You are on page 1of 1

REFLEKSI MINGGU 3 (14 Februari 2016 18 Februari 2016)

Pada minggu ketiga, saya telah sibuk dengan mengendalikan kelas ganti
disebabkan kekurangan guru dan terdapat ramai guru yang terlibat dengan aktiviti
sukan di luar sekolah. Saya bersama rakan praktikum saya telah diarahkan oleh
GPK HEM, Tn. Hj. Jamian untuk mengendalikan kelas yang tidak mempunyai guru
ganti dan kami juga digalakkan mengadakan beberapa aktiviti atau projek yang
menarik sepanjang ketiadaan guru di dalam kelas tersebut. Saya

telah

mengendalikan murid Tahun 5 dari pukul 8 pagi sehingga 1.20 petang. Aktiviti yang
telah saya buat sewaktu mengendalikan kelas ganti adalah aktiviti kuiz Reka Bentuk
dan Teknologi, aktiviti membina kenderaan yang berasaskan kit blok secara
berkumpulan dan akhir sekali membentang hasil binaan kenderaan.
Aktiviti kuiz ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka
malah mampu mengeratkan hubungan sillaturrahim dalam kalangan ahli kumpulan
masing-masing. Terdapat kelemahan yang saya peroleh sewaktu aktiviti menjawab
kuiz iaitu kawalan kelas agak kurang memuaskan kerana murid menjadi terlalu
bising disebabkan ingin menjawab soalan yang dikemukakan. Saya telah mengambil
langkah bagi memperbaiki masalah ini dengan menetapkan satu peraturan iaitu ahli
kumpulan

yang

ingin

menjawab

soalan

perlu

mengangkat

tangan

tanpa

mengeluarkan sebarang bunyi atau suara. Seterusnya, terdapat kelemahan juga


sewaktu mengadakan aktiviti membina kenderaan berasaskan kit blok iaitu kit blok
yang bersepah di atas lantai yang boleh menyebabkan ianya hilang sewaktu
mengemas kit tersebut. Saya telah mengambil langkah dengan mengarahkan setiap
kumpulan membina senarai komponen kit blok di atas kertas A4, melalui senarai
komponen kit blok ini saya dapat memeriksa komponen kit blok setiap kumpulan
cukup atau tidak sewaktu mengemas semula. Selain itu, terdapat beberapa orang
wakil kumpulan yang pasif dan malu untuk bercakap sewaktu aktiviti membentang
hasil binaan kenderaan di hadapan bengkel. Saya telah mengambil langkah dengan
mengarahkan kesemua ahli kumpulan hadir ke hadapan bagi membantu wakil
kumpulan mereka bagi sesi pembentangan hasil binaan kenderaan mereka. Hal ini
bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan gemuruh murid tersebut tetapi secara
tidak

langsung

mampu

memberi

peluang

menyampaikan hasil pembentangan mereka.

ahli

kumpulan

yang

lain

juga