KOMSAS

PANTUN LAPAN KERAT

PENGENALAN
Pantun lapan kerat tergolong dalam pantun orang muda. Pantun ini menggambarkan kehidupan seharian masyarakat. Pantun ini bertujuan untuk memberikan nasihat dan pengajaran.

Sang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang; Bersyukur aku kepada tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang.

Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang sendiri, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri.

Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan.

Maksud setiap rangkap pantun

Rangkap 1:Rangkap ini menggambarkan keadaan seseorang yang pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya. Dia tetap bersyukur atas takdir dan ketentuan Tuhan walaupun hidupnya sentiasa mengharapkan belas kasihan terhadap orang lain.

Rangkap 2: Rangkap ini menggambarkan sikap tuan rumah yang menghidangkan makanan dan minuman dan mengajak tetamunya untuk menjamu selera bersamasama.

Rangkap 3: Rangkap ini merupakan nasihat kepada perantau untuk bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat lain semasa berada di perantauan. Semasa berada di perantauan, perantau akan hidup bersendirian tanpa saudara mara untuk dijadikan tempat mengadu.

TEMA

Kehidupan manusia yang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan.

PERSOALAN :
‡ Sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas segala takdir yang telah ditentukan. ‡ Tatatertib ketika melayani dan menghormati tetamu iaitu dengan menjamu selera dengan penuh kesopanan. ‡ Adab dan kebijaksanaan yang perlu ada pada diri seseorang yang merantau atau berdagang di tempat orang asing.

Ciri-ciri 
Pantun ini terdiri daripada 3 rangkap  Setiap rangkap mengandungi 8 baris  Mengandungi 3 hingga 5 patah perkataan  Suku kata antara 8 hingga 11  Rima akhir a-b-c-d

Gaya bahasa
Anafora (pengulangan kata pada permulaan ayat)
Cth: Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding,

Asonansi (pengulangan huruf vokal)
Cth: Tampak dari tanah seberang (vokal a sebanyak 6 kali) Aliterasi (pengulangan huruf konsonan) Cth: Berkejar-kejaran anak rusa (konsonan r sebanyak 4 kali)

Gaya bahasa
Personifikasi
Cth: penganan mulia

Inversi
Cth: tepi parit tumbuh mengkudu (mengkudu tumbuh di tepi parit)

Nilai
Kesyukuran Sentiasa bersyukur pada Tuhan dengan takdir yang telah ditentukan. Kesopanan Sentiasa melayan tetamu dengan baik. Berdikari Sentiasa bijak menjaga diri semasa berada di perantauan.

Pengajaran 
Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan takdir yang telah ditentukan. Kita hendaklah melayan tetamu dengan sopan. Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri semasa berada di perantauan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful