You are on page 1of 18

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
PTK 2202 W

NAMA PENGKAJI : FARHANA AFIQAH ADINAN

NAMA SEKOLAH : SMK KG JIJAN

TAJUK KAJIAN :
MENINGKATKAN PRESTASI MURID MELALUI PENERAPAN PENYELESAIAN
MASALAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

pecahan dan perpuluhan. 3 orang mendapat gred C. namun saya tetap tidak berjaya menyampaikan konsep integer kepada murid Tingkatan 2 Bestari. Berlatar belakangkan dari kawasan penempatan FELDA. Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah Nombor Berarah di mana ia merangkumi pelaksanaan pengiraan yang melibatkan nombor berarah iaitu integer. 5 orang mendapat gred D. 10 orang mendapat gred E dan 14 orang murid gagal dalam ujian tersebut. Kebimbangan saya bertambah apabila keputusan Ujian Topikal 1 menunjukkan hampir 50% daripada murid Tingkatan 2 Bestari gagal dalam subjek Matematik. . saya mendapati majoriti murid dalam kelas ini tidak mahir dalam topik ini terutamanya bagi operasi yang melibatkan nombor positif dan negatif atau yang melibatkan pecahan. seperti yang dapat saya perhatikan sebelum ini. Saya beralih kepada kaedah yang ditunjukkan dalam beberapa buah buku rujukan lain. murid-murid di sekolah ini kebanyakannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas Tingkatan 2 Bestari seramai 32 orang. Murid Tingkatan 2 Bestari adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana dan lemah dalam subjek Matematik.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan selepas saya memulakan program praktikum selama 3 bulan di sekolah ini iaitu SMK KG JIJAN. Saya menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam buku teks Matematik Tingkatan 2 tetapi murid tidak dapat memahami konsep tersebut. Oleh sebab itulah kebanyakan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka. 1 . Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Saya cuba mengenal pasti punca masalah dan mendapati murid-murid gagal untuk melaksanakan opersi yang melibatkan nombor positif dan negatif atau yang melibatkan pecahan. Tiada murid yang berjaya mendapat gred A dan B.

Kelemahan ini mungkin bepunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik dan murid kurang berminat terhadap topik ini. murid perlu menduduki ujian sebagai indikator kepada aras kefahaman mereka. Ada juga antara mereka yang tidak mahu berfikir dan tidak menjawab soalan latihan yang telah saya berikan. satu-satunya cara yang saya tahu bagaimana untuk mengajar matematik adalah untuk mengajar isi kandungan pengajaran dengan cara konvensional seperti chalk and talk. Hal ini membuatkan murid cepat berasa bosan dengan sumber bahan bantu mengajar yang saya gunakan. apabila saya memulakan praktikum 3 bulan yang lepas.Walaupun saya telah banyak memberikan latihan bagi topik ini. Sumber yang saya gunakan bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah buku teks yang hanya mempunyai skop yang terhad dan kecil. Teknik hafalan digunakan bagi menjawab peperiksaan. Sebenarnya ia kelihatan seperti tidak terdapat apa-apa aplikasi atau kegunaan kepada ilmu Matematik yang telah dipelajari. TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH Apabila saya mula mengajar kelas ini bagi program praktikum saya. saya melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan cara yang sama. Saya merasakan proses pemikiran secara perlahan-lahan sedang berkurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik di sekolah. ia adalah tidak mencukupi dan tidak bersesuaian dengan cara pembelajaran murid sedia ada serta tidak dapat menarik perhatian mereka. Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah sangat bosan dan tidak menarik. Secara semula jadi. Ini adalah kerana mereka tidak dapat mengaitkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam kehidupan serta merasakan subjek Matematik tidak mempunyai kegunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini merupakan apa yang berlaku sepanjang persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti. Walaupun saya menggunakan sumber buku rujukan sebagai bahan tambahan. Subjek Matematik ini adalah sangat berkait rapat dengan corak yang jikalau dikaji. namun murid-murid masih lagi tidak dapat melakukan operasi ke atas integer. akan menampakkan 2 . kemudian saya memberikan beberapa soalan sebagai latihan. Seterusnya apabila seorang guru selesai mengajarkan topik tersebut.

