You are on page 1of 20

E5124 / UNIT 3 / 1

UNIT 3 : ANTARAMUKA ELEKTRIKAL

OBJEKTIF

Objektif Am :
Mengetahui dan memahami jenis
isyarat di dalam media penghantaran dan
menerangkan piawaian dalam
penyambungan antaramuka.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya
dapat :menerangkan bentuk bentuk isyarat elektrik untuk
media – media penghantaran : 
paras isyarat RS232C / V.24 
paras isyarat RS422 / V.11 
paras isyarat RJ45
menerangkan piawaian dalam penyambungan
antaramuka iaitu : 
RS232C / V.24 
RS449 / V.35

E5124 / UNIT 3 / 2

INPUT

3.0

Memahami Cara-Cara Penghantaran Fizikal Suatu Data

Untuk menghantar data binary melalui talian penghantaran, digit-digit binary
yang membentuk setiap elemen yang dihantar perlu ditukar kepada isyarat-isarat
elektrikal.Contoh :

Binari 1 mungkin dihantar dengan isyarat voltan beramplitud +V volt dan
binary 0 dengan –V volt. Bila menerima isyarat-isyarat ini penerima akan
mengenalpasti +V volt sebagai binary 1 dan –V volt sebagai binary 0.

Biasanya isyarat elektrikal akan dilemahkan dan diherotkan kerana sifat tidak
sempurna suatu media penghantaran fizikal. Kesannya, penerima tidak dapat
menentukan antara binary 1 dan binary 0, jika pelemahan dan herotan yang terjadi
melebihi had yang ditetapkan. Kesan ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor
berikut :

1. jenis media penghantaran
2. kadar data yang dihantar
3. jarak antara peralatan-peralatan yang berkomunikasi

Kesan ketidaksempurnaan media penghantaran.Sifat ketidaksempurnaan
media penghantaran boleh menyebabkan berlakunya ralat. Contoh :

EBCDIC . CCITT .Extended Binary Coded Decimal Interchange Code .Electronics Industrial Association 3. ASCII . Dua organisasi yang mmbentuk piawaian untuk penyambungan antara peralatan ini iaitu : 1.E5124 / UNIT 3 / 3 Data yang dihantar : 0 1 0 0 1 1 0 1 0 1 0 0 1 0 1 0 1 Isyarat yang dihantar : Data isyarat yang Biasa diterima Isyarat sampel Data yang ditafsirkan Dipenerima 0 1 0 Rajah 3.Consultative Committee of International Telegraph & Telephone 2. EIA .1 : Contoh akibat ketidaksempurnaan media penghantaran Satu piawaian antarabangsa telah dipersetujui untuk antaramuka elektrikal antara DTE dan DCE.The American Standard Code For Information Interchange. Piawaian ini termasuklah definisi paras-pars isyarat elektrikal yang digunakan serta penggunaan isyarat-isyarat kawalan pada suatu paras fizikal. 4.

2 kbps bagi jarak < 50 meter d) digunakan untuk menyambung DTE ke DC 2.2 : Kabel Pengalir Terpiuh . Talian pasangan pengalir terpiuh a) immunity terhadap hingar adalah lebih baik b) lapisan tambahan dapa mengurangkan isyarat gangguan atau hinggar.4800 bps bagi suara 16 Mbps bagi data. Jenis media yang digunakan adalah penting kerana ia menentukan kadar maksima penghantaran data dalam bps.1 Media Penghantaran Penghantaran isyarat elektrikal antara 2 peralatan memerlukan media penghantaran. Pengalir ( tembaga ) PVC Rajah 3. d) kadar data biasa ialah 1Mbps untuk jarak < 100 meter digunakan untuk penghantaran data dan suara. e) had kadar penghantaran data yang tinggi disebabkan oleh kesan kulit dan kesan radiasi. Talian 2 dawai terbuka a) media yang paling mudah b) setiap pengalir disaluti penebat c) kadar data < 19. Ia dinamakan sebagai ‘Shielded Twisted Pair’ (STP) c) kadar data adalah .E5124 / UNIT 3 / 4 3. Jenis-jenis media penghantaran fizikal yang digunakan untuk penghantaran ialah : 1.

3 : Kabel Sepaksi 4.E5124 / UNIT 3 / 5 3. Gentian Optik a) dapat mengelakkan kesan radiasi dari gelombang elektromagnetik dan cakap silang serta kesan pelemahan . Talian Kabel Sepaksi a) penebat digunakan untuk mengurangkan kesan kulit dan radiasi b) boleh digunakan untuk penghantaran ke jarak yang jauh c) mempunyai lebar jalur yang lebih besar dan dengan ini akan lebih muatan atau kapasiti d) digunakan untuk pelbagai jenis komunikasi e) kadar penghantaran data yang tinggi/laju iaitu : 50 Mbps untuk Baseband dan 140 Mbps untuk Broadband. penebat Pengalir ( dalaman ) Perisai plastik Pengalir ( luaran berperisai ) Rajah 3.

4 : Kabel Gentian Optik 5. Gelombang Mikro a) data lebih dihantar menggunakan gelombang elektromagnetik melalui ruang bebas.E5124 / UNIT 3 / 6 b) kehilangan data dapat dikurangkan c) saiz gentian kecil dan ringan d) digunakan untuk penghantaran dekat dan jauh e) had kadaran penghantaran/penggunaan : i ) kabel gentian optik lebih mahal dari kabel sepaksi ii ) ia lebih lembut dan ini menyebabkan susah untuk dipasang f) kadar data maksima ialah 20. penimbal perisai gentian Rajah 3. Contoh : Satelit b) menggunakan satu laluan komunikasi ‘line of sight’ dalam jarak 50 km antara setiap stesen c) juga digunakan untuk stesen pengulang dan stesen –stesen bumi ‘uplink’ dan ‘down link’ .000 bagi jarak jauh manakala 420 Mbps untuk jarak jauh.

E5124 / UNIT 3 / 7 d) mempunyai lebar jalur yang sangat tinggi dan dapat menyediakan beratus-ratus laluan data dengan kadar tinggi melalui teknik pemultipleksan e) satelit digunakan untuk komunikasi jarak jauh f) kadar maksima penghantaran data ialah 42 Mbps g) kegunaan adalah untuk penyiaran.2 Jenis-Jenis Isyarat Dalam Media Penghantaran Apabila 2 alatan komunikasi berada ditempat berhampiran dan kadar penghantaran data sederhana digunakan. maka data boleh dihantar menggunakan 2 dawai serta litar-litar antaramuka yang mudah.Tetapi sebaliknya bila jarak & kadar bit bertambah. satelit bumi Stesen penghantar Stesen penerima Rajah 3. teks dan lain-lain. data.‘Line Drivers’ pada litar penghantaran akan mengubah isyarat voltan paras rendah . video.Isyarat elektrikal melalui DTE perlu diubahkan dan tugas ini dilakukan oleh MODEM. Jika kedua-dua alatan ditempatkan di kawasan yang berjauhan dan tiada kemudahan komunikasi awam. maka ia menggunakan talian-talian yang disediakan oleh pihak telekomunikasi iaitu telefon.5 : Satelit 3. suara. lita-litar dan teknik-teknik yang lebih canggih perlu digunakan.

contoh : digunakan pada laluan atau media penghantaran.3 Apakah perbezaan antara talian 2 dawai terbuka dengan talian sepasang terpiuh. Selamat Mencuba SOALAN 3. 3.‘ Line Receivers ’ ialah antaramuka di penerima yang melakukan proses sebaliknya.0 V kepada 5.2 Nyatakan bentuk-bentuk media penghantaran yang digunakan. AKTIVITI 3A Ok.1 Bagaimanakah isyarat yang dihantar melalui talian penghantaran ditukarkan kepada bentuk-bentuk yang lain supaya dapat diterima di bahagian penerima? 3.8 V bagi bit ‘0’  Untuk paras voltan yang lebih tinggi. sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. 3.2 V kepada 0.0 V bagi bit ‘1’  Isyarat voltan TTL 0.E5124 / UNIT 3 / 8 2. .4 Terangkan kesan yang terjadi sekiranya ketidaksempurnaan berlaku dalam media penghantaran.

