P. 1
BAHAN - TEMA HARI GURU BRUNEI 1992-1999 & PELBAGAI ARTIKEL TENTANG HARI GURU

BAHAN - TEMA HARI GURU BRUNEI 1992-1999 & PELBAGAI ARTIKEL TENTANG HARI GURU

5.0

|Views: 1,601|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

TEMA HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1992 "GURU TERAS KEUNGGULAN NEGARA

DAN BANGSA."

Kita perlu memandang kehadapan untuk kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat. Sebuah negara yang unggul berhasil mengwujudkan satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Untuk mencapai pembentukkan ketamadunan memerlukan kesegaran budaya berfikirkearah mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta pengukuhan akidah. Mentradisikan budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara. Pendidikan adalah wadah bagi pembentukkan manusia dan ilmu. la seharusnya mendokong hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. llmu bukan sekadar maklumat. Malah prasyarat llmu ialah kebenaran maklumat disampmg membawa makna kepada pemiliknya. Kecemerlangan akademik belum bererti bermakna kecemedangan kehidupan. Semata kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada Sifat-sifat kehaiwanan. llmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pin tar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah. lhsan yang diharap mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepenthgan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman. Untuk mengwujudkan dan menjamin kesepaduan llmu, amal dan iman maka adalah pedu dia dun secara berterusan satu teras yang kukoh dikalangan manusia. Dalam proses ini para pendidik mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk kearah jalan yang benar dan sebagai pemmdahcara proses pembelajaran. Sejauh mana teras ini mampu dikukuh dan disepadukan maka sejauh itulahjuga kesan nya keatas keunggulan negara.

Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap pendidikan sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang landasannya dimulakan oleh guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam menentukan masa depan negara dan bangsa. Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, ia tidak akan mencapai tujuannya jika guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam proses pendidikan tidak memiliki sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus amanah yang wajib ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Perasaan tanggungjawab lahir dari hati yang luhur dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala kerana dedikasi dan komitmen ada hubungannya dengan iman. Guru-guru jelas memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu, bertakwa dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi membawa negara ini ke hadapan pada tahap pencapaian yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan berkesan malah sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionnya di samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap masyarakat. Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya dapat memberikan sumbangan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang terpuji yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam bidang sosioekonomi dan budaya serta mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.

TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1993 "GURU DEDIKASI NEGARA TERPUJI"

Guru merupakan kumpulan pendidik yang diamanatkan serangkai aktiviti mengajar, mengawas, membimbing, melatih, menilai dan lain-lain. Dengan niat dan hasrat untuk menuju kepada matlamat untuk membina warga muda sehingga menjadi insan dewasa yang mampu memenuhi aspirasi bangsa. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, matlamat yang mesti dicapai ialah penghasilan insan Melayu Islam Beraja, inilah aspirasi negara yang telah memasyhurkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafahnya. Sesuai dengan kedudukannya sebagai komponen teras kepada MIB, Islam menjadi titik awal dan titik akhir. Keunggulan Islam itu terletak di dalam beberapa perkara, satu daripadanya ialah ihsan, iaitu melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh kesedaran bahawa Allah ada di hadapannya, sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduknya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Tidak sahaja perbuatan lahiriah, bahkan pemikiran yang masih herada di dalam lipatan hati pun Allah Maha Mengetahui. Kesedaran ihsan inilah yang melahirkan Taqwa, iaitu kesungguhan mentaati suruhan dan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta ketakutan pada azab Allah. Dengan itu guru yang bertaqwa pasti bertindak dengan sewajarnya tanpa perlu diawasi atau diselia. Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, setentunya dia mempunyai inisiatif dan sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal kebatilan lalu menunjukkan kepada anak muridnya mana hak dan mana yang batil. Kesedarannya terhadap perintah, galakan, amaran, dan larangan Allah, akan menjadikan dia seorang yang peka terhadap hasil pergolakan dunia yang begini pesat serta berwaspada terhadap peresapan anasir-anasir yang tidak dingini di sebalik kemodenan dan kemajuan dunia. Seterusnya dia akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan. Ketakutannya kepada azab Allah pasti menjadikan mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan progresif. Dia tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan diteladani oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan mereka kejalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan apa sekalipun. Inilah antara ciri guru yang sempurna, yang kita yakin dapat membentuk warga muda kita hingga dewasanya nanti menjadi warganegara yang dicita-citakan. Guru yang sedemikian sifatnya tidak akan terjelma dan kalangan guru yang tidak bertaqwa. Dengan itu jelaslah bahawa ketaqwaan guru asas kesempurnaan pendidikan. Tidak dapat dinafikan hahawa taqwa adalah satu konsep Islam, iaitu sebuah ugama tauhid, yang bertuhankan Allah semata-mata. Namun demikian, amalan bekerja yang berdasarkan sifat taqwa boleh dilakukan oleh sesiapa saja, sifat taqwa yang ada dalam diri guru-guru, akan menjamin mereka itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, kerana keinsafan berasaskan taqwa itu merupakan satu daya penggerak utama kepada kesempurnaan pendidikan.

TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1994 "KETAQWAAN GURU ASAS KESEMPURNAAN PENDIDIKAN"

Ahlut-Taqwa bermaksud orang yang kepercayaan, pemikiran, sikap, pegangan dan tindakannya sentiasa berpandukan perintah dan larangan Allah, dengan iltizam untuk mentaati perintah dan menghindari larangan itu, sekali gus mengikut sunnah rasul-Nya. Orang yang bertaqwa tidak hanya mempunyai kesediaan untuk mempercayai sesuatu yang nyata, yang dapat dikesan oleh panca indera serta dapat dibuktikan secara emfirikal; bahkan ia semestinya mempunyai kesediaan untuk mempercayai kewujudan hal-hal yang tersembunyi, yakni yang ghaib dan tidak dapat dikesan oleh panca indera. Antaranya, yang sama sekali tidak dapat dinafikan ialah kuasa teragung atau maha kuasa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan penjelasan di atas maka Guru Ahlut-Taqwa bermaksud pengamal profesyen keguruan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat ciri sahsiah yang utama: 1. Ia mempunyai iltizam atau keazaman yang kental untuk meletakkan Allah di atas segala yang lain. 2. Ia mempunyai kegigihan untuk terus-menerus mempelajari segala perintah dan larangan Allah, serta mencari hikmah dan mengambil iktibar dan apa sahaja peristiwa alamiah,

TAPSIRAN TEMA HARI QURU 1995 "KE ARAH PENGLAHIRAN GURU AHLUT-TAQWA"

yakni yang berlaku di alammi, dan peristiwa insaniah, yakni yang melibatkan manusia, untuk dijadikan landasan pemikiran dan tindakan dalam kerjayanya. 3. Ia mempunyai kefahaman yang jitu tentang matlamat pendidikan dalam setiap pengajaran dan sentiasa berusaha mencapainya hingga ke tahap maksimum. 4. Dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat pendidikan, ia mempunyai kebijaksanaan untuk memilih strategi yang terbaik. Penglahiran guru ahlut-taqwa bermaksud usaha menjadi setiap pengamal profesyen keguruan menghayati sifat-sifat ahlut-taqwa dengan menanamkan dan rnenyuburkan keempat-empat ciri yang dinyatakan di atas tadi. Usaha mi perlu melibatkan banyak pihak. Di satu pihak, wajib ada kumpulan yang sentiasa memperingatkan, menyeru dan meniupkan semangat sehingga para guru dapat memenuhi ciri pertama. Di pihak yang lain wajib ada kumpulan yang membimbing dan menunjukkan kepada para pendidik sehingga mereka dapat memenuhi ciri kedua. Satu pihak lagi, khususnya institusi-institusi pengajian, wajib mengikhtiarkan supaya ciri ketiga dan keempat di atas tadi dapat ditanam dan disuburkan di dalam din setiap guru, baik yang sedang di dalam latihan mahupun yang sudah terlatih. Pihak kerajaan sudah memberikan pelbagai kemudahan, baik fizikal mahupun personnel dan akan terus berbuat demikian bagi memenuhi keperluan negara Maka pihak guru sendiri wajib bersikap lapang dada dan bersedia untuk meningkatkan kefahaman masing-masing dengan sepenuh keikhlasan, tanpa mengharapkan imbalan keduniaan atau material, lalu menjadikannya pegangan selama mereka bergelar guru. Hanya dengan penglibatan semua pihak serta dengan izin Allah tema Hari Guru tahun ini dapat dijadikan suatu kenyataan, insya-Allah.

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial timbul selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Bermula dari masalah disiplin di peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok, penghiduan bahan-bahan inhalan dan penyalahgunaan dadah hinggalah kepada jenayah kolar putih di kalangan golongan yang berpendidikan, seperti skandal pecah amanah, rasuah dan penipuan. Fenomena negatif seumpama ini menjadi suatu kepincangan yang perlu dibendung dari peringkat awal lagi. Dengan demikian, akhlak mulia dalam kehidupan perlu diwujudkan dalam rangka membentuk Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang benar-benar unggul dan maju dalam segenap bidang terutamanya melalui pendidikan dengan mengutamakan kecemerlangan ilmu dan akhlak. Perilaku buruk dan perlakuan jenayah adalah sifat yang lahir dari akhlak tercela. Masalah ini dapat ditangani dengan adanya kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri pelajar-pelajar. Dengan adanya kesepaduan ini maka tujuan hidup akan dapat dicapai dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Imran ayat 110 yang berrnaksud: "Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah". Kegagalan dalarn membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Rumi ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika mula membina masyarakat Islam selepas peristiwa hijrah, iaitu dengan membentuk Al-Akhlak Al-Karimah atau akhlak yang mulia. Seperti mana yang dijelaskan oleh Baginda: Ertinya: "Sesungguunya Aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia". (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim).

TEMA HARI GURU 1996 KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain: Ertinya: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik". (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi). 'Akhlak' berasal dan kata jama' Bahasa Arab 'Akhlaq' dan kata mufradnya ialah 'Khulqu' yang bererti perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu Akhlak Yang Mulia atau Akhlak Yang Terpuji (Al-Akhlak Mahmudah) dan Akhlak Yang Buruk atau Akhlak Yang Tercela (Al-Akhlak Mazmumah). Jadi, manusia dengan segala sifat azalinya, yang sering terlupa dan tidak lekang dan dosa, akan memiliki sama ada akhlak mulia atau akhlak tercela. Akhlak yang mulia, mengikut Imam Ghazali ada 4 perkara; iaitu bijaksana, memelihara din dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Jelasnya, ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan maruah agama, sentiasa bersyukur dan berterima kasih, reda dengan kesengsaraan, bercakap benar dan sebagainya. Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala. Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu". Salah satu cara yang terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan "Qudwah Hasanah" atau contoh tauladan yang baik. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajarpelajar. Antara aspek terpenting yang harus diambil perhatian ialah penampilan dan sikap guru itu sendiri terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya. Bagaimanapun, tanggungjawab dalam menjayakan misi "Ke arah Pembentukan Akhlak Mulia" bukanlah terhad kepada para guru sahaja malah melibatkan kerjasama daripada semua pihak terutama para ibu bapa.

