You are on page 1of 19

ISI RESUME

A. SEJARAH INTERNET
Internet berasal dari pada istilah Internet working yang bermaksud
‘sistem komunikasi antara rangkaian’. Internet membolehkan komunikasi
dua hala dan pertukaran maklumat secara bebas berlaku. Ia merupakan
jalinan rangkaian yang terbesar di dunia yang menghubungkan rangkaian
komputer  yang berselerak di serata dunia dikenali sebagai hos yang
membekalkan berbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada penggunanya.
Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan
memungkinkan komunikasi terlaksana. Jalinan internet terlaksana menerusi
panduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan
untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan
Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control
Protocol/ Internet Protocol).

Antara peranan internet ialah;

 Berkomunikasi menerusi mel elektronik


 Memperoleh maklumat terkini menerusi World Wide Web (www)
 Memindahkan fail dari sistem hos menerusi File Transfer Protocol
(FTP)
 Mengadakan forum elektronik menerusi Usenet
 Menggunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi
Telnet
 Berkomunikasi menerusi Internet Relay Chat (IRC)

Secara umumnya, kelahiran internet telah mula tercetus pada tahun


1957. Pelancaran satelit Sputnik oleh Russia pada masa itu telah
menyebabkan Amerika Syarikat menubuhkan ARPA (Advance Research
Projects Agency), yaitu sebuah agensi di bawah penyeliaan Jabatan
Pertahanan Amerika Syarikat. Objektif utama penubuhan ARPA adalah
untuk membangunkan teknologi dalam bidang ketenteraan yang dapat
bersaing dengan kuasa luar dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan
teknologi.
Melalui ARPA, teori pensuisan paket (packet-switching networks: PS-
networks) telah diperkenalkan dibuat pertama kali oleh Leonard Kleinrock,
melalui kertas kerjanya yang bertajuk “Information Flow in Large
Communication Nets”  pada bulan Juli 1961.  Teori ini kemudian telah
dimajukan oleh Paul Baran dan telah dibentangkan di Simposium ACM di
Gatlinburg, Tennessee pada bulan Oktober 1967. Teori PS-network
seterusnya dipersembahkan kepada ARPA pada tahun 1968. Berikut dengan
itu, cadangan untuk menubuhkan ARPANET telah dikemukakan pada bulan
Agustus 1968 dan maklum balas terhadap cadangan tersebut telah diterima
pada bulan September tahun yang sama.  Untuk menjayakan ARPANET,
University of California Los Angeles telah ditawarkan kontrak untuk
memainkan fungsi sebagai Network Measurement Center (NIC) pada bulan
Oktober 1968 manakala  Bolt Beranek and  Newman, Inc. (BBN)
ditawarkan kontrak “Packet Switch” untuk membina “Interface Message
Processors (IMPs)”. Pada tahun 1969 ARPANET (Advanced Research
Projects Agency Network) telah dihasilkan. Rangkaian ini menggunakan
mini komputer Honeywell DDP-516 dengan 12K ingatan. Rangkaian ini
menghubungkan empat buah komputer yang bertindak sebagai nod, yaitu di
UCLA sebagai Network Measurement Center, Stanford Research Institute
sebagai Network Information Center (NIC), University of California Santa
Barbara (UCSB) dan  University of Utah. Kesemua nod ini adalah
merupakan hubungan antara Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dengan
penyelidik ketenteraan di universiti. Tujuan asas ARPANET adalah untuk
membentuk suatu rangkaian komunikasi bertujuan mempertahankan diri
dari serangan musuh dan perbuatan sabotaj. Di samping itu, ia juga
bertujuan membangunkan rangkaian yang membenarkan para saintis dan
penyelidik berkongsi sumber maklumat. ARPANET juga bertujuan
membangunkan satu rangkaian yang mudah alih dan bebas daripada
kongkongan pihak-pihak tertentu. Rangkaian ARPANET ini dijalinkan
dengan berasaskan kepada Protokol Kawalan Rangkaian (NCP : Network
Control Protokol).
Pada bulan Juli 1970, satu lagi rangkaian telah berjaya dioperasikan
oleh Norman Abramson, dari University of Hawaii. Rangkaian ini diberi
nama ALOHANet, hanya terdiri daripada hubungan 15 buah nod dalam
jaringan yaitu UCLA, SRI, UCSB, Univ of Utah, BBN, MIT, RAND, SDC,
Harvard, Lincoln Lab, Stanford, UIU(C), CWRU, CMU dan NASA/Ames.
BBN kemudian mula membina Interface Messages Processors
menggunakan Honeywell 316 yang lebih murah. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan keupayaan IMPs yang hanya membenarkan sambungan 4
hos. Oleh itu BBN membina terminal IMPs  baru yang membenarkan
sambungan sehingga 64 hos. Bilangan nod ini berkembang kepada 40 buah
pada tahun 1972. Akhirnya ALOHANet disambungkan dengan ARPANET
pada tahun 1972.

