasaskan profesion kaunseling itu sendiri
yang mengutamakan nilai-nilai murni. Dalam Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah menyatakan bahawa tujuan
kod etika ini adalah untuk menyediakan satu garis panduan bagi Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa dan juga panduan untuk menyelesaikan isu etika yang timbul dan
dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa. Di samping itu, kod etika juga menyatakan bahawa apabila wujudnya situasi
yang memerlukan intervensi, Guru Bimbngan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah
menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berdasarkan kepada semua
prinsip yang terkandung dalam Kod Etika Kaunseor. Kod etika ini juga menggariskan piawaian
perlakuan dalam menjalin perhubungan profesonal dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain dan masyarakat. Kod etika
ini juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Limitasinya ialah kod etika ini menggariskan
peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam
menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam menjalankan sesesuatu tanggungjawabnya.
Selain itu, kod etika juga tidak seharusnya digunakan sebagai instrument untuk menyekat
kebebasan dan peluang dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Justeru itu, kod ini juga tidak
harus digunakan untuk mengenakan tindakan displin kepada kaunselor tanpa diberi hak
perlindungan dan keadilan yang maksimum.
3.2 TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Menurut Eh Ah Meng dan rakan-rakannya (2011), Kod Etika Kaunselor terbahagi
kepada lima bahagian iaitu Bahagian A tentang tanggungjawab kaunselor, Bahagian B
menjelaskan tentang perkhidmatan persendirian, Bahagian C tentang penyelidikan dan
penerbitan, Bahagian D pula menyatakan tentang latihan dan akhirnya Bahagian E yang
menyentuh tentang pengukuran dan penilaian. Kita hanya akan berfokus pada Bahagian A

sahaja kerana bahagian tersebut akan menjelaskan tentang tanggungjwab kaunselor terhadap
beberapa pihak.
O R G A N IS
A SI/
M A JIK A N

MAS
YAR A
K AT

R AK A N
P RO FE S
IO N
Tanggungjaw ab G uru
B im bingan dan
K aunseling
KL
IE
N

PRO
FES I
ON

Rajah 2 menunjukan tentang tatalaku kaunselor dalam melaksanakan tanggungjwab terhadap


beberapa pihak
3.2.1 Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) Terhadap Profesion
Menurut Eh Ah Meng dan rakan-rakannya (2011), kaunselor mesti bertanggungjawab
memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor) serta
menggunakannya sebagai panduan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. GBK
perlulah menjaga tata lakunya demi memelihara piawai dan identiti sebagai seorang GBK dan
keutuhan profesion

kaunseling.

GBK juga perlulah sentiasa berusaha menilai dan

meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Oleh itu
sebagai seorang GBK, kita perlulah mengemas kini kecekapan dan kemahiran yang ada pada
diri kita dengan latihan yang berterusan. Seorang GBK perlulah berusaha untuk memupuk circiri moral dan personal yang dianggap sangat penting dalam memberikan perkhidmatan yang
beretika terhadap kliennya. Terdapat beberapa nilai moral yang perlu dipupuk oleh seseorang
GBK. Antaranya ialah, empati, integriti dan kebijaksanaan. Sebagai contohnya, GBK mestilah

