You are on page 1of 3

Jadual Diet Atlet Negara

Secara spesifik, pemain bola sepak skuad Harimau Muda B itu dikehendaki mengambil
sejumlah di antara 2,500 hingga 3,500 kalori yang meliputi sarapan pagi, makan tengah hari,
minum petang dan makan malam.
Perkara itu penting kerana penggunaan tenaga dalam badannya amat tinggi berbanding
individu biasa yang tidak banyak menggunakan tenaga untuk tugas sehari-hari.
Menggalas tanggungjawab sebagai atlet negara, salah satu rutin harian Zikri yang wajib
dilakukan adalah menjalani beberapa sesi latihan fizikal di padang bersama rakan seangkatan.
“Bagi tujuan tersebut, saya perlu konsisten dalam mengikut saranan yang diberikan oleh
Pegawai Pemakanan di Institut Sukan Negara (ISN) yang telah menilai jumlah pengambilan
kalori yang saya perlukan sehari-hari.
“Jika terlebih atau terkurang mengambilnya, ia akan memberi kesan negatif pada saya seperti
kepenatan atau tidak cergas sewaktu sesi latihan,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu
ketika ditemui Kosmo!.
Apa yang pasti, sebanyak 207 kalori diperlukan Zikri merangkumi hidangan seperti secawan
milo dan enam potongan kecil tembikai susu untuk snek pralatihan pada pukul 6.30 pagi.
Tambahan 140 kalori untuk 500 milimeter (ml) minuman sukan dan 1,500ml air kosong
sekitar pukul 7 pagi hingga 9 pagi pada sesi latihan. Sejumlah 430 kalori yang terdiri
daripada dua keping roti gandum, telur hancur, yogurt rendah lemak dan segelas jus buahbuahan untuk sarapan pada pukul 9.30 pagi.
Untuk makan tengah hari pula, menunya terdiri daripada 100 gram spageti, puri tomato dan
sebiji bebola daging, tiga kepingan brokoli, kentang panggang, semangkuk sup krim rendah
lemak dan segelas jus buah-buahan yang mengandungi 561 kalori.
Ini diikuti dengan 290 kalori untuk minum petang dengan pengambilan dua keping roti
gandum dan secawan milo. Pada sesi latihan pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang, 140
kalori diambil menerusi 500ml minuman sukan dan 1,500ml air kosong.
Untuk makan malam, sebanyak 522 kalori diperlukan yang meliputi dua senduk nasi, satu
skop kacang, sekeping isi ikan, dua skop sayuran hijau, enam potongan kecil buah-buahan
dan semangkuk sup kosong.
Bagi kudapan pada pukul 9 malam, dua biji pisang dan 250ml air soya akan membekalkan
tenaga sebanyak 221 kalori.
Jumlah kalori berbeza
Menurut Pegawai Pemakanan ISN, Noor Faezah Abdul Jalil, 24, pengambilan kalori dalam
kalangan atlet berbeza mengikut sukan yang diceburi.

Begitu juga dengan acara silat. bezanya sama ada jumlah kalori itu sedikit atau banyak. Nor Lizawati Che Lah. Malah. kami juga akan menjalankan sesi kaunseling atau perbincangan untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan. kekerapan latihan. Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang. Ia amat penting dan tidak boleh disingkirkan sama sekali. Mereka seboleh mungkin akan cuba mengelak daripada makan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan tidak mahu mengambil nasi dalam diet harian. “Sukan bola sepak contohnya tidak sama seperti acara boling padang yang dilihat lebih santai tanpa perlu terkejar-kejar bola di dalam padang. Justeru. kalori merupakan satu unit tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. boleh dikatakan semua jenis makanan mempunyai kalori. Tambahnya. pergerakan otot. ramai yang berasa takut dengannya terutama bagi individu yang mementingkan penjagaan berat badan. melawan jangkitan paru-paru dan sebagainya. setiap sukan ada pengkhususan mengenai jumlah kalori yang perlu diambil bergantung kepada tahap penggunaan tenaga oleh atlet itu sendiri.” jelas Faezah yang merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Selain itu. itu bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Ditugaskan menjaga atlet dalam acara bola sepak. protein dan karbohidrat. Antaranya termasuklah aspek usia. Apa yang pasti.” katanya yang akan mengikut rombongan atlet pada sesuatu kejohanan jika ada permintaan bagi menjaga pemakanan mereka dalam pertandingan tersebut. “Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti seperti peredaran darah dalam jantung dan paru-paru. “Di samping itu. Namun. . “Tenaga untuk badan adalah satu keperluan. intensiti latihan dan aktiviti fizikal harian. silat dan boling padang. Ia dikira berdasarkan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram air ke satu darjah celsius. Cuma. perkembangan tisu dalam badan. di ISN skop tugas kami termasuklah menjalankan program pendidikan berkaitan pengambilan makanan atlet dan melakukan ujian komposisi tubuh untuk melihat perubahan fizikal mereka. “Dalam erti kata lain. terdapat sembilan pegawai pemakanan yang bertanggungjawab memantau aktiviti pemakanan atlet berdasarkan sukan masing-masing. terdapat beberapa faktor lain yang menentukan jumlah sebenar kalori yang diperlukan mereka. bila sebut sahaja tentang kalori. Tenaga yang diperlukan biasanya diperoleh daripada makanan yang mempunyai lemak. “Semua faktor di atas penting untuk mengetahui dengan tepat unit tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.” katanya. jantina. Faezah memberitahu ketiga-tiga sukan tersebut mempunyai perbezaan dari segi keperluan kalori mereka.

lelaki dewasa memerlukan di antara 2.000 hingga 2. Tips-tips Diet Yang Berkaitan: 1. “Badan manusia memerlukan kalori untuk menjana tenaga. kencing manis dan tekanan darah tinggi. Antaranya berpotensi menghidap penyakit tiga serangkai iaitu penyakit berkaitan jantung.” kata Nor Lizawati.600 hingga 2.Umumnya. “Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan sekali gus membahayakan kesihatan.000 kalori. tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar. ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. 4 Latihan Yang Terbukti Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Anda .500 kalori dalam sehari manakala wanita pula antara 1.