You are on page 1of 7

AHAP TAHAP PROSES KAUNSELING Kaunseling adalah sati proses yang

berkembang dan berubah dari satu tahap ke tahap yang lain. Ia mesti ada
permulaan, maju ke tahap lain, dan mesti mempunyai kesudahan. Menurut
pakar- pakar teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi, tidak ada
persetujuan tentang berapa tahap yang mesti dilalui dalam proses kaunseling,
atau apakah cirri-ciri perlakuan yang ketara pada setiap tahap. Yang pasti dan
yang nampak ada persamaan pendapat di kalangan mereka dari segi proses
kaunseling itu bergerak terus mengikut urutan dengan teratur pada setiap tahap.
Juga mereka bersenpedapat bahawa aspek membina hubungan sentiasa hadir di
sepanjang dan pada setiap tahap. Tahap-tahap dalam proses kaunseling tidak
berlaku secara berasingan, tetapi berterusan dan ada masanya bertindan lapis.
Aapbila kaunselor sedang berada pada satu tahap dan sedang mengendalikan
tema perbincangan untuk tahap itu, beberapa elemen dari tahap yang lain juga
hadir pada tahap yang sama. Contonnya, selepas mengalu-alukan kedatangan
seorang klien yang baru (tahap pertama), kaunselor mungkin juga mempunyai
banyak persoalan seperti, Siapa agaknya orang ini? Bolehkah agaknya kita
bekerjasama?Bolehkah kita menolong orang ini menyelesaikan masalahnya?
Berapa lama agaknya kita akan mengambil masa berbincang dengan klien ini?
Pada tahap ini dapat dilihat penumpuan adalah kepada pelbagai persoalan yang
sepatutnya dibincangkan dalam tahap tertentu. Pada hal isu yang hendak
diberikan tumpuuan ialah berhubung dengan tahap pertama, iaitu hendak
mengetahui tentang klien.Masa yang harus diambil bagi melaksanakan setiap
tahap bergantung kepada sejauh mana kaunselor memikirkan sama ada dia
patut berubah ke tahap seterusnya. Oleh kerana tahap-tahap ini perlu
berkembang dari awal hingga akhir, maka tema perbincangan pada setiap tahap
mesti disempurnakan dengan memuaskan sebelum kaunseling bergerak ke tahap
yang berikutnya.Sekiranya perbincangan tema pada tahap-tahap awal tidak
dibuat dengan memuaskan atau tidak sempurna , ia akan menyulitkan proses
kaunseling berlaku. Ertinya, lebih kemas dan sempurna perbincangan
berdasarkan tema bagi tiap-tiap kaunseling itu, maka lebih berhasil kesudahan
kaunselingnya. Seperkara lagi yang harus diingati oleh kaunselor berkaitan
dengan perbincangan tema pada tahap-tahap tertentu ialah kaunselor boleh
mengubah fokus perbincangan ke mana-mana tahap untuk membantu
meransang perbincangan yang sedang berjalan. Disamping itu, kaunselor boleh
menyemak pemikiran dan perasaan klien, sama ada klien konsisten atau tidak.
TAHAP MEMBINA HUBUNGAN Untuk permulaan proses kaunseling, biasanya
kaunselor belum mengenali klien. Jadi untuk mendapat kerjasama daripada klien,
perlu dibentuk satu hubungan yang baik antara klien dan kaunselor supaya
masing-masing mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Tugas membina
hubungan yang istimewa ini adalah tema tahap pertama dan menjadi tumpuan
perbincangan.Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini apabila dapat
melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu: Mewujudkan suasana yang
menggalakkan interaksi Menentukan matlamat awal kaunseling Menstruktur
hubungan Membina kepercayaan 1. Mewujudkan Suasana Yang Menggalakkan
Interaksi Pada permulaan proses kaunseling , biasanya klien tidak begitu yakin
dengan dirinya sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Tambahan pula
terdapat klien yang tidak begiru pasti akan masalahnya. Keadaan berhati-hati ini
bermakna klien tidak akan memberi respon kepada kaunselor dengan terbuka.
Klien memerlukan rasa selamat, atau rasa boleh percaya kepada orang lain
(kaunselor), ada kejujuran dan rasa dihormati. Sebagai kaunselor kita

