Abstrak Kajian Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Satu Perbandingan ini

difokuskan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4, sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan, di Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa pelajar-pelajar dalam bidang penulisan karangan dengan mengkhususkan dalam aspek morfologi. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sebanyak mana kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan sampel yang dikaji, di samping untuk membuat perbandingan tentang jumlah kekerapan kesalahan berdasarkan kumpulan sampel tersebut. Kajian berbentuk tinjauan dan kepustakaan ini telah melibatkan seramai 40 orang pelajar, iaitu 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah Rimba dan 20 orang pelajar lagi dari Sekolah Menengah Saint George. Bagi mendapatkan data tentang penguasaan bahasa tersebut, kajian ini menggunakan ujian karangan berbentuk ucapan. Analisis statistik deskriptif akan digunakan bagi mencari kekerapan, min dan peratusan bagi satu-satu kelompok sampel dan keseluruhan sampel. Selain itu kajian ini juga akan melihat perbezaan kekerapan, min dan peratusan bagi kedua buah sekolah berkenaan. Hasil daripada analisis ujian karangan yang telah diberikan menunjukkan bahawa sebanyak 590 (7.375%) kesalahan telah dapat dikesan, iaitu kesalahan kata imbuhan 166 (28.2%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahan kata jamak 20 (3.4%), kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15 (2.5%) dan kesalahan kata tidak sesuai 302 51.2). Secara keseluruhan, Sekolah Menengah Saint George lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 298 (50.5%) manakala Sekolah Menengah Rimba melakukan kesalahan sebanyak 292 (49.5%). Oleh itu kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa dalam penulisan karangan di kalangan pelajar menengah 4 ini berada di tahap sederhana dan pelajar-pelajar belum dapat menguasai bahasa Melayu khususnya dalam aspek morfologi sepenuhnya.

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid dari setiap peringkat, iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah Atas Tingkatan IV-V (1999: 3) telah menggariskan lima tujuan pengajaran Bahasa Melayu, yang sepatutnya dicapai oleh pelajar pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, iaitu:

a) menggunakan bahasa Melayu dengan fasih dalam pertuturan dan betul dalam penulisan (Jawi dan Rumi) untuk melahirkan buah fikiran yang bernas, logis, kritis dan analitis.

b) menghayati budaya membaca bagi menambah ilmu dan menghindarkan mereka daripada mengingkari tatasusila kemasyaratan, kebudayaan, keagamaan dan kenegaraan.

c) menyebarkan dan mengembangkan daya cipta supaya dengannya mereka berkemampuan untuk berkarya bagi memperkayakan perbendaharaan pustaka Negara Brunei Darussalam baik dalam bidang sastera mahupun dalam bidang ilmu.

-1-

d) mengekalkan semangat cinta terhadap bahasa Melayu dan mengamalkan penggunaannya dalam apa jua acara komunikasi sosial bagi memelihara perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat dalam konteks Negara Brunei Darussalam.

e) menghormati dan menyanjungi tinggi kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam tahun 1959, Bab 82, bagi memupuk kesetiaan kepada raja, agama, bangsa, dan Negara Brunei Darussalam selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja.

Manakala empat objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang disenaraikan dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Atas (1999: 2) adalah dihasratkan pada akhir program pengajaran bahasa Melayu, para pelajar akan dapat:

a) menguasai segala peraturan bahasa Melayu segi fonologi, morfologi, sintaksis semantik, wacana dan sosiolinguistik, sehingga pelajar-pelajar dapat

mengungkapkan sesuatu dengan betul dan sesuai, menepati konteks dan tujuan pengungkapan. b) memahami, mengesan, mengutip, mengumpul dan menilai secara kritis dan analitis akan buah fikiran atau idea yang termuat dalam apa sahaja bahan yang mereka tatapi secara kritis dan analitis, baik bahan lisan mahupun persuratan,

-2-

baik idea itu tersurat mahupun tersirat bagi tujuan menambah ilmu, mempertajam pemikiran dan mendapatkan hiburan.

c) menerbitkan atau menyatakan apa sahaja buah fikiran secara teliti, teratur, kemas, berpadu dan logis melalui saluran lisan dan persuratan sehingga dapat difahami dengan tepat oleh khalayaknya, yakni pendengar ucapannya dan pembaca tulisannya.

d) menerbitkan ungkapan-ungkapan baru ciptaannya sendiri yang indah dan tidak semata-mata menerbitkan semula apa yang ditemui sebelumnya.

Daripada objektif dan tujuan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa penguasaan bahasa di kalangan pelajar merupakan perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, kesalahan dalam penguasaan bahasa adalah amat penting untuk diketahui dan di kenal pasti oleh para pelajar khususnya dalam penulisan karangan dan seterusnya berusaha untuk membetulkan atau mengatasi kesalahan bahasa tersebut terutamanya dalam penulisan.

Haji Mohammad (2000: 329-330) menjelaskan bahawa status bahasa Melayu bukan sahaja dimaksudkan sebagai bahasa rasmi negara tetapi juga ditinggikan statusnya ke peringkat yang sewajarnya. Dalam hal ini dapat juga dilihat apabila bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib dalam perkara-perkara berikut, antaranya:

-3-

1. bahasa Melayu dimestikan lulus dalam beberapa peperiksaan tertentu, misalnya dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB) dan sebagainya untuk memperolehi sijil serta boleh mengikuti bidang pembelajaran yang seterusnya.

2. untuk mengikuti kursus di institusi perguruan atau di peringkat universiti, perlulah mempunyai kelulusan minima 4 mata pelajaran peringkat biasa termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

3. untuk mendapatkan penganugerahan biasiswa atau dermasiswa dalam apa kursus sekalipun hendaklah lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peringkat ‘O’ Level serta lulus dalam ujian Bahasa Melayu.

1.1 Latar Belakang Kajian

Walaupun banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa berhubung dengan pendekatan dan kaedah boleh didapati dan dijadikan sebagai panduan, namun masih banyak masalah yang timbul yang berkaitan dengan kesalahan bahasa di kalangan para pelajar sekolah khususnya dalam penulisan karangan.

Menurut Awang Sariyan (1980: 3) penggunaan bahasa Melayu pada peringkat kemahiran tulisan, banyak kesalahan yang dapat dikesan; daripada kesalahan ejaan hinggalah kepada masalah kesalahan morfologi-sintaksis. Kesalahan dalam penguasaan bahasa ini bukan sahaja berlaku pada pelajar-pelajar malahan juga kepada guru pelatih

-4-

bukan Melayu di maktab perguruan di Kuala Lumpur. Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998: 33) mendapati bahawa daripada 250 patah perkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan yang tergolong dalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa. Dapatan ini juga hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee (1972) dan Politzer dan Ramirez (1973).

Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dlm Arpan 1998: 34) mendapati bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan adalah jenis ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8%) dan ayat-ayat yang berbelit-belit (17.3%). Selain itu, ayat yang terpengaruh oleh struktur ayat bahasa Inggeris (10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan (3%). Dalam kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof (dlm Arpan 1998:34) mendapati bahawa 78 orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang tidak ada subjek atau predikat. Di samping itu beliau juga mendapati kesilapan pelajar kerana menggunakan bahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat.

Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat ketara. Kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah pada masa ini menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya semasa belajar di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pelajarpelajar perlu didedahkan lagi dengan pelbagai bahan pengajaran dalam aspek penulisan

-5-

terutamanya yang berkaitan dengan komponen-komponen penguasaan bahasa, iaitu struktur ayat, ejaan dan penggunaan kata dalam penulisan.

1.2 Penyataan Masalah

Kajian mengenai kesalahan morfologi dalam penulisan karangan bagi pelajarpelajar menengah IV, di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan ini pengkaji lakukan kerana timbulnya masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam penulisan karangan yang didapati bahawa banyak kesalahan bahasa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar. Hal ini dapat diperhatikan dalam penyataan Teo Kee Huei (1990: 1) yang mengatakan bahawa terdapat banyak jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penulisan karangan, iaitu kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan tanda baca, kesalahan penggunaan kata seperti kesalahan penggunaan kata berimbuhan, penggunaan kata sendi, penggunaan kata yang tidak bersesuaian dan banyak lagi.

Tambahan lagi, dengan adanya hasil beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji tempatan mahupun dari luar negeri yang akan dibincangkan dalam bab 2, jelas menunjukkan bahawa para pelajar masih lagi menghadapi masalah dalam penguasaan beberapa aspek tatabahasa, khususnya dalam bidang morfologi, iaitu penggunaan kata dan pembentukan kata yang sesuai mengikut konteks ayat yang dibina.

Berdasarkan kajian tentang penguasaan bahasa dalam penulisan karangan bagi sekolah menengah yang telah dinyatakan di atas, telah mendorong pengkaji untuk

-6-

melakukan penyelidikan tentang kekerapan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam menulis karangan. Selain itu, belum banyak kajian yang dilakukan mengenai analisis kesalahan morfologi dalam bidang penulisan karangan di kalangan pelajar menengah IV di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan dengan hasrat untuk mencapai tujuan yang berikut:

1. mengenal pasti jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar di sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta.

2. mengenal pasti jenis-jenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta.

3. mengenal pasti sama ada wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa di antara pelajar sekolah kerajaan dan pelajar sekolah swasta. 4. mengenal pasti sama ada wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa di antara pelajar lelaki di sekolah kerajaan dan pelajar lelaki di sekolah swasta.

-7-

5. mengenal pasti sama ada wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa di antara pelajar perempuan di sekolah kerajaan dan pelajar perempuan di sekolah swasta.

1.4 Soalan Kajian

Berdasarkan tujuan kajian yang telah dinyatakan di atas, kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang berikut:

1. Apakah jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar di sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta?

2.

Apakah jenis-jenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta?

3. Adakah wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara pelajar di sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta?

4. Adakah wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara pelajar lelaki di sekolah kerajaan dan pelajar lelaki di sekolah swasta?

5. Adakah wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara pelajar perempuan di sekolah kerajaan dan pelajar perempuan di sekolah swasta?

-8-

1.5 Pembatasan Kajian

Pembatasan kajian ini dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu pemilihan sekolah, pemilihan darjah dan sampel dan pemilihan aspek kajian.

1.5.1 Pemilihan Sekolah

Kajian ini dibataskan kepada dua buah sekolah sahaja, iaitu sebuah sekolah kerajaan (Sekolah Menengah Rimba) dan sebuah sekolah swasta (Sekolah Menengah Saint George). Pemilihan kedua-dua buah sekolah ini dilakukan kerana untuk mengenal pasti sejauh mana perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan pelajar Sekolah Menengah Swasta.

1.5.2 Pemilihan Tingkatan dan Sampel

Kajian ini hanya dibataskan kepada pelajar-pelajar menengah 4 dari kedua-dua buah sekolah yang menjadi sampel kajian, iaitu Sekolah Menengah Rimba (SMR) dan Sekolah Menengah Saint George (SMSG). Pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar, iaitu 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah Rimba (10 orang adalah pelajar lelaki dan 10 orang lagi adalah pelajar perempuan) dan 20 orang lagi dari Sekolah Menengah Saint George (10 orang adalah pelajar lelaki dan 10 orang lagi adalah pelajar perempuan).

-9-

1.5.3 Aspek Kajian

Kajian ini akan memfokuskan tentang kesalahan morfologi dalam penulisan karangan jenis ucapan. Pelajar disuruh menghasilkan sebuah karangan jenis ucapan yang bertajuk ucapan perpisahan kerana akan berpindah dari sekolah berkenaan dengan jumlah perkataan lebih kurang 200 patah perkataan (sila rujuk lampiran 1).

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan kerana kepentingan-kepentingan berikut:

1. Hasil penyelidikan ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4. Dengan demikian, kajian ini akan dapat membantu guru-guru bahasa dalam merancang strategi pengajaran BM dengan lebih baik dan berkesan.

2. Kajian ini dapat menolong pihak-pihak tertentu di kementerian pendidikan, terutama pihak yang terlibat dengan penyusunan kurikulum BM untuk sekolah menengah.

3. Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik yang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah menengah.

- 10 -

4. Kajian ini dapat menjadi panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu di sekolah-sekolah khususnya yang mengajar di menengah atas.

1.7 Definisi Operasional

Kajian ini menggunakan beberapa definisi tentang beberapa kata dan frasa, seperti penguasaan bahasa, penulisan dan karangan.

1.7.1 Penguasaan bahasa

Dalam Kamus Dewan (2005: 835) perkataan penguasaan bererti perihal menguasai atau penguasaan. Namun dalam konteks kajian ini, penguasaan bahasa ialah kemampuan atau keupayaan pelajar menggunakan bahasa dengan cekap dan mahir. Kecekapan menggunakan bahasa itu harus meliputi lima jenis kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran berkomunikasi. Dalam kajian ini, hanya kemahiran menulis yang akan difokuskan, iaitu menulis karangan jenis ucapan.

1.7.2 Penulisan

Dalam Kamus Dewan (2005: 1729) perkataan penulisan membawa erti perihal atau kegiatan dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, penulisan yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis sebuah karangan jenis ucapan. Hasil karangan pelajar inilah

- 11 -

yang menjadi bahan atau alat untuk mengukur penguasaan bahasa, iaitu khusus dalam bidang morfologi di kalangan pelajar atau sampel kajian.

1.7.3 Karangan

Karangan bermaksud ciptaan, gubahan, karya dan banyak lagi. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985: 200), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Dalam konteks bilik darjah, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan di akhiri dengan kesimpulan. Dalam konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada pelajar untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen mereka tentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru. Manakala dalam konteks bilik darjah pula, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan kesimpulan.

- 12 -

BAB II TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini penulis akan menyentuh tentang tinjauan literatur yang berkaitan dengan penguasaan bahasa oleh responden dalam penulisan karangan. Tinjauan literatur ini dilihat berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalam negara dan juga pengkaji dari luar negara seperti Malaysia dan negara Barat. Secara umumnya, bab ini akan menerangkan tentang kajian-kajian yang berkaitan dengannya, iaitu berdasarkan perkara-perkara berikut:

(a) Pandangan umum tentang kesalahan bahasa. (b) Tinjauan kajian di Barat. (c) Tinjauan kajian di Malaysia. (d) Tinjauan kajian di Brunei Darussalam.

2.1 Pandangan umum tentang kesalahan bahasa

Dalam pembelajaran bahasa sama ada bahasa pertama (B1) mahupun bahasa kedua (B2), kesalahan bahasa sering berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh murid-murid sekolah rendah malah pelajar-pelajar sekolah menengah juga. Banyak kajian telah dilakukan tentang kesalahan bahasa ini sama ada di barat ataupun di timur.

- 13 -

Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para penyelidik, jelas menunjukkan bahawa analisis kesalahan bahasa ini semakin popular. Analisis kesalahan bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam penulisan supaya masalahmasalah ini dapat diatasi dengan segera. Menurut Mohd. Daud bin Mohd. Yusof (1990: 76) kesalahan-kesalahan itu wujud kerana pelajar-pelajar belum dapat mengetahui rumus-rumus tatabahasa yang dipelajarinya itu.