bertanggungjawab untuk bergerak ke arah sikap bermoral dan hubungan dengan orang lain
dengan menekankan keikhlasan dan konsistensi antara tingkah laku dan percakapan. Ini
bermaksud kaunselor mestilah sentiasa berintegriti. GBK mestilah menyedari sebarang
ketidakupayaan dari segi fizikal, mental dan emosi yang boleh menjejaskan fungsi sebagai
seorang profesional. Pada masa itu, GBK perlulah menghindari daripada memberikan
perkhidmatan kaunseling profesional. Oleh itu, GBK mesti merancang dan membuat persediaan
untuk pemindahan rekod dan kes klien kepada rakan profesional yang dikenal pasti jika
terjadinya ketidakupayaan, kematian ataupun menamatkan amalan. Akhirnya, GBK perlulah
mengelakkan keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan antara dirinya dengan
klien. Jika berlakunya konflik, GBK perlu membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien
dengan tujuan untuk mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling.
3.2.2 Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Terhadap Klien
Dalam Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah Rendah dan Menengah menyatakan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)
bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien samaada klien individu ataupun
kelompok. GBK perlulah mengutamakan kepentingan klien berbanding kepentingan diri sendiri.
Bagi kes-kes di luar kemampuan GBK, maka dengan persetujuan klien sesi perlu ditamatkan
dan/atau dirujuk kepada GBK atau profesional lain. GBK juga hendaklah menghormati privasi
klien dan merahsiakan sgala maklumat yang diperolehi semasa sesi kaunseling melainkan
maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang persekitarannya dan atas tuntutan
undang-undang. GBK juga mesti berpengetahuan pelbagai budaya kliennya. GBK perlulah
memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya kliennya. Selain itu. GBK perlu
menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya bagi dapat
bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi. Sebagai contohnya, GBK perlu berlaku adil dan
tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan etnik, jantina, agama, status, kecacatan
fizikal atau apa-apa bentuk sekali pun.
GBK juga hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak
memperalatkan klien bagi kepentingan sendiri samaada dari aspek kewangan, seksual, emosi
dan sebagainya. Dalam kes-kes dimana keselamatan fizikal klen terancam, keutamaan
hendaklah diberikan kepada keselamatan klien. Sebagai contohnya, kaunselor dilarang sama
sekali melakukan sebarang bentuk gangguan dan hubungan seksual dengan klien, bekas klien
dan ahli keluarga mereka. Seterusnya, GBK perlu membekalkam maklumat kepada kliennya.

Sebagai contohnya, GBK perlulah menjelaskan kepada kliennya mengenai keperluan, proses
dan implikasi perkhidmatan kaunseling. GBK juga perlulah bertanggungjawab terhadap
kebenaran bermaklum. Sebagai contohnya, GBK perlulah mencapai persetujuan bermaklum
dengan kliennya pada peringkat awal sesi kaunseling. Apa-apa persetujuan antara GBK dengan
kliennya mengenai kerahsiaan boleh disemak dan diubah dengan persetujuan bersama.
Justeru itu, GBK juga perlu mengadakan budi bicara dengan kliennya. Contohnya, dalam kes
yang jelas bahawa diri klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, GBK perlulah
menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar bagi menjaga kepentingan klien dan
orang lain yang terlibat. GBK juga mestilah memberi kebebasan kepada kliennya bagi
menamatkan sesi. GBK perlu memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak
menjalani kaunseling dengan GBK yang lain pada masa yang sama. Walau bagaimanpun, GBK
tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi ataupun ingin bertukar kepada
GBK yang lain dan keputusan klien mestlah dihormati.
3.2.3 Tanggungjawab GBK terhadap Rakan Profesional
Dalam Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah Rendah dan Menengah menyatakan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)
bertanggungjawab untuk terus berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesional masingmasing. GBK juga mestilah bersikap hormat, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
Seterusnya, GBK juga bertanggungjawab untuk mencegah, memperbetulkan dan melaporkan
perlakuan rakan GBK yang tidak beretika. Akhirya, GBK juga mempunyai tanggungjawab untuk
menyokong rakan profesionalnya. GBK mestilah bersedia untuk mempertahan, membantu dan
membela rakan profesionalnya yang teraniaya akibat tuduhan dan perlakuan yang tidak
beretika.
3.2.4 Tanggungjawab GBK terhadap Organisasi / Majikan
Menurut Eh Ah Meng dan rakan-rakannya (2011), GBK mesti bertanggungjawab untuk
mematuhi perjanjian yang dipersetujui dan ditandatangani dengan organisasi tempat beliau
berkhidmat. Selain itu, GBK mestilah mematuhi dasar dan prosedur oraganisasinya.
Contohnya, GBK hendaklah menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti selaras
dengan organisasinya. Di samping itu, GBK hendaklah bertindak mencegah diskriminasi dalam
oragnisasi dan perlaksanaan polisi amalan pekerjaan. GBK mestilah bertanggungjawab
terhadap kemudahan-kemudahan majikannnya. Contohnya, GBK tidak boleh menyalahgunakan
kemudahan dan sumber organisasinya. GBK juga perlulah sentiasa menilai keupayaan kendiri
9

dan membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa. Contohnya, GBK
perlulah membenarkan dirinya dinilai secara profesonal oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa
ke masa. GBK juga perlu mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam profesionalnya. GBK
perlulah menyatakan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. Akhirnya, GBK
juga perlu menjalinkan hubungan profesional dengan penyelia dan staf yang lain supaya
menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan,
perbezaan

antara

fakta

umum

atau

perbadi,

beban

kerja

dan

akauntabiliti

serta

kebertanggungjawaban.
3.2.5 Tanggungjawab GBK terhadap Masyarakat
Dalam Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah Rendah dan Menengah menyatakan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)
bertanggungjawab untuk menghormati perbezaan budaya orang lain. GBK perlulah memahami
dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat dimana beliau bekerja. Justeru itu, GBK juga
perlu mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undangundang tersebut. Contohnya, GBK perlulah menjalankan tugasannya berlandaskan Kod Etika
Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

10

4.0 JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO (World Health Organization) dan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNO (United Nations Organization), dalam AHMAD
SHAMSURI MUHAMAD (2011) OKU ditakrifkan sebagai :
... seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh
sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan
atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan,
sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, dan sama ada ia berlaku semenjak
lahir ataupun kemudiannya (WHO, 1992).
Orang kurang upaya (OKU) merupakan seseorang yang mempunyai ketidakupayaan
jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila
berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan
secara efektif dalam masyarakat. Berdasarkan jurnal bertajuk Persepsi, penerimaan serta
kebolehpercayaan Orang Kurang Upaya terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di
Malaysia yang ditulis oleh Zuhda Husaian dan Shafrin Ahmad membincangkan tentang
persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan OKU terhadap kaunselor dan juga perkhidmatan
kaunseling. Kajian ini menjelaskan mengenai persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan
OKU terhadap kaunselor dan juga perkhidmatan kaunseling yang diikuti dalam usaha
membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi. Kajian ini meliputi lapan aspek iaitu (a)
perasaan menghadiri sesi kaunseling (b) pengetahuan mengenai kaunseling (c) pandangan
mengenai kaunselor (d) persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor (e)
kepercayaan terhadap ahli kelompok (f) persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap
perkhidmatan kaunseling (g) pengalaman selepas mengikuti sesi kaunseling dan akhirnya (h)
perasaan selepas mengikuti sesi kaunseling. Terdapat beberapa aspek tersebut mempunyai
kaitan dengan kod etika kauselor dan juga isu etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
(a) Perasaan menghadiri sesi kaunseling
Menurut kajian tersebut, kebanyakkan klien hanya memberikan jawapan yang negatif
sahaja. Secara keseluruhannya, mereka tidak suka untuk menghadiri sesi tersebut kerana
mempunyai tanggapan yang negatif bahawa perkhidmatan kaunseling hanya akan diberikan
11