Umpama kain putih yang memerlukan pemiharaan untuk menjamin keputihannya, begitulah juga fitrah kanak-kanak perlu dipelihara kemurniannya melalui proses pendidikan yang mantap. Setiap murid mempunyai daya penguasaan dan pembelajaran yang berbeza. Guru haruslah bijak dalam mengambil kira kecerdasan anak-anak didikannya. Seseorang murid yang ditunjuk ajar dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuannya akan cerdas belajar sejajar dengan peringkat penguasaannya. Begitulah juga dengan kebijaksanaan menyampaikan isi-isi pengajaran yang menjurus kepada penyuburan nilai-nilai mulia kemanusiaan bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Untuk ini adalah perlu kaum pendidik sentiasa berusaha meningkatkan kecerdasan mereka seluas-luasnya baik dalam bidang ilmu pengkhususan masing-masing mahupun lain-lain bidang yang berkaitan dengan proses mentarbiah anak-anak didikan. Pendidikan awal akan banyak mempengaruhi masa depan murid. Di peringkat inilah yang paling berkesan untuk membimbing kanak-kanak kerana mereka berada dalam keadaan lembut dan terang hati untuk menerima bimbingan. Sebagai seorang pembimbing seseorang pendidik sayugia berusaha menjadikan dirinya sebagai seorang insan contoh yang berilmu, berhemah tinggi, digalati dan mempunyai integriti kerana tingkah laku dan pembawaannya sentiasa terdedah kepada pengamatan murid-murid yang diajar. Peranan mendidik seharusnya disedari sebagai tanggungjawab bersama. Pendidikan awal bermula di peringkat keluarga, dan selepas waktu persekolahan pelajar-pelajar kembali kepada suasana keluarga. Dan itu adalah mustahak pihak ibu bapa/penjaga khususnya, institusiinstitusi sosial, media massa, dan lain-lain agensi secara kumpulan sentiasa peka dengan keperluan menanamkan nilai-nilai pendidikan yang menyumbang kepada kesuburan kelangsungan pendidikan kanak-kanak remaja.

TAFSIRAN TEMA HARI GURU KALI KETUJUH 1997 "GURUKU MASA DEPANKU"

Dalam era globalisasi, negara ini turut menerima kesan-kesan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain. Pengukuhan kemantapan kewibawaan rakyat lebih tercabar disebabkan kesan-kesan negatif yang timbul hasil dan dapatan I kemajuan luaran yang menghakis kemurnian nilai-nilai kemanusiaan yang diredai. Persekitaran yang lebih islamik perlu diwujudkan kerana ianya memberikan pengaruh yang besar kepada kanak-kanak I remaja. Ini perlu untuk menjamin kesinambungan kesejahteraan masa depan kanak-kanak yang dicatat oleh guru-guru mereka.

Mendidik bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang diamanahkan untuk tujuan tersebut di inStituSi-institusi pendidikan formal adalah guru-guru atau pendidik. Peranan pendidik ialah member atau menyampaikan ilmu; membentuk peribadi dan akhlak; menjadi contoh dan teladan; mengawas: melatih; menilai dan memperbaiki pelajar. Tugas menyampaikan ilmu ba9i para pendidik merupakan tugas dan tanggun9jawab yaflg san9at besar kerana menunaikan amanah Allah seperti maksud hadis ~asulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: 'Setiap oran9 dan kamu ada tan99£In9an di bawahnya, dan se flap yan9 ada tan99un9an bePtan99un9jawab terhadap oran~ di bawahnya". Guru sebaga pendidik adalah 'role model' terbaik dalam pembentukan mutu insan mengikut calak 8runei yang berlandaskan falsafah negara Melayu Islam Beraja. 3usteru, sebagai cermin dan pembangun masyarakat, setiap individu guru sewajarnya meningkatkan kecekapan din dengan sahsiah yang terpuji di samping memiliki kesepaduan ilmu dunia dan akhirat. mi adalah kerana semua gerak geri, tutur kata dan tingkah laku guru akan sentiasa menjadi ikutan para pelajar khasnya dan masyarakat sekeliling amnya. bi samping membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kehidupan akhirat, guru juga adalah tunjang pembina insan yang berakhlak mulia, mencinta ilmu, prihatin, berdaya saing, bertanggungjawab, berbudaya, berugama, beriman dan bertakwa sepanjang hayat. Walau apapun bentuk usaha yang dilakukan yang menentukan kejayaan itu sebenarnya adalah Allah 5ubhanahu Wataala. balam hubungan in peranan doa adalah sangat besar. boa adalah ibadah dan merupakan senjata orang mukmin. boa guru untuk pelajar-pelajor adalah sangat utama dalam usaha pembinaan inson. Pendidikan merupakan medan jihad dalam pembentukan manusia. ~erdoo kepada Allah hendaklah dengan sepenuh hat seperti maksud hadis: "B~ia kamu mohon sesuatu kepada Allah Subhanahu ~ataa/a, maka mohon/ah den 9an penuh keyakrnan bahawa doamu akan terkabul Allah tidak akan rflen9abu/kan doa oran~ yan9 ha tin ya /a/ai dan /en~ah". Terdopat bonyak kelebihan doa dan menurut ~asululloh 5allallahu Alaihi Wasallam:"Tidak ada yang' /ebih utarna (mu/ia) di sisi Allah daripada doa". "Sesiapa tidak (pernah) berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya". "Sesung'g'uhnya Allah Alaha Pema/u dan ~aha Muran kati. Allah ma/u bila ada hamba-Nya yang' menadahkan tang'an (memohon kepada-Nya) Ia/u dibiarkan koson9 dan kecewa". Apabilo segala usoha yang menggunakon pelbago pendekatan pengojaran yang bersesualan telah dilakukan, maka guru-guru sewajornya bertawakal dan berdoa kepada Allah Subhanohu Wotoalo supaya pendidikan yang diberikan itu mendapat keberkatan don keredaan-Nya.