French (dlm. Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur 1995: 532) menegaskan bahawa analisis kesalahan bahasa dapat dijadikan sumber maklumat tentang tahap penguasaan bahasa pelajar. Menurut beliau, terdapat tiga proses yang menjadi punca kesalahan bahasa itu:

(a) Pelajar tidak mengetahui atau terkeliru oleh makna perkataan, dan kerana itu pelajar membuat kesalahan dalam penggunaanya. (b) Pelajar menggunakan struktur atau bentuk-bentuk bahasa yang salah. (c) Pelajar menggunakan logik dalam fikiran dalam menentukan perkataan atau bentuk dan hasilnya akan menjadi kekeliruan sebagai akibat dari pengaruh bahasa ibunda.

Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka. kesalahan

- 14 -

bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan tanda baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna. Tambah beliau lagi, langkah mengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke arah menyusun rancangan pemulihan. Daripada pengenalpastian punca kesalahan yang dilakukan, seseorang guru dapat menarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab terjadinya kesalahan yang mereka lakukan.

Manakala Skinner (1957) berpendapat bahawa kesalahan bahasa berlaku kerana seseorang tertiru bentuk-bentuk bahasa yang salah, menyalahi bentuk baku yang lazim digunakan secara formal oleh golongan terpelajar, atau kerana kecacatan emosi dan fizikal yang dialami oleh seseorang pengguna bahasa sama ada bahasa pertama atau bahasa kedua. Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman (1981) juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaanya yang baku dianggap sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu.

Menurut Sharma (1981: 21-25) kesalahan bahasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

(a) Kesalahan yang kerap disebut error atau lapse dalam bahasa Inggeris. Kesalahan jenis ini disebabkan oleh faktor di luar kemampuan linguistik, seperti lupa, gangguan emosi, kelalaian dalam proses penerimaan pengajaran dan kekurangan latihan.

- 15 -

(b) Kesalahan yang disebabkan oleh adanya kelainan-kelainan dalam penggunaan sesuatu bahasa, sama ada daripada segi penggunaan aspek-aspek kata ataupun ayat.

(c) Kesalahan

yang

berkaitan

dengan

faktor-faktor

sosiolinguistik

seperti

penggunaan laras bahasa dan dialek.

Selain itu Pg Mahmud (1992: 184) pula menegaskan bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar adalah disebabkan pelajar tidak begitu berminat untuk mempelajari bahasa mereka sendiri dengan alasan bahawa mereka telah mengetahui bahasa mereka kerana mereka bertutur dalam bahasa tersebut pada setiap hari dan setiap saat.

Lutfi Abas (1987: 169) pula mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor kejahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing.

2.2 Tinjauan Kajian di Barat

Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di barat, anataranya kajian yang telah dilakukan oleh Wyatt (1973), Politzer dan Ramirez (1973), Vongithieres (1974) dan Fox (1977).

- 16 -

Wyatt (dalam kajian Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 23) telah membuat kajian mengenai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Afrika Timur. Kajian ini dilakukan sebelum mereka mengambil peperiksaan East African Certificate of Education. Beliau melakukan kajian terhadap sebuah kelas tingkatan 4C dengan menggunakan 52 buah karangan ketika pelajar berada di tingkatan 3 sebagai alat kajian. Para pelajar yang dikaji itu adalah pelajar di tahap sederhana penguasaan bahasa Inggerisnya dan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka akan dianggap mewakili pelajar-pelajar daripada tingkatan yang sama. Kesalahan bahasa dalam karangan dibahagikan kepada 14 jenis kesalahan berdasarkan kekerapan kesalahan bahasanya. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan yang paling menonjol ialah kesalahan ejaan (18.4%), diikuti dengan kesalahan struktur ayat (16.6%) dan penggunaan nouns and verbs (16%).

Selain itu, Politzer dan Ramirez (dalam kajian Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 23) telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakan ‘simple past tense’, sementara 10% adalah kesalahan ‘preposition’ sebelum frasa nama. Mereka menambah lagi, punca kesilapan bahasa berlaku di kalangan para pelajar berkenaan adalah berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa

- 17 -

Inggeris yang tidak standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang tidak sistematik.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Vongthieres (dalam kajian Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian yang berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata ‘tense’ yang berlainan. Sebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata ‘tense’ yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.

Sementara Fox (dalam kajian Hj Mat Dani, 2007: 25) telah membuat analisis kesalahan dalam perbendaharaan kata di kalangan 40 orang pelajar asing yang mengikuti kursus bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (English Language as A Second Language). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 42% kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan penggunaan kata sendi nama, 18% kesalahan penggunaan imbuhan dan pembentukan kata, 9% kesalahan penggunaan complement, 7% kesalahan penggunaan perkataan dalam peribahasa dan 23% kesalahan perbendaharaan kata. Daripada hasil analisis ini menunjukkan bahawa kesalahan kata sendi nama adalah kesalahan yang paling serius diikuti oleh kesalahan perbendaharaan kata, kesalahan penggunaan imbuhan dan pembentukan kata, kesalahan penggunaan complement dan kesalahan penggunaan perkataan dalam peribahasa.

- 18 -

2.3 Tinjauan Kajian di Malaysia

Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di Malaysia, anataranya kajian yang telah dilakukan oleh Seah (1974), Ridzuan Ahmad (1981), Awang Muhammad Amin (1982), Raminah Haji Sabran (1983), Kamarudin Haji Husin (1986), Muhammad Salehudin Aman (1993), Mohd.Isa (1997) dan Zulkifley (2004).

Seah (dalam kajian Hj Mat Dani, 2007: 26) telah mengkaji tetang kesulitan dalam menguasai penggunaan imbuhan di kalangan pelajar dewasa bukan Melayu. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa penguasaan imbuhan memang menjadi punca masalah di kalangan pelajar sampel. Hasil kajian mendapati bahawa 70% kesalahan adalah kesalahan penggunaan imbuhan.

Ridzuan Ahmad (1981: 59-72) membuat kajian tentang kesalahan penggunaan imbuhan di kalangan pelatih-pelatih Melayu dan bukan Melayu di sebuah Maktab perguruan. Beliau menggunakan sampel daripada kumpulan Kursus Pengajian Peringkat Awal Kanak-kanak (PPAK) dan kumpulan Kursus Peringkat Awal Remaja (PPAR) yang berjumlah seramai 150 orang semuanya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa taraf pencapaian secara purata ialah 78%, iaitu antara 80% dan 100% sampel telah menjawab soalan dengan betul. Para pelatih bukan Melayu telah melakukan kesalahan hampir tiga kali ganda daripada jumlah kesalahan yang dilakukan oleh pelatih-pelatih Melayu.

- 19 -

Awang Mohammad Amin (1982: 118-128) telah membuat kajian tentang kesalahan-kesalahan umum penggunaan bahasa Malaysia sebagai ekabahasa di kalangan pelajar Melayu di peringkat sekolah menengah bawah dan menengah atas. Seramai 120 orang pelajar menjadi sampel terdiri daripada empat buah sekolah menengah kebangsaan di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesalahan penggunaan imbuhan adalah kesalahan yang paling tinggi kekerapannya, iaitu 26%.

Seterusnya Raminah Haji Sabran (1983: 151-197) telah membuat penyelidikan tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh penutur-penutur jati bahasa Malaysia dengan mengambil sampel yang terdiri daripada para pelatih guru di Maktab Perguruan. Beliau telah menganalisis data daripada 300 buah karangan yang ditulis oleh sampel, iaitu dalam tempoh dua hari. Panjang setiap karangan ialah kira-kira 250 patah perkataan yang meliputi tajuk-tajuk tentang sekitar tugas guru di sekolah dan dalam masyarakat. Antara hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa 80% daripada jumlah kesalahan yang dilakukan oleh sampel adalah mengenai penggunaan perkataan, pembentukan kata dan pembentukan struktur ayat. Daripada 3,559 kesalahan bahasa, pelatih-pelatih aliran Melayu telah melakukan sebanyak 1,976, iaitu 55.5% sementara pelatih aliran Inggeris melakukan kesalahan bahasa sebanyak 1,583, iaitu 44.5%.

Kamarudin Haji Husin (1986: 87-197) telah membuat penyelidikan tentang penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar bukan Melayu di maktab-maktab perguruan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelatih-pelatih tahun akhir yang berjumlah 160 orang, iaitu 100 orang adalah pelatih Cina dan 60 orang pelatih India.

- 20 -

Hasil dapatan beliau memperlihatkan daripada 320 buah karangan yang mengandungi lebih kurang 80,000 patah perkataan, terdapat sebanyak 5,085 kesalahan yang ditemui, iaitu lebih 70% dari jumlah kesalahan yang didapati adalah terdiri daripada aspek ejaan, penggunaan perkataan, pembentukan rangkai kata dan pembentukan ayat.

Mohammed Salehudin Aman (1993: 189) telah membuat kajian tentang kesalahan tatabahasa terhadap 150 orang pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah agama di Melaka. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa sebanyak 81% daripada jumlah keseluruhan kesalahan adalah terdiri daripada kesalahan kata. Daripada jumlah ini, didapati sebanyak 32.3% daripada kesalahan kata itu ialah kesalahan penggunaan imbuhan, iaitu kesalahan yang paling tinggi kekerapannya.

Mohd. Isa (1997) telah membuat kajian terhadap kesilapan ejaan murid tahun 6 di sekolah Kebangsaan Bulu Silou Keningau dengan sampelnya seramai 55 orang. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa sebanyak 60% murid keliru dengan ejaan perkataan umum seperti ia, ada, daerah dan berdarah. 53% pula adalah kesalahan imbuhan, 45% kesalahan penulisan kata majmuk dan sebanyak 29% kesalahan penggunaan partikel pun.

Zulkifley (2004: 52-57) telah membuat penyelidikan mengenai analisis penguasaan pengetahuan bahasa Melayu di kalangan mahasiswa. Para mahasiswa yang terdiri daripada pelajar prasiswazah UKM yang merangkumi hampir kesemua fakulti pengajian diambil menjadi sampel kajian, iaitu seramai 194 orang pelajar lelaki dan 289 orang pelajar perempuan. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa hampir 50% kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan bagi aspek morfologi dan sintaksis. Hasil

- 21 -

kajian ini amatlah mengecewakan memandangkan sampel adalah mahasiswa institusi pengajian tinggi awam.

2.4 Tinjauan Kajian di Negara Brunei Darussalam

Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di Malaysia, anataranya kajian yang telah dilakukan oleh Teo Kee Huei (1990), Hjh Norhana (1990), Pg. Muhammad (1990), Saidin Hj. Mohd Noor (1991), Md. Daud Taha (1992), Pg. Mahmud (1992), Arpan Shahbuddin Latip (1998), Mardlina (2006), Rulkhairul (2006), Mastijah (2006), Adee Rafizza Zuzannawatie (2006) dan Hj. Mat Dani (2007).

Sementara Teo Kee Huei (1990: 104-108) telah membuat kajian tentang kesalahan bahasa dalam karangan pelajar-pelajar tingkatan III. Hasil kajian beliau mandapati bahawa 475 kesalahan yang dilakukan oleh pelajar sampel, iaitu 241 (50.7%) kesalahan ejaan dan huruf besar, 52 (10.9%) kesalahan imbuhan, 91 (19.2%) kesalahan kata sendi nama, 15 (3.2%) kesalahan penggunaan partikel ‘pun’, 11 (2.3%) kesalahan kata hubung dan 65 (13.7%) kesalahan kata ganti diri.

Hjh Norhana (1990: 67-87) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan imbuhan di kalangan pelajar tingkatan IV dengan membandingkan prestasi pencapaian di antara pelajar-pelajar Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS) dengan SM St. George. Hasil daripada kajian itu, beliau telah mendapati 462 kesalahan dan beliau telah

- 22 -

mengklasifikasikan bentuk-bentuk kesalahan imbuhan BM yang dilakukan oleh para sampel, iaitu seperti berikut:

a) 320 (69.3%) kesalahan memilih imbuhan; b) 24 (5.2%) kesalahan ejaan bagi perkataan berimbuhan; c) 4 (0.87%) kesalahan menambah sesuatu yang tidak perlu; d) 83 (17.97%) kesalahan kurang menulis sesuatu yang perlu; e) 31 (6.71%) kesalahan memilih alomorf.

Keseluruhan kajian beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar SM St. George lebih kerap melakukan kesalahan bahasa berbanding dengan pelajar SMAS. Kebanyakan pelajar keliru dalam memilih imbuhan awalan, apitan dan akhiran dalam pembentukan kata nama dan kata kerja.

Pg. Muhammad (1990: 57-104) telah membuat kajian tentang aspek bahasa dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Hasil kajian beliau mendapati bahawa terdapat 212 (32.3%) kesalahan pada peringkat ayat, 225 (34.3%) kesalahan pada peringkat kata dan 219 (33.4%) kesalahan pada peringkat ejaan. Hasil kajian ini diperolehi daripada analisis kesalahan terhadap kertas jawapan peperiksaan Brunei Cambridge peringkat ‘O’. Dalam hasil kajian kesalahan pada peringkat kata, beliau mendapati bahawa 53 (23.6%) kesalahan imbuhan, 30 (13.3%) kesalahan kata depan, 18 (8%) kesalahan kata ganti diri, 22 (9.8%) kesalahan kata bentuk jamak, 11 (4.9%) kesalahan kata bantu, 5 (2.2%) kesalahan penggunaan kata asing/dialek dan 81 (36%) kesalahan penggunaan sesuatu kata.

- 23 -

Saidin Hj. Mohd Noor (1991:103-106) telah membuat kajian kes di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah mengenai penggunaan imbuhan kata kerja dalam karangan pelajar-pelajar tingkatan VI atas. Hasil kajian dan analisis, beliau mendapati bahawa kesalahan dalam imbuhan kata kerja yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sampel ialah sebanyak 1,845 (68.75%) kesalahan, iaitu 847 kesalahan adalah dilakukan oleh pelajar bukan Melayu manakala 998 kesalahan dilakukan oleh pelajar Melayu. Pelajar bukan Melayu didapati melakukan kesalahan sebanyak 27 (3.2%) kesalahan kata kerja transitif, 226 (26.7%) kesalahan kata kerja tak transitif dan 594 (70.1%) kesalahan ragam. Manakala pelajar Melayu didapati melakukan kesalahan sebanyak 36 (3.6%) kesalahan kata kerja transitif, 311 (31.2%) kesalahan tak transitif dan 651 (65.2%) kesalahan ragam.

Manakala Md. Daud Taha (1992: 90-92) telah membuat kajian tentang masalah penguasaan bahasa Melayu: kalangan pelajar-pelajar menengah atas, Negara Brunei Darussalam, mendapati sampel melakukan kesalahan ayat, kesalahan kata dan kesalahan ejaan. Hasil kajian beliau mendapati 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan penggunaan kata dan 607 kesalahan ejaan. Dalam kesalahan penggunaan kata, beliau mendapati bahawa 197 atau 14.8% kesalahan penggunaan imbuhan, 219 (6.4%) kesalahan penggunaan kata sendi nama, 93 (6.98%) kesalahan penggunaan kata ganda, 38 (2.63%) kesalahan penggunaan kata asing (bahasa Inggeris), 128 (9.6%) kesalahan penggunaan kata ganti diri dan 657 (49.3%) kesalahan penggunaan kata, iaitu selain dari yang telah dinyatakan.

- 24 -

Pg. Mahmud (1992:182-183) telah membuat penyelidikan tentang kesalahan tatabahasa dan tanda baca pelajar Melayu di peringkat sekolah menengah bawah Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong. Hasil analisis, beliau telah mendapati sebanyak 1,736 kesalahan telah dapat dikesan dalam ujian karangan yang dilakukan oleh pelajar sampel di kedua-dua buah sekolah tersebut. Dalam ujian karangan bertulis, dari empat jenis kesalahan yang dikaji, kesalahan pembentukan struktur ayat adalah kesalahan yang lebih banyak kekerapannya, iaitu 624 (35.94%) kesalahan, kesalahan penggunaan perkataan, iaitu 602 (34.68%) kesalahan. Kesalahan penggunaan tanda baca dan huruf besar pula sebanyak 401 ( 23.09%) kesalahan dan kesalahan penggunaan imbuhan sebanyak 109 (6.28%) kesalahan.

Arpan Shahbuddin Latip (1998: 67), pula telah membuat kajian tentang kesalahan kesilapan tatabahasa pelajar Melayu di Thanawi Lima di Sekolah Menengah Arab. Hasil kajian beliau mendapati bahawa kesalahan morfologi sebanyak 1619 (54.13%) kesalahan yang ditemui dalam 186 buah karangan pelajar, iaitu 302 (10.1%) kesilapan penggunaan imbuhan, 127 (4.25%) kesilapan kata ganda, 860 (28.75%) kesalahan kata sendi nama, 174 (5.64%) kesalahan kata pemeri, 71 (2.37%) kesalahan kata penegas dan 85 (2.84%) kesalahan selain dari kata tugas yang telah dinyatakan.

Mardlina (2006: 69) telah membuat penyelidikan kesalahan morfologi bagi Tingkatan Dua di Sekolah Pg. Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai, Tutong. Hasil kajian mendapati bahawa 34 pelajar atau 85% melakukan kesalahan imbuhan, 25 pelajar atau 62.5% melakukan kesalahan penggunaan kata depan, 4 pelajar atau 10% melakukan kesalahan kata asing, 7 pelajar atau 17.5% melakukan kesalahan kata ganda, 16 pelajar

- 25 -

atau 40% melakukan kesalahan dengan menggunakan kata dialek dalam karangan, 13 pelajar atau 32.5% melakukan kesalahan kata hubung dan 18 pelajar atau 45% melakukan kesalahan dalam penggunaan kata ganti diri.

Rulkhairul (2006: 54) telah membuat penyelidikan kesalahan penggunaan imbuhan terhadap karangan pelajar tingkatan dua di Maktab SOAS. Hasil dapatan beliau mendapati bahawa 57 (32.5%) kesalahan imbuhan me(N), 31 (17.71%) kesalahan imbuhan di-, 9 (5.14%) kesalahan imbuahan te(R), 22 (12.57%) kesalahan imbuhan be(R), 9 (5.14%) kesalahan imbuahan se-, 2 (1.14%) kesalahan imbuhan pe(N), 36 (20.57%) kesalahan imbuahan ke-, 8 (4.57%) kesalahan imbuahan pe(R) dan 1 (0.57%) kesalahan imbuhan –i.

Sementara itu, Mastijah (2006:44-45) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan imbuhan BM pelajar menengah dua di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, NBD. Hasil kajian beliau, iaitu sebanyak empat buah darjah telah dijadikan sampel kajian telah mendapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan me(N) bagi setiap kelas yang paling tinggi kekerapan kesalahannya, iaitu sebanyak 3,148 (47.69%) kesalahan.

Manakala Adee Rafizza Zuzannawatie (2006: 75-76) telah membuat kajian tentang kesalahan tatabahasa BM kepada pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Awang Semaun dan Sekolah Menengah Saiyyidina Umar Al-Khattab (SMSUA). Hasil kajian beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar sampel di kedua buah sekolah berkenaan melakukan kesalahan sebanyak 334 (77.86%) kesalahan pengimbuhan, 1 (0.23%) adalah

- 26 -

kesalahan pemajmukan dan 94 (21.91%) kesalahan adalah kesalahan penggandaan kesemuanya berjumlah 429 kesalahan.

Hj. Mat Dani (2007: 49-65) telah membuat kajian kesalahan morfologi dan ejaan bagi murid-murid darjah 6 di dua buah sekolah, iaitu sebuah sekolah kerajaan dan sebuah bukan kerajaan di Negara Brunei Darussalam. Hasil kajian beliau mendapati bahawa di sekolah rendah bukan kerajaan melakukan 428 kesalahan, iaitu 249 (58.2%) kesalahan imbuhan, 28 (6.5%) kesalahan kata ganda dan 151 (35.3%) kesalahan ejaan. Manakala di sekolah rendah kerajaan melakukan 558 kesalahan, iaitu 272 (48.7%) kesalahan imbuhan, 10 (1.79%) kesalahan kata ganda dan 276 (49.5%) kesalahan ejaan.

2.5 Kesimpulan umum

Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji Barat, Malaysia dan Brunei Darussalam. Jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek morfologi adalah di tahap lemah dan memerlukan pembaikan. Malah kesalahan yang sering didapati dalam penulisan karangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah kesalahan morfologi, iaitu kesalahan penggunaan kata dan pembentukan kata. Kesalahan morfologi ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah malah pelajar sekolah menengah juga masih banyak yang melakukan kesalahan berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kejahilan terhadap sesuatu yang dipelajari atau tidak mengetahui akan rumus-rumus yang sebenar mengikut pandangan ahli-ahli bahasa.

- 27 -

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan kesalahan bahasa khususnya dalam aspek morfologi. Sampel yang menjadi sasaran kajian adalah terdiri daripada pelajarpelajar menengah IV di sekolah menengah kerajaan dan di sekolah menengah bukan kerajaan.

Dalam bab ini akan menghuraikan dengan lebih jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah bagi mendapatkan data-data untuk kajian ini. Perkara-perkara yang disentuh ialah:

(a) Reka bentuk kajian. (b) Pemilihan sekolah. (c) Sampel kajian. (d) Instrumen kajian. (e) Analisis kajian. (f) Prosedur kajian. (g) Penganalisisan karangan. (h) Cara penganalisisan data

- 28 -

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan dan kajian kepustakaan. Pengkaji telah membuat tinjauan tentang kesalahan morfologi dalam penulisan karangan di kalangan pelajar menengah 4 di Sekolah Menengah Rimba dan di Sekolah Saint Goerge di Daerah Brunei dan Muara. Kajian ini juga akan membandingkan kekerapan kesalahan morfologi antara pelajar Sekolah Menengah Rimba dan pelajar Sekolah Saint George.

Selain itu, kajian kepustakaan juga digunakan oleh pengkaji untuk merujuk beberapa perkara atau maklumat penting yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan rujukan yang diperolehi, pengkaji boleh mendapatkan sumber-sumber yang berkaitan dengan kesalahan morfologi dalam penulisan karangan. Di samping itu, pengkaji telah meneliti kajian-kajian yang berkaitan sama ada di Barat, Malaysia mahupun di Negara Brunei Darussalam sendiri.

3.2 Pemilihan Sekolah

Pengkaji telah memilih dua buah sekolah menengah, iaitu sebuah sekolah menengah kerajaan dan sebuah lagi sekolah menengah swasta. Sekolah menengah kerajaan yang menjadi tempat kajian ialah Sekolah Menengah Rimba dan sekolah swasta pula ialah Sekolah Saint George. Pengkaji memilih kedua-dua buah sekolah ini kerana ingin meninjau sebanyak mana kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajarpelajar di kedua-dua buah sekolah ini dalam penulisan karangan. Di samping itu,

- 29 -

pengkaji akan membandingkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di antara kedua buah sekolah ini. Latar belakang setiap sekolah yang dipilih ini dapatlah digambarkan secara ringkas seperti berikut:

3.2.1 Sekolah Menengah Rimba

Sekolah Menengah Rimba adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan perumahan Kampung Rimba. Sekolah ini mula ditubuhkan pada 25hb. April 2005. Sekolah ini mempunyai segala kemudahan-kemudahan moden, iaitu seperti makmal-makmal sains, makmal-makmal komputer, makmal bahasa, padang bola, perpustakaan dan banyak lagi. Sekolah Menengah Rimba mempunyai lebih 1,000 orang pelajar dari menengah 1 hingga menengah 5. Setiap kelas mengandungi tidak lebih 40 orang pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan menumpukan kajian kepada menengah 4 sahaja. Sekolah Menengah Rimba mempunyai 10 buah kelas menengah 4 dengan pelajarnya berjumlah 309 orang, iaitu 161 orang pelajar lelaki dan 148 orang pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih sebuah kelas sahaja yang terdiri daripada 20 orang pelajar, iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan sebagai sampel kajian.

3.2.2 Sekolah Menengah Saint George

Sekolah Menengah Saint George adalah salah sebuah sekolah swasta yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Sekolah ini telah ditubuhkan sejak tahun 1946. Sekolah ini terletak di kawasan Bandar Seri Begawan berdekatan dengan gereja. Sekolah

- 30 -

ini mempunyai segala kemudahan, iaitu seperti makmal sains, makmal komputer, perpustakaan dan banyak lagi. Setiap kelas di Sekolah ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Sekolah Menengah Saint George mempunyai lebih 500 orang pelajar dari menengah 1 hingga menengah 5. Setiap kelas di sekolah ini mengandungi tidak lebih daripada 35 orang pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan menumpukan kajian kepada menengah 4 sahaja. Sekolah Saint George mempunyai 2 buah kelas menengah 4 dengan pelajarnya berjumlah sebanyak 65 orang pelajar, iaitu 28 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih sebuah kelas sahaja yang terdiri daripada 20 orang pelajar, iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan sebagai sampel kajian.

3.3 Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 40 orang sampel (20 orang sampel dari Sekolah Menengah Rimba (SMR) dan 20 orang sampel dari Sekolah Saint George (SSG)). Jadual 1 menunjukkan bilangan sampel mengikut jantina bagi kedua-dua buah sekolah ini. Setiap sekolah ini mempunyai 10 orang sampel lelaki dan 10 orang sampel perempuan.

Jadual 1 Jumlah Bilangan Sampel yang Dikaji Jantina Lelaki Perempuan SMR 10 orang 10 orang SSG 10 orang 10 orang Jumlah 20 orang 20 orang

- 31 -

Keseluruhan sampel yang dikaji ini merupakan pelajar menengah IV yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun. Pengkaji tidak memilih sampel menengah V memandangkan mereka hendak menduduki Peperiksaan O’Level.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini hanya menggunakan satu alat pengumpulan data, iaitu ujian menulis karangan berbentuk ucapan. Sebelum pengkaji memberikan ujian ini, pengkaji telah bertanya kepada guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pelajar-pelajar telah diajarkan karangan yang berbentuk ucapan ini. Maklumat yang diterima, bahawa guru-guru telah mengajarkan karangan berbentuk ucapan ini kepada pelajar-pelajar.

3.4.1 Ujian Menulis Karangan

Ujian ini dilaksanakan setelah mendapat kebenaran daripada guru besar di keduadua buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu Sekolah Menengah Rimba dan Sekolah Saint George. Ujian menulis karangan ini dijalankan secara berasingan, iaitu bermula dengan Sekolah Saint George dan diikuti oleh Sekolah Menengah Rimba.

- 32 -

Jadual 2 Tarikh Ujian Menulis Karangan Dilaksanakan

Tarikh

Masa

Sekolah Sekolah Saint

Jumlah pelajar

04.10.2007

10.50-11.50 pagi George Sekolah Menengah

20 orang

08.10.2007

8.55-9.55 pagi Rimba

20 orang

Jadual 2 menunjukkan pada 4 Oktober 2007, ujian menulis karangan ini dijalankan di Sekolah Saint George. Seramai 20 orang pelajar yang terlibat dalam ujian tersebut, iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Manakala pada 8 Oktober 2007, ujian menulis karangan ini dijalankan di Sekolah Menengah Rimba. Jumlah pelajar yang dijadikan sampel kajian ialah seramai 20 orang, iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Alhamdulillah dengan kerjasama yang telah diberikan oleh guru-guru di kedua-dua buah sekolah berkenaan, pengkaji telah berjaya menjalankan ujian pada masa yang telah ditetapkan.

Ujian menulis karangan ini digunakan adalah untuk mengenal pasti dengan lebih jelas dan terperinci tentang kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penulisan karangan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan sebuah karangan yang berbentuk ucapan (rujuk lampiran 2). Dalam ujian ini juga, pelajar-pelajar diarahkan menulis karangan tersebut dalam masa satu jam (60 minit) dengan jumlah perkataan lebih kurang 200 patah perkataan.

- 33 -

3.5 Analisis Kajian

Semua hasil dapatan kajian ini akan disemak, diperiksa, dianalisis dan disusun mengikut kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan statistik deskriptif dan peratusan.

Statistik deskriptif dan peratusan ini digunakan kerana cara ini mudah dan senang difahami oleh pengkaji untuk menghuraikan semua jenis kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Malah statistik deskriptif ini juga lebih jelas dilihat melalui jadual dan rajah.

3.6 Prosedur kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1:

Mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan

untuk

menjalankan kajian di kedua-dua buah sekolah yang telah dipilih melalui Dekan SHBIE (sila rujuk lampiran 1).

- 34 -

Langkah 2:

Berjumpa dengan Pengetua Sekolah Menengah Rimba dan Pengetua Sekolah Saint George untuk meminta kebenaran membuat kajian. Setelah kebenaran diberikan oleh kedua-dua orang pengetua berkenaan, pengkaji telah dipertemukan dengan guru bahasa Melayu untuk menetapkan tarikh, masa dan sampel kajian. Setelah mendapat kata sepakat, pengkaji dibenarkan membuat kajian pada 4 Oktober 2007 di Sekolah Saint George dan 8 Oktober 2007 di Sekolah Menengah Rimba. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar menengah IV.

Langkah 3:

Menyediakan ujian menulis karangan untuk sampel kajian. Sebelum pengkaji membuat ujian menulis karangan ini, pengkaji telah berbincang dengan guru-guru bahasa Melayu mengenai jenis karangan yang telah dipelajari oleh sampel kajian. Setelah mengetahui akan jenis karangan yang telah mereka pelajari, pengkaji telah menyediakan sebuah tajuk karangan jenis ucapan dan diberikan kepada pelajar-pelajar.

