You are on page 1of 13

KOD & NAMA KURSUS

KRM 3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 1 SESI 2013/2014

TUGASAN 2

KUMPULAN : UPSI16 ( A131PJJ )
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA

NO. MATRIK

NO. TELEFON

AHMAD HELMI BIN KASSIM

D20102044889

0199562928

NAMA PENSYARAH : EN. Zulkafli bin Sulaiman
TARIKH SERAH:

20 OKTOBER 2013

PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KSSR 5 . PENGENALAN KBSR DAN KSSR 2 . PENUTUP 6 .11 4 . 9 .ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 . TUJUAN KSSR MUKA SURAT 3-5 6-8 ISU-ISU PEBENTUKAN KSSR 3. BIBLIOGRAFI .

kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu. perkembangan individu secara menyeluruh. pendidikan seumur hidup. perkembangan individu secara menyeluruh. Antara kandungan prinsip KBSR ialah pendekatan bersepadu. justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat. penegasan kurikulum. Prinsip KBSR juga member penekanan kepada nilai yang merentas kurikulum sedia ada. pedagogi.PENGENALAN KBSR DAN KSSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) digubal berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas selain aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. organisasi. bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid sekolah rendah. menulis dan mengira di terapkan dalam kalangan murid2-murid sekolah rendah. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah untuk mengukur tahap kefahaman dan penguasaan murid-murid. Akhir sekali. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan. pendidikan yang . penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk. Melalui transformasi kurikulum. KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu. Penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca. pendidikan yang sama untuk semua murid. Dalam proses transformasi kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Suasana kondusif sekolah adalah untuk memberi peluang dan galakkan interaksi sosial .

Disamping itu. murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. menyeronokkan dan bermakna. . Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan. kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. TUJUAN KSSR Melalui trasformasi kurikulum. Dalam proses transformasi kurikulum. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih menarik. kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan.

berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilainilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Sikap Dan Nilai juga memainkan peranan penting bagi murid-murid sekolah masa kini. saling hormat menghormati dan . Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran. kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan. Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalanamalan agama. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Selain itu. Selain itu aspek Kerohanian.ISU – ISU PEBENTUKAN KSSR Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas.

Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka.Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. . Oleh itu. ketegasan. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah Rasulullah. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. sudah pasti dirinya akan dihormati. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi . Selain daripada itu. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik.W. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Baik Saidina Abu Bakar. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Saidina Uthman. setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah. Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. kelembutan dan ketabahan baginda amat sempurna.A. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Bagi mencapai hasrat ini. Nabi Muhammad S.Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan. Dalam perubahan kssr ini juga bertujuan menghasilkan daya kreatif yang baik dikalangan murid-murid. keluarga dan masyarakat. Perubahan kbsr kepada kssr juga adalah bagi tujuan membentuk keterampilan diri bagi setiap murid.berjaya mencapai kebahagiaan diri. kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Jika diambil kata-kata sebegini. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku.

otak cerdas” . Berdasarkan hal tersebut. . Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai. menenal teknologi serta kesannya. Isu – isu yang timbul perubahan kbsr kepada kssr juga adalah bertujuan untuk meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris. kreativiti. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat. kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar. mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya. Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Secara lebih spesifik. maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains. Perubahan kbsr kepada juga ada berteraskan kepada Literasi Sains Dan Teknologi. Pengetahuan dan penguasaan sains. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif. “badan cergas. PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. (Poedjiadi. kita dapat melahirkan minda yang cerdas. Apabila badan murid cergas dan sihat. pemupukan daya imaginasi. Selain itu.penekanan kerana menerusi badan yang cergas. otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya.

Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Selain itu. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid . Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata. ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur. Melalui pendekatan baru ini. ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari. penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Tambahan pula. mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan ini. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini. KSSR tidak akan menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KSSR Pada pandangan saya. teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung. Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI.

elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses . maka produktivitinya juga akan meningkat. faham dan boleh buat dengan beradab). Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti. faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan. band empat (tahu. faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu. Ini akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan.tahu. Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif. Apabila seseorang guru itu inovatif. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. band tiga (tahu. kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan. secara tidak langsung. Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. akan tetapi. band lima (tahu. maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . band dua (tahu dan faham). maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. faham dan boleh buat). Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung. sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia. maka sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word. haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar sentiasa memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan.pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif . Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.Tambahan pula. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis deria kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan. Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri. dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam zaman yang lebih mencabar ini. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains. sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks. ianya akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ kepada murid-murid.

muridmurid juga dapat berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Ini kerana tugas seorang guru itu bukan hanya menyampaikan isi kandungan bagi sesuatu topik yang dipelajari. Sebagai contoh melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) secara tidak langsung dapat membantu murid memahami tentang topik yang dipelajari. Seterusnya. bakal guru seharusnya melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka untuk membuat analisa. Bakal guru Matematik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk melaksanakan kurikulum Matematik dengan berkesan. murid dapat memahami konsep yang diajarkan dengan lebih berkesan dan lebih kekal lama dalam memori murid. malah guru juga perlu memberi penekanan terhadap kefahaman murid tentang apa yang dipelajari supaya murid tersebut dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna serta memberi kesan kepada mereka. sudah tentu ianya akan memberi idea yang lebih berkesan kepada seseorang individu. emosi. Murid digalakkan untuk belajar melalui perbincangan kumpulan kerana dengan latar belakang murid yang berlainan dan kecenderungan murid yang pelbagai. Kurikulum Matematik KBSR dan Kurikulum Matematik KSSR merupakan dua modul yang berbeza.dan kritis dilaksanakan seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal. Akan tetapi matlamat serta konsepnya tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek sama ada jasmani. intelek mahupun sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Muridmurid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti amali dan praktikal. rohani. menginterpretasi. dan membuat ramalan. murid juga akan lebih peka terhadap dunia sekeliling sekiranya mereka dapat mengaplikasikan Matematik dalam rutin seharian. Murid hanya akan mengalami pembelajaran apabila mereka membina pemahaman sendiri. Soalan sebegini akan memangkinkan proses murid berfikir mencari makna sesuatu ungkapan. bakal guru perlu menggunakan soalan-soalan yang mencapah (open-ended) di mana satu persoalan akan membawa kepada persoalan yang lain. Oleh hal yang demikian. Guru seharusnya menyediakan aktiviti yang boleh memupuk minat murid untuk terus meminati subjek Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam usaha untuk menggalakkan murid menggunakan pemikiran aras tinggi. BBM yang dihasilkan perlulah sesuai dan mengekalkan konsep pembelajaran yang dipelajari pada sesuatu topik. bakal guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian supaya murid dapat melihat subjek Matematik secara keseluruhan dan bukan hanya pada satu skop di dalam bilik darjah semata-mata. Selain daripada itu juga. Selain itu. Selain itu. Kita harus akui bahawa yang baru lebih baik daripada yang terdahulu. Ini kerana. tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Maka sebab itulah terbentuknya .Tugas bakal guru yang pertama ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik.Sebagai konklusinya.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar. peribahasa “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dipercayai mampu mengubah dan memperbaiki kelamahan yang ada dalam sistem KBSR. . Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan. emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Jadi kita sebagai bakal guru seharusnya memberi sokongan yang jitu agar Kurikulum Matematik yang baru ini terlaksana mengikut matlamatnya dan sentiasa bersedia menerima perubahan kurikulum yang pasti ini. pengurus kurikulum. rohani. PENUTUP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek. kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. pelaksana. Semoga bermula dari tahun 2011 ini. ibu bapa seta pihak berkepentingan. berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman. industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini. Hal ini kerana. kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

moe.blogspot. www./KSSR . Pengenalan KSSR | MATEMATIK KSSR TAHUN 3 cikgukic.my 2.com/p/blog-page.KPM www.BIBLIOGRAFI 1..com.htm 3.bharian. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ..gov.my/.