E5124 / UNIT 3 / 9 INPUT 3.24 • RS-422 / V.11 • gelung arus 20 mA .24 • paras isyarat RS-422 / V.3 Piawaian Antaramuka Piawaian ini mewakili bahagian penyambungan paling asas iaitu paras fizikal. paras – paras voltan dan peraturan pembumian.11 • Gelung arus 20 mA • RS-49 / V. spesifikasi – spesifikasi mekanikal. panjang kabel dan fungsi lain yang berkaitan dengan penyambungan fizikal suatu peralatan komunikasi data.21 Isyarat elektrik yang digunakan dalam media penghantaran ialah : • paras isyarat RS-232C / V.Piawaian antaramuka yang biasa ialah : • RS-232C / V. Piawaian ini mendefinasikan ciri – ciri elektrikal. rekaan pin penyambung.35 • X.

DTR. GND. 4.1. Piawaian bagi sambungan siri. printer.E5124 / UNIT 3 / 10 Rajah 3. 3.1. Mempunyai 25 pin laluan.24 3.3.24 Didefinasikan sebagai antaramuka piawai bagi menyambungkan suatu DTE kepada modem.3. Contoh : DTE & DCE 3. keyboard kepada komputer. Sekarang ianya digunakan untuk menyambung peranti perisian berasakan aksara seperti VDU. Peranti perisian yang berbeza dari ramai pembuat boleh disambungkan kepada komputer yang sama.1 Ciri – ciri paras isyarat RS-232C 1. Paras isyarat RS-232C / V. Contoh : RTS. Piawaian EIA 2. Paras voltan iaitu untuk : a) penghantaran : logik tinggi ‘1’ bersamaan – 5 V sehingga – 25 V dan logik rendah ‘0’bersamaan + 5 V sehingga + 25 V b) penerimaan : logik tinggi ‘1‘ bersamaan – 3 V sehingga – 25 V dan logik rendah ‘0’bersamaan + 3 V sehingga + 25 V c) margin hingar : ( 5 – 3 ) V = 2V .6 : Panel Pin RS-232C / V. CTS dll.

V.24 membincangkan tentang ‘interchange circuit’.3. 2. DTE DCE Terminal Atau Komputer Modem .1.28 membincangkan tentang ciri – ciri isyarat elektrik.2 kbps. Jarak maksimum sambungan ialah 50 kaki atau 15 cm 6.E5124 / UNIT 3 / 11 5. Pemindahan data maksimum 19. 3.2 Piawaian CCITT yang setaraf dengan RS-232C ialah : 1. V.

2.E5124 / UNIT 3 / 12 Pin assignments 22 125 – R1 RING INDICATOR 20 108 – DTR READY DATA TERMINAL 111 – TxClk TIMING 16 TRANSMIT DATA 15 114 – TxClk TIMING 115 – RxClk TIMING TRANSMIT DATA 17 RECEIVED DATA 8 109 – CD CARRIER DETECT 7 102 – SIG SIGNAL GROUND 6 107 – DSR DATA SET READY 5 106 – CTS CLEAR TO SEND 4 105 – RTS REQUEST TO SEND 3 104 – RxD RECEIVE DATA 2 103 – TxD TRANSMIT DATA 101 – SHG 1 SHIELD GROUND 25-WAY D CONNECTOR CCITT CIRCUIT NUMBER Rajah 3.11 . Paras isyarat RS-422 / V.3.1 Ciri – ciri paras isyarat RS-422 / V.3.11 3.7 : Definasi – definasi isyarat penyambungan RS – 232C 3.2.

