You are on page 1of 12

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-Bahan untuk Ayam Hainan


(5-6 orang)
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam
Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
4 mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan untuk Sambal
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan-Bahan untuk Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan untuk Sup


1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan


1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di
atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan
1. Masakkan air sebanyak 4 mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8
minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.

Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan


1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih
kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah
pekat dan sedia untuk digunakan.
Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap
1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos
cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti
sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna
hijau.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam

1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.


2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api.
Di Malaysia, pelbagai cara masakan yang berbeza-beza telah digunakan untuk menghidangkan
Nasi Ayam Hainan di kalangan pelbagai kaum etnik. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah
menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut citarasa penggemar hidangan Nasi Ayam
Hainan.
Dengan mengikut kaedah tradisional Hainam, daging ayam disediakan dengan cara merebus
seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam dan mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan
hanya mengisi semula dengan air jika diperlukan, segalanya adalah menurut citarasa orang Cina
terhadap penghasilan "pati asal". Pati ini tidak digunakan untuk menyediakan nasi, sebaliknya
melibatkan pati ayam yang dihasilkan khususnya untuk tujuan tersebut, maka menghasilkan nasi
yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang digelar sebagai "nasi minyak".
Selain daripada itu, sesetengah tukang masak meletakkan bahan-bahan hiasan yang istimewa ke
dalam nasi dengan mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga meniru gaya penyediaan nasi
lemak dengan membubuh santan kelapa ke dalam nasi tersebut.

Nasi Briyani Gam Asli Muar

Bahan-bahan untuk Nasi :


5 cawan beras basmathi
1 cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
setengah sudu teh koma koma / saffron
4 ulas bawang putih ~ hiris halus
10 ulas bawang merah ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus
3 sudu makan pes rempah beriyani
segenggam gajus
segenggam raisins
5 cawan air
garam secukup rasa
Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan
Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai
berbau harum
Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
Kecilkan api.
Masak beras sehingga separa masak

Nasi Tomato
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan Tumis

3 ulas bawang putih - hiris


5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan
naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan
mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan
biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar

1 labu bawang besar ~ kisar


2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji
Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga
masak. angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.

NASI LEMAK
4 cawan beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
5 cwn santan ~ dari 1 biji kelapa
3 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
2 inc halia - dihiris
1 camca halba
1 batang serai
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
secubit garam - atau secukup rasa
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halba, halia , serai dan daun pandan ~ tumis
terus dio dalam periuk nasi
masukkan santan, dan biar merenih
Masukkan beras
dan secubit garam
Tanak nasi seperti biasa.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


2 cwn ikan bilis - digoreng
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak
Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau
Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan
merenih...
Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya
ikan bilis masik garing bila dimakan.

Nasi Ayam
By: Quinnie
4
4
2
3
3
1
2
2
4

mug beras
1/2 mug air rebusan ayam
inci halia - dikisar
biji bawang putih - dikisar
helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
sudu besar minyak bijan
sudu besar sos tiram
helai daun pandan
sudu mentega

Kaedah Penyediaan
Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis
hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
* sukatan mug boleh di gantikan dengan cawan
Sup Ayam
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Kaedah Penyediaan
Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Ambil 4 1/2 mug dan asingkan untuk menanak nasi.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.

Perasakan sup dengan garam secukup rasa.


Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga
bawang goreng.

SARDIN ROLL
Puff pastri secukupnya
1 tin sardin ~ buang tulang tengah dan dilenyek bersama sosnya
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dicincang
1 batang lada merah ~ buang biji dan cincang halus
1 batang cili hijau ~ buang biji dan cincang halus
1 biji kentang ~ didadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
1 biji perahan limau nipis
garam secukup rasa
Tumiskan bahan hiris dan halia hingga harum
Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut
Masukkan sardin dan lada hitam masak hingga terbit minyak
Perasakan dengan garam
Taburkan lada hijau dan merah dan perahkan jus limau
Gaul rata
Biarkan sejuk
Ambil sekeping puff pastri
Kelar-kelarkan sebelah bahagian dengan pisau
bahagian yang tidak di kelar letakkan inti sardin dan gulung
Susun dalam loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 200 ~ 220 C bergantung
pada oven selama 20 minit atau sehingga puff kuning keemasan
Angkat dan hidangkan segera

DAGING MASAK HITAM


Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di
rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang
dirasakan sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong,
rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi
lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam
penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan
kotak pun boleh
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging
Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan

Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi,
sehingga harum
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!