kepada individu yang mempunyai masalah tingkah laku dan ada juga yang menyatakan bahawa
mereka tidak berasa apa-apa berbezaan antara menghadiri sesi dan tidak menghadiri sesi.
Oleh itu, kaunselor perlulah memberi kesedaran tentang apa itu perkhidmatan kaunseling dan
tujuan kaunseling diberikan. Selain itu kaunselor perlulah memberi galakan dan juga motivasi
kepada mereka supaya dapat menghadiri sesi kaunseling dengan sepenuh hati. Justeru itu
kaunselor juga perlulah mempunyai sikap yang positif. Sikap positif yang ditunjukkan oleh
kaunselor akan menarik perhatian dan minat klien untuk menghadiri sesi kaunseling. Keyakinan
yang diberi oleh kaunselor terhadap kliennya dapat membantu untuk menangani klien yang
tidak rela. Selain itu, kaunselor perlulah merasionalkan sistem pemikiran klien. Menurut Teori
Rasional Emotif Terapi dalam Ahmad Shamsuri Muhammad menyatakan bahawa gangguan
yang dihadapi oleh seseorang individu itu berpunca dari sistem kepercayaan yang tidak rasional
yang menjadi pegangan mereka. Maka, kaunselor perlulah menolong klien untuk menukar
kepercayaan kepada kepercayaan yang rasional. Bagi menukar kepercayaan yang tidak
rasional itu, kaunselor perlu berkemampuan untuk membuktikan klien bahawa kepercayaan
yang negatif inilah menghalang mereka mempunyai tanggapan yang baik terhadap
perkhidmatan kaunseling.
(b) Pengetahuan mengenai kaunseling
Menurut kajian ini, pengetahuan terhadap kaunseling dalam kalangan OKU tidak
memuaskan. Walaupun ada juga responden yang pernah mendengar tentang perkhidmatan
kaunseling tetapi mereka tidak mengetahui tentang fungsi perkhidmatan tersebut. Ada juga
responden yang tidak pernah mengetahui tentang fungsi perkhidmatan kaunseling dan tidak
berusaha untuk mengetahuinya. Ini bermakna mereka tidak berminat untuk mengetahui tentang
perkhidmatan kaunseling dan berasa selesa untuk berada dalam situasi yang ada pada masa
kini. Sebagai seorang kaunselor, kita mestilah peka terhadap keperluan perkhidmatan
kaunseling yang diberikan kepada golongan OKU. Kaunselor juga mestilah menjalankan
tugasannya dengan dedikasi yang bertanggungjawab. Dedikasi yang ditunjukan oleh kaunselor
akan dilihat dan difahami oleh klien tentang peranan sebenar seseorang kaunselor. Sikap
seseorang kaunselor juga sangat penting. Kaunselor tidak boleh memberi kaunseling kepada
OKU apabila mereka mempunyai masalah displin atau masalah pembelajaran. Sikap positif,
empati, kefahaman dan penerimaan tanpa syarat akan memberi kesan yang baik terhadap klien
OKU dan boleh menukar pandangan mereka terhadap perkhidmatan kaunseling.