Berikut adalah kaedah yang digunakan oleh saya bagi mengenal pasti punca permasalahan yang terdapat di kalangan murid:     Tinjauan buku latihan murid Sesi temubual bersama murid Ujian Topikal 1 Ujian Pra 1. Hal ini tidak menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang mereka lakukan atau mereka dapat melihat perkaitan yang sebenar. Jika soalan berbentuk begitu. Soalan yang lazim diutarakan oleh murid kepada saya adalah "Adakah saya akan menggunakan perkara ini dalam hidup saya?" Pada kebiasaannya. jawapan sebegitu sangat bertentangan dengan konsep pendidikan yang diunjurkan. jawab begini. saya akan memberi jawapan yang sering diberikan oleh semua guru iaitu " ini adalah hanya sebahagian daripada gambaran atau konsep yang lebih besar dan rumit. Bagi kebanyakan pekerjaan. dan tidak semestinya hanya di dalam kelas.bentuk jawapan yang sama. Tinjauan buku latihan murid 3 . tetapi segelintir murid akan menyedari bahawa bentuk soalan tersebut adalah sama dan mereka akan mendapat jawapan yang betul. Bilik darjah merupakan tempat di mana amalan dan persediaan dilakukan." sebagai salah satu cara untuk mengelak dari menjawab soalan tersebut dan supaya dapat meneruskan pengajaran di dalam kelas. saya perlu memainkan peranan utama dalam proses menyediakan murid atau pun generasi masa hadapan untuk berjaya dalam kehidupan mereka. “ Walaupun saya ada memberikan soalan berbentuk aplikasi bagi setiap tugasan. Murid yang selebihnya akan meminta bantuan sehingga tahap yang memerlukan guru memberikan jawapan kepada soalan tersebut. "Jika soalan berbentuk begini. Sebagai seorang guru. Saya tersedar akan cara atau kaedah pengajaran saya adalah menjurus ke arah hafalan apabila saya mengajar murid dengan cara. buat begitu. pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah seharusnya tidak berbeza. Walau bagaimana pun. latihan bagi pekerjaan tersebut dilakukan dengan kaedah aplikasi atau amali bagi tugas.

Ujian Pra Memandangkan soalan yang ditanya dalam Ujian Topikal 1 merangkumi banyak konsep asas nombor berarah. Guru berpendapat mungkin kaedah yang ditunjukkan dalam buku teks sukar difahami murid. Hal ini memastikan sama ada murid tersebut benar-benar lemah dalam melakukan operasi terhadap nombor berarah. Gred A B Bilangan murid yang memperoleh gred tersebut 0 1 4 . Sesi temubual bersama murid Guru telah menemubual murid dengan bertanyakan soalan iaitu apakah punca permasalahan sebenar mereka dalam menyelesaikan soalan latihan dan punca mendapat markah yang rendah dalam ujian Topikal 1. jadi saya telah menjalankan satu lagi ujian ke atas murid tersebut iaitu Ujian Pra. Gred A B C D E Gagal Bilangan murid yang memperoleh gred tersebut 0 0 3 5 10 14 4. Saya dapati murid tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan nombor positif dan negatif serta pecahan. didapati murid Tingkatan 2 Bestari lemah dalam konsep nombor berarah. cikgu”. Analisis pencapaian Ujian Pra adalah seperti dalam jadual 2.Hasil tinjauan mendapati 80% daripada keseluruhan murid kelas ini gagal menjawab soalan latihan bagi topik Nombor Berarah yang diberikan dalam kelas. 3. Analisis pencapaian murid bagi ujian topikal 1 ditunjukkan dalam jadual 1. 2. Jawapan yang diberi ialah “ tidak faham. Analisis keputusan Ujian Topikal 1 Melalui keputusan ujian topikal 1.

C D E Gagal 4 4 10 13 5 .

Kajian ini juga tidak akan mengganggu waktu  pengajaran dan pembelajaran yang lain. Justeru itu. Hanya situasi dan soalan penyelesaian masalah yang perlu diubah suai mengikut keperluan dan  kesesuaian murid. 6 . Kepentingan Usaha untuk meningkatkan prestasi murid adalah sangat penting bagi memastikan murid memperoleh kejayaan tidak kiralah di dalam atau di luar sekolah. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju untuk menjadi subjek kajian dengan izin ibu bapa. Ini adalah kerana ia dijalankan di dalam bilik darjah dan melibatkan waktu pengajaran dan  pembelajaran. dan langkah pelaksanaan yang dapat dijalankan dalam keadaan terkawal. Kerelevenan kepada sekolah Kajian ini adalah relevan kepada pihak sekolah oleh kerana matlamat kajian ini yang memfokuskan kepada peningkatan prestasi murid.Pemilihan fokus kajian tindakan yang akan dijalankan ini adalah berdasarkan kriteria yang berikut :  Kebolehtadbiran Kajian ini adalah mudah untuk ditadbir dan mudah untuk diuruskan. Kolaborasi Kajian ini dijalankan dengan hanya memerlukan kerjasama antara saya sebagai seorang guru dan juga murid yang berada di dalam kelas saya. Penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar dapat membantu  murid untuk membuat keputusan penting dalam urusan kehidupan seharian Kebolehgunaan Kaiian ini sesuai digunakan untuk semua lapisan murid tingkatan 2 tanpa mengira latar belakang mahupun faktor lain. tidak  terdapat apa-apa masalah untuk menjalankan kajian ini. Hal ini akan dapat menaikkan prestasi dan juga kedudukan sekolah dalam konteks keputusan peperiksaan. Kawalan Kajian yang baik dan efektif adalah merangkumi subjek kajian.

Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor berarah. iv. 7 . Berlatar belakangkan dari kawasan penempatan FELDA. Membantu guru mengenal pasti masalah murid secara mendalam Membantu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya lebih berkesan.OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum : Meningkatkan prestasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Objektif Khusus : i. Oleh sebab itulah kebanyakan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka. PERANCANGAN KAJIAN Model penyelidikan tindakan yang saya pilih bagi menjalankan kajian ini adalah model Kemmis dan McTaggart yang memerlukan pelaksanaan tindakan dalam bentuk dua kitaran. ii. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 32 orang murid Tingkatan 2 Bestari yang terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Murid kelas ini juga mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain serta sentiasa bersedia untuk membantu guru tidak kiralah dalam apa jua situasi sekali pun. Murid Tingkatan 2 Bestari adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana dan lemah dalam subjek Matematik. Melaksanakan penambahan atau penolakan yang melibatkan dua nombor berarah. murid-murid di sekolah ini kebanyakannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. iii.

fl R M b o s k P s re m M jia u tn h r p c t d lk K c g e IB d in v a g y 8 .

fl e R s jv tM rs iP k a m e n r t h d u g tg c h u M B b ilk a d n p o fU Kitaran 1 Kitaran seterusnya Kitaran 2 9 .

Beliau terkenal dengan teori pembelajaran secara penerimaan. 1960) Hal ini demikian kerana. Dalam konteks kajian tindakan yang akan saya jalankan. bagi mencapai objektif khusus yang pertama bagi kajian tindakan ini iaitu murid mampu melaksanakan penambahan atau penolakan yang melibatkan dua nombor berarah. (Ausubel. 2014). 2004). Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik nombor berarah ini. saya juga akan memberikan latihan yang berbentuk penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian bagi membolehkan murid berasa lebih jelas tentang kepentingan mempelajari subjek Matematik dan seterusnya menarik minat mereka serta dapat memberi motivasi kepada murid untuk meningkatkan prestasi bagi subjek Matematik. Menurut Ausubel gabungan kedua-dua aspek ini menjadikan bakal menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Penambahan yang melibatkan nombor berarah yang sering menjadi masalah bagi murid adalah penambahan antara nombor positif dan negatif serta antara nombor negatif dan negatif (Bofferding. Sebagai contoh. murid akan memperolehi banyak maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru. Menurut beliau. Langkah-langkah Tindakan dan Cara Mengumpul serta Menganalisis Data Kajian tindakan yang akan saya jalankan ini menggunakan konsep pengajaran bermakna yang diperkenalkan oleh David Ausubel. Bagi melaksanakan pengajaran dan 10 . pembelajaran bermakna berlaku apabila bahan pengajaran yang digunakan adalah merupakan bahan yang bermakna. saya akan banyak menggunakan situasi dalam kehidupan sebenar bagi memudahkan murid berjaya mencapai hasil pembelajaran yang saya ingini. saya akan menggunakan simulasi situasi dan juga penyelesaian masalah yang terdapat dalam dunia sebenar.I. Langkah-langkah yang saya lakukan ini adalah supaya murid dapat merasakan Matematik selalu berada dekat dengan mereka serta situasi dan masalah yang diberikan dapat membantu murid menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian (Orton. aspek penyampaian ilmu daripada pihak saya sebagai seorang guru merupakan aspek terpenting dan harus diberi perhatian yang lebih. Selain itu. Bahan yang bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu. teks pengajaran dan juga aspek penyampaian ilmu oleh guru.