Pada tahun 1971, Ray Tomlinson daripada BBN telah berjaya


mencipta perisian untuk aplikasi mel elektronik (e-mail) yang digunakan
untuk menghantar dan menerima pesanan melalui rangkaian komputer.
Beliau memperbaiki lagi perisian e-mail untuk ARPANET untuk
menjadikan e-mail lebih berkesan pada tahun berikutnya. Simbol @ telah
dipilih sebagai tanda “at” berdasarkan “Tomlinson's Model 33 Teletype”.

International Conference on Computer Communications (ICCC)


telah dianjurkan oleh Bob Kahn di Washington D.C. Hilton pada bulan
Oktober 1972. Dalam ICCC ini ARPANET telah mengadakan demonstrasi
bagi menunjukkan kebolehan berkomunikasi menggunakan komputer.
Dalam demonstrasi tersebut, mereka menggunakan 40 buah komputer yang
dihubungkan dengan Terminal Interface Processor (TIP). Di sini juga
perbualan langsung yang pertama secara “computer-to-computer chat”
diadakan antara seorang psikotik, Parry di Stanford dengan seorang doktor
di BBN.  Hasil daripada ICCC, International Network Working Group
(INWG) telah ditubuhkan. Badan ini ditubuhkan setelah mesyuarat di ICCC
mengenal pasti keperluan untuk menyatukan usaha-usaha untuk memajukan
lagi teknologi rangkaian komputer. Vinton Cerf telah dilantik sebagai
pengerusi INWG yang pertama. Lanjutan dari ICCC juga, Louis Pouzin
telah mengepalai Perancis dalam usaha mewujudkan hubungan antara
rangkaian  ARPANET – CYCLADES.

Pada tahun 1973, U.S. Defense Advanced Research Projects Agency


(DARPA) memulakan suatu program penyelidikan untuk mengkaji teknik-
teknik dan teknologi  untuk menghubungkan jaringan komunikasi antara
beberapa jaringan komputer yang mereka miliki. Objektif penyelidikan ini
adalah untuk membangunkan suatu protokol komunikasi yang akan
membenarkan jaringan komputer berkomunikasi melalui pelbagai peringkat
jaringan yang mempunyai hubungan yang berkesan. Projek ini dikenali
sebagai “Internetting Project” dan sistem yang dihasilkan melalui rangkaian
ini dikenali sebagai “Internet”. Protokol sistem yang dibangunkan melalui
penyelidikan ini dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol /
Internet Protocol). ARPANET melakukan pencapaian antara bangsa yang
pertama pada bulan Mei 1973, apabila University College of London di
England dan Royal Radar Establishment di Norway dihubungkan dengan
rangkaian itu. Vinton Cerf dan Bob Kahn seterusnya membentangkan asas
idea-idea internet yang didapati di INWG di University of Sussex, Brighton,
United Kingdom pada bulan September tahun 1973.

Tahun berikutnya (1974), Vinton Cerf dan Bob Kahn telah


membentangkan kertas kerja yang bertajuk “A Protocol for Packet Network
Internetworking” yang menjadi garis panduan asas kepada “Transmission
Control Protocol” (TCP). Kemudian, dalam tahun 1974 juga. BBN telah
membuka Telenet, yang merupakan perkhidmatan “packet data” yang
pertama untuk kegunaan awam. Perkhidmatan ini juga merupakan versi
komersial ARPANET.

Perkembangan diteruskan lagi pada tahun 1975, Steve Walker telah


mencipta “mailing list” ARPANET yang pertama (MsgGroup). Aplikasi
“mailing list” telah dimurnikan lagi oleh Einar Stefferud setelah versi asal
mailing list tidak diautomasikan secara menyeluruh. Stefferud telah
membagikan mailing list mengikut kategori yang diminati oleh pengguna
pada masa itu. Kategori sains fiksyen , SF-Lovers, telah menjadi kategori
yang paling popular pada masa itu.

Pada tahun 1975 juga, aplikasi mel elektronik dimajukan lagi oleh
John Vittal melalui MSG, yang merupakan perisian mel elektronik yang
pertama yang mempadukan semua kemudahan mel termasuk membalas,
meneruskan mel dan  kemudahan fail dalam mel. Tahun 1975 juga turut
menyaksikan hubungan menggunakan satelit yang pertama merentasi dua
lautan dari Amerika Syarikat ke Hawaii dan United Kingdom dalam ujian
pemulaan TCP. Ujian satelit ini dijalankan oleh Stanford, BBN dan UCL.
TCP kemudiannya dipecahkan kepada TCP dan IP pada tahun 1978.

Dalam tahun 1976, UUCP (Unix-to-Unix Copy Protocol)


dibangunkan di makmal  AT&T Bell dan dipasarkan bersama-sama UNIX
setahun kemudian. Aplikasi UUCP ini kemudian digunakan dalam Usenet
pada taun 1979. Larry Landweber daripada Universiti Wisconsin pula telah
menghasilkan THEORYNET yang menyediakan kemudahan mel elektronik
kepada lebih seratus penyelidik dalam bidang sains komputer pada tahun
1977. Sistem ini dibangunkan berdasarkan kepada sistem Telenet yang
diasaskan oleh ARPA.

Pada tahun 1977 juga, satu lagi organisasi turut mengambil bagian
dalam perkembangan internet, yaitu Tymshare. Tymshare telah melancarkan
sistem rangkaian mereka, Tymnet. ARPANET juga telah mengadakan
demonstrasi operasi Internet Protocol yang pertama pada bulan Juli1977.
Demonstrasi ini melibatkan rangkaian ARPANET, SF Bay Packet Radio
dan Atlantic SATNET dengan sokongan BBN yang menyediakan gateways.

Pada tahun 1979, suatu mesyuarat antara Universiti Wisconsin,


DARPA, National Science Foundation (NSF) dan saintis-saintis komputer
dari universiti-universiti telah diselenggarakan oleh Larry Landweber.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah Jabatan Sains Komputer
yang menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dalam bidang rangkaian
komputer.
ARPA pula menubuhkan Internet Configuration Control Board (ICCB) pada
1979. Dalam perkembangan mel elektronik pula, pada 12 April 1979, Kevin
MacKenzie telah menghantar mel elektronik kepada MsgGroup yang
mencadangkan penambahan penggunaan simbol-simbol yang menunjukkan
emosi menggunakan tanda-tanda bacaan dan teks. Sebagai contoh
penggunaan tanda “-)” untuk menunjukkan senyuman. Cadangan ini
kemudiannya telah diterima oleh pengguna-pengguna MsgGroup dan telah
digunakan secara meluas sehingga kini. Simbol-simbol ini kemudiannya
dikenali sebagai emoticon.

Gangguan virus dalam internet yang pertama telah dikesan pada 27


Oktober 1980 apabila ARPANET menggantungkan sistem mereka setelah
secara tidak sengaja, mereka menerima mesage ancaman virus.
Pada tahun 1981 BITNET (Because It's Time NETwork) telah ditubuhkan.
BITNET dimulakan sebagai asas kerjasama City University of New York,
dengan hubungan yang pertama  dirangkaikan ke Yale.
BITNET  menyediakan kemudahan mel elektronik dan server “listserv”
yang dimanfaatkan sebagai kemudahan pindahan fail.

Kemudian CSNET (Computer Science NETwork) telah dibina oleh


sepasukan saintis komputer gabungan University of Delaware, Purdue
University, University of Wisconsin, RAND Corporation dan BBN melalui
sumber keuangan yang disediakan oleh NSF. Pasukan ini bertujuan untuk
menyediakan perkhidmatan rangkaian, terutamanya mel elektronik untuk
saintis-saintis di unversiti-universiti yang tidak mempunyai capaian ke
ARPANET. CSNET kemudiannya lebih dikenali sebagai  Computer and
Science Network. Sementara itu, France Telecom telah memperkenalkan
Minitel (Teletel) ke seluruh Perancis.

Pada tahun 1982, Norway memperkembang rangkaian komputernya


kepada hubungan Internet menggunakan TCP/IP melalui SATNET setelah
DCA dan ARPA menetapkan TCP/IP sebagai protokol internet untuk
ARPANET. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut mengiktiraf TCP/IP
untuk kegunaan mereka.

Pada tahun 1983, University of Wisconsin telah menggunakan nama


kepada server mereka menjadikan pengguna tidak lagi perlu mengingat
alamat server. Ini memudahkan pengguna mengingat nama server daripada
menghafal nama untuk mengakses rangkaian. Pada tahun 1983, bilangan
sambungan rangkaian komputer terus meningkat dengan Stuttgart dan
Korea turut dihubungkan. Bagi kawasan Eropa pula, Movement Information
Net (MINET) yang telah dimulakan secara sendiri pada awal tahun telah
disambungkan dengan Internet pada bulan September.

ARPANET dibagi menjadi ARPANET dan MILNET, yang


kemudian dipadukan dengan Defense Data Network pada tahun 1982.
Keseluruhannya 113 nod, MILNET diserahkan 68 nod.
Stesen kerja desktop juga telah dihubungkan dengan internet, kebanyakan
menggunakan Berkeley UNIX (4.2 BSD) yang turut menggunakan perisian
rangkaian yang mempunyai IP. Di samping itu, European Academic and
Research Network (EARN) telah didirikan. EARN menggunakan kaedah
kerja mirip BITNET dengan gateway disumbangkan oleh IBM.

Pada tahun 1984, Domain Name System (DNS) mula diperkenalkan


yang menyeragamkan DNS di semua hos. Pada masa itu, jumlah hos telah
mencapai 1000 buah. Rangkaian internet juga terus berkembang dengan
penglibatan Jepun melalui Japan Unix Network (JUNET) menggunakan
Unix to Unix Copy Protocol (UUCP). Di United Kingdom, SERCnet telah
ditukar kepada Joint Academic Network (JANET), menggunakan Coloured
Book Protocol. Kanada pula memulakan usaha selama setahun untuk
menyediakan universiti-universitinya melengkapkan rangkaian komputer.
Kemudian, NetNorth Network dirangkaikan ke BITNET di Ithaca dari
Toronto.