HURAIAN TEMA HARI GURU 1998 MENDIDIK DENGAN IRINGAN DOA

Kegemilangan negara bukan hanya disukat don neraca ekonomi seperti per kapita penduduknya atau Pengeluaran Negara Kasar, (GNP) yang tinggi, akan tetapi ciri-ciri yang lebih menonjol dan 'significant' perlu juga diambil kira. bi antara ciri-ciri negara gemilang ialah ianya mempunyai tamadun dan kebudayaon yang tinggi; ekonomi yang stabil; kemakmuran yang berkat; pusat ilmu yang cemerlang; rakyat yang berdisipi in, berilmu, bersatu padu dan tahan menghadapi cabaran; negaro yang oman sejahtera serta sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah. Untuk mencapa kegemilangan sesebuah negara memerlukan kepada kesungguhan dan ketekunan yang tinggi. Sebuah negara tidak akan dapat mencapai kegemilangan tanpa rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi bagi memangkin dan menggerakmajukannya. 5ejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya. ~agi mewujudkan kegemilangan tersebut, orang yang paling berperanan besar untuk mendidik rakyat menjadi cemerlang ialah guru. Seorang guru akan dapat membentuk peribadi insan yang sempurna sekiranya dia mengambil contoh tauladan dan metode dan cara penyampaian ilmu oleh Rasul"llah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Penyampaian ilmu pengetahuan melalui hikmat kebijaksanaan dan contoh tauladan melalui keperibadian telah menjadikan Nabi 5allallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul, pemimpin negara, ketua keluarga dan guru yang cemerlang dalam kehidupan. Oleh sebab itu, baginda telah dapat mewujudkan suasana yang stabil dan kukuh bukan sahaja dalam rumahtangga bahkan juga agama dan negara. Rahsia kecemerlangan tersebut banyak dipancarkan melalui kewibawaan peribodi dan akhlak baginda dalam segenap lapangan. Walaupun bukan mudah untuk mencapa kegemilangan kerana perjuangan baginda penuh dengan rintangan, tapi akhirnya baginda telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa baginda mampu memimpin umat Islam, yang kesannya tidak akan hilang hingga akhir zaman. Untuk menjadi guru yang cemerlang seseorang itu hendaklah berilmu tinggi, sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajarannya. Ciri-ciri kecemerlangan itu juga menuntut seseorang itu peka akan kemajuan sains, teknologi dan perkembangan dalam bidang pengkhususannya supaya dapat dimanfaatkannya dalam proses pengajarannya. Walau bagaimanapun kecemerlangan bukan hanya disukat dan segi keilmuan dan kemahiran seseorang tetapi meliputi aspek-aspek keperibadian yang mulia dan suci di sisi Allah Subhanahu Watoala seperti berakhlak mulia, jujur, ikhlas, amanah, bertimbang rosa dan dedikasi dalam perkhidmatannya kepada bangsa dan negara. balam pada itu sumbangan para pendidik yang terdahulu adalah 0505 yang penting dalam pencapaian kecemerlangan negara masa kini dan masa hadapan. 5emangat perjuangan dan pengorbanan mereka barang setentunya menjadi sumber inspirasi yang berterusan kepada para pendidik menuju ke arah kecemerlangan. Antara lain ganjaran yang diperolehi oleh seorang guru ialah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, bermaksud

TAFSIRAN TEMA HARI GURU TAHUN 1999 "GURU CEMERLANG NEGARA GEMILANG"

"5esiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut, pahalanya tidak kurang sedikitpun dan pahala orang tersebut." boom hadis yang lain riwoyat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengojarkan kebaikan kepada manusia."

Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan TEMA HARI GURU 2004
Northcote Parkinson dalam tulisannya mengatakan bahawa kecemerlangan akan terhasil jika kita sanggup membuat sesuatu yang berlainan daripada biasa. Saya berpendirian seperti beliau tetapi saya mengistilahkannya sebagai MAD atau “Make A Different”. Jika dengan menurut jejak-jejak yang lalu tidak memungkinkan kita cemerlang, maka kita perlu menyimpang untuk mencari alternatif lain yang lebih praktikal. Itulah intipati MAD yang saya maksudkan. Namun, dalam keghairahan membuat kelainan semata-semata untuk menyahut seruan, jangan pula kita semua mengenepikan norma komuniti, agama dan peraturan organisasi. Dengan lain perkataan, jangan sampai menimbulkan implikasi-implikasi yang memudaratkan imej dan kredibiliti kepemimpinan serta imej pendidikan. Namun untuk berjaya, kita semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu pula, kita mestilah meneroka dalam diri dan organisasi kita untuk mencari kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain, perlu ada unsur-unsur "SELFRENEWAL" (pemugara kendiri). Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai sesuatu keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya perlu bersikap imiginatif dan praktikal. Jika kita berjaya melihat daripada perspektif yang lebih global dan positif maka aspirasi pihak pengurusan berupaya diterjemahkan dalam tindakan yang lebih bermakna. Tuan-tuan dan puan-puan perlu ingat bahawa tuntutan semasa memerlukan kita berubah. Keengganan dan kelewatan kita membuat "self-renewal" menyebabkan fenomena "academic deficit", "leadership deficit", "mental deficit' dan "intellectual deficit" akan berterusan sambil melenyapkan impian menggemilangkan negeri Perak. Fenomena ini amat merugikan diri dan organisasi kerana bila tiba ketika untuk berubah, masanya sudah agak terlambat. Janganlah menjadi seperti apa yang digambarkan dalam peribahasa, "kita baru mencapai pengayuh, orang sudah sampai ke seberang sana". Jadi, berubahlah sekarang, jika perubahan itu memperlihatkan kemungkinan untuk berjaya. Terma-terma seperti "re-invent", "re-focus","re-engineering","re-bulding" dan "sharpen your saw" perlu dijadikan satu keutamaan dalam mengubah paradigma kita, supaya kita semua mempunyai satu landasan baru yang lebih terarah dan memberi peluang untuk gemilang.

Warga pendidikan yang dihormati, Perubahan yang dilaungkan bukannya merupakan sesuatu yang menyimpangkan kita daripada norma-norma sosial, tapi adalah untuk mencari serta memiliki startegi dan taktik terbaik untuk berjaya tanpa mengorbankan maruah. Dengan kata lain, kita hanya perlu lari daripada norma-norma kebiasaan dalam organisasi yang terlalu menyelesakan kita. Kita merasa terlalu selesa sehingga kita tidak memperdulikan soal kualiti dan keupayaan sebenar kita. Walaupun saya melaungkan supaya perubahan dilakukan, tetapi kita semua perlu berhati-hati supaya kita tidak memesongkan terus kepercayaan dan matlamat sosial. Perlu ada satu ketegasan dalam prinsip apabila kita memutuskan untuk melakukan perubahan. Saya ingin berkongsi satu prinsip dengan semua warga pendidikan, yang saya namakannya sebagai PRINSIP 6T iaitu:
• • • • • •

Telus (perubahan yang boleh dilihat dan diketahui) Tulus (perubahan yang ikhlas) Teguh (idea perubahan dan perlaksanaan yang mantap) Tegah (perubahan ke arah pencegahan) Telah (keapayaan menjangkakan akibat) Tulah (akibat jika tidak berubah)

GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARA Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwata'la kerana dengan hidayahNya dapat kita berada di sini bagi meraikan sambutan Hari Guru peringkat negeri Terengganu. Kehadiran kita semua pada hari ini adalah penting sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kita terhadap kaum guru dan para pendidik di seluruh tanah air. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Kita sedia maklum, Hari Guru diadakan bagi memperingati peranan yang dimainkan oleh guru dan pendidik dalam membentuk budaya, tamadun dan keilmuan bangsa kita. Sama ada bangsa kita maju atau mundur banyak bergantung kepada masyarakat guru. Walaupun ibu bapa juga memainkan peranan, tetapi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam membentuk peribadi dan sifat-sifat anak adalah terhad. Akhirnya gurulah yang akan menentukan karektor dan kebolehan anak yang bakal menjadi warga negara,bahkan bangsa keseluruhannya. Tidak akan berjaya sesiapa memindahkan budaya dan ilmu kepada orang lain jika ianya sendiri tidak memiliki keupayaan yang diperlukan. Mungkin ada guru-guru yang dilahirkan dengan sifat-sifat keguruan. Tetapi di zaman ini di mana permintaan untuk mendapat pendidikan begitu besar, kita tidak boleh berharap semata-mata kepada bakat keguruan yang semula jadi. Kita perlu mengadakan latihan yang tersusun untuk mewujudkan jumlah guru yang mencukupi.Seperti dengan keperluan mengadakan guru untuk murid, kita juga memerlukan guru untuk melatih guru. Jika kaliber guru yang melatih guru,

