You are on page 1of 13

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

SEPTEMBER 2015

NAMA PELAJAR

ISYATI MOHAMMAD

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

E-MEL

TUTOR

PUSAT PEMBELAJARAN

: PPT TAWAU

Page 0

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

ISI KANDUNGAN
1.0

2.0

MUKA SURAT

PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Masalah Etika

MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN


2.1

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Akibat Yang Berpanjangan

2.2

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Akibat Yang Tidak Pasti

3.0

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Hasil Atau Keadaan Berbeza Atau Bercampur-aduk.

2.3

KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK


MENYELESAIKAN MASALAH ATAU DILEMA ETIKA 7

4.0
RUJUKAN

3.1

Analisa Ekonomi

3.2

Analisa Perundangan

3.3

Analisa Etika

RUMUSAN

9
11

Page 1

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

1.0

PENGENALAN

Masalah etika atau dilema etika merupakan satu masalah atau dilema berlaku apabila kita
menghadapi sesuatu konflik untuk membuat pilihan diantara prestasi ekonomi dengan prestasi
sosial.

Ini menjadikan kita tidak boleh bergantung terhadap keadaan pasaran semata-mata

semasa membuat sesuatu keputusan atau tindakan apabila kita menghadapi dilema masalah atau
dilema etika. Untuk menghadapi masalah atau dilema etika dan mencari jalan untuk mencapai
keseimbangan di antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial terdapat tiga jenis analisa yang
boleh diguna pakai iaitu analisa ekonomi, analisa perundangan dan analisa etika.
1.1

Latar Belakang Masalah Etika

Masalah ini berlaku di sebuah sekolah rendah luar bandar di Daerah Tawau kira-kira
setahun yang lalu. Sekolah tersebut diketuai oleh seorang guru besar yang bernama Encik Samad
(bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang pendidikan dan
telah dilantik sebagai guru besar di sekolah tersebut semenjak 10 tahun yang lalu. Pada
pertengahan bulan Mac 2015, seorang kontraktor telah datang ke sekolah dan kontraktor tersebut
memperkenalkan dirinya sebagai Encik Anwar (bukan nama sebenar). Encik Anwar menyatakan
bahawa beliau telah mendapat tender bagi tujuan pembersihan di sekolah tersebut. Selaku ketua
di sekolah tersebut, Encik Bakar meminta Encik Anwar menunjukkan dokumen atau bukti yang
boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada mulanya Encik Anwar tersebut teragak-agak dan
keberatan untuk mengeluarkan dokumen yang diminta, tetapi akhirnya beliau pun mengeluarkan
lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah tersebut. Encik Samad mendapati nilai tender yang
terdapat pada dokumen tersebut adalah sebanyak RM15,000. Manakala skop kerja pembersihan
pula adalah merangkumi membersih , memotong rumput, membersihkan parit di seluruh
kawasan sekolah dan segala kos pembersihan tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor
pembersihan tersebut.
Memandangkan bilik pentadbiran tersebut agak sibuk pada masa itu, Encik Anwar telah
mengajak Encik Samad pergi ke kantin. Cikgu, bagaimana kalau cikgu sign surat pengesahan
ini dan saya bagi cikgu RM1000 dan abis cerita kata Encik Anwar kepada Encik Samad sejurus
mereka tiba di kantin sambil menghulurkan beberapa keping not RM50 kepada Encik Samad.
Page 2

