You are on page 1of 1

Apakah Itu Unit Piawai?

Maksud Unit Piawai


Maksud perkataan standard atau piawai ialah:
Ukuran, darjat, biasa, lazim, mutu. Unit Piawai bermaksud unit yang biasa digunakan di dunia ini
oleh semua pihak. Ini memudahkan sebarang komunikasi, penterjemahan atau pelaporan bagi satusatu perkara. Unit Piawai adalah unit yang telah ditetapkan ukurannya untuk kegunaan semua atau
sedunia.
Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)
Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi
antarabangsa dan kehidupan seharian kita.
Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu
ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang
berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.
Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk
kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang
digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai
untuk mengukur panjang, jisim dan masa.