You are on page 1of 22

wikpedia

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri
Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu
dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya

Rasional untuk pembentukan Malayan Union[sunting |


sunting sumber]
Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di
United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang
Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit
(MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka
satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya
selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang,
dan Melaka menjadi Malayan Uniondiusulkan, sedangkan Singapura dikekalkan sebagai
tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang
berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan
Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian
tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan
Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut
bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan
pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah
pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan
utama British mengecualikan penyertaan Singapura kedalam Malayan Union adalah
disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura
sebagai pelabuhan utama dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan
ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya
Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk
pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah
Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British
telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan
bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara
sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu
ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri
Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana
ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di
Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu
Sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.

Butiran utama Malayan Union[sunting | sunting


sumber]
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak
termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan
mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad,
iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya
pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan
oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset
negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi
sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya
Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya
bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di
Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai
Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan
kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura,
serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun
sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan
mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam.
Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi
kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

Peringkat memperkenalkan Malayan Union[sunting |


sunting sumber]
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong
Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen
United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam
rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang
terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi
berada dalam keadaan yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial
menjemput Sir Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif
tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan
British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu
percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera
dari Tanah Melayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling
sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu
kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan
tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk
mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada
ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Pada 3 September 1945 ,
ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet
British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju

dengan misi MacMichael.


Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang
dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk
menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk bagindabaginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan
menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di
atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada 21 Disember,
setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru dengan Sir
Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan
keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang
mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union untuk
menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga bimbang akan
kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah semua perjanjian terdahulu
yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepurapuraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk
memerintah dihapuskan.
Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan
Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946.berserta Kertas
Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undang-undang NNS & NNMB
yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan kesatuan Malaya yang Baru iaitu
Malayan Union.

Gerak balas daripada kaum Melayu[sunting | sunting


sumber]
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah
lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama
untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan
telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan
Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan
Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union,
dan membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi
persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah
Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu
yang mengambil bahagian adalah Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W.
Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemard. Mereka turut menulis surat-surat
kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar
menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada
tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan
yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu
malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.
Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union
yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret
baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh
MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu.

Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk


menghantar sutu perwakilan ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah
disuarakan. Bagaimanapun, sudut pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih
berkesan selepas penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk
menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas
pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat
yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari
tanah seberang (Indonesia). Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun
bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah
dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak
bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga
turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union.
Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut
mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan
masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat,
pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu
jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa
tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk
menghentikan Malayan Union. di mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan
ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan
Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada
akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang
positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa
Malayan Union akan berkubur.

Penubuhan UMNO[sunting | sunting sumber]


Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay
Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira
200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan
pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang
Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk
penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru.
Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri
Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa
perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union
dimansuhkan.

Pelaksanaan Malayan Union[sunting | sunting sumber]


Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan
menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British
mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran
Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat

dibatalkan.
Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan
Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah
sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya.
Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang pertama majlis
tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan
orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh
sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu
Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada
songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu
Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara
tersebut. Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka,
telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat
jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1
Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak
British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO
untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu . Penggantian konsep Persekutuan
Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai,
melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orangorang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam
etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak
mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokongpenyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union.
Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu
jumalah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang
peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini
melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah
kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat
cina Tanah Melayu.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

14 Ogos 1941: Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak


negara-negara untuk penentuan diri.

penghujung 1942: Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United


Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang
Dunia II.

Januari 1944: Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali
oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British,
di Parlimen United Kingdom.

Musim bunga: Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk


mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk
memperoleh perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk bersetuju
dengan Malayan Union.

3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah


Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.

21 Disember 1945: Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian
baru untuk membentukkan Malayan Union.

Januari 1946: Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui


sebuah Kertas Putih.

1 Mac 1946: Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan
berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (PanMalayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras untuk menentang
Malayan Union.

1 April 1946: Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.

1 Mei 1946: Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru. Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar
Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan
bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa
Malayan Union dimansuhkan.

1 Februari 1948: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan


digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui
dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.

cikgu cikgie dot. com.


