You are on page 1of 2

Nama : Intan Nurbalqies binti Othman

Kelas : 4 Sains 1
Tajuk : Penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah sememangnya suatu perkara yang membimbangkan kerana pada
masa ini banyak remaja dan belia terjurumus dengan najis dadah. Sekali mereka sudah
terjerumus amat sukar untuk berhenti daripadanya. Hal ini kerana dadah menyebabkan seseorang
berasa ketagih.
Apabila sudah ketagih, lazimnya penagih dadah akan berasa terdesak untuk
mendapatkannya semula dengan apa sahaja cara sekalipun. Mereka tidak tahan menanggung
seksa ketagihan. Inilah yang menyebabkan penagih sukar untuk berhenti dari menagih dadah.
Walau bagaimanapun, keazaman yang kuat serta daya tahan yang tinggi dan semangat keinsafan
dengan dorongan dan sokongan ahli keluarga dapat membantu mereka kembali ke pangkal jalan.
Penyalahgunaan dadah ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu itu sendiri
tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara. Para belia merupakan aset penting
dalam sesebuah Negara. Para belia merupakan pemangkin semangat ke arah masa depan
pembangunan Negara. Belia hari ini berdepan dengan cabaran-cabaran yang memerlukan
perlengkapan diri yang berkualiti.
Ia tidak memberi sebarang kebaikan malah mendatangkan kerugian dari segi kewangan,
keruntuhan moral dan akhlak serta sebagainya. Ia juga membuatkan seseorang terdorong untuk
melakukan kegiatan yang dilarang oleh Allah seperti mencuri, membunuh dan sebagainya.Rakan
banyak memberi pengaruh kepada perkembangan perilaku anak-anak yang sedang meningkat
remaja. Lazimnya, mereka akan mudah terpengaruh dengan hasutan rakan yang membawa
kepada kemusnahan malah mereka tidak mendengar nasihat kedua ibu bapa, ponteng sekolah
dan bermacam lagi yang mereka lakukan yang boleh mendatangkan keburukan ke atas mereka.
Pencegahan awal bagi membolehkan seseorang individu itu tidak terjerumus dengan
dadah ialah peranan pihak ibu bapa melalui proses sosialisasi dalam mendidik dan mengasuh
anak-anak mereka dengan berlandaskan ajaran agama Islam. Dengan adanya ajaran dan didikan
yang sempurna secara informal ini akan mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam
penyalahgunaan dadah.
Didik anak-anak kita dengan didikan yang betul, sentiasa bersama mereka, terangkan
setiap perkara dengan tenang dan berdiplomasi. Oleh itu, ibu bapa sebagai orang yang paling
rapat dengan anak-anak perlu tahu bagaimana untuk menjawab persoalan dan keingintahuan
mereka.

Di sekolah, pihak guru akan menjadi peranan penting dalam memberi ajaran dan tunjuk
ajar kepada penuntut agar mereka tidak terjerumus dengan penyalahgunaan dadah supaya
mereka memahami tentang bahaya dadah, sesuai dengan pemikiran mereka yang lebih matang
dan boleh diberi pendidikan melalui matapelajaran contohnya matapelajaran sivik. Dengan ini,
bukan sahaja dapat mendorong mereka mengikuti malah secara tidak langsung akan mempelajari
dan memahami tentang penyalahgunaan dadah.
Pihak kerajaan terutama Biro Kawalan Narkotik, pihak polis dan pihak kastam akan
mengawasi dan memerhati bagi memeriksa dengan teliti melalui kawasan darat dan laut. Pihak
penghulu kampung, haruslah berhati-hati bagi mengekalkan keamanan sesebuah kampung
terutama mengawasi rumah-rumah yang kosong. Ini adalah disebabkan rumah-rumah tersebut
sering dijadikan sarang gejala dadah.
Dengan adanya kerjasama dari pihak penghulu kampung dan penduduk kampung akan
membolehkan mereka membanteras gejala dadah di kawasan mereka. Jika terdapat sesuatu
perkara yang mencurigakan, mereka haruslah berganding bahu untuk menyiasat lalu melaporkan
kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat tanda-tanda penagihan dadah di kawasan mereka bak
kata peribahasa, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Menyedari hakikat masalah dadah yang begitu rumit dan kompleks, Kerjasama pihak
kerajaan dan orang ramai adalah sangat-sangat diharapkan bagi mengatasi bahaya yang dihadapi
bak kata peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.