Langkah 4:

Pengkaji menganalisis hasil ujian karangan yang diperolehi untuk menjadi bukti hasil kajian sehinggalah kajian ini lengkap. Penganalisisan ini dibuat dengan seberapa teliti yang boleh.

- 35 -

3.7 Penganalisisan karangan

Kajian ini merupakan analisis penguasaan bahasa pelajar-pelajar dalam penulisan karangan, pengkaji akan menumpukan kajian terhadap kesalahan bahasa, iaitu tumpuan terhadap kesalahan morfologi yang terdapat dalam karangan pelajar. Jenis-jenis kesalahan morfologi yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar ialah:

KKI – Kesalahan kata imbuhan; KKG – Kesalahan kata ganda; KKJ – Kesalahan kata jamak; KKH – Kesalahan kata hubung; KKSN – Kesalahan kata sendi nama; dan PKTS – Penggunaan kata tidak sesuai.

KKI – Kesalahan kata imbuhan

Yang dimaksudkan dengan kesalahan kata imbuhan dalam konteks kajian ini ialah:

i)

Menggunakan imbuhan yang salah atau tidak tepat pada sesuatu kata, misalnya:

Salah 1. 2. Saya merasa amat sedih... Sebab saya memindah ke sekolah

Betul Saya berasa amat sedih... Sebab saya berpindah ke sekolah

- 36 -

baru...

baru...

ii)

Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan, misalnya:

Salah 1. 2. Ayah saya telah dinaik pangkat. Saya terpaksa tinggal sekolah ini...

Betul Ayah saya telah dinaikan pangkat. Saya terpaksa meninggalkan sekolah ini.

iii)

Menggunakan imbuhan pada kata yang tidak memerlukan, misalnya:

Salah 1. Dua tahun ini berlalu bergitu cepat sehingga saya tidak bersedar. 2. Saya ingin pula memintakan maaf ...

Betul Dua tahun ini berlalu bergitu cepat sehingga saya tidak sedar. Saya ingin pula meminta maaf...

KKG – Kesalahan kata ganda

Salah 1. 3. rakan-sahabat Pelbagai-bagai

Betul Sahabat-handai/rakan-rakan Pelbagai/berbagai-bagai

- 37 -

KKJ – Kesalahan kata jamak

Salah 1. 2. ..semua para hadirin.. Para guru-guru..

Betul ..para hadirin/semua hadirin.. Para guru..

KKH – Kesalahan kata hubung

Yang dimaksudkan dengan kesalahan kata hubung dalam konteks kajian ini ialah:

1. Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat Salah ..syarikat tempat yang ayah saya bekerja.. Betul ..syarikat tempat ayah saya bekerja..

2. Tidak menggunakan kata hubung Salah Betul Saya berazam untuk belajar .. Saya berazam untuk belajar dengan lebih rajin lagi di sekolah lebih rajin lagi di sekolah baru ini. baru ini.

- 38 -

KKSN – Kesalahan kata sendi nama

Salah 1.

Betul

...dan dipindahkan daripada tempat ...dan dipindahkan dari tempat ini... ini...

2.

Selamat sejahtera pada semua Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan... rakan-rakan...

PKTS – Penggunaan kata tidak sesuai

Salah 1.

Betul terpaksa meninggalkan

Saya kini terpaksa meninggalkan Saya

sekolah ini kerana menyokong sekolah ini kerana mengikut ayah ayah saya berpindah ke tempat saya berpindah ke tempat lain. lain. 2. Walaupun juga... sedikit sedih, saya Walaupun berasa sedih, juga... saya

3.8 Cara penganalisisan data

Pengkaji akan menganalisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam hasil penulisan karangan pelajar-pelajar dengan seberapa teliti yang boleh.

- 39 -

Pertama sekali, pengkaji akan meneliti hasil karangan pelajar satu-persatu dengan seberapa teliti sambil menandakan kesalahan-kesalahan penggunaan kata yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan. Pengkaji akan menandakan kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan pen berwarna, iaitu oren bagi kesalahan kata imbuhan (KKI), biru bagi kesalahan kata ganda (KKG), ungu bagi kesalahan kata jamak (KKJ), hijau bagi kesalahan kata hubung (KKH), merah jambu bagi kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan kuning bagi penggunaan kata tidak sesuai (PKTS).

Contoh penganalisisan ujian karangan ini dibuat seperti berikut:

KKI – Kesalahan Kata Imbuhan

Salah Saya merasa amat sedih...

Betul Saya berasa amat sedih...

Dalam contoh diatas penggunaan imbuhan pada kata dasar ‘rasa’ adalah salah mengkiut konteks ayat berkenaan. Tambahan lagi, perkataan ‘merasa’ dan ‘berasa’ adalah dua kata yang berlainan maksud, ‘merasa’ membawa erti mengalami rasa dengan lidah manakala ‘berasa’ membawa erti mendapat rasa (yang dialami oleh bahagianbahagian badan). Jadi mengikut konteks ayat di atas perkataan ‘merasa’ adalah salah dan penggunaan imbuhan me- diganti dengan penggunaan imbuhan be-.

- 40 -

KKG – Kesalahan Kata Ganda

Salah Pelbagai-bagai

Betul Pelbagai

Penggunaan kata ganda ‘pelbagai-bagai’ adalah penggunaan yang tidak tepat kerana kata ‘pelbagai’ adalah kata ganda yang sesuai dan sudah memberikan maksud banyak. Jadi perkataan ‘pelbagai-bagai’ sepatutnya ditulis ‘pelbagai’ sahaja.

KKJ – Kesalahan Kata Jamak

Salah Para-para guru...

Betul Para guru...

Penggunaan kata jamak ‘para-para’ adalah penggunaan yang tidak tepat kerana kata ‘para’ adalah kata yang sudah menunjukkan kata jamak. Tambahan lagi, perkataan ‘para-para’ dan perkataan ‘para’ adalah dua perkataan yang berlainan maksud. ‘Parapara’ membawa maksud tempat atau ‘rak’ manakala perkataan ‘para’ membawa maksud untuk menunjukkan bilangan semua seperti dalam ayat yang di atas. Jadi perkataan ‘para-para’ sepatutnya ditulis ‘para’ sahaja.

- 41 -

KKH – Kesalahan Kata Hubung

Salah ...syarikat tempat yang ayah saya bekerja...

Betul ...syarikat tempat ayah saya bekerja...

Penggunaan kata ‘yang’ pada konteks ayat di atas sepatutnya ditiadakan kerana kata ‘yang’ adalah kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan.

KKSN – Kesalahan kata sendi nama

Salah

Betul

Selamat sejahtera pada semua Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan... rakan-rakan...

Penggunaan kata sendi nama ‘pada’ adalah kurang tepat dalam konteks ayat diatas dan sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘kepada’ kerana kata ‘kepada’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia seperti dalam konteks ayat di atas.

- 42 -

PKTS – Penggunaan kata tidak sesuai

Salah ...apabila salah satu rakan kami...

Betul ...apabila salah seorang rakan kami...

Penggunaan perkataan ‘satu’ adalah salah kerana selepas perkataan itu adalah bermaksud kata manusia. Jadi sepatutnya penjodoh bilangan yang sesuai digunakan adalah ‘seorang’, iaitu digunakan untuk manusia seperti di dalam konteks ayat tersebut.

Setelah selesai meneliti satu-persatu hasil karangan pelajar-pelajar, pengkaji akan membahagikan kesalahan-kesalahan tersebut kepada enam bahagian, iaitu kesalahan kata imbuhan (KKI), kesalahan kata ganda (KKG), kesalahan kata jamak (KKJ), kesalahan kata hubung (KKH), kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan penggunaan kata tidak sesuai (PKTS).

Selesai mengkategorikan kesalahan mengikut jenis-jenisnya, pengkaji mula mengira kesalahan yang dilakukan oleh setiap sampel kajian untuk menentukan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel. Kesalahan-kesalahan tersebut akan ditunjukkan dalam jadual atau rajah dalam bab IV.

- 43 -

3.9 Kesimpulan

Kajian ini merupakan sebuah kajian yang berbentuk tinjauan dan kepustakaan yang melibatkan seramai 40 orang sampel dari kedua-dua buah sekolah yang dipilih. Untuk mendapatkan data, pengkaji menggunakan ujian penulisan karangan yang berbentuk ucapan perpisahan disiapkan dalam tempoh 60 minit dengan jumlah lebih kurang 200 patah perkataan.

Bagi mendapatkan kesemua data kajian ini, prosedur kajian dan cara penganalisisan karangan telah diambil seperti yang telah dihuraikan dalam bab ini sehinggalah kajian ini berakhir dan memperolehi hasil dapatan yang akan dihuraikan dalam bab VI. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan peratusan.

- 44 -

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil-hasil penyelidikan dan analisis data yang telah diperolehi melalui kajian yang telah dijalankan berdasarkan lima tujuan kajian, iaitu seperti berikut:

(a) Jenis-Jenis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Dapat Dikesan dalam Penulisan Karangan Sampel Kajian. (b) Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Kerap Dilakukan Oleh Sampel Kajian dalam Penulisan Karangan. (c) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG. (d) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG. (e) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG.

- 45 -

4.1 Analisis

Dalam subtajuk 4.1 ini akan menerangkan hasil analisis daripada kajian yang telah dijalan, iaitu:

(a) Jenis-Jenis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Dapat Dikesan dalam Penulisan Karangan Sampel Kajian. (b) Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Kerap Dilakukan Oleh Sampel Kajian dalam Penulisan Karangan. (c) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG. (d) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG. (e) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG

4.2 Jenis-Jenis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Dapat Dikesan dalam Penulisan Karangan Sampel Kajian

Dalam ujian penulisan karangan yang telah dilakukan oleh sampel kajian didapati bahawa ada enam kesalahan utama morfologi yang kerap dilakukan oleh sampel kajian, iaitu kesalahan kata imbuhan (KKI), kesalahan kata ganda (KKG), kesalahan kata jamak (KKJ), kesalahan kata hubung (KKH), kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan Penggunaan kata tidak sesuai (PKTS).

Daripada keenam-enam kesalahan kata yang kerap dilakukan oleh semua sampel kajian ini, penggunaan kata yang tidak sesuai (PKTS) adalah yang paling tinggi

- 46 -

kekerapannya, iaitu sebanyak 302 (51.2%) kesalahan daripada 590 kesalahan. Analisis kesalahan ini dapat diperhatikan melalui Jadual 3 di bawah, iaitu kekerapan kesalahan morfologi yang sering dilakukan dalam penulisan karangan serta perbandingan kekerapan kesalahan tersebut dalam Rajah 1 di bawah.

Jadual 3 Jenis Kesalahan Bahasa yang Sering Dilakukan oleh SMR dan SMSG

Jenis kesalahan Jumlah KKI Peratus Jumlah KKG Peratus Jumlah KKJ Peratus Jumlah KKH Peratus Jumlah KKSN Peratus Jumlah PKTS Peratus

SMR 76 45.8% 21 65.6% 8 40% 29 52.7% 7 46.7% 151 50%

SSG 90

Jumlah

Peratus

166 54.2% 11 32 34.4% 12 20 60% 26 55 47.3% 8 15 53.3% 151 302 50%

28.2%

5.4%

3.4%

9.3%

2.5%

51.2%

- 47 -

Rajah 1 Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG

160 140 120 100

151 151

90 76
SMR SMSG

Kekerapan kesalahan

80 60 40

29 26 21 11 8 12
KKJ KKH

20 0 KKI KKG

7

8

KKSN

PKTS

Jenis-jenis kesalahan

Rajah 1 di atas menunjukkan bahawa penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh semua sampel kajian, iaitu sebanyak 302 (51.2%) kesalahan. Kesalahan kata imbuhan (KKI) sampel SMSG melakukan sebanyak 90 (54.2%) berbanding dengan sampel SMR yang hanya melakukan kesalahan sebanyak 76 (45.8%). Manakala kesalahan kata ganda (KKG), sampel SMR melakukan 21 (65.6%) berbanding dengan kesalahan yang dilakukan oleh sampel SMSG yang hanya melakukan sebanyak 11 (34.4%). Sementara itu, kesalahan kata jamak (KKJ), didapati bahawa sampel SMSG melakukan kesalahan sebanyak 12 (60%) dan sampel SMR melakukan 8 (40%). Dalam kesalahan kata hubung (KKH) pula sebanyak 29 (52.7%) dilakukan oleh sampel SMR dan 26 (47.3%) di lakukan oleh sampel SMSG. Kesalahan yang terakhir, iaitu kesalahan kata sendi nama (KKSN) pula didapati bahawa 8 (53.3%)

- 48 -

dilakukan oleh sampel SMSG dan 7 (46.7%) dilakukan oleh sampel kajian SMR. Jadi secara keseluruhannya, SMSG lebih banyak melakukan kesalahan berbanding dengan SMR. Perbandingan kekerapan kesalahan secara keseluruhan ini dapat diperhatikan melalui subtajuk 4.3.

4.3 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Kerap Dilakukan oleh Sampel Kajian dalam Penulisan Karangan

Dalam subtajuk ini, pengkaji akan membincangkan hasil penyelidikan dan analisis data yang berkaitan dengan kekerapan kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh sampel kajian dalam penulisan karangan. Analisis ini dibahagikan kepada enam bahagian, iaitu seperti berikut:

(a) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel lelaki SMR. (b) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel perempuan SMR. (c) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi keseluruahan sampel SMR. (d) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel lelaki SMSG. (e) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel perempuan SMSG. (f) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi keseluruhan sampel SSG.

- 49 -

4.3.1 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Lelaki SMR

Jadual 4 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan morfologi bagi kumpulan sampel lelaki SMR ialah sebanyak 176 (29.8%) kesalahan. Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh kumpulan sampel lelaki SMR ialah penggunaan kata tidak sesuai (PKTS), iaitu sebanyak 96 (54.5%) kesalahan, diikuti oleh kesalahan kata imbuhan (KKI), iaitu sebanyak 47 (26.7%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang ketiga kerap dilakukan dalam penulisan karangan, iaitu sebanyak 16 (9.1%), kesalahan kata ganda (KKG) pula ialah sebanyak 10 (5.7%), kesalahan kata sendi nama (KKSN) sebanyak 4 (2.3%) dan kesalahan yang terakhir, iaitu kesalahan kata jamak sebanyak 3 (1.7%).

