Fizik

2.3 Inersia
Guru Fizik : Puan Roslin Abdul Razak
Disediakan oleh :
Nur Alya Syakirah Binti Abdul Jalil
Afiqah Binti Azhar
Nurhanis Zahirah Binti Azhar
Aleeya Syakila Binti Muhamad Subian
Siti Murni Hanum Binti Md Ariff

2.3 Inersia

Definisi Inersia:
Inersia ialah kecenderungan sesuatu objek untuk kekal dalam keadaan pegun
atau terus bergerak dengan laju malar dalam garis lurus. (Hukum gerakan
Newton pertama sering disebut hukum inersia).

Hukum Gerakan Newton Pertama
Menyatakan bahawa sesuatu objek akan
Kekal dalam keadaan pegun atau bergerak
Dengan laju malar dalam garis lurus
(halaju malar) jika tiada daya luar bertindak
atasnya.




Hubungan antara Jisim dengan Inersia
Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin susah untuk objek itu bergerak
dan semakin susah untuk memberhentikan objek itu.
Sesuatu objek yang berjisim besar menyebabkan objek itu susah
diperlahankan, dipercepatkan atau diubah arah.
Semakin bertambah/besar jisim sesuatu objek, semakin bertambah/besar
inersianya.
Jasad berjisim besar lebih berupaya untuk menentang daya luar yang betindak
keatasnya.

Contoh / situasi Inersia dalam kehidupan seharian
 Jika sos tomato tersekat dalam botol, so situ dapat dikeluarkan dengan
menterbalikkan botol, menghentak botol ke bawak dan berhenti secara
tiba-tiba.

 Seorang penunggang basikal tidak akan berhenti dengan serta-merta
walaupun berhenti mengayuh.

 Kapal terbang yang besar memerlukan landasan yang panjang untuk
mendarat dan berlepas.

 Semasa di dalam bas.

1. Apabila bas dalam keadaan pegun, penumpang dalam bas dalam keadaan
rehat dan tidak bergerak.
2. Apabila bas mula bergerak ke hadapan dengan tiba- tiba, inersia
penumpang cenderung untuk mengekalkan badannya pada kedudukan asal.
Hal ini menyebabkan penumpang itu terdorong ke belakang.
3. Apabila bas berhenti tiba- tiba atau bergerak ke belakang tiba- tiba, inersia
penumpang cenderung meneruskan pergerakanya ke hadapan. Hal ini
menyebabkan penumpang itu ke hadapan.
Kesan Inersia

Kesan positif

Kepala tukul boleh diketatkan pada pemegang kayu dengan mengetuk
hujung pemegang pada permukaan keras. Kepala tukul mempunyai jisim
yang besar dan kekal dalam gerakan, oleh itu kepala tukul masuk lebih
ketat pada pemegang.

Kesan negatif

Jika sebuah kereta kemalangan semasa dalam perjalanan, pemandu kereta
itu masih dalam gerakan ke hadapan walaupun kereta sudah berhenti.
Pemandu mungkin terhumban ke cermin depan dan mengalami
kecederaan. Perkara ini dapat dicegah jika pemandu memakai tali
pinggang keledar yang akan menarik pemandu kembali daripada gerakan
ke hadapan itu.

Tangki lori yang membawa cecair dibahagikan kepada beberapa ruangan
lebih kecil yang terpisah. Pembahagian ini akan mengurangkan kesan
inersia daripada cecair sekiranya lori itu berhenti secara tiba – tiba.