You are on page 1of 2

UNIMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001:2008

Tarikh
[Date]

15 Mei 2015

Kepada
[To]

Semua Pelajar Universiti Malaysia Perlis


[All UniMAPs Student]

SLIP PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2014/2015
[EXAMINATION SLIP FOR STUDENT OF BACHELOR DEGREE PROGRAMME
SEMESTER 2 ACADEMIC SESSION 2014/2015]
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
[I have been directed to refer to the above matter.]
2.
Adalah dimaklumkan bahawa slip peperiksaan bagi pelajar-pelajar program
Ijazah Sarjana Muda boleh dicetak terus di dalam Portal Pelajar masing-masing melalui
link Online Student Information yang terdapat pada Single Sign-On atau terus ke
alamat laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my .
Pelajar-pelajar boleh mengakses menu Slip Peperiksaan Semasa IJAZAH / SEO bermula
pada 15 Mei 2015 (Jumaat) sehingga 5 Jun 2015 (Jumaat). Sekiranya terdapat
kesilapan pada slip peperiksaan tersebut, sila bawa bersama slip peperiksaan dan slip
pendaftaran kursus (sebagai bukti) ke pejabat Unit Peperiksaan & Pengijazahan,
Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan KWSP,
Kangar. Sebarang pembetulan pendaftaran kursus perlu dilakukan selewat-lewatnya
pada 25 Mei 2015 (Isnin) jam 5.10 petang.
[Please be informed that the examination slip for students of Bachelor Degree
Programme can be printed directly from the Online Student Information link provided
at the Single Sign-On menu in the Students Portal or go directly to link address Student
Information Online website that is http://osi.unimap.edu.my . Students can access
Current Examination Slip DEGREE / SEO starting from 15 May 2015 (Friday) until 5 June
2015 (Friday). To rectify any mistakes on the examination slip, please bring along your
examination slip with the course registration slip (as a proof) to the Examination &
Graduation Unit, Academic Management Section, Registry Department, 3rd floor, KWSP
Building, Kangar. Any corrections regarding course registration should be done not later
than 25 May 2015 (Monday) 5.10 pm.]

3.
Pihak kami ingin mengingatkan kepada semua pelajar sekiranya gagal
membawa bersama slip peperiksaan semasa hari peperiksaan, pelajar-pelajar tidak
dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Selain dari itu, pelajar-pelajar yang masih
gagal menjelaskan yuran pengajian akan dihalang daripada mengakses menu Slip
Peperiksaan Semasa/SEO sehingga pelajar-pelajar menyelesaikan yuran pengajian
masing-masing.
[Please be reminded that students can be barred from taking an examination if they fail
to bring along their examination slips on the examination day. Besides that, for those
who failed to settle their education fees can also be barred from getting access to the
Current Examination Slip/SEO until payment is settled.]
4.
Sebarang masalah berkaitan pengaktifan aplikasi ke Portal Pelajar, bolehlah
berhubung terus dengan ICT Helpdesk di talian 04-979 8494/8109 atau e-mel kepada
helpdesk@unimap.edu.my .
[Please contact ICT Helpdesk directly by phone at 04-979 8494/8109 or e-mail to
helpdesk@unimap.edu.my if there are any problems on activating Student Portal
application.]
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Mencarik Adat, Melarik Hasrat
Kami yang menjalankan tugas,
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Malaysia Perlis.
Tel : 04-979 8705 | 04-979 8708 | 04-979 8700 | 04-979 8707 | 04-979 2984
Faks : 04-979 8703
Email : unitexam@unimap.edu.my