Information Sciences Institute (ISI) di USC telah


dipertanggungjawabkan untuk menyediakan DNS untuk root management
DCA, dan SRI untuk pendaftaran DNS NIC. Berikutnya, symbolic.com
telah didaftarkan secara resmi pada 15 Maret 1985 dan merupakan domain
pertama yang menerima pendaftaran resmi tersebut. Kumpulan domain
pertama yang turut didaftarkan secara resmi ialah cmu.edu, purdue.edu,
rice.edu, ucla.edu (April 1985), css.gov (Juni 1985) dan mitre.org, (Juli
1985).

Pada tahun 1986, NSFNET diperkenalkan dengan kelajuan


backbone 56Kbps. NSF menyediakan lima pusat super-computing untuk
menyediakan perkomputeran berkuasa tinggi untuk digunakan oleh
pelanggan-pelanggan internet. Lima pusat tersebut ialah JVNC di Princeton,
PSC di Pittsburgh, SDSC di UCSD, NCSA di UIUC dan Theory Center di
Cornell. Rangkaian ini membenarkan sambungan yang lebih banyak,
terutama daripada universiti-universiti. Dengan komputer berkuasa tinggi
yang ada, NSFNET menyediakan operasi dengan SDSCNET, JVNCNET,
SURANET dan NYSERNET. Perkhidmatan Freenet yang pertama telah
diperkenalkan di Cleveland. Hanya mula on-line pada 16 Juli di bawah
naungan Society for Public Access Computing (SoPAC). Freenet yang
berikutnya telah disediakan oleh National Public Telecomputing Network
(NPTN) pada tahun 1989. Pada tahun 1986, Network News Transfer
Protocol (NNTP) direka untuk menambahkan keupayaan Usenet dalam
meninggikan prestasi TCP/IP. U.S. National Science Foundation (NSF) pula
telah memulakan pembangunan projek NSFNET yang mana pada hari ini
menyediakan sebagian besar daripada backbone perkhidmatan komunikasi
internet. Dengan kelajuan backbone 56Kbps, NSFNET mampu membawa
arahan daripada 12 bilion paket sebulan dalam talian kepunyaannya.

Pada tahun 1987, NSF telah menandatangani persetujuan kerjasama


untuk menguruskan backbone NSFNET bersama-sama Merit Network, Inc.
IBM dan MCI terlibat dalam NSFNET melalui persefahaman dengan Merit.
Merit, IBM, and MCI kemudian mendirikan ANS. Sementara itu, kajian
Rick Adams dan Mike O'Dell dengan bantuan kewangan Usenix telah
menghasilkan UUNET. UUNET digunakan untuk menyediakan UUCP
komersial dan pencapaian ke Usenet. Pada 20 September 1987, jalinan mel
elektronik dihubungkan antara Jerman dengan China menggunakan protokol
CSNET. Mesage pertama telah dihantar dari China.

Pada masa yang sama, perkembangan penggunaan internet terus


berkembang dengan bilangan hos meningkat kepada 10,000 dan hos
BITNET telah melebihi 1,000.

Pada 2 November 1988, kejutan virus telah berlaku dalam dunia


internet dengan serangan Internet worm yang merebak melalui internet.
Serangan ini menjangkiti lebih kurang 6,000 hos daripada 60,000 hos yang
terdapat di internet. Lanjutan daripada peristiwa ini, CERT (Computer
Emergency Response Team) yang didirikan oleh DARPA yang
bertanggungjawab menjalankan pameran di Morris mengenai worm
incident. Sementara itu, NSFNET telah meningkatkan keupayaan backbone
mereka kepada T1 yaitu 1.544Mbps. Pada tahun yang sama, satu lagi
rangkaian, yaitu CERFnet (California Education and Research Federation
network) telah didirikan oleh Susan Estrada. Pada bulan Desember, Internet
Assigned Numbers Authority (IANA) didirikan dengan Jon Postel bertindak
sebagai Pengarah. Postel juga merupakan Penyunting di RFC dan juga
merupakan pendaftar di US Domain untuk beberapa tahun.
Perkembangan lain dalam internet ialah pembangunan perisian Internet
Relay Chat (IRC) oleh Jarkko Oikarinen. Sekumpulan rangkaian komputer
di Kanada dihubungkan dengan NSFNET, yaitu Onet melalui Cornell, RISQ
melalui Princeton, Bcnet melalui Universiti Washington. Pada tahun ini,
Kanada (CA), Denmark (DK), Finland (FI), Perancis (FR), Iceland (IS),
Norway (NO) dan Sweden (SE) telah mempunyai hubungan kepada
NSFNET.

