You are on page 1of 191

KAMINI SHANMUGAIAH

PENSYARAH
COLGIS

1

Chapter 1 :Undang-undang kontrak

1.1 Pengenalan

Akta Kontrak 1950 : digunakan untuk merujuk semua
peruntukan mengenai undang undang kontrak di Malaysia.
( mencontohi undang-undang Inggeris tapi di ubah suai
dalam perkara-perkara tertentu.
Prinsip Undang Undang Inggeris @common law terpakai
apabila terdapat lacuna dalam statut tempatan dan hanya
undang undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan
tempatan sahaja yang boleh digunakan.

• Mengenai pemakaian undang undang perdagangan Inggeris
di Malaysia, s 5(1) dan 5(2) Akta Sivil 1956 menjelaskan
kedudukannya bahawa undang undang yang dipakai
hendaklah undang undang yang sama di pakai di England.
• Selain daripada undang undang Inggeris dan kaedah ekuiti,
keputusan kes dari mahkamah India juga digunakan di
Malaysia. Ini adalah kerana Akta Kontrak Malaysia adalah2
dipadankan dari Akta Kontrak India.

1.2 Takrif@MaksudKontrak



Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan
kontrak sebagai :
2(h) Sesuatu perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Kita harus faham bahawa bukan semua
perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh
undang undang. Misalnya perjanjian yang
berbentuk kekeluargaan atau sosial atau
perjanjian yang menyalahi undang-undang.
Seksyen 2(g) menyebut hal ini seperti berikut:
Sesuatu perjanjian yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah
batal.

3

1. • 4 . Perjanjian seperti ini tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia bertentangan dengan muslihat awam.2 Takrif@MaksudKontrak Dua contoh yang menjelaskan seksyen 2 (g) Akta Kontrak 1950 :  Contoh 1 : o R berjanji kepada A bahawa beliau akan membayar RM 500 kepada A sekiranya A berjaya mendapatkan apa-apa pekerjaan di Perkhidmatan Awam.

• 5 .1.2 Takrif@MaksudKontrak Dua contoh yang menjelaskan seksyen 2 (g) Akta Kontrak 1950 (cont) :  Contoh 2 : o Pakcik Ahmad berjanji akan menghadiahkan sebuah basikal kepada Farid sekiranya beliau berjaya mendapat 4A dalam peperiksaan. Perjanjian di antara Ahmad dan Farid tidak dapat dikuatkuasakan kerana ia berbentuk kekeluargaan.

s 10(1) ada menyebut tentang perjanjian yang merupakan kontrak:  10 (1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak. dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.1.(tidak dinyatakan batal oleh Akta Kontrak 1950)  Seksyen 10(1) dengan jelas menyebut perjanjian yang merupakan kontrak yang sah adalah perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak yang layak berkontrak di mana mereka telah memberi kerelaan secara bebas dan untuk suatu balasan yang sah serta tujuan perjanjian itu sendiri adalah sah. dan dengan sesuatu tujuan yang sah. untuk sesuatu balasan yang sah.2 Takrif@MaksudKontrak Selain daripada itu. • 6 .

1.3 Jenis-jenis kontrak
Pengenalan
• Suatu perjanjian boleh dibuat sama
ada secara lisan, bertulis atau melalui
perbuatan. Kontrak boleh dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu:
 i) Kontrak Unilateral
 ii) Kontrak Bilateral
 iii) Kontrak Kolateral
7

1.3 Jenis-jenis kontrak

i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer
Kontrak ini dikenali sebagai kontrak satu pihak :
sebab pencadang membuat janji dan
penerimaan oleh pihak yang satu lagi adalah
tertakluk kepada cadangan yang dibuat.
Contohnya Karim menjanjikan RM 500.00
kepada sesiapa yang menjumpai telefon
bimbitnya yang hilang. Ahmad menjumpai
telefon bimbit tersebut dan mengembalikan
kepada Karim, jadi Karim terikat untuk
membayar kepada Ahmad RM 500.00 seperti
dijanjikan.

8

1.3 Jenis-jenis kontrak
i) Kontrak Unilateral@Unilateral Offer (cont)
 Contoh kes : Carlill Iwn Carbolic Smokeball Co
(1892)
 Fakta : Sejenis ubat selsema yang dinamakan
“ The Carbolic Smoke Ball” diiklankan oleh
pihak defendan dalam Illustrated London
News. Iklan tersebut menyatakan sekiranya
mana-mana pihak yang masih dijangkiti
selsema setelah pemgambilan ubat, berhak
untuk mendapat £ 100 dari pihak syarikat.
 Keputusan : Pihak plaintiff berhak mendapat £
100 kerana dia telah menerima tawaran yang
ditawar kepada pihak umum@dunia dengan
luasnya@secara terbuka.(offer made to the
world at large)

9

• Pertukaran janji ini mewujudkan kontrak bilateral. 10 . Suhaimi telah bersetuju untuk membaiki komputer Hadi.3 Jenis-jenis kontrak  ii) Kontrak Bilateral • Kontrak ini dikenali sebagai kontrak dua pihak. • Contohnya Hadi berjanji untuk membayar Suhaimi sebanyak RM 400 sekiranya Suhaimi membaiki komputernya.1.

saya berani bertaruh nyawa ke atasnya”.1. Contohnya. Nizal mendapati selepas membeli motosikal tersebut handlenya gagal berfungsi dan menyebabkan kemalangan Keputusan : Kontrak kolateral wujud: Ismail memberi waranti motosikal berada dalam keadaan baik.3 Jenis-jenis kontrak  • • • •   iii) Kontrak Kolateral Kontrak ini dikenali sebagai kontrak sampingan dan boleh dikuatkasakan dengan sendirinya. Nizal melawat bilik pameran motosikal terpakai dan pengurus jualan Ismail memperkenalkan sebuah motosikal jenama “Virago” dan mengatakan”Ia merupakan sebuah motosikal yang amat baik. . Balasan di pihak Nizal: pembelian motosikal(kontrak utama) Kata-kata Ismail mempengaruhi Nizal memasuki 11 kontrak utama mewujudkan kontrak kolateral.

terdapat juga kontrak kolateral di antara plaintiff dan defendan di mana terdapat “specification” bahawa cat pihak defendan hendak digunakan dan pihak defendan pengesahan tentang 12 kualitinya. Dalam kontrak tersebut plaintiff mempunyai hak untuk memilih jenis bahan-bahan material yang akan digunakan.1.3 Jenis-jenis kontrak      iii) Kontrak Kolateral (cont) Contoh kes : Shanklin Pier Ltd v Detel Products Ltd (1951) Fakta : Plaintiff telah membuat kontrak dengan X dan Co untuk membaiki dan mengecat “pier” . Plaintiff mendakwa defendan atas kontrak tersebut. tetapi defendan mengatakan tidak wujud kontrak antara p dan d sebab cat itu dibeli oleh X dan Co daripada defendan. Cat itu digunakan oleh X dan Co tetapi malangnya plaintiff terpaksa belanja £4000 untuk memperbaiki situasi tersebut. Keputusan : Mahkamah memutuskan walaupun terdapat kontrak untuk penjualan cat. . Pihak defendan telah menjamin tentang kualiti sejenis bahan material yang akan digunakan.

4 Elemen-elemen asas kontrak Terdapat tujuh elemen utama bagi mewujudkan kontrak yang sah: Perjanjian ( Proposal and acceptance) Balasan ( Consideration) Niat ( Intention to create legal relations) Keupayaan ( Legal Capacity@Capacity to contract) Ketentuan ( Certainty) Kerelaan bebas (Consent of Parties) Tujuan yang sah (Legality of objects: Unlawful@Void Contracts) 13 . a) b) c) d) e) f) g) 1.

maka berlakunya perjanjian di antara mereka. dan penerimaannya(acceptance). Contohnya jika A dengan membuat tawaran menjual keretanya kepada B sebanyak $5000 dengan harapan B menerimanya.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian : Cadangan dan Penerimaan (Elemen 1) Bagi mewujudkan perjanjian antara 2 pihak atau lebih. B penerima janji. perlulah ada cadangan@tawaran(offer).A) • • • 1. 14 . A adalah penjanji. Jika B menerima cadangan A yang hendak menjualkan keretanya sebanyak $5000.

maka sesiapa pun boleh menerimanya. asalkan memenuhi syaratsyarat tawaran. 15 .A) • • • 1. Jika cadangan dibuat kepada orang yang khusus. maka cadangan boleh diterima oleh orang itu sahaja.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian : Cadangan dan Penerimaan(cont) Satu cadangan boleh dibuat sama ada kepada orang khusus atau masyarakat umum. Sebaliknya jika cadangan dibuat kepada umum.

Carbolic Smoke Ball Co(1893)  Fakta : Pihak defendan mengiklankan bahawa mereka sedia menawarkan £ 100 kepada sesiapa yang masih dijangkiti demam selsema setelah menggunakan sejenis ubat dalam tempoh tertentu  Keputusan: Beliau berhak menerima wang £ 100 kerana beliau telah menerima tawaran yang dibuat kepada dunia umum itu.  Theori yang sama diaplikasikan kepada iklan menawarkan hadiah kepada sesiapa yang mengembalikan barang yang hilang: dianggap sebagai tawaran.1.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Contoh kes : Carlill Iwn. A)  16 .

4 Elemen-elemen asas kontrak A) • • • Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Cadangan hendaklah dibezakan daripada pelawaan tawaran. pelelong hanya membuat “ perlawaan tawaran” 17 . Jika pelelong dianggap membuat cadangan. misalnya seorang pelelong yang mempelawa tawaran bagi sesuatu barang tertentu. Mengikut undang-undang Inggeris. atau barang yang diperagakan dalam sebuah pasar raya layan diri. Tetapi hakitatnya tidak begitu. maka dia telah menerima cadangan. maka apabila seseorang itu membuat tawaran. dan hasilnya ialah perjanjian.1.

4 Elemen-elemen asas kontrak A) • • a) b) c) d) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Pihak yang membuat cadangan berhak untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan. Antara pelawaan cadangan : Peragaan barang di kedai Iklan Jualan melalui katalog Jualan lelongan 18 .1.

Tuan punya kedai atau pasaraya tersebut berhak untuk menerima atau menolak cadangan tersebut. Contoh kes : Pharmaceutical Society of Great Britian Iwn Boots Cash Chemists(Southern ) Ltd (1953) 19 .A)  • • • 1.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) A) Peragaan barang di kedai Hal ini merujuk kepada tuan punya kedai atau pasarraya memperagakan barangan di rakrak dalam premisnya kepada orang ramai.

1. tuan punya kedai tidak 20 melakukan jualan yang menyalahi undang-undang. . Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa peragaan itu hanya merupakan pelawaan tawaran. Cadangan untuk membeli berlaku apabila pelanggan meletakkan barang tersebut di dalam bakul. Oleh itu kontrak hanya berlaku di meja juruwang@membawa barangan ke kaunter pembayaran. 1933 yang mengatakan adalah salah menjual racun-racun tertentu.4 Elemen-elemen asas kontrak •    Kes : Pharmaceutical Society of Great Britian Iwn Boots Cash Chemists(Southern ) Ltd (1953) Fakta : Pihak defendan dituduh di bawah Akta Ubatan dan Racun. kecuali di bawah penyeliaan ahli farmasi yang berdaftar. Oleh yang demikian. Juruwang berhak untuk menerima@menolak cadangan yang dikemukakan pelanggan itu.

4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) b) Iklan Iklan merupakan satu pelawaan cadangan sahaja dan bukannya cadangan. Keputusan : Mahkamah memutuskan: perbincangan tersebut tidak membawa kepada sebarang perjanjian 21 yang megikat@binding.A)  • •   1.000. .00. plaintiff mendakwa bahawa defendan bersetuju dengan cadangannya untuk membeli tanah tersebut pada harga RM 70. Contoh kes : Guha Majumder Iwn Donough (1974) Fakta : Defendan mengiklankan penjualan tanahnya dan mempelawa orang ramai membuat cadangan secara bertulis. Plaintiff telah melawat tanah tersebut dan hasil perbincangan plaintiff dengan ejen pihak defendan. Tiada sebarang persetujuan mengenai tanaman-tanaman yang terdapat pada tanah tersebut yang ingin dijual secara berasingan oleh defendan.

22 . Dalam kes Grainger& Sons Iwn Gough(1896). mahkamah memutuskan bahawa tindakan penerbit buku mengedarkan katalog bukan merupakan satu cadangan tetapi hanyalah satu perlawaan kepada orang ramai untuk membuat cadangan.1.4 Elemen-elemen asas kontrak A)  • • Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) c) Jualan melalui katalog Jualan yang dibuat melalui katalog hanyalah merupakan satu perlawaaan untuk membuat cadangan.

persoalan yang wujud ialah adakah kontrak terbentuk apabila pelelong menjatuhkan tukulnya. kerana pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut terikat untuk membelinya.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) d) Jualan lelongan Menurut kes M&J Frozen Food Sdn Bhd & Anor Iwn Siland Sdn Bhd & Anor. Mahkamah memutuskan:merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965.A)  • • 1. 23 . jualan secara menjatuhkan tukul tidak lagi dicadangkan kepada mana-mana pembeli.

4 Elemen-elemen asas kontrak A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)  Cadangan balas @Counter-Proposal and Acceptance • Penerimaan mestilah berdasarkan syarat-syarat asal mengikut cadangan yang tidak mengandung sebarang perubahan@perbezaan. {Penerimaan mestilah mutlak dan tak bersyarat} • Contoh kes Inggeris : Hyde Iwn. • Cadangan balas dianggap penolakan kepada cadangan asal.1.Wrench (untuk fakta dan keputusan sila rujuk kepada slide 25) 24 .

25 . Wrench Fakta : Defendan menawar rumahnya untuk dijual kepada plaintiff pada 6 Jun dengan harga £ 1000.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Cadangan balas @Counter-Proposal and Acceptance Kes : Hyde Iwn. Apabila defendan enggan menerima tawaran ini pada 27 Jun. Plaintiff telah menolak cadangan asal pada 8 Jun sehingga tidak dilayak. Keputusan : Mahkamah memutuskan tiada kontrak wujud di antara mereka. Dalam jawapannya pada 8 Jun. plaintiff membuat cadangan balas untuk membeli rumah itu dengan harga £ 950.A)     1. plaintiff menulis bahawa dia sedia membayar harga asal.

