You are on page 1of 1

Kegiatan ekonomi penduduk peribumi Sabah sebelum kedatangan SBUB

Tidak banyak hasil karya ataupun laporan-laporan yang menyentuh tentang kegiatan ekonomi
penduduk peribumi Sabah sebelum tahun 1880 an. Kalau adapun kebiasaannya disentuh
sebilangan penulis Barat secara ringkas sahaja. Dalam hal ini D.S Ranjit Singh telah
membahagikan struktur ekonomi masyarakat Sabah di anatar tahun 1860 sehingga 1880 an
kepada tiga bahagian utama. Pertamanya ialah kegiatan pertanian pindah ataupun sara hidup dan
memburu binatang (swidden agricultures cum hunter gatherers), penanaman padi sawah dan
penangkapan ikan.
Pertanian pindah atau sara hidup dan memburu binatang
Pertanian pindah yang dijalankan di kawasan hutan dara di lereng-lereng bukit merupakan
kegiatan ekonomi penduduk peribumi Sabah sebelum kedatangan SBUB pada akhir abad ke 19.
Misalannya sebelum 1918 apabila orang-orang Eropah membuka kawasan perladangan bagi
penanaman tembakau dan getah, kawasan padi secara pertanian pindah merupakan tanaman
kedua yang terbesar.
Kegiatan pertanian pindah ini biasanya dijalankan oleh penduduk peribumi yang menempati
kawasan-kawasan di sepanjang kaki-kaki dan lereng-lereng bukit terutamanya sekali di bahagian
pantai barat Sabah. Orang-orang dusun kebanyakannya terlibat dengan kegiatan ini kerana
mereka membuat penempatan do lereng-lereng banjaran Crocker