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

Guru besar itu sangat terkejut. Saya tidak beranilah encik , kata Encik Samad kepada
kontraktor tersebut. Encik Samad mencuba untuk menolak dengan cara lembut tetapi kontraktor
tersebut terus mendesak beliau. Ternyata sekali kontraktor tersebut cuba mendapatkan wang
pembayaran bagi tujuan pembersihan tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di
sekolah tersebut. Tak apalah cikgu, saya kasi up RM2000. Cikgu fikir dahulu. Esok saya akan
datang lagi, kata kontraktor tersebut kepada Encik Samad.
Pada hari esoknya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah dengan gembiranya dia
meletakkan sejumlah wang di atas meja Encik Samad, dan meminta guru besar tersebut untuk
menandatangani surat selesai kerja pembersihan bagi tujuan untuk kontraktor tersebut untuk
membuat tuntutan pembayaran. Namun Encik Samad selaku ketua jabatan di sekolah tersebut
tetap dengan pendiriannya. Kontraktor itu kelihatan agak marah dengan tindakan Encik Samad,
tetapi Encik Samad dapat melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya berusaha untuk
mengawal kemarahannya. You betul-betul tidak mau duitkah? Tapi tak apa bos, saya
tinggalkan duit dan surat ini di sini. Esok saya datang lagi, kata kontraktor tersebut dengan
penuh nada kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Encik Samad berkata apaapa.
Pada hari seterusnya, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah dan Enci Samad telah
mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba untuk memberikan masa yang lebih banyak
kepadanya bagi memikirkan tawaran tersebut. Setelah seminggu berlalu, kontraktor tersebut
datang lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Encik Samad
yang tidak juga berubah, kontraktor tersebut terus meningkatkan lagi tawarannya. Beginilah,
saya bagi bos RM5000 dan bos sign surat ini, katanya dengan nada yang tertahan-tahan. Tetapi
Encik Samad tetap menolak tawaran itu dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan agak terkejut
dan berasa kecewa dengan keengganan Encik Samad. Tanpa membuang masa, kontraktor
tersebut membuat beberapa panggilan.Encik Samad hanya memandang kelakuan dan tindakan
kontraktor tersebut dengan perasaan bercampur aduk. Setelah setengah jam berlalu, sebuah
kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut dengan membawa beberapa orang pekerja
kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan pembersihan mereka seperti mesin
Page 3

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

rumput, cangkul, parang dan sebagainya dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar
kawasan sekolah tersebut. Encik Samad mengarahkan seorang Pembantu Am untuk memantau
kerja pembersihan yang dijalankan.
Namun berlaku perkara yang sangat mengecewakan Encik Samad apabila berlaku tidak
sampai sejam pekerja-pekerja tersebut berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan. Kontraktor
tersebut menerima panggilan dari seseorang. Ok. Gua cayalah sama lu ni. Nanti ini malam kita
jumpa ya, kata kontraktor tersebut dengan nada yang sangat gembira. Tanpa mempedulikan
Encik Samad yang berada berdekatan dengannya, kontraktor tersebut mengarahkan semua
pekerjanya untuk mengemas segakla perkakasan pembersihan mereka dan membawa mereka
meninggalkan tempat itu dengan segera sambil tersenyum sinis kepada Encik Samad.
2.0

MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Setiap keputusan atau pun tindakan yang diambil oleh seseorang pengurus atau pihak
pentadbiran boleh mendatangkan akibat atau kesan yang berpanjangan terutama kepada
masyarakat jika kita menyentuh sudut etika. Setiap keputusan yang dibuat boleh mendatangkan
kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam
organisasi terlibat dalam sesebuah masyarakat. Kesan-kesan tersebut berada di luar kawalan
mereka. Maka, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau
kesan hasil daripada setiap keputusan yang diambil. Terdapat beberapa masalah etika dalam
pengurusan berdasar situasi di atas. Dalam membuat keputusan sama ada Encik Samad perlu
menerima atau menolak rasuah sehingga RM5000 daripada kontraktor pembersihan itu, Encik
Samad akan menghadapi beberapa ciri masalah etika dalam pengurusan antaranya;
2.1

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Berpanjangan

Setiap keputusan atau pun tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak
pentadbiran itu boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama kepada
masyarakat jika kita menyentuh dari perspektif etika. Setiap keputusan yang dibuat boleh
mendatangkan kesan atau akibat kepada individu itu sendiri atau kepada orang lain iaitu sama
ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau yang dalam sesebuah masyarakat.
Page 4

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

Kesemua kesan atau akibat berada di luar kawalan mereka. Sehubungan dengan itu, guru besar
seperti Encik Samad yang berada di dalam permasalahan di atas perlu memikirkan setiap akibat
atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum mereka bertindak atau membuat
satu-satu keputusan. Kegiatan rasuah ini semestinya akan mengubah proses biasa dalam
pemerintahan kerajaan. Proses tender atau pembayaran tander yang telah ada garis panduannya
akan berubah dengan adanya rasuah. Syarikat yang memiliki kemampuan serta benar-benar
layak akan terpinggir kerana kelulusan diberikan berdasarkan kepada berapa banyak wang
rasuah yang boleh diberikan dan bukannya berdasarkan kerja sebenar sesebuah syarikat.
Di dalam kes Encik Samad di atas, jika beliau memilih untuk menerima rasuah daripada
kontraktor tersebut, keadaan sekolah beliau berkemungkinan akan menghadapi beberapa akibat
yang berpanjangan seperti:i.