brertanggungjawab mewujudkan suasana atau keadaan yang akan memudahkan


rasa kerterbukaan, keikhlasan dan rasa mahu berkomunikasi. Klien selalunya
memerlukan rasa senang berkomunikasi dengan kaunselor, merasakan dirinya
diterima dan difahami dengan cara yang betul. Kaunselor perlu berkomunikasi
dengan rasa minat terhadap klien, memahami dan menghormati perasaan, sikap
dan masalahnya. Ini boleh dilakukan dengan cara: Menunjukkan anda sentiasa
hadir dan memberi sepenuh perhatian kepada klien dan menganggapnya sebagai
seorang yang dihormati dan dihargai . Mendengar secara intensif dan cuba
merasakan bagaimana klien merasa dan memikirkan masalahnya Memberi
respon kepada klien dengan sepenuhnya. Contohnya sebagai permulaan
kaunselor menunjukkan raut wajah yang menunjukkan rasa ingin berkongsi
masalah dengan klien dan memahami perasaan mereka serta menjiwai masalah
klien.Kaunselor juga perlu memulakan soalan yang boleh membantu ke arah
keadaan rasa selamat , kejujuran dan rasa boleh percaya seperti: Apakah yang
boleh saya bantu saudara (seeloknya nama diketahui).Kaunselor juga perlu
menunjukkan air muka yang tenang posture atau cara duduk semasa melayan
klien, kesungguhan ketika menjawab dan intonasi suara yang tidak mengancam.
2. Menentukan Matlamat Awal Kaunseling. Klien datang berjumpa kaunselor atas
beberapa sebab. Antaranya ialah untuk menyelesaikan konflik, menyelesaikan
masalah , atau meminta pertolongan untuk mendapatkan cara-cara menjadi
seorang yang lebih berfungsi dengan lebih efektif. Terdapat klien yang menyedari
dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur akan masalahnya,
tentang mengapa dia berperasaan demikian, malah tentang kenapa dia datang
berjumpa dengan kaunselor. Klien akan mengemukakan satu masalah awal pada
kaunselor, tetapi bukan masalah besar yang sebenarnya
dihadapi.Kecenderungan untuk menyelesaikan masalahnya mungkin lemah,
pertengahan atau tinggi.Apapun, kaunselor mesti memastikan bersama klien
apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling. Matlamat awal
mungkin sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan
pada waktu itu.Disamping itu, mendengar masalahnya, membantu dia melihit
dirinya sendiri, supaya dia lebih memahami tentang dirinya, dan dengan itu
diharap klien dapat mengenal pasti matlamat kaunseling yang lebih tepat. 3.
Menstruktur Hubungan Semua hubungan kaunselor dengan kliennya mesti
mempunyai struktur supaya klien akan nampak dengan lebih jelas ke arah mana
hendak dituju dan memahami proses kaunseling. Pada mulanya, klien agak sukar
untuk mengambarkan apa yang akan terjadi, bagaimana perubahan boleh
berlaku dan meragui apakah semua itu akan dapat membantunya.Sebagai
kaunselor , kita dan klien mesti saling bersetuju tentang beberapa perkera
sebelum memulakan proses kaunseling. Kefahaman tentang proses kaunseling
Untuk memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling, kaunselor
harus memberitahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan menjelaskan
cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. Kaunselor juga perlu memberitahu
tentang peranan masing-masing sebagai kaunselor dan kaunseling. Misalnya,
kaunselor boleh berkata, Tugas saya sebagai kaunselor adalah membantu anda
memikirkan isu-isu yang terlibat dalam membuat sesuatu keputusan.Kaunselor
hendaklah mendapat seberapa banyak maklumat yang diperlukan, meneliti dan
menimbangnya, dengan mengambil kira latar belakang dan nilai-nilai kaunselor.
Penjelasan tentang perkara yang terlibat Kaunselor perlu memberi penjelasan
supaya klien dan kaunselor bersetuju tentang beberapa perkara yang tidak perlu
diulang, seperti masa bertemu, berapa lama, jarak kekerapan bertemu, dan