Dikenali sebagai ‘teletype interface’ kerana digunakan untuk mengawal suis pada peranti – peranti mekanikal.2 )V = 1.8 V 3. Memerlukan dua dawai untuk setiap isyarat.3. Kadar data maksimum ialah 9600 bps. Contoh : pasangan pengalir terpiuh dan sepasang litar – litarpembeza penghantar dan penerima. 3.3.2.2 V sehingga .3 Ciri – ciri penerima : Logik 0 : + 0. 2.0. a) Litar pembeza penghantar mengeluarkan dua isyarat yang sama tetapi berlainan polariti untuk setiap isyarat binari ‘1’ atau ‘0’ yang akan dihantar. . 3. 2.2.E5124 / UNIT 3 / 13 1.3.1 Ciri – ciri gelung arus 20 mA 1. Kadar data dihadkan kepada 10Mbps untuk kabel ≈ 15 meter. isyarat < 90 bps.6 V Margin hingar : ( 2 – 0.2 V sehingga .2 Ciri – ciri penjana / generator : Logik 0 : + 2 V sehingga + 6 V Logik 1 : . Digunakan jika jarak fizikal dan kadar bit perlu dinaikkan.6 V 3.3. kabel 1200 meter digunakan. Gelung arus 20 mA 3.3. b) Litar pembeza penerima menerima beza antara dua isyarat pada dua masukan.2 V sehingga + 6 V Logik 1 : .3.

5. Operasi litar : Paras suis. Ketahanan terhadap hingar adalah baik kerana penggunaan sepasang dawai untuk setiap isyarat. menggunakan isyarat arus 20 mA. Dibahagian penerima aliran arus akan dikesan dan isyarat asal akan diperolehi semula.8: Gelung Arus 20 mA . Kadar operasi dihadkan oleh penggunaan suis – suis dan litar – litar sensitif arus.E5124 / UNIT 3 / 14 3. tiada arus akan mengalir. Sesuai untuk laluan ≤ 1 km. 4. suis akan tutup untuk binari ‘1’. contoh : relay dikawal oleh aliran bit yang dihantar . 20 mA Pengesan Arus 20 mA Pengesan Arus Rajah 3. denyut arus 20 mA akan mengalir suis akan buka untuk binari ‘0’.

3.9 Apakah panjang maksimum kabel yang dibenarkan bagi RS232C ? .5 Nyatakan jenis-jenis piawaian yang terdapat dalam penyambungan antaramuka elektrikal penghantaran data. sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya.7 Berapakah jumlah pin yang terdapat dalam antaramuka RS232C ? 3.8 Apakah julat panjang bagi kabel yang dibenarkan bagi piawaian RS449 ? 3.E5124 / UNIT 3 / 15 AKTIVITI 3B Ok. Selamat Mencuba SOALAN 3.6 Nyatakan ciri-ciri RS232C mendefinisikan cirri elektrikal dan mekanikal 3.

35 iii.1 Data yang dihantar akan ditukarkan kepada bentuk isyarat digit-digit binary yang membentuk setiap elemen yang dihantar dan dijadikan sebagi isyaratisyarat elektrikal.11 .24 ii.E5124 / UNIT 3 / 16 MAKLUM BALAS 3A DAN 3B JAWAPAN 3. RS-232C / V. RS-422 / V. 3.3 5 jenis media penghantaran yang digunakan ialah : i) Talian 2 dawai terbuka ii) Talian dawai pasangan terpiuh iii) Talian kabel sepaksi iv) Talian gentian optik v) Gelombang mikro Talian terbuka dua dawai mempunyai kurang immunity terhadap hinggar berbanding dengan talian pasangan dawai terpiuh. RS-449 / V. 3.5 Piawaian dalam penyambungan i.4 Kesan yang terjadi adalah menyebabkan ralat berlaku dalam isyarat yang diterima dan isyarat tersebut tidak sama dengan yang asal.2 3. 3.