iaitu pensyarah-pensyarah dan profesor- profesor dalam institusi-institusi perguruan rendah, maka bukan sahaja budaya dan keilmuan guru rendah, murid-murid juga rendah tetapi warga negara yang kita bentuk juga akan berkualiti rendah. Justeru itu, ternampak jelas kaitan yang rapat di antara kemajuan bangsa dengan maktabmaktab perguruan. Jika kualiti maktab kita rendah maka kualiti bangsa kita juga akan menjadi rendah. Guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai-nilai hidup yang dipegang olehnya dan budaya yang diterima olehnya. Murid-murid yang diserahkan kepada guru berada dalam umur yang mudah menerima ajaran dan mudah dibentuk pemikiran mereka. Telah diperhatikan jika disemai sesuatu nilai atau keprcayaan kepada murid-murid ini, maka nilai ini tidak akan mudah dipisahkan daripada mereka atau ditukarkan dengan yang lain sepanjang hayat mereka. Demikian apabila seseorang murid di ajar menolak sesuatu, walaupun tidak ada sebab yang diberikan kepadanya, penolakan olehnya akan diteruskan sehingga ia membesar dan sehingga meninggal dunia. Sudah tentu jika nilai-nilai yang mulia disemai oleh guru semasa di sekolah, maka murid akan berpegang teguh kepada nilai-nilai ini juga sepanjang hayatnya. Jika guruguru di seluruh negara menyemai nilai-nilai dan budaya yang sesuai dengan masyarakat yang bermaruah, yang yakin kepada diri sendiri, yang suka mengejar kejayaan, maka sudah tentu bangsa berkenaan akan mencapai kemajuan dan mendirikan tamaddun yang tinggi. Bangsa kita telah dijajah beratus tahun lamanya, dalam tempoh itu kita telah hilang eyakinan akan kebolehan diri sendiri. Kita benar-benar percaya bahawa kita adalah bangsa yang lemah pemikiran dan kecekapan. Guru-guru kita pada zaman penjajah juga mpunyai pendapat yang sama. Ole hitu prestasi kita amatlah rendah di zaman penjajah. Sekarang kita telah bebas dan guru serta pendidik kitamempunyai peluang keemasan untuk menukar budaya lama yangterbentuk di zaman penjajahan dengan budaya baru yang boleh mengangkat martabat bangsa setanding dengan bangsabangsalain yang maju di dunia. Tentulah merugikan bangsa jika kita tidak mengambil peluang ini, tetapi sebaliknya kita semai nilai hidup yang buruk dan membentuk budaya yang akan melemahkan dan merugikan kita. Saya percaya guru-guru semua sedar akan pengaruh mereka,pengaruh yang boleh enentukan masa depan negara dan bangsa kita. Saya juga percaya "guru kepada guru" yang berada di maktab-maktab juga sedar akan pengaruh ini. Sebagai warga yang cintakan bangsa dan negara, saya percaya peluang untuk membentuk peribadi yang mampu berjaya di kalangan rakyat malaysia akan datang, tidak dilepaskan oleh guru atau "guru kepada guru". Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada nilai-nilai hidup dan budaya bangsa itu. Kita tahu ada bangsa yang berjaya dan sebaliknya yang dahulu berjaya tetapi sekarang prestasi mereka sudah merosot sehingga luput hilang sama sekali dari muka bumi ini. Semua yang berlaku kepada bangsa-bangsa di dunia ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan pertukaran budaya dan nilai hidup yang bertukar dan berubah. Warna kulit, tinggi rendah, asal etnik tidak menentukan

berjaya atau tidaknya sesuatu bangsa. Mengetahui semua ini dan menyedari bahawa nilai-nilai hidup dan budaya boleh disemai dan dibentuk secara terancang, maka tidak ada sebab kenapa bangsa kita tidak boleh dijaya atau dimajukan dengan penyemaian nilai-nilai hidup dan budaya yang sesuai untuk mencapai matlamat kita. Seperti juga dengan pihak-pihak lain, guruguru tentulah mempunyai pendapat dan pendirian tertentu terhadap keadaan dalam negara. Mungkin pendirian ini berasas kepada sesuatu yang menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan atau terhadap mana-mana pihak. Mungkin perasaan ini disebabkan oleh salah faham atau mungkin kerana asasnya memang benar. Kita semua perlu memiliki pendirian yang terbuka, sanggup mengejar dan menerima kebenaran, kesanggupan ini penting tetapi sama ada benar atau tidak, tanggungjawab masyarakat guru kepada bangsa dan negara tidak boleh diketepikan. Hanya kerana kita tidak suka kepada manamana pihak tidak seharusnya mendorong kita supaya meggagal dan menghancurkan masa depan bangsa dan negara kita dengan menyemai nilai-nilai buruk di kalangan murid kita yang akan menyebabkan bangsa kita berpecah-belah dan lemah di kemudian hari. Sebenarnya yang menjadi mangsa budaya yang buruk yang dibangunkan oleh kita melalui pendidikan di sekolah bukanlah orang yang kita salahkan di masa ini, tetapi anak dan cucu kita sendiri. Merekalah yang akan menjadi mangsa budaya buruk yang diterapkan oleh mereka semasa di sekolah. Pada Hari Guru ini masyarakat guru perlu memperingati diri bahawa terdapat dua tanggungjawab guru yang besar. Yang selalu dikaitkan dengan guru ialah menyampaikan berbagai- bagai ilmu supaya rakyat negara ini menjadi orang terpelajar dan dapat bukan sahaja membiayai kehidupan yang sempurna tetapi juga menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Di zaman ini. Ilmu yang diperlukan tidak begitu terhad seperti dahulu dan penyampaiannya juga berbeza. Peralatan yang digunakan untuk mengajar sekarang amat canggih sehingga guru terpaksa mempelajari cara penggunaannya yang tidak termasuk dalam kurikulum latihan perguruannya dahulu. Yang lebih aneh ialah kerap kali murid lebih cekap dan lebih mengetahui cara menggunakan alat-alat baru ini. Oleh itu, perlunya diadakan latihan semula guru-guru tidak dapat dielakkan. Tetapi guru yang sedar akan tanggungjawab mereka tentu tidak akan teragak-agak mempelajari cara-cara dan teknik pendidikan yang terkini. Suatu yang perlu kita ingat ialah apa juga yang kita sanggup belajar akan mudah dikuasai jika kita tekun dan mengulangi berkali-kali apa yang dipelajari. Penggunaan internet terutamanya sukar dikuasai dan mudah dilupai jika kita tidak mengamalkannya tiap-tiap hari untuk dibiasakan. Sebenarnya jika komputer dan internet digunakan tiap-tiap hari, ia menjadi begitu mudah sehingga kita akan hairan kenapa dahulu kita berpendapat ianya begitu susah untuk di kuasai. Demikian juga kita akan hairan kenapa masih ada orang yang tidak cekap menggunakan komputer dan internet. Kerajaan sudah mewujudkan beberapa sekolah bestari yang memerlukan penggunaan komputer dan internet dengan meluas. Amatlah malang jika kita membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan sekolah bestari ini tetapi kita tidak mendapat manfaat kerana kekurangan guru bestari. Saya berharap semua guru akan bersiap sedia untuk mengajar dalam sekolah bestari kerana kerajaan berhasrat menjadikan semua sekolah di negara ini sekolah bestari. Insya-