4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Cadangan balas @Counter-Proposal and Acceptance Kes : Lau Brothers & Co Iwn. 26 . China Pacific Navigation Co Ltd (1965) Fakta: Rundingan mengenai pengiriman kayu balak masih dibuat menerusi telegram dan surat-menyurat. pihak defendan menarik diri. Keputusan : Mahkaman memutuskan bahawa dalam keadaan begini.A)  • • • 1. Akhirnya. dan isu yang timbul adalah berkenaan ada atau tidaknya kontrak yang mengikat. pihak yang terlibat masih dalam peringkat perundingan dan defendan berhak menarik diri.

4 Elemen-elemen asas kontrak A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)  Komunikasi penerimaan Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan akan menjadi lengkap apabila penerimaan dikomunikasikan oleh pihak penerima kepada pembuat cadangan. Apabila pihak penerima menerimanya. ia mestilah memberitahu penerimaannya kepada pencadang.1. • • 27 .

4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Komunikasi penerimaan(cont) Contohnya jika A mengirimkan cek bernilai $ 500 kepada B dengan cadangan kiriman itu menjadi balasan pada persetujuan B menjualkan motosikalnya. 28 . B telah menerima balasan untuk janji berbalas yang ditawarkan berserta cadangan. B dianggap sebagai menerima cadangan itu sekiranya ia menukarkan cek itu.A)  • 1. walaupun penerimaanya tidak dikomunikasikan kepada A.

A)  • • 1. 29 .4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Penerimaan denga Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan hanya sah apabila dikomunikasikan kepada pencadang. Pengecualian : seksyen 4(2) Akta Kontrak memperuntukkan penerimaan yang dibuat dengan surat yang dikirim melaui pos atau telegram. Penerimaan dianggap dikomunikasikan apabila tiba pada pengetahuan pencadang.

Contohnya apabila surat@telegram dihantar menerusi pejabat pos @telekom Pencadang@proposer akan terikat dengan penerimaan@acceptor walaupun jika surat itu terlewat tiba atau hilang dalam perjalanan • • • 30 .1.4 Elemen-elemen asas kontrak A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)  Penerimaan denga Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post (cont) Menurut seksyen 4(2) Akta Kontrak. komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang “ apabila komunikasi penerimaan itu adalah dalam perjalanan kepadanya(hal di luar kuasa penerima).

Iwn Miles Far East Corporation (1955) menyatakan bahawa : “ Apabila suatu kontrak dibuat melalui pos. undang-undang dalam semua negeri common law jelas bahawa penerimaan adalah lengkap selepas surat itu dimasukkan ke dalam peti surat.” 31 . dan itulah tempatnya kontrak telah dibuat.A)  • 1.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post (cont) Dalam kes Entores Ltd.

•    .1. Bell (1913) Fakta : Plaintiff dalam kes ini menuntut pelaksanaan spesifik mengenai perjanjian opsyen yang mengikut beliau memberinya pilihan membeli hak-hak defendan ke atas sebidang tanah.4 Elemen-elemen asas kontrak A) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont)  Penerimaan dengan Surat Dihantar melalui Pos atau Telegram @ Acceptance Through Post (cont) Contoh kes kedua: Ignatius Iwn. Plaintiff menghantar notis penerimaannya melalui surat berdaftar@pos pada 16 Ogos 1912. tetapi surat tidak sampai kepada defendan sehingga petang 25 Ogos kerana defendan tiada di rumah. Keputusan : Opsyen tersebut telah dipergunakan oleh plaintiff apabila surat itu diposkan pada 16 32 Ogos.

. Contohnya A menawar keretanya untuk dijual kepada B dengan harga $5000 dan memberi B masa 3 hari untuk membuat keputusan.g RM 1 dan berjanji bahawa tawaran akan dibuka.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Pencadang tidak wajib membiarkan cadangannya itu terbuka tanpa menetapkan masa. maka pencadang akan mungkir janji jika menarik balik tawaran sebelum tamat tempoh 33 masa yang ditetapkan. atau membatalkannya pada bila-bila masa sebelum penerimaan yang sah oleh pihak yang dibuat cadangan itu. Pencadang@Proposer boleh menarik balik. A boleh memberitahu B pada hari kedua bahawa keretanya dijual kepada C. e.A)  • • •  1. Mengikut undang-undang B tidak diwajibkan membuka tawaran itu selama 3 hari. tetapi jika pencadang telah menerima balasan.

A)  • a) b) c) d) 1.jika waktu tidak ditetapkan bagi penerimaannya.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Cadangan boleh ditarik balik dengan salah satu cara yang berikut: Mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada pihak yang lain Dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya. dengan luputnya waktu yang munasabah. 34 . Atas kemungkiran penerima memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan Atas kematian atau sakit otak pencadang jika fakta kematian atau sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan.

Oleh itu penarikan cadangan mestilah dikomunikasikan kepada penerima sebelum penerima mengepos atau menghantarkan jawapan. 35 . atau menghantar telegram. Van Tienhoven Keadaan pembatalan 1 :Amat penting bahawa notis pembatalan mestilah dikomunikasikan kepada orang yang dibuat cadangan itu sebelum dia menerima.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan(cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Mengenai penerimaan melalui pos@telegram.A)  • • o 1. penerimaan itu lengkap terhadap pencadang apabila penerima mengepos surat penerimaan. (untuk penjelasan prinsip ini sila rujuk kes Byrne Iwn.

Pada 8 Oktober. Surat pembatalan ini ditiba kepada plaintiff pada 20 Oktober. 36 .A)     1.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Kes : Byrne Iwn. Van Tienhoven Fakta : Defendan telah menawarkan bahawa ia akan menjualkan 1000 kotak tin bersadur timah kepada plaintiff melalui surat pada 1 Oktober. defendan menghantar surat kedua membatalkan cadangan yang dibuatnya pada 1 Oktober. Plaintiff telah menghantar utusan penerimaannya pada 11 Oktober dan mengesahkannya pula melalui surat yang diposkan pada 15 Oktober.

iaitu apabila ia sampai ke pengetahuan plaintiff. sedangkan plaintiff telah pun menerima cadangan itu.A)   ► 1.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Kes : Byrne Iwn. 37 . Van Tienhoven Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa kontrak telah berjalan kerana pembatalan tidak berkuatkuasa sehingga 20 Oktober.

Dua cara seperti berikut: i) Keluputan waktu yang berlaku selepas tamatnya tempoh masa yang ditetapkan dalam cadangan penerimaannya. maka dengan luputnya waktu yang munasabah.   38 .4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont)  Pembatalan Cadangan dan Penerimaan • Keadaan kedua: pembatalan berdasarkan keluputan waktu.A) 1. ii) Jika tiada tempoh masa ditetapkan.

39 .1. Hanya pada bulan November. Tempoh antara bulan Jun dan November adalah tidak munasabah. Defendan enggan mengambil saham-saham itu. syarikat itu memberitahu saham-saham itu telah diberi dan baki harga belian harus dibayar.  Keputusan: Mahkamah : Alasan yang diberi sebab keengganan tersebut ialah sahamsaham itu sepatutnya diterima oleh syarikat itu dalam waktu yang munasabah.4 Elemen-elemen asas kontrak ► Contoh kes menjelaskan keluputan waktu:  Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd Iwn Montefiore (1866)  Fakta: Defendan memohon saham dalam syarikat hotel tersebut pada bulan Jun.

A)  •  1.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Keadaan 3 : Cadangan boleh dibatalkan apabila penerima mungkir memenuhi sesuatu syarat yang terkandung dalam cadangan itu. Contohnya seorang bakal majikan menawar bahawa dia akan mengambil pemohon bekerja denga syarat dia lulus peperiksaan akhirnya. Sekiranya pemohon itu tidak lulus. cadangan itu terbatal kerana kelulusan dalam peperiksaan akhir menjadi syarat terdahulu. 40 .

A)    1. kematian atau sakit otak pencadang pun menjejaskan cadangan. 41 . Kontrak itu tetap sah. maka tidak timbul soal pembatalan cadangan itu. Penerima perlu mengetahui hal ini sebelum dia menerimanya.4 Elemen-elemen asas kontrak Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont) Perjanjian :Cadangan dan Penerimaan (cont) Pembatalan Cadangan dan Penerimaan Kaedah 4 pembatalan: Akhirnya. Contohnya. kematian atau sakit otak berlaku selepas penerimaaan. Tetapi ini bukan pembatalan secara automatik.

42 .4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2)  Definisi • • • Untuk menjadikan perjanjian itu satu kontrak yang sah di sisi undang-undang. ia perlulah mengandungi balasan.1. Balasan adalah satu perbuatan atau harga yang diberikan oleh satu pihak untuk membalas janji atau perbuatan pihak yang lain. Sekiranya tiada balasan. maka perjanjian tersebut bukan kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

”  43 . apabila penerima janji atau siapa sahaja yang membuat atau telah menahan diri membuat sesuatu.1. atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont)  Definisi • Seksyen 2(d) Akta Kontrak mentakrifkan balasan seperti berikut : “ Menurut kehendak pembuat janji.

4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont) • Takrif dalam seksyen 2(d) boleh dijelaskan sebagai ‘harga yang dibayar oleh satu pihak untuk membeli janji atau perbuatan pihak yang lain itu.  44 . A telah kehilangan kameranya ketika dalam perjalanan dan menawarkan hadiah sebanyak $50 kepada sesiapa yang menjumpainya serta mengembalikannya kepadanya.B menjumpainya dan mengembalikannya. • B melakukan perbuatan tersebut yang menjadi harga yang dibayar olehnya bagi janji A. Perbuatan ini adalah pertimbangan bagi janji tadi.1.’ • Contohnya.

Balasan Liza kepada Halim untuk basikal itu adalah RM 1000. sementara balasan Halim kepada Liza untuk RM 1000 adalah sebuah basikal. 45 .4 Elemen-elemen asas kontrak B)Balasan (Elemen 2) (cont) Contoh kedua: Liza membeli sebuah basikal dari Halim dengan harga RM 1000. • 1.

“janji bagi membalas janji. • • 1.” Misalnya. A bersetuju menjual motosikalnya kepada B dan B berjanji membayar $1000 ketika dia menerima motosikal tersebut. balasan tersempurna dan balasan lampau. 46 .4 Elemen-elemen asas kontrak B)Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasan Balasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu balasan eksekutori. Balasan eksekutori Ia merupakan balasan berbentuk “untuk dilaksanakan” apabila janji dibuat sebagai balasan janji yang satu lagi.  • i.

Apabila B menjumpai serta mengembalikan kamera itu. Ia berlaku apabila janji dibuat bagi membalas suatu perbuatan. 47 . balasan itu dilaksanakan.  ii) • • • 1. Contohnya A menawarkan $50 kepada sesiapa yang menjumpai serta mengembalikan kameranya yang telah hilang.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasan Balasan tersempurna Ia dikenali sebagai balasan yang akan dilaksanakan. Perbuatan memulangkan kamera itu adalah balasan tersempurna.

kalau janji dibuat bagi membalas suatu perbuatan yang telah dilakukan.4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2) (cont)  Jenis-jenis balasan iii) Balasan lampau@lepas • Akhir sekali. A. And S. • Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd.K Jagatheesan and Others Iwn. maka balasan ini disebut “balasan lepas”.E Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)  48 .1.

seorang jurutera perunding telah membantu untuk mendapatkan permit mencarigali bijih besi di Johor. And S. selepas penubuhan dan bagi khidmat-khidmat akan datang……” 49  .K Jagatheesan and Others Iwn.4 Elemen-elemen asas kontrak B)Balasan (Elemen 2) (cont) Jenis-jenis balasan iii) Balasan lampau@lepas  Contoh kes : Kepong Prospecting Ltd. A. dan juga membantu menubuhkan sebuah syarikat Kepong Prospecting Ltd.  Ini adalah “ sebagai balasan segala khidmat yang telah diberikan oleh jurutera perunding itu bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum penubuhannya. 1.E Schmidt and Marjorie Schmidt (1968)  Fakta : Schmidt. Satu perjanjian telah dibuat di antara mereka and syarikat telah bersetuju untuk membayar Schmidt 1% daripada harga jualan semua bijih daripada tanah lombong.

di mana berlaku satu transaksi jual beli di mana plaintiff telah membeli seekor kuda dari defendan. Selepas proses jual beli selesai. 50  .4 Elemen-elemen asas kontrak B) Balasan (Elemen 2)  Jenis-jenis balasan iii) Balasan lampau@lepas (cont) • Prinsip balasan lepas adalah berbeza di bawah undang-undang Inggeris : balasan lampau tidak bernilai dan tidak boleh mewujudkan kontrak yang sah. • Keputusan : Balasan lampau berlaku apabila plaintiff membeli kuda dari defendan dan selepas itu baru ada perjanjian bahawa kuda itu sihat dan tidak ganas. Tetapi plaintiff mendapati kuda itu ganas dan menuntut terhadap janji yang dibuat oleh defendan.1. • Prinsip ini dijelaskan dalam kes : Roscoria Iwn Thomas ( 1842). defendan berjanji kuda itu sihat dan tidak ganas.

dan tidak dapat melihat niat yang terpendam di dalam diri seseorang. • Berbeza dengan niat. perbuatan seseorang dapat di lihat melalui gerak-gerinya.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3)  Definisi • Niat adalah sesuatu yang terletak pada hati seseorang.1. • Soalannya ialah bagaimana hendak mengetahui “niat pihak yang ingin berkontrak” 51 .

Plaintiff telah membawa tuntutan terhadap defendan kerana plaintiff tidak sembuh daripada selsema dengan menggunakan ubat mengikut arahan yang ditetapkan.1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) ► ► ► ► Di dalam Carlill Iwn Carbolic Smoke Ball Co. mahkamah juga melihat “ tindakan defendan mendepositkan 1000 pound sterling ke dalam bank menunjukkan bahawa ada niat untuk mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi 52 undang-undang. Dalam kes ini.” . Dalam iklan itu. pihak defendan telah mengiklankan ubat yang diberi nama “ The Carbolic Smoke Ball”. defendan menawarkan 100 pound sterling kepada sesiapa yang tidak sembuh daripada selsema setelah menggunakan ubat dengan cara dan tempoh yang telah ditetapkan Defendan juga telah mendepositkan 1000 pound sterling untuk membuktikan niat jujur mereka.

dan b) Perjanjian yang berbentuk komersial atau perniagaan.1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont)  Pada amnya perjanjian boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: a) Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan. 53 .

anakbapa. adikberadik. saudara-mara. undang-undang membuat anggapan bahawa pihak yang berkenaan tidak mempunyai niat untuk mengikat di sisi undang-undang. dan juga kawan-kawan.1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) a) Perjanjian domestik • Dalam perhubungan kekeluargaan atau sosial. anak-ibu. 54 . • Contohnya perhubungan kekeluargaan yang wujud di antara suami-isteri.