Pada tahun 1989, penggunaan internet terus meningkat dengan


bilangan hos bertambah kepada 100000. RIPE (Reseaux IP Europeens)
kemudian didirikan oleh European service providers untuk menentukan
keperluan pentabiran dan kordinasi teknikal untuk membolehkan operasi
dari pan-European IP Network. Mel elektronik komersial yang pertama
telah dilakukan antara menggunakan kemudahan Internet: MCI Mail antara
Corporation for the National Research Initiative (CNRI), dengan
Compuserve melalui Ohio State University. Ini diikuti oleh pendirian
Corporation for Research and Education Networking (CREN) pada bulan
Agustus hasil pemasukan CSNET ke dalam BITNET. Beberapa negara telah
turut menghubungkan rangkaian mereka dengan NSFNET yaitu Australia
(AU), Jerman (DE), Israel (IL), Itali (IT), Jepun (JP), Mexico (MX),
Belanda (NL), New Zealand (NZ), Puerto Rico (PR) dan United Kingdom
(UK).

Perkembangan era 1990an dimulakan dengan pemberhentian


ARPANET dan Electronic Frontier Foundation diasaskan oleh Mitch Kapor.
Peter Scott dari University of Saskatchewan melancarkan Hytelnet. Ini
diikuti oleh perkembangan global internet dengan world on-line melalui
world.std.com dan ini menjadi penyedia pencapaian Internet dial-up
komersial yang pertama. Tahun 1990 juga telah memulakan aplikasi mesin
kawalan jauh yang pertama apabila John Romkey menyambungkan Internet
Toaster kepada internet yang dikawal melalui SNMP. Penemuan Romkey
telah menjadi isu hangat di Interop.

Pada tahun 1991, Wide Area Information Servers (WAIS),


dimajukan oleh Brewster Kahle, dan dilancarkan oleh Thinking Machines
Corporation. Paul Lindner dan Mark P. McCahill dari University of
Minnessota pula melancarkan Gopher. Sementara itu, Tim Berners-Lee
membangunkan  World-Wide Web (WWW) dan dilancarkan oleh CERN
dan Philip Zimmerman melancarkan PGP (Pretty Good Privacy). Menyadari
perkembangan pesat yang berlaku, US High Performance Computing Act
(Gore 1) mendirikan National Research and Education Network (NREN)
untuk menyelidik dan memajukan teknologi rangkaian.
Pada masa yang sama, backbone NSFNET dipertingkatkan keupayaannya
kepada T3 (44.736Mbps) dan mengarah trafik sehingga 1 trilion bait
sebulan atau 10 bilion paket sebulan.
Pada tahun 1992, Internet Society (ISOC) dan World Wide Web
(WWW) diperkenalkan oleh CERN. Pada masa itu, bilangan hos sudah
mencecah sejuta buah. Backbone NSFNET telah dipertingkatkan sekali lagi
kepada T3, yaitu pada kelajuan 44.736 Mbps.

Pada tahun 1993, InterNIC telah dicipta oleh NSF untuk


membekalkan perkhidmatan internet secara khusus, yaitu perkhidmatan
direktori dan pangkalan data melalui AT&T, perkhidmatan pendaftaran
melalui Network Solutions Inc dan perkhidmatan maklumat melalui General
Atomics/CERFnet. Pada tahun 1993 juga, White House dan United Nation
telah berada dalam talian internet. Di samping itu, organisasi perniagaan dan
media mulai memberi perhatian terhadap kemampuan Internet. Di Jepun,
InterCon International KK (IIKK) menyediakan kepada Jepun rangkaian
komersial internet yang pertama pada bulan September 1993. first
commercial Internet connection in September. Dengan mengambil manfaat
litar suwa yang disediakan oleh IIKK, TWICS telah memulakan penawaran
terhadap akun dial-up pada bulan Oktober. Apabila perisian Mosaics
diperkenalkan, penggunaan internet telah meningkat secara mendadak. Ia
meningkat sampai 341,634% setahun bagi penggunaan WWW dan 997%
bagi penggunaan Gopher.

Tahun 1994 menyaksikan perkembangan mendadak penggunaan


internet. Masyarakat mula membuat pencapaian sendiri dan kedai-kedai
maya mulai wujud di internet. Internet terus berkembang hingga kini,
terutamanya WWW. Penggunanya terus meningkat menjadi lebih dari 50
juta orang. Angka ini dianggarkan akan melebihi 200 juta orang pada tahun
2000.