allah kita akan berjaya dalam melaksanakan program ini dan rakyat negara ini akan dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk zaman-k atau zaman pengetahuan. Marilah kita menggemblengkan seluruh tenaga dan usaha ke arah melahirkan ramai pelajar cemerlang dan mempunyai kualiti sebagai fokus kita. Kerajaan telah meletakkan asas yang kukuh untuk membangunkan pendidikan dan guru pula sebagai orang yang secara langsung memainkan peranan ini hendaklah bersama-sama menyuluh jalan dan mencari jalan terbaik bagaimana untuk melahirkan pelajar serba boleh dalam bidang pendidikan yang dapat memenuhi tuntutan kerjayanya kelak. Saya berpendapat, memberi fokus kepada aspek kecemerlangan dan kualiti di kalangan pelajar buat masa ini lebih penting berbanding perkara-perkara lain. Kita tidak mahu apabila masalah timbul di kemudian hari akibat perancangan yang tidak betul dan kesemuanya tidak akan membawa apa-apa maknanya lagi. Kita sepatutnya belajar dari kesilapan bukannya terus menerus melakukan kesilapan kerana silap sekali boleh membawa banyak kemusnahan apalagi kalau kita tidak berhati-hati mengelakkan ia daripada terus berulang. Jika fokusnya telah jelas adalah mudah kepada kita untuk menyusun keutamaankeutamaan dan menggariskan strategi- strategi berkesan dalam mengatur apa juga perancangan untuk mencapai sasaran melahirkan pelajar berdaya saing. Pelajar melayu khususnya tidak harus dipertikaikan daya saing mereka jika dari awal lagi mereka telah diberi pendedahanpembelajaran secukupnya. Kita telah dihadapkan dengan berbagai isu pendidikan dan kerajaan juga dalam masa yang sama turut mendapat berbagai reaksi serta kritikan. Ada yang menyokong langkah-langkah yang kita ketengahkan dan tidak kurang juga yang memberikan pandangan berbeza. Kerajaan menyambut baik setiap cadangan yang dikemukakan kerana pendapat-pendapat awam tetap akan diambil kira dalam setiap keputusan penting yang diambil demi kebaikan semua pihak dan ia mesti ditangani dengan penuh teliti dan berhati-hati. Hasrat kerajaan melaluipendidikan adalah sematamata mahu menjadikan rakyat negaraini menjadi satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Kita mestibangkit menjadi bangsa yang kuat. Segala keistimewaan yangkita nikmati dalam apa bidang sekalipun termasuk pendidikan sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kesan selagi kitatidak mahu menukar sikap. Jangan sampai hidup kita ditekan baru sedar mahu berubah sebab mungkin pada masa itu segalanya telah terlewat. Jadikanlah setiap kesusahan,dugaan serta cabaran yang kita lalui dalam hidup sebagaisatu pelajaran berharga yang dapat membentuk diri kita menjadi manusia yang lebih kuat dengan daya tahan dan dayasaing yang tinggi. Dunia pendidikan terbuka seluas-luasnya untuk semua. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru dalam menyediakan warganegara yang mampu menangani zaman teknologi maklumat atau IT amatlah besar dan penting. Tanpa kecekapan dalam bidang IT dengan segala alat dan caranya, bangsa kita mungkin ketinggalan zaman dan dikuasai oleh bangsa-bangsa yang cekap menggunakan teknologi maklumat untuk menguasai berbagai cabang disiplin ilmu. Suasana persekitaran yang berubah dengan cepat dalam era maklumat tanpa