Laman ini khas untuk belajar Sejarah ..
https://sejarahk2.wordpress.com/

https://sejarahk2.wordpress.com/

Main menu
Skip to content

Home

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-1/bab-1-zamanprasejarah-di-malaysia/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-1/bab-3-kerajaanawal-di-asia-tenggara/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-1/bab-3pengasasan-kesultanan-melayu-melaka/

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-2/about/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-2/bab-2-kekayaanhasil-bumi-mendorong-campur-tangan-british/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-2/bab-3-negerinegeri-melayu-utara-nnmu-dan-johor-benteng-keselamatan-british/

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-1pendudukan-jepun-di-negara-kita/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-2/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-3-ancamanparti-komunis-malaya-dan-darurat/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-4kerjasama-kaum-ke-arah-kemerdekaan/

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-5kemerdekaan-negara/

BANK SOALAN

BAB 2 : MALAYAN UNION DAN


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
By Cikgu Eija, Cikgu Ajib & Cikgu Nana

(1) Tamatnya Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu


1. TM dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
2. Pentadbiran Tentera Britishselamatkan keadaan huruhara
3. PTB bercorak ketenteraan
(2) Keganasan PKM 14 hari
1. Jepun meninggalkan TMberlaku kekosongan politik
2. PKM kuasai TM melalui MPAJA selama 14 hari.
3. MPAJA dikenali tentera Bintang Tiga.
4. MPAJA kuasai bandar, balai polis, pejabat kerajaan.
5. MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun.
6. Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan.
7. Menculik dan menyeksa yg bersubahat dengan Jepun.
8. Menghukum penduduk yg menganiayai orang Cina semasa pemerintahan
Jepun.
9. Merampas harta benda orang kampung
10. Di Batu Pahat, PKM bunuh penghulu yang dianggap bersubahat dengan
Jepun.
11. Seorang Pegawai Daerah cuba berunding dengan PKM dibunuh.
12. Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.

13. Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah.dibakar


14. Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada
orang Cina.
15. Orang Melayu bangun menentang PKM
16. Berlaku huru hara.
17. Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga utk serang Cina
di Bandar Batu Pahat.
18. Dato Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
19. Ketegangan kaum diatasi oleh Pentad Tentera British.
(3) Pentadbiran Tentera British (PTB)
1. Diketuai Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Sir Ralph Hone.
2. Tujuan PTB melaksanakan pentadbiran peralihan sebelum pentadbiran awam
diperkenalkan.
3. Antara kejayaan PTB;

Menghapuskan penguasaan PKM

Memujuk PKM & MPAJA menyerahkan senjata.

Memberhentikan pergaduhan antara kaum

Mewujudkan keamanan

Menegakkan undang-undang.

(4) Malayan Union

Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946

di Kings House (Carcosa Seri Negara), KL

Gabenor pertama Sir Edward Gent.

(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union


1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan
kesetiaan
2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
3. Jimat perbelanjaan Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu
Tidak Bersekutu digabungkan
4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar
bijih timah dan getah)
5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan
pelabur tidak terjejas.
6. Kukuhkan pertahanan British

7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.


8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
(b) Ciri-ciri Malayan Union
1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan
Mahkota.
2. Pentadbiran bersifat kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah
Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British
6. Gabenor dilantik oleh Raja England.
7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
10. Parlimen British pemutus undang-undang.
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union
https://sejarahk2.wordpress.com/2012/05/13/bab-malayan-union-dan-

persekutuan-tanah-melayu/pent-malayan-union/
https://sejarahk2.wordpress.com/2012/05/13/bab-malayan-union-danpersekutuan-tanah-melayu/pent-malayan-union/
(d) Faktor penentangan terhadap Malayan Union

1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;

Raja Melayu ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.

Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.

Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British

2. Tamadun orang Melayu terhakis;

Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis.

Ketuanan Melayu tercabar

3. Kerakyatan yang terlalu liberal;

Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran

4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael;

Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya


baginda tidak menerima Malayan Union.

Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan
Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku
kepada Sultan Perak.

(e) Pihak yang menyokong Malayan Union


1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Angkatan Pemuda Insaf (API),
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Barisan Tani Malaya (BATAS)
5. PKMM ditubuhkan oleh PKM di Ipoh, Perak.
6. Presiden pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, Parti
Komunis Malaya.
7. Alasan menyokong Malayan Union:
i. penyatuan sistem pentadbiran di Tanah Melayu
ii. pentadbiran baru tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu
iii. menyokong kerakyatan terbuka.
iv. Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
v. Percaya dengan janji British yang akan memberi kemerdekaan
8. Parti Komunis Malaya dan Malayan Democratic Union (MDU) sokong
pendirian parti-parti tersebut.
9. MDU parti politik di Singapura.
10. Terdiri daripada golongan berpendidikan Inggeris
11. MDU bersetuju dgn konsep kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja.
12. MDU cadangkan Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union.

13. Golongan imigran sokong Malayan Union atas alasan yang sama.
14. Mereka bergabung dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)
diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock.
(f) Cara penentangan Malayan Union
1. Penentangan Secara Individu;

Dato Onn Jaafar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu
adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O).

Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kpd
Setiausaha Tanah Jajahan

dapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TMFrank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil
Clementi Smith menentang cadangan Malayan Union secara terbuka
dalam akhbar The Times di London.

2. Penentangan melalui Akhbar;

menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara.

3. Langkah kolektif menentang Malayan Union;

Demonstrasi secara aman bantah cara Sir Harold MacMichael


memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.

membantah Malayan Union yg menghapuskan kedaulatan negeri Melayu


dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.

Persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula.- Persatuan Melayu


Terengganu,Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.

Hantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Kongres Melayu pertama dibentuk :


i. diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946
ii. di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL
iii. Dihadiri 41 persatuan
iv. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah rasmikan kongres
menderma $5000.
v. Bersetuju tubuhkan United Malays National Organization (UMNO)/Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
vi. Pengerusi pertama -Dato Onn Jaafar.
Kongres Melayu kedua :
i. diadakan pada 30 -31 Mac 1946.
ii. bantah pengisytiharaan Malayan Union
Kongres kedua memutuskan tiga perkara ;

i) minta raja-raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebg
Gabenor.
ii) minta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran
Malayan Union memulaukan perlantikan
iii) tuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih
pada songkok.
adakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams di
setiap bandar
Peranan kaum wanita;
i) Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah berucap menentang Malayan Union.
ii) Di Rembau, Halimahton Majid berucap membantah Malayan Union.
iii) Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan
bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong kongres Melayu pada tahun
1946
iv) Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor ditubuhkan untuk menentang
Malayan Union.
(5) Penubuhan UMNO
1. Keputusan menubuhkan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu pertama.
2. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946.
3. Yang Dipertua pertama Dato Onn Jaafar.
(a) Tujuan penubuhan UMNO
1. UMNO pada tahun 1946;

Menentang Malayan Union.

satukan orang Melayu

wujudkan organisasi nasional.

Jaga kepentingan politik & ketuanan Melayu.

Majukan pendidikan orang Melayu.

Melindungi kepentingan orang Melayu

belum menuntut kemerdekaan.

2. UMNO pada tahun 1949;

Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik)

mendirikan sebuah kerajaan merdeka.

Majukan orang Melayu

Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.

Mula menuntut kemerdekaan.

(b) Perjuangan tokoh UMNO


i) Dato Onn Jaafar:

pengasas UMNO.

pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan di England.

jawatan Pegawai Tadbir Johor.

wartawan terkenal.

Menteri Besar Johor

pulihkan keamanan di Batu Pahat

orang pertama menyeru orang Melayu bersatu

cadangkan menentang Malayan Union.

anjurkan Kongres Melayu

ahli jawatankuasa yang gubal Perlembagaan UMNO

ii) Dato Panglima Bukit Gantang:


Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz.
pendidikan di Anderson School, Ipoh, dan Inner Temple, England.
Tubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu
Ketua Bahagian UMNO Perak.
iii) Dato Nik Ahmad Kamil:
Ahli J/kuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan.
Pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu
Kuala Kangsar,
melanjutkan pelajaran ke Lincolns Inn, London, England
jadi seorang peguam
jadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan.
iv) Zainal Abidin bin Ahmad;
intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu.
uruskan persidangan kongres.
cadangkan menambahkan kebangsaan ke dalam United Malays Organization.
United Malays Organization menjadi United Malays National Organization
(UMNO)
(c) Perkembangan UMNO

1. Majukan orang Melayu dalam politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.


2. perjuangkan perpaduan orang Melayu
3. perjuangan UMNO direstui oleh sultan dan raja-raja Melayu.
4. Kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat
5. Perjuangan UMNO;
satupadukan orang Melayu
Menumbangkan Malayan Union
hapuskan semangat kenegerian
wujudkan parti politik bercorak kebangsaan
Memperjuangkan ketuanan Melayu
Majukan pendidikan orang Melayu
Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu
(d) Lambang-lambang UMNO
1. Logo UMNO mengandungi tulisan Jawi iaitu PEKEMBAR.
2. Cogan kata UMNO, Hidup Melayu dicipta oleh Dato Onn Jaafar
3. Cogan kata UMNO Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka atas cadangan
wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub.
4. Pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan dalam persidangan
UMNO di Ipoh, Perak
5. Bendera UMNO dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
i. Warna bendera UMNO

merah keberanian,

putih kesucian dan keikhlasan

kuning dalam bulatan lambang raja

ii. Keris hijau lambang agama Islam.


iii. Keris melambangkan tamadun Melayu.
6. Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO
di Pulau Pinang.
(6) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
1. Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.
2. Pertemuan raja-raja Melayu dengan British di Kuala Kangsar
3. Rundingan British dengan UMNO di P.Pinang
4. Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union

menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi


5. Serahan memorandum menyatakan bantahan terhadap Malayan Union secara
rasmi kepada British.
6. Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan dianggotai oleh pegawai kanan British,
wakil raja Melayu dan wakil UMNO.
7. Perbincangan di Kings House, Kuala Lumpur.
8. Beberapa tuntutan dikemukakan;

sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

menolak kerakyatan jus soli.

taraf negeri naungan bg negeri Melayu dipulihkan semula.