12

(c) Pandangan mengenai kaunselor


Kajian ini menyatakan bahawa responden-responden tidak mengetahui peranan
kaunselor yang sebenarnya dan mempunyai tanggapan yang kurang baik terhadapnya kerana
mereka berasa kaunselor hanya mencungkil tentang perkara-perkara tidak baik tentang diri
klien. Ini berlakulah kerana ketidakadaan komunikasi yang terbuka antara klien dan kaunselor.
Oleh itu, kaunselor mestilah bersedia menjadi terbuka dan juga ikhlas. Kaunselor mestilah
bersikap terbuka terhadap OKU. Dengan itu, kaunselor dapat membantu klien membina
kekuatan diri, bersedia berhadapan dengan kenyataan, cabaran-cabaran dan rintangan yang
bakal dihadapi. Selain itu, kaunselor juga mestilah memberi motivasi kepada mereka supaya
mereka dapat menerima dan berubah tanggapan terhadap kaunselor. Komunikasi yang baik
antara kaunselor dengan klien sangat penting untuk menyelesaikan masalah klien. Selain itu
mereka juga bertanggapan bahawa kehadiran kaunselor tidak memberikan apa-apa kebaikan
bagi diri mereka. Oleh itu, kaunselor perlulah menjadi kreatif dan proaktif. Kaunselor untuk
golongan OKU perlulah sentiasa kreatif dalam menangani masalah dan proaktif untuk
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kliennya.
(d) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor
Kajian ini menjelaskan bahawa persepsi, penerimaan dan juga kebolehpercayaan
terhadap kaunselor tidak memuaskan. Persepsi klien terhadap menyatakan bahawa kaunselor
hanya mengorek rahsia dan masalah-masalah mereka sahaja, memburukan nama mereka dan
berasa tidak akan membantu mereka. Mereka berpendapat bahawa kaunselor akan
memberikan ceramah keagamaan kepada mereka. Ini merupakan salah satu isu keagamaan.
Bagi menangani isu ini, kaunselor perlulah sentiasa peka terhadap hal-hal keagamaan.
Kaunselor juga tidak boleh bercakap tentang hal-hal keagamaan terhadap kliennya. Malah,
kaunselor perlulah berpengetahuan tentang budaya kliennya yang berbeza agama. Kaunselor
perlulah memahami dan menghormati latarbelakang sosiobudaya klien. Kaunselor perlulah
menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya supaya dapat
bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling yang dijalankan nanti.
Dari segi penerimaan pula, responden tidak dapat menerima kaunselor dengan sepenuh
hati kerana mereka berasa kaunselor tersebut kurang mesra. Oleh itu, kaunselor perlulah
mengetahui tentnag keupayaan diri sendiri. Kaunselor perlulah sedar terhadap sebarang
ketidakupayaan dari segi apa jua bentuk. Dalam kajian ini, kaunselor perlulah sedar tentang
emosinya. Seterusnya ialah kebolehcayaan. Tahap kebolehpercayaan klien terhadap kaunselor
13

sangat rendah kerana mereka mempunyai persoalan bahawa adakah rahsia yang diberitahu
kepada kaunselor yang disimpan dengan baik? Ini merupakan berkait rapat dengan isu
kerahsiaan. Menurut buku Kod Etika Kaunselor, kaunselor mestilah menghormati hak-hak klien.
Pada peringkat awal kaunseling, kaunselor perlulah menjelaskan batasan kerahsiaan.
Sepanjang proses sesi kaunseling, kaunselor mestilah memberitahu kepada kliennya mengenai
batasan kerahsiaan dan mengenal pasti situasi tertentu yang diduga dimana kerahsiaan mesti
didedahkan. Kaunselor juga mestilah menghormati privasi klien. Kaunselor mesti menghormati
hak klien untuk mendapat privasi klien. Kaunselor boleh mendapatkan maklumat sulit daripada
klien hanya apabila ianya berfaedah kepada proses kaunseling. Akhirnya, kaunselor tidak boleh
berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atas undangundang yang mantap seperti Akta Kaunselor 1998.
(e) Kepercayaan terhadap ahli kelompok
Pada aspek ini, kebanyakkan responden tidak mempercayakan ahli kelompoknya
kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain, memperkecilkan diri di luar sesi dan
bimbang bahawa rahsia mereka akan didedahkan kepada orang lain oleh ahli kelompok. Ini
bermakna kaunseling kelompok tersebut tidak berkesan dan ahli-ahli kelompok tersebut tidak
percaya-mempercayai malah mereka enggan meluahkan perasaan dan pemikiran masingmasing. Menurut Ee Ah Meng (2011) perhubungan antara ahli-ahli mestilah rapat bagi
meningkatkan tahap kepercayaan antara ahli-ahli. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh
meyakinkan ahli-ahli tentang rahsia maklumat yang dikongsikan dalam sesi kelompok. Dengan
ini, mereka akan bersedia untuk mendedahkan maklumat diri sendiri.
(f) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan kaunseling
Kajian ini menyatakan responden beranggap kaunseling ini berperanan untuk
menyebarkan agama lain kepada diri mereka. Oleh itu, mereka juga menghadapi kesukaran
untuk menerima perkhidmatan ini kerana bimbang adanya penyebaran agama. Selain itu, tahap
kepercayaan klien terhadap perkhidmatan kaunseling pada awal sesi sangat kurang. Pada sesi
pertengahan, responden mula meletakan keyakinan dan kepercayaan terhadap perkhidmatan
tersebut. Ini bermakna kaunselor tersebut mampu mengubah tanggapan negatif klien dengan
mengunakan kecekapan dirinya. Ini mempunyai kaitan dengan isu kecekapan kauselor.
Kaunselor sentiasa perlulah berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran tentang bidangnya. Beliau juga perlulah mengemaskini kecekapan dan kemahiran
tersebut dengan latihan yang berterusan. Menurut Ahmad Shamsuri Muhamad (2011),
14