Ali berhutang dengan Bobo sebanyak RM 5. Perbandingan serta gambaran situasi dan senario sebenar yang digunakan adalah berdasarkan situasi yang telah saya lalui atau apa yang saya rasakan atau dapat perhatikan telah berlaku dalam kehidupan seharian muridmurid Tingkatan 2 Bestari. Jurnal adalah buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku (Kamus Dewan Edisi Keempat). Salah satu cara untuk menunjukkan penggunaan matematik di dunia sebenar adalah dengan membolehkan pelajar mengaplikasi aspek pengiraan kepada senario dalam dunia sebenar (Premadasa & Bhatia. tetapi juga mereka membolehkan guru untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perkara yang dapat membantu murid (Novak. Sebagai contoh. Di samping itu.pembelajaran bagi sub-topik ini. Kemudian Bobo meminjam duit Ali sebanyak RM 7. situasi kehidupan sebenar yang dialami oleh guru tidak semestinya sama dengan situasi kehidupan sebenar kepada murid. Bagi aktiviti ini. saya akan menggunakan konsep hutang. Murid digalakkan untuk memberi input bagi membolehkan murid terlibat secara aktif untuk meningkatkan prestasi. Setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya lakukan akan mengintegrasikan kaedah-kaedah baru di mana matematik boleh digunakan dalam kehidupan seharian. 2013). Berapakah hutang Ali terhadap Bobo sekarang? Situasi dalam kehidupan seharian di atas dapat merangsang pemikiran murid dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran topik ini. Kajian tindakan saya ini akan menggabungkan komponen penyelesaian masalah kehidupan dalam kehidupan seharian. 2010). Walau bagaimanapun. saya akan memberikan setiap murid sebuah diari sebagai catatan jurnal dalam 11 . kemahiran berkomunikasi di kalangan murid dan perubahan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan di dalam bilik darjah seperti yang telah saya gambarkan di atas. Ia bukan sahaja membolehkan murid memudahkan pemahaman konsep. Setiap kali selesai menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. saya akan meminta murid untuk menulis di dalam jurnal. kaedah lain yang akan saya gunakan adalah melalui penulisan jurnal matematik. saya akan menggunakan simulasi situasi dan penyelesaian masalah yang terdapat dalam dunia sebenar.

Antara perkara utama yang akan menjadi perhatian saya adalah respons dan prestasi murid. saya juga akan menulis entri jurnal. serta faktor-faktor lain yang dapat meningkatkan keberkesanan penngajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurnal yang akan saya tulis terdiri daripada perkara yang dapat saya perhatikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jurnal juga dapat memberi kelebihan lain seperti mengurangkan tekanan serta sebagai platform untuk merekod pandangan dan pendapat (Purcell. 12 . 2013).  Dengan menggunakan idea dan ayat sendiri. murid harus menjawab soalan-soalan di bawah. Setiap kali murid membuat suatu catatan jurnal.pembelajaran yang telah berlaku. Di dalam jurnal tersebut. murid perlu menghantar jurnal tersebut secara mingguan dan saya akan mengkaji jurnal-jurnal tersebut untuk melihat sama ada murid dapat menggambarkan dengan tepat pembelajaran yang telah berlaku dalam perkataan mereka sendiri dan untuk melihat bagaimana setiap murid akan dapat mengaplikasi pembelajaran tersebut dalam kehidupan seharian untuk mencari persamaan dan perbezaan antara murid. Saya juga akan mengutip jurnal murid-murid pada setiap hujung minggu bagi melihat perkembangan mereka dan bagi membuat perbandingan antara jurnal saya dan jurnal mereka. terangkan apa yang telah anda  pelajari pada hari ini? Bagaimanakah anda boleh mengaplikasi perkara di atas dalam kehidupan seharian anda? Seterusnya.

Soalan yang akan saya utarakan semasa temu bual pendek ini adalah seperti berikut : Saya  pembelajaran di dalam bilik darjah.Semasa menjalankan proses ini. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan perkaitan masalah berkenaan dengan murid. hal ini adalah supaya 13 . Setiap soalan akan digredkan pada skala tiga mata. Saya juga akan membandingkan dan menganalisa markah serta jawapan kepada soalan-soalan yang diambil dari buku teks dengan soalan masalah sebenar. Saya akan menyemak ujian pasca tersebut dan akan merekod data yang diperoleh serta membandingkannya dengan markah yang diperoleh bagi ujian pra. termasuk penjelasan yang betul tentang bagaimana mereka mendapat penyelesaian tersebut. Murid akan mendapat satu mata jika mereka hanya memberi salah satu antara jawapan atau penjelasan. Tiga soalan adalah soalan latihan yang diambil terus dari buku teks. temu bual akan dijalankan dengan murid. Selebihnya iaitu sebanyak tiga soalan adalah masalah sebenar yang saya buat berdasarkan jurnal murid. Satu mata juga akan diberi jika kedua-dua komponen iaitu jawapan dan penerangan adalah salah. Ujian pasca tersebut terdiri daripada enam soalan. Murid akan menerima tiga mata jika mereka memberi jawapan yang betul. Apakah pendapat anda tentang hal ini? Pada pendapat anda. Bahagian terakhir data bagi kajian saya ini adalah kuiz penyelesaian masalah atau ujian pasca setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik nombor berarah ini (lihat Lampiran A untuk soalan ujian pasca). Murid akan menerima dua mata jika sama ada jawapannya adalah betul tetapi penerangan yang diberikan tidak memenuhi syarat atau jika penjelasan murid adalah lengkap dan betul tetapi terdapat ralat pengiraan yang menyebabkan jawapan yang salah. Ia akan dijalankan pada waktu rehat. apakah penambahbaikan yang boleh saya lakukan telah melakukan perubahan kepada proses pengajaran dan kepada proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini? Temu bual akan dijalankan secara berkumpulan kecil sebanyak 3 orang ahli kumpulan.. Saya akan mengkaji jawapan temu bual tersebut dan membuat perbandingan antara setiap jurnal dan jurnal pengajaran saya sendiri.