Pelajar dan kakitangan sekolah akan terkena penyakit kawalan vektor seperti
demam denggi kerana adanya takungan air untuk nyamuk aedis membiak
berikutan perparitan yang kotor dan tersumbat

ii.

Rumput yang panjang dan semak samun menjadikan kawasan sekolah tidak
selamat kerana mungkin terdapat binatang bias seperti ular berada di kawasan
parit atau semak

iii.

Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang kotor dan semak
sehingga menyebabkan persekitaran sekolah yang tidak menarik dan dilihat
seperti bukan tempat untuk menimba ilmu

Sebaliknya jika Encik Samad memilih untuk menolak dari menerima rasuah daripada kontraktor
tersebut kemungkinan kesan yang berpanjangan terhadap sekolah beliau adalah seperti berikut :i.

Para pelajar dan kakitangan sekolah bebas dari terkena penyakit demam denggi
atau panyakit lain yang melibatkan kawalan vector

ii.

Persekitaran sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendek, keadaan
perparitan yang bersih dan menjadikan kawasan sekolah menjadi selamat

iii.

Persekitaran sekolah akan menjadi cantik, bersih dan ceria menjadikan sekolah
menjadi sekolah yang berstatus 3K (kebersihan, keselamatan dan, keceriaan)

Page 5

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

2.2

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Atau Keadaan Berbeza


Atau Bercampur-aduk.

Kebanyakan pengurus atau ketua pentadbir dalam sesebuah organisasi, terutamanya organisasi
perniagaan lebih berunsurkan anti-etika. Ini adalah kerana isu-isu etika tidaklah begitu penting
pada pendapat mereka kerana mereka lebih mementingkan pulangan kewangan atau keuntungan
yang tinggi sahaja. Selain daripada itu, mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting lain
seperti kebajikan para pekerja dan pelanggan mereka. Keputusan etika seperti ini lebih kepada
kebaikan dari segi sosial, keuntungan, penyelenggaran, kos dan perbelanjaan sesebuah organisasi
dalam pilihan keputusan etika. Antara contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang
berbeza atau bercampur aduk ialah dengan memberi rasuah secara tidak langsung, namun
berjaya untuk menjual barangan import dalam jumlah yang banyak melalui melalui system
penghantaran yang cepat tanpa pemeriksaan pihak berkuasa; dengan memberi atau menerima
rasuah boleh menyebabkan pencemaran udara dan air tetapi berjaya mengelakkan kos pembelian
peralatan yang mahal bagi mengawal pencemaran.
Dalam kes Encik Samad di atas, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh
Encik Samad yang boleh mendatangkan keputusan yang berbeza atau bercampur-aduk,
antaranya:i.

Beliau boleh menandatangani surat pengesahan selesai kerja, dan mendapat wang
suapan sebanyak RM5000 daripada kontraktor

ii.

Beliau menerima suapan tersebut daripada kontraktor dan keputusan tersebut


dapat mengurangkan kos pembersihan yang ditanggung oleh pihak kontraktor

iii.

Jika beliau mengambil keputusan untuk menolak dari menerima suapan, kawasan
sekolah akan menjadi cantik, bersih, ceria dan selamat

