You are on page 1of 5

Konsep asas Teori Tret dan Faktor dan Teori Personaliti dan Persekitaran Holland

Teori Tret dan Faktor ini dimulakan apabila Frank Parsons mencadangkan pemilihan
kerjaya bergantung kepada tiga perkara iaitu pengetahuan lengkap mengenai diri,
pengetahuan yang tepat mengenai specifikasi tugas dan kebolehanmembuat pandangan
atau penegtahuan lengkap mengenai diri dan specifikasi. Dua andaian asas Teori Trend an
Faktor ialah individu dan tret pekerjaan boleh dipadankan dan pandangan rapat anatra
individu dan tret pekerjaan berkorelasi secara positif dengan kejayan pekerjaan dan
kepuasan kerja. Tret didefinisikan sebagai ciri-ciri seorang individu yang boleh diukur melalui
ujian. Factor pula bermaksud ciri-ciri yang menjadi keperluan atau menyumbang kepada
kejayaan dalam bidang kerjaya yang diceburi. Andaian Teori Trait dan Faktor Pertama,
diandaikan bahawa individu mempunyai kombinasi unik ciri-ciri yang boleh diukur dan dikira
dengan tepat. Kedua, diandaikan bahawa pekerja haruslah mempamerkan ciri-ciri tertentu
untuk m elaksanakan peranan pekerjaan dengan jayanya bagi sesuatu pekerjaan tertentu.
Miller (1974) mengemukakan andaian-andaian mengenai teori Tret dan Faktor yang meliputi
: Sebahagian besar perkembangan kerjaya merupakan suatu proses kognitif; keputusan nya
dicapai melalui pemikiran. Pilihan pekerjaan merupakan suatu perkara yang penting.
Berdasarkan pengaruh Parson, pilihan diberi penekanan yang sangat besar manakala
perkembangan diberi penekanan yang sangat kecil Bagi setiap individu, terdapat suatu
tujuan yang tepat dalam pemilihan kerjaya. Hanya sedikit individu atau kurang yang boleh
dipadankan dengan pelbagai jenis kerjaya Satu pekerjaan hanya dikhususkan untuk
seorang individu. Andaian ini melambangkan konsepnya yang sesuai dengan pendekatan
teori Tret dan Faktor. Terdapat satu pilihan kerjaya yang telah tersedia bagi setiap individu.
Zaccaria (dalam Weinrach, 1979:63) menyatakan bahawa : Individu mempunyai
kebolehan dan tret-tret yang unik Tret-tret ini pula mempunyai hubungan dengan keperluankeperluan dalam pelbagai jenis pekerjaan Individu mempunyai satu set kualiti yang agak
homogenius yang perlu untuk kejayaan dalam sesuatu jenis pekerjaan ujian iaitu
pengukuran tret yang objektif dan standard adalah kaedah yang terbaik untuk meramal
kejayaan pekerjaan masa depan seseorangUjian iaitu pengukuran tret yang objektif dan
standard adalah kaedah yang terbaik untuk meramal kejayaan pekerjaan masa depan
seseorang. Frederikson (1982) mengemukakan beberapa andaian yang mendasari teori
Tret dan Faktor : Setiap individu memiliki suatu pola sifat-sifat yang unik yang dapat diukur
secara tepat dan sah. Setiap pekerjaan memiliki suatu pola persyaratan sifat yang unik dan
dapat diukur agar pekerjaan itu dapat dikerjakan dengan berhasil dalam apa jua keadaan.
Semakin tinggi kesepadanan antara sifat-sifat individu dan sifatsifat pekerjaan, maka
seseorang itu akan lebih produktif terhadap kerjayanya. Untuk memadankan sifatsifat
individu dengan sifatsifat pekerjaan. Prinsip teori trait dan faktor iaitu memahami diri sendiri
2

dan mengetahui maklumat pekerjaan Memadankan antara dua perkara di atas dan
membuat keputusan yang rasional berkaita dan dengan kerjaya. Parson (1909). Selain itu,
ia juga dapat memahami diri sendiri inventori maklumat pekerjaan ujian perbicangan sumber
dan memahami diri sendiri personaliti bakat minat pencapaian nilai serta mengetahui
maklumat pekerjaan
Manakala Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap
personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor.
Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek
personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan
personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan
terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat
vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)

Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam
kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya
masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah

Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan
kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas
sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktorfaktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti
yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada
pembentukan kumpulan kecekapan tertentu. Berdasarkan kepada enam kategori individu
tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah
3

mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu,
iaitu:

Realistik R
individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan
objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebuh suka bekerja di luar bangunan
dari di dalam bangunan.
Investigatif - I
Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,
menilai dan menyelasaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran
saintifik dan metamatik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal.
Artistik A
Individu yang mempunyai kebolehan artistic dan inovatif. Mempunyai kebolehan
instuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kerang berstuktur. Tidak selesa
dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan
kreativiti.
Sosial S
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam
memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat
kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir
berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
Enterprising E
Indidvidu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat
dalam menpengaruhi, megarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Pandai dan
mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.
Convetional C