” 55 . Apabila si suami gagal membayar.1. si isteri telah membuat tuntutan di mahkamah.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) a) • • Perjanjian domestik(cont) Dalam kes Balfour Iwn Balfour. Mahkamah memutuskan dalam kes Balfour bahawa “perjanjian yang dibuat di antara suami isteri bukanlah satu kontrak kerana mereka tidak niat untuk mewujudkan sebarang kesan di sisi undang-undang. seorang suami ditugaskan di Ceylon telah membuat perjanjian dengan isterinya bahawa beliau akan membayar sebanyak 30 pound sterling setiap bulan selama mana isteri beliau tinggal di England.

56 . Perkataaan “ selama mana ia mampu” menimbulkan ketidaktentuan mengenai niat pihak suami. Mahkamah memutuskan perjanjian tidak dapat dikuatkuasakan kerana “tidak ada bukti menunjukkan niat untuk mewujudkan kontrak”.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) a) • • Perjanjian domestik(cont) Dalam kes Gould Iwn Gould (1969). Si isteri menuntut di mahkamah apabila suaminya hanya membayar untuk 16 bulan pertama sahaja.1. seorang suami telah berjanji akan memberi nafkah kepada isterinya dan dua orang anak mereka sebanyak 16 pound sterling se minggu selama mana beliau mampu.

suaminya enggan menepati janjinya atas alasan perjanjian di antara mereka tidak mengikat di sisi undang undang.1. Ini adalah kerana perhubungan kekeluargaan tidak wujud di antara mereka kerana mereka tinggal berasingan semasa perjanjian tersebut di buat. beliau akan memindah milik rumah tersebut ke atas nama isterinya sebagai pemilik tunggal.4 Elemen-elemen asas kontrak Niat (Elemen 3) ( cont) a) ► ► ► Perjanjian domestik(cont) Kekecualian dalam kes Merritt Iwn Merritt(1970) Fakta : Seorang suami telah membuat perjanjian dengan isterinya bahawa jika isterinya menjelaskan segala hutang pinjaman rumah mereka. Mahkamah memutuskan : perjanjian itu boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. 57 . Apabila isterinya telah menyelesaikan segala hutang berkenaan.

4 Elemen-elemen asas kontrak Niat (Elemen 3) ( cont) b) Perhubungan Komersial • Di dalam perhubungan komersial. • Kekecualian: Niat boleh diketepikan jika terdapat bukti yang menunjukkan ketiadaan niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang.1. 58 . pihak yang membuat perjanjian adalah dianggap oleh undang-undang bahawa mereka mempunyai niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang.

satu perjanjian bertulis telah dibuat di antara pihak plaintiff dan defendan.1. 59 . • Mahkamah memutuskan bahawa tiada kontrak wujud di antara plaintiff dan defendan kerana tidak kontrak formal disediakan oleh mereka. di mana defendan bersetuju untuk menyewa sebuah rumah “tertakluk kepada penyediaan dan kelulusan satu perjanjian formal”. Bagaimanapun perjanjian formal tersebut tidak pernah dibuat.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) b) Perhubungan Komersial (cont) • Di dalam kes Winn Iwn Bull (1877).

” .  Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut menunjukkan bahawa pihak dalam perjanjian “ tidak ada niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang kerana tanggungan undang-undang tidak dikenakan 60 atas mereka.1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) b) Perhubungan Komersial (cont) • Dalam kes Rose & Frank Co Iwn JR Crompton & Bros Ltd (1925)…  Fakta : Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan England telah membuat perjanjian di mana perjanjian tersebut menyebut “ perjanjian itu tidak tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang mana-mana mahkamah di England atau di Amerika Syarikat.

maka tiada kontrak yang mengikat wujud di antara pihak-pihak kepada perjanjian. 61 . mahkamah memutuskan oleh kerana syarat-syarat perjanjian jualan tanah tersebut adalah “ tertakluk kepada kontrak satu perjanjian formal mesti ditandatangani kemudian” dan perjanjian formal tersebut tidak di tandatangani.1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) b) Perhubungan Komersial (Contoh-contoh kes yang lain)  Di dalam kes Chiong Ah Hui Iwn Ban Choon Co (1989).

(Niat tidak dapat dibuktikan) 62 .4 Elemen-elemen asas kontrak Niat (Elemen 3) ( cont) b)  Perhubungan Komersial (Contoh-contoh kes yang lain) Di dalam kes Kam Mah Theatre Sdn Bhd Iwn Tan Lay Soon ( 1993).1. Mahkamah Agung memutuskan bahawa kedua-dua pihak kepada perjanjian masih di peringkat perundingan. Oleh itu satu kontrak yang sah belum terbentuk di antara mereka. dan satu kontrak yang mengikat di sisi undangundang belum wujud lagi.

Pihak plaintiff telah menyerahkan deposit kepada pihak defendan. . Fakta : Pihak plaintiff membuat tawaran untuk membeli hartatanah yang diiklankan oleh pihak defendan. Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pihak mempunyai niat untuk mengikat diri dalam satu kontrak walaupun perjanjian formal belum ditandatangani sebab: i) defendan meminta bayaran deposit dari plaintiff. Satu nota juga ditandatangani oleh kedua-dua pihak. dan satu resit rasmi telah dikeluarkan oleh defendan.Ltd (1990). dan wang deposit 63 dimasukkan dalam akaun defendan. iii) satu resit rasmi dikeluarkan oleh defendan.1.4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont) b)    Perhubungan Komersial (Contoh kes: Niat dapat dibuktikan) Kes :Koh Kia Hong Iwn Guo Enterprise Pte. ii) kedua-dua pihak menandatangani satu note.

4 Elemen-elemen asas kontrak C) Niat (Elemen 3) ( cont)  Rumusan : Mahkamah akan melihat fakta kes itu sendiri.1. iaitu melalui tindakan atau perbuatan yang berlaku di antara pihak-pihak yang membuat perjanjian tersebut untuk menentukan sama ada niat untuk menwujudkan perhubungan yang mengikat di sisi undang-undang wujud di antara pihak-pihak yang berkontrak itu atau tidak. 64 .

penerimaan.  Seksyen 11 menyatakan siapa yang layak atau berupaya untuk membuat kontrak.1. dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Pengenalan • Sesiapa yang hendak membuat kontrak mestilah mempunyai dari segi undang-undang untuk berkontrak. balasan dan niat sahaja tidak memadai. • Elemen seperti cadangan. dan sekiranya ia berakal sempurna.  65 . Menurut seksyen 11: “ Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang ia tertakluk.

Elemen tersebut adalah: Dewasa. Berakal sempurna. ii. dan Tidak hilang kelayakan.1.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen  i. 4) Seksyen 11 :kita dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga elemen yang perlu untuk menjadikan seseorang itu layak untuk berkontrak. 66 . iii.

Contohnya untuk tujuan mengundi dalam pilihan raya negeri. 67 .1. Menurut Akta Dewasa 1971.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) i. umur dewasa adalah 21 tahun sementara untuk kontrak ahli keanggotaan kesatuan pekerja adalah 16 tahun. seseorang dikatakan dewasa apabila mencapai umur 18 tahun mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak. • • • Dewasa Untuk mengetahui bila seseorang itu mencapai umur dewasa kita perlu merujuk kepada Akta Umur Dewasa 1971 kerana Akta Kontrak tidak mempunyai peruntukan mengenai perkara tersebut. Umur dewasa boleh berbeza untuk tujuan lain sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang lain.

kanak-kanak memohon melaluinya wakilnya agar pindah milik itu dibatalkan. • Mahkamah memutuskan: pindah milik itu batal. Setelah pindah milik ini disempurnakan. • Contoh kes : Tan Hee Juan Iwn Teh Boon Keat ( 1934). di mana seorang kanak-kanak telah memindah hak miliknya tanahnya kepada pihak lain.► 1. .  Hakim Hereford menyatakan bahawa kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak bukan sahaja boleh batal68 tetapi batal.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) ii) Kontrak oleh kanak-kanak • Berdasarkan s11 kita boleh membuat kesimpulan bahawa seseorang kanak-kanak tidak mempunyai kepunyaan untuk membuat kontrak. dan tanah tersebut mestilah dikembalikan kepada kanakkanak.

kontrak biasiswa dan kontrak insurans. kontrak keperluan hidup.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont) • • Kaedah am: kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak.1. 69 . Kekecualian: Terdapat beberapa keadaan di mana kanak-kanak dibenarkan untuk membuat kontrak iaitu kontrak perkahwinan.

4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont)  Terdapat 4 kekecualian seperti berikut: 1)Kontrak perkahwinan 2)Kontrak keperluan hidup 3)Kontrak biasiswa 4)Kontrak Insurans 70 .1.

4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont) 1) Kontrak perkahwinan • Kontrak perkahwinan adalah merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak. 71 . dan kontrak itu sah dan dapat dikuatkuasakan di mahkamah. • Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untuk berkahwin.1.

. • Keputusan : Hakim Good: Kontrak perkahwinan adalah sah dan dapat dikuatkuasakan walaupun pihak-pihak yang terlibat adalah kanak-kanak. Pihak plaintiff telah ditunangkan dengan pihak defendan. dan perjanjian untuk berkahwin telah dibuat. Tidak lama kemudian pihak defendan telah memungkiri janji untuk berkahwin. Pihak defendan enggan atas alasan bahawa kontrak perkahwinan adalah tidak sah kerana semasa kontrak tersebut dibuat beliau tidak berkeupayaan untuk membuat kontrak. Pihak plaintiff menuntut ganti rugi dan semua hadiah dikembalikan.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) ii) Kontrak oleh kanak-kanak (cont) 1) Kontrak perkahwinan : Contoh kes • Contoh kes: Rajeswary & Anor Iwn Balakrishnan & Ors ( 1958) • Fakta : Pihak plaintiff dan defendan adalah dari kaum Hindu Ceylon. Ini adalah kerana kontrak perkahwinan adalah termasuk dalam pengecualian kepada 72 kaedah am bahawa kanak-kanak tidak membuat kontrak.1.

maka orang yang membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu. Seksyen 69 Akta Kontrak berbunyi :  69.1. atau sesiapa yang ianya terikat di sisi undang-undang untuk menanggung. Jika seorang yang tidak berdaya membuat kontrak.4 Elemen-elemen asas kontrak ► D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) iii) Kontrak Keperluan Hidup • Kontrak keperluan hidup yang dibuat oleh kanak-kanak boleh dikuatkuasakan. 73 . dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya. Ini adlah kerana peruntukan s 69 Akta Kontrak membenarkan kontrak sedemikian dikuatkuasakan.

1.4 Elemen-elemen asas
kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)

iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)

Syarat-syarat pemakaian s69 seperti berikut:
a) Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanakkanak
b) Kanak-kanak atau tanggungan kepada kanakkanak dibekalkan dengan keperluan hidup.
c) Keperluan tersebut mestilah yang sesuai
dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut.
d) Kanak-kanak akan bertanggungan hanya
sekiranya mempunyai harta.
e) Keperluan yang dibekalkan kepada kanakkanak atau tanggungan kanak-kanak hanya
boleh dikenakan harga yang munasabah.

74

1.4 Elemen-elemen asas
kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)

Contoh 1 :
Ali membekalkan kepada Bakar, seorang
kanak-kanak, keperluan yang sesuai dengan
keadaan hidupnya. Ali berhak diganti bayar
daripada harta Bakar.
Contoh 2
Atan membekalkan kepada Razak, seorang
kanak-kanak, keperluan yang sesuai dengan
keadaan hidupnya, Atan berhak diganti
bayar daripada harta Razak.

75

1.4 Elemen-elemen asas
kontrak
D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)
iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont)
• Menurut s 69 Akta Kontrak dan juga common law,
keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak
mestilah yang sesuai dengan keperluan hidupnya.
• Contohnya (leading case): Nash Iwn Inman(1908),
plaintiff seorang pelajar Cambridge telah dibekalkan
dengan pakaian mahal termasuk 11 helai waistcoat
oleh defendan. Defendan, seorang tukang jahit telah
menuntut bayaran untuk pakaian tersebut.
Mahkamah memutuskan plaintiff telah pun dibekalkan
dengan keperluan secukupnya mengikut keadaan
hidupnya. Oleh itu tuntutan defendan tidak berjaya.
 In Nash v Imman, supplier had to prove that minor did
not have sufficient suitable clothing. Contrast with
Peter v Fleming(1840) on the effect of the minor’s
76
condition in life”

Gurcharan dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama lima tahun setelah tamat pengajiannya. 77 .1. Mengikut peruntukan perjanjian biasiswa. iaitu jumlah yang telah dibelanjakan. Gurcharan melanggar kontrak tersebut kerana beliau berkhidmat hanya untuk tiga tahun sepuluh bulan sahaja.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont) • Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan Singh&Ors ( 1971). dalam kes ini Gurcharan Singh telah diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap Gucharan dan penjamin-penjaminnya untuk menuntut sebanyak RM 11500.

1. Pelajaran juga adalah satu keperluan kepada kanak-kanak untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna. memutuskan bahawa antara keperluan kanak-kanak adalah makanan dan pakaian.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont) • Contoh kes : Kerajaan Malaysia Iwn Gucharan Singh&Ors ( 1971) (cont) • Keputusan : Hakim Chang Min Tat telah merujuk kepada kes Inggeris Chapple Iwn Cooper(1884).  Akhirnya Gucharan Singh telah diperintahkan untuk membayar sejumlah wang yang telah dibelanjakan kerana pendidikan adalah satu keperluan hidup untuk kanak-kanak. 78 .

4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) iii) Kontrak Keperluan Hidup (cont) ► Contoh kes: Doyle Iwn White City Stadium Ltd ( 1935) ► Fakta: Seorang kanak-kanak yang merupakan peninju professional telah bersetuju untuk mematuhi peraturan Lembaga Kawalan Tinju British (LKTB) dalam urusan profesionnya ketika menerima lesen dari LKTB. ► Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa kontrak di antara kanak-kanak itu dan pihak Lembaga adalah sah dan mengikat.1. 79 . Sejumlah wang telah dipegang oleh LKTB seperti yang diperuntukkan dalam peraturan LKTB kerana kanak-kanak tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam satu pertandingan.

