You are on page 1of 38

Pengenalan

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan


modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai
rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya
remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang
pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru
bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua
perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah
tranformasi pendidikan.
Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding
beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini
akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 (pada
tahun 2011). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa
yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba
maju dan canggih kini.
Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan
alam sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi
KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran
ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata
pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik.
Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan
berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian.
Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu.
1

Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup,
kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam
aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata
pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan
seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat
terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara
seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi
yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu
kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat
di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding
dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi
penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa
berinteraksi.
Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan
yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang
menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan
dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan
dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkatperingkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa
kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan
P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,
ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Soalan 1
Menghuraikan sistem kurikulum dan perancangan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(KHSR) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Malaysia.
Banding beza antara kurikulum KHSR dan RBT
Aspek
Pendahuluan

KHSR
RBT
Kemahiran Hidup merupakan satu mata Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
pelajaran bercorak amali yang diajar

diajar sebagai mata pelajaran dalam

dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu KSSR. Mata pelajaran ini memberi


Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini tumpuan untuk menyediakan murid
digubal

untuk

mengembangkan dengan pengetahuan dan kemahiran

keupayaan dalam bidang reka bentuk asas

yang

memberikan

murid

dan teknologi serta perniagaan dan menyambung pelajaran dalam bidang


keusahawanan.

Bidang

ini

dapat teknikal dan vokasional di peringkat

dikuasai melalui penguasaan kemahiran menengah.


praktis, pengetahuan serta pemupukan
sikap yang positif berasaskan teknologi
dan
keusahawanan.
Matlamat

Bertujuan

membolehkan

murid Bertujuan

memperoleh kemahiran praktis asas dan


pengetahuan

berasaskan

membolehkan

memperoleh

murid

pengetahuan,

teknologi menguasai asas kemahiran praktis,

keusahawanan, dan aspek pengurusan berkemahiran mereka bentuk dan


diri supaya mereka dapat menjalankan mengamalkan asas keusahawanan
kerja

buat

sendiri

serta

cenderung

berusaha niaga dan mereka cipta.

serta berkebolehan mengaplikasikan


asas teknologi ke arah melahirkan
murid yang kritis, kreatif dan inovatif.

Objektif

1. Menggunakan bentuk asas untuk


menjana

idea

kreatif

dalam

penghasilan projek
2. Menerangkan hubung kait bentuk
dengan fungsi produk

mengenal

komponen
4. Menghasilkan

pasti

fungsi

sesuatu

projek

keselamatan

peraturan
bengkel

dan

amalan kerja yang selamat


2. Menguasai proses mereka
bentuk untuk menghasilkan

3. Membuka dan memasang produk


untuk

1. Mengamalkan

produk
3. Mengetahui teknologi dalam
bidang
pertanian

teknikal,
dan

teknologi
sains

gabungan kayu dengan bahan


kitar semula bukan logam
5. Memilih alatan, perkakas, dan
bahan

serta

menggunakannya

dengan teknik yang betul


6. Mengenal
pasti

dan selari
7. Menghasilkan projek elektrik
8. Menyenggaraan alatan tangan
perkakas

selepas

menggunakannya
9. Menghasilkan tanaman hiasan
10. Mengenal pasti ciri dan jenis
barang yang boleh dijual
11. Merancang
jualan
menyediakan

bahan, alatan, mesin dan


perisian

serta

teknik

yang

barang

untuk

yang menarik
13. Mengira harga jualan dan untung
14. Mengamalkan peraturan dan
budaya kerja yang baik dan

betul

dan

beretika
5. Melakukan kerja-buat-sendiri
dan penyelenggaraan mudah
bagi

peralatan

dan

perkakasan
6. Menjana pemikiran

kritis,

kreatif, inovatif dan berdaya


dan

menghasilkan

berkualiti
7. Menggunakan

produk

TMK

mengaplikasi

dan
asas

keusahawanan.
8. Berkemahiran menjana idea
untuk

menyelesaikan

masalah.

selamat.
1. Menuju

ke

arah

1. Berteraskan

kepada

memperkembangkan kebolehan

kemahiran

murid

menggunakan

dalam

teknologi,
mereka

dengan

usaha dalam mereka bentuk


dan

jualan
12. Menyenaraikan ciri bungkusan

Fokus

memilih

menggunakannya
dan

membezakan di antara litar siri

dan

rumahtangga
4. Berkemahiran

kemahiran
kecenderungan

cipta

dan

semangat

keusahawanan.

dengan

mereka

bentuk
teknologi

menggabungjalin

pelbagai bidang pengetahuan


dan kemahiran iaitu Teknikal,
Teknologi Pertanian dan Sains

2. Kemahiran
sedemikian

asas
dapat

yang
digunakan

sepenuhnya untuk membolehkan


murid berdikari dan yakin diri
serta

mampu

kehidupan
dalam
ekonomi

menjalani

secara

dunia
yang

produktif

teknologi

dan

kompleks

dan

Rumah Tangga.
2. Kurikulum
ini
penekanan
pengetahuan
kemahiran
asas

memberi

kepada
asas
mereka

pertukangan

aspek
dan
bentuk,
dan

teknologi bagi membolehkan


murid menghasilakan produk
berkualiti.

sentiasa berubah.
3. Murid juga digalakkan mengambil
inisiatif

dan

merebut

peluang

yang ada secara bijak, kreatif dan


inventif. Nilai murni, sikap yang
positif dan budaya kerja yang
baik

diterapkan

semasa

menjalankan aktiviti amali agar


kesepaduan

dalam

mata

Organisasi

pelajaran ini dapat diwujudkan.


