You are on page 1of 8

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BESUT (P),


BESUT TERENGGANU.
KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE ANAKKU SAYANG 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BESUT (P)
1.0

Pendahuluan

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan
misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi
kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak
perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang
pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga
pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah
satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.
2.0

Objektif

1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan menanam


keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang rohani dan jasmani.
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-kurangnya berada pada tahap lulus.
3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKPKB dan seterusnya
guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan
dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid SKPKB yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru-guru dan
sekolah.
3.0

Tema

"Anakku Sayang"

4.0

Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut 2016

5.0

Tarikh

Bermula dari 7 Mac 2016 sehingga sepanjang tahun.

6.0

Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut.


7.0

Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 1 hingga tahun 5, murid Bermasalah Pembelajaran.

8.0

Komitmen

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan.
9.0 Tatacara

1. Perjumpaan akan diadakan pada setiap bulan seperti berikut:


Masa
: 12:45 p.m. 1:15 p.m.
Tempat
: mengikut kesesuaian mentor.
Tempoh masa : 30 minit
i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan pelajaran
Mentee.

10.0 Peranan Mentor

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua
masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal
peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.

11.0 Peranan Mentee

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:


1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk
dibincangkan bersama bagi meningkatkan prestasi mereka.
3 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka
dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam pembelajaran.
12.0 Penilaian

1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan
semester Mentee.
2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
berdasarkan laporan guru-guru lain.

13.0 Tentatif Perasmian

Masa
: 7:45 pagi 8:15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Pendidikan Khas Besut (P)
Aturcara
:
- Penerangan ringkas dari Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Gimik pelancaran program oleh Guru Besar
- Penyerahan mentee kepada mentor (modul)
14.0 Implikasi Kewangan

Bil
1.

Perkara

Harga seunit (RM)

Bilangan

Jumlah (RM)

30.00

30.00

Banting Program
Jumlah

30.00

15.0 Pembahagian

PEMBAHAGIAN MENTOR DAN MENTEE 2016


Bil

Mentor

Mentee

01.

Malisa Bt Hussin

Puteri Nur Ain Bt Suhaidi

02.

Salbiah Bt Hussain

Nur Insyirah Bt Ramli

03.

Nurul Farhana Bt Abd Jamal

Nur Hannan Eishal Bt Ariffin


Mohd Ikram Haikal Bin Abdullah

04.

Noor Hafizah Bt Abd. Ghani

Nor Shafura Bt Mohd Saufi


Muhammad Naqib Bin Nasir

05.

Rosmawati Bt Mat Daud

Nur Alia Nabila Fatihah Bt Mohd Abdullah

06.

Azlina Bt Ramli

Siti Nur Aliyana Bt Mohd Sabri

07.

Nurfarilah Bt Yasin

Muhammad Syamim Daniel Bin Mokhtar

08.

Anis Faeeza Bt Ghazali

Nur Qamarina Alya Bt Mohd Fariza


Muhammad Shahmi Azri Bin Mohd Shahir

09.

Nurul Husna Bt Hamzah

Nur Rusydina Bt Abdullah

10.

Hazura Bt Alias

Che Zuhaire Bin Che Yahya


Tuan Muhammad Syawal Bin Tuan Zailani

11.

Shamsuddin Bin Abd. Ghani

Mohammad Khairul Azuan B Abdullah


Ainur Asnaira Bt Zamzuri

12.

Zamzarina Bt Mohamad

Nur Aqila Alisa Bt Mohamaad Yusof

13.

Nor Asmawati Bt Ismail

Faez Mumtaz Bin Nazri

14.

Zulina Bt Kadir

Nor Fatin Hafifi Bt Razali


Che Muhammad Haziq Bin Che Muhammad
Azele

15.

Mohd Arman Bin Daud

Ahmad Dzul Syahmi Bin Ahmad Dzulkarnain


Muhammad Harith Hakimy Bin Mohd Shamsul

16.

Marliati Bt Awang

Siti Fatihah Aisyah Bt Zariman

17.

Siti Khadijah Bt Ismail

Nur Juliana Bt Jamaludin


Mohamad Amal Mukhriz Bin Mohamad

18.

Fatimah Bt Mohamad

Wan Faqhrul Ilham Bin Wan Akmal Afizal

19.

Shera Farina Bt Mahasan

Noor Aleeya Nabila Bt Azhar

20.

Ainun Mardiyah Bt Mohamiddin

16.0 Struktur Organisasi

( lampiran A)

17.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Lampiran A

JAWATANKUASA
PROGRAM MENTOR MENTEE SKPKB 2016

PENASIHAT
Guru Besar SKPKB

: PUAN ROSITA BINTI AWANG

NAIB PENGERUSI
GPK HEM

: PUAN MALISA BINTI HUSSIN

SETIAUSAHA

: PUAN SITI KHADIJAH BINTI ISMAIL

AHLI JAWATAN KUASA :


PUAN FATIMAH BINTI MOHAMAD
ENCIK MOHD ARMAN BIN DAUD
PUAN SHERA FARINA BINTI MAHASAN
PUAN NOOR HAFIZAH BT ABD. GHANI
PUAN NURUL FARHANA BINTI ABDUL JAMAL
PUAN AZLINA BINTI RAMLI

DISEDIAKAN OLEH:
........................................
(PN. SITI KHADIJAH BT ISMAIL)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut (P),
22200 Besut, Terengganu.

DISEMAK OLEH:
........................................
(PN. MALISA BT HUSSIN)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut (P),
22200 Besut, Terengganu.

DISAHKAN OLEH:
........................................
(PN. ROSITA BT AWANG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut (P),
22200 Besut, Terengganu.