80 . pinjaman. bantuan. “perjanjian biasiswa” ertinya apa-apa kontrak atau perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan dengan seseorang(siswa) mengenai apaapa biasiswa. atau perlantikan sesuatu kursus pengajian.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) iv) Kontrak biasiswa • Undang-undang berkaitan dengan biasiswa adalah terkandung di dalam Akta Kontrak(pindaan) 1976. sama ada diberi secara langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-mana orang atau badan lain atau mana-mana kerajaaan di luar Malaysia bagi maksud pelajaran atau pengajian dari apa-apa jenis.1. hadiah. Perjanjian biasiswa telah didefinisikan dalam s2 yang berbunyi: 2. dermasiswa. anjuran.peruntukan cuti bergaji atau cuti tak bergaji atau apa-apa jua kemudahan lain.

4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) iv) Kontrak biasiswa (cont) • Seksyen 4(a) Akta Kontrak 1976 mengatakan : “4(a) Walaupun apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta. tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tak sah atas alasan bahawa siswa yang membuat perjanjian itu belum berumur dewasa.] 81 .  [maksud peruntukan di atas: satu perjanjian biasiswa itu sah dan mengikut di sisi undangundang walaupun siswa iaitu penerima biasiswa itu adalah kanak-kanak.1.

keizinan bertulis dari ibu bapa atau penjaga adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 16 tahun ke bawah. Seorang kanak-kanak adalah dibenarkan membuat kontrak sekiranya ia berusia 10 tahun ke atas. • Walaupun begitu.1.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) v) Kontrak Insurans • Akta Insurans 1963 ( disemak 1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanak-kanak boleh membuat kontrak insurans untuk menginsuranskan diri dan harta dari apa-apa kontigensi. 82 .

1. tidak dihalang dari membatalkan kontrak tersebut atas alasan ia masih kanakkanak semasa kontrak tersebut dibuat. mahkamah memutuskan bahawa kanak-kanak yang telah mempengaruhi atau memperdayakan orang lain untuk berkontrak dengannya dengan melakukan salah nyataan mengenai umurnya.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  SalahNyataan Mengenai Umur • Apakah kedudukan undang-undang sekiranya kanak-kanak menyalah nyatakan umurnya sehingga memperdayakan pihak lain untuk berkontrak dengannya? • Dalam kes Natesan Iwn Thanaletchumi & Anor [1952]. 83 .

4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  • • SalahNyataan Mengenai Umur (cont) Dalam kes Mohamad Syedol Ariffin Iwn Yeoh Ooi Gark [1916]. Dalam satu kes Inggeris R Leslie Ltd Iwn Sheil[1914]. seorang pemberi pinjaman telah membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak yang diberi pinjaman. mahkamah memutuskan bahawa kanak-kanak tidak boleh dituntut untuk membayar balik pinjaman yang didapati melalui salah nyataan usianya. 84 .1. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kanak-kanak yang menipu mengenai umurnya.

pada masa ia membuat kontrak itu.  85 . ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.1.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4) Berakal Sempurna • Soalan: Siapakah yang berakal sempurna untuk membuat kontrak? Seksyen s 12(1) yang memperuntukkan:  12(1) Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk membuat kontrak jika.

ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuat. 86 . tetapi sekali sekala berakal sempurna boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna. Ini adalah menurut peruntukan s 12(2) yang berbunyi: “12(2) Seseorang yang lazimnya tak berakal sempurna.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  ►  Berakal Sempurna Perkara yang penting yang mesti diambil kira untuk menentukan sama ada seseorang boleh membuat kontrak berdasarkan seksyen tersebut di atas adalah seperti berikut: (a) seseorang itu pada masa ia membuat kontrak. tetapi sekali sekala berakal sempurna membuat kontrak ketika ia berakal sempurna. dan (b) mempunyai keupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya Akta Kontrak juga membenarkan seseorang yang biasanya tak berakal sempurna.1.

12(2) : satu contoh yang menerangkan peruntukan s 12(2) adalah seperti berikut:  Amin adalah pesakit di Hospital Tanjung Rambutan(hospital sakit jwa). 87 . Amin boleh membuat kontrak pada waktu-waktu ia berakal sempurna sahaja.1.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  Berakal Sempurna ► S.

Seksyen 12(3) membawa maksud: seseorang yang biasanya berakal sempurna adakalanya tidak boleh membuat kontrak. Contohnya seorang yang siuman tetapi yang mabuk hingga tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak dan tidak berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya. iaitu ketika ia tidak berakal sempurna sahaja.1.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  •    Berakal Sempurna (cont) Seksyen 12(3) memperuntukkan: 12(3) Seseorang yang lazimnya berakal sempurna. tidak boleh membuat kontrak selama tempoh kemabukannya 88 . tetapi sekali sekala tak berakal sempurna. tidak boleh membuat kontrak bila ia tidak berakal sempurna.

89 .4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  Berakal Sempurna (cont) ► Kes: Imperial Loan lwn Stone – kontrak yg dibuat oleh seorang yg tidak berakal sempurna tidak boleh batal atas pilihannya jika pihak yg satu lagi percaya bahawa beliau buat kontrak dgn org yg sempurna akal.1.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak D) Keupayaan Untuk Berkontrak (Elemen 4)  Berakal Sempurna (cont) Tidak hilang kelayakan – jika dihalang oleh undang-undang untuk masuki kontrak ► Kes: Gan Hong Hoe lwn Gan Kian Hee – mahkamah: seseorang yg diisytihar muflis masih tidak hilang kelayakan untuk masuk kontrak.  90 .

4 Elemen-elemen asas kontrak E) Ketentuan@Ketaktentuan@Certainty (Elemen 5)  Pengenalan • Walaupun keperluan-keperluan berkaitan dengan tawaran dan penerimaan.1. 91 . balasan dan niat mengadakan hubungan di sisi undang-undang telah dipenuhi. perjanjian itu masih boleh alami kecacatan@kelemahan yang menyebabkan sukar bagi mahkamah untuk “menentukan syarat sebenar yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat”.

Ini pun adalah batal@no specification 92 . maka tiada apa-apa yang menunjukkan harga yang harus dibayar. kepada B.” Contohnya jike A bersetuju untuk menjual “seratus tan minyak” kepada B. maka tiada apa-apa yang dapat menunjukkan jenis minyak yang dimaksudkan dan perjanjian itu batal kerana ketaktentuannya@tidak pasti… Contoh 2 : Jika A bersetuju menjual “ kuda putih saya dengan harga RM 500 atau RM 1000”.1.4 Elemen-elemen asas kontrak E) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5)(cont)  Pengenalan •   “Makna perjanjian-perjanjian yang tak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal.

di sini tiada ketaktentuan memandangkan harga boleh ditentukan. kepada B.1. 93 .4 Elemen-elemen asas kontrak E) Ketentuan@Ketaktentuan (cont)  Pengenalan ► Contoh 3: Jika A. yang menjual minyak kelapa sahaja bersetuju menjual “seratus tan minyak” kepada B…jadi A telah membuat kontrak untuk menjual seratus tan minyak kelapa. ► Contoh 4: Jika A bersetuju menjual”seribu gantang beras dengan harga yang akan ditetapkan oleh C”.

di mana keperluan ketentuan tidak dipenuhi apabila pihak yang terlibat bersetuju memberi pajakan sebanyak $35 sebulan “ seberapa lama yang dia suka.4 Elemen-elemen asas kontrak E) Ketentuan@Ketaktentuan(Elemen 5) (cont)  Pengenalan  Contoh kes : Karuppan Chetty Iwn Suah Thian.” 94 .1.

1. kontrak yang tiada kerelaan bebas adalah menjadi kontrak yang boleh batal atas pilihan pihak yang kerelaaanya disebabkan sedemikian. salahnyataan dan tipuan. 95 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas  Pengenalan • • • Kontrak akan menjadi sah apabila ia dibuat dengan kerelaan bebas pihak-pihak yang terlibat. pengaruh tidak wajar. Namun begitu. khilaf. Kerelaan bebas tidak wujud apabila terdapat unsur-unsur seperti paksaan.

Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak yang berkontrak.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas  Pengenalan (cont)  Menurut kaedah am. tanpa sebarang tekanan atau paksaan mana-mana pihak. sesuatu kontrak menjadi sah jika ia dibuat dengan kerelaan sebenar atau kerelaan bebas.  10.  Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950.  Oleh yang demikian.1. 96 . pihak-pihak yang berkontrak hendaklahlah memberikan persetujuan secara ikhlas untuk memasuki perjanjian tanpa paksaan atau ugutan.

Contohnya.Kamal bersetuju untuk membekalkan tepung sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekg kepada Azhar. Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama. 13.1. Azhar juga bersetuju untuk membeli tepung sebanyak 100 kg pada harga 60sen sekg.[mutual understanding] 97 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas  Pengenalan •  (cont) Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula.

2. 3. 4.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas  • 1. 14. Pengenalan (cont) Mengikut seksyen 14 Akta Kontrak 1950. Kerelaan seseorang itu dianggap bebas selagi tidak wujud salah satu daripada unsur-unsur berikut: Paksaan Pengaruh tak berpatutan Frod(tipu) Salahnyataan Khilaf(Silap) 98 . 5.1.

Kontrak itu adalah tak sah kerana A telah menggunakan kekerasan. A kemudian mendakwa B kerana mungkir kontrak di Kuala Lumpur.4 Elemen-elemen asas F) Kerelaan bebas @ kontrak Persetujuan bebas 1. tetapi termasuk harta benda. Contohnya A.” Pentakrifan paksaan ini tidak terhad kepada orang sahaja. menyebabkan B membuat suatu perjanjian dengan mengancam mencederakannya. dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat perjanjian. di atas kapal Inggeris di lautan lepas yang Kanun Keseksaan tidak terpakai. • • • • Paksaan Doktrin ugutpaksa common law terdapat dalam Akta Kontrak tetapi lingkungkannya telah diperluaskan. dengan memudaratkan sesiapa jua. 99 .1. apa-apa harta. Maksudnya “ melakukan atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan. atau menahan secara tak sah atau mengancam untuk menahan.

“melakukan apa-apa perbuatan. Dengan perkataan lain. paksaan itu adalah apa jua bentuk kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap diri seseorang. dengan memudaratkan sesiapa jua. apa-apa harta. Paksaan dilakukan dengan tujuan 100 memaksa seseorang itu membuat kontrak.  • • Paksaan Takrif Paksaan: Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan paksaan sebagai: “15.1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1. dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat sesuatu perjanjian. atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan. keluarganya atau hartanya. atau menahan secara tak sah atau mengancam untuk menahan. .

F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1. Paksaan  Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 1. Ancaman untuk melakukan kekerasan (b) Menahan secara tak sah@menganca m hendak menahan harta dan memudaratkan orang Tujuan (a) dan (b) : paksa orang itu membuat perjanjian tanpa kerelaan bebas. Kekerasan (a) Yang ditegah Kanun Keseksaan@ 2. 101 .

Paksaan  Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 Ciri-ciri dalam Paksaan Terdapat beberapa ciri penting yang perlu kita kenal pasti untuk memahami konsep paksaan ini. Jika sesuatu perbuatan itu bertentangan dengan undangundang selain daripada Kanun Keseksaaan. maka perbuatan atau ancaman tersebut tidak tertakluk kepada konsep paksaan bagi maksud Akta Kontrak di 102 Malaysia.  • 1. • • .1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1. Kanun Keseksaan adalah undang undang bertulis yang mengawal undang-undang jenayah di Malaysia. Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan Perbuatan kekerasan atau ancaman untuk menggunakan kekerasan yang dimaksudkan di bawah paksaaan adalah apa-apa perbuatan jenayah yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan sahaja.

meskipun perbuatannya yang dilakukannya bukanlah suatu kesalahan menurut undang undang Inggeris. • .  1. dengan menakutkan B secara jenayah menurut Kanun Keseksaan.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1. Paksaan  Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 Ciri-ciri dalam Paksaan Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan (cont) Contohnya dalam seksyen 15: “A di atas kapal Inggeris di lautan lepas. Kemudian A mendakwa B di Taiping kerana pecah kontrak. A telah melakukan paksaan.1. menyebabkan B untuk membuat suatu perjanjian. dan meskipun seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak berkuatkuasa pada 103 masa atau tempat perbuatan itu dilakukan.

1. 104 . • a) b) Perbuatan memaksa Perbuatan memaksa mengandungi dua elemen yang perlu dibuktikan: Menggunakan tekanan atau paksaan untuk mempengaruhi kemahuan seseorang itu sehingga menjadikan kerelaaannya tidak bebas. Paksaan  Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 Ciri-ciri dalam Paksaan  2. dan Tekanan atau paksaan tersebut hendaklah bertentangan dengan undang-undang.4 Elemen-elemen asas F) Kerelaan bebaskontrak @ Persetujuan bebas 1.

► ► Perbuatan memaksa(cont) Contoh kes: Dalam kes Kesarmal a/l Letchumanan Das Iwn Valiappa Chettiar (1954).1. Oleh yang demikian. satu pindah milik harta telah dilaksanakan atas perintah Sultan. 105 . pindah milik harta tersebut adalah tidak sah dan batal. Paksaan  Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 Ciri-ciri dalam Paksaan  2. di mana perintah itu sendiri dibuat atas paksaaan dua orang pegawai tentera Jepun. ketika berada di bawah pemerintahan Jepun. Mahkamah memutuskan bahawa perintah persetujuan pindah milik yang diberikan oleh Sultan adalah tidak secara sukarela.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1.

Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang dibuat oleh isteri G dengan K tidak boleh dikuatkuasakan.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1. isteri G berjanji berbuat demikian. Untuk melindungi nama baik suaminya. 106 . Paksaan   2. telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh K. ► ► Definisi Paksaan Di Bawah Seksyen 15 Akta Kontrak 1950 Ciri-ciri dalam Paksaan Perbuatan memaksa(cont) Dalam kes Kaufman Iwn Gerson ( 1904).1.K mengancam akan menjalankan tindakan undang-undang terhadap G melainkan isteri G sanggup membayar balik wang yang hilang. atau tidak mengikat isteri G kerana terdapat unsur paksaaan dalam perjanjian tersebut.

