You are on page 1of 16

Semantik dalam Bahasa Melayu

CHE NURUL AIN AZAHRAL


NUR ZALIKHA NADIAH BT ZAHARI
BASIRAH BT YAKOB

DEFINISI SEMANTIK
Semantik merupakan satu bidang yang mengkaji makna
sesuatu perkataan, frasa, ayat.
Istilah semantik berasal daripada perkataan Greek sema
yang bererti "tanda" (sign). Sema juga bermaksud isyarat.
Seterusnya kata itu menerbitkan kata semainein yang
bermaksud bererti
Bidang semantik amat penting dalam kajian bahasa kerana
tanpa unsur makna, bahasa tidak akan menjadi bermakna
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal
daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang
membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau
tanda atau sesuatu yang bermakna.
.

Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna


linguistik bagi kata, frasa dan ayat
Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan
sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala
sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda.

SEMANTIK DAN MAKNA


Bidang semantik amat penting kerana kajian semantik
tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Semantik juga menjadi amat penting dalam tatabahasa,
dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau
melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi
rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.
Contohnya, kita tidak boleh menerima ujaran, Adik
dapat telur dalam ujian Matematik sebagai ayat yang
betul jika kita tidak memahami makna telur dalam
konteks ujaran itu.
Hal ini kerana makna adalah bersifat taksa dan sangat
bergantung pada konteks penggunaannya.

Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna.


Oleh yang demikian, untuk memberikan makna yang
paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di
atas mestilah diambil perhatikan dalam linguistik.

Konsep dan makna

Konsep dan makna dalam semantik


dapat dianalisis dalam 3 komponen:

Komponen kata

Komponen makna (konsep)

Komponen rujukan

Komponen kata ialah aspek-aspek


dalam bentuk bunyi atau tulisan. ( contoh
almari)

Komponen makna ialah dalam bentuk


aspek tergambar dalam fikiran manusia.
( Almari diperbuat daripada kayu)

Komponen rujukan ialah dalam konkrik


yang dapat dilihat.

Teliti ayat berikut


Orang itu pengarah syarikat
Orang itu abang saya

Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan


maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang
sama kepada orang yang sama.
Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan,
ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran
berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa
bahasa Melayu.

PERUBAHAN MAKNA
Makna sesuatu perkataan akan berubah mengikut
peredaran masa atau teknologi dan hubungan sosial.
Perubahan makna boleh berlaku dari segi perluasan
makna dan penyempitan makna.
Maksudnya ialah makna asalnya samakin berkembang
dan mempunyai makna-makna baharu.

Contohnya:

PERLUASAN
MAKNA

Saudara

Adik-beradik seibu dan sebapa.


Orang mempunyai pertalian darah.
Orang yang seagama.
Nama panggilan hormat pada orang tidak dikenali atau
tidak mesra atau kakitangan bawahan atau orang yang
sama taraf.

PENYEMPITAN
MAKNA

Contohnya:

Khalwat
Mengasingkan diri @ bersunyi-sunyian @ bertafakur
untuk beramal kepada Allah.
Madrasah (sekolah / tempat sembahyang untuk
sembahyang solat fardu sahaja)

Berdua-duaan yang bukan muhrim.

JENIS- JENIS MAKNA


DENOTASI

Denotasi ialah makna tersurat


Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna
kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna
ideasional. contoh:
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan
tali atau lain-lain alat pengikat
Kaki: angota badan manusia atau binatang
Buaya: sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air,
tetapi boleh juganaik ke darat

KONOTASI

Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.


Konotasi ialah peluasan makna tersebut disebabkan nilai
rasa positif, negatif, adat budaya, bahasa dan persekitaran.
Contoh:
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu
kumpulan, pasukan
Bunga kemboja : melambangkan kematian dan kesedihan
Warna: kuning ( lambang diraja bagi masyarakat Melayu)
Orang Melayu anggap kancil cerdik
Orang Arab anggap monyet cerdik

REFERENSIAL & NON-REFERENSIAL

Referensial ialah makna yang ada rujukan langsung


pada sesuatu objek dan boleh dibayangkan objek
berkenaan.
Contohnya: buku, meja, sekolah.
Non-referensial ialah perkataan-perkataan yang tiada
rujukan langsung dan pendengar tidak boleh
membayangi objek-objek perkataan berkenaan.
Contohnya: sayang, angin, bayu.

SEMANTIK DAN LINGUISTIK


Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap
sebagai bidang yang paling sukar untuk diterokai.
Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada
"peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya
mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan
linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau
ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi
penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara
penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan
sebagainya.

INTONASI
Dalam bahasa Melayu bukan hanya perkataan yang
boleh membezakan makna tetapi juga intonasi
percakapan.
1. Ayah Ahmad sakit
( memberi maklumat atau penyataan bahawa ayah saya sakit)
2. Ayah Ahmad sakit?
( menyoal sama ada ayah Ahmad sakit ataupun tidak)
3. Ayah Ahmad sakit!
( memastikan bahawa ayah Ahmad memang betul-betul sakit dan tidak sihat)