Desak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.

9. British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu


orang Melayu menentang British secara kekerasan.
10. British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu.
11. Sikap sederhana orang Melayu bekerjasama dengan British dan sikap para
pemimpin parti UMNO yang menggunakan rundingan pengaruhi dasar kerajaan
British.
12. British menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
13. Rundingan British dgn raja Melayu dan UMNO berakhir dgn Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu
(a) Ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Konsep Raja Berperlembagaan.
Majlis Raja-Raja Melayu menggantikan Majlis Melayu.
Perlindungan istimewa kepada orang Melayu
Syarat kerakyatan diperketatkan.
Gabungan 11 buah negeri
Pesuruhjaya Tinggi British Ketua Persekutuan. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Perundangan Persekutuan.
(b) Perbezaan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan
Union
1. Ketua pentadbiran;
Persekutuan Tanah Melayu Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja
Melayu
2. Kuasa di peringkat pusat;

Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan


Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa di peringkat pusat dalam Persekutuan
Tanah Melayu.
Peringkat pusat Malayan Union ialah Parlimen British.
3. Kuasa di peringkat negeri;
Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa di
peringkat negeri dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
Kuasa di peringkat negeri Malayan Union ialah Pesuruhjaya Negeri-Negeri dan
Majlis Mesyuarat Negeri.
4. Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu;
Persekutuan Tanah Melayu ialah Sultan negeri
Malayan Union ialah Gabenor British.
5. Bahasa pentadbiran;
Persekutuan Tanah Melayu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Malayan Union bahasa Inggeris.
(c) Perbezaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan
Union.
1. Secara kuat kuasa undang-undang ;
i) Persekutuan Tanah Melayu:

Jus soli hanya terbuka kepada Rakyat raja dan Rakyat British.

Pemohon lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat
British.

ii) Malayan Union:

Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura dan tanah
jajahan British yang lain.

2. Secara permohonan;
i) Persekutuan Tanah Melayu:

Pemohon berusia 21 tahun, tidak ada rekod jenayah serta bersetuju taat
setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.

telah tinggal selama lapan daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh
bertutur bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

ii) Malayan Union:

Pemohon tinggal selama lima daripada tujuh tahun dari tarikh


permohonan.

Anak angkat pemohon rakyat Malayan Union.

(7) Rumusan
1. Perpaduan Melayu membolehkan mereka menolak Malayan Union.
2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mengembalikan semula status quo
orang Melayu.
3. Peranan pemimpin berkaliber penting untuk mendukung perjuangan bangsa.
4. Kita harus berganding bahu untuk memajukan diri dan mempertahan
kedaulatan bangsa dan negara.

Share this:

Facebook9

Leave a Reply /nota-sejarah-tingkatan-3/bab-2/

\l "

\l "

\l "

\l "

https://gravatar.com/site/signup/

https://gravatar.com/site/signup/

javascript:HighlanderComments.doExternalLogout( 'wordpress' );\l "

javascript:HighlanderComments.doExternalLogout( 'twitter' );\l "

javascript:HighlanderComments.doExternalLogout( 'facebook' );\l "

javascript:HighlanderComments.doExternalLogout( 'googleplus' );\l "


javascript:HighlanderComments.cancelExternalWindow();

emm nak cari


Search

Satu Perjuangan

Eija, Ajib & Nana

https://sejarahk2.wordpress.com/author/sejarahk2/

Recent Posts

KENALI KAMI

AL KULLIYAH

sejarahk2

VIDEO ABM

NOTA TINGKATAN 3

NOTA TINGKATAN 2

Categories

Nota Belajar (3)

Uncategorized (1)

VideoMai p tengok sat!!! (2)

Masa semakin berlalu


January 2016
M T W T F

May

10

11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

macam-macam ada

May 2012 (6)

Blogroll

Koleksi Soalan Percubaan

Tun Dr Mahathir

UPSI

Follow Blog via Email


Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by
email.
Join 19 other followers

Kata Hikmah
Create a free website or blog at WordPress.com. | The iTheme2 Theme.
Follow

Follow cikgu cikgie dot. com.


Get every new post delivered to your Inbox.
Build a website with WordPress.com

https://www.technologiesaintjoseph.com/settings/ads?affiliate_id=9860
https://www.technologiesaintjoseph.com/settings/ads?affiliate_id=9860\l "

\l "