Terdapat dua bidang dalam Kemahiran Terdapat enam standard kandungan:

kandungan

Hidup Sekolah Rendah iaitu :

1. Organisasi dan Keselamatan

1. Reka Bentuk dan Teknologi


2. Perniagaan dan Keusahawanan

Kaedah
Pengajaran
dan
Pembelajaran

1. Kaedah-kaedah digunakan ikut


kesesuaian keadaan
2. Guru

hendaklah

suasana

mewujudkan

Pembelajaran

digunakan

pembelajaran
2. Guru hendaklah mewujudkan

terbuka supaya kaedah ini dapat

suasana pembelajaran yang

digunakan

terbuka supaya

dengan

berkesan

menggalakan
yang

lebih

mencabar.

dan

Rumah Tangga
1. Kaedah-kaedah

Sains

yang

pembelajaran

Pengajaran

Bengkel
Asas teknologi
Reka bentuk
Penghasilan projek
Teknologi pertanian

mengikut kesesuaian aktiviti

pembelajaran

untuk

Penekaan

2.
3.
4.
5.

dapat

digunakan

asas
projek

dengan

yang

lebih

interaktif.
1. membuat lakaran projek
2. mereka

2. mereka bentuk dan penghasilan

ini

berkesan untuk menggalakan


pembelajaran

1. membuat lakaran bentuk bentuk

kaedah

bentuk

dan

menghasilkan projek
3. membuat penyambungan litar

3. mengenalpasti dan membezakan


litar elektrik

elektrik dan elektronik


4. mengaplikasi

4. menyenggara dan membaik pulih


alatan

kaedah

penanaman
5. menghasilkan artikel

5. menghasilkan tumbuhan hiasan

6. menyediakan sajian

6. mengusaha perniagaan barang

7. menyelenggara peralatan
8. mempraktikkan

budaya

keusahawanan

Soalan 2
Menjelaskan tentang skop organisasi dan pengurusan bengkel. (Penjelasan tentang
skop organisasi dan pengurusan bengkel)
Organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam
sesuatu pertubuhan untuk tujuan tertentu. Mengorganisasi bermaksud menyusun menjadi
kesatuan yang tersusun. Satu sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara
pentadbir, guru dan murid.
Organisasi bengkel dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang
sama di sesebuah sekolah. Organisasi ini dipimpin oleh seorang guru kanan sebagai ketua
panitia yang dilantik oleh Guru Besar sekolah. Semua ketua panitia menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Keputusan dalam mesyuarat panitia dibawa oleh ketua
panitia kepada Pengetua/GB atau GPK untuk makluman dan tindakan.
Tujuan mewujudkan panitia adalah bertanggungjawab meningkatkan mutu dan
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan kedua ialah berikhtiar dan berusaha
mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong kecenderungan
murid terhadap pembelajaran. Seterusnya ialah memperbaiki prestasi pelajar dalam
peperiksaan berasaskan target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
Tujuan yang terakhir ialah mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia mata
pelajaran dengan persatuan atau kelab.
Peranan sebagai ketua panitia ialah memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru
atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia dan menyediakan rancangan pelajaran tahunan.
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan.
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap aliran
dan jika perlu menubuhkan bank soalan.
Selain itu, ketua panitia juga perlu mengadakan mesyuarat panitia secara berkala
sekurang-kurangnya dua kali setahun dan mengadakan perjumpaan secara ad-hoc jika
perlu. Mesyuarat ini boleh membantu guru bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan
baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli. Ini dapat
mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan
hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran.

Tugasan sebagai seorang guru kemahiran hidup ialah menyediakan alatan dan
bahan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Memastikan bengkel bersih
setelah digunakan dan mengawas penggunaan bahan dan alatan semasa dan selepas
menjalankan aktiviti.
Semasa menjalankan aktiviti, guru kemahiran hidup perlu memastikan peraturan
bengkel sentiasa dipatuhi, menentukan alatan yang akan digunakan selamat. Selain itu,
sentiasa mengawasi penggunaan alat dengan betul dan memastikan murid memakai alat
perlindungan semasa melakukan aktiviti. Penting sekali ialah guru perlu peka kepada
kemungkinan berlaku kemalangan.
Struktur organisasi bengkel (1)

Guru

Besar

Penolong
Kanan

Ketua
Panitia

Setiausaha

Ahli
jawatankua
sa
Tugasan Guru Besar adalah bertanggungjawab menentukan peraturan keselamatan
sentiasa kemaskini dan dipatuhi. Memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan
segera dan mengenal pasti tindakan yang perlu diambil semasa berlaku kecemasan.

Manakala tugasan sebagai ketua panitia ialah menyediakan peraturan bengkel,


memberi bimbingan kepada guru-guru, mengendalikan peperiksaan dan menjalankan tugas
yang diarahkan oleh guru besar.
Struktur Organisasi Bengkel (2)

Guru

Formen

Penolong
Formen

Nama kumpulan
1) Ketua
kumpulan
2) Ahli

Nama kumpulan
1) Ketua
kumpulan
2) Ahli

Nama kumpulan
1) Ketua
kumpulan
2) Ahli

Nama kumpulan
1) Ketua
kumpulan
2) Ahli

Formen dan penolong formen dilantik di kalangan murid. Tugas mereka ialah
membantu guru semasa berada di dalam bengkel, memastikan murid mematuhi peraturan
bengkel. Formen dan penolong juga perlu memastikan alatan tangan setiap kumpulan
mencukupi dan memastikan bengkel dalam keadaan bersih. Mereka juga harus memastikan
bahawa setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna melaporkan
kepada guru jika berlaku kemalangan.
Tugas sebagai ketua kumpulan ialah mengambil bahan dan alatan tangan yang akan
digunakan untuk ahli kumpulan. Memastikan alatan tangan setiap kumpulan mencukupi.
Memastikan kumpulan dalam keadaan bersih, memastikan ahli kumpulan menjalankan
tugas dan melaporkan kepada guru jika berlaku kemalangan.