4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 1. . unsur paksaaan boleh wujud dalam sesuatu kontrak di mana satu pihak telah dipaksa untuk memasuki perjanjian tanpa persetujuan bebas. Jika berlaku paksaaan ke atas sesuatu perjanjian.  Oleh yang sedemikian. Paksaan ( cont)  Rumusan: • Kesan sesuatu kontrak yang mengandungi unsur paksaaan ialah. maka perjanjian itu merupakan kontrak yang boleh dibatalkan atas pilihan yang dipaksa.1. Pihak yang dipaksa itu berhak di sisi undang-undang untuk memohon kepada mahkamah bagi membatalkan kontrak yang dimasukinya atas alasan wujudnya unsur 107 paksaan. • Menurut seksyen 19 Akta Kontrak: “19. kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan atau kehendak pihak yang dipaksa untuk memasuki kontrak tersebut. dan kontrak tersebut tidak sah dan batal.

Sila beri perhatian kepada “penguasaan kemahuan” dan “perolehan kelebihan yang tak saksama” 108 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2. dan (2) menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan tak saksama ke atas pihak yang lain.  •   Pengaruh Tak Berpatutan Pengenalan Seorang plaintiff boleh mengenepikan sesuatu urusan disebabkan dia telah didesak membuatnya kerana dipengaruhi oleh seorang lain ke atasnya. Seksyen 16 menyatakan bahawa hal ini berlaku apabila pertalian di antara kedua belah pihak seperti: (1) satu pihak berkeupayaan menguasai kemahuan pihak yang lain.1.

Contohnya jika A telah meminjamkan wang kepada anaknya B semasa anaknya masih remaja. misalnya kuasa ibu bapa ke atas seorang anak. Apabila satu pihak ada kaitan amanah dengan seorang lain. A telah menyalahgunakan pengaruhnya sebagai ibu bapa dengan memperolehi satu bon daripada B untuk jumlah yang lebih besar daripada wang yang harus dibayar atas pinjaman itu. penasihat agama 109 dengan pengikut. misalnya peguamcara dengan anak guamnya. maka A dianggap telah menggunakan pengaruhnya dengan tak berpatutan.  a) b) Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan penguasaan sedemikian[penguasan kemahuan dan perolehan kelebihan yang tak saksama] Apabila satu pihak memegang kuasa benar atau kuasa zahir ke atas orang lain. pemegang amanah dengan benefisiari.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2.1. dan kemudiannya apabila B dewasa. .

1. pembantu perubatannya supaya bersetuju membayar sejumlah yang tak munasabah kepadanya bagi perkhidmatannya.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2. B dianggap telah menggunakan “pengaruh tak berpatutan” 110 . penyakit. sama ada sementara atau berkenalan. atau penderitaan akal atau jasmani.  c) Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Keadaan-keadaan berikut akan menunjukkan penguasaan sedemikian[penguasan kemahuan dan perolehan kelebihan yang tak saksama] Apabila satu pihak membuat kontrak dengan seorang yang keupayaan akalnya adalah terjejas oleh sebab usia. Contohnya A sakit kerana sakit dan didorong oleh B.

Tanggungjawab membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan adalah terletak pada banker itu. Pada zahirnya. kedudukannya dapat menguasai kemahuan pelanggan-pelanggan dan urusan itu nampak tak berpatutan. • • • Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Dalam keadaan-keadaan di mana tanggungjawab untuk membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan terletak ke atas orang yang berkedudukan dapat menguasai kemahuan orang lain itu. dan kadar bunganya amat tinggi. 111 .1. Dia mungkin boleh berbuat demikian dengan membuktikan bahawa pada masa pinjaman diberi. Contoh kepada seksyen 16 memberi contoh di mana seorang banker memberi pinjaman kepada pelanggannya dengan kadar bunga yang luar biasa tinggi.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2. keadaaan di pasaran wang adalah tegang.

suami plaintiff telah melaksanakan pemindahan hak harta kepunyaaannya dan plaintiff kepada saudara lelakinya. Oleh kerana B dan C tidak memenuhi beban tersebut maka urusan itu 112 diketepikan. . Oleh itu beban pembuktian terletak kepada B dan C yang mesti menunjukkan bahawa plaintiff memahami urusan tersebut sepenuhnya dan telah melaksanakan pemindahan hak itu dengan sukarela tanpa dkenakan pengaruh tak berpatutan. Tetapi selepas suaminya mati. Plaintiff bersetuju dengan pemindahan hak itu. B dan C. Mahkamah memutuskan bahawa perkaitan amanah telah wujud antara plaintiff dengan B dan C.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2.1. plaintiff membuat tindakan menuntut supaya diketepikan perjanjian dan pemindahan hak tersebut. • • Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Contoh kes tempatan seperti dalam kes Salwath Haneem Iwn Hadjee Abdullah.

1. Lagipun peminjam itu buta huruf. 113 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 2. • (cont) Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Dalam kes Chait Singh Iwn Budin bin Abdullah. mengenai pengaruh tak berpatutan atas alasan urusan tak patut telah dapat ditegakkan apabila seorang pemberi pinjaman wang telah menuntut pinjaman pada kadar bunga sebanyak 36 peratus daripada peminjam.

4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2. sebelum dibatalkan memulangkannya dan memberi pampasan kepada orang yang diterimanya faedah itu. 114 . • Dia boleh mendapat kehilangannya kembali di bawah seksyen 66. Pengaruh Tak Berpatutan (cont)  Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan • Akibat daripada pengaruh tak berpatutan ialah untuk menjadikan kontrak itu batal mengikut opsyen pihak yang tidak bersalah. yang memerlukan seseorang yang telah menerima sebarang faedah daripada kontrak itu.1.

115 . tapi mengurangkan kadar bunga kepada 18 peratus daripada 36 peratus yang mula-mulanya dituntut.1.  • • Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont) Tetapi jika pihak yang membatalkannya telah mendapat sebarang faedah daripada pihak lain dalam kontrak itu.” Contohnya dalam kes Chait Singh Iwn Budin Bin Abdullah. dia pun berkewajipan memulangkan faedah tersebut “pada syaratsyarat dan keadaan sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah. mahkamah memutuskan keputusan menyokong si pemberi pinjam.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2.

 • Pengaruh Tak Berpatutan (cont) Akibat-akibat Pengaruh Tidak Berpatutan (cont) Contohnya (b) pada seksyen 20. 116 . adalah dinyatakan bahawa A. seorang peminjam wang meminjamkan $100 kepada B.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 2. dan dengan pengaruh tak berpatutan mendorong B supaya melaksanakan bon $200 dengan kadar bunga 6 peratus sebulan. Mahkamah boleh membatalkan bon itu serta memerintahkan B supaya membayar $100 itu balik dengan bunga yang difikirkan patut oleh mahkamah.1.

Menurut seksyen 14 Akta Kontrak 1950. kontrak itu hendaklah dibuat dengan persetujuan oleh pihak-pihak yang terlibat dan persetujuan ini hendaklah diberikan secara bebas. Kita akan membincangkan salah satu daripada unsur tersebut iaitu: Frod 117 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. sekiranya wujud salah satu daripada unsur yang boleh menunjukkan kebebasan tidak diberi secara bebas. maka kontrak tersebut boleh batal.  • • • Fraud (rujuk slide 98) Pengenalan Kita tahu bahawa untuk menentukan suatu kontrak itu sah dan mengikat pihak-pihak yang berkontrak.1.

4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. b) satu penyembunyian secara aktif suatu fakta oleh seorang yang mengetahui atau mempercayai kebenaran fakta itu. c) membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu. 118 e) mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undang-undang sebagai tipu. atau mendorong orang itu membuat kontrak: a) satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh seorang yang tidak mempercayainya sebagai tidak benar.1. d) mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan memperdaya. . Perbuatan-perbuatan berikut yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak atau oleh agennya dengan niat untuk memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya. Fraud  Takrif Frod • Frod telah ditakrifkan dalam Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 seperti berikut: 17.

1. Sekiranya dapat dibuktikan wujudnya frod.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. maka sesuatu perjanjian itu boleh batal atas pilihan orang yang telah ditipu tersebut. 119 . untuk menentukan sama ada kontrak itu mengandungi unsur frod atau tipu. niat seseorang untuk memperdayakan pihak lain agar memasuki kontrak hendaklah diambil kira. seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila ia melakukan suatu tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya.  • • Fraud Takrif Frod ( seksyen 17 Akta Kontrak 1950) Menurut seksyen 17 (sila rujuk :slide 118). Perkara penting yang mesti diingat ialah.

120 . dan salahnyataan ikhlas sebagai salahnyataan dalam seksyen 18. salahnyataan terbahagi kepada dua. Apabila suatu kontrak mempunyai unsur salahnyataan. ia akan menjadi kontrak boleh batal. Di bawah undang-undang Inggeris. Manakala. iaitu salahnyataan berunsur tipu muslihat. dan salahnyataan ikhlas. maka ia telah melakukan satu salahnyataan.  • • • Fraud (cont) Perbezaan Antara SalahNyataan Secara Tipu Muslihat dan Frod Apabila seorang membuat kenyataaan dan fakta dalam kenyataannya itu salah.4 Elemen-elemen asas F) Kerelaan bebas @kontrak Persetujuan bebas (cont) 3.1. Akta Kontrak 1950 Malaysia mentakrifkan salahnyataan secara tipu muslihat sebagai frod atau tipuan dalam seksyen 17.

untuk membuktikan salahnyataan secara tipu muslihat perkara yang diambil kira ialah sama ada si pembuat kenyataan ada pengetahuan bahawa kenyataan itu benar atau salah. 121 . ini bermaksud ia telah melakukan satu salahnyataan secara tipu muslihat. maka ia dikatakan melakukan salahnyataan ikhlas. Sebaliknya. Sekiranya ia tahu bahawa kenyataannya itu salah. jika ia benar-benar percaya bahawa kenyataaan yang dibuatnya itu benar padahal fakta dalam kenyataannya salah.  • • Fraud (cont) Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation Secara Tipu Muslihat dan Frod (cont) Di bawah undang-undang Inggeris.4 Elemen-elemen asas F) Kerelaan bebas @ kontrak Persetujuan bebas (cont) 3.1.

 Fraud (cont) Perbezaan Antara SalahNyataan@Misrepresentation Secara Tipu Muslihat dan Frod (cont)  Akta Kontrak juga menunjukkan keadaan-keadaan yang boleh dikategorikan sebagai frod di mana ia merangkumi salahnyataan secara tipu muslihat di bawah undang-undang Inggeris.1. Sementara itu. .  Perhatian harus diberi. Kategori frod di bawah Akta Kontrak lebih luas berbanding dengan undangundang Inggeris. Akta Kontrak meletakkan niat untuk menipu sebagai faktor penting yang mesti122 dibuktikan dalam kes frod atau tipuan. di mana di bawah undangundang Inggeris untuk membuktikan salahnyataan secara tipu muslihat.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. pengetahuan tentang kebenaran sesuatu kenyataaan hendaklah dikenal pasti.

123 .  • • Fraud (cont) Kategori Frod Seksyen 17 telah menyatakan beberapa jenis perbuatan yang boleh disifatkan sebagai frod: 17(a) menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seorang yang tidak mempercayai sesuatu itu sebagai benar. dan B boleh mengambil pilihan untuk membatalkan kontrak antara mereka.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. Contohnya A dengan niat menipu B menyatakan bahawa setiap tahun lima ratus gantang nila telah dibuat oleh kilang A. A telah melakukan tipuan terhadap B.1. Kenyataan A itu mendorong B membeli kilang itu.

1. dan plaintiff mengambil tindakan untuk menuntut kembali wangnya. Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff berhak untuk mendapat kembali wangnya kerana kontrak yang dimasuki bersama defendan telah dibuat atas frod yang dilakukan oleh defendan terhadap 124 plaintiff.000 untuk membeli lima saham milik defendan. Kedudukan kewangan dan masa depan firma ternyata tidak seperti yang dikatakan oleh defendan.     Fraud Kategori Frod (cont) Contoh kes : Senananyake Iwn Annie Yeo(1965) Fakta: Defendan telah menyalahnyatakan kedudukan kewangan dan masa depan firma defendan dalam urus niaga saham sehingga menyebabkan plaintiff membayar $20. .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3.

apabila A menyatakan bahawa saiz tanah yang hendak dijual itu sama besar dengan tanah yang telah dipersetujui oleh R dalam kontrak pertama. Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa tindakan R untuk membatalkan kontrak kedua adalah sah dan mengikat kedua-dua belah pihak. R memohon untuk membatalkan kontrak kedua atas alasan frod.1.     Fraud Kategori Frod (cont) Contoh kes :Kheng Chwee Lian Iwn Wong Tak Thong ( 1983) Fakta: R telah didorong untuk memasuki kontrak kedua. 125 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3.

menunjukkan bagaimana pihak yang melakukan frod itu tidak percaya bahawa kenyataaan yang mereka buat adalah tidak benar. 17(b) seseorang yang bersunnguhsungguh menyembunyikan fakta daripada seorang yang lain.1. 126 .  ►  Fraud Kategori Frod (cont) Merujuk kepada kedua-dua kes sebelum ini(Senananyake dan Kheng Chwee Lian).4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3.

 Fraud Kategori Frod (cont)  17 (c) seseorang membuat janji tanpa berniat untuk menepati janji itu.1. Defendan menipu plaintiff dengan menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang hendak di tandatangan itu adalah untuk pinjaman wang dan untuk melepaskan tanahnya daripada gadaian. dan perjanjian plaintiff untuk membeli tiga lot tanah di atas tanahnya sendiri. Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa kontrak itu boleh dibatalkan atas opsyen plaintiff. 127    . Contoh kes: Letchemy Arumugam Iwn Annamalay(1982) Fakta: Plaintiff adalah seorang penoreh getah yang buta huruf.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. borang pindah milik tanah plaintiff. Plaintiff telah didorong secara tipu oleh defendan seorang pemaju perumahan untuk memasuki perjanjian jual beli tanah. Tetapi dokumen-dokumen tersebut adalah perjanjian jual beli tanah plaintif.