berapa lama proses kaunseling keseluruhannya akan mengambil masa. Perkara


lain yang perlu diperjelaskan pada awal pertemuan ialah tempat bertemu,
persefahaman apabila berlaku pembatalan pertemuan, kecemasan dan hal-hal
lain. Contohnya, Saudara Man , kita akan berjumpa pada setiap hari Khamis,
pada pukul tiga hingga tiga empat puluh lima petang, di bilik dua, Bilik
Kaunseling Sekolah. Kalau ada apa-apa hal berlaku, sila hibungi pejabat dan
minta sampaikan pesanan kepada saya. Kita boleh ubah masa kepada yang
sesuai untuk minggu itu. Aspek kerahsian klien Aspek kerahsian klien mesti
diterangkan kepadanya. Contohnya, Perbualan kita dalam sesi ini akan
dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan supaya dapat dibincangkan kes anda dengan
guru besar saya. 4. Memberi Kepercayaan Seorang kaunselor mesti
menunjukkan sifat dan tingkah laku yang beretika tinggi sepanjang menjalankan
proses kaunseling. Pada peringkat permulaan kaunseling, kaunselor seharusnya
sudah menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraf kemahiran yang
dipunyai oleh kaunselor. Semua isu ini boleh diperjelaskan pada masa
pengstrukturan yang telah dibincangkan. Pada hakikatnya, kaunselor mesti
memikirkan soal tingkah laku yang beretika di sepanjang proses menjalinkan
hubungan dengan klien dan disepanjang perjumpaan dengan klien dalam sesisesi yang lain. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan klien. TAHAP
PENEROKAAN Pada tahap penerokaan , kaunselor harus membantu klien dengan
menumpukan perhatian terhadap meneroka, memahami, menganalisis persepsi
tentang diri dan persepsi klien berkenaan dengan masalahnya.Untuk memahami
klien dan cara pemikirannya kaunselor harus meneliti beberapa perkara seperti
berikut: Meneroka seluas-luasnya skop masalah klien dalam alam nyata yang
dihadapi sekarang. Menganalisis aras perfungsian klien dalam alam nyata
hidupnya. Memahami cara klien berfikir dan cara dia berubah, dan memahami
sejauh mana dia sukar membuat perubahan. Memahami kekuatan dalaman
yang ada pada klien dan bagaimana dia boleh mendapatkan kekuatan luaran.
Pada tahap ini kaunselor dapat membantu klien dengan mengubah kesedaran
mudahnya tentang masalah yang dihadapi kepada kesedaran yang lebih
mendalam yang memerlukan bantuan kaunseling. a. Skop masalah Tugas utama
kaunselor pada tahap ini ialah untuk memahami sebab-sebab mengapa klien
datang berjumpa dengan kaunselor.Untuk melicinkan proses penerokaan,
kaunselor dan klien hendaklah mengenal pasti sama ada myang dihadapi
sekarang merupakan masalah sebenar mengenalpasti konteks dan
persekitaran pada masa dan di mana masalah itu berlaku menilai keadaan,
teruk atau tidak, dan berapa lama masalah itu berlaku menilai sejauh mana
masalahnya telah melibatkan orang lain terutama kepada orang yang terdekat
dengannya membuat anggaran apakah kesannya kepada orang yang terdekat
dalam hidupnya, sekiranya ia membuat sedikit perubahan Proses penerokaan ini
akan lebih berhasil sekiranya kaunselor mendengar secara aktif, memberi
penjelasan kepada isu-isu yang dikemukakan, menyokong dan memberi galakan
kepada klien serta menganggap klien sebagai orang yang dihargai. Soalan yang
dikemukakan kepada klien juga mestilah soalan yang bercorak terbuka dan
berhati-hati agar klien tidak menunjukkan sifat bergantung kepada kaunselor.
Seperkara lagi, kaunselor harus tidak menunjukkan cara yang mirip kepada sifat
interogatif. b. Aras Perfungsian Klien Untuk memahami cara pemikiran klien
( clients internal frame of reference), biasanya boleh dilihat dari segi cara dia
berfungsi dan menangani masalah dalam hidupnya pada masa lepas.Apabila
klienmeluahkan ceritanya dalam penerokaan kendiri, kaunselor bolehlah

