You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN AUR, 34850 CHANGKAT JERING, PERAK

MINIT MESYUARAT PBS BIL 1/2015


TARIKH

: 15.01.2015

HARI

: KHAMIS

MASA

: 1.50 PETANG

TEMPAT

: BILIK GERAKAN

PENGERUSI

: TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN ISHAK (PK 1)

KEHADIRAN

TIDAK HADIR

PN. AMINAH BINTI KAMARUDIN


PN. JUMAATUL SAADIAH BINTI IMAM MAAROF
PN. GOH LAY PING
PN. ZAINAB BINTI ABDUL AZIZ
PN. ROSIDA BINTI ABDULLAH
PN. SOFIAH BINTI HASSHIM
EN. MOHD SUKRI BIN MAT SALLEH
PN. ROHAYAH BINTI HASHIM
EN. HARZAHARI BIN ARIFFIN
EN. TAN MENG WEI
PN. ALICE A/P ARPUTHAM
PN. ANITA JESMIN A/P A D THOMAS
PN. SITI AMINAH BINTI OMAR
PN. SURAIYA BINTI ABDUL WAHAB
EN. MORGAN A/L MUTHUSAMY
EN. MOHAMAD MAHADHIR BIN MOHAMAD RAFIDI
PN. LOH YEIN YOOKE
PN. SURAYA BT KAMARUDDIN
EN. MOHAMED KAMAL ALKAF BIN MOHD BASRI
PN. ZAVIYAH BINTI MOHD SAAD
PN. LENNY MARLINA BINTI JAMALUDDIN
PN. AZLINA BINTI MOHD YUSOP
EN. AZIZUL B ABD RAHMAN
PN. TUAN NORMAINI BINTI TUAN LAH (CUTI BERSALIN)
PN. NOOR HAFIZAH BINTI JAMALUDDIN (CUTI BERSALIN)
PN. AZLINA BINTI ZAINUDDIN (CUTI BERSALIN)

1.0 DASAR PELAKSANAAN PBS


1.1 Pengerusi mengingatkan kembali dasar PBS di mana ianya merupakan agenda
transformasi pendidikan yang bersifat holistik yang menilai kognitif, afektif dan
psikomotor pelajar.
1.2 PBS terbahagi kepada akademik (Pentaksiran sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat) dan
bukan akademik (PAJSK dan Psikometrik)

1.3 Guru-guru perlu merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS seperti yang telah
diedarkan kepada setiap guru. Mana-mana guru yang belum mendapat buku tersebut
boleh rujuk kepada SU PS.
2.0 AGIHAN TUGAS JK DAN CARTA ORGANISASI JK PBS
2.1 Pengerusi merujuk kepada edaran yang dilampirkan
2.1.1 JK PBS Menengah Rendah
2.1.2 JK PBS Menengah Atas
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa setiausaha PAJSK yang baru ialah Pn. Goh Lay Ping, En.
Harzahari bin Arifin sebagai jawatankuasa disiplin dan En Tan Meng Wei ialah guru yang
terlibat menguruskan PBS pelajar pendidikan khas.
3.0 PELANTIKAN PENTAKSIR SEKOLAH
3.1 Pengerusi memaklumkan surat pelantikan ketua pentaksir, pentaksir dan jurulatih utama
akan diedarkan dan diminta kepada semua pentaksir mengembalikan surat akuan terima
kepada SU PS untuk simpanan fail.
Tindakan: SU PS
4.0 SISTEM FAIL PBS
4.1 Sistem fail mesti dikemaskini dan tempoh yang diberikan adalah sehingga 31 Mac 2015
4.2 Pentaksir
4.2.1 Semua pentaksir diminta membuat satu fail showcase bagi semua mata
pelajaran yang diajar oleh guru tersebut untuk memudahkan pemantauan di
peringkat sekolah.
4.2.2 Dokumen yang perlu ada di dalam fail tersebut ialah:
4.2.2.1 JK PBS sekolah
4.2.2.2 Surat lantikan
4.2.2.3 Buku panduan pengurusan PBS
4.2.2.4 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
4.2.2.5 Modul Perekodan Pembelajaran Murid
4.2.2.6 Salinan evidens terbaik bagi setiap tingkatan yang diajar
4.2.2.7 Senarai pelajar bermasalah (ponteng, masalah kesihatan dan
sebagainya)
4.2.2.8 Buku Penjaminan Kualiti PBS
4.2.2.9 Buku Penjaminan Kualiti PT3 (guru mata pelajaran tingkatan sahaja)
4.3 Fail Panitia
4.3.1 Semua panitia diminta mengemaskini fail PBS panitia masing-masing
4.3.2 Dokumen yang perlu ada di dalam fail tersebut ialah:
4.3.2.1 JK PBS sekolah
4.3.2.2 Senarai nama pentaksir dan surat lantikan
4.3.2.3 Panduan Penggunaan Modul Perekodan
4.3.2.4 Manual Penjaminan Kualiti (muat turun dari laman web Lembaga
Peperiksaan)
4.3.2.5 Buku soalan-soalan lazim (muat turun dari laman web Lembaga
Peperiksaan)
4.3.2.6 Buku KBAT (muat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan)
4.4 Fail Psikometrik
4.4.1 Kaunselor perlu ada fail khusus untuk pentaksiran psikometrik