1.4 Elemen-elemen asas kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3. Fraud
 Kategori Frod (cont)
 Contoh lain: A pemilik rumah berjanji
dengan B, penyewa rumah untuk
membayar semua kos pembaikan
bumbung rumah apabila kerja-kerja
pembaikan itu siap sepenuhnya. A telah
mungkir janji dan tidak mahu membayar
apa-apa wang kepada B. A boleh
dikenakan tangungan kerana mungkir
janji.
128

1.4 Elemen-elemen asas
kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan
bebas (cont)
3.


Fraud
Kategori Frod (cont)
Contoh yang lebih rumit@complex:
Jika semasa membuat salahnyataan, seseorang itu
tidak berniat untuk menepati niatnya itu.
{menyalahnyatakan niatnya pada masa sekarang dan
bukan pada masa depan}
Contohnya, A mendapat pinjaman daripada bank
dengan menyatakan bahawa wang itu akan digunakan
untuk menambah pusingan modal perniagaanya. Tapi
pinjaman itu digunakan untuk membeli sebuah rumah
banglo untuk isterinya. A tidak dikenakan tanggungan
atas salahnyataannya itu kerana hal itu cuma
mengenai niat di masa depan dan bukan mengenai
fakta dan niat yang sedia yang wujud. Walau
bagaimanapun, A boleh dikenakan tanggungan
sekiranya ketika membuat nyataan itu, dia langsung
tidak berniat untuk menggunakan wang itu bagi
129
maksud yang telah diberikan pada mulanya.

1.4 Elemen-elemen asas
kontrak
F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont)
3.

Fraud
Kaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod
Menurut seksyen 17, semata-mata membisu terhadap
fakta-fakta yang dikemukakan kepada seorang yang
mungkin mempengaruhi kesediaan orang itu untuk
membuat kontrak tidak menjadikannya tipu.
Contohnya A menjual kuda kepada B. A tahu bahawa
kudanya itu berpenyakit. Andainya kedua-dua pihak
tidak berkata walau sepatah perkataaan pun semasa
urusan jual beli, ini tidak bermakna A telah melakukan
penipuan terhadap terhadap B. Tetapi jika semasa B
memeriksa kuda tersebut, B berkata kepada A “ Kuda
ini nampaknya berkeadaan baik dan tidak berpenyakit,
betul begitu En A? dan A membisu, perbuatan A yang
membisu sedemikian menjadikannya satu penipuan.
130

   Fraud Kaedah Am: Semata-mata Membisu Bukanlah Frod (cont) Contoh kes: Vyramuttu Iwn State of Pahang. dan nilainya juga telah meningkat. dan mendakwa plaintiff gagal memberitahu maklumat tersebut kepadanya. Defendan menyangakan bahawa tanah itu belum dimajukan. Keputusan@Held: Mahkamah: Plaintiff tidak terikat untuk memberitahu defendan tentang tanah itu. Sebenarnya tanah tersebut telah dimajukan. dan harganya jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Apabila defendan mengetahui kesilapan tersebut enggan meneruskan transaksi jual beli itu. . dan berhak mendapat ganti rugi kerana ia mengalami kerugian di atas keengganan defendan untuk meneruskan jual beli 131 itu.1. defendan telah menjual tanah secara lelong kepada plaintiff.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3.

adalah menjadi kewajipan bagi sesuatu pihak untuk menyatakan semua fakta yang benar.1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. jika kedudukan perkara itu dipertimbangkan. adalah jadi kewajipan bagi orang yang membisu itu untuk berkata-kata.  • Fraud Pengecualian: Membisu Adalah Frod Menurut kaedah am.dan menyatakan yang benar melainkan jika perbuatan 132 membisu itu adalah sama seperti dia bersuara. Seksyen 17 menyatakan: “17. Tetapi terdapat pengeculian kepada kaedah am ini. orang yang membisu itu wajib memberitahu atau bersuara.  Daripada huraian di atas. diam @membisu itu bukanlah frod. . Melainkan jika kedudukan perkara itu adalah sedemikian hingga. difahamkan bahawa setelah pertimbangan oleh mahkamah. Dalam keadaan tersebut.

(slide seterusnya) 133 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3.1.     o Fraud Pengecualian: Membisu Adalah Frod Terdapat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (a) Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar (b) Wujudnya perkaitan amanah antara pihak-pihak yang berkontrak (c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati) 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata Kita akan melihat@kajian terhadap seksyen s 17(1) dan S 17(2)…..

  A) • • Fraud Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont) Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (a) Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar. 134 .1. Kenyataan ini benar tetapi hari selepas itu. barulah Bakri mengetahui tentang apa yang jadi dan ingin membatalkannya kontraknya dengan Aziz.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. Keadaan begini boleh berlaku semasa diadakan rundingan yang membincangkan fakta-fakta perjanjian yang hendak dimeterai. Beberapa hari selepas itu. Contohnya Aziz telah membuat tawaran untuk menjual jamnya kepada Bakri bahawa jam itu masih dalam keadaaa baik. jamnya telah terjatuh dan rosak. Bakri telah bersetuju membelinya pada harganya RM 150. tidak pernah jatuh dan rosak. Aziz telah memperbaikinya tetapi tidak memberitahu Bakri tentang kerosakan itu.

Oleh itu 135 Bakri berhak untuk membatalkan kontrak tersebut. Fraud  Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)  Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: A) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (a) Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar. Fakta mengenai keadaan sebenar jam itu telah menjadi tidak benar semasa Bakri membeli jam itu. Aziz hendaklah memberitahu Bakri fakta bahawanya jam benar dalam keadaaan baik.1. . tidak pernah jatuh atau rosak semasa rundingan dijalankan tetapi jam tersebut telah jatuh dan rosak sehari selepas rundingan dibuat.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. (cont) • Berkaitan denga contoh (slide 134). pembisuan Aziz tentang kerosakan jam adalah merupakan frod kerana dia wajib memberitahu Bakri bahawa jamnya telah terjatuh dan rosak sebelum Bakri membelinya.

.1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. Dalam hal sedemikian. Fraud  Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont) B) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (b) Wujudnya perkaitan amanah antara pihakpihak yang berkontrak. • Apabila wujud pertalian amanah antara pihak-pihak yang berkontrak. • Contohnya: A ingin menjual seekor kuda kepada B. B ialah anak A yang telah dewasa. satu pihak tidak boleh mengikat pihak yang lain melainkan dapat membuktikan kontrak itu mendatangkan faedah dan segala fakta penting tentang kontrak itu telah diberitahu. maka pihak yang memegang amanah adalah dianggap mempunyai pengaruh ke atas pihak yang satu lagi. Hubungan A dan B 136 mewajibkan A untuk memberitahu B jika kuda itu tidak sihat.

Contoh kontrak uberimae fidei ialah kontrak insurans. Fraud  Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont) C) 17(1) Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu: (c) Kontrak uberimae fidei (paling suci hati) • Di dalam kontrak uberimae fidei. orang yang hendak membeli insurans nyawa hendaklah memberitahu semua fakta penting seperti sejarah kesihatannya. pembeli insurans wajib menyatakan dengan aktif. maka kontrak itu boleh batal atas pilihan syarikat insurans • Dalam hal ini.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. . Jika ia gagal memberitahu.1. diamnya@membisu boleh 137 menyebabkan ia dikatakan melakukan frod. dan kontrak membeli saham. • Contohnya. dalam kontrak insurans nyawa. seseorang itu hendaklah memberitahu semua fakta penting yang diperlukan oleh kontrak.

B berkata kepada A.1. 138 . “Jika kamu tidak menyangkal.   • • Fraud Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont) Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata Contohnya : A ingin menjual kudanya kepada B. Sebaliknya jika A menyedari bahawa kuda itu cacat tetapi ia membisu. Di sini pembisuan A adalah sama dengan A berkata bahawa kuda itu sihat. maka pembisuannya itu boleh dianggap sebagai frod.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. saya menganggap kuda ini sihat”. A membisu.

seperti pelarasan cukai. Prospektus itu mengandungi kenyataan bahawa pada setiap tahun syarikat itu telah membayar dividen kepada pemegang sahamnya. Perkara ini benar tetapi syarikat “gagal menyebut berkenaan kerugian perdagangan yang dialami oleh syarikat dalam tempoh yang sama. not derived from the actual profit. Pengarah yang mengetahui hal ini 139 didapati bersalah kerana frod.1. . Pembisuannya memberikan gambaran yang berbeza daripada apa yang dinyatakan. Contoh kes menjelaskan keadaan di atas: Kes : R Iwn Kyslant ( 1932) Fakta: Sebuah syarikat mengeluarkan prospektus untuk mendapatkan pelaburan wang orang ramai.) Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa prospektus itu bersifat memperdaya dan mengelirukan. dan duti untung yang berlebihan(no stability in the business.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 3. Fraud  Pengecualian: Membisu Adalah Frod (cont)  Kita akan melihat dua(2) keadaan utama dalam seksyen 17 di mana membisu adalah merupakan satu frod@penipuan: 17(2) Pembisuan sama dengan berkata-kata (cont) • • • • • Keadaan lain yang boleh dianggap sebagai frod apabila seseorang menyatakan fakta yang separuh benar. Dividen yang dibayar bukan diambil daripada keuntungan syarikat tetapi daripada bahagian wang yang tidak akan berulang. simpanan.

Enam bulan kemudian pendapatan klinik tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli. malah beliau sendiri percaya bahawa kenyataan yang dibuatnya itu adalah benar dan tidak salah.  • • • SalahNyataan Ikhlas@ Innocent misrepresentation Pengenalan Apabila seseorang mengeluarkan sesuatu kenyataan. Sesuatu salahnyataan dianggap ikhlas apabila orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut tidak berniat untuk menipu pihak yang lain.000. Beliau memberitahu pembeli bahawa pendapatan bulanan kliniknya ialah RM 8. . Kontrak ini boleh dibatalkan atas pilihan pembeli kerana Dr Malik gagal memberitahu pembeli kedudukan sebenar 140 pendapatannya.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas (cont) 4. Contohnya Dr Malik berhasrat untuk menjual kliniknya kepada orang lain. yang mana kenyataan yang dibuatnya itu salah atau tidak tepat.1. maka dia dikatakan telah melakukan satu salahnyataan.

(2) Satu pelanggaran kewajipan yang dibuat tanpa sebarang niat menipu. satu pihak perjanjian membuat kekhilafan@kesilapan {mistake}. walaupun dengan suci hati@ikhlas.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas  Takrif SalahNyataan • Istilah salahnyata ditakrifkan dalam seksyen 18 Akta Kontrak 1950 seperti berikut: (1) Dakwaan yang tegas.1. sungguhpun orang itu percaya bahawa hal itu benar. secara tidak dibenarkan oleh maklumat yang diperolehi oleh orang yang menegaskannya mengenai sesuatu hal yang tidak benar. (3) Menyebabkan. tetapi mengelirukan seorang lain supaya bertindak supaya bertindak sehingga merugikan dirinya. 141 . mengenai keadaaan benda yang menjadi pokok perjanjian itu.

Di samping itu. tidak sedar yang kenyataaanya adalah tidak benar. ► 142 . dan beliau sendiri yakin bahawa kenyataannya itu benar. orang yang mengeluarkan salahnyataan ikhlas.1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4. kita dapat faham bahawa orang yang membuat salahnyataan ikhlas. SalahNyataan Ikhlas  Takrif SalahNyataan(cont) ► Daripada ketiga-tiga takrif di atas. tidak mempunyai niat untuk menipu atau menyebabkan orang lain memasuki kontrak berdasarkan kenyataannya.

1. Sebenarnya.000 ekor. Ia bukan kenyataaan fakta. ia tidak boleh menjadi salahnyata walaupun jika pendapat itu tidak benar. • Contoh kes : Bisset Iwn Wilkinson(1927). Penjual telah menyatakan bahawa ladang itu cukup besar untuk menampung ternakan sebanyak 2. ia hendaklah berbentuk satu kenyataan fakta. SalahNyataan Ikhlas  Takrif SalahNyataan(cont) • Perlu di beri perhatian bahawa untuk menjadikan satu kenyataan itu sebagai salahnyata.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4.kedua-dua pihak memasuki kontrak jual-beli ladang ternakan biri-biri di New Zealand. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja. • Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan penjual itu adalah hanya satu pendapat sahaja. . maka ia tidak tergolong di bawah 143 salahnyata. belum ada seorang pun. termasuk penjual yang pernah menternak biri-biri di ladang itu.

apabila wujud salahnyata dalam sesuatu kontrak. pihak yang menerima salahnyata itu boleh memilih sama ada untuk membatalkan kontrak itu dengan serta-merta @ menerimanya sebagai terus berkuatkuasa seolaholah salahnyataan itu tidak pernah berlaku.1. Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4. Menurut seksyen 19. • • 144 . frod atau salahnyata maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang kerelaaannya disebabkan sedemikian. SalahNyataan Ikhlas  Pengecualian Dalam Seksyen 19 Secara amnya Seksyen 19 memperuntukkan: “ 19.

4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4.1. SalahNyataan Ikhlas  Pengecualian Dalam Seksyen 19(1) Seksyen 19 menyenaraikan syarat-syarat pengecualian di mana ada jenis kontrak yang tidak boleh dibatalkan atas alasan salahnyata.  145 . Terdapat 2 syarat pengecualian seperti berikut: (1) Pihak yang menerima kenyataan mengetahui bahawa butir kenyataan tersebut adalah tidak benar.

Ding sedar bahawa pencetak John adalah pencetak hitam putih tetapi dia tertarik dengan harga murah yang ditawarkan oleh John. SalahNyataan Ikhlas  Pengecualian Dalam Seksyen 19(1) Contoh keadaan menjelaskan peruntukan S 19(1): Ding ingin membeli sebuah pecetak warna.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4. John menawarkan kepada Ding pencetak jenama JQQnya dengan harga yang murah.1. Ding tidak boleh membatalkan kontrak atas alasan salahnyata oleh John kerana beliau sememangnya mengetahui bahawa pencetak John bukannya pencetak warna.  146 .

tetapi pihak ini tidak berbuat demikian. . Plaintiff membeli pilihan tersebut dan mendapati bilangan pokok-pokok getah yang sebenar tidak tepat seperti jumlah yang dinyatakan oleh defendan.  Keputusan : Mahkamah menolak permohonan plaintiff147 untuk membatalkan kontrak.  Contoh kes yang menjelaskan peruntukan s 19(2) : J. SalahNyataan Ikhlas  Pengecualian Dalam Seksyen 19(2) (2) Salahnyata telah dibuat kepada pihak yang berpeluang untuk mengetahui kebenaran kenyataan yang dibuat.B.A.C Weber Iwn E. dan menyerahkan sehelai kertas yang bertulis dengan bilangan dan umur pokok-pokok getah di estet itu.1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4. defendan menyatakan bahawa beliau telah membilang pokok-pokok yang ada dalam estet itu. Brown (1908)  Fakta: Defendan bersetuju memindahkan pilihan untuk membeli sebuah estet kepada plaintiff. Sebelum menyertai perjanjian itu.

