P. 1
ISU-ISU DI SEKOLAH

ISU-ISU DI SEKOLAH

4.5

|Views: 7,620|Likes:
Published by zackbram

More info:

Published by: zackbram on May 17, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

TUGASAN INDIVIDU

Dewasa ini berbagai isu berkaitan pendidikan sering dipaparkan di dada akhbar. Fenomena ini berlaku kerana sekolah dilihat dari beberapa aspek yang amat berkait rapat dengan masyarakat seperti; i. aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai kepentingan terhadap masyarakat ii. iii. ibubapa sentiasa peka tentang program yang dijalankan di sekolah pelajar sentiasa melaporkan kepada ibubapa sebarang kejadian atau aktiviti yang berlaku di sekolah iv. v. vi. guru diamanahkan untuk bertindak sebagai ‛loco parentis’ di sekolah pengetua sebagai ketua bertanggungjawab dalam semua aspek di sekolah dan pengetua adalah penjaga kepada pelajar-pelajar Antara isu salah urus yang melibatkan pengurusan hal ehwal murid ialah isu keracunan makanan di kantin ataupun di asrama sekolah. Kejadian sebegini berlaku disebabkan oleh faktor kebersihan makanan dan penyediaan makanan yang tidak diberikan perhatian oleh pengurusan kantin ataupun asrama sekolah. Namun kecuaian atau sikap tidak ambil peduli pengurusan sekolah dalam memantau kantin dan asrama sekolah secara konsisten dalam aspek kebersihan dan kualiti makanan menjadikan pihak sekolah sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Justeru itu langkah-langkah proaktif perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah sebelum isu ini berlaku. Antara langkah-langkah yang dapat diambil ialah i. menyediakan jadual pemantauan kantin/asrama yang tetap dan lebih kerap

ii.

melantik guru bertugas khusus bagi tugas pemantauan di mana rekod pemantauan perlu dicatat di dalam buku log pemantauan

iii.

memastikan pekerja-pekerja kantin/asrama sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

iv.

bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan nasihat dalam aspek kebersihan fizikal dan proses penyediaan makanan

v.

mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha kantin/asrama apabila berlaku kepincangan di dalam pengurusan kantin/asrama sekolah dan

vi.

mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 (Keracunan Makanan Di Sekolah-Sekolah) Isu berkaitan dengan kurikulum pula yang sering mendapat perhatian

masyarakat ialah mengenai dakyah bahawa kerajaan akan menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. Isu ini timbul berikutan adanya pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh dengan harapan ianya akan menjadi suatu tarikan untuk mendapatkan sokongan politik. Walaupun isu ini lebih menjurus kepada peranan kerajaan dalam menentukan dasar pendidikan negara namun pihak sekolah tidak seharusnya mengambil langkah berdiam diri dan memencilkan diri dari cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada masyarakat. Pihak sekolah khususnya pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil perlu bertindak bagi menangani isu ini. Langkah yang dapat diambil termasuklah; i. mengadakan pertemuan dengan waris-waris bagi menjelaskan kedudukan sebenar berkaitan isu ini

ii.

menjemput wakil-wakil daripada kementerian pelajaran untuk memberikan penerangan yang terperinci berkaitan isu yang dibangkitkan

iii.

menegaskan bahawa Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 28 ada menyebut tentang penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta penyenggaraannya yang tertakluk di bawah bidang kuasa menteri

iv.

menjelaskan bahawa berlakunya perpindahan bukannya penutupan beberapa sekolah jenis kebangsaan yang kurang murid dilakukan ke kawasan berpenduduk padat Kegiatan kokurikulum juga merupakan suatu bidang yang sering mendapat

perhatian masyarakat khususnya apabila berlaku kecuaian pihak sekolah dalam mengendalikan sesuatu aktiviti. Kes-kes seperti pelajar mati lemas semasa berkhemah, pelajar maut akibat kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan mengikuti aktiviti kokurikulum dan lainnya merupakan kes-kes yang sering terpampang di dada akhbar. Kecuaian pihak sekolah mengawal keselamatan pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, mengabaikan aspek keselamatan semasa mengendalikan sesuatu aktiviti, guru tidak berada bersama pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan dan prosedur keselamatan tidak dipatuhi sepenuhnya merupakan punca-punca berlakunya sesuatu kemalangan terhadap pelajar ketika menjalani aktiviti kokurikulum. Bagi mengelakkan daripada pihak sekolah dipersalahkan apabila sesuatu kemalangan yang melibatkan pelajar itu berlaku semasa menjalani aktiviti kokurikulum maka pihak sekolah perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti;

i.

sentiasa memberi keutaman dan peringatan mengenai keselamatan dan kebajikan pelajar semasa menjalani aktiviti kokurikulum

ii.

memastikan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menjadi tanggungjawab semua guru dan dilaksanakan secara kolaboratif

iii.

merancang dengan teliti setiap aktiviti yang akan dijalankan dengan mementingkan aspek keselamatan

iv. v. vi. vii.

melengkapkan diri guru-guru dengan ilmu pengetahuan tentang kecemasan mengadakan pelan kontingensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan mengambil skim perlindungan diri untuk setiap pelajar dan mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 berkaitan Panduan Keselamatan Diri Pelajar. Isu berkaitan kewangan di sekolah juga sering mendapat perhatian ibubapa

khususnya berkaitan dengan bayaran berkaitan persekolahan dan bayaran tambahan. Walaupun Kementerian Pelajaran telah memansuhkan yuran persekolahan di sekolah rendah dan sekolah menengah mulai tahun 2008 ini serta menetapkan paras siling kutipan bayaran tambahan sebanyak RM 38.50(rendah) dan RM 55.50(menengah) namun masih terdapat sekolah-sekolah yang mengutip bayaran tambahan sehingga mencecah ratusan ringgit. Kegagalan pihak sekolah untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran telah menjadi isu yang hangat sedikit masa lalu. Justeru itu pihak sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelak daripada timbulnya isu-isu yang tidak diingini. Beberapa langkah yang dapat dipraktikkan ialah;

i.

menjelaskan kepada waris tentang kekeliruan yang timbul berkaitan pemansuhan yuran persekolahan

ii.

menerima bayaran daripada waris secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan

iii. iv.

mematuhi paras siling yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran mendapatkan persetujuan daripada PIBG untuk mengenakan bayaran tambahan bagi tujuan peningkatan akademik dan

v.

mencari sumber kewangan tambahan daripada agensi luar

Salah laku kakitangan sekolah juga merupakan isu yang sering dipaparkan oleh media cetak dan media elektronik. Kesalahan seperti menampar dan merotan pelajar tanpa mengikut prosedur ditetapkan seringkali dilakukan oleh guru. Kegagalan mengawal emosi serta kejahilan tentang undang-undang dikenalpasti sebagai punca kesalahan ini dilakukan. Di samping itu terdapat juga kes-kes yang berlaku akibat daripada tekanan jiwa yang dialami oleh guru. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini maka pihak pengurusan sekolah boleh mempraktikkan beberapa perkara di bawah; i. sentiasa mengingatkan guru-guru tentang tatacara untuk mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan ii. memberi latihan dalaman kepada guru atau menghantar guru berkursus berkaitan pengurusan disiplin pelajar iii. iv. melantik guru-guru disiplin yang berwibawa dan berketrampilan mewujudkan program peningkatan sahsiah pelajar bagi mengurangkan masalah disiplin

v. vi.

memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin merekodkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam buku rekod kesalahan pelajar dan

vii.

mematuhi arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 berkaitan tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar sekolah.

Beberapa isu yang diutarakan di atas berkaitan pengurusan hal ehwal murid, kurikulum, kokurikulum, kewangan dan kakitangan di sekolah yang sering dipaparkan di dada akhbar perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah. Pendedahan guru-guru kepada Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959, Akta Pendidikan 1961, Akta Pendidikan 1996(Akta 550), Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan Pendidikan (PIBG) 1998 perlu dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh bagi mengelak daripada isu-isu yang tidak diingini daripada berlaku dalam organisasi persekolahan.

Rujukan: 1. Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia. (2002). Panduan Tugas Staf Sekolah Menengah, Selangor: Alpha Sigma. 2. Education Act1996 (Act 550) & Selected Regulations, Petaling Jaya:International Law Book Services. 3. Unit Hal Ehwal Murid Bahagian Sekolah. Koleksi Surat Pekeliling Ikhtisas Dan Surat Siaran Berkaitan Disiplin (1968 hingga 2003), K. Lumpur: KPM. 4. Mohd. Ismail Othman. (2007). Undang-Undang Untuk Pengetua & Guru Besar,Kuala Lumpur: PTS Profesional. 5. Lee Mei Pheng. (1989). General Principles Of Malasian Law, Shah Alam: Oxford Fajar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->