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran
dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam
mengguna nombor. Melakukan sesuatu terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Kelebihan Teori Tret dan Faktor dan Teori Personaliti dan Persekitaran Holland.
Kelebihan Teori Tret dan Faktor adalah proses membuat pemilihan kerjaya untuk
memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan
dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil Wujud satu pekerjaan yang
ideal untuk setiap individu Minat dan kebolehan individu tidak mudah berubah dari semasa
ke semasa. Selain itu, Teori ini membawa manfaat kepada individu di mana memperoleh
skor dan pengiktirafan yang tinggi dalam pelbagai aspek. Berkaitan dengan aspek ini,
konsep-konsep utamanya dinyatakan dengan ringkas, mudah dan jelas. Teori ini juga telah
merangsang ratusan penyelidikan dalam bidang tret dan menghasilkan rasional untuk
analisis pekerjaan contohnya :- Keselarasan Personaliti Dengan Program Pengajian (No rida
Abdullah-KUTKM) - Kajian Minat Kerjaya (Nazly Huwany-KUTTHO). Di samping itu, Teori ini
juga menghasilkan skala, inventori dan ujian-ujian psikologikal yang banyak dan pelbagai
seterusnya digunakan oleh kebanyakan kaunselor kerjaya seperti Mengenal pasti bakat The Different Apptitude Test (DAT) Mengenal pasti minat - Strong Interest Inventory (SII).
Kelebihan Teori Personaliti dan Persekitaran Holland menganggap bahwa pemilihan
kerjaya melambangkan personality seseorang manusia biasanya menyatakan diri mreka,
minat dan nilai yang dimiliki melalui pemilihan kerja dan pengalaman. Begitu juga,
tanggapan umum manusia pada sesuatu pekerjaan biasanya berbentuk stereotaip dan
secara umumnya teapt. Teori ini juga mempunya kelebihan yang membuatkannya menjadi
pegangan kebanyakan kaunselor atau individu yang memberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Selain itu, apa yang menarik tentang teori ini adalah ia membahagikan
personaliti manusia kepada enam jenis, di mana setiap individu tergolong kepda satu
daripada enam jenis personality iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan
Conventional. Berdasarkan kepada enam jenis personaliti itu, Holland menyatakan bahawa
wujud enam jenis persekitaran iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan
Conventional. Di samping itu, Holland menyatakan bahawa dalam memilih kerjaya, manusia
biasanya akan memilih persekitaran yang sesuai dengannya. Teori yang dikemukakan oleh
Holland itu menekankan bahwa keunikan setiap individu itu perlu diambil kira dalam memilih
kerjayanya.
Kelemahan Teori Tret dan Faktor dan Teori Personaliti dan Persekitaran Holland.
Kelemahan yang ketara dalam Teori Tret dan Faktor adalah kegagalannya untuk
menangani proses membuat pemilih an itu sendiri. Teori ini menjangkakan bahawa
5

kebolehan membuat keputusan adalah berkaitan dengan tret tertentu misalnya tret
kecerdasan . Selain itu, ahli psikologi vokasional yang berpegang kepada teori Tret dan
Faktor mencadangk an agar sedikit kebebasan dibuat dalam pemilihan kerjaya dengan
Menyarankan baha wa faktor-faktor biologi, geografi dan sosiologi memberi kesan kepada
proses pem ilihan kerjaya. Hubungan antara faktor ini perlu dibuat dan dinyatakan secara je
las agar proses pemilihan kerjaya dapat difahami dengan mendalam. Teori ini static
bukannya bersifat perkembangan. Ia tidak memberi focus kepada pencapaian, sikap, minat,
nilai dan personaliti individu. Namun, ini tidak bermakna maklumat teori ini tidak boleh
digunakan dalam kaunseling.
Manakala, kelemahan yang terdapat Teori Personaliti dan Persekitaran Holland ialah
kaunselor bersifat memilih. Kaunselor yang memilih dua atau tiga jenis minat kerjaya akan
meengabaikan minat kerjaya yang lain. Kelemahan lain ialah, teorinya perlu digunakan
secara berhati-hati kepada individu yang mempunyai pandangan hidup yang lain dari
kumpulan majoriti. Keunggulan & Kelemahan Teori Holland oleh banyak pakar psikologi
vokasional dinilai sebagai teori yang komprehensif kerana meninjau pilihan kerjaya sebagai
bahagian dari keseluruhan pola hidup seseorang dan sebagai teori yang mendapat banyak
dukungan dari hasil penelitian sejauh menyangkut model-model lingkungan serta tip-tip
keepribadian (Winkel & Hastuti, 2005: 639). Kelemahan dalam teori ini adalah kurang
ditinjau proses perkembangan yang melandasi keenam tip keperibadian dan tidak
menunjukan fasa-fasa tertentu dalam proses perkembangan itu serta akumulasi umur
(Winkel & Hastuti, 2005: 639). Mengenai tahap atau tingkat yang dapat dicapai oleh
seseorang dalam bidang kerjaya tertentu (occupational level), Holland menunjuk pada taraf
pemikiran yang memungkinkan tingkat pendidikan sekolah tertentu, namun adakah masih
ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi dalam hal ini, seperti taraf aspirasi seseorang
(Winkel & Hastuti, 2005: 639).