Jadual 4 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa Bagi Setiap Kumpulan Sampel Lelaki SMR

Sampel SLMR 1 SLMR 2 SLMR 3 SLMR 4 SLMR 5 SLMR 6 SLMR 7

KKI 5 1 4 1 11 4 3

KKG 3

KKJ 1

KKH 3 2 2

KKSN 2 1

PKTS 14 10 8 12

Jumlah Peratus 28 14 14 15 23 16 18 15.92 7.95 7.95 8.52 13.07 9.09 10.23

1 1 1

1 2 2 1 2

9 9 12

- 50 -

SLMR 8 SLMR 9 SLMR 10 Jumlah Peratus KKI KKG KKJ KKH

2 4 12 47 26.7 4 10 5.7 3 1.7 2 1 16 9.1

1

4 9 9

7 15 26 176 100%

3.98 8.52 14.77

4 2.3

96 54.5

: Kesalahan Kata Imbuhan : Kesalahan Kata Ganda : Kesalahan Kata Jamak : Kesalahan Kata Hubung : Kesalahan Kata Sendi Nama : Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai : Sampel Lelaki Menengah Rimba 1-10

KKSN PKTS SLMR 1-10

4.3.2 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Perempuan SMR

Jadual 5 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan morfologi bagi kumpulan sampel perempuan SMR ialah sebanyak 116 (19.7%). Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh kumpulan sampel perempuan SMR ialah penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) sebanyak 55 (47.4%), kesalahan kata imbuhan (KKI) sebanyak 29 (25%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang ketiga kerap dilakukan oleh sampel berkenaan, iaitu sebanyak 13 (11.2%), kesalahan kata ganda (KKG) sebanyak 11 (9.5%), kesalahan kata jamak sebanyak 5 (4.3%) dan yang terakhir kesalahan kata sendi nama (KKSN) sebanyak 3 (2.6%).

- 51 -

Jadual 5 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Perempuan SMR. Sampel SPMR 1 SPMR 2 SPMR 3 SPMR 4 SPMR 5 SPMR 6 SPMR 7 SPMR 8 SPMR 9 SPMR 10 Jumlah Peratus KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS SPMR 1-10 1 2 2 3 1 2 5 29 25 1 11 9.5 5 4.3 2 3 2 2 4 13 11.2 1 1 3 2.6 1 1 1 1 KKI 4 9 4 KKG KKJ 1 1 1 1 2 1 1 KKH KKSN PKTS 4 2 7 4 2 6 8 6 9 7 55 47.4 Jumlah Peratus 9 17 8 9 7 11 14 9 14 18 116 100% 7.8 14.6 6.9 7.8 6 9.4 12.1 7.8 12.1 15.5

: Kesalahan Kata Imbuhan : Kesalahan Kata Ganda : Kesalahan Kata Jamak : Kesalahan Kata Hubung : Kesalahan Kata Sendi Nama : Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai : Sampel Perempuan Menengah Rimba 1-10

- 52 -

4.3.3 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Keseluruhan Sampel SMR

Jadual 6 dan Rajah 2 di bawah menunjukkan bahawa pelajar lelaki SMR lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 176 (29.8%) berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar perempuan, iaitu sebanyak 116 (19.7%) kesalahan. Antara kesalahan yang paling kerap di lakukan oleh sampel lelaki SMR ialah KKI, iaitu 47 (61.8%) berbanding dengan sampel perempuan SMR yang melakukan 29 (38.2%), KKH, iaitu 16 (55.2%) berbanding dengan sampel perempuan SMR melakukan 13 (44.8%) dan PKTS, iaitu 96 (63.6%) dan sampel perempuan SMr melakukan 55 (36.4%).

Jadual 6 Perbezaan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SPMR

Jenis kesalahan KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus 47 10 3 16 4 96

SLMR 26.7% 5.7% 1.7% 9.1% 2.3% 54.5% 176 29.8% 29 11 5 13 3 55

SPMR 25% 9.5% 4.3% 11.2% 2.6% 47.4% 116 19.7%

- 53 -

Rajah 2 Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SPMR
Kekerapan kesalahan bagi pelajar-pelajar SMR
100

96

90 80

70 60

55 47
SLMR SPMR

Jumlah 50 kekerapan
40

30

29 16 10 11 3 5
KKH

20

13 4
KKSN

10 0 KKI

3
PKTS

KKG

KKJ

Jenis-jenis kesalahan

4.3.4 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Sampel Lelaki SMSG.

Jadual 7 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan morfologi bagi kumpulan sampel lelaki SMSG ialah sebanyak 148 (25.1%). Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh kumpulan sampel lelaki SMSG ialah penggunaan kata tidak sesuai (PKTS), iaitu sebanyak 76 (51.4%), diikuti oleh kesalahan kata imbuhan (KKI), iaitu sebanyak 49 (33%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang ketiga kerap dilakukan dalam penulisan karangan, iaitu sebanyak 13 (8.8%), kesalahan kata jamak (KKJ) dan kesalahan kata sendi nama (KKSN) dilakukan sebanyak 4 (2.7%). Kesalahan terakhir ialah kesalahan kata ganda (KKG) sebanyak 2 (1.4%).

- 54 -

Jadual 7 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Lelaki SMSG. Sampel SLSG 1 SLSG2 SLSG 3 SLSG 4 SLSG 5 SLSG 6 SLSG 7 SLSG 8 SLSG 9 SLSG 10 Jumlah Peratus KKI 9 6 6 6 5 3 5 5 3 1 49 33 KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS SLSG1-10 1 2 1.4 4 2.7 13 8.8 4 2.7 1 1 4 2 1 1 1 4 1 1 1 1 1 KKG KKJ 1 KKH 1 KKSN PKTS 18 9 8 15 10 1 2 6 4 3 76 51.4 Jumlah Peratus 29 15 18 24 18 5 11 15 8 5 148 100% 19.6 10.1 12.2 16.2 12.2 3.4 7.4 10.1 5.4 3.4

: Kesalahan Kata Imbuhan : Kesalahan Kata Ganda : Kesalahan Kata Jamak : Kesalahan Kata Hubung : Kesalahan Kata Sendi Nama : Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai : Sampel Lelaki Saint George 1-10

- 55 -

4.3.5 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Sampel Perempuan SMSG.

Jadual 8 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan bahasa bagi kumpulan sampel perempuan SMSG ialah sebanyak 150 (25.4%). Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh kumpulan sampel perempuan SMSG ialah penggunaan kata tidak sesuai (PKTS), iaitu sebanyak 75 (50%), diikuti oleh kesalahan kata imbuhan (KKI) sebanyak 41 (27.3%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang ketiga kerap dilakukan dalam penulisan karangan, iaitu sebanyak 13 (8.7%), kesalahan kata ganda (KKG) sebanyak 9 (6%), kesalahan kata jamak sebanyak 8 (5.3%) dan yang terakhir ialah kesalahan kata sendi nama (KKSN) sebanyak 4 (2.7%).

Jadual 8 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Perempuan SMSG.

Sampel SPSG 1 SPSG 2 SPSG 3 SPSG 4 SPSG 5 SPSG 6 SPSG 7

KKI 7 11 3 3 1 2 4

KKG 2 1

KKJ

KKH

KKSN

PKTS 9

Jumlah Peratus 18 27 5 17 4 14 16 12 18 3.3 11.3 2.7 9.3 10.7

2

3

2

8 2

1 1 1 1

6

7 1

2

1

8 12

- 56 -

SPSG 8 SPSG 9 SPSG 10 Jumlah Peratus

5 3 2 41 27.3 KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS SPSG1-10

1 3 1 9 6 2 1 8 5.3

1

14 11

21 19 9 150 100%

14 12.7 6

1 13 8.7

1 4 2.7

3 75 50

: Kesalahan Kata Imbuhan : Kesalahan Kata Ganda : Kesalahan Kata Jamak : Kesalahan Kata Hubung : Kesalahan Kata Sendi Nama : Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai : Sampel Perempuan Saint George 1-10

4.3.6 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi keseluruhan Sampel SMSG.

Jadual 9 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan bahawa pelajar perempuan di Sekolah Menengah Saint George ini lebih kerap melakukan kesalahan kata, iaitu sebanyak 150 (25.4%) berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar lelaki SMSG, iaitu sebanyak 148 (25.1%). Walau bagaimanapun perbezaan antara sampel lelaki dengan sampel perempuan dalam kajian ini tidak banyak perbezaannya iaitu hanya dua kesalahan sahaja. Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh sampel perempuan ialah KKG, iaitu sebanyak 9 (81.8%) berbanding dengan sampel lelaki SMSG, iaitu 2 (18.2%) dan KKJ, iai tu sampel perempuan SMSG melakukan 8 (66.7%) berbanding dengan sampel lelaki SMSG, iaitu 4 (33.3%).

- 57 -

Jadual 9 Perbezaan Kesalahan Bahasa antara SLSG dan SPSG Jenis kesalahan KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus 49 2 4 13 4 76 148 25.1% SLSG 33% 1.4% 2.7% 8.8% 2.7% 51.4% 41 9 8 13 4 75 150 25.4% SPSG 27.3% 6% 5.3% 8.7% 2.7% 50%

Rajah 3 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa Antara Sampel Lelaki Dan Sampel Perempuan SMSG
Kekerapan kesalahan bagi pelajar-pelajar SMSG
80

76

75

70

60

50

49 41
SLSG SPSG

Jumlah 40 kekerapan
30

20

13 9
10

13 4 4
PKTS

8 4
KKJ KKH

2
0 KKI KKG

KKSN

Jenis-jenis kesalahan

- 58 -

4.4 Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG.

Jadual 10 di bawah menunjukkan bahawa kedua-dua buah sekolah yang menjadi tempat kajian ini tidak banyak perbezaan tentang kekerapan kesalahan kata yang dilakukan oleh sampel kajian dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun, jadual di bawah juga memperlihatkan bahawa SMSG lebih tinggi kekerapan kesalahan yang dilakukan berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh SMR. SMSG melakukan kesalahan sebanyak 298 (50.5%), iaitu 148 (49.7%) dilakukan oleh pelajar lelaki dan 150 (50.3%) dilakukan oleh pelajar perempuan. Manakala SMR pula kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampelnya sebanyak 292 (49.5%), iaitu 176 (60.3%%) yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan 116 (39.7%) dilakukan oleh pelajar perempuan. Perbandingan kekerapan kesalahan ini dapat disaksikan dalam Rajah 4.4 di bawah, iaitu kekerapan kesalahan yang dilakukan secara keseluruhan yang dilakukan oleh sampel kedua-dua buah sekolah berkenaan, berdasarkan 40 buah karangan pelajar.

Jadual 10 Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara Kumpulan Sampel SMR dan Kumpulan Sampel SMSG

Jenis kesalahan Jantina KKI KKG KKJ SLMR 47 10 3

SMR SPMR 29 11 5 25% 9.5% 4.3% 49 2 4 SLSG

SMSG SPSG 41 9 8 27.3% 6% 5.3%

26.7% 5.7% 1.7%

33% 1.4% 2.7%

- 59 -

KKH KKSN KKTS Jumlah Peratus Jumlah Keseluruhan

16 4 96

9.1% 2.3% 54.5% 176 60.3%

13 3 55

11.2% 2.6% 47.4% 116 39.7%

13 4 76

8.8% 2.7% 51.4% 148 49.7%

13 4 75

8.7% 2.7% 50% 150 50.3%

292 (49.5%)

298 (50.5%)

Rajah 4 Perbandingan kekerapan kesalahan bahasa antara SMR dan SMSG

350

292

298

300

250

200

Jumlah kekerapan
150

100

50

0

SMR Nama sekolah

SMSG

- 60 -

4.5 Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG.

Salah satu tujuan penguasaan bahasa ini dilakukan adalah untuk mengetahui perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki di kedua-dua buah sekolah tempat kajian ini. Jadual 11 dan Rajah 5 akan menjelaskan hal ini.

Jadual 11 Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG Jenis KKI Kesalahan SLMR SLSG Jumlah Peratus 47 49 49% 10 51% 2 96 29.6% 83% 3 17% 4 12 3.7% 42.9% 16 57.1% 13 7 2.2% 55.2% 4 44.8% 4 29 8.9% 50% 96 50% 76 8 2.5% 55.8% 44.2% 172 53.1% KKG KKJ KKH KKSN PKTS

Rajah 5 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG
100

96

90

80

76

70

60

Jumlah kekerapan

50

47

49
SLMR SLSG

40

30

20

16 10 13 2 3
KKJ

10

4
KKH

4

4
PKTS

0 KKI KKG KKSN

Jenis-jenis kesalahan

- 61 -

Jadual 11 dan Rajah 5 di atas menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh sampel lelaki SMR lebih banyak jika dibandingkan dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki SMSG. Antara kekerapan kesalahan bahasa yang paling banyak dilakukan oleh sampel lelaki dari SMR ialah penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) iaitu sebanyak 96 (55.8%), iaitu lebih 20 kesalahan daripada kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki SMSG. SLSG hanya melakukan 76 (44.2%). Manakala kekerapan kesalahan bahasa yang kedua yang dilakukan oleh sampel lelaki SMR ialah kesalahan kata hubung (KKH). Dalam penggunaan kata hubung, sampel lelaki SMR melakukan 16 (55.2%) manakala sampel lelaki SMSG pula hanya melakukan 13 (44.8%).

Perbandingan kekerapan dan min kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki di kedua-dua buah sekolah ini dapat diperhatikan melalui Jadual 12 dan Rajah 6 di bawah. Melalui Jadual dan Rajah tersebut menunjukkan bahawa SLMR lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 176 (54.3%) kesalahan berbanding dengan kesalahan yang dilakukan SLSG, iaitu sebanyak 148 (45.7%).

Jadual 12 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa Antara SLMR Dan SLSG Kumpulan SLMR SLSG (n) 10 10 Kekerapan 176 148 Min 17.6 14.8 Peratus 54.3 45.7

- 62 -

Rajah 6 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG secara Keseluruhan

200 180 160 140 120

176 148

Jumlah kekerapan

100 80 60 40 20 0 SLMR SLSG

Nama sekolah

4.6 Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG.

Selain perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar lelaki di kedua-dua buah sekolah kajian, tujuan yang seterusnya ialah pengkaji ingin mengetahui perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel perempuan di kedua-dua buah sekolah kajian. Jadual 13 dan Rajah 7 di bawah menjelaskan hal ini.

- 63 -

Jadual 13 Perbezaan Kekerapan Kesalahan antara SPMR dan SPSG

Jenis KKI Kesalahan SPMR SPSG Jumlah Peratus 29 41 41.4% 11 58.6% 9 70 26.3% 55% 5 45% 8 20 7.5% 38.5% 13 61.5% 13 13 4.9% 50% 3 50% 4 26 9.8% 42.9% 55 57.1% 75 7 2.6% 42.3% 57.7% 130 48.9% KKG KKJ KKH KKSN PKTS

Rajah 7 Perbandingan Kekerapan Kesalahan bahasa antara SPMR dan SPSG.

80

75
70

60

55
50

Jumlah 40 kekerapan
30

41
SPMR SPSG

29

20

11
10

13 9 5 8

13 3 4
PKTS

0 KKI KKG KKJ KKH KKSN

jenis-jenis kesalahan

- 64 -

Jadual 13 dan Rajah 7 di atas menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh SPSG lebih banyak berbanding dengan kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh SPMR. Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh SPSG ialah penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) iaitu sebanyak 75 (57.7%). Sementara kesalahan yang dilakukan oleh SPMR hanya 55 (42.3%). Kekerapan kesalahan bahasa yang seterusnya ialah kesalahan kata imbuhan (KKI). SPSG melakukan kekerapan KKI sebanyak 41 (58.6%) berbanding dengan SPMR hanya 29 (41.4%).