Soalan 3
Aplikasi pengurusan keselamatan bengkel
Huraikan tentang pengurusan keselamatan bengkel
Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu
diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti yang dijalankan
melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh
mengakibatkan

kemalangan

atau

kecederaan

yang

serius.

Peraturan-peraturan

keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini
berlaku. Ibrahim Syed dalam Raja Afindi Raja Adam (1998) menyatakan, keselamatan dan
kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk kemalangan dan perlu dijaga
agar majikan tidak kehilangan pekerja yang menjadi aset syarikat.
Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek-projek
tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan
tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk
digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang
kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan
kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan dirI dan juga orang
lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap
mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah
dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya
daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia
sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah
dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan
kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka,
kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.
Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak
terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang
selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan
untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel.

10

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), mendapati


semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan
dan mesin. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin akan dapat
dicegah jika ianya dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna dari semasa ke semasa.
Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya.
Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain
dan objek yang berada di persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini
menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu, nyatalah kesedaran akan
pentingnya keselamatan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada
diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap
persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan
hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan
memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel.
Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai
menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang
yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di
bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi,
keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.
Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak
acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan
sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi
agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil
kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat.
Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,
kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga
akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu
juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan.
Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa
melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan
bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan
keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya

11

menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani


aktiviti di bengkel. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan
pelajar terhadap keselamatan bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan
merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di
bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang
tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.

Pengurusan Keselamatan bengkel


Sesuatu kemalangan boleh berpunca dari keadaan tempat kerja yang tidak sesuai
dan tidak selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat amatlah penting untuk mencegah
kemungkinan berlakunya kemalangan.
Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan dengan efektif,
Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan
sebahagian daripada prosider dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka mencadangkan
proses ini mesti disepadukan dengan sistem pengurusan dan perancangan organisasi,
bukannya dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang
sedia ada.
Tujuan yang pertama pengurusan keselamatan bengkel ialah mewujudkan
keselamatan bengkel, alatan, dan bahan. Seperti mana yang dijelaskan, sesebuah bengkel
mempunyai pelbagai peralatan, kelengkapan dan barangan yang bernilai tinggi. Sekiranya
kemudahan berkenaan tidak diuruskan dengan baik dan bersistematik, berkemungkinan
risiko berlakunya kemalangan secara tidak langsung meningkat.
Kita dapat lihat jika lebihan bahan kerja seperti habuk kayu, potongan kayu-kayu
kecil, batang besi dan sebagainya tidak diurus dengan betul dan bertaburan di atas lantai
bengkel. Ini menyebabkan pergerakan kita akan tergangung dengan kehadiran bahanbahan tersebut dan risiko terjatuh meningkat secara tidak langsung. Ia juga menyebabkan
hilang fokus semasa mengalihkan barang ke tempat yang baru.
Peraturan yang ada hendaklah di patuhi dan pihak penurusan sentiasa memastikan
bahawa pengguna bengkel mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan
risiko kemalangan di dalam bengkel berlaku.

12

Penyelenggaraan alatan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan alatan yang
tersebut selamat digunakan. Menjadi tugas pengurusan untuk memastikan semua alatan
dalam keadaan baik untuk digunakan dan jika perlu, perbaiki alatan sebelum digunakan.
Tujuan yang kedua ialah mengelakkan dari berlaku kemalangan. Kemalangan akan
mudah berlaku jika tiada system pengurusan di wujudkan dalam sesebuah bengkel. Dengan
adanya sistem pengurusan, ia memberi tanggungjawab bengkel kepada seseorang. Ini
memudahkan laporan, aduan serta pengawasan dijalankan.
Melihat keadaan dimana seorang pengguna secara tidak sengaja mengambil pahat
yang telah patah matanya. Melalui pengurusan yang ada, pengguna tersebut terus
melaporkan kepada pengurusan agar diamabil tindakan seterusnya dan sebaliknya, jika
tiada sistem pengurusan, risiko kemalangan meningkat jika pengguna terbabit terus
menggunakan alatan tersebut yang sepatutnya di selenggarakan terlebih dahulu.
Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan sistem pengurusan yang
memerlukan kerjasama di antara guru dan murid. Sistem ini menjamin keadaan bengkel
yang teratur dan selamat semasa bekerja. Murid mesti mematuhi peraturan-peraturan
keselamatan dan jadual kerja yang telah disediakan oleh guru.
Organisasi bengkel dibentuk untuk memastikan makmal sentiasa bersih dan kemas
dan memastikan alat dan kelengkapan makmal sentiasa dalam keadaan teratur. Begitu juga,
organisasi dibentuk untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan semasa bekerja.
Selain itu, tujuan penubuhan organisasi keselamatan bengkel adalah untuk
memastikan sistem pengurusan di bengkel lebih teratur dan bersistematik, memastikan
keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel. Justeru,
memastikan bengkel dalam keadaan teratur dan kemas dan menentukan kumpulan yang
bertanggungjawab. Memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan
di tempat yang selamat dan melatih murid bersifat bekerjasama dan bertanggungjawab.

13

14

A) Peraturan keselamatan
Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
(i) Peraturan keselamatan am
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Masuk bengkel dengan kebenaran guru.


Dilarang membawa beg.
Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat.
Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak digunakan.
Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah

digunakan.
7) Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar bengkel kecuali dengan izin guru.
8) Laporkan segera kemalangan kepada guru atau guru besar.
9) Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam Buku Rekod Kemalangan.
10) Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa.
11) OFFkan semua suis sebelum meninggalkan bengkel

(ii) Peraturan keselamatan diri


1)
2)
3)
4)

Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.


Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel.
Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut yang bertutup.
Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau diikat hujung tudung bagi murid dan

guru perempuan.
5) Fahami dengan betul

sebelum memulakan kerja dan mendapat bimbingan guru

sekiranya terdapat sebarang keraguan.


6) Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja.
7) Cuci tangan selepas bekerja.

iii. peraturan keselamatan alatan dan bahan

15

B) Peralatan keselamatan
Nama Alatan
Gogal

Gambar Foto

Kegunaan
Digunakan semasa melakukan kerja
berikut:
a. Menggerudi
b. Mencanai
c. Memahat

Pelindung telinga

Digunakan semasa melakukan kerja


berikut:
a. Mencanai
b. Memotong besi

Sarung tangan kulit

Digunakan semasa melakukan kerja


mengimpal

Kasut keselamatan

Murid haruslah menggunakan kasut


keselamatan atau kasut yang sesuai
sepanjang berada didalam bengkel

16

C) Tatacara pakaian keselamatan

Gambar foto : contoh pakaian yang sesuai

17

18

D) Alat pemadam api


Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam pelbagai
jenis dan bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca kebakaran.
Jenis Pemadam Api, Kegunaan Dan Cara Penggunaannya.
Jenis Pemadam Api
Memadam

Kegunaan
kebakaran

melibatkan

bahan

yang
pepejal

seperti kayu, kain dan kertas

Cara Penggunaan
1. Cabut pin keselamatan
pada tuas.
2. Halakan muncung ke
arah api.
3. Tekan tuil.

Kelas A : Jenis Air


Memadam

kebakaran

yang

1. Cabut pin keselamatan

melibatkan bahan cecair dan

pada tuas.

gas mudah terbakar seperti

2. Halakan muncung ke

minyak, cat, varnish, gas asli

arah api.

dan gas asetilena.

3. Tekan tuil.

Kelas B : Jenis Buih


Memadam
berpunca
seperti

kebakaran
dari

papan

arus

yang
elektrik

1. Cabut pin keselamatan


pada tuas.

transformer, 2. Halakan muncung ke

peralatan kuasa elktrik, gas dan

arah api.

wap.

3. Tekan tuil

Kelas C: Jenis Karbon


Dioksida
Memadam

Kelas D : Jenis Serbuk Kering

kebakaran

yang

1. Cabut pin keselamatan

melibatakan bahan logam dan

pada tuas.

bukan logam seperti kalium,

2. Halakan muncung ke

magnesium, natrium, titanium

arah api.

dan

3. Tekan tuil.

kebakaran

yang

boleh

dipadamkan oleh pemadam api


kelas A, B dan C.

19

E) Pertolongan Cemas
Definisi Pertolongan Cemas
Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. Usaha rawatan
pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat
rtawatan dari doktor.
Matlamat utamanya ialah untuk menyelamat nyawa, mengelakkan kecederaan dari
bertambah buruk, mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih
oleh doktor.
Jenis-jenis Luka Rawatan Pendarahan Eksternal Secara Umum

Jenis-jenis Luka

i) Luka-luka kecil .
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti
plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan
kuman.
Langkah pertama rawatannya adalah membersihkan tangan dengan sabun.Jangan
sentuh luka dengan tangan kotor. Seterusnya, cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar
supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. Langkah ketiga ialah keringkan perlahanlahan dengan tisu atau tuala yang steril. Melekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan
bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Langkah terakhir ialah menggunakan pembalut
untuk memegang plaster.

20

ii) luka kecil yang ada benda asing.


Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang
terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan
anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat
rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek
dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah pertama rawatannya adalah membersihkan tangan anda dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. Seterusnya, mencuci lika dari tempat luka ke arah
keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. Langkah ketiga ialah keringkan
perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril. kawal pendarahan dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
Langkah keempat ialah tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan
risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh
membalut tanpa menekan objek. Selepas membuat rawatan kepada mangsa, bawa mangsa
ke hospital.

F) PEMBEBATAN & PEMBALUTAN


Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk
menutup luka.
Fungsi pembebat dan balutan adalah mencegah jangkitan kuman, menyerap kotoran
yang keluar seperti tanah dan darah dan mengawal pendarahan dan melindungi luka.
Jenis-jenis pembebatan ialah paraffin yang biasanya digunakan untuk luka besar
pembebat melekat. Plaster yang digunakan untuk luka kecil pembebat berubat. Gauze dan
kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman pembebat- pembebat biasa.
Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah Pembalut bergulung yang berasal dari kain kasa.
WOW bandage pembalut segi tiga, lebar dan tirus dan terdiri daripada kain segi tiga dari
jenis kain kaliko. Pembalut cincin yang diperbuat daripada pembalut tirus dan pembalut kain
krep yang biasanya digunakan untuk kes terseliuh .