4.4.2

Dokumen yang perlu ada di dalam fail tersebut ialah:


4.4.2.1 JK PBS sekolah
4.4.2.2 Buku Pentaksiran Psikometrik
4.4.2.3 Dokumen berkaitan

4.5 Fail PAJSK


4.5.1 SU PAJSK perlu menyediakan fail bersama dengan dokume-dikumen yang
diperlukan.
4.6 Fail Jaminan Kualiti
4.6.1 Setiap guru kanan yang bertanggungjawan dalam jaminan kualiti perlu
menyediakan fail masing-masing.
Tindakan : Pentaksir, ketua pentaksir, SU Psikometrik, SU PAJSK, JK Jaminan Kualiti

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI PBS 2015


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti PBS sepanjang tahun 2015 adalah seperti
lampiran Jadual Kerja yang telah diedarkan.
5.2 Tarikh mesyuarat PBS adalah sama seperti di dalam Takwim Sekolah 2015
5.3 Penglibatan ibu bapa dalam pentaksiran ini adalah melalui beberapa cara iaitu
mengedarkan surat siaran kepada ibu bapa tentang pelaksanaan PBS di sekolah,
mengadakan Hari Komunikasi dengan slogan Saya Tahu Band Anak Saya, mewarwarkan sistem pentaksiran PBS semasa mesyuarat agung PIBG dan Hari Pra-Pendaftaran
2015 dan beberapa aktiviti yang mungkin akan dirancang kemudian.
6.0 PENGURUSAN KES-KES KHAS
6.1 Kes-kes khas melibatkan pelajar yang kerap ponteng dan tidak hadir untuk jangka masa
yang panjang.
6.2 Untuk kes-kes tersebut pentaksir diminta menyediakan satu senarai pelajar yang
bermasalah dan senarai tersebut perlu disimpan di dalam fail berserta dokumen
sokongan seperti surat amaran atau surat pengesahan daripada doktor.
Tindakan: Pentaksir

6.3 Dokumen sokongan adalah penting untuk kes-kes yang melibatkan pelajar bertukar
sekolah.
6.4 Pentaksiran hanya dilaksanakan sepanjang murid berada di sekolah.
7.0 ANALISIS PS
7.1 Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat merujuk analisis PS 2014 yang diedarkan.
7.2 Ketua Panitia diminta membincangkan skor pelajar bagi tahun 2014 bersama dengan
guru-guru mata pelajaran dalam panitia masing-masing dan sekaligus merancang
program peningkatan pencapaian prestasi pelajar.
7.3 Untuk tahun 2015 guru-guru diminta berusaha untuk membantu pelajar mencapai band
6 dalam semua kemahiran yang dinilai dan band minima yang perlu dicapai ialah band 3.
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 peperiksaan 2 kali setahun (PPT dan PAT/Percubaan)
8.2 Pastikan setiap guru mempunyai Panduan Perkembangan Pelajar (PPPM) sebagai rujukan
untuk melaksanakan pentaksiran.

8.3 Guru perlu memasukkan elemen KBAT dan soalan berbentuk PT3 dalam PdP dalam
melaksanakan pentaksiran.
8.4 Kaedah memasukkan markah PBS adalah seperti tahun lalu. Ia dilakukan secara offline
8.5 Pastikan guru mempunyai rekod pentaksiran ini sepanjang masa samaada dalam bentuk
hardcopy atau softcopy.
8.6 Pelaporan pelajar yang bertukar ke sekolah lain akan diuruskan oleh guru kelas di mana
guru kelas perlu memastikan semua guru subjek merekodkan pencapaian pelajar
berkenaan di dalam sistem PBS offline di bilik operasi peperiksaan.
8.7 Cikgu Tan memaklumkan bahawa 4 orang pelajar pendidikan khas akan masuk tingkatan
1 dan 2 orang pelajar akan masuk ke tingkatan 2 aliran perdana.
8.8 Pentaksiran PAJSK adalah di bawah seliaan guru PJK kelas masing-masing dan diselia oleh
SU PAJSK.
8.9 Pengerusi berharap agar guru-guru subjek dapat berusaha membimbing pelajar untuk
mencapai band tertinggi dan sekurang-kurangnya band 3.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..............................
JUMAATUL SAADIAH BT IMAM MAAROF
SU PS SMKPA

.................................
TN HAJI ABD AZIZ B ISHAK
PENOLONG KANAN 1