You are on page 1of 4

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH

PERLANTIKAN PENGAWAS, FAIL MERIT DEMERIT 2016 DAN


SIJIL PENGHARGAAN PENGAWAS 2015
PERINGKAT SEKOLAH 2016

Cue

Ketibaan perasmi dan barisan pentadbir


Mengumumkan ketibaan yang dihormati Tuan DSP Nor Azizulkifli bin Haji
Mansor, ketua bahagian siasatan jenayah ibu pejabat polis daerah Kota
Kinabalu, diiringi tuan haji abdul gahni hj mohd kassim guru besar sekolah

Cue

kebangsaan sri gaya, sekolah berprestasi tinggi.


Kata kata aluan
Bismillahirrahmannirrahim, assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam sri
gaya diucapkan dihormati Tuan DSP Nor Azizulkifli bin Haji Mansor, ketua
bahagian siasatan jenayah ibu pejabat polis daerah Kota Kinabalu,Tuan Haji
Abdul Gahni Hj Moohd Kassim guru besar sk sri gaya, sekolah berprestasi
tinggi, En. Pg. Abd. Hadi B. Pg. Ajamain, ketua guru disiplin, barisan guru
penolong kanan, guru guru, warga sk sri gaya, para pengawas sekolah, dan
para pelajar sekalian.
Selamat datang dan selamat bertandang ke majlis penyerahan watikah
perlantikan pengawas, fail merit demerit 2016 dan sijil penghargaan

Cue

pengawas 2015 peringkat sekolah tahun 2016.


Taklimat pengurusan disiplin
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput En. Pg. Abd.
Hadi B. Pg. Ajamain selaku ketua guru disiplin bagi menyampaikan taklimat

Cue

pengurusan disiplin.
Ucapan pengerusi
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini ,Majlis menjemput Tn. Hj Abdul
Gahni Hj Mohd Kassim, guru besar sekolah kebangsaan sri gaya, sekolah
berprestasi tinggi untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Majlis dengan penuh takzim menjemput dihormati Tuan DSP Nor Azizulkifli
bin Haji Mansor, ketua bahagian siasatan jenayah ibu pejabat polis daerah
Kota Kinabalu bagi menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis
penyerahan watikah perlantikan pengawas, fail merit demerit 2016 dan sijil
penghargaan pengawas 2015 peringkat sekolah bagi tahun 2016.
dipersilakan.

Cue

Penyerahan sijil penghargaan pengawas 2015


Seterusnya adalah upacara penyerahan sijil penghargaan pengawas bagi
tahun 2015. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput

Cue

Penyerahan watikah perlantikan pengawas 2016


Tibalah ke kemuncak majlis kita pada hari ini iaitu penyerahan watikah
perlantikan pengawas bagi tahun 2016. Bagi menyempurnakan majlis,
dijemput

Sebagai simbolik upacara penyerahan watikah perlantikan pengawas bagi


tahun 2016, semua para pengawas diminta untuk membacakan ikrar
pengawas sekolah.
Cue

Penyerahan fail merit demerit mengikut kelas


Seterusnya adalah upacara penyerahan fail merit demerit mengikut kelas.
Dengan ini dijemput
Guru kelas tahap 1
-tahun 1
-tahun 2
-tahun 3
Guru kelas tahap 2
-tahun 4
-tahun 5
-tahun 6

Cue

penutup
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun

sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari
kelemahan diri kami sendiri. Wabilahhitaufik.