Terdapat beberapa instrumen yang akan saya gunakan bagi kajian ini.saya dapat mengkaji jika terdapat perbezaan antara jawapan dan penerangan yang diberikan oleh murid bagi kedua-dua jenis soalan. Saya akan memerhatikan prestasi dan reaksi murid di Jurnal murid jurnal saya dalam bilk darjah dan Jurnal murid akan dikutip pada setiap hari Jumaat supaya saya dapat membandingkan di antara kedua-dua jurnal tersebut. Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya kaji benar-benar berlaku di SMK Kg Jijan dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penambahbaikan yang akan saya laksanakan. Bukti / Data Pemerhatian Bagaimana atau bila bukti/ data telah dikutip Semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku bagi topik nombor berarah ini. Temu bual dengan Saya akan melakukan temu bual pada waktu rehat supaya murid Ujian pasca tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran Saya akan memberikan ujian kepada murid selepas melaksanakan penambah pengajaran dan pembelajaran 14 baikan terhadap proses .

Bofferding.00 115. 4. 267-272. Jenis Alatan / Bahan Kos .00 8. 4. 194-245. 3. The use of advance organizers in the learning and retention of meaningful verbal material. Negative Integer Understanding: Characterizing First Graders’ Mental Models.00 10. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan Minggu 1 maklumat awal Menulis kertas cadangan kajian Menghantar kertas cadangan kajian Merancang tindakan Melaksanakan kajian tindakan Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian 2. D.PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN I.50 = RM 115.00 Marker pen 4 x RM 2.00 = RM 13. 5.00 Fotostat bahan 200 x RM 0.80 30. RM Kertas A4 1 x RM 13. 3. Journal for Research in Mathematics Education. Minggu 1 Minggu 1 Minggu 2 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 3 Minggu 3 Minggu 4 Kos Kajian Bil . P.30 Rujukan Ausubel. 9. 15 . 2.05 = RM 10. 7. Perkara Tugasan Tempoh 1. 6.80 Dakwat pencetak 1 x RM 30. Journal of Educational Psychology. Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Kajian tindakan ini akan dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu.20 = RM 8.00 = RM 30. II.50 177. 5. L.00 Diari bagi menulis jurnal 33 x RM 3. (1960). 1.50 Jumlah 13. 8. (2014).

Orton. Purcell. (2010). January 30). The Health Benefits of Journaling. (2004). Premadasa. Real Life Applications in Mathematics: What Do Students Prefer? International Journal for the Scholarship of Teaching and Learning. D. A.. K. & Bhatia.).com/lib/the-health-benefits-of-journaling/ 16 . Theory and Classroom Practice.d. Learning Mathematics: Issues. and Using Knowledge: Concept Maps as Facilitative Tools in Schools and Corporations. J. (n. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Leeds: A&C Black. Retrieved from PsychCentral: http://psychcentral. (2013. M. New York: Taylor & Francis. 15-30. Novak. K. Creating.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Learning.

Isi tempat kosong. Azura menyertai program mengurangkan berat badan. Berapakah perbezaan berat Azura? 2. Berat asalnya adalah 65 kg. Saya membayar Abu balik sebahagian daripada hutang saya. Dia melompat dari bot dan berenang ke bawah 25 kaki. berat Azura adalah 58 kg. -18 + 3 5. P–Q 6. Kemudian Ali berenang ke bawah lagi sebanyak 10 kaki. Berapakah hutang saya kepada Abu sekarang? 4. Saya mempunyai RM 7 tetapi saya berhutang dengan Abu sebanyak RM 13. 17 . Berapakah kedalaman renangan Ali? 3. Setelah selesai program tersebut.Lampiran A UJIAN PASCA 1. Ali adalah seorang penyelam skuba.