You are on page 1of 1

Bil (16) dlm.

Fail S/U PIBG 2014/2015
Tarikh : 17 Mac 2015
Kepada :
YBhg. Dato’ Haji Ahmad Ibnihajar,
Pengerusi Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong,
No. 99, Lebuh Bishop,
10300 Georgetown,
Pulau Pinang.
YBhg. Dato’,
JEMPUTAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 DAN KARNIVAL
YAUMUL MAFTUH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan SMKA (P) AlMashoor akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke37 serta Karnival Yaumul Maftuh anjuran pelajar tingkatan 5 pada ketetapan berikut :
Tarikh :
Hari
:
Masa
:
Tempat :

28 Mac 2015
Sabtu
9.00 pagi
Dewan Zainab Al-Ghazali,
SMKA (P) AlMashoor,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Pulau Pinang.

3. Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan berbesar hati menjemput
pihak tuan untuk merasmikan mesyuarat agung dan karnival tersebut.
4. Segala pertimbangan dan kesudian daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”
Yang menjalankan tugas,
………………………….……………….
(WAN MOHAMAD MUNIR B. HAJI WAN ABDULLAH)
Setiausaha PIBG 2014/2015,
SMKA (P) AlMashoor, Pulau Pinang
s.k Fail PIBG