You are on page 1of 1

REFLEKSI MINGGU 2 (31 Januari 2016 4 Februari 2016)

Pada minggu kedua ini, saya membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Rohani dalam mengadakan latihan sepak takraw dan olahraga kerana
perlawanan serta acara olahraga tersebut akan diadakan pada minggu selepas cuti
Tahun Baru Cina. Saya ditugaskan untuk melatih dan membuat pemilihan pemain
sepak takraw yang dibimbing oleh Guru Penasihat Kelab Sepak Takraw, Ustaz
Nazimi. Pemilihan juga dibuat seramai 8 orang daripada 12 orang bagi mewakili
sekolah dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Cawangan Pintas Puding pada 15
Februari 2016. Saya juga membantu guru pembimbing saya sendiri iaitu Pn. Zalili
bagi mengadakan latihan olahraga iaitu acara lompat tinggi dan lompat jauh. Latihan
olahraga dijalankan pada setiap hari minggu kedua. Pada hari kokurikulum sekolah,
saya telah melatih semua unit beruniform bagi menjalankan aktiviti kawad kaki yang
dibimbing oleh En. Rohani.
Terdapat kelebihan yang dapat saya tonjolkan iaitu saya telah mengaplikasikan ilmu
yang saya peroleh sewaktu di IPGKTHO dalam subjek Gerko. Ilmu tersebut dapat
membantu saya sedikit sebanyak dalam melatih murid mempelajari teknik-teknik
yang betul sewaktu melompat tinggi dan melompat jauh. Bagi permainan sepak
takraw saya mendapat beberapa ilmu daripada rakan praktikum saya dalam melatih
pemain sepak takraw dengan teknik yang betul dan ia merupakan satu pengalaman
baru buat saya dalam kejurulatihan sepak takraw. Sewaktu latihan kawad kaki
bersama murid saya dapat mencurahkan beberapa ilmu kawad statik yang telah
saya pelajari sewaktu di sekolah menengah. Aktiviti kokurukulum ini bukan sahaja
melahirkan murid yang cergas malah melatih mereka supaya lebih berdisiplin tidak
kira dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah.

You might also like