You are on page 1of 2

LAPORAN BULANAN KANTIN SEKOLAH

SEK KEB KUALA BETIS, GUA MUSANG


BULAN MEI 2014
PENDAHULUAN
Keceriaan kantin sekolah membantu keindahan prasarana sesebuah sekolah. Ianya boleh
diibaratkan keceriaan sebuah bilik darjah yang membuat guru dan murid merasa senang
dan selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelanggan kantin adalah
terdiri daripada guru dan murid yang memerlukan keselesaan semasa berada di dalamnya.
Persekitaran yang ceria dan bersih menjadikan sebuah kantin selamat digunakan oleh setiap
warga sekolah.
1.

PROGRAM JALINAN MESRA BANK RAKYAT BERSAMA MURID ORANG


ASLI

Pada 17 hingga 18.05.2014, Sekolah Kebangsaan Kuala Betis telah terpilih untuk Program
Jalinan Mesra Bank Rakyat bersama dengan Murid Orang Asli. Program ini melibatkan
kerjasama antara Bank Rakyat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang serta
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Pihak kantin telah menyediakan makan dan minum
bagi rombongan ini semasa berada di sekolah ini.
2.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Rancangan Makanan Tambahan berjalan seperti biasa. Penyediaan RMTS dibuat seawal
05.00 pagi lagi. Tiada penukaran menu pada bulan ini. Murid-Murid RMTS yang makan
dipantau oleh guru-guru yang bertugas seperti yang dijadualkan oleh Guru RMTS.
3.

KECERIAAN KANTIN

Pihak kantin telah menambahbaikan keceriaan yang sedia ada. Warna hijau daun pisang
muda menjadi pilihan sebagai warna primer kantin. Ruang makan guru dinaik taraf seperti
bilik VIP bagi memberi keselesaan kepada guru-guru menikmati makanan dan minuan.
4.

MUZIKARIA RTM (FM KELANTAN)

Pada 25.05.2014, pihak kantin juga telah membekalkan makan dan minum kepada
kakitangan dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program Muzikaria RTM daripada
FM Kelantan di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis.

Pihak kantin, akan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menjadikan


kantin Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, sebuah kantin yang mempunyai piawaian
kebersihan penyediaan dan penyajian makanan dan minuman serta tempat seperti yang
dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak kantin bersedia menerima teguran membina daripada mana-mana pihak terutama
pentadbir sekolah dalam mencapai maksud tersebut.
Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,

PENGUSAHA KANTIN
Sek Keb Kuala Betis, Gua Musang
Tarikh: 15 JUN 2014