Perbandingan kekerapan dan min kesalahan yang dilakukan oleh sampel perempuan di kedua-dua buah sekolah ini dapat diperhatikan melalui Jadual 14 dan Rajah 8 di bawah. Melalui Jadual dan Rajah tersebut memperlihatkan bahawa SPSG lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 150 (25.4%) berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh SPMR, iaitu sebanyak 116 (19.7%).

Jadual 14 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG

Kumpulan SPMR SPSG

(n) 10 10

Kekerapan 116 150

Min 11.6 15

Peratus 43.6 56.4

- 65 -

Rajah 8 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG Secara Keseluruhan

180

150

160

140

116

120

Jumlah kekerapan

100

80

60

40

20

0 SPMR SPSG

Nama sekolah

4.7 Kesimpulan Analisis

Jumlah keseluruhan kekerapan kesalahan kata bagi kedua-dua buah sekolah (N=40) ialah 590 atau 7.375%, iaitu mengikut kiraan had perkataan dalam karangan pelajar (200 perkataan x 40 = 8,000). Purata kekerapan kesalahan kata bagi setiap pelajar dalam sampel kajian ini ialah 14.75. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan ialah SMSG, iaitu sebanyak 298 (50%), diikuti oleh kumpulan sampel SMR sebanyak 292 (50%). Ini bererti kumpulan sampel SMSG ini lebih banyak melakukan kesalahan dalam penulisan karangan. Hal ini akan dijelaskan dalam Jadual 15 di bawah yang menunjukkan bahawa sebanyak 590 (7.375%) kesalahan telah berjaya di kesan daripada 40 buah karangan pelajar-pelajar. Daripada jumlah kesalahan tersebut,

- 66 -

penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) adalah kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh sampel kajian, iaitu sebanyak 302 (51.2%) berbanding dengan kesalahan yang lain.

Jadual 15 Jumlah Kekerapan Kesalahan Bahasa secara keseluruhan.

Jenis kesalahan KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus 76 21 8 29 7 151

SMR 26% 7.3% 2.7% 9.9% 2.4% 51.7% 292 50% 90 11 12 26 8 151

SSG 30.2% 3.7% 4% 8.7% 2.7% 50.7% 298 50%

Jumlah 166 32 20 55 15 302 590 100%

Sementara itu kumpulan sampel lelaki dan kumpulan sampel perempuan, kumpulan SLMR lebih banyak melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 176 (29.8%), diikuti oleh kumpulan SPSG sebanyak 150 (25.4%), kemudian kumpulan SLSG sebanyak 148 (25.1%) dan akhir sekali kumpulan SPMR sebanyak 116 (19.7%). Ini bererti kumpulan SLMR ini lebih banyak melakukan kesalahan dalam penulisan karangan. Hal ini akan dijelaskan dalam Jadual 16 di bawah.

- 67 -

Jadual 16 Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara Kumpulan Sampel SMR dan Kumpulan Sampel SMSG.

Jenis kesalahan Jantina KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus SLMR 47 10 3 16 4 96

SMR SPMR 29 11 5 13 3 55 25% 9.5% 4.3% 11.2% 2.6% 47.4% 116 19.7% 49 2 4 13 4 76 SLSG

SMSG SPSG 41 9 8 13 4 75 150 25.4% 27.3% 6% 5.3% 8.7% 2.7% 50%

26.7% 5.7% 1.7% 9.1% 2.3% 54.5% 176

33% 1.4% 2.7% 8.8% 2.7% 51.4% 148

29.8%

25.1%

Di bawah ini disenaraikan di antara kesalahan yang telah dilakukan oleh sampel kajian dalam penulisan karangan. Jenis kesalahan kata yang dimaksudkan itu ialah KKI, KKG, KKJ, KKH, KKSN dan PKTS. Di samping contoh kesalahan yang dilakukan sampel, pengkaji juga telah memberikan contoh pembetulan serta alasan bagi setiap kesalahan yang telah dilakukan.

- 68 -

4.8 Perbincangan

Dalam subtajuk ini akan menerangkan cara penganalisisan dan penyebab bagi kesalahan yang dilakukan oleh sampel kajian.

4.8.1 Kesalahan Kata Imbuhan (KKI)

KKI adalah kesalahan yang kedua terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang dilakukan, iaitu sebanyak 166 (28.2%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar 4.15. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan ini adalah kumpulan sampel dari SMR, iaitu sebanyak 90 (54.2%) kesalahan dan SMSG melakukan 76 (45.8%) kesalahan sahaja.

Kesalahan kata imbuhan yang dapat dikesan bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Kesalahan penggunaan imbuhan yang salah atau tidak tepat. 2. Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan. 3. Menggunakan imbuhan pada kata yang tidak memerlukan.

4.8.1.1 Kesalahan penggunaan imbuhan yang salah atau tidak tepat

Ayat-ayat di bawah ini adalah salah kerana menggunakan imbuhan yang salah atau tidak tepat.

- 69 -

a) ...saya harus memindah ke sekolah yang baru... (SLSG 02) b) Saya ingin mengucapkan seribuan terima kasih... (SPSG 03) c) ...saya hendak berucap ribuan terima kasih... (SLMR 08) d) ...saya untuk menlanjutkan pelajaran... (SPMR 010)

Dalam ayat (a) perkataan ‘memindah’ dari kata dasar ‘pindah’ adalah tidak tepat seharusnya penggunaan imbuhan ‘meN-‘ itu diganti dengan ‘beR-‘ untuk menjadikan ayat tersebut lebih gramatis dan memberikan makna yang lebih tepat. Jadi ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...saya harus berpindah ke sekolah yang baru...

Dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan imbuhan apitan ‘se...an‘ di atas adalah tidak tepat kerana imbuhan tersebut hanya dapat digunakan bagi ayat yang membawa maksud keseluruhan tetapi dalam konteks ayat di atas itu, penggunaan imbuhan apitan ‘se...an’ seperti tidak membawa apa-apa maksud. Kata dasar ‘ribu’ tersebut seharusnya menerima imbuhan akhiran ‘...an’ sahaja seperti dalam ayat di bawah ini: Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih...

Ayat (c) di atas ini adalah tidak tepat kerana menggunakan imbuhan awalan ‘ber...’ bagi kata dasar ‘ucap’ menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis bunyinya. Sepatutnya kata ucap menerima imbuhan apitan ‘meng...kan’ dan ayat tersebut sepatutnya:

- 70 -

...saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih...

Penggunaan kata menlanjutkan dalam ayat (d) di atas ini adalah tidak betul. Sepatutnya kata lanjut menggunakan imbuhan apitan ‘me...kan’. Dengan demikian, ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut:

...saya untuk melanjutkan pelajaran...

4.8.1.2 Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan

Ayat-ayat di bawah ini adalah tidak tepat kerana tidak menggunakan imbuhan pada perkataan yang memerlukannya dan menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis bunyinya.

a) Saya tidak dapat buat apa-apa... (SLSG 02) b) ...saya terpaksa meninggal sekolah ini kerana... (SPSG 04) c) ...adalah satu peluang emas bagi ayah saya. (SLMR 07)

Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata dasar ‘buat’ yang tidak menerima apa-apa imbuhan adalah tidak tepat kerana menyebabkan konteks ayat tersebut tidak gramatis bunyinya. Sepatutnya kata dasar ‘buat’ itu menerima imbuhan ‘ber-‘ dengan alasan supaya ayat tersebut menjadi lebih gramatis. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

Saya tidak dapat berbuat apa-apa...

- 71 -

Dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan perkataan ‘meninggal’ mengikut konteks ayat tersebut adalah tidak tepat kerana perkataan ‘meninggal’ dalam ayat itu tidak sesuai. Tambahan lagi, perkataan ‘meninggal’ mempunyai makna yang berlainan dan tidak sesuai dengan ayat tersebut. ‘Meninggal’ bermaksud mati atau kembali ke rahmatullah. Jadi perkataan ‘meninggal’ itu sepatutnya ditambah dengan imbuhan akhiran ‘-kan’ yang membawa maksud pergi dan sesuai untuk konteks ayat tersebut. Jadi ayat itu sepatutnya ditulis:

...saya terpaksa meninggalkan sekolah ini kerana...

Dalam ayat (c) di atas pula, penggunaan kata dasar ‘emas’ pada konteks ayat tersebut adalah tidak tepat kerana tidak bersesuaian dan janggal bunyinya. Perkataan ‘emas’ seharusnya diimbuhkan dengan apitan ‘ke...an’ dan menjadi ‘keemasan’. Perkataan ini sesuai dengan konteks ayat tersebut dan seharusnya ditulis:

...adalah satu peluang keemasan bagi ayah saya.

4.8.1.3 Menggunakan imbuhan pada kata yang tidak memerlukan

Ayat-ayat di bawah ini adalah salah kerana menggunakan imbuhan pada perkataan yang tidak memerlukannya dan menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis bunyinya.

a) Ada juga kenangan pahit yang telah saya mengharungi bersama… (SLSG 01)

- 72 -

b) Banyak peristiwa yang kami melalui di sekolah ini... (SPSG 09) c) Saya juga sangat bersedih apabila... (SLMR 05) d) Sudah berlama ayah saya menunggu saat ini. (SPMR 02)

Ayat-ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut:

a) Ada juga kenangan pahit yang telah saya harungi bersama… b) Banyak peristiwa yang kami lalui di sekolah ini... c) Saya juga sangat sedih apabila... (SLMR 05) d) Sudah lama ayah saya menunggu saat ini. (SPMR 02)

4.8.2

Kesalahan Kata Ganda (KKG)

KKG adalah kesalahan yang keempat terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang dilakukan, iaitu sebanyak 32 (5.42%). Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar 0.8. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan ini adalah kumpulan sampel dari SMSG, iaitu sebanyak 21 (65.6%) dan SMR melakukan 11 (34.4%). Kesalahan kata ganda ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1. Kata yang tidak perlu digandakan 2. Penggunaan kata ganda yang tidak tepat

- 73 -

4.8.2.1 Kata yang tidak perlu digandakan

Dalam ayat di bawah ini, kata ganda ‘pelbagai-bagai’ adalah salah kerana perkataan tersebut tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu. Tambahan lagi, kata ‘pelbagai’ sudah melambangkan banyak dan tidak memerlukan kata ganda lagi dalam penulisannya.

Salah ...dan juga pelbagai-bagai kenangan...

Betul ...dan juga pelbagai kenangan...

(SLSG 08)

4.8.2.2 Penggunaan kata ganda yang tidak tepat

Dalam ayat-ayat (a - c) di bawah ini penggunaan kata ganda yang digunakan adalah salah dan tidak ada dalam sistem bahasa Melayu.

Salah (a) ...selamat petang kepada hadirin-

Betul (a) ...selamat petang kepada hadirinhadirat yang hadir... (SPSG 01) (b) ...dan rakan-rakan... (SPMR 10) (c) Terima kasih kepada sahabat-

hadirin yang hadir... (SPSG 01) (b) ...dan rakan-sahabat... (SPMR 10) (c) Terima kasih kepada sahabat-sahabat handai... (SLMR 10)

handai... (SLMR 10)

- 74 -

4.8.3

Kesalahan Kata Jamak (KKJ)

KKJ adalah kesalahan yang kelima terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang dilakukan, iaitu sebanyak 20 (3.4%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar 0.5. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan ini adalah kumpulan sampel dari SMR, iaitu sebanyak 12 (60%) kesalahan dan SSG melakukan 8 (40%) kesalahan sahaja.

Kata jamak seperti semua, para segelintir, beberapa dan sebagainya tidak sepatutnya diikuti dengan penggunaan kata ganda kerana kata jamak berkenaan sudah memberi maksud banyak. Kesalahan yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar adalah:

(a) ...semua para guru yang hadir... (SLSG 06) (b) ...kepada para sahabat-handai... (SLMR 01) (c) ...terima kasih kepada semua guru-guru... (SPMR 04) (d) ...kepada para-para hadirin... (SPSG 09)

Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata jamak ‘semua para’ adalah salah kerana kata jamak ‘semua’ dan ‘para’ sudah memberi maksud banyak. Tambahan lagi, perkataan ‘semua para’ tidak ada dalam sistem Bahasa Melayu. Jadi ayat yang sepatutnya ditulis adalah:

...semua guru yang hadir... (atau)

...guru-guru yang hadir...

- 75 -

(atau) ...para guru yang hadir...

Dalam ayat (b – c) di atas, penggunaan kata jamak ‘para’ dan ‘semua’ yang diikuti dengan kata ganda adalah salah kerana kata jamak itu sudah memberi maksud banyak. Jadi ayat yang sepatutnya ditulis adalah:

...kepada para sahabat... (atau)

...kepada sahabat-sahabat...

...terima kasih kepada semua guru...

(atau)

...terima kasih kepada guru-guru...\

Manakala dalam ayat (d) di atas penggunaan perkataan ‘para-para’. ‘Para-para’ adalah penggunaan yang tidak tepat kerana kata ‘para’ adalah kata yang sudah menunjukkan kata jamak. Tambahan lagi, perkataan ‘para-para’ dan perkataan ‘para’ adalah dua perkataan yang berlainan maksud. ‘Para-para’ membawa maksud tempat manakala perkataan ‘para’ membawa maksud untuk menunjukkan bilangan semua seperti dalam ayat yang di atas. Jadi perkataan ‘para-para’ sepatutnya ditulis ‘para’ sahaja. Ayat tersebut sepatutnya ditulis: ...kepada para hadirin...

4.8.4 Kesalahan Kata Hubung (KKH)

KKH adalah kesalahan yang ketiga terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang dilakukan, iaitu sebanyak 55 (9.3%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap

- 76 -

pelajar 1.375. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan ini adalah kumpulan sampel SMSG, iaitu sebanyak 29 (52.7%) dan SMR melakukan 26 (47.3%).

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau ayat dengan ayat untuk membina ayat yang lebih gramatis. Kesalahan yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat 2. Tidak menggunakan kata hubung yang sepatutnya.