membuat kesimpulan secara professional, sama ada kliennya telah: menjalani


perkembangan hidup dengan masalah yang minimum; telah berjaya memenuhi
keperluan fisiologikal,psikologikal dan sosial dengan berkesan; berfungsi pada
aras kognitif yang sesuai; mempunyai hubungan yang positif terhadap orang
dekat dengannya; penyesuaian diri yang baik apabila menghadapi konflik,
kekecewaan dan sebarang cabaran hidupnya; dan sentiasa mempamerkan pola
tingkah laku yang sesuai. Melihat tingkah laku klien dari beberapa sudut akan
memberi cekil akal (insight)kepada kaunselor dan juga klien dengan keupayaan
klien berfungsi dalam beberapa dimensi kehidupan c. Pola Sejarah Klien Seorang
kaunselor mungkin ingin membantu klien dengan meneroka sambil memahami
cara klien mengatasi masalah yang pernah dialami sebelum ini dengan masalah
yang sama yang sedang dihadapi pada masa sekarang. Misalnya, kaunselor
boleh mendapatka maklumat daripada klien dalam hal dia mencuba
menyelesaikan msasalahnya terdahulu, pernahkah dia berbincang dengan orang
yang terdekat dengannya,mencari maklumat yang lebih terperinci untuk
menjelaskan isu-isu tertentu,mencuba sesuatu pengalaman baru, mengubah
persekitarannya, atau pernahkah klien mengambil risiko bila mendapati sesuatu
yang kurang jelas dalam menhadapi masa depan. Proses penerokaan ini boleh
menyerlahkan keengganan klien menangani masalah,atau kesukarannya
menempuhi proses penyelesaian masalah.Dalam proses penerokaan
ini,kaunselor memikirkan cara sementara atau tentative dan menyediakan
rancangan atau strategi untuk membantu klien pada tahap yang lain d. Kekuatan
dan Sumber Kekuatan Kekuatan dalaman yang ada pada seseorang klien dan
daripada mana dia mendapatkan kekuatan ini perlu diterokai. Untuk memahami
skop kekuatan klien, klien perlu menerima hakikat bahawa dia memang
mengalami masalah, bahawa dia bertanggungjawab untuk mengatasinya,sedar
akan kekuatandan kelemahan yang ada padanya dan mengetahui sumbersumberluaran yang boleh memberi kekuatan dalamandalam menghadapi
masalahnya. Membantu klin mendapatkan kesedaran bahawa dia mempunyai
tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya adalah amt penting dalam
kaunseling. Cara kaunselor melayani dan memberi respon kepada klien akan
mempengaruhi penerimaannya terhadap pemikiran, perasaan dan pelakuannya.
Sekiranya klien menerima kaunselor sebagai seorang yang benar-benar
mengambil berat, boleh dipercayai, klien akan sedikit demi sedikit menjadi
kurang defensif, dan lebih terbuka kepada penerokaan kendir dan memahami diri
sendiri. TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN Bagi tahap membuat keputusan, terdapat
dua tugasan yang berkaitan yang mesti dilaksanakan iaitu pertama , matlamat
kaunseling mesti sudah sama-sama dipersetujui oleh kaungselor dan klien, dan
kedua, kaunselor telah membuat keputusan perdekatan mana serta apakah
strategi yang hendak digunakan. Matlamat yang mula-mula dibuat pada tahap
pertama dan kedua mungkin perlu dirombak atau diperhaluskan lagi. Adalah
penting bagi kaunselor dan klien mempersetujui matlamat yang hendak dicapai
pada akhir proses kaunseling nanti. Jika tiada persetujuan, pergerakan ke arah
pencapaian matlamat akan terganggu kerana kita sebagai kaunselor
menumpukan perhatian untuk menyelesaikan satu perkara sedangkan klien
merasakan maslah lain lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.
Membuat keputusan tentang matlamat apa yang hendak dicapai tidaklah begitu
mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang membuatkan dia tidak
dapat berfungsi dengan efektif.Kaunselor digalakkan menumpukan perhatian
kepada masalah yang difikirkan menghalang klien berada dalam keadaan selesa.

Tugas untuk mencapai matlamat kaunseling hanya boleh berjaya sekiranya


tugas-tugas pada tahap-tahap sebelumnya telah disempurnakan dengan baik.
Ada beberapa angkubah tentang klien , kaunselor dan persekitaran yang boleh
mempengaruhi matlamat kaunseling dan strategi khusus yang digunakan. a.
Angkubah Klien Ciri-ciri klien yang sangat mempengaruhi matlamat kaunseling
dan pemilihan pendekatan kauseling merangkumi: Jenis masalah klien Pola
cara individu menyelesaikan masalah sebelum ini Faktor Demografi Ciri-ciri
personaliti Latar budaya b. Angkubah Kaunselor Angkubah kaunselor yang
mempengaruhi pemilihan kaedah atau pendekatannya merangkumi:
Pengetahuan dalam bidang kognitif Contohnya , teori-teori dan kaji selidik
berkenaan dengan motivasi,kognisi, perhubungan, penyesuaian, tingkah laku dan
personaliti. Pengetahuan dan pengalaman menggunakan pelbagai pendekatan
kaunseling Contohnya, pendekatan behaviorisme,pendekatan pemusatan klien,
atau eksistensialisme. Aras dan kemahiran berkomunikasi menolong, memberi
respon secara lisan, dan kemahiran berkomunikasi bila memainkan sesuatu
peranan. c . Angkubah Persekitaran. Setting atau tempat bertugas sebagai
kaunselor (sekolah, universiti,Pusat serenti atau hospital) boleh mempengaruhi
sedikir sebanyak matlamat kaunseling dan strategi yang digunakan. Kaunselor
yang bekerja di sesebuah institusi tertentu agak terbatas menggunakan pelbagai
matlamat kerana tertakluk kepada tugas asas, iaitu mencapai matlamat
kaunseling yang dituntut oleh institusi tersebut. Contohnya, kaunselor sekolah
yang mempunyai klien yang tidak boleh belajar kerana bapanya seorang
pemabuk di rumah, menjadikan matlamat kaunselingnya supaya klien boleh
belajar dengan efektif disekolah. TAHAP PERLAKSANAAN Tahap pelaksanaan yang
dimaksudkan di sini ialah melaksanakan pendekatan kaunseling yang sesuai.
Tugas utama di tahap ini ialah membantu klien menyelesaikan masalah dan
membimbingnya agar dapat berfungsi dengan lebih efektif. Klien memerlukan
sokongan emosi,galakan dan pengukuhan terhadap sesuatu yang baru yang
dipelajari. Kaunselor mungkin akan menggunakan satu pendekatan yang khusus,
atau beberapa jenis pendekatan yang kaunselor telah mahir. Bagaimanapun,
pendekatan yang hendak digunakan mestilah berasaskan strategi tertentu yang
memberi penekanan kepada peningkatan aras berfungsi mental
klien,kesejahteraannya, keadaan emosinya, atau pun menaikkan aras keupayaan
klien berkelakuan dengan lebih sesuai. Yang demikian,strategi kaunseling yang
digunakan mungkin memberi fokus kepada kognitif(pemikiran), afektif(perasaan)
atau perlakuan. Sekiranya kaunselor merasakan kliennya memerlukan bantuan
untuk mendapatka maklumat yang bersifat fakta, atau klien memerlukan
pertolongan untuk membuat sesuatu keputusan,atau klien menunjukkan proses
pemikiran yang tidak munasabah, maka penekanan dalam kaunselinghendaklah
diberi kepada penekanan kognitif. Jika klien banyak menunukkanpelakuan kurang
percaya kepada diri sendiri,merasa dirinya terpinggir, mengalami kesukaran
menangani masalah sikap , kepercayaan, emosi dan nilai-nilai dalam hidupnya,
maka penekanan hendaklah diberikan kepada soal afek atau pada perasaan.
Masalah yang datangnya daripada tingkah laku klien intu sendiri; seperti
bersifatlangsang,mulut celupar dan sebagainya, mungkin boleh dibantu oleh
kaunselor dengan memberi fokus kepada ketingkahlakuan. Pada keseluruhannya,
kaunselor akan menggunakan ketiga-tiga domen manusia, iaitu kognitif, afektif
dan ketingkahlakuan pada sepanjang sesi kaunselingnya. Selain itu, dalam tahap
perlaksanaan ini, terdapat beberapa perkara yang tutur mempengaruhi
keberkesanan proses kaunseling yang lebih efektif, iaitu pengaruh orang