Page 6

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

2.3

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Pasti

Adalah menjadi kepercayaan dalam sesuatu pengurusan dan pentadbiran bahawa isu etika adalah
bebas daripada sebarang risiko atau keraguan kerana seseorang pengurus atau pentadbir syarikat
sudah mengetahui hasil yang bakal menanti mereka berdasarkan pilihan yang mereka akan
lakukan. Namun secara jujurnyanya perkara itu tidaklah semudah yang disangkakan kerana
akibat yang bakal menyusul dari keputusan yang telah dibuat sebenarnya tidak dapat dipastikan.
Dalam kes Encik Samad di atas, beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat yang
mungkin menyusul jika dia bersetuju menerima rasuah daripada pihak kontraktor terbabit.
Beliau berkemungkinan akan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan kemudian didakwa di Mahkamah yang boleh menyebabkan beliau akan disabitkan kesalahan
menerima rasuah sehingga beliau menerima hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Encik Samad juga tidak mungkin akan tahu dengan kemungkinan-kemungkinan yang
bakal berlaku sekiranya beliau melaporkan perbuatan kontraktor tersebut yang meninggalkan
kerja pembersihan yang diamanahkan separuh jalan kepada pihak atasan. Berkemungkinan
beliau akan berjaya membuatkan kontraktor tersebut diadili dan dihukum oleh undang-undang
atau sebaliknya yang mana beliau pula yang kan mendapat susah, berikutan kontraktor tersebut
bermungkinn telah memberi rasuah kepada pihak atasan.

3.0

KAEDAH

YANG

BOLEH

DIGUNAKAN

UNTUK

MENYELESAIKAN

MASALAH ATAU DILEMA ETIKA.


Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah
organisasi atau syarikat, maka setiap keputusan yang diambil dalam pengurusan pentadbiran
akan membawa implikasi yang berbeza kepada masyarakat yang berkaitan dengan individu serta
organisasi yang dipimpin kerana ini bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah
dalam sesuatu keputusan yang dibuat. Sehubungan dengan itu, kita harus mewujudkan atau
mencari kaedah-kaedah yang konsisten bagi tujuan penyelesaian terhadap masalah atau dilema
etika.
Page 7

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

3.1

Analisa Ekonomi

Ini bermaksud, sama ada sesuatu keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh Encik Samad
itu dari sudut ekonomi dapat memberi keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial
di tempat dia bertugas. Analisa ekonomi boleh digunapakai untuk menentukan kelangsungan
perjalanan perniagaan syarikat dan semua pekerjanya. Keputusan untuk menerima rasuah
mungkin memberikan satu kesan ekonomi yang baik kepada kontraktor pembersihan tadi melalui
kelulusan yang diberikan untuk kelulusan tender pembersiahan. Keuntungan yang banyak
daripada kerja pembersihan itu akan dinikmati oleh Encik Anwar selaku syarikat yang memberi
suapan kerana syarikat pembersihan ini tidak lagi perlu mengeluarkan modal untuk membayar
upah pekerja serta bahan-bahan pembersihan. Kegagalan dalam mendapatkan kelulusan daripada
Encik Samad selaku ketua jabatan di sekolah mungkin akan menyebabkan syarikat Encik Anwar
terpaksa menanggung kos upah dan kos bahan pembersihan yang lebih tinggi berbanding hasil
suapan yang diberikannya kepada Encik Samad.
3.2

Analisa Perundangan

Analisa perundangan ini bermaksud sama ada sesuatu keputusan atau pun tindakan yang dibuat
telah melanggar mana-mana undang-undang. Setiap undang-undang diwujudkan adalah untuk
dijadikan sebagai panduan dalam menghadapi masalah etika. Ini menunjukkan analisa
perundangan merupakan analisa yang paling tepat dan sangat sesuai untuk diguna pakai dalam
mencari penyelesaian kepada kes Encik Samad ini. Berdasarkan analisa ekonomi yang
dinyatakan di atas tidak mempunyai sebarang makna jika dari sudut perundangan, tindakan
Encik Samad jika menerima suapan akan menyebabkannya melakukan kesalahan di sisi undangundang. Ini adalah kerana, sebarang keuntungan yang diperolehi adalah baik dari sudut ekonomi
namun jika didapati telah menyalahi undang-undang ia bukanlah satu keuntungan yang akan
memberikan kesan positif kepada mana-mana ahli perniagaan. Sehubungan dengan itu,
perbuatan rasuah ini adalah perbuatan keji yang hendaklah dielakkan. Perbuatan ini juga
merupakan satu perbuatan jenayah yang memberikan hukuman berat kepada pelakunya. Ini
bermaksud, Encik Samad mungkin boleh mendapatkan keuntungan beribu-ribu ringgit dengan
menerima rasuah tetapi beliau juga akan sentiasa terdedah kepada pendakwaan di Mahkamah
Page 8

