You are on page 1of 42

Model-model Disiplin Bilik Darjah

http://yonegaring.blogspot.com/2010/11/blog-oh-blog.html
1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar.


Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi.
Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid
tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang
berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk
mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang
bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani
murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk
mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik
darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung
dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi
Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts,
Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh
dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah
dengan lebih berkesan.

2.0 KONSEP DISIPLIN


Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud
mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.
(Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula
menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara
keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus

atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan
hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam
konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin
merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
(Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada
pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik
darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik,
terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan
kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model
tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif
Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model
Terapi Realiti Glasser

2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner


Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Model ini
menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran
untuk

meningkatkan

tingkah

laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel,Pengurusan Bilik Darjah, 2008 ).


Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan
di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah
laku murid yang diingini. Manakala peneguhan

negatif pula berlaku apabila

rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk
meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar
supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang
diberi. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan
adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas
dan guru membuat amaran kepada pelajar. Pelajar berhenti membuat bising
dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan

peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini
ditunjukkan.

2.2 Model Disiplin Asertif Canter


Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive
Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan
dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model
ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan
disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan
tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu,
penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan
lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi
guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih
tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam
persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter
berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan
tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil
berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif
perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah
laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid
yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model
Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan
Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan
pembetulan kepada murid-murid:
bertindak tenang
konsisten

Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.


Beri peluang murid luahkan perasaan.
Teguran langsung kepada murid peringkat rendah
Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3 Model Akibat Logikal Dreikurs


Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik
darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru
yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman.
Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku
dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh
sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap
pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif
tersebut ialah:
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru
dengan cara yang salah.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai
bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru
jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba
kenal pasti punca kelakuan mereka.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui
motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang
yang lemah dan tidak upaya.
Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah
menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif
iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu

murid

tukar

matlamat

salah

kepada

matlamat

sebenar,

bimbing

murid

bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di


sebalik tingkah lakunya.

2.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin.


Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah
iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management
merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal
dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga
akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan
pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan
disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model
Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:
1)

Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua

atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.
2)

Merangkumi

semua

(withitness): Ia

merujuk

kepada

kebolehan

guru

membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak
boleh dikawal.
3)

Momentum

(momentum)

: Ia

merujuk

kepada

kebolehan

guru

untuk

menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.


4)

Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5)

Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain

daripada respons seorang murid sedang diberikan.


6)

Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid

bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.


Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah
seperti berikut:

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi


tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah
dikenali sebagai kesan riak (ripple effect).
Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah
dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah
yang dicipta oleh Kounin.
Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan
mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk
pengurusan kumpulan dengan berkesan.
Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan
menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan
memastikan pembelajaran optimal berlaku.
Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan
atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.5 Model Terapi Realiti Glasser


Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti.
Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944,
ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang
kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah
menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang
dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral
dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser
menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang
menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.

Setiap

individu berupaya

untuk

berubah

dan

hidup

secara

berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.


Setiap

individu bertingkah

laku

mengikut

cara

tertentu agar

dapat

membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.


Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan
masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut.
Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu
berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas
yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus
mempertingkatkan

cara penyoalan.

Guru

juga

perlu

mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk


satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak
berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid
dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia
mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu
bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak
berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:

Membantu murid membuat pilihan yang wajar

Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi

Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau

Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah

laku mereka

Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku

Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN


Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan
berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku
di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi
melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif
seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan
segera dan pantas.
Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika
sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada
guru, sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan beberapa
langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui
model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai
seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik
atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik
dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.
Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam
menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru
dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan
pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

3.1 Membina hubungan positif antara guru dan murid.


Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an
essential aspect creating a learning environment that support their learning and
promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003;
Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama
yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina
hubungan

positif

dengan

murid

bermula

daripada

hari

pertama

penggal

persekolahan sepertimana turut disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan
yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan

emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru
sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran
dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa
hormat murid kepada guru. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati
dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan
aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang tinggi oleh murid-murid dan
membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian
mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin
seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana muridmurid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik antara gurumurid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat
dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu guru
dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus mengurangkan
masalah disiplin.
Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama
murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya
tidak memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil
dengan menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid
kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh
ialah Kamu yang pakai cermin mata tu........ atau Poh Bedah, banyak sangat ye
kamu bercakap...... atau Awak yang mata sepet tu....... Sebaliknya berlaku pabila
guru mengingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul.
Mereka akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas
disamping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan
positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal
tingkah laku murid didalam kelasnya.
Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif
antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di
dalam bilik darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap
mengambil berat tehadap keperluan murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid
melakukan masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan murimurid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah

rasa

dipunyai

dan

disayangi.

Menurut

Glasser

kebanyakan

perencanaan

pengurusan bilik darjah berlaku dengan salah sebagaimana yang beliau katakan,
We are far too concerned with discipline, with how to make student follow rules,
and not enough with concerned with providing the satisfiying education that would
make our ever concerned with discipline unnecessaray.

Oleh itu hubungan baik

antara guru-murid adalah amat penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas


murid dan membantu dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah.
Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu
mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser
iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat
berleter,

suka

mendenda

dan

kerap

memberikan

ganjaran.

3.2 Menetapkan set peraturan bilik darjah.


Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang
dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi
asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah
laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan
satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke
semasa, guru boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada
peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan
dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan
lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid
memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan
bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru dan murid
perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan
dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama
menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan

adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah,
akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil
berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah
satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks
Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan
yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah
cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas
sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di
bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan
mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua
murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang
telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan
mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan
oleh Sally.
Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa
membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah
ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam
memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set
peraturan yang dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh
semua warga kelas dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata.
Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan
bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya
pemerhati. Disamping memberi peluang kepada guru untuk mengambil kesempatan
untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah. Selain
itu, guru juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan
metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh
mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan
peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :
Peraturan Kelas 2 Amanah
a)

Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain

b)

Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.

c)

Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.

d)

Menepati masa.

e)

Menjaga kebersihan bilik darjah

f)

Mematuhi peraturan sekolah.

3.3 Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.


Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan
yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana
dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan
pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam
Model Asertif Canter. Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan
pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa
peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan kepada
murid bahawa meniru kerja rumah rakanyang lain sebenarnya membawa kerugian
kepada diri murid itu sendiri. Mereka tidak dapat menguasai sub topik yang di ajar
oleh guru. Terlalu kerap meninggalkan bilik darjah pula akan mengakibatkan mereka
ketinggalan maklumat-maklumat dan isi pelajaran yang penting. Seterusnya guru
memberi penerangan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan. Contohnya
guru menghadkan murid ke tandas sekali sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali
hal-hal kecemasan. Guru perlu meastikan samada murid faham atau tidak peraturan
yag telah di terangkan. Hal ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang
telah ditetapkan, mereka mungkin akan mengulangi kesalahan disiplin yang sama.
Tingkah laku yang diingini pasti tidak dapat di bentuk. Kemudian, guru
memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika mereka mematuhi peraturan bilik
darjah. Pada peringkat ini guru boleh memberi pengiktirafan bagi yang mematuhi
peraturan dan mengenakan tindakan pembetulan bagi kepada sesiapa yang
melanggar

peraturan

sepertimana

yang

disarankan

oleh

Canter.

Canter

mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mengenakan
tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan tindakan
pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang. Sebagai
contoh, Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah memilih untuk

membuat 10 soalan yang lain yang akan saya berikan. Seterusnya tindakan
tersebut haruslah konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan
yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana murid. Guru juga memberi peluang
kepada murid untuk meluahkan perasaan. Murid-murid mungkin melakukan
kesalahan akibat tertekan atau faktor luar seperti masalah di rumah, mangsa
penderaan dan sebagainya. Penguhan boleh diberikan bagi mereka yang telah
membuat perubahan tingkah laku.

Seterusnya, langkah keenam untuk

penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu memastikan lagi sekali
kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk menerangkan kepada murid, guru
boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan
tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk
memastikan

murid

memahami

mengapa

peraturan

ditetapkan

dan

untuk

memastikan murid faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan tersebut dan


apakah tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana, kadangkala
masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau bermasalah
sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan disiplin dan tingkah
laku yang diingini oleh guru. Oleh sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan
kepada murid-murid kerana ia akan membatu mengurangkan masalah disiplin dalam
bilik darjah. Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik
Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:

Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4 Memberi teguran dan Kaunseling


Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk
peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa.
Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang
melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam
bilik darjah.
Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik
tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara

umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Ali berhenti
bercakap dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi.

Guru juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara satu
sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan
mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja
rumah dan menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan
kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu
menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak
berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model
Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca masalah tingkah
laku. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti punca murid-murid melakukan
masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid
yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan berbincang tentang masalahmasalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah dikemukakan oleh Glasser
dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, guru perlu membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru untuk
bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang telah kamu lakukan yang
telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? , Apakah yang patut kamu
lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau
kelas kamu? Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses
that student must make value judgement about what they are doing. Until they
realize that what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their
behavior.Guru perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang
tepat kerana setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka
sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling itu guru perlu murid perlu membantu
murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan sehingga mereka faham
bahawa perbuatan itu adalah salah.

3.5 Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah

Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah
disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa
pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati
rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika
kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang
terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan
yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan
yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk
menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli
kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan
oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai
itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya
nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan
terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan
yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah
disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan
sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh mendatangkan kesan
kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak dalam
membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana dapat mengurangkan
masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika
positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti
bertanyakan soalan-soalan berikut:
a)

Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b)

Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?

c)

Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam
bilik darjah contohnya:
Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan
baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti.

Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai
contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai
sahabat yang baik dan disukai.
Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu
sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai.
Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan
orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.
Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid
lain mengatakan bahawa dia tidak disukai.
Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk
menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga
menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil.
Maklumat ini akan membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di
dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat
menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses
pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya
dalam mengajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis semasa
menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid
yang selalu menganggu rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan
rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut
mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa kamu
menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila mereka memberitahu mereka
tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak
dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang
boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan
lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan
masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

3.6 Kepelbagaian dalam pengajaran

Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani
masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah
ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa
seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah
tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan.
Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada
berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum
beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah
mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi,
keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti
perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan
melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat
dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi,
mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa
perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi
dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan
ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada timbulnya
masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum pengajaran
yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&P.
Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran
dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan.
Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah,
guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang
dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat
merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggutunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan
pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat
murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant
event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap
hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar.

Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka dapat
memahami kepentingan topik tersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang
membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan
murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab
itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-teori
pembelajaran

seperti

pembelajaran

pembelajaran

penemuan

Bruner,

behavioris,

sosial

konstruktivisme,dan

dan

sosial

kognitif,

humanisme

dalam

membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang


menyeronokkan dan pelbagai.

3.7 Menggunakan modifikasi tingkah laku


Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan
tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku
secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah.
Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa
yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran
murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar
bilik darjah. Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi
tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah
langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk
mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik
ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat,
menentukan

strategi

bertindak,

merancang

prosedur

atau

plan

tindakan,

melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan


mengubah plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku
negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku
positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim
bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan


yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip
pelaziman dan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen
luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berbentuk
peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku
yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan yang ditekankan oleh Skinner iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian
berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah.
Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong muridmurid
memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah
laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang
mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah Enam Melur membuat dan
menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang murid yang bernama Ali meniru
kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan

menganggu rakan-rakan lain.

Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan ppositif kepada murid-murid
yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan boleh juga memberi hadiah
kepada murid yang menghantar tugasan paling awal. Dalam masa yang sama, Ali
yang merupakan seorang murid yang membuat bising, mengganggu rakan dan
meniru kerja rumah ini di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti pembelajaran
murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-murid lain yang melihat
keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Ali. Mereka
pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha sendiri. Melalui peneguhan
positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan
membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah
disiplin.
Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi
dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini
seperti meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan
merupakan tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu
tingkahlaku negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh
murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan
berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan

menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner
denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu
biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana
kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid
terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya berpendapat, guru tidak boleh mengunaan
teknik dendaan yang kerap di dalam bilik darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila
keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti mendenda murid tersebut berdiri di luar
kelas kerana sering datang lambat ke kelas walaupun telah diingatkan beberapa kali
atau murid tersebut lewat melebihi setengah jam. Teknik seterusnya dalam
modifikasi tingkah laku ialah reverse psyclogy yang merupakan Teknik psikologi
untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ianya memerlukan guru
mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap,
pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid
sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang
baik. Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu cadangan yang
amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada positif sekaligus
mengurangkan masalah disiplin. Namun begitu bagi mengubah tingkah laku yang
tidak diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.
4.0 Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik
anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat
penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran
harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan
terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya modelmodel pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk
disiplin murid. Maka terpulang kepada guru untuk menjayakan model-model tersebut
atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk
disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan
sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

http://www.sharepdf.com/2014/2/12/d0f8fcc1c2b44bb8af5a6a056534d5e9/61374795-Situasi-DiDalam-Bilik-Darjah.htm
Pengurusan Bilik Darjah
PENGHARGAAN
Assalamualaikum wbt
Setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan
Madzniah bt Md Jaafar kerana telah banyak member ilmu dan tunjuk ajar yang amat
berguna sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada rakan rakan disayangi kerana rajin membuat perbincangan ilmiah yang
banyak memberi idea untuk disumbatkan kedalam tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang banyak memberi
kemudahan yang bertaraf lima bintang yang telah memberikan keselesaan
sepanjang saya berada di maktab.
Ibubapa di kampong yang berkerja penat lelah, saya saying anda semua. Tanpa
anda siapalah saya.
ISI KANDUNGAN

Pengurusan Bilik Darjah


10 PENDAHULUAN

20 PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

2.1MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER

2.2MODEL ASERTIF CANTER

2.3MODEL LOGIKAL DREIKURS

2.4MODEL KELOMPOK KOUNIN

2.5MODEL TERAPI REALITI GLASSER

30 ANALISIS KAJIAN KES

3.1SITUASI DI DALAM BILIK DARJAH

3.2MODEL YANG DIGUNAKAN

3.3STRATEGI PENYELESAIAN

RUJUKAN

10

10 Pendahuluan

Pengurusan Bilik Darjah


Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak ysng khusus
atau

pola

tingkah

laku.

(American

Heritage

Dictionary

of

the

English

Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow (2009),
disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha
guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu muridmurid untuk berkelakuan baik.
Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang
dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai
aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan
sosial.
Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah
tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi,
kami akan menghuraikan model-model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan
bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan
dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif
Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti
Glasser.
Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh
keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan
mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan

menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga
model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal ini kerana
guru

akan

dapat

memahami isu-isu disiplin

dan masalah-masalah murid

dan

seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang
berilmu pengatahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi
yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang
mereka hadapi akan turut dibincangkan.

Pengurusan Bilik Darjah


20 Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan
masalah berhubung dengan peraturan dalam bilik darjah. Terdapat beberapa model
yang boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah yang bakal timbul dalam
kehidupan seorang guru apabila berhadapan dengan murid-murid bermasalah
sebegini.Model-Model disiplin

ini

sebenarnya

mempunyai

kelebihan

dan

kelemahannya sendiri, aplikasi model-model tersebut bergantung kepada keadaan


situasi dan kes yang dihadapi.
2.1Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil
karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan
tingkah laku dalam pembentukan keinginan. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia
diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan
individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman. Menurut teori ini, tingkah
laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas
melakukan sesuatu. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan
latihan yang kerap.
Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanakyang
mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan,

tingkah laku akan menjadi semakin lemah. Hukuman adalah berbeza dengan
pengukuhan negatif.
2.2Model Asertif Canter

Pengurusan Bilik Darjah


Model ini dicipta oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati banyak
guru kurang mampu mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Merupakan
sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini adalah salah satu
model yang termasyhur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami
dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Model ini juga jelas, tegas,
teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah.
Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian :
a)Peraturan
b)Pengenalan positif
c)Akibat/kesan
Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun, dan sentiasa
bertanggungjawab ke atas tingkah laku murid-muridnya. Seorang guru perlu
mempunyai perkara-perkara asas di dalam kelasnya, termasuk:
a)menggunakan persekitaran pembelajaran semaksimum mungkin.
b)mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan sikap murid
yang sentiasa dapat memberikan kerjasama.
c)mendapat bantuan apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa mahupun
penjaga murid-murid.
Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk:
a)mendapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama
mereka.

b)mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan


kerjasama yang positif.
2.3Model Logikal Dreikurs

Pengurusan Bilik Darjah


Pengajaran demokratik dan berdepan dengan kesalahan. Disiplin adalah bukannya
satu bentuk hukuman sebaliknya merupakan satu cara untuk mengajar muridmurid untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu
keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan.
Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar
memberikan perhatian kepadanya.
Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian,
kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.
Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanakkanak dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
2.4Model Kelompok Kounin
Model Kelompok Kounin menekankan aspek pengurusan kelas. Pembelajaran yang
optimal akan berlaku apabila guru sentiasa cakna tentang kemahuan dan keperluan
murid. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi pembelajaran
dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas yang kondusif
serta peka terhadap kemajuan murid.
Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:
a)Merangkumi semua (withitness)
Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta
menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu
latar belakang murid.
b)Bertindih (overlapping)

Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada


sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.

Pengurusan Bilik Darjah


c)Momentum (momentum)
Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka
adalah ciri-ciri guru yang peka.
d)Kelancaran (smoothness)
Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan
teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran.
Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
e)Fokus kumpulan (group focus)
Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu :
i.melibatkan murid secara keseluruhan
ii.mewujudkan P & P yang lebih menarik
iii. menarik perhatian murid
2.5Model Terapi Realiti Glasser
Perilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik atau
bijak. Glasser lebih menumpukan kepada perbincangan kelas. William Glaser
menegaskan nilai timbang rasa adalah penting.
Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa
membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga
sebaik- baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin berlaku jika
tersalah membuat pilihan.
Murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang
mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.

10 Analisis Kajian Kes

Pengurusan Bilik Darjah


Apabila seseorang guru berhadapan dengan sesuatu masalah di dalam bilik darjah,
beliau

perlu

mengaplikasikan model-model yang

sesuai

bagi

mencari

jalan

penyelesaian yang sempurna dan baik untuk menangani masalah yang dihadapi.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita harus memahami dan menyelamimodelmodel modifikasi yang kita pelajari agar kita akan peka terhadap perasaan pelajar
dan juga persekitaran bilik darjah. Hal ini dapat membantu kita untuk menganalisis
keadaan pelajar serta bilik darjah demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana
pembelajaran yang kondusif.
3.1 Situasi DI Dalam Bilik Darjah
Cikgu Ali merupakan seorang guru baru di sekolah Kebangsaan Seri Murni. Sebagai
seorang guru baru, Cikgu Ali merasakan beliau masih tidak dapat mengawal kelas
dengan baik. Cikgu Ali telah ditugaskan menjadi guru kelas bagi kelas 5 Biru. Cikgu
Ali mendapati terdapat beberapa orang murid di dalam kelas tersebut selalu
menimbulkan masalah ketika pengajaran di dalam kelas. Murid - murid tersebut
selalu membuat bising, menganggu rakan rakan yang lain dan tidak focus ketika
guru mengajar di hadapan. Sebagai seorang guru kelas, Cikgu Ali amat bimbang
dengan masalah ini kerana murid murid lain juga tidak dapat focus ketika
pengajaran dan pembelajaran berjalan.
3.2 Model Yang Digunakan
Berdasarkan situasi di atas, saya telah memilih Model Asertif Canter. Model ini
bagus kerana ia menegaskan tingkahlaku yang sopan dan baik di dalam diri setiap
individu. Selain itu, guru juga haruslah bertanggungjawab ke atas setiap tingkahlaku
murid. Di dalam model ini, guru harus menjadikan setiap pelajar mempunyai akhlak
akhlak dan nilai murni yang baik di dalam diri masing masing. Apabila
terdapat murid yang Berjaya menunujukkan tingkahlaku yang diingini, ganjaran
haruslah diberikan. Terdapat dua jenis ganjaran iaitu berbentuk material ataupun

bukan material. Ganjaran berbentuk material seperti gula gula, buku, pensil dan
sebagainya. Manakala

Pengurusan Bilik Darjah


ganjaran berbentuk bukan material seperti kata kata pujian, semangat dan
galakan daripada guru tersebut.
Selain itu, Model Kelompok Kounin juga merupakan model yang dapat digunakan
untuk menyelesaikan masalah pada situasi di atas. Model ini mementingkan
keupayaan guru untuk mengawal kelas dengan efektif dan berkesan. Guru yang
memilih model ini sebagai penyelesaian perlulah mempunyai nilai-nilai seperti
peramah, dapat melakukan banyak perkara pada suatu masa, mampu mengagak
sesuatu situasi yang bakal berlaku, berupaya memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berupaya
membuatkan pelajar fokus semasa proses pengajaran berjalan. Jika kesemua ciriciri ini ada di dalam diri guru tersebut nescaya beliau akan berjaya mengawal
kelasnya dengan baik dan masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan
sekali
3.2 Strategi Penyelesaian Masalah
Terdapat beberapa strategi yang dapat di gunakan oleh Cikgu Ali untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Di dalam situasi tersebut, Cikgu
Ali merupakan guru kelas 5 Biru. Di dalam kelas tersebut terdapat beberapa murid
yang bermasalah dan suka membuat bising di dalam kelas serta tidak fokus ketika
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sebagai guru kelas, Cikgu Ali boleh
membuat satu peraturan kelas yang ringkas, padat dan tegas untuk kelas
tersebut. Ini akan dapat mengawal keadaan kelas ketika waktu pengajaran dan
pembelajaran. Jika para pelajar dapat mengikut peraturan yang dibuat, guru perlulah
member peneguhan positif kepada para pelajar seperti pujian, ganjaran,
penghargaan dan lain lain. Peneguhan negative juga perlu dibuat jika para
pelajar tidak dapat mengikut peraturan yang telah dibuat seperti teguran dan
dendaan. Tetapi peneguhan ini perlu diberi mengikut kesesuaian.

Selain itu cikgu Ali juga boleh mengasingkan beberapa orang pelajar tersebut
supaya mereka tidak berkelompok. Cikgu Ali boleh menyusun semula kedudukan
mereka dengan menempatkan mereka duduk bersebelahan dengan mereka yang

Pengurusan Bilik Darjah


berminat untuk belajar. Dengan cara ini dapat mengurangkan gangguan ketika
pengajaran dan pembelajaran didalam kelas sedang berjalan. Seterusnya, Cikgu Ali
perlu memahamipunca-punca pelajar tidak berminat untuk belajar. Cikgu Ali
mungkin perlu menukar cara pengajaran seperti cara pengajaran yang memusatkan
pelajar. Ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaranpembelajaran dijalankan.
RUJUKAN
1 Banks, S.R. (2005). Classroom Assessment:Issues and practices. Boston:Pearson
Educ. Inc.

Pengurusan Bilik Darjah


2 Choong Lean Kheow, PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
3 Haliza Hamzah (2008). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4 Hardin. C.J.(2004). Effective Classroom Management: Models and Strategies for
Todays Classrooms. NJ: Pearson Merill Prentice Hall.
5 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penilaian Kendalian Sekolah. KL. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
6 Krause, K., Bochner, S & Duchesne, S (2003). Educational Psychology, Australia:
Thomson

7 Myint Sue Khine et al. (2005). Classroom Management, Singapore. Pearson


Prentice Hall (Ch.4)
8Santrock, J.W. (2006). Educational Psychology (3rd ed). New York: McGraw-Hill
9 Weinstein, C.S. & Mignano, A.J. (2007). Elementary classroom management (4th
ed.).Boston:McGrow-Hill (Ch.2)
10 Woolfolk, A.H.(2004). Educational Psychology (9th ed). Boston: Allyn & Bacon

Bahagian A
http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/04/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah.html

1.0 Pengenalan
Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus
Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan
bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya
adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada
tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman
yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid.
Seterusnya dalam model pengurusan tingkah laku terdapat tiga perspektif utama
yang ditekankan. Perspektif tersebut adalah:

i. Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin


ii. Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem
iii. Pengurusan bilik darjah sebagi satu pengajaran
Ketiga-tiga perspektif ini adalah saling berkaitan dan amatlah ditekan dalam modelmodel pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima
model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guruguru sekolah. Model-model tersebut ialah:

i. Modifikasi Tingkah Laku


ii. Model Disiplin Asertif Canter
iii. Model Akibat Logikal Dreikurs
iv. Model Pengurusan Kelompok Kounin
v. Terapi Realiti Glasser

Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Beliau
mengutarakan model ini adalah berasaskan prinsip bahawa semua tingkah laku
boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Pengukuhan ini boleh

berbentuk positif atau negatif. Beliau juga menekankan pengukuhan kontingensi iaitu
hubungan antara tingkah laku dan konsekuan yang membawa kepada kawalan
tingkah laku secara berkesan.

Manakala model Disiplin Asertif Canter pula diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter
pada tahun 1976. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh
bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi
amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu salah laku.
Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan
meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya, bersifat agresif
pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir
melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru
bersikap authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya adalah berkaitan dengan model Akibat Logikal Dreikurs atau dikenali
juga sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini telah diajukan oleh Dreikurs. Model ini
menekankan empat prinsip asas iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi anggota
sesuatu kelompok, semua tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh membuat
keputusan dan realiti dipersepsikan oleh manusia.

Bagi model Pengurusan Kelompok Kounin yang diutarakan oleh Jacob Kounin pula
berasaskan konsep kesan riak. Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru
menegur seorang murid, murid yang lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu
salah laku. Antara teknik yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti with-itness,
bertindan-tindih, kelicinan, momentum, dan kepekaan kelompok.

Akhirnya adalah melibatkan Terapi Realiti Glasser yang dipelopori oleh Glasser pada
tahun 1965. Model ini ditukar kepada teori kawalan dan kemudiannya kepada teori
pilihan. Prinsip-prinsip yang ditekankan adalah dengan menyatakan bahawa setiap
individu bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing serta berupaya untuk
berubah dan hidup secara berkesan jika bimbingan dan sokongan diberikan. Selain
itu, prinsip model ini juga mengkehendaki setiap individu bertingkah laku mengikut
cara tertentu mengikut kehendak masing-masing.

2.0 Kajian Kes


Encik Miller dan dua lagi guru Matematik yang lain telah menggunakan strategi
pengajaran secara berkumpulan untuk mengajar subjek tersebut. Setiap hari
selepas rehat, terdapat beberapa orang murid ke kelas Encik Miller dan yang
selebihnya ke kelas rakan-rakannya. Encik Miller berasa kecewa dengan proses
perjalanan menggunakan kaedah ini.
Hal ini kerana beliau mendapati bahawa masa banyak dibazirkan semasa muridmurid bertukar kelas, menyusun dan bersiap sedia semula setiap kali pertukaran
berlaku.kadang-kadang. Murid-murid yang tiba awal di kelas tersebut serta murid
dari kelas lain yang melalui laluan tersebut mengganggu rakan-rakan mereka di
dalam.
Selain itu, didapati beberapa orang murid tidak membawa bahan yang hendak
digunakan dalam proses pembelajaran. Semasa,Encik Miller mengajukan soalan
penyelesaian masalah, kebanyakan daripada mereka hanya membuat bising atau
melihat sekeliling. Dan apabila Encik Miller hendak memulakan pengajaran, beliau
begitu sukar untuk meminta murid berhenti dan bersedia untuk proses
pembelajaran. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh Encik Miller bagi
memastikan pengarajaran berkumpulan ini berjalan dengan lancar dan teratur?

3.0 Masalah yang timbul.

Berdasarkan keadaan dalam kes di atas dapat dikesan bahawa terdapat beberapa
masalah yang berlaku. Antara masalah-masalah yang dapat dilihat dalam kes ini
adalah:
i. pembaziran masa,
ii. keadaan pelajar yang terpaksa bersiap sedia dan menyusun semula minda
mereka,
iii. ketidakseragaman penukaran kelas,
iv. gangguan dari murid yang terlibat dan tidak terlibat dengan pembelajaran ini,
v. tidak mengendahkan soalan guru,
vi. sikap murid yang tidak membawa bahan pembelajaran dan
vii. sering berbual serta
viii. kesukaran guru untuk mengawal kelas.

4.0 Cara mengatasi dengan mengaplikasikan model pengurusan disiplin untuk


penyelesaiannya.

Berpandukan senarai masalah yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa kaedah


atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi
masalah yang melibatkan pembaziran masa, kaedah yang boleh digunakan adalah
dengan mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Model ini juga boleh
diaplikasikan bagi masalah kesukaran guru untuk mengawal kelas. Strategi yang
boleh digunakan oleh Encik Miller adalah dengan mengamalkan sikap asertif pada
peringkat permulaan. Pada kali pertama memulakan kelas tersebut, Encik Miller
perlu menyatakan terlebih dahulu peraturan-peraturan yang dikehendaki olehnya.
Encik Miller juga perlu mengingatkan rakan-rakannya yang lain untuk menyatakan
peraturan bahawa setiap murid perlu menepati masa. Cara yang terbaik adalah
dengan menamatkan lima minit lebih awal.perkara ini akan memudahkan murid
untuk bergerak dan bersiap sedia untuk kelas yang seterusnya. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu Encik Miller mengawal kelas. Naturalnya, kanak-kanak
akan mudah mengingati perkara pertama yang berlaku ke atas dirinya. Maka,
ketegasan amat diperlukan semasa kali pertama memasuki kelas.

Manakala bagi masalah ketidakseragaman penukaran kelas pula diselesaikan


dengan melaksanakan teknik yang terdapat dalam model Pengurusan Kelompok
Kounin. Teknik-teknik yang wajar digunakan adalah teknik kelicinan, momentum dan
kepekaan kelompok. Teknik kelicinan dan momentum diaplikasi sewaktu proses
penukaran berlaku. Encik Miller perlu memastikan murid berada dalam keadaan
selesa sebelum atau setelah bertukar kelas. Murid pula dinasihati dapat
meningkatkan momentum pergerakan mereka. Manakala kepekaan kelompok
diperlihatkan apabila Encik Miller peka terhadap masa untuk menamatkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan teknik ini lebih berkesan,
disarankan bahawa Encik Miller menyelaraskan jam di setiap kelas yang terlibat dan
menggunakan jam loceng. Jam itu akan berbunyi lima minit sebelum masa sebenar
tamat dan guru perlu menamatkan sesi pengajarannya.

Seterusnya, masalah yang berkaitan dengan keadaan pelajar terpaksa bersiap sedia
dan menyusun semula minda mereka, gangguan dari murid dan rakan sebaya
mereka serta tidak mengendahkan pertanyaan guru dapat dicegah melalui model
Akibat Logikal Dreikurs. Berdasarkan prinsip ini, perubahan tingkah laku terdorong
dalam seseorang individu dengan bimbingan daripada individu lain. Maka, model
sesuai diaplikasikan kerana salah laku itu perlu diubah dan seterusnya dikekalkan.
Encik Miller boleh membantu murid untuk mengubah tingkah laku tersebut.
Antaranya dengan memberi kesedaran dan menasihati setiap tingkah laku negatif

mereka. Jika, strategi ini tidak berjaya dilaksanakan, maka kaedah atau strategi dari
model-model lain boleh diaplikasikan. Misalnya menggunakan langkah yang telah
dinyatakan dalam Terapi Realiti Glasser. Dalam model ini, Encik Miller perlu
meningkatkan cara pertanyaannya. Sebagai contoh, Apa yang kamu lakukan?
adalah lebih berkesan daripada Mengapa kamu lakukan perbuatan itu?

Manakala bagi masalah yang berikutnya iaitu sikap murid yang tidak membawa
bahan pembelajaran dan sering berbual boleh diperbaiki dengan menggunakan
kaedah yang sama seperti di atas. Namun, strategi yang disarankan adalah dengan
melaksanakan model Modifikasi Tingkah Laku. Encik Miller boleh mengaplikasikan
strategi ini bagi masalah di atas juga. Model ini berasaskan prinsip pengukuhan.
Encik Miller perlu memberi ganjaran kepada murid yang membawa bahan
pembelajaran dan peneguh negatif apabila kesalahan dilakukan. Bagi murid yang
tidak membawa bahan pembelajaran atau berborak semasa guru mengajar, kaedah
time-out boleh digunakan. Encik Miller meminta murid untuk berada di belakang atau
pun hadapan kelas apabila melakukan sesuatu kesalahan walaupun setelah
beberapa ditegur dan diberi amaran.

Selain daripada cadangan penyelesaian yang telah dinyatakan, Encik Miller juga
boleh mengaplikasikan terus model Terapi Realiti Glasser. Seperti mana yang telah
dinyatakan di atas, dalam terapi ini ada 10 langkah yang disarankan. Berikut
merupakan langkah yang boleh diikuti oleh Encik Miller:
i. Mengenal pasti punca berlakunya masalah tersebut
ii. Memilih Strategi yang sesuai digunakan
iii. Mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihan yang menarik dan
relevan serta membina hubungan positif dengan murid
iv. Meningkatkan cara penyoalan
v. Membuat perbincangan dengan murid
vi. Meminta murid membuat pelan tindakan yang positif sambil dipantau oleh guru
vii. Menggunakan kaedah time-out yang masih berada dalam kelas
viii. Menghantar murid ke lokasi yang lain tetapi selesa dengan dipantau aleh guru
yang ditugaskan
ix. Menghubungi ibu bapa
x. Merujuk kepada pihak berkuasa

Perlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakan mengikut kesesuaian murid tersebut.

BAHAGIAN B

5.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau


perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan
sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik
darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur
sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan
bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata
pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan
sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam
bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan
mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar.

Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan,
perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah
mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini
sangat sesuai sepertimana menurut Marland (1975), suasana fizikal di dalam bilik
darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage
(1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi
tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan
menyumbang kepada
prestasi akademik murid.

6.0 Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah
satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan
bilik
darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.

Menurut Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra


dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng
pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan,
pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan
masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek
keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat
bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang
mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk
memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab


kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah.

Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan


disiplin bilik darjah.

Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan


disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:

Cara Dreikurs menangani murid yang mempunyai motif yang salah:

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku :


Berkomunikasi perkara yang positif.
Galak peningkatan murid.
Kenal pasti kelemahan murid.
Belajar daripada kesilapan.
Percaya kebolehan murid.
Bekerjasama.
Rasa bangga pencapaian murid.
Optimis.
Beri galakan dan motivasi.

SUMBANGAN DREIKUS

1. Menyumbangkan konsep dan struktur pengurusan disiplin bilik darjah yang telah
digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah.

2. Dreikurs antara pengkaji disiplin bilik darjah yang pertama mencadangkan


tentang guru dan bilik darjah yang demokratik dan menyumbang kepada
pengurusan disipilin yang berkesan.
3. Mencadangkan guru supaya mengenal pasti matlamat murid yang salah, iaitu
menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas
dendam dan menunjukkan kelemahan di dalam bilik darjah..
4. Meminta guru-guru melibatkan murid-murid berkerjasama membentuk rutin dan
peraturan bilik darjah.
5. Guru dan murid bersama-sama berbincang akibat yang akan diterima oleh
murid-murid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan.
6. Dreikurs menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba
mengelakkan pujian kerana kedua-dua mengakibatkan murid bergantung kepada
tindakan guru bukannya daripada kemahuan sendiri.

Kekuatan & Kelemahan Model Akibat Logikal Dreikurs :


KEKUATAN

KELEMAHAN

Memupuk
autonomi

murid Agak sukar untuk guru permulaan


bertanggungawab atas tindakan dan mengenal pasti serta memahami motif
pilihan mereka.
murid melakukan salah laku.
Mewujudkan
persekitaran Agak sukar untuk mengenalpasti akibat
pembelajaran yang kondusif melalui logikal yang setimpal dengan salah laku
komunikasi yang terbuka dan saling tertentu.
menghormati antara murid.

Aplikasi
Situasi

Tindakan Guru

Seorang murid menolak rakan sambil Beri pilihan kepada murid untuk tidak
bersama sama turun tangga.
mengulangi atau tunggu semua murid
turun dahulu kemudian dia boleh turun.
Murid menconteng meja.

Beri pilihan untuk membersihkan sebagai


upah pekerja am untuk membersihkan
contengan tersebut.

PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Kekuatan

1. Memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab atas tindakan dan


pilihan mereka.

2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi


yang terbuka dan saling hormat-menghormati antara murid-murid.
Kekurangan
1. Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif
murid-murid melakukan salah laku.

2. Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah
laku tertentu.

PENILAIAN TERHADAP MODEL DISIPLIN KELOMPOK KOUNIN


Kekuatan
1. Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana biilk darjah dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif .
2. tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang
singkat
3. Menitikberatkan variasi dari segi strategi & teknik pengajaran yang dapat
kekalkan minat &semangat murid untuk belajar.
Kelemahan
4. Murid tidak mementingkan atribut-atribut guru seperti beramah mesra, sabar,
prihatin dan sebagainya.
5. Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau
lebih kelompok pada satu masa yang sama.