21

Cara dan kaedah Pembebatan (dressing) & Pembalutan

G) JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori;
1.Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka.
2.Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.
3.Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak,
paru-paru dan lain-lain.
4.Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
5.Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
6.Patah simple. Tulang patah dua sahaja.

H) TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG


Mangsa akan berasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot. Mangsa mendengar bunyi
atau merasa tulang patah. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera. Tanda yang
kemungkinan ialah bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal. Keadaan
bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot. Bentuk,kedudukan atau
pergerakan sendi tidak normal.

22

I) PRINSIP RAWATAN SECARA AM


Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :
1

Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti

2
3
4
5
6
7
8

gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.


Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam.
Lakukan rawatan ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh.
Tutup dengan kain yang bersih.
Halang pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan

pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak
menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

J) Peti Pertolongan Cemas


Peti pertolongan cemas sangat penting ketika memberi pertolongan kepada mangsa.
Setiap orang perlu mengetahui nama peralatan dan ubatan yang terdapat dalam perti
pertolongan cemas. Ubatan yang disimpan di dalam peti ini hendaklah dilebelkan nama,
jenis serta kegunaannya. Peti tersebut tidak harus dikunci dan hendaklah diperiksa dari
masa ke semasa. Bagi memastikan kandungannya cukup serta dalam keadaan yang
sempurna.

peti pertolongan cemas

23

K) PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN


Rekod kemalangan mengandungi maklumat kecederaan atau kemalangan yang berlaku di
bengkel Kemahiran Hidup.
Rekod kemalangan dapat membantu guru :
i. Mempertingkatkan pengurusan bengkel
ii. Memastikan kemalangan yang sama tidak berulang
Bi

Tarikh

Masa Nama

l
1

28.09.2014 10
pagi

Kelas Jenis

Guru

Rawata

T.T

Saksi

Kemalangan Bertanggungjawab n
Luka
Encik abu bin Ali
Diberi

Kamal

Yusuf

terkena

rawatan

bin

bin

gergaji

dalaman

Karim

Abd

4A

Ahma

(4A)

Yahya

bin Y
(4A)
iii. Menjadi sumber rujukan kepada pihak tertentu jika memerlukan siasatan lanjut sebagai
bukti untuk menentukan sama ada langkah-langkah pencengahan kemalangan yang
diamalkan berkesan mahupun tidak
Contoh Rekod kecemasan dan kemalangan makmal/bengkel kemahiran hidup

24

Soalan 4
Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan.
PENGURUSAN KEWANGAN
(a) SUMBER KEWANGAN
Pada awal tahun, Bahagian Kewangan Kementrian Pelajaran akan menyalurkan
peruntukan kewangaan mengikut taraf sekolah iaitu Pusat Tanggungjawab (PTj) dan
sekolah bertaraf Bukan Pusat Tanggungjawab (PTj). Sekolah-sekolah yang bertaraf PTj
akan menerima peruntukan secara waran bantuan kerajaan. Segala bayaran adalah melalui
Jabatan Akauntan Negara. Sekolah-sekolah bertaraf bukan PTj pula akan menerima
peruntukan secara geran melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Geran yang diterima
daripada JPN dibayar terus melalui akaun bank sekolah.
Semua sekolah akan menerima bantuan PCG (per capita grant). Bantuan PCG (per
capita grant) dieberikan oleh kerajaan kepada semua sekolah sama ada sekolah PTj atau
sekolah bukan PTj mengikut bilangan murid sekolah itu. PCG yang diberikan adalah
berbentuk PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran. PCG untuk mata pelajaran
termasuklah mata teras, wajib, tambahan, atau bahasa asing dan elektif.
Selain bantuan kewangan PCG, sekolah juga menerima bantuan kewangan melalui
Kumpulan Wang Sumbangan Orang Awam (SUWA). Wang SUWA sekolah ialah wang yang
diterima oleh pihak sekolah selain daripada pemberian bantuan daripada pihak kerajaan.
Antara punca-punca kewangan yang boleh diambil diambil sebagai Wang Suwa ialah yuran
khas daripada murid-murid, derma daripada orang ramai, sewaan harga sekolah dan jualan
daripada kedai buku sekolah . Wang yang dikutip boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi
perbelanjaan yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid.
Peruntukan dan wang yang diperolehi oleh pihak sekolah akan dibahagikan kepada
panitia-panitia atau guru kanan mata pelajaran. Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah, sumber kewangan adalah melalui PCG dan SUWA. Guru Panitia
Kemahiran Hidup boleh menggunakan peruntukan ini untuk mata pelajaran mereka. Namun,
prosedu-prosedur pengurusan kewangan dan perbelanjaan haruslah selaras dengan
Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunana Sekolah yang dikeluarkan olen
Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM).