B. PENGARUH INTERNET TERHADAP PERKEMBANGAN


TEKNOLOGI INFORMASI
Perkembangan teknologi informasi dapat meningkatkan kinerja dan
memungkinkan berbagai kegiatan dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat
dan akurat, sehingga akhirnya akan meningkatkan produktivitas. Perkem-
bangan teknologi informasi memper-lihatkan bermunculannya berbagai
jenis kegiatan yang berbasis pada teknologi ini, seperti e-government, e-
commerce, e-education, e-medicine, e-e-laboratory, dan lainnya, yang
kesemuanya itu berbasiskan elektronika.
Teknologi Informasi adalah suatu teknologi yang digunakan untuk
mengolah data, termasuk memproses, mendapatkan, menyusun,
menyimpan, memanipulasi data dalam berbagai cara untuk menghasilkan
informasi yang berkualitas, yaitu informasi yang relevan, akurat dan tepat
waktu, yang digunakan untuk keperluan pribadi, bisnis, dan pemerintahan
dan merupakan informasi yang strategis untuk pengambilan keputusan.
Teknologi ini menggunakan seperangkat komputer untuk mengolah data,
sistem jaringan untuk menghubungkan satu komputer dengan komputer
yang lainnya sesuai dengan kebutuhan, dan teknologi telekomunikasi
digunakan agar data dapat disebar dan diakses secara global.
Peran yang dapat diberikan oleh aplikasi teknologi informasi ini
adalah mendapatkan informasi untuk kehidupan pribadi seperti informasi
tentang kesehatan, hobi, rekreasi, dan rohani. Kemudian untuk profesi
seperti sains, teknologi, perdagangan, berita bisnis, dan asosiasi profesi.
Sarana kerjasama antara pribadi atau kelompok yang satu dengan pribadi
atau kelompok yang lainnya tanpa mengenal batas jarak dan waktu, negara,
ras, kelas ekonomi, ideologi atau faktor lainnya yang dapat menghambat
bertukar pikiran.
Perkembangan Teknologi Informasi memacu suatu cara baru dalam
kehidupan, dari kehidupan dimulai sampai dengan berakhir, kehidupan
seperti ini dikenal dengan e-life, artinya kehidupan ini sudah dipengaruhi
oleh berbagai kebutuhan secara elektronik. Dan sekarang ini sedang
semarak dengan berbagai huruf yang dimulai dengan awalan e
seperti e-commerce, e-government, e-education, e-library, e-journal, e-
medicine, e-laboratory, e-biodiversitiy, dan yang lainnya lagi yang berbasis
elektronika. Evolusi Ekonomi Global Sampai dua ratus tahun yang lalu
ekonomi dunia bersifat agraris dimana salah satu ciri utamanya adalah tanah
merupakan faktor produksi yang paling dominan. Sesudah terjadi revolusi
industri, dengan ditemukannya mesin uap, ekonomi global ber-evolusi ke
arah ekonomi industri dengan ciri utamanya adalah modal sebagai faktor
produksi yang paling penting. Menjelang peralihan abad sekarang inl,
cenderung manusia menduduki tempat sentral dalam proses produksi,
karena tahap ekonomi yang sedang kita masuki ini berdasar pada
pengetahuan (knowledge based) dan berfokus pada informasi (information
focused). Dalam hal ini telekomunikasi dan informatika memegang peranan
sebagai teknologi kunci (enabler technology).
Kemajuan teknologi informasi dan telekomunikasi begitu pesat, sehingga
memungkinkan diterapkannya cara-cara baru yang lebih efisien untuk
produksi, distribusi dan konsumsi barang dan jasa. Proses inilah yang
membawa manusia ke dalam Masyarakat atau Ekonomi Informasi.
Masyarakat baru ini juga sering disebut sebagai masyarakat pasca industri.
Peran Teknologi Informasi Dalam kehidupan kita dimasa
mendatang, sektor teknologi informasi dan telekomunikasi merupakan
sektor yang paling dominan. Siapa saja yang menguasai teknologi ini, maka
dia akan menjadi pemimpin dalam dunianya.
Teknologi informasi banyak berperan dalam bidang-bidang antara
lain:
 Bidang pendidikan(e-education).
Globalisasi telah memicu kecenderungan pergeseran dalam dunia
pendidikan tatap muka yang konvensional ke arah pendidikan yang lebih
terbuka (Mukhopadhyay M., 1995). Sebagai contoh kita melihat di Perancis
proyek “Flexible Learning”. Hal ini mengingatkan pada ramalan Ivan Illich
awal tahun 70-an tentang “Pendidikan tanpa sekolah (Deschooling Socieiy)”
yang secara ekstrimnya guru tidak lagi diperlukan. Bishop G. (1989)
meramalkan bahwa pendidikan masa mendatang akan bersifat luwes
(flexible), terbuka, dan dapat diakses oleh siapapun juga yang memerlukan
tanpa pandang faktor jenis, usia, maupun pengalaman pendidikan
sebelumnya.
Mason R. (1994) berpendapat bahwa pendidikan mendatang akan
lebih ditentukan oleh jaringan informasi yang memungkinkan berinteraksi
dan kolaborasi, bukannya gedung sekolah. Namun, teknologi tetap akan
memperlebar jurang antara di kaya dan si miskin. Tony Bates (1995)
menyatakan bahwa teknologi dapat meningkatkan kualitas dan jangkauan
bila digunakan secara bijak untuk pendidikan dan latihan, dan mempunyai
arti yang sangat penting bagi kesejahteraan ekonomi.
Alisjahbana I. (1966) mengemukakan bahwa pendekatan pendidikan
dan pelatihan nantinya akan bersifat “Saat itu juga (Just on Time)”. Teknik
pengajaran baru akan bersifat dua arah, kolaboratif, dan inter-disipliner.
Romiszowski & Mason (1996) memprediksi penggunaan “Computer-based
Multimedia Communication (CMC)‿ yang bersifat sinkron dan asinkron.
Dari ramalan dan pandangan para cendikiawan di atas dapat disimpulkan
bahwa dengan masuknya pengaruh globalisasi, pendidikan masa mendatang
akan lebih bersifat terbuka dan dua arah, beragam, multidisipliner, serta
terkait pada produktivitas kerja “saat itu juga” dan kompetitif.
Kecenderungan dunia pendidikan di Indonesia di masa mendatang
adalah:
 Berkembangnya pendidikan terbuka dengan modus belajar jarak
jauh (Distance Learning). Kemudahan untuk menyelenggarakan
pendidikan terbuka dan jarak jauh perlu dimasukan sebagai strategi
utama.
 Sharing resource bersama antar lembaga pendidikan / latihan dalam
sebuah jaringan.
 Perpustakaan & instrumen pendidikan lainnya (guru, laboratorium)
berubah fungsi menjadi sumber informasi daripada sekedar rak
buku.
 Penggunaan perangkat teknologi informasi interaktif, seperti CD-
ROM Multimedia, dalam pendidikan secara bertahap menggantikan
TV dan Video.
Dengan adanya perkembangan teknologi informasi dalam bidang
pendidikan, maka pada saat ini sudah dimungkinkan untuk diadakan belajar
jarak jauh dengan menggunakan media internet untuk menghubungkan
antara mahasiswa dengan dosennya, melihat nilai mahasiswa secara online,
mengecek keuangan, melihat jadwal kuliah, mengirimkan berkas tugas yang
diberikan dosen dan sebagainya, semuanya itu sudah dapat dilakukan.
Faktor utama dalam distance learning yang selama ini dianggap
masalah adalah tidak adanya interaksi antara dosen dan mahasiswanya.
Namun demikian, dengan media internet sangat dimungkinkan untuk
melakukan interaksi antara dosen dan siswa baik dalam bentuk real time
(waktu nyata) atau tidak. Dalam bentuk real time dapat dilakukan misalnya
dalam suatu chatroom, interaksi langsung dengan real audio atau real video,
dan online meeting. Yang tidak real time bisa dilakukan dengan mailing list,
discussion group, newsgroup, dan buletin board. Dengan cara di atas
interaksi dosen dan mahasiswa di kelas mungkin akan tergantikan walaupun
tidak 100%. Bentuk-bentuk materi, ujian, kuis dan cara pendidikan lainnya
dapat juga diimplementasikan ke dalam web, seperti materi dosen dibuat
dalam bentuk presentasi di web dan dapat di download oleh siswa.
Demikian pula dengan ujian dan kuis yang dibuat oleh dosen dapat pula
dilakukan dengan cara yang sama. Penyelesaian administrasi juga dapat
diselesaikan langsung dalam satu proses registrasi saja, apalagi di dukung
dengan metode pembayaran online.
Suatu pendidikan jarak jauh berbasis web antara lain harus memiliki
unsur sebagai berikut:
(1) Pusat kegiatan siswa; sebagai suatu community web based distance
learning dimana mahasiswa dapat menambah kemampuan, membaca
materi kuliah, mencari informasi dan sebagainya.
(2) Interaksi dalam grup; Para mahasiswa dapat berinteraksi satu sama lain
untuk mendiskusikan materi-materi yang diberikan dosen. Dosen dapat
hadir dalam group ini untuk memberikan sedikit ulasan tentang materi
yang diberikannya.
(3) Sistem administrasi mahasiswa; dimana para mahasiswa dapat melihat
informasi mengenai status mahasiswa, prestasi mahasiswa dan
sebagainya.
(4) Pendalaman materi dan ujian; Biasanya dosen sering mengadakan quis
singkat dan tugas yang bertujuan untuk pendalaman dari apa yang telah
diajarkan serta melakukan test pada akhir masa belajar. Hal ini juga
harus dapat diantisipasi oleh web based distance learning
(5) Perpustakaan digital; Pada bagian ini, terdapat berbagai informasi
kepustakaan, tidak terbatas pada buku tapi juga pada kepustakaan digital
seperti suara, gambar dan sebagainya. Bagian ini bersifat sebagai
penunjang dan berbentuk database.
(6) Materi online diluar materi kuliah; Untuk menunjang perkuliahan,
diperlukan juga bahan bacaan dari web lainnya. Karenanya pada bagian
ini, dosen dan siswa dapat langsung terlibat untuk memberikan bahan
lainnya untuk di publikasikan kepada mahasiswa lainnya melalui web.

 BIDANG PEMERINTAH (e-government).


E-government mengacu pada penggunaan teknologi informasi oleh
pemerintahan, seperti menggunakan intranet dan internet, yang mempunyai
kemampuan menghubungkan keperluan penduduk, bisnis, dan kegiatan
lainnya. Bisa merupakan suatu proses transaksi bisnis antara publik dengan
pemerintah melalui sistem otomasi dan jaringan internet, lebih umum lagi
dikenal sebagai world wide web. Pada intinya e-government adalah
penggunaan teknologi informasi yang dapat meningkatkan hubungan antara
pemerintah dan pihak-pihak lain. penggunaan teknologi informasi ini
kemudian menghasilkan hubungan bentuk baru seperti: G2C (Governmet to
Citizen), G2B (Government to Business), dan G2G (Government to
Government).
Manfaat e-government yang dapat dirasakan antara lain:
(1) Pelayanan servis yang lebih baik kepada masyarakat. Informasi dapat
disediakan 24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu, tanpa harus menunggu
dibukanya kantor. Informasi dapat dicari dari kantor, rumah, tanpa harus
secara fisik datang ke kantor pemerintahan.
(2) Peningkatan hubungan antara pemerintah, pelaku bisnis, dan masyarakat
umum. Adanya keterbukaan (transparansi) maka diharapkan hubungan
antara berbagai pihak menjadi lebih baik. Keterbukaan ini
menghilangkan saling curiga dan kekesalan dari semua pihak.
(3) Pemberdayaan masyarakat melalui informasi yang mudah diperoleh.
Dengan adanya informasi yang mencukupi, masyarakat akan belajar
untuk dapat menentukan pilihannya. Sebagai contoh, data-data tentang
sekolah: jumlah kelas, daya tampung murid, passing grade, dan
sebagainya, dapat ditampilkan secara online dan digunakan oleh orang
tua untuk memilihkan sekolah yang pas untuk anaknya.
(4) Pelaksanaan pemerintahan yang lebih efisien. Sebagai contoh,
koordinasi pemerintahan dapat dilakukan melalui e-mail atau bahkan
video conference. Bagi Indonesia yang luas areanya sangat besar, hal ini
sangat membantu. Tanya jawab, koordinasi, diskusi antara pimpinan
daerah dapat dilakukan tanpa kesemuanya harus berada pada lokasi fisik
yang sama. Tidak lagi semua harus terbang ke Jakarta untuk pertemuan
yang hanya berlangsung satu atau dua jam saja. Hal terpenting yang
harus dicermati adalah sektor pemerintah merupakan pendorong serta
fasilitator dalam keberhasilan berbagai kegiatan pembangunan, oleh
karena itu keberhasilan pembangunan harus didukung oleh kecepatan
arus data dan informasi antar instansi agar terjadi keterpaduan sistem
antara pemerintah dengan pihak penggunan lainnya.
 Bidang Keuangan dan Perbankan
Saat ini telah banyak para pelaku ekonomi, khususnya di kota-kota
besar yang tidak lagi menggunakan uang tunai dalam transaksi
pembayarannya, tetapi telah memanfaatkan layanan perbankan modern.
Layanan perbankan modern yang hanya ada di kota-kota besar ini dapat
dimaklumi karena pertumbuhan ekonomi saat ini yang masih terpusat di
kota-kota besar saja, yang menyebabkan perputaran uang juga terpusat di
kota-kota besar. Sehingga sektor perbankan pun agak lamban dalam
ekspansinya ke daerah-daerah. Hal ini sedikit banyak disebabkan oleh
kondisi infrastruktur saat ini selain aspek geografis Indonesia yang unik dan
luas. Untuk menunjang keberhasilan operasional sebuah lembaga
keuangan/perbankan seperti bank, sudah pasti diperlukan sistem informasi
yang handal yang dapat diakses dengan mudah oleh nasabahnya, yang pada
akhirnya akan bergantung pada teknologi informasi online, sebagai contoh,
seorang nasabah dapat menarik uang dimanapun dia berada selama masih
ada layanan ATM dari bank tersebut, atau seorang nasabah dapat mengecek
saldo dan mentransfer uang tersebut ke rekening yang lain hanya dalam
hitungan menit saja, semua transaksi dapat dilakukan.
Pengembangan teknologi dan infrastruktur telematika di Indonesia
akan sangat membantu pengembangan industri di sektor keuangan ini,
seperti perluasan cakupan usaha dengan membuka cabang-cabang di daerah,
serta pertukaran informasi antara sesama perusahaan asuransi, broker,
industri perbankan, serta lembaga pembiayaan lainnya.
Program pengembangan sistem informasi dimaksudkan untuk
mengembangkan sistem informasi yang diperlukan untuk meningkatkan
masuknya informasi ilmu pengetahuan dan teknologi yang terjadi di dunia
internasional, memperlancar pertukaran dan penyebaran informasi ilmu
pengetahuan dan teknologi, serta meningkatkan sistem perencanaan,
pengelolaan, pemantauan kegiatan dan kemajuan ilmu pengetahuan dan
teknologi. Besarnya biaya yang dikeluarkan pemerintah untuk melakukan
kajian, penelitian, penerapan penguasaan dibidang teknologi informasi
selama kurun waktu tahun anggaran 1997/1998 sampai 2001 dapat dilihat
pada Tabel dibawah ini. Tabel di bawah memperlihatkan APBN (rupiah
murni) untuk program pengembangan sistem informasi, tahun anggaran
1997/1998 sampai 2001.
Tabel. APBN untuk pengembangan sistem informasi tahun 1997/1998
sampai 2001

No Tahun Anggaran Anggaran (jutaan rupiah)


1 1997/1998 28.235
2 1998/1999 32.622
3 1999/2000 24.538
4 2000 52.236
5 2001 30.956

You might also like