kecekapan kaunselor akan meningkat jika beliau mempunyai pengetahuan tentang OKU.
Pengetahuan yang mendalam tentang jenis-jenis kecacatan amat diperlukan oleh kaunselor
agar mereka dapat mengenali kekurangan dan limitasi yang terdapat pada OKU yang
mengalami sesuatu jenis kecacatan. Selain itu, kaunselor juga mestilah cekap untuk membantu
kliennya dengan pelbagai cara. Sebagai contohnya, kaunselor OKU perlulah berpengetahuan
tentang penggunaan alat ukuran sebelum menjalankan sesi kaunseling kerjaya kepada OKU.
Maka beliau mestilah pengetahuan dan berkemahiran dalam mentadbir dan membuat
interpretasi terhadap ujian keupayaan, sikap, pencapaian, minat, nilai, personaliti, dan konsep
kendiri OKU. Pengetahuan tentang ujian-ujian ini adalah penting kerana alat-alat ini dapat
membantu kaunselor memahami klien dengan lebih mendalam.
(g) Pengalaman selepas mengikuti sesi kaunseling
Menurut responden-responden kajian ini, mereka mula menyedari kemampuan
kaunselor dan mula mempercayakan kaunselor walaupun tidak sepenuhnya. Ini bermakna,
kaunselor berjaya mengubah kepercayaan yang tidak rasional kepada kepercayaan yang
rasional. Kaunselor juga berjaya memainkan peranan untuk membuktikan kepada klien bahawa
pemikiran mereka selama ini adalah satu kesilapan.
(h) Perasaan selepas mengikuti sesi kaunseling
Dalam aspek ini, para responden bersetuju bahawa selepas menghadiri sesi kaunseling
mereka berasa lega dan tidak lagi berasa gementar. Oleh itu, sesi ini akan mencapai
matlamatnya dengan baik. Ini kerana, para responden mula memahami fungsi dan peranan
kaunselor.

15

5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kaunselor perlulah mematuhi etika-etika yang telah ditetapkan
dalam sesi kaunseling. Ini kerana, etika kerahsiaan sangat penting dalam sesi kaunseling
kerana ia melibatkan harga diri dan perjanjian dengan seseorang klien. Kaunselor mestilah jujur
dan amanah dengan tanggungjawab yang dipikul olehnya. Etika juga boleh disimpulkan
sebagai satu set peraturan yang membataskan perlakuan manusia dalam sesuatu situasi.
Terdapat beberapa prinsip etika yang terkandung dalam kod etika iaitu prinsip autonomi, prinsip
keadilan, prinsip kesetiaan, prinsip membuat kebaikan, prinsip keselamatan klien dan prinsip
persetujuan termaklum. Selain itu setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling telah memikul
tanggungjawab yang berat dan dapat melaksanakannya dengan baik. Dengan adanya etika,
sesuatu profesion dapat mengekalkan lama kerana semua yang terlibat akan mengikuti
peraturan yang ada.

16