You are on page 1of 18

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT4103_V2
TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

PENGHUBUNGKAIT DALAM MATEMATIK
( TAJUK STATISTIK DAN TRIGONOMETRI )
NAME :
WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN
MATRIC NUMBER : 841118065034001
NRIC: 841118 – 06 - 5034
TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884
EMAIL ADDRESS : wardiela_kss@yahoo.com

TUTOR’S NAME :
PUAN HAFAZA BT AWANG
LEARNING CENTRE :
MENTAKAB LEARNING CENTRE
SEPTEMBER 2015
ISI KANDUNGAN

1

0 PENUTUP 17 6.0 TRIGONOMETRI DAN STATISTIK CARA MEWUJUDKAN PELUANG 4.0 MATEMATIK DALAM TAJUK STATISTIK CADANGAN BAGAIMANA PELAJAR MUKASURAT 3-4 STRATEGI PENGAJARAN BAGI BAGI TAJUK MENGHUBUNGKAIT DAPAT DI SITUASI KEHIDUPAN SEHARIAN 10 – 13 MENGGUNAKAN PENGETAHUAN KONSEP DAN PROSEDUR MENGIKUT KONTEKS SERTA 5–9 AGAR DAPAT 14 – 16 MEMAHAMI APA YANG DIPELAJARI DALAM BILIK DARJAH 5.0 2.0 PENGENALAN Bidang matematik sering kali difahami sebagai suatu bidang yang hanya berkaitan dengan penyelesaian masalah rumit melibatkan nombor yang memerlukan tahap pemikiran logik serta daya penaakulan yang sangat tinggi.HBMT4103_V2 .0 RUJUKAN 18 1. Tatkala disebut sahaja 2 .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III BIL PERKARA 1.0 PENGENALAN KAJIAN LITERATUR 3.

mencabar. Matematik adalah asas yang penting dalam kehidupan seorang individu. Penggalasan utama ataupun cabaran para pendidik Matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dikalangan pelajar. diantara matlamat utama ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III matematik. Menurut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 1990) dalam format KBSM spesifik untuk subjek Matematik. spiritual. Segala-galanya menggambarkan seolah-olah matematik adalah suatu bidang yang sangat rumit. Kaedah yang digunakana adalah dengan menghubungkait dan dapat menggunakan pengetahuan 3 .di ajar di sekolah dan universiti yang memerlukan penumpuan maksimum ketika pembelajarannya bagi benar-benar memahami konsep yang ada dalam mata pelajaran tersebut. Ini adalah sejajar dengan falsafah pendidikan Negara yang mahu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek. bersistem dan kritis. Latih tubi intensif juga sangat diperlukan bagi meningkatkan kecekapan ketika menjawab soalan peperiksaan subjek ini. tugasan ini akan membincangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam membantu meningkatkan minat dan pencapaiaan pelajar . susah.HBMT4103_V2 . Akibatnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi kurang berkesan Bidang pendidikan merupakan bidang yang bersifat cabaran di mana ia berubah mengikut keperluan keadaan dan semasa. emosi dan fizikal. Guru dan pendidik merupakan individu yang penting untuk menggalas cabaran dalam bidang ini. berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan metematik supaya individu tersebut dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menghargai kepentingan Matematik. Tajuk Statistik dan Trigonometri merupakan dua tajuk yang agak sukar dikuasai oleh pelajar dalam Matematik . Justeru itu . Matlamat utama yang perlu dicapai ialah memperkembangkan pemikiran mantik. Sering kali guru menghadapi masalah dalam membantu pelajar memahami kedua – dua topik ini . analitis. dan tidak menyeronokkan. disamping menguasai kemahiran – kemahiran asas yang berkaitan dengan Matematik. pasti terlintas di minda kebanyakan anggota masyarakat tentang suatu masa pelajaran sukar.

2. Statistik adalah salah satu tajuk yang meluas dan ianya diajar secara berperingkat iaitu dari peringkat menengah rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi. mod dan median yang merupakan asas dalam tajuk ini selain dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan. Secara tidak langsung sub topik dalam tajuk statistik ini 4 .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III konsep dan prosedur mengikut konteks serta di situasi kehidupan seharian agar dapat memahami apa yang dipelajari dalam bilik darjah. Konsep yang dimaksudkan pelajar perlu tahu menganalisis data dan mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah. Selain dari itu pelajar juga perlu tahu konsep min. Spesifik dalam sukatan pelajaran untuk topik statistik (bahagian 2) memerlukan pelajar mencapai objektif yang dikhendaki.HBMT4103_V2 .0 KAJIAN LITERATUR STRATEGI PENGAJARAN BAGI TAJUK TRIGONOMETRI DAN STATISTIK Saya memilih Tajuk Statistik (bahagian 2) tingkatan tiga. Diantara objektif yang dirangka diakhir proses pengajaran dan pembelajaran murid seharusnya dapat memahami konsep carta pai dan menyelesaikan masalah yang melibatkan carta pai. Statistik merupakan satu tajuk yang seronok dipelajari tetapi topik ini mempunyai tahap kesukaran yang agak tinggi .

carta bar. 2.HBMT4103_V2 . NILAI-NILAI MURNI : 1) 2) 3) 4) 5) Berhati-hati Bersistematik Mematuhi arahan Yakin Kerjasama PROSEDUR Langkah Set Induksi(5 minit) Isi kandungan Ulangkaji 1. Guru bersoal jawab dengan pelajar: 1) Bola apakah yang paling banyak bilangannya? 2) Bola apakah yang 5 Catatan BBM : slaidpowerpoint Nilai murni: Kerjasama Yakin Teknik Bersoaljawab . buku teks.2.1 PEMBELAJARAN BERBANTUKAN PERISIAN KOMPUTER (PBK) TOPIK SUBTOPIK : : STATISTIK Mod. BAHAN BANTU MENGAJAR : Slaid powerpoint. PRASYARAT : Pelajar telah memahami konsep kekerapan dan dapat mewakilkan data dalam bentuk piktograf. carta bar. graf garis dan carta pai. lembaran kerja. min dan Median OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pelajar dapat memahami dan menggunakan konsep untuk menyelesaikan masalah HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pengajaran pelajar akan dapat menentukan mod bagi: i. Menentukan mod dan kekerapannya daripada piktograf. Aktiviti p n p Pelajar diminta memerhatikan slaid yang dipaparkan guru yang terdiri daripada 15 biji bola. Data yang diberikan dalam jadual kekerapan iii.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III membawa kepada unsur – unsur penyebatian kemahiran menghubungkai dikalangan pelajar. Suatu set data ii. graf garis dan carta pai.

Guru menerangkan kepada pelajar langkah-langkah menentukan bagi suatu (a) Set data (b) Data yang diberikan dalam jadual kekerapan Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang jawapan yang diberikan. Nilai murni : Kerjasama. Menentukan mod Pelajar ditayangkan dengan daripada data dan slaidpowerpoint yang mengandungi jadual kekerapan1. yakin dan keperihatian. . cara menentukan mod.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III palingsedikit bilangannya? Pelajar diminta membuat refleksitentang pembelajaran lepas iaitu kekerapan. kad manila. Langkah 1(15 minit) Pelajar diminta mengaitkan topik yang bakal dipelajari denganpembelajaran lepas. 6 secara umum BBM: slaid powerpoint.HBMT4103_V2 .

Pelajar diberikan penerangan oleh guru langkah-langkah menentukan mod bagi suatu piktogram. Contoh soalan: 1) Bagaimana untuk menentukan mod bagi suatu set data? 2) Bagaimana untuk menentukan mod daripada jadual kekerapan? 3) Bagaimanakah menentukan mod daripada piktograf. carta bar. Pelajar ditayangkan dengan slaidpowerpoint yang mengandungi rajah carta bar. Pelajar diminta oleh guru untuk menyelesaikan latihan ringkas pada lembaran kerja. graf garisdan carta pai. Nilai murni: Kerjasama Yakin Berani Perihatin .2. Penutup (5 minit) Kesimpulan Pembelajaran Guru membincangkan jawapan yang diberikan oleh pelajar. graf garis dan carta pai. Pelajar diminta memberikan menentukan mod bagi carta bar. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang topik yang telah dipelajari. cartabar.lembaran kerja.1. graf garis dan carta pai? 7 BBM: slaid powerpoint. graf garis dan carta pai. Pelajar ditayangkan dengan slaid powerpoint yang mengandungi suaturajah piktogram. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang jawapan yang diberikan.HBMT4103_V2 .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III Langkah 2 (15 minit) Menentukanmod dan kekerapanny ada ripada piktogram.

Pembangun mengenalpasti topic ini memerlukan gambaran mengenai sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Pelajar diminta oleh guru untuk meyelesaikan latihan dalam buku teks.2 PEMBANGUNAN KOMPUTER TRIGONOMETRI PERISIAN MATEMATIK PEMBELAJARAN TINGKATAN MENGGUNAKAN BERBANTUKAN TIGA BERTAJUK PENDEKATAN TUTORIAL Shaharuddin Md Salleh & Nurul Ain Bahyah Binti Baharuddin Fakulti Pendidikan. 2. Guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar di atas kerjasama yang telah diberikan. Penggunaan teknologi yang semakin luas dewasa ini memberi ruang dan peluang bagi menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam tajuk Trigonometri bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan konsep tutorial dengan menerapkan sedikit elemen visualisasi bagi menambahkan lagi ciri-ciri sebuah perisian PBK yang menarik. Universiti Teknologi Malaysia. Elemen visualisasi diterapkan bagi memberikan kesan yang positif dalam aktiviti P&P. Perisian PBK ini juga untuk membantu pelajar dalam memahami konsep pembelajaran serta mengukuhkan maklumat sedia ada mereka. Pemilihan konsep ini berdasarkan topik dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 3 yang dipilih iaitu Trigonometri. 2005).HBMT4103_V2 . Perisian PBK berkonsepkan tutorial ini dibangunkan berdasarkan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Visualisasi dapat membantu pelajar yang sangat lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya keupayaan kognitif mereka (Norasikin dan Zawawi. Banyak elemen grafik yang boleh diterapkan dalam topik ini untuk menerangkan sebuah konsep 8 .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III Pelajar diminta memberikan kesimpulan tentang apa yang dipelajari.

9 . pelajar lebih bergantung dengan guru bermaksud pelajar bertindak sebagai gelas kosong sahaja manakala guru akan menjadi orang yang bertanggungjawab memenuhkan gelas kosong tersebut dengan air. Oleh itu. Namun dengan adanya perisian PBK ini pelajar dapat menjalankan pembelajaran kendiri tetapi masih lagi dalam kawalan guru. dengan adanya perisian PBK ini pelajar lebih dapat memberi tumpuan terhadap perkaitan soalan dengan gambar rajah.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III yang jelas mengenainya kepada pelajar.HBMT4103_V2 . Pelajar kebanyakannya mengalami masalah dalam mengaitkan soalan yang diberi dengan gambar rajah telibat. Selama ini.

1 AKTIVITI YANG DICADANGKAN TOPIK : STATISTIK SUBTOPIK : Melukis Carta Pai OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pelajar dapat memahami dan menggunakan konsep untuk menyelesaikan masalah HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pengajaran pelajar akan dapat melukiskan carta pai berdasarkan data yang telah dikutip .Yakin dan Bekerjasama PROSEDUR Langkah Isi kandungan Aktiviti p n p 10 Catatan . 3.HBMT4103_V2 .Bersistematik .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III 3. saya mencadangkan satu aktiviti pengajaran berasaskan kemahiran menghubungkait dengan persekitaran mereka . BAHAN BANTU MENGAJAR : Slaid Power Point.0 CARA MEWUJUDKAN PELUANG BAGI MENGHUBUNGKAIT MATEMATIK DALAM TAJUK STATISTIK Bagi membantu pelajar memahami tajuk Statistik Tingkatan 3 ini . Mematuhi arahan . Borang kutipan data NILAI-NILAI MURNI : Berhati-hati . Saya menggunakan persekitaran pelajar bagi mengajar topik ini supaya pelajar dapat mengalami satu pengalaman yang boleh membina keyakinan mereka dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap tajuk ini .

Pelajar perlu merekodkan data yang diperolehi dalam borang kutipan data yang diberikan. Apakah makanan kegemaran masing – masing ? Nilai murni: Kerjasama Yakin Guru mengaitkan topik yang bakal Teknik Bersoal dipelajari dengan pembelajaran jawab secara umum Langkah 1 Mengagihkan lepas. Guru bersoal jawab dengan pelajar: 1. temubual bagi mengutip data makanan kesukaan rakan – rakan mereka bagi 20 orang pelajar . 2. Guru membahagikan pelajar kepada BBM: (5 minit) pelajar kepada beberapa kumpulan kecil iaitu 2 slaid powerpoint. Nilai murni: Kerjasama Yakin Berani Perihatin Langkah 3 Menganalisis data Guru membimbing pelajar 11 Kerjasama. Langkah 2 Pelajar mengumpul Pelajar mengutip data dengan BBM: (30 minit) data seperti yang melakukan temubual dan Borang kutipan data diarahkan oleh guru merekodkan data yang diperolehi . yakin 1. yakin .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III Set Induksi Pelajar diminta memerhatikan slaid BBM : (5 minit) yang dipaparkan guru tentang makanan slaidpowerpoint kegemaran kanak-kanak.HBMT4103_V2 . kumpulan kecil orang dalam satu kumpulan . Pelajar perlu melakukan dan keperihatian. Guru menerangkan kepada pelajar langkah-langkah yang perlu Nilai murni : dilakukan. kad manila. Kerjasama.

12 . Apakah yang diperlukan bagi melukis carta pai ? Penutup (5 minit) Pelajar diminta memberikan kesimpulan tentang apa yang dipelajari. Pelajar diminta oleh guru untuk meyelesaikan latihan dalam buku teks. jadual . yakin perolehi Guru menyemak carta pai yang dan keperihatian.2 BAGAIMANA PELAJAR DAPAT MENGHUBUNGKAIT DALAM STRATEGI YANG DICADANGKAN INI . Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang topik yang telah dipelajari. Bagaimana untuk melukis carta pai ? 2. Guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar di atas kerjasama yang telah diberikan.HBMT4103_V2 . Berani dihasilkan oleh pelajar dan Kesimpulan Pembelajaran memberikan teguran . Contoh soalan: 1.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III (10 minit) yang diperolehi menganalisis data dalam bentuk dan keperihatian. 3. Pelajar menganalisis data yang telah mereka perolehi ke dalam Langkah 4 Melukis Carta pai (20 minit ) bentuk jadual Guru membimbing pelajar melukis BBM : carta pai berdasarkan data yang Slaid langkah telah diperolehi melukis carta pai Pelajar melukiskan carta pai Langkah 5 Semakan (5 minit ) Penutup (5 minit) berdasarkan data yang telah mereka Kerjasama.

13 . Pelajar diberikan peluang menemubual rakan – rakan mereka bagi mengumpulkan maklumat dan data yang dikehendaki . mereka akan lebih berminat dengan pengajaran yang disampaikan sekaligus dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang tajuk Statistik ini. Dengan melaksanakan aktiviti seperti ini . Sehubungan dengan itu . Dari sini pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang mereka perolehi daripada sekitar mereka dan seterusnya menghasilkan satu data yang boleh dianalisis .HBMT4103_V2 . guru membimbing pelajar menghubungkaitkan data yang diperolehi oleh mereka daripada persekitaran mereka ( rakan – rakan ) bagi membina satu carta pai Makanan Kegemaran Kanak – Kanak . Mereka juga berupaya mengalami satu pengalaman yang tersendiri dan mereka dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran Matematik yang lain .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III Dalam aktiviti yang dicadangkan ini . Daripada data tadi mereka berupaya menghasilkan carta pai dengan bimbingan guru . pelajar akan lebih berminat dengan aktiviti PdP kerana ianya sangat menyeronokkan dan mereka bebas menggunakan pelbagai kaedah bagi mengumpulkan data . Mereka juga dilatih untuk bekerja secara berpasangan dan bekerjasama bagi mendapatkan hasil yang baik dan data yang lengkap .

T (transfering/memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui. elemen menghubung kait iaitu ‘Relating’ bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks pengalaman hidup.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III 4.0 CADANGAN BAGAIMANA PELAJAR DAPAT MENGGUNAKAN PENGETAHUAN KONSEP DAN PROSEDUR MENGIKUT KONTEKS SERTA DI SITUASI KEHIDUPAN SEHARIAN AGAR DAPAT MEMAHAMI APA YANG DIPELAJARI DALAM BILIK DARJAH Bagi membantu pelajar supaya dapat menggunakan pengetahuan konsep dan prosedur mengikut konteks serta di situasi kehidupan seharian agar mereka dapat memahami apa yang dipelajari di bilik darjah strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan konstektual yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu. Kemudiannya taakulan. peristiwa dan keadaan harian. E (experiencing/mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks  penerokaan. dalam pembelajaran kontekstual. Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pelajar juga perlu 14 . 2002). peristiwa dan keadaan harian itu dikaitkan dengan maklumat baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah. pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut . Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan Kurikulum. Pengajaran yang disampaikan perlulah menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan. Menurut Noor Azizah (2002). penemuan dan reka cipta. masyarakat dan alam pekerjaan sangat sesuai dijalankan.  R (rela ting/menghubung kait) iaitu pelajar belajar dalam konteks  menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.HBMT4103_V2 . C (cooperating/bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks  bekerjasama. memberi maklum balas dan berkomunikasi. A (applying/mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi  lain. 2001).

TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III digalakkan dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dipelajari atau yang akan dipelajari. lawatan kilang. malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan. selain daripada pelajar mendapat pengetahuan. Elemen mengalami atau ‘Experiencing’ pula merujuk kepada pembelajaran secara aktif iaitu pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka.HBMT4103_V2 . 'mentoring' dan latihan kerja. pekerjaan ibu bapa rakan sekelas dan sebagainya. Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya perkaitan antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. mereka juga dapat belajar untuk ‘cope’ dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas. aktiviti berasaskan teks dan lain-lain. video. Unsur ketiga dalam prinsip REACT ialah aplikasi atau ‘Applying’. Contoh elemen ini yang boleh diaplikasikan adalah dengan meminta pelajar melakukan lawatan sendiri dan merekodkan pemerhatian mereka seperti membuat temubual . tinggi dan sebagainya bagi memahami tajuk ini . Antara contoh aplikasi dalam kehidupan adalah dengan membawa pelajar membuat amali di luar waktu persekolahan . Menurutnya lagi. Contoh yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian adalah seperti menggunakan persekitan bagi mengajar tajuk Satistik seperti merekodkan jumlah kenderaan di sekolah . guru boleh membawa pelajar ke kawasan sekitar sekolah atau kawasan berbukit dan membimbing pelajar menggunakan elemen kecerunan . sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks. Aplikasi selalu berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual (Noor Azizah. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian. makmal. tapi bentuk ini masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingan (Noor Azizah. amali. 2003). Contohnya bagi tajuk Trigonometri . 2002). kawalan emosi semasa 15 . Prinsip ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan menemukan pengetahuan dengan sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami. Melaluinya. pemerhatian dan sebagainya . Elemen seterusnya ialah ‘Cooperating’ iaitu bekerjasama. 2002). Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video.

2002). kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Melalui pendekatan ini pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai situasi yang mereka hadapi dalam seharian dan bagaimana menguruskannya dengan baik . kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. Menurut Ng (1999) dalam Tan (2003). PENUTUP Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar dan belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan alam persekitaran. elemen ‘Transfering’ melibatkan pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada. Contohnya pelajar menggunakan Teorem Pythogoras untuk membuat sudut tegak gelanggang permainan. potensi pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek. Secara tradisinya. Aktiviti seperti pertandingan rekacipta umpamanya dapat memupuk elemen ini kepada pelajar apabila pelajar menggunakan konsep atau pengetahuan mereka untuk mencipta ciptaan baru mahupun memperelok benda yang dah ada. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Jadi. kebolehan 16 .0 dipelajari di bilik darjah strategi pengajaran dan pembelajaran . potensi.HBMT4103_V2 . semasa membentang dan seumpamanya. pendekatan ini menyerupai aspek menghubung kait iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. tindak balas dari pelajar adalah mustahak (Noor Azizah. Secara lazimnya. Kemahiran interpersonal yang merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Mereka akan memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun membina daripada apa yang diketahui. Yang terakhir sekali.TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III perbincangan. Sekaligus. Guru boleh membantu meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui oleh pelajar iaitu melalui proses pemindahan. Jelaslah bahawa teknik pengajaran konstektual ini sangat sesuai diaplikasikan bagi membantu pelajar menggunakan pengetahuan konsep dan prosedur mengikut konteks serta di situasi kehidupan seharian agar mereka dapat memahami apa yang 5. pemindahan pembelajaran yang lepas adalah penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini. minat. Ia juga perlu mengambilkira keperluan. elemen ‘Transfering’ iaitu memindahkan.