25

(b) PERANCANGAN PEMBELAJARAN


Pengurusan kewangan organisasi seperti sekolah adalah proses penggunaan wang
secara optimum supaya organisasi itu dapat mencapai objektif pedidikan yang
ditetapkan. Pengurusan kewangan yang cekap bukannya bermakna penjimatan tetapi lebih
kepada pengurusan kewangan yang memberikan pulangan pendidikan terbaik.
Para pengetua dan guru-guru perlu memahami maksud dan konsep akauntabiliti
dalam pengurusan kewangan sekolah. Akauntabiliti merupakan satu proses yang
melibatkankan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai,
barangan(aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi ataupun
sekolah. Oleh itu,para pengetua perlu mentadbir kewangan sekolah mengikut panduan
dalam Buku Panduan Sekolah, Arahan Perbendaharan, dan surat-surat pekeliling
kewangan.
Menurut Adi Badiozaman (2001), terdapat tiga aspek kewangan yang perlu diberi
perhatian oleh pemimpin sekolah dalam usaha meningkatkan dan menjamin akauntabiliti
dan keberkesanan pengurusan kewangan di peringkat sekolah masing masing. Pertama,
ialah tahap penglibatan pengetua dalam hal-ehwal pengurusan kewangan. Kedua, ialah
kecekapan mengenal pasti dan memperbaiki beberapa kelemahan dalam pengurusan dan
pengawalan kewangan. Ketiga, ialah kemahiran dan keupayaan mewujudkan beberapa
pendekatan dan mekanisme pengurusan bagi meningkatakan akauntabiliti dalam kalangan
semua pihak warga sekolah.
Seseorang pengetua atau pemimpin di sekolah haruslah mewujudkan satu sistem
pengurusan yang cekap dan berkesan bagi memastikan matlamat sekolah tercapai.
Sehubungan dengan itu,

satu jawantankuasa kewangan bagi mengendalikan urusan

kewangan sekolah haruslah ditubuhkan.


Jawantan kuasa ini biasanya dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar selaku
pengawai pengawal di sekolah dan dibantu oleh penolong kanan selaku naib pengerusi.
Setiausaha jawantankuasa kewangan boleh dilantik di kalangan pembantu tadbir sekolah.
Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Ketua
Bidang, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Juruaudit Dalaman sekolah. Tujuan Juruaudit
Dalaman

adalah mengkaji kelemahan dalam sistem

Pengurusan Kewangan Sekolah.

Juruaudit dalaman hendaklah terdiri daripada guru yang tidak terlibat dalam
menandatangani cek bayaran.

26

urusan

27

Organisasi jawatankuasa kewangan sekolah

Pengerusi
Guru Besar

Naib Pengerusi
Penolong
Kanan

Setiausaha
Pembantu
tadbir

Penolong
Kanan
(HEP)

Juru Audit
Dalaman

Ketua bidang

Guru Kanan
Mata Pelajaran

Tugas ahli jawantankuasa kewangan sekolah adalah untuk mengawasi, mengesan


dan menyelia semua urusan kewangan mengikut peraturan yang berkuatkuasa meliputi
pengurusan perbelanjaan, perakaunan, pungutan dan tunggakan hasil, penyediaan dan
pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan sekolah.
Guru Kanan Mata Pelajaran atau Guru Panitia akan menerima peruntukan daripada
Guru

Besar. Guru itu kemudiaanya akan membuat perancangan perbelanjaan tahunan

panitia berdasarkan peruntukan per kapita murid (PCG). Perancangan perbelanjaan itu
dibuat mengikut keperluan panitia. Contohnya, ketua panitia Kemahiran Hidup sekolah
rendah akan merancangkan perbelanjaan tahunan pada awal tahun.

28

Contoh Anggaran Perbelanjaan Panitia Kemahiran Hidup.


SJK (C) AIK HUA,TAIPING PERAK.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 2014
Bil.
1.

Huraian Aktiviti
Menghasilkan projek kerja kayu

Anggaran Kos

Tarikh

RM 640.00

Perlaksanan
Februari hingga

RM 8X80 =RM 640

2.

Ogos

Membeli bahan habis guna

RM 300.00

a) Syelek

Februari hingga
Mac

b) Thinner
d) Cat
3.

e) Paku
Penyelengaran bengkel dan peralatan

RM 300.00

Februari hingga

4.

Membeli alat bantu mengajar untuk P&P Guru KH

RM 350.00

Mac
Februari hingga

a) Carta

Ogos

b) Model
Jumlah Besar

RM 1590.00

DISEDIAKAN OLEH
..
(PN. KOAY BEE LENG)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup

29

(c) BIDANG TUGAS GURU


Bidang Tugas guru adalah mengikut jawatan yang dipegang di sekolah masingmasing. Antara bidang tugas Guru Panitia Kemahiran Hidup ialah mematuhi tatacara dan
prosedur perbelanjaan yang betul, membuat anggaran perbelanjaan kewangan tahunan
untuk panitia berdasarkan peruntukan PCG (per grant capita) dan Wang SUWA (Kumpulan
Wang Sumbangan Orang Awam) dan memaklumkan anggaran perbelanjaan pantia kepada
pengetua. Membeli peralatan bengkel dan merekod stok, memastikan stok sentiasa
dikemas kini dan memastikan kemudahan dan kelengkapan di bengkel Kemahiran Hidup
diselenggarakan dengan baik.

(d) PEMATUHAN PROSEDUR PERBELANJAAN


Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan di mana pengurusan aset dan
kewangan adalah amat penting.Mengikut pernyataan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan (2000), pihak sekolah perlu mematuhi peruntukan dalam Akta
Kewangan dan Arahan Perbendaharaan di samping peraturan-peraturan yang dikeluarkan
dari semasa ke semasa oleh pihak Kementrian Pendidikan melalui surat-surat pekeliling.
Guru panitia atau guru Kemahiran Hidup haruslah mematuhi tatacara dan prosedur
perbelanjaan yang betul.
Guru-guru perlu mengelakkan perkara-perkara yang tidak mematuhi prosedur.
Antara perkara yang tidak mematuhi prosedur ialah, membuat pembayaran menggunakan
wang awam dengan cara tidak teratur, menyebabkan berlakunya kekurangan atau
kehilangan wang awam/harta benda kerajaan, gagal menyelenggara akaun dan rekod
kewangan dengan sempurna, Kesalahan-kesalahan ini boleh dikenakan surcaj berdasarkan
Perkara 18 dalam Akta Prosedur Kewangan 1957.