Gelung Arus 20 mA Ciri mekanikal – 25 pin dalam 2 baris - baris atas pin 1 –13 - baris bawah pin 14 – 25 Ciri elektrikal .voltan lebih (-ve) daripada –3V = ‘1’ .E5124 / UNIT 3 / 17 3.7 25 pin 3.voltan lebih (+ve) daripada +3V = ‘0’ 3.6 iv.21 v.8 40 – 4000 kaki 3.9 50 kaki . X.

12 Perihalkan antaramuka RS422/V.11 Apakah yang akan berlaku jika isyarat diatas dihantar melalui media penghantaran fizikal dan apakah kesan dan faktor yang mempengaruhinya ? 3. anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. .11 3. 3.10 Bagaimana setiap digit perduaan membentuk satu elemen data yang dihantar melalui talian penghantaran. Selamat Mencuba.13 Huraikan ciri-ciri RS232 C dari mekanikal dan elektrikal.E5124 / UNIT 3 / 18 PENILAIAN KENDIRI Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini. SOALAN 3.

11 Untuk menghantar data binary melalui talian penghantaran. kadar data yang dihantar 3. Biasanya isyarat elektrikal akan dilemahkan dan diherotkan kerana sifat tidak sempurna suatu media penghantaran fizikal. Kesan ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut : 1.16 bit atau 32 bit. penerima tidak dapat menentukan antara binary 1 dan binary 0. Kesannya. 3.biasanya dalam suatu kerangka mengandungi 8 bit . jarak antara peralatan-peralatan yang berkomunikasi .10 Data yang dihantar adalah dalam bentuk kerangka (frame). Bila menerima isyarat-isyarat ini penerima akan mengenalpasti +V volt sebagai binary 1 dan –V volt sebagai binary 0. jika pelemahan dan herotan yang terjadi melebihi had yang ditetapkan.Contoh : Binari 1 mungkin dihantar dengan isyarat voltan beramplitud +V volt dan binary 0 dengan –V volt. digit-digit binary yang membentuk setiap elemen yang dihantar perlu ditukar kepada isyarat-isarat elektrikal. Contoh: Penghantaran segerak dan tak segerak. jenis media penghantaran 2.E5124 / UNIT 3 / 19 MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI JAWAPAN 3.

12 Ciri – ciri paras isyarat RS-422 / V. c) Litar pembeza penerima menerima beza antara dua isyarat pada dua masukan. Digunakan jika jarak fizikal dan kadar bit perlu dinaikkan. Kadar data dihadkan kepada 10Mbps untuk kabel ≈ 15 meter. isyarat < 90 bps. 3.Selamat Maju Jaya. a) Litar pembeza penghantar mengeluarkan dua isyarat yang sama tetapi berlainan polariti untuk setiap isyarat binari ‘1’ atau ‘0’ yang akan dihantar. Contoh : pasangan pengalir terpiuh dan sepasang litar – litarpembeza penghantar dan penerima.11 1.13 Ciri mekanikal – 25 pin dalam 2 baris - baris atas pin 1 –13 - baris bawah pin 14 – 25 Ciri elektrikal . 2.voltan lebih (-ve) daripada –3V = ‘1’ - voltan lebih (+ve) daripada +3V = ‘0’ Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjawab soalan penilaian kendiri.E5124 / UNIT 3 / 20 3. Memerlukan dua dawai untuk setiap isyarat. Sekiranya anda memerlukan maklumat jawapan dengan penjelasan yang lebih teliti sila merujuk kepada pensyarah anda. . kabel 1200 meter digunakan.Teruskan usaha anda dengan pergi ke Unit 4.