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

akibat perbuatan beliau. Hukuman di bawah undang-undang akan menyebabkan riputasi Encik
Samad sebagai guru besar akan terjejas dimana beliau akan kehilangan kerjanya dan beliau akan
dipenjarakan. Akibatnya daripada tindakan itu, keluarga beliau juga akan mendapat tempias jika
beliau kehilangan pekerjaan dan dikenakan hukuman oleh pihak mahkamah.
3.3

Analisa Etika

Analisa Etika ini adalah bermaksud sama ada sesuatu keputusan atau tindakan yang akan diambil
itu membawa kebaikan atau keburukan, sama ada rasional atau tidak atau sama ada ia dapat
diterima oleh masyarakat sebagai satu tindakan yang betul dan sangat tepat. Analisa etika ini
perlu kerana Encik Samad telah menghadapi dilema untuk mebuat satu keputusan atau perbuatan
yang tidak diterima sebagai perbuatan atau tindak balas yang bermoral di mata masyarakat.
Sehubungan dengan itu, nama Encik Samad turut akan terjejas di mata masyarakat sekiranya
beliau tertangkap atas perbuatan rasuah. Kepercayaan seluruh masyarakat terhadap kredibilitinya
sebagai seorang guru besar juga akan terjejas. Orang ramai juga pastinya akan menjauhkan diri
daripada beliau kerana perbuatan rasuah adalah dilarang oleh agama dan melanggar norma
masyarakat. Oleh itu, analisa etika ini boleh digunakan di dalam menangani kes atau masalah
etika Encik Samad sebagai sokongan kepada analisa perundangan dan analisa ekonomi.

4.0

RUMUSAN

Masalah etika atau dilema etika merupakan satu masalah atau dilema berlaku apabila kita
menghadapi konflik dalam membuat keputusan diantara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial.
Seperti yang telah dibincangkan, terdapat tiga daripada lima masalah etika yang dibentangkan
dan sering berlaku pada peringkat pengurusan. Kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat
yang berpanjangan yang mana setiap keputusan atau pun tindakan yang diambil boleh
mendatangkan akibat atau kesan yang berpanjangan terutama kepada masyarakat jika kita
menyentuh sudut etika. Setiap keputusan yang diambil boleh memberikan kesan atau akibat
sama ada kepada mereka yang berada dalam organisasi atau dalam sesebuah masyarakat dan
kesan-kesan ini berada di luar kawalan mereka.

Page 9

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

Masalah lain adalah kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil atau keadaan berbeza
atau bercampur-aduk. Ini menunjukkan ketua dalam sesebuah organisasi, terutamanya
perniagaan lebih berunsurkan anti-etika kerana pada pendapat mereka kepentingkan pulangan
kewangan adalah utama disamping kurang menitikberatkan kos lain seperti kebajikan para
pekerja dan pelanggan mereka. Keputusan etika seperti ini lebih kepada kebaikan dari segi
sosial, keuntungan, penyelenggaran, kos dan perbelanjaan sesebuah organisasi dalam pilihan
keputusan etika.
Selain itu, kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti menunjukkan
kepercayaan dalam sesuatu pentadbiran bahawa isu etika adalah bebas daripada sebarang risiko
adan keraguan kerana mereka sudah mengetahui hasil yang bakal menanti mereka berdasarkan
pilihan yang mereka akan lakukan. Namun secara reality, perkara itu tidaklah mudah seperti
yang disangkakan kerana akan ada akibat yang bakal menyusul dari keputusan yang telah dibuat
sebenarnya tidak dapat dipastikan oleh mereka.
Ini membuatkan kita tidak boleh bergantung kepada keadaan semata-mata semasa
membuat sesuatu keputusan atau tindakan apabila kita menghadapi masalah atau dilema etika.
Sehubungan dengan itu, bagi menghadapi masalah atau dilema etika, kita hendaklah mencari
jalan atau solusi untuk mencapai keseimbangan di antara prestasi ekonomi dan prestasi social
yang mana terdapat tiga jenis analisa yang boleh diguna pakai dalam menangani masala tersebut
iaitu analisa ekonomi, analisa perundangan dan analisa etika.

(2521 patah perkataan)

Page 10

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

RUJUKAN
1. Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J. MALAYSIA
2. Open University. (2007). OUMM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd
3. Micheal, D.B. (1991). Professional Ethics. Wadsworth Publishing Company, Belmont,
California.

Page 11

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

Page 12