4.8.4.1 Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat

Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat itu ialah penggunaan kata hubung yang tidak sesuai dalam suatu ayat. Kesalahan yang terdapat dalam ujian karangan tersebut yang dapat dikesan ialah:

(a) Saya terpaksa berpindah ke sekolah lain untuk ayah saya bekerja di tempat lain. (SLSG 05) (b) Saya gembira dengan kenaikan pangkat ayah serta sedih apabila mendapat tahu saya terpaksa ... (SPSG 08) (c) Tetapi saya terpaksa menerima hakikat... (SLMR 03) (d) ...kenangan manis masa kawan saya bergurau... (SPMR 07)

- 77 -

Dalam ayat (a) di atas penggunaan kata hubung ‘untuk’ adalah salah kerana kata hubung yang sesuai adalah kata hubung ‘kerana’ dengan alasan ‘untuk’ bermaksud bagi menunjukkan sesuatu manakala dalam konteks ayat berkenaan yang sesuai digunakan adalah kata hubung ‘kerana’ dengan alasan kata hubung berkenaan membawa maksud sebab berlakunya perpindahan tersebut. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

Saya terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ayah saya bekerja di tempat lain. Dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan kata hubung ‘serta’ adalah salah kerana kata hubung ‘serta’ bermaksud bersama tetapi dalam konteks ayat tersebut adalah berlainan maksudnya. Jadi kata hubung yang sesuai digunakan adalah kata hubung ‘tetapi’ kerana ia berlawan maksud. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

Saya gembira dengan kenaikan pangkat ayah tetapi sedih apabila mendapat tahu saya terpaksa ...

Dalam ayat (c) di atas pula, penggunaan kata hubung ‘tetapi’ pada awal perenggan adalah salah kerana ia tidak memberi makna akan ayat yang terdahulu. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

Walau bagaimanapun saya terpaksa menerima hakikat... (SLMR 03)

Dalam ayat (d) di atas, penggunaan kata ‘masa’ adalah bukan kata hubung yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana masa digunakan untuk menyatakan waktu.

- 78 -

Jadi kata hubung yang sepatutnya digunakan adalah kata hubung ‘semasa’ supaya ayat berkenaan lebih gramatis. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...kenangan manis semasa kawan saya bergurau...

4.8.4.2 Tidak menggunakan kata hubung yang sepatutnya

Ayat-ayat di bawah ini adalah salah kerana tidak menggunakan kata hubung yang sepatutnya dan menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis bunyinya.

a) Saya berazam akan belajar ______ lebih rajin... (SLSG 06) b) ...mendapat kawan ______ lebih baik di sekolah baru nanti... (SPSG 05) c) ...saya bersalah atas perbuatan saya ____ membuatkan saya menyesal (SLMR 07) d) Ayah ______ gembiranya terus menelefon emak. (SPMR 03)

Ayat-ayat di atas ini sepatutnya ditulis seperti berikut kerana akan menjadikan ayat yang dibina itu lebih bermakna dan gramatis:

a) Saya berazam akan belajar dengan lebih rajin... b) ...mendapat kawan yang lebih baik di sekolah baru nanti... c) ...saya bersalah atas perbuatan saya dan membuatkan saya menyesal. d) Ayah dengan gembiranya terus menelefon emak.

- 79 -

4.8.5 Kesalahan Kata Sendi Nama (KKSN)

KKSN adalah kesalahan yang keenam terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang dilakukan, iaitu sebanyak 15 (2.5%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar 0.375. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan ini adalah kumpulan sampel SMR, iaitu sebanyak 8 (53.3%) dan SMSG melakukan 7 (46.7%).

Kesalahan kata sendi nama yang terdapat di dalam kajian ini bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian kecil, iaitu:

i. ii. iii.

Kesalahan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’ Kesalahan penggunaan ‘pada’ Kesalahan penggunaan ‘di’ dan ‘ke’

4.8.5.1 Kesalahan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’

Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) kata sendi nama ‘dari’ hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan arah, tempat, waktu atau masa. Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan punca sesuatu hal. Manakala kata sendi nama ‘daripada’ hanya boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan punca bagi manusia, haiwan, benda, sumber dan perbezaan. Ia tidak boleh

- 80 -

digunakan untuk menerangkan arah, tempat, masa dan waktu. Antara kesalahan yang dapat dikesan dalam penulisan karangan sampel kajian ini ialah:

(a) ...mendapat berita dari emak saya... (SLSG 04) (b) ...terpaksa berpindah daripada sekolah ini. (SLSG 07)

Dalam ayat (a) di atas penggunaan kata sendi nama ‘dari’ yang diikuti dengan kata nama am emak adalah salah kerana kata sendi nama ‘dari’ hanya dapat digunakan untuk menerangkan masa, tempat, arah atau waktu. Jadi perkataan yang sepatutnya digunakan adalah kata sendi nama ‘daripada’ dan bukannya kata sendi nama ‘dari. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...mendapat berita daripada emak saya...

Manakala dalam ayat (b) pula, penggunakan kata sendi nama ‘daripada’ adalah salah dengan alasan selepas kata sendi nama ‘daripada’, ia menerangkan mengenai tempat, iaitu sekolah jadi dalam hal ini kata sendi nama yang sepatutnya digunakan adalah kata sendi nama ‘dari’ dan bukan ‘daripada’. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...terpaksa berpindah dari sekolah ini.

- 81 -

4.8.5.2 Kesalahan penggunaan ‘pada’

Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 20) kata sendi nama ‘pada’ hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu dan tempat sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan sasaran seperti manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan keadaan. Antara kesalahan yang dapat dikesan melalui ujian karangan yang telah diberikan ialah:

a) ...terima kasih pada guru-guru... (SPSG 10) b) Pada semua rakan... (SPSG 04)

Dalam ayat (a – b) di atas, penggunaan kata sendi nama ‘pada’ adalah salah kerana penyambut bagi kata tersebut bukanlah perkataan bagi tempat dan masa tetapi manusia. Jadi dalam hal ini, kata sendi nama yang sepatutnya digunakan adalah ‘kepada’ dan bukannya ‘pada’. Tambahan lagi, kata sendi nama ‘kepada’ adalah digunakan untuk menerangkan manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan keadaan. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...terima kasih kepada guru-guru... Kepada semua rakan...

- 82 -

4.8.5.3 Kesalahan penggunaan ‘di’ dan ‘ke’

Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ adalah berbeza cara penggunaannya. Kata sendi nama ‘di’ bermaksud berada atau sudah sampai di sesuatu tempat manakala kata sendi nama ‘ke’ bermaksud arah yang hendak dituju atau belum sampai ke tempat yang dituju. Kesalahan yang dapat dikesan dalam karangan sampel ialah:

a) ...akan berpindah di sekolah baru... (SPSG 07) b) ...sudah berada ke sekolah ini... (SPSG 10)

Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata sendi nama ‘di’ adalah salah mengikut konteks ayat kerana ayat berkenaan bermaksud arah yang hendak dituju dan belum sampai ke sekolah baru berkenaan. Jadi kata sendi nama yang sesuai digunakan adalah kata sendi nama ‘ke’. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...akan berpindah ke sekolah baru...

Manakala dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan kata sendi nama ‘ke’ sepatutnya digantikan dengan penggunaan kata sendi nama’di’ kerana dalam konteks ayat tersebut menunjukkan bahawa sudah berada atau sudah sampai di sekolah berkenaan yang diterangkan. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:

...sudah berada di sekolah ini... (SPSG 10)

- 83 -

4.8.6

Penggunaan Kata Tidak Sesuai (PKTS)

PKTS adalah kesalahan yang paling kerap dilakukan, iaitu sebanyak 302 (51.2%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar 7.55. Kedua-dua kumpulan sampel SMR dan kumpulan sampel SMSG melakukan kekerapan kesalahan sebanyak 151 (25.6%). PKTS yang dapat dikesan melalui penulisan karangan pelajar-pelajar adalah seperti berikut:

(a) ...berkelahi dengan salah satu rakan... (SLSG 01) (b) Saya tak akan lupa semua kenangan... (SLSG 05) (c) ...dan takkan melupakannya... (SLMR 07) (d) ...semasa rakan saya sedang baibun.. (SLSG 10) (e) ...Abdullah tegugur ke longkang... (SLMR 09) (f) ...ketika kami seclass dibawa mendaki... (SPMR 01) (g) Walaupun sedikit sedih... (SPSG 04)

Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata ‘satu’ adalah salah kerana ia bukan penjodoh bilangan yang sesuai bagi manusia. Penjodoh bilangan yang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut ialah ‘seorang’. Ayat itu sepatutnya ditulis:

...berkelahi dengan salah seorang rakan...

- 84 -

Dalam ayat (b – c) di atas, penggunaan perkataan ‘tak’ dan ‘takkan’ adalah tidak tepat kerana bunyi ayat tersebut tidak gramatis. Perkataan yang harus digunakan adalah ‘tidak’ dan ‘tidak akan’. Sepatutnya ayat berkenaan ditulis seperti berikut:

Saya tidak akan lupa semua kenangan... ...dan tidak akan melupakannya...

Dalam ayat (d – e) di atas, penggunaan perkataan yang bergaris adalah salah kerana perkataan-perkataan tersebut adalah perkataan bahasa Melayu Brunei dan ayat (f) adalah pengaruh dari bahasa asing dan bukan termasuk dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu baku. Ayat-ayat tersebut bolehlah ditulis seperti berikut:

...semasa rakan saya sedang bergurau.. ...Abdullah terjatuh ke longkang... ...ketika kami semua dibawa mendaki...

Dalam ayat (g) di atas, penggunaan kata ‘sedikit’ adalah salah kerana gembira adalah salah satu kata adjektif, iaitu sifat yang tidak boleh digunakan dengan perkataan ‘sedikit’. Jadi ayat yang sepatutnya ditulis adalah:

Walaupun berasa sedih...

- 85 -

4.9 Kesimpulan

Bab ini telah menghuraikan hasil dapatan kajian tentang kesalahan bahasa dalam penulisan karangan, iaitu kesalahan morfologi. Antara jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan sampel ialah kesalahan kata imbuhan (KKI),, kesalahan kata ganda (KKG), kesalahan kata jamak (KKJ), kesalahan kata hubung (KKH), kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan penggunaan kata yang tidak sesuai (PKTS) dalam penulisan karangan.

Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji telah menemui sejumlah besar kesalahan morfologi yang terdapat dalam penulisan karangan. Hal ini selaras dengan tujuan kajian ini diadakan, iaitu untuk mengenal pasti kesalahan bahasa yang dilakukan oleh sampel kajian menengah empat di SMR dan sampel kajian menengah empat di SMSG.

Dapatan kajian telah menjelaskan bahawa kumpulan sampel SMR dan kumpulan sampel SMSG tidak banyak perbezaan tentang kekerapan kesalahan bahasa. Kumpulan sampel SMR melakukan kesalahan bahasa sebanyak 292 (49.5%) berbanding dengan kumpulan sampel SMSG sebanyak 298 (50.5%).

Sementara itu, perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan SLMR dengan SLSG menunjukkan bahawa kumpulan SLMR lebih banyak melakukan kesalahan berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan SLSG. Manakala perbandingan kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh

- 86 -

kumpulan SPMR dengan kumpulan SPSG menunjukkan bahawa kumpulan sampel SPSG lebih banyak melakukan kesalahan bahasa berbanding dengan kumpulan SPMR.

- 87 -

BAB V RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pendahuluan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Aspek-aspek yang akan diterangkan dalam bab ini ialah huraian tentang rumusan dapatan kajian dalam perenggan 5.1, diikuti dengan cadangan dan cara mengurangkan kesalahan bahasa dalam penulisan karangan dalam perenggan 5.2, dan akhir sekali ialah kesimpulan yang akan dijelaskan dalam perenggan 5.3.

5.1 Rumusan dapatan kajian

Berdasarkan soalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1, iaitu untuk mengetahui kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penulisan karangan, secara keseluruhannya didapati bahawa jumlah kesalahan bahasa khususnya kesalahan morfologi adalah sebanyak 590 (7.375%) kesalahan. Antara jenisjenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ialah kesalahan kata imbuhan 166 (28.1%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahan kata jamak 20 (3.4%), kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15 (2.5%) dan penggunaan kata tidak sesuai 302 (51.3%). Melalui hasil dapatan itu juga didapati bahawa 292 (49.5%) kesalahan bahasa dilakukan oleh sampel SMR dan 298 (50.5%) dilakukan oleh sampel SMSG.

- 88 -

Sampel lelaki SMR lebih tinggi kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan, iaitu sebanyak 176 (60.3%) berbanding dengan sampel perempuan SMR yang hanya melakukan 116 (39.7%). Sementara itu, sampel lelaki SMSG melakukan kesalahan bahasa sebanyak 148 (49.7%) berbanding dengan kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh sampel perempuan SMSG yang melakukan kesalahan sebanyak 150 (50.3%).

Manakala kekerapan kesalahan bahasa mengikut jenis-jenis kesalahan pula didapati bahawa penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh semua sampel kajian, iaitu sebanyak 302 (51.2%). Sementara itu, kesalahan kata imbuhan (KKI) sampel SMSG melakukan sebanyak 90 (54.2%) berbanding dengan sampel SMR yang hanya melakukan 76 (45.8%), kesalahan kata ganda (KKG), sampel SMR melakukan 21 (65.6%) berbanding dengan sampel SMSG, iaitu sebanyak 11 (34.4%), kesalahan kata jamak (KKJ) didapati bahawa sampel SMSG melakukan kesalahan sebanyak 12 (60%) dan sampel SMR melakukan 8 (40%). Dalam kesalahan kata hubung (KKH) pula sebanyak 29 (52.7%) dilakukan oleh sampel SMR dan 26 (47.3%) dilakukan oleh sampel SMSG. Kesalahan yang terakhir, iaitu kesalahan kata sendi nama (KKSN) didapati bahawa 8 (53.3%) dilakukan oleh sampel SMSG dan 7 (46.7%) dilakukan oleh sampel SMR. Jadi secara keseluruhannya, SMSG lebih banyak melakukan kesalahan berbanding dengan SMR.

Sementara itu perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara sampel lelaki dan sampel perempuan didapati bahawa sampel lelaki lebih tinggi kekerapannya dalam

- 89 -

melakukan kesalahan bahasa, iaitu 324 (54.9%) sedangkan sampel perempuan hanya melakukan 266 (45.1%).

Perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara SLMR dan SLSG didapati bahawa SLMR lebih kerap melakukan kesalahan bahasa sebanyak 176 (54%) berbanding dengan SLSG yang melakukan kesalahan sebanyak 148 (46%). Antara kekerapan kesalahan bahasa yang paling kerap dilakukan oleh SLMR ialah PKTS iaitu sebanyak 96 (54.5%) berbanding dengan SLSG hanya melakukan 76 (51.4%). Manakala kekerapan kesalahan bahasa yang kedua yang dilakukan oleh SLMR ialah KKH, iaitu 16 (9.1%) berbanding dengan SLSG pula hanya melakukan 13 (8.8%).

Selain itu, perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara SPMR dan SPSG pula didapati bahawa SPSG lebih kerap melakukan kesalahan bahasa, iaitu sebanyak 150 (56%) berbanding dengan SPMR yang melakukan kesalahan sebanyak 116 (44%). Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh SPSG ialah PKTS iaitu sebanyak 75 (50%) berbanding dengan SPMR hanya 55 (47.4%). Kekerapan kesalahan bahasa yang seterusnya ialah KKI, iaitu SPSG melakukan sebanyak 41 (27.3%) berbanding dengan SPMR hanya 29 (25%).