30

PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN


Perolehan merangkumi peruntukan bekalan dan perkhidmatan dilakukan daripada
perbelanjaan sekolah. Terdapat beberapa jenis perolehan iaitu perolehan bekalan,
perolehan perkhidmatan, dan perolehan kerja. Perolehan bekalan adalah perolehan barang
dan peralatan. Contohnya, peralatan bengkel, perabot, dan bahan mentah.
Sebagai ketua panitia atau guru Kemahiran Hidup, perolehan boleh dibuat oleh
sekolah melalui beberapa cara. Cara yang pertama ialah perolehan melalui kontrak pusat.
Bekalan yang terdapat dalam kontrak pusat hendaklah dibeli terus daripada pembekal yang
disenaraikan dalam kontrak pusat.
Walau bagaimanapun, sekolah dibenarkan membeli di luar kontrak pusat sekiranya
pesanan itu tidak mencapai had pesanan minima yang ditetapkan dalam Pekeliling Kontrak
Perbendaharaan bagi barangan berkenaan. Sekiranya bekalan tidak disenaraikan dalam
kontrak pusat, pembelian hendaklah dibuat daripada pembekal yang mengenakan harga
yang berpatutan dan berkualiti, tertakluk kepada nilai bekalan tersebut. (Tatacara
Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, 2012).
Terdapat beberapa prosedur perolehan yang perlu dipatuhi oleh guru panitia
Kemahiran Hidup untuk pembelian barang melalui kontrak pusat. Pertama sekali, Mesyuarat
Jawatankuasa Kewangan Sekolah perlulah diadakan. Setelah mengetahui peruntukan yang
ada untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup, guru panitia tersebut harus menyediakan
anggaran belanja mengurus.
Selepas itu, guru tersebut perlulah menyemak semua peruntukan kewangan
daripada pihak pejabat ataupun kerani kewangan. Guru itu kemudiaannya boleh mengisi
Borang Nota Minta dan memilih pembekal yang telah berdaftar dengan kontrak pusat. Guru
boleh merujuk kepada Guru Besar ataupun kerani untuk senarai pembekal yang berdaftar.
Selepas itu, barulah pesanan tempatan dikeluarkan. Contoh Borang Nota Minta dapat dilihat
dalam Rajah di bawah.

31

NOTA MINTA
Rujukan : ...................................
Tarikh

: ...................................

Kepada
Pengetua
...............................................
Daripada:.................................
Jawatan: ................................
Permohonan Mendapatkan Bekalan Peralatan Bagi Tahun ..................................
Berhubung dengan pekara tersebut di atas, diharap dapat tuan meluluskan permohonan
mendapatkan bekalan seperti berikut :Bil

Perihal barang

Kuantiti

Catatan

Anggaran Tarikh
Harga

Pengetua/

Diperlukan

Besar

Peruntukan : .............................................................
Subsisiari matapelajaran : ............................................
Baki peruntukan semasa : .............................................
Sekian, terima kasih
Yang Benar,

Permohonan di atas Diluluskan/Tidak

Diluluskan
T.T. Pemohon

T.T. Pengetua/Guru Besar

.................................................
(

................................................

Tarikh:

Tarikh:
Contoh Nota Minta

32

oleh
Guru

Selepas menerima barang, guru haruslah menilai dan menganilisis barang tersebut.
Guru harus memastikan barang yang diterima elok dan selamat digunakan. Sekiranya tiada
masalah, guru boleh merekod stok. Kemudian, pembayaran akan dibuat oleh pihak sekolah.
Akhirnya, guru boleh merekod keluar stok yang digunakan.
ditunjukkan dalam Gambar Rajah di bawah.

Carta Aliran Proses Pembelian

33

Prosedur pembelian dapat

Kaedah kedua ialah pembelian melalui kontrak pusat sistem panel. Perolehan
melalui item di bawah Kontrak Pusat Sistem Panel hendaklah diuruskan sendiri oleh setiap
sekolah di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik.
Kaedah yang ketiga ialah pembelian terus. Pembelian setiap jenis item yang
melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM 50,000 boleh dibuat melalui
pembelian terus. Pembelian boleh dibuat dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau
tidak berdaftar dengan Kementrian Kewangan, sama ada bertaraf bumiputera atau bukan
bumiputera. Pembelian haruslah dibuat kepada pembekal yang biasa dipercayai dan
memberi harga yang terbail. Namun demikian, guru haruslah mendapatkan kelulusan Ketua
Pusat Tanggungjawb (PTj) hendaklah diperoleh bagi semua perolehan melebihi RM 20,000
setahun bagi setiap item.
Kaedah yang keempat ialah sebut harga. Kaedah perolehan bekalan, perkhidmatan
dan kerja yang melebihiRM50,000 hingga RM100,000 dengan mendapat senarai harga
sekurangkurangnya dari 5 buah syarikat. Dalam hal ini, guru panitia atau guru Kemahiran
Hidup haruslah bekerjasama dan mendapatkan bantuan daripada Guru Besar. Guru Besar
hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebut harga (Notis Sebut Harga) di papan
kenyataan awam sekolah masing-masing. Notis tersebut hendaklah menyatakan sekolah
yang memanggil sebut harga, tajuk sebut harga, syarat kelayakan penyebut harga, bidang,
tempat sebut harga perlu dihantar, dan tarikh tutup sebut harga.
Tempoh sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut dan
pemberitahuan sebut harga sentiasa dipamerkan di papan kenyataan sepanjang tempoh
tersebut. Kaedah pelawaan sebut harga hendaklah dilaksnakan sama ada melalui pos
berdaftar, pos laju, ataupun serahan tangan. Satu daftar hendaklah diselenggarakan untuk
mencatatkan senarai edaran sebut harga atau pembekal yang telah mengambil sendiri
dokumen sebut harga.
Semua borang sebut harga hendaklah diberi nombor siri untuk pengawalan. Satu
penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran harga sahaja. Tawaran
alternatif adalah tidak dibenarkan. Sebut harga hendaklah dietrima, dijadualkan, dan
dilaksanakan sebagaimana bagi tender.