Sekiranya kontrak itu tidak dibatalkan.  • • SalahNyataan Ikhlas Kesan SalahNyataan Ikhlas Apabila kontrak dibuat berdasarkan kepada salahnyata. 148 .4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4. kontrak tersebut boleh batal atas pilihan orang yang tidak bersalah atau yang menerima kenyataan salah itu.1. maka ia akan terus berkuatkuasa dan transaksi yang dilakukan di bawahnya adalah sah dan mengikat pihak-pihak berkontrak.

Syarat-syarat tersebut menyatakan jika pihak yang menerima salahnyataan sememangnya tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu salah atau ia mempunyai kemudahan untuk mengenal pasti kesahihan kenyataan tersebut tetapi gagal berbuat demikian.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4.1. maka kontrak yang didakwa ada salahnyataan tidak boleh dibatalkan oleh pihak-pihak yang berkontrak.  • • SalahNyataan Ikhlas Kesan SalahNyataan Ikhlas (cont) Pengecualian dalam seksyen 19 telah menyebabkan kontrak yang diasaskan atas salahnyataan tidak boleh diketepikan. 149 .

• Jika pihak yang tidak bersalah tidak mahu membatalkan kontrak itu. ia boleh meneruskan kontrak itu dengan memberi syarat bahawa bahagian kontrak yang batal sebab salahnyataan hendaklah diperbetulkan oleh pihak yang 150 membuat salahnyataan itu . pihak yang tidak bersalah berhak memohon apa-apa faedah diberikan kepada orang lain di bawah kontrak batal itu. maka ia juga boleh menuntut ganti rugi atas salahnyataan. • Apabila permohonan pembatalan dimasukkan ke mahkamah. • Sekiranya mengalami kerugian akibat daripada salahnyataan itu.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4. sesuatu kontrak yang didasarkan atas salahnyataan boleh dibatalkan atas permohonan pihak yang tidak bersalah. SalahNyataan Ikhlas  Hak-Hak Pihak Yang Tidak Bersalah • Pada amnya.1.

151 .1.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 4.  Sesuatu kontrak yang dibuat dengan berdasarkan salahnyataan boleh dibatalkan atas pilihan pihak yang menerima salahnyataan tersebut atau mangsanya. SalahNyataan Ikhlas  Rumusan  Salahnyataan ikhlas bermaksud apabila seseorang mengeluarkan kenyataan yang salah tanpa niat untuk menipu sesiapa. Kenyataan yang dibuat itu pula dipercayai sebagai benar dan tepat.

khilaf terbahagi kepada dua: 1) Khilaf fakta(kesilapan tentang fakta){mistake of fact}. 152 . dan 2) khilaf undang-undang (kesilapan tentang undang-undang) {mistake as to law}. Mengikut Akta Kontrak.22 dan 23. peruntukan berkenaan khilaf dan kesan-kesannya dinyatakan di dalam seksyen 21.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. Di bawah Akta Kontrak.  • • • Khilaf [Mistake] Pengenalan Kita akan membincangkan unsur khilaf@ silap yang dinyatakan dalam seksyen 14 Akta Kontrak 1950.1.

maka perjanjian itu adalah batal. Apabila kedua-dua pihak yang membuat perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak mengenai perjanjian itu.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. . 153 perjanjian tersebut tidak akan menjadi batal. jika ada satu pihak sahaja yang khilaf atau melakukan kesilapan tentang fakta penting dalam perjanjian itu. Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam seksyen 21 di atas: Aspek pertama(1) : perjanjian boleh dibatalkan atas alasan khilaf .1. jika khilaf yang berlaku disebabkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Oleh itu.  • •  Khilaf [Mistake] Khilaf Fakta Penting Mengikut seksyen 21: 21.

4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. Khilaf [Mistake]  Khilaf Fakta Penting (cont) • Mengikut seksyen 21: 21. Apabila kedua-dua pihak yang membuat perjanjian itu tersilap tentang fakta mustahak mengenai perjanjian itu. belum ada bukti mengenai hal ini dalam mana-mana kes yang diputuskan oleh 154 mahkamah. • Terdapat 2 aspek penting yang dinyatakan dalam seksyen 21 di atas:  Aspek kedua(2) : khilaf yang dilakukan oleh pihakpihak yang berkontrak itu mestilah mengenai fakta penting dalam kontrak tersebut. maka perjanjian itu adalah batal. Fakta penting bermaksud: perkara pokok atau terma yang mustahak kepada perjanjian itu sendiri. . Walau bagaimanapun.1. setakat ini.

kedua-dua pihak tidak mengetahui bahawa B telah meninggal dunia. Khilaf [Mistake]  Contoh-Contoh Khilaf • Contoh-contoh khilaf dalam misalan seksyen 21: a) A bersetuju menjual kepada B barang kargo tertentu yang pada sangkaannya berada dalam pelayaran dari England ke Perlabuhan Kelang. Perjanjian itu adalah batal.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5.1. Pada ketika perjanjian itu dibuat. Sebenarnya barang kargo itu telah musnah apabila kapal yang membawanya hanyut di lautan. b) A bersetuju membeli seekor kuda tertentu dari B. kedua-dua pihak tidak mengetahui bahawa kuda berkenaan telah pun mati. Kedua-dua pihak tidak menyedari fakta tersebut. Perjanjian itu adalah batal. Pada ketika perjanjian itu dibuat. 155 . c) A mempunyai hak ke atas sebidang tanah selama B masih lagi hidup. A bersetuju menjual tanah itu kepada C. Perjanjian itu adalah batal.

156 . • Sekiranya khilaf fakta yang berlaku disebabkan oleh satu pihak sahaja.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5.1. Khilaf [Mistake]  Contoh-Contoh Khilaf ( cont) • Misalan (a)-(c) dalam seksyen 21. • Perjanjian yang dimasuki boleh batal atas alasan khilaf fakta. maka perjanjian itu tidak batal di sisi undang-undang. Ini adalah syarat yang mesti dibuktikan untuk mengetepikan kontrak atas alasan khilaf fakta. di atas menunjukkan bahawa khilaf fakta yang berlaku disebabkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.

4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5.1. 22 dan 23. Khilaf [Mistake] (cont)  Di bawah Akta Kontrak peruntukan berkaitan khilaf ialah seksyen 21.  Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu : a) Khilaf Fakta b) Khilaf Undang-Undang 157 .

Kedua-dua pihak menyangkakan jagung itu dalam pelayaran dari Salonica ke England. Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang sah antara A dan B tidak wujud mana mereka telah 158 khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu. Khilaf [Mistake] (cont)  Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf Fakta • Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak : 1) Kedua-dua pihak berkontrak telah membuat khilaf yang sama tentang kewujudan perkara pokok dalam kontrak mereka itu.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. . jagung itu telah dijual di Perlabuhan Tunis kerana tempat simpanan jagung terlampau panas dan jagung itu telah rosak. Contoh : Dalam kes Couturier Iwn Hastie (1852). Tanpa diketahui oleh mereka.1. A dan B memasuki perjanjian penjualan jagung.

1. Dalam contoh di atas. • Contoh: X dan Y sedang berunding mengenai penjualan rumah milik X di Subang Jaya. Andainya X sebenarnya bermaksud hendak menjual rumahnya di seksyen 15 manakala Y pula bermaksud hendak membeli rumah X yang terletak di seksyen 19. . • Kesilapan atau khilaf berlaku apabila kedua-dua pihak yang merundingkan kontrak itu mempunyai maksud yang berlainan antara satu sama lain. dan tidak berlaku ‘consensus ad idem’ antara kedua belah pihak. 159 jelas dapat dilihat tidak wujud kata sepakat antara X dan Y. Umum mengetahui bahawa rumah di sekitar seksyen 19 adalah lebih baik dari seksyen 15 dan oleh itu kediaman di seksyen 19 mempunyai nilai yang lebih tinggi dari rumah di seksyen 15.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. jadi satu khilaf oleh kedua-dua pihak telah wujud. Khilaf [Mistake] (cont)  Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf Fakta(cont) • Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak : 2) Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan sehingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain.

Khilaf [Mistake] (cont)  Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf Fakta(cont) • Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak : 2) Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan sehingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain. dalam keadaan ini khilaf di antara kedua160 dua pihak telah wujud.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. (cont) Contoh : A ingin menjual kereta Honda Civic miliknya kepada B dan B pula menyangkakan A ingin menjual kereta Honda City yang juga miliknya. .1.

So agreement was void for mutual mistake. . sebenarnya terdapat dua pelayaran kapal tersebut dari Bombay. Plaintiff bermaksudkan kapas dalam kapal Disember tetapi defendan menyangkakan kapas dalam bulan Oktober.1. (cont)  Contoh kes: Raffles Iwn Wichelhaus ( 1864) Fakta: Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual dan membeli muatan kapas yang akan tiba dari London dalam sebuah kapal yang bernama ‘The Peerless’ yang belayar dari Bombay. Khilaf fakta tersebut juga berlainan di antara kedua-dua pihak yang berkontrak. Khilaf [Mistake] (cont)  Keadaan Yang Menyebabkan Kontrak Boleh Batal Kerana Khilaf Fakta(cont) • Terdapat dua keadaan di mana kontrak boleh dibatalkan atas alasan khilaf fakta di bawah Akta Kontrak : 2) Kedua-dua pihak berkontrak membuat khilaf yang berlainan sehingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak. As under the exceptional circumstances it was impossible for court to decide which party’s view was the correct one. Oleh itu kontrak batal disebabkan khilaf fakta161 antara kedua-dua pihak. khilaf yang timbul adalah mengenai kapal yang membawa muatan kapas.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu. iaitu pada bulan Oktober dan Disember. Rumusan kes: Di dalam kes di atas. Keputusan: Kontrak yang sah tidak wujud kerana kedua-dua pihak khilaf@silap tentang kapal itu.

. Mengikut seksyen 22: 22. Sekiranya khilaf berkenaan undang-undang luar negara. kesannya sama dengan khilaf fakta. khilaf tentang undang-undang tidak boleh dijadikan sebab untuk membatalkan sesuatu kontrak.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. Khilaf [Mistake] (cont)  Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu : a) Khilaf Fakta b) Khilaf Undang-Undang • Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua: B) Khilaf Undang-Undang • Pada amnya.1. iaitu perjanjian162 adalah batal. Sesuatu kontrak tidak boleh batal disebabkan khilaf mengenai mana-mana undangundang yang berkuat kuasa di Malaysia.

sesuatu khilaf mengenai mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini di dalam negara kita. 163 . tidak akan menyebabkan perjanjian yang dibuat batal.1.22 bermaksud. Khilaf [Mistake] (cont)  Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu : a) Khilaf Fakta b) Khilaf Undang-Undang • Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua: B) Khilaf Undang-Undang (cont) • Peruntukan S.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5.

mahkamah 164 mengarahkan agar wang tersebut dipulangkan kepada plaintiff. Bayaran sebanyak $500 telah dikenakan bagi pelan tersebut.1.  Keputusan: Mahkamah memutuskan khilaf undang-undang tidak boleh dijadikan asas untuk plaintiff menuntut wang tersebut. Khilaf [Mistake] (cont)  Secara amnya khilaf terbahagi kepada dua iaitu : a) Khilaf Fakta b) Khilaf Undang-Undang • Kita akan perhatikan khilaf jenis kedua: B) Khilaf Undang-Undang (cont)  Contohnya dalam kes Seck Iwn Wong&Lee ( 1940)  Fakta: Plaintiff(kontrak binaan) telah meminta pelan kerja dari defendan(arkitek). tetapi berdasarkan keterangan yang dikemukakan.4 Elemen-elemen asas kontrak F) Kerelaan bebas @ Persetujuan bebas 5. oleh itu atas dasar ekuiti. Bayaran tersebut telah dibuat tanpa mengetahui kedudukan undang-undang yang melarang bayaran sedemikian dituntut oleh arkitek darinya. . mahkamah mendapati defendan telah mengambil kesempatan di atas kejahilan plaintiff.

Sesuatu kontrak bukan boleh batal semata-mata kerana ianya disebabkan oleh salah satu pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara fakta.4 Elemen-elemen asas kontrak  Khilaf satu pihak@Unilateral Mistake • Mengikut seksyen 23: 23. tidak boleh membatalkan perjanjian tersebut. dalam keadaan-keadaan tertentu mahkamah boleh membatalkan kontrak atas permohonan pihak yang berkontrak atas alasan kontrak itu dibuat kerana khilaf oleh satu pihak yang berkontrak sahaja.  Pengecualian tersebut akan dibincangkan dalam slide seterusnya.1. 165 . • Secara amnya: kontrak yang disebabkan khilaf fakta oleh satu pihak dalam perjanjian. • Walau bagaimanapun.

kontrak tersebut boleh dibatalkan oleh pihak yang melakukan khilaf tersebut.1.4 Elemen-elemen asas kontrak  1) • • a) b) c) Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti berikut: Khilaf tentang identiti pihak yang lain Sekiranya satu pihak dalam perjanjian telah khilaf tentang identiti pihak yang berkontrak dengannya. Pihak lain dalam perjanjian itu mestilah sedar bahawa dia bukanlah pihak yang sepatutnya membuat kontrak. Tetapi beberapa perkara hendaklah dibuktikan sebelum mengetepikan kontrak yang dibuat. Orang yang khilaf itu telah mengambil langkah yang munasabah untuk mengenal pasti orang yang dia 166 berurusan itu. iaitu: Identiti pihak lain dalam perjanjian itu merupakan perkara penting dalam kontrak tersebut. .

dan perkara ini telah diketahui oleh Blenkarn. Maka barangbarang tersebut masih menjadi milik responden dan 167 perayu hendaklah memulangkannya kepada responden. satu syarikat yang dikenali ramai. tetapi gagal membayarnya. Blenkarn kemudian menjual barang-barang tersebut kepada perayu(Lindsey). Oleh yang demikian. Barang-barang tersebut telah dihantar kepada Blenkarn. Tindakan beliau demikian menunjukkan seolah-olah ia mewakili Blenkiron&Co. Keputusan: Mahkamah memutuskan Cundy(responden)mahu berurusan dengan Blenkiron&Co.4 Elemen-elemen asas kontrak  1) •   Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti berikut: Khilaf tentang identiti pihak yang lain Contoh kes : Cundy Iwn Lindsey(1878) Fakta : Seorang yang bernama Alfred Blenkarn telah membuat pesanan barang tertentu dari responden. Responden ( Cundy) menuntut balik barang-barang tersebut atau nilainya daripada perayu. . satu kontrak yang tidak wujud di antara responden dan Blenkarn.1.

His order. Held : It was held that he had intended only to deal with Blenkiron&Co.1. was signed to look as if it were from Blenkiron&Co. a reputable firm known to Cundy. Since there was no contract with Blenkarn. Cundy successfully sued Lindsay in the tort of conversion. he received no title whatsoever to the goods. The goods were sent to Blenkarn.4 Elemen-elemen asas kontrak  1) •   Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti berikut: Khilaf tentang identiti pihak yang lain Contoh kes : Cundy Iwn Lindsey(1878) (English version) Facts: A crook named Blenkarn ordered linen handkerchiefs from Cundy. 168 . who carried on business at 123 Wood Street. from 37 Wood Street. and therefore could not pass title on to Lindsay. who sold them to Lindsay.

Contoh kes: Serangoon Garden Estate Ltd Iwn Marian Chye (1959).4 Elemen-elemen asas kontrak  2) • • • Pengecualian tersebut boleh dibahagi dua seperti berikut: Khilaf fakta tentang jenis dokumen Secara umumnya. Di dalam kes Subramaniam Iwn Retnam ( 1966). pihak yang menurunkan tandatangan adalah terikat dengan kontrak itu sama ada dokumen itu telah dibacanya atau tidak. mahkamah memutuskan bahawa defendan terikat dengan kontrak bertulis dalam bahasa Inggeris yang telah ditandataganinya walaupun ia tidak tahu atau faham bahasa itu. kecuali terbukti wujud penipuan atau salah nyata. mahkamah memutuskan bahawa apabila satu dokumen yang mengandungi terma-terma kontrak telah ditandatangani. melainkan jika terbukti ada 169 penipuan atau salah nyata.1. . seorang yang menandatangani suatu dokumen ( kontrak bertulis) adalah terikat dengan dokumen itu.

170 .1. pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut tidak akan mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang dan mereka tidak layak untuk melaksanakan bahagian masing-masing seperti dalam kontrak tersebut. adalah tidak sah dan batal. Kontrak yang diasaskan oleh khilaf fakta sama ada oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian atau satu pihak sahaja. Peruntukan di atas menyatakan kesan ke atas suatu kontrak yang dibuat kerana khilaf.4 Elemen-elemen asas kontrak  • • • Kesan Dan Relif Khilaf Menurut seksyen 14: 14. Apabila sesuatu kontrak menjadi kontrak yang batal. dalam kes tertentu. Sesuatu kontrak yang mengandungi unsur khilaf akan menjadi kontrak boleh batal disebabkan tiada kerelaan bebas diberikan oleh pihak yang berkontrak.

relif-relif bagi khilaf adalah seperti berikut: 1) Membatalkan kontrak 2) Mendapatkan kembali faedah yang telah diberikan kepada pihak yang berkontrak itu. Relief ini bergantung kepada hal keadaan setiap kes itu.4 Elemen-elemen asas kontrak Kesan Dan Relif Khilaf (cont) Setelah didapati kontrak menjadi batal. terdapat berbagai jenis relif yang boleh dituntut oleh pihak yang tidak bersalah terhadap pihak yang berkontrak dengannya. • • 1. Secara umumnya. 171 .

1. 172 . seksyen 37 Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan: 37.4 Elemen-elemen asas kontrak  ► • Kesan Dan Relif Khilaf (cont) Mengikut seksyen 66: 66. Di samping itu. Sekiranya mahkamah telah membenarkan mana-mana pihak untuk membatalkan kontrak. 3) Meminta ganti rugi di atas apa-apa kerugian yang telah dialami 4) Meneruskan kontrak dengan membuat beberapa pembetulan terhadap kontrak tersebut. mahkamah berhak untuk memerintahkan pihak tersebut membuat pampasan kepada pihak yang satu lagi demi menjalankan ekuiti atau keadilan. Mana-mana pihak dalam kontrak yang telah mendapat apa-apa faedah hasil dari kontrak tersebut adalah berkewajipan untuk memulangkan kembali faedah tersebut kepada pihak yang memberikan faedah itu.

4 Elemen-elemen asas kontrak  Kesan Dan Relif Khilaf (cont) Seksyen 30 Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan: 30.1.  Contoh kes: Oh Hiam & YL Iwn Tham Kong(1980).Sekiranya sesuatu kontrak itu mengandungi khilaf. • 173 . mahkamah telah memerintahkan pembetulan dibuat setelah didapati kedua-dua pihak khilaf tentang dokumen pindah milik tanah yang melibatkan sebidang tanah yang sepatutnya tidak termasuk dalam urusan pindah milik itu. dengan melakukan pembetulan ke atas kontrak itu atau merektifikasikan@ratify kontrak itu sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. pihak yang terlibat boleh meneruskan kontrak yang dibuat.

Di bawah Akta Kontrak 1950 sesuatu perjanjian itu akan menjadi sah di sisi undang-undang kecuali: a) ianya dilarang oleh undang-undang. . Tujuan kontrak tersebut perlu sah di sisi undangundang. c) ianya merupakan frod. maka ia akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang. e) mahkamah menganggapnya tak moral atau 174 bertentangan dengan muslihat awam. d) ianya mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri atau harta orang lain. b) ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan.4 Elemen-elemen asas kontrak g) Tujuan yang sah • • Suatu kontrak itu perlu mempunyai tujuan yang sah kerana jika tidak ia akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan.1.

1. Contoh kes yang boleh dilihat berkaitan dengan kontrak tak bermoral ialah: Kes : Pearce Iwn Brooks (1866). defendan gagal mengotakan janjinya.4 Elemen-elemen asas g) Tujuan yang sah kontrak • •    Pihak yang ingin memasuki sebuah kontrak perlulah berhati-hati dengan apa yang mereka dipersetujui. Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa plaintiff gagal dalam tuntutannya kerana plaintiff mengetahui tujuan defendan membeli kereta kuda tersebut untuk menjalankan sesuatu yang 175 ditegah@dilarang oleh undang-undang. Plaintiff membuat tuntutan undang-undang. . Namun begitu. Fakta : Kes ini adalah mengenai plaintiff menjual sebuah kereta kuda kepada defendan. Defendan berjanji membayar kereta tersebut secara ansuran. Kereta kuda tersebut digunakan oleh defendan bagi tujuan pekerjaannya iaitu menjadi pelacur.

keupayaan. niat untuk mengikat di sisi undangundang.1. ketentuan. kerelaan bebas dan tujuan kontrak itu mestilah sah menurut undang-undang.4 Elemen-elemen asas kontrak Kesimpulan  Sesebuah kontrak akan menjadi sah jika memenuhi kesemua elemenelemen asas pembentukan kontrak seperti yang dibincangkan seperti : cadangan dan penerimaan.  176 . balasan.

kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  Pengenalan • Menurut seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950: 2(h) Sesuatu kontrak yang sah ialah sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. 177 .Chapter 2: Kontrak batal. • Maksud kuatkuasa di sini ialah pihakpihak yang berkontrak itu mempunyai peluang untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya tidak berpuas hati dengan kontrak yang mereka masuki.

Dalam kes ini Ali mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ming. beliau mendapati kaki katilnya patah dan cermin almari pecah. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang Pengenalan (cont) Contohnya Ali telah membeli satu set bilik tidur di kedai perabot Ming. Ali tidak berpuas hati dan ingin menamatkan perjanjian dan menghantar balik set bilik tidur kepada Ming. Ming tidak bersetuju untuk menerima semula barang-barang itu. • Chapter 2: Kontrak batal. Apabila Ming menghantar set tersebut ke rumah Ali. 178 .

kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  ►  Pengenalan (cont) Seksyen 2(g) Akta Kontrak 1950 pula menyatakan: 2(g) Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Oleh itu. Contohnya Mat A telah berjanji dengan Mat B untuk membeli 100 kilogram ganja pada harga RM 10. . perjanjian antara Mat A dan Mat B batal 179 dan tidak sah. Mat A gagal membayar harga ganja tersebut kepada Mat B. adalah tidak sah dan batal. Dalam kes ini Mat B tidak mempunyai hak untuk menyaman Mat A di mahkamah kerana perjanjian jual beli dadah adalah haram dan tidak sah di sisi undang-undang. Maka perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.000.Chapter 2: Kontrak batal.

ii) kontrak terbatal. 180 .Chapter 2: Kontrak batal. iii) kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan. kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang boleh dibahagikan kepada i) kontrak boleh batal. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  Pada amnya.

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh
batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan
oleh
undang-undang


i) Kontrak Boleh Batal
Takrif Kontrak Boleh Batal
Menurut seksyen 2(i) Akta Kontrak 1950:
2(i) Kontrak boleh batal ialah satu perjanjian yang sah
pada awalnya sehingga diketepikan oleh pihak-pihak
yang berkontrak.
Pada dasarnya, kontrak boleh batal mungkin memenuhi
semua ciri yang diperlukan dalam sesuatu kontrak,
tetapi pada masa yang sama mengandungi unsur-unsur
yang boleh menyebabkan kontrak dikategorikan
sebagai kontrak boleh batal. Pihak yang berkontrak
boleh mengetepikan dan membatalkan kontrak yang
telah dimasuki atas alasan terdapat sesuatu unsur
yang boleh membatalkan kontrak tersebut..
181

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh
batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

► i)

Kontrak Boleh Batal
 Takrif Kontrak Boleh Batal (cont)
 Contohnya, Ahmad telah menjual sebuah
komputer kepada Badri dengan memberi
maklumat salah tentang perisian yang terdapat
dalam komputer tersebut. Apabila Badri
mendapat tahu hal ini beliau berasa tidak puas
hati dan ingin menamatkan perjanjian dengan
Ahmad. Kontrak antara Ahmad dan Badri adalah
sah pada awalnya tetapi Badri mempunyai hak
untuk mengetepikan dan membatalkan kontrak
atas alasan Ahmad telah memberi maklumat
salah tentang perkara pokok perjanjian tersebut,
iaitu perisian komputer.

182

Chapter 2: Kontrak batal, kontrak boleh
batal
dan kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

► ii)

Kontrak Terbatal @ Void Kontrak
terbatal adalah sejenis perjanjian yang
dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri atau
kehendak sesuatu kontrak.
 Contohnya, kontrak yang dibuat oleh
orang yang tidak siuman. Orang gila
dikatakan tidak mempunyai keupayaan di
sisi undang-undang untuk memasuki
kontrak. Sekiranya pihak dalam suatu
kontrak itu adalah orang gila, maka
kontrak tersebut akan terbatal dari awal
lagi.

183

Chapter 2: Kontrak batal. Oleh kerana kehendak@keperluan kontrak tidak dipenuhi dari mula-mula perjanjian dibuat : maka kontrak yang dibuat menjadi batal….dan tidak sah di sisi undang-undang. dan pihak-pihak yang berkontrak tiada hak untuk membuat sebarang tuntutan (misalnya ganti rugi) daripada kontrak tersebut. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang ► ii) • • Kontrak Terbatal (cont) Apakah kesan kontrak terbatal? Kesan kontrak terbatal : kontrak tersebut menjadi tidak sah dari awal lagi. 184 .

► • • Chapter 2: Kontrak batal. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang iii) Kontrak Yang Tidak Boleh DiKuatkuasakan Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan ialah satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undangundang kerana gagal memenuhi keperluan atau formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut atau undang-undang(common law) Apabila sesuatu kontrak itu tidak dapat dikuatkusakan bermakna pihak-pihak dalam kontrak itu tidak boleh mengambil tindakan mahkamah untuk menguatkuasakan hak-hak@ tuntutan mereka di sisi undang-undang. 185 .

sesuatu perjanjian sewa beli hendaklah dibuat secara bertulis. Sekiranya perjanjian sewa beli dibuat secara lisan. 186 . perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan kerana melanggar peruntukan Akta. Oleh yang demikian jika terdapat pecah kontrak atau apa-apa kemungkinan di dalam kontrak itu.► • Chapter 2: Kontrak batal. pihak yang rugi tidak berhak untuk mengambil tindakan mahkamah kerana kontrak tersebut tidak dapat dikuatkuasakan di sisi undang-undang. menurut Akta Sewa Beli 1967. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang iii) Kontrak Yang Tidak Boleh DiKuatkuasakan (cont) Contohnya.

Di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak 1950. pihak-pihak yang berkontrak hendaklah memberikan persetujuan secara ikhlas untuk memasuki perjanjian tanpa paksaaan atau ugutan. 187 . 10.Chapter 2: Kontrak batal. Oleh yang demikian. tanpa sebarang tekanan atau paksaaan manamana pihak. sesuatu kontrak menjadi sah jika ia dibuat dengan kerelaan sebenar atau kerelaan bebas. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  •  • Kerelaan Bebas Menurut kaedah am. Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak yang berkontrak.

188 . Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama. Kamal bersetuju untuk membekalkan tepung sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekg kepada Azhar. • Contohnya. kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  Kerelaan Bebas (cont)  Menurut Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula: 13. Azhar juga bersetuju untuk membeli tepung sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekg.Chapter 2: Kontrak batal.

kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang   a) b) c) d) e) Kerelaan Bebas (cont) Mengikut Seksyen 14 Akta Kontrak 1950.Chapter 2: Kontrak batal. Kerelaan sesorang itu dianggap bebas selagi tidak wujud salah satu daripada unsur-unsur berikut: Paksaan Pengaruh tak berpatutan Frod(tipu) Salahnyataan Khilaf (silap) 189 . 14.

Chapter 2: Kontrak batal. 190 . kontrak boleh batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang  Rumusan • • • Kita dapat faham bahawa tiga jenis kontrak di mana cara pembentukan sesuatu kontrak itu memberi kesan yang berbeza menurut jenis kontrak tersebut. kita dapat simpulkan bahawa pihak-pihak yang berkontrak telah gagal memberikan persetujuan bebas@kerelaan bebas ketika memasuki perjanjian tersebut. Kontrak boleh batal bermaksud perjanjian yang pada mulanya sah dan mengikat pihak-pihak berkontrak kemudiannya menjadi batal kerana terdapat unsur yang membatalkannya seperti paksaan@fraud Apabila sesuatu kontrak menjadi boleh batal.

Terima kasih 191 .