You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT JALAN PEEL

55100 KUALA LUMPUR
TELEFON: 03-92846550
FAX : 03-92812880

Rujukan Kami : SKCJP 600-06/1/1 (2)
Tarikh
: 19 November 2015
Kepada :
Ibu bapa/penjaga
Tuan / Puan,
JEMPUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Adalah dimaklumkan bahawa anak tuan/puan ……………………………………………..

………………………………………………….. tahun …………………….. telah terpilih untuk
menerima hadiah sempena Hari Anugerah Cemerlang 2015 pada ketetapan berikut :
Tarikh : 21 November 2015 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel
Pakaian : Formal
3.
Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Untuk
makluman pihak tuan/puan, kaunter sumbangan PIBG ada disediakan sekiranya tuan/puan masih
belum membuat sumbangan. Kehadiran tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
“Sentiasa Cemerlang dan Perkasa”
Yang Benar,
.............................................................
( PN. ROSITA BINTI ABU BAKAR)
Guru Besar,
SK Convent Jalan Peel,
55100 Kuala Lumpur.