34

REFLEKSI
Saya Koay Bee Leng (29056) dari unit M3 sangat bersyukur kerana dapat
menyelesaikan kerja kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah ini dengan lancar. Saya juga berasa berpuas hati dengan tugasan
kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Semasa saya menerima tajuk kursus daripada pensyarah, saya berasa binggung
kerana saya tidak ada satu gambaran tentang apa yang perlu dibuat. Tetapi amat
bertuahnya saya mendapat rakan-rakan yang banyak memberi bantuan serta
nasihat dari pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Siti Kamariah Binti Rizuwan.
Tugasan Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
ini merupakan satu cabaran baru kepada saya.Dalam proses menyiapkan tugasan
ini, saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mencari maklumat dan
mengumpul maklumat tentang pengurusan bengkel, pengurusan kewangan serta
pengurusan bahan dan alatan.
Banyak maklumat telah saya perolehi setelah pergi ke perpustakaan. Di sana,
terdapat banyak bahan ilmiah tentang subjek ini yang dapat saya gunakan dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja, di perpustakaan terdapat bahan
bacaan tentang subjek kemahiran hidup yang menjadi perkaitan dalam tugasan ini.
Walaupun begitu, kekeliruan tentang fakta sering berlaku kerana kurangnya
pemahaman yang mendalam terhadap fakta tersebut. Manakala, daripada internet,
kami telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun,
kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan kami
untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu.
Antara cabaran yang telah saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah
kurangnya pemahaman tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Ini
merupakan kali pertama bagi saya mengetahui tentang pengurusan bengkel,
pengurusan kewangan dan pengurusan bahan dan alatan. Setelah melakukan
beberapa perbincangan bersama rakan, masalah ini dapat diatasi. Bukan itu sahaja,
dalam menyiapkan tugasan ini, saya berdepan masalah dalam memilih bahan yang
harus dimasukkan dalam tugasan ini. Setelah melakukan kolaborasi, jalan
penyelesaian telah dapat dicapai.

35

Walaupun begitu sibuk dengan tugasan-tugasan lain yang telah diedarkan


oleh pensyarah, maka saya telah belajar sesuatu perkara yang telah saya fahami
setelah sekian lama. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu kita dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. Ditambah dengan tugas sebagai seorang
guru di sekolah dan sebagai seorang pelajar di institut ini maka seharusnya
pengurusan masa yang betul harus diamalkan. Pengurusan masa yang betul
membantu kita dalam mengurus diri dan tugas yang akan kita tempuhi.
Kesimpulannya, walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, ia akan
menjadi satu panduan yang sangat berguna kepada saya dalam menempuhi dunia
pembelajaran yang sentiasa berubah mengikut zaman. Saya juga berharap agar
segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat
diaplikasikan dalam dunia pendidikan yang sebenar. Di samping itu, saya
mempelajari sesuatu yang tersirat dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya
menghadapi kekangan dalam masa dalam menyiapkan tugasan ini, namun dengan
pengurusan masa yang efektif, kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Tugasan ini telah memberi banyak pengalaman dan pengajaran baru kepada
saya. Sebagai seorang bakal guru, saya berkeyakinan bahawa saya boleh
memberikan sumbangan saya kepada Negara dengan membantu melahirkan pelajar
yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek. Akhir kata, tugasan ini
melatih bakal-bakal pendidikan supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas
pengalaman,

kekuatan

dan

kelemahan

diri

serta

mengambil

tindakan

penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.


Saya berasa amat gembira dengan kebolehan saya kerana Berjaya
menghasilkan satu tugasan yang cukup berkualiti ini. Saya berasa amat bertuah
kerana puan banyak membantu saya untuk melalui semester ini dengan berjaya.
Sekian terima kasih.

36

Rujukan
Buku
Kemahiran Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 1. (1990). Kuala Lumpur: AMK
interaksi Sdn Bhd.
Kow, Y. A. (1989). Kemahiran Hidup Tingkatan 1 Perdagangan dan
Keusahawanan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Salleh, z. b. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor: Cerdik
Publication Sdn Bhd.
Tahir, T. M. (1991). Panduan Kemahiran Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 1.
Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn bhd.

Internet
Kemahiran Hidup. Retrieved from http://www.slideshare.net/ann_koay/savedfiles?
s_title=kemahiran-hidup-sekolah-rendah&user_login=ideal90
Kemahiran Hidup. Retrieved from http://rbt3117.blogspot.sg/
Pengurusan Organisasi Bengkel. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/37552684/4ORGANISASI-PENGURUSAN-BENGKEL
Pengurusan dan keselamatan bengkel. Retrieved from
http://www.scribd.com/doc/88469136/Pengurusan-Dan-Keselamatan-Bengkel

37

Lampiran

38