5.2 Cadangan

Kesalahan bahasa khususnya kesalahan morfologi dalam penulisan karangan adalah kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar. Masalah-masalah ini haruslah dibendung supaya tidak menjadi satu kesalahan yang besar. Oleh itu, ada beberapa

- 90 -

langkah yang disarankan bagi mengatasi masalah ini. Cadangan-cadangan ini bolehlah dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu:

1) Cadangan untuk guru dan pihak sekolah. 2) Cadangan untuk ibu bapa. 3) Cadangan untuk pelajar. 4) Cadangan kajian lanjutan

5.2.1 Cadangan untuk guru dan pihak sekolah

Guru dan pihak sekolah merupakan salah satu faktor yang penting dalam mengatasi masalah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan yang harus diambil iktibar oleh guru, iaitu:

(a) Guru mestilah menjadi contoh yang baik dan berkesan dalam penggunaan Bahasa Melayu kerana pelajar-pelajar lebih mudah terpengaruh dengan apa yang diterangkan oleh guru dan meniru atau mengikut apa sahaja bahasa yang digunakan oleh guru dalam pengajaran. Jika apa yang diterangkan dan diajarkan oleh guru kepada murid itu salah, maka dengan sendirinya muridmurid akan mengikut kesalahan tersebut.

(b) Guru juga mestilah menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemahiran murid-murid dan juga peringkat umur mereka.

- 91 -

(c) Guru sebolehnya menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi menarik minat dan perhatian pelajar-pelajar dalam suatu pengajaran. Dengan adanya ABM ini dapat membantu merangsang minda pelajar-pelajar untuk bergiat aktif.

(d) Guru juga tidak seharusnya membiarkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sehingga kesalahan itu kerap kali dilakukan dan menjadi satu tabiat kepada diri mereka. Sebaiknya, guru perlulah memperbetulkan kesalahan yang pelajar-pelajar lakukan dengan segera, walaupun kesalahan yang dilakukan itu adalah kesalahan yang kecil.

(e) Guru perlu memberi perhatian dalam pemarkahan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penulisan karangan agar pelajar-pelajar lebih berhati-hati apabila membina ayat atau membina sebuah karangan.

(f) Guru seharusnya memberi penumpuan yang lebih kepada buku kerja pelajarpelajar dengan meneliti akan hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Seterusnya, guru bolehlah menyoal pelajar secara lisan untuk menguji kefahaman di samping memberi latihan bertulis secara terancang.

5.2.2 Cadangan untuk ibu bapa

Ibu bapa merupakan contoh yang menjadi ikutan dalam kehidupan anak-anak mereka sehari-hari dan ia merupakan faktor yang penting dalam membentuk kemajuan

- 92 -

pembelajaran anak-anak mereka. Berikut beberapa cadangan yang boleh diikuti oleh ibu bapa dalam membantu mempertingkatkan prestasi pembelajaran anak-anak mereka, iaitu:

(a) Ibu bapa seharusnya sering memeriksa hasil kerja sekolah anak-anak mereka dan memberi tunjuk ajar serta membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam kerja penulisan karangan yang diberikan oleh guru.

(b) Ibu bapa seharusnya mengubah perspektif anak-anak mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu yang dianggap begitu senang dan mudah untuk dipelajari kerana bahasa Melayu adalah bahasa natif mereka.

(c) Ibu bapa haruslah mengambil berat akan keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak mereka di sekolah kerana dengan adanya sifat ini, anak-anak mereka akan berasa dihargai dengan adanya perhatian yang diberikan itu.

(d) Ibu bapa seharusnya berbincang dengan guru bahasa Melayu jika mendapati anak mereka lemah atau mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam penulisan karangan.

(e) Ibu bapa juga seharusnya memberikan nasihat atau motivasi untuk anak-anak mereka dengan menjadi contoh yang baik, iaitu dengan adanya sikap kreatif dalam mendidik anak-anak mereka.

- 93 -

5.2.3 Cadangan untuk pelajar

Selain itu, faktor pelajar juga amat penting dalam membetulkan atau memperbaiki kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka atas kecuaian yang dilakukan oleh mereka dalam penulisan karangan itu. Berikut beberapa cadangan yang dianggap boleh mengatasi atau mengurangkan masalah ini, iaitu:

(a) Pelajar-pelajar

mestilah

memberikan

sepenuh

perhatian

dalam

pembelajaran bahasa Melayu.

(b) Pelajar-pelajar mestilah mengajukan pertanyaan jika apa yang diajarkan itu tidak difahami.

(c) Pelajar-pelajar digalakkan membaca buku selain daripada buku teks yang yang sering digunakan, malah membaca buku cerita atau apa jenis bahan bacaan juga boleh menjadi contoh dalam penulisan karangan. Tambahan lagi dengan adanya sikap suka membaca ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan kosa kata yang boleh diperolehi dalam buku yang dibaca.

(d) Sikap pelajar-pelajar yang tidak mengambil berat akan pembelajaran bahasa Melayu haruslah diubah kerana walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa seharian mereka, akan tetapi mempelajari bahasa Melayu bukanlah mudah seperti apa yang disangkakan oleh pelajar.

- 94 -

(e) Pelajar-pelajar mestilah mempunyai sikap positif dan ingin memperbaiki setiap kesalahan bahasa yang dilakukan dan sentiasa berazam untuk memperbaiki setiap kesilapan atau kesalahn tersebut.

5.2.4 Cadangan kajian lanjutan

Kajian tentang penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam aspek morfologi yang dilakukan ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar menengah empat, di SMR dan SMSG sahaja. Penguasaan bahasa khususnya dalam aspek morfologi adalah salah satu aspek tatabahasa yang amat dititikberatkan penggunaannya dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun, aspek morfologi ini masih belum dapat dikuasai sepenuhnya oleh pelajar-pelajar atau murid-murid sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Sehubungan dengan hal tersebut, beberapa penyelidikan lain berhubung dengan analisis kesalahan aspek tatabahasa hendaklah dilakukan, iaitu sebagai lanjutan daripada kajian ini dan dicadangkan beberapa penyelidikan selanjutnya, iaitu seperti berikut:

a) Kajian tenteng penguasaan bahasa Melayu ini boleh dilakukan ke atas muridmurid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah.

b) Kajian serupa perlu dijalankan kepada pelajar-pelajar menengah bawah atau menengah atas di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan di daerah-daerah lain, iaitu Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Hal ini adalah untuk melihat, meninjau dan membuat perbandingan penguasaan aspek morfologi di kalangan pelajar-pelajar di seluruh negara.

- 95 -

c) Kumpulan sampel yang dikaji itu haruslah terdiri daripada bilangan sampel yang ramai yang mewakili dari keempat-empat buah daerah di Negara Brunei Darussalam agar hasil dapatan itu dapat memberi gambaran yang sebenarnya tentang penguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar.

d) Selian itu, kajian lanjutan tentang analisis kesalahan morfologi dan sintaksis di kalangan pelajar-pelajar menengah bawah atau menengah atas di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan seluruh negara boleh juga dilakukan untuk melihat setakat mana penguasaan aspek berkenaan dengan melihat perbandingan kekerapan kesalahannya.

e) Kajian ini juga boleh dilakukan kepada guru-guru BM di sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bukan kerajaan di seluruh negara dengan tujuan untuk mengetahui punca utama berlakunya kekerapan kesalahan yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan dalam ujian karangan.

5.3 Kesimpulan

Daripada hasil kajian didapati bahawa 590 kesalahan morfologi telah dikesan dalam penulisan karangan di kedua-dua buah sekolah tempat kajian, iaitu sebuah sekolah kerajaan dan sebuah sekolah swasta itu menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam bidang morfologi mesti lebih ditekankan dan diambil

- 96 -

perhatian supaya kekerapan kesalahan dalam penulisan karangan khususnya dalam bidang morfologi akan dapat dikurangkan.

Bahkan kajian ini boleh dikatakan berguna untuk mengesan atau menyukat sejauh mana perkembangan pelajar-pelajar terhadap aspek morfologi khususnya dalam penulisan karangan. Kekerapan kesalahan dalam penulisan karangan khususnya bidang morfologi ini menjadi berleluasa dalam aktiviti penulisan karangan di kalangan pelajarpelajar, walaupun pelajar-pelajar kerap diberitahu akan pentingnya menulis karangan dengan betul.

Dalam hal ini, semua pihak, iaitu pelajar, guru, dan masyarakat pengguna bahasa Melayu harus bertanggungjawab menangani masalah ini. Oleh itu, pelajar-pelajar hendaklah didedahkan dengan penggunaan kata yang betul di peringkat rendah lagi. Selain itu, guru perlu membetulkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar dengan segera supaya kesalahan tersebut tidak menjadi satu tabiat kepada diri mereka.

Oleh yang demikian, hasil analisis terhadap kesalahan morfologi khususnya dalam penulisan karangan pelajar-pelajar ini akan dapat memberi panduan dan kesedaran kepada guru dalam usaha untuk merangka strategi pengajaran yang lebih berkesan. Dari itu, guru perlu mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar, supaya kesalahan-kesalahan tersebut dapat di atasi dengan bersistematik dan efektif.

- 97 -

Bahan Rujukan Abdul Hamid Mahmod Dan Inderbir Kaur. 1995. Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan Bahasa, dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 39 Bil. 6. Adee Rafizza Zuzannawattie Ali Jaffer. 2006. Analisis Kesalahan Tatabahasa dalam Karangan Di Kalangan Pelajar Menengah Bawah. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institusi Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah. Universiti Brunei Darussalam. Ajid Che Kob. 1989. Pembetulan Kesalahan Bahasa: Antara Citarasa Guru dengan Kecenderungan Murid dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 33 Bil. 9. Arpan Shahbudin Latip. 1998. Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Awang Mohd. Amin. 1982. Satu Kajian Kesalahan Umum Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Dyg Rose Hamidah Bte Hj Mohd Ramlee, Hjh. 2006. Penguasaan Ayat Aktif dan Pasif Di Kalangan Pelajar Menengah Bawah bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah Belait. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Fox. L. R. 1977. Teaching And Learning Vocabulary: An Application of Linguistics Analysis To Reading Vocabulary Exercise For Adult Student of English. Ph.D. Thesis. New York University. Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu KBSM. Shah Alam: SNP Eastview Publication Sdn. Bhd. Ibrahim Ahmad. 1989. Analisis Kesalahan Sebagai Satu Pendekatan Pengajaran Bahasa Malaysia dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 33 Bil. 9. Jabatan Perkembangan Kurikulum (1999). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Menengah Atas. Negara Brunei Darussalam: Kementerian Pendidikan. Kamarudin Haji. Husin.1986. Penguasaan Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar Bukan Melayu Di Maktab Perguruan Di Kuala Lumpur. Tesis Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia. Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin. 2007. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Lufti Abas. 1987. Kesalahan Morfologi: Kemungkinan Sebab Musabab dan Pembetulannya dalam Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader

- 98 -

(Ed). Kesalahan Bahasa dalam Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Madlina Bte, Mohammad. 2006. Analisis Kesalahan Morfologi dalam Penulisan Karangan Pelajar Menengah Dua Di Sekolah Menengah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai, Tutong. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Mastijah Hj Ali. 2006. Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes bagi Menengah Dua Di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Mat Dani Bin Hj Bakar, Hj. 2007. Analisis Kesalahan Morfologi dan Ejaan Murid Murid Darjah 6 Sekolah Rendah Kerajaan dan Sekolah Rendah Bukan Kerajaan, Daerah Brunei Muara: Satu Perbandingan. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam. Mohd. Daud bin Mohd. Yusof.1990. Penguasaan Bahasa Melayu Baku di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua (KBSM): Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Daud Bin Taha, Hj. 1992. Masalah Penguasaan Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu Di Tingkatan Menengah Atas Di Negara Brunei Darussalam. Tesis Master Sains.Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Mohd. Isa Bin Abd Razak. 1997. Kesilapan Ejaan Murid Tahun 6 S.K. Bulu Silou Keningau, Http://Www.Geocities.Com/Pcdmm/Penyelidikan/Bulusilou.Htm. Dilayari Pada 23 Februari 2007, 4.37pm. Mohammed Sallehudin Aman. 1993. Analisis Kesalahan Tatabahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Tesis Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia. Norhana Binti Haji Abdullah. 1990. Kesalahan Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu: Satu Kajian Perbandingan Di Antara Pelajar-Pelajar Tingkatan IV Sekolah Menengah Awang Semaun Dan Sekolah Saint George’s. Latihan Ilmiah B.A. Pendidikan. Universiti Brunei Darussalam.

Pg Mahmud Pg Damit. 1992. Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-Pelajar Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan. Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.

- 99 -

Pg Muhammad Bin Pg Hj Abas. 1990. Aspek Bahasa dalam Karangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah: Satu Analisis Kesalahan Terhadap Kertas Jawapan Peperiksaan Brunei-Cambridge Peringkat ‘O’. Latihan Ilmiah. Universiti Brunei Darussalam. Politzer. R. Dan Ramirez. A. 1973. An Error Analysis of The Spoken English of Mexican-Amreican Pupils In A Bilingual School And Monolingual School. Language Learning 23:1. Raminah Hj Sabran. 1983. Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu Di Kalangan Guru Pelatih. Tesis M.Ed. Universiti Malaya. Ridzuan Ahmad. 1981. Satu Analisis Mengenai Kesilapan Penggunaan Bahasa Di Kalangan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa dalam Laporan Praktikum. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Rulkairul Bin Jambul. 2006. Kesalahan Penggunaan Imbuhan dalam Karangan Bagi Pelajar Menengah 2 Di Maktab Soas. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institusi Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah. Universiti Brunei Darussalam. Saidin Bin Haji Mohd Noor. 1991. Imbuhan Kata Kerja dalam Karangan Pelajar Pelajar Tingkatan VI Atas: Satu Kajian Kes Di Maktab Duli Pengiran Muda Al Muhtadee Billah. Latihan Ilmiah B.A. Pendidikan. Universiti Brunei Darussalam. Sharma.S.K. 1981. Error Analysis: Why and How? dlm Forum 19:3 Julai Hlm. 21-25. Sidang Penyusun. 2005. Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Skinnar.B.F. 1957.Verbal Behavior. New York: Appleton Century Crofts. Teo Kee Huei. 1990. Kesalahan Karangan Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga. Latihan Ilmiah, Universiti Brunei Darussalam. Umi Alvina Bte Hj Munap. 2006. Kesalahan Penggunaan Tanda Baca dan Huruf Besar Di Kalangan Murid Rendah Atas: Satu Perbandingan. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah: Universiti Brunei Darussalam. Wyatt, Victor. 1973. An Analysis of Error in Composition Writing dlm English Language Teaching, Vol Xxvii No. 2 Februari 1973. Zulkifley Hamid. 2004. Analisis Penguasaan Pengetahuan Bahasa Melayu Mahasiswa, dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 4 Bil. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

- 100 -

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful