You are on page 1of 9

KISAH ASHABUL SABTI

KISAH ASHABUL SABTI


Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif
lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran
iaitu Kisah Ashabus Sabti.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pantun;
Bunga Melor Di dalam Taman
Dipetik jangan Dipandang Indah
Ashabus Sabti Kisah Teladan
Dalam Al-Quran Terbukti Sudah
Dikisahkan bahawa terdapat sebuah kaum yang tinggal di Ailah pada zaman Nabi Daud alaihi
salam. Penduduk di negeri ini adalah berbangsa Yahudi. Mereka mengamalkan syariat yang
dibawa oleh nabi Musa alaihisalam. Mereka diperintah oleh Allah swt agar setiap hari Sabtu
merupakan hari untuk beribadah kepada Allah swt dan meninggalkan segala urusan dunia.
Firman allah swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10:



10. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi;
dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung.
Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu di
Mekah semua urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat
fardhu.
Pengajaran bernilai ialah walaupun kita sibuk dengan urusan seharian,
ibadah kepada Allah swt jangan diabaikan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sesungguhnya, pada setiap hari sabtu banyak ikan terdapat di dua buah
batu putih di pesisir pantai negeri Ailah.Namun, hari-hari yang lain tidak ada
seekor ikan timbul. Penduduknya yang kebanyakkan bekerja sebagai nelayan
tidak tahan melihat ikan yang banyak khususnya pada hari sabtu.
Sebahagian daripada mereka ingkar dengan syariat Allah swt.
Mereka menjadikan hari Jumaat untuk membuat jerat manakala pada hari
Ahad adalah memungut hasil tangkapan ikan. Tahun demi tahun berlalu, ikan
semakin banyak dan semakin ramai di kalangan mereka yang kufur kepada
syariat Allah swt.
Firman Allah swt dalam surah As-Yasin ayat 9;



9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka
dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat
Melihat.
Pada masa sekarang, terjadinya pembunuhan kejam kepada seorang
jutawan kosmetik beberapa tahun lepas.
Pengajarannya, rezeki yang banyak merupakan ujian daripada Allah swt
kepada kita dan kita jangan jadi tamak atas rezeki yang diberikan oleh Alla
swt.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sebahagian daripada mereka yang masih beriman memberikan peringatan
kepada golongan yang kufur ini namun nasihat mereka tidak diendahkan.
Mereka yang kufur mempersenda-sendakan ajaran dan syariat Allah swt.
Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran daripada
mereka yang masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang beriman
telah keluar dari negeri tersebut dan mereka membina sebuah tembok yang
kukuh memisahkan orang yang beriman dengan yang kufur agar mereka
tidak ditimpa hukuman dari Allah swt.
Firman allah swt dalam surat Al-Araf ayat 164 :

164. Dan (Ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa
kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau
mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" mereka menjawab: "Agar
kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan
supaya mereka bertakwa.
Pada masa kini, banyak program-program ilmu dijalankan di televisyen
seperti sentuhan kalbu dan liga ilmu.
Pengajarannya, melaksanakan dakwah merupakan kewajipan
individu muslim di samping ia menyebarkan syiar Islam.

ke

atas

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Setelah bertahun-tahun lamanya penduduk Ashabul sabti yang kufur
menangkap ikan pada hari Sabtu, mereka telah menjadi kaya raya dan
bertambah tamak haloba. Maksiat dan dosa semakin bermaharajalela. Nabi
Daud alaihi salam berdakwah kepada mereka namun mereka tetap berdegil.
Firman Allah swt dalam surah Al-Mukmin ayat 4:



4. Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orangorang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas
dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.
Pada masa sekarang gejala membuang bayi berada di tahap yang amat
kritikal.
Pengajaran bernilai ialah dalam berdakwah memerlukan ketabahan dan
kesabaran.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah Nabi Daud alaihi salam berdakwah supaya mematuhi syariat Allah
swt , baginda pun memohon doa kepada Allah swt agar di turunkan hukuman
bagi mereka yang kufur. Allah swt mengabulkan doa Nabi Daud as. Mereka
yang kufur kepada Allah swt, wajah dan sikap mereka berubah seperti kera.
Allah swt seterusnya menurunkan azab dan siksaan berupa gempa bumi
bagi melenyapkan Ashabul Sabti dari muka bumi ini.
Firman Allah swt dalan surah Al-Baqarah ayat 65:



65. Dan Sesungguhnya Telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar
diantaramu pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah
kamu kera yang hina".
Beberapa bulan yang lepas banjir besar di Pakistan dan gempa bumi berlaku
di Sumatera.
Pengajarannya ialah azab pasti Allah swt turunkan kepada golongan yang
ingkar kepada syariat Allah swt. Allah swt juga Maha Berkuasa untuk
melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar
kita menjadi Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.
Wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian terima kasih.

TAJUK :
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta
hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah yang paling mulia dan tinggi
darjatnya di kalangan suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul
Muttalib, yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti
Wahab dari yang berasal dari Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya Nabi Ismail A.S.
Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab. Lahirnya baginda dikalangan
keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat
Assabiyah yang kuat.
Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada masa itu
sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:
Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya
Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah
Menghancurkan Kaabah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya
sajak
Kuasa Allah Maha berkuasa
Tentera abrahah hancur dan musnah
Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan neraka
Manakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.
Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :

. / =/
/. =
= //
= .

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telahpun
menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama samawi yang lain. Berita ini telah
tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedang menunggu lahirnya
insan istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah mendapat wahyu daripada Allah swt bahawa
akan lahirnya seorang rasul kedunia dan merupakan nabi yang terakhir yang akan memimpin
ajaran sebenar.
Firman Allah Surah As-Sof (61) ayat ke-6:

. /
Maksudnya: .......yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.
------------------Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti Wahab, tidak
lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.
Suatu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu
kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau melahirkannya
ucapkan, "Aku meminta perlindungan untuknya kepada Allah Yang Maha esa dari keburukan
semua pendengki, dan beri nama dia Muhammad."
Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya memancar
dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana-istana Busra di Syam. Kejadian yang
menakjubkan ini menunjukkan bahwa di masa depan Muhammad akan diangkat sebagai Nabi
Allah.
Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya Abdullah
meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang mengandungkan
anak mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila memerima perkhabaran tersebut.
Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.
Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:
Terpadamlah api di biara Majusi
Runtuhnya istana kisra di parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah.
Tanda kelahiran junjungan mulia.
Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:

) = !

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai seorang rasul
yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya); dan sebagai pembawa berita kegembiraan
kepada orang-orang yang beriman serta pemberi amarah kepada orang-orang yang ingkar.
Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Muttalib.
Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke kaabah untuk memanjatkan
doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad
yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang
terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk rasulullah.
Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara baginda
iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari
disekeliling kota mekah untuk memberitahu perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari
kelahiran nabi, Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi
dengan begitu gembira sekali.
Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan
sekelilingnya amat luar biasa.Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan.Sambil disaksikan
oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.
Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia
diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya
seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.
"Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu
diatas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat
sebuah gunung emas.
"Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar
biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak
kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke
langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia
baru di lahirkan."
Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka
turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu
tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri
dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.
Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun
adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyunduyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolaholah ada satu tarikan pada tubuhnya.
Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang
kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini," kata

diantara wanita yang datang itu.


Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin
ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat
Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran
Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi
semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.
"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang.
Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.
Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba
perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia untuk
mengambil upah bagi menyusukanya dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang arab yang
ingin bayi yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari unsur yang tidak
baik di kota mekah.
Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab:

) %. !
Ertinya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang
baik
Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan seorang
insan yang mulia untuk melengkapkan Akhlak dan iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung
perintah Allah azzawajalla iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai
seorang Islam wajib mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan
oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda.
Sekian..
Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt.

You might also like