penggunaan kaedah ini dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. kefahaman konsep dan pengalaman pelajar walaupun idea itu berbentuk primitif dari kaca mata pendidik. penggunaan kaedah menghubungkait dalam matematik sangat bersesuai dijalankan dan dilaksanakan di dalam PdP oleh guru sebagai salah satu cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Ia adalah bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman berdasarkan perubahan faktor-faktor kebudayaan dan keadaan pelajar yang berbeza-beza. Menurut beliau. Oleh yang demikian. Kuala 2. Untuk tujuan itu. proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat dari perspektif orang dewasa iaitu pendidik sahaja tetapi adalah dari perspektif pelajar. minat pelajar terhadap matapelajaran matematik yang dianggap sukar dapat dipupuk . Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Dengan cara ini. pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Lumpur. Dalam matematik dengan menghubungkaitkan isi pengajaran dengan persekitaran pelajar dapat menarik minat pelajar bagi memahami isi pengajaran guru . Justeru itu . Kepentingan itu turut ditegaskan oleh Ausubel et. Pengajaran menghubungkait adalah salah satu strategi yang berkesan bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar . ahli-ahli faham binaan atau konstruktif mengesyorkan supaya pendidik mengadakan temuduga klinikal untuk mencungkil pengetahuan yang dibina oleh pelajar. Dengan ini. jelaslah bahawa tujuan utama pendidikan matematik ialah untuk membolehkan pelajar membentuk kefahaman yang betul terhadap setiap konsep yang dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.0 Sehubungan dengan itu . Mazlan Bin Hamzah (2000). Hal ini kerana.HBMT4103_V2 . (1978). 2. para pendidik akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran matematik. 6. al. Pendekatan begini sebenarnya menghargai pengetahuan. KPM (1997).TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III dan perbezaan latar belakang pelajar. Krustetkii.898 patah perkataan RUJUKAN 1. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Pendidikan 17 . Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Nor Hasnida Che Md Ghazali .Dewan Bahasa Pustaka. Jamaludin Ramli. Penggunaan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah Bestari Negeri Johor. 11. Menguasai 7. Kajian Tindakan http://eprints. Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Kuala 5. Shahrin Hashim. Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Azizi Yahaya. Abdul Rahim Hamdan.my/10934/1/Keberkesanan_PBK_Bertajuk_Statistik__II__Yang _Disediakan_Oleh_KPM_Bagi_PelajarPelajar_Tingkatan_Tiga_Di_Dua_Buah_Sekolah_Daerah_Kota_Tinggi. 8.Habshi (2006). penyelidikan dalam pendidikan . (1990). Kimia SPM.utm.pdf http://eprints. Mohd Majid Konting . Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran :Perspektif Mata Pelajaran 4.10_Bab2. Universiti 6.utm. Universiti Kebangsaan Malaysia .pdf 18 . Syed Mohamed Shafeq Syed Mansur Al .TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III 3.my/10232/2/Nurul_Ain_Bahyah_Binti_Baharuddin.HBMT4103_V2 . Mohd Arif Hj Ismail & Norsiati Razali (2004). Komunikasi Dalam Pembelajaran Matematik .utm. Muhammad Zawawi Bin Md Noordin (2003)._Johor. Lumpur . Yusuf Boon. 9.my/10413/1/1.pd 10. f http://eprints. PTS Proffesional Pendidikan.