terdekat, sumber bantuan lain dan penyediaan risalah. 1. Orang yang terdekat
Frasa orang yang terdekat banyak ditemui dalam bab ini. Biasanya orang yang
terdekat adalah orang yang mempunyai pengaruh terhadap klien dan adalah
penting bagi kaunselor mengingatinya dalam sesi-sesi kaunseling. Orang yang
terdekat dimaksudkan ialah ibu, bapa, adik beradik, kekasih, anak , isteri, suami
dan lain-lainindividuyang penting dalam hidup klien. 2. Sumber bantuan lain
Sungguhpun cara ini belum dilaksanakan secara meluasnya di Malaysia, harus
difikirkan oleh umum tentang potensi kebaikan yang boleh didapati dengan
meniungkatkan penglibatan institusi lain sebagai sumber bantuan
tambahan.Sumber bantuan lain mempunyai potensi yang positif dalam proses
kaunseling.Klien boleh dirujuk keinstitusi lain dalam komuniti seperti hospital,
pejabat agama, dan lain-lain untuk mendapatkan bantuan khusus jika
dikenaklpasti bahawa klien memerlukan bantuan mereka. Universiti-universiti
tempatan yang mempunyai pakar-pakar kaunseling atau pakar pendidikan khas,
juga boleh memainkan peranan sebagai sumber bantuan lain. Contohnya,
menjadi sumber rujukan kepada kaunselor sekolah. 3. Penyediaan risalah Alatalat bacaan dan rujukan boleh memainkan peranan membantu kaunselor dalam
proses kaunseling.Potongan daripada surat-surat khabar, buku,buku, dan majalah
berkenaan dengan topik tertentu membantu klien mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan masalah yang dihadapi.Kaunselor juga hendaklah rajin
membaca dan menyediakan risalah-risalah yang dianggap boleh membantu klien
di suatu masa nanti. TAHAP PENAMATAN SESI KAUNSELING Tahap kelima yang
terakhir ini amat penting kerana di sini perlu ditumpukan kepada tiga perkara
yang mesti berjaya dicapai: a. Kemajuan selama menjalankan kaunseling salama
ini mesti dirumuskan dan dinilai kesan-kesannya. b. Isu-isu lain yangmesti
diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan. c. Memikirkan cara-cara
mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling Perasaan klien
dan tingkah laku yang banyak menunjukkan kebergantungan terhadap
kaunselornya mesti ditangani dahulu sebelum proses menamatkan kaunseling
berlaku. Jelaslah bahawa tidak semua isu dapat diselesaikan. Harus diingit, klien
tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya dalam semua aspek hidupnya. Tetapi,
setelah semua matlamat kaunseling yang dipersetujui oleh kaunselor dan klien
tercapai proses menamatkan kaunseling bolehlah dimulakan. Tugas terakhir
dalam proses penamatan ini ialah menyediakan satu kaedah dimana
pertumbuhan dan perubahan yang berlaku dapat diteruskan oleh klien sendiri.
Caranya ialah : Mengadakan pertemuan susulan dan Membentuk satu
rancangan yang boleh dipantau sendiri dan membuat latihan bersama
bagaimana rancangan ini dipantau sendiri. Tahap menamatkan kaunseling ini
biasanya langkah yang sukar diambil, namun bila semua tugasan telah diambil
pada tahap ini, klien akan bersedia untuk berhenti. Dalam tahap ini klien
hendaklah diberitahu bahawa hubungan mereka bukannya ditamatkan, tetapi
sebenarnya perjumpaan ditangguhkan. Klien adalah digalakkan untuk kembali
berjumpa sekiranya dia memerlukan pertolongan . TAHAP MENGALAMI
KESUKARAN Pada pendapat saya tahap yang akan mengalami kesukaran bagi
saya adalah pada tahap membuat keputusan kerana sebarang panduan yang
diberikan kepada klien untuk menentukan hala tuju keputusan yang bakal klien
ambil adalah berpandu arah kepada langkah-langkah tahap penamatan yang
diberikan oleh kaunselor. Kesukaran bakal dihadapi oleh kaunselor pada tahap ini
adalah boleh jadi kaunselor secara tidak langsung terlibat dalam proses klien
membuat keputusan. Justeru, tahap ini memerlukan penelitian dan cara olahan

oleh kaunselor dengan sejelasnya bagi membolehkan klien membuat keputusan


yang betul yang membawa faedah kepada semua pihak terutama klien itu
sendiri.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

You might also like