sempadan, adalah antara realiti yang menuntut guru-guru memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab. Hakikat ini tidak dapat tidak perlu diterima oleh semua kita. Keadaan yang sama sekali berbeza dengan zaman sebelumnya memerlukan komitmen yang tinggi dari tuan-tuan dan puan-puan untuk melengkapkan diri dan seterusnya nyampaikannya kepada anak bangsa. Ambillah kesempatan dalam kita menyambut Hari Guru ini, sama-sama kita menguatkan azam dan tekad untuk memberiperkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kerana ganjarannya adalah besar bukan sahaja di sisi masyarakat bahkan juga di sisi allah. Tugas ini sememangnya berat, tetapi saya yakinjika kita semua bekerjasama termasuk anak-anak, ibu bapa dan seluruh masyarakat, hasrat kita akan terhasil dengan kejayaan dalam pendidikan. Hari ini jelas kepada kitabahawa usaha mencapai kejayaan menuntut mentaliti baru dikalangan bangsa kita. Adalah menjadi sandaran kerajaankepada semua warga pendidik dalam mewujudkan sebuahmasyarakat berjaya dan disegani masyarakat antarabangsa.Saya ingin memetik kata seorang pujangga - "jika suatubangsa dapat menyediakan bakal insan yang berilmu dan berkemahiran, bangsa itu akan dapat melahirkan suatugenerasi yang penuh keunggulan".ntuk memastikan kualiti hidup terus meningkat, tentunya kita memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti di kalangan guru-guru. Kita perlu menghasilkan warga pendidik yang berwibawa. Ini bererti guru perlu mempunyai azam dan iltizam yang kuat untuk membangunkan pendidikan yang berkualiti melalui usaha kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Selain daripada kecemerlangan akademik, ukuran gagal jayanya sesuatu sistem pendidikan juga bergantung kepada sejauh manakah kita berjaya menghasilkan generasi yang mantap peribadi, bersikap positif terhadap kehidupan, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan tidak jemu mengejar kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukan. Inilah juga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru dan para pemimpin pendidikan di peringkat rendah. Tema "guru berkualiti aspirasi negara", mempunyaipengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialahguru yang dapat menunaikan tanggungjawab enyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalahpaksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapaiwawasan negara, wawasan 2020. 13. Untuk itu, kepimpinan di peringkat sekolah, termasukguru bertanggungjawab bagi menentukan wawasan negaratercapai sepenuhnya. Matlamat, visi dan misi organisasidi peringkat sekolah hendaklah selari dan sehaluan dengan wawasan besar negara. Pemahaman terhadap visi organisasiini adalah penting kerana ia adalah "guiding force" yangmenentukan hala tuju sekolah. Sebagai guru, apa yanglebih penting ialah kemampuan menterjemahkan tanggungjawabdan peranan dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualitiserta bersemangat tinggi untuk memberi khidmat yangterbaik. Guru mesti mempunyai satu matlamat yang jelasyang hendak dituju. Ini kerana pendidikan itu merupakanalat untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika terdapat motifsampingan di peringkat sekolah yang berbeza daripadawawasan besar negara, maka akan pincanglah pelaksanaandasar dan manah serta tanggungjawab yang telahdiberikan. Dalam situasi sedemikian, sumber tenaga manusiamenjadi kurang produktif. Murid yang mengharapkan

bimbingan dan panduan guru akan menjadi mangsapersekitaran pendidikan yang tidak bermutu. 14. Tanggungjawab serta tugas seorang guru adalah satuibadah. Konsep ibadah yang tersirat dalam tugas guruinilah yang menjadikan seseorang guru itu diakui,dihormati, disegani serta disanjungi oleh masyarakat. Guru mesti mempunyai tekad dan komitmen yang tinggi untukmendidik anak bangsa, memberi khidmat yang terbaik sertasanggup mempertahankan keagungan profesionnya, selainterus berusaha untuk meninggikan mutu, taraf dan imejnya.Oleh yang demikian, imej profesion perguruan ini hendaklahdipelihara supaya tidak dicemari dengan unsurunsur yangnegatif. Yang boleh memburukkannya. Elakkanlah melakukanperkaraperkara yang bercanggah dengan etika profesionperguruan. Jagalah nama baik guru supaya guru senantiasadihormat. Kita tentu tidak mahu pelajar menjadi mangsakepada salah laku guru. Haruslah diingat bahawa guru telahdiamanahkan oleh rakyat untuk mendidik anak-anak. Oleh itujanganlah amanah ini dikhianati dan diabaikan. 15. Rekod cemerlang sistem pendidikan kita dan semangatberkhidmat yang tulen di kalangan para guru dalammelaksanakan amanah dan tanggungjawab telah berjayamenyediakan sumber tenaga mahir dan berpengetahuan untukmengisi keperluan negara. Memang kita terhutang budikepada khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru.Kita sendiri telah melihat hasilnya dengan jumlah cerdik pandai dan tenaga ikhtisas yang dihasilkan yang hari inimerupakan penggerak utama kepada program pembangunannegara. 16. Dalam tempoh 45 tahun kita merdeka, kita telahmelihat kemajuan dan pencapaian yang sungguh membanggakandi bidang pendidikan. Akan tetapi kita tidak boleh hanyaberpuas hati dan bermegah dengan kejayaan-kejayaan ini. Kita kini sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran baru,terutama cabaran kemajuan teknologi maklumat dankomunikasi, dunia tanpa sempadan dan ekonomi berasaskanpengetahuan. Cabaran baru, abad 21 ini, membawa kitakepada alam baru yang tidak terbatas kepada sempadannegara kita sahaja. Cabaran baru ini memerlukan kitamenyediakan masyarakat yang berdaya saing bagi menghadapipersaingan global yang lebih mencabar lagi. Oleh itu, kita adalah dituntut untuk melakukan pengubahsuaian danpenghijrahan minda untuk memastikan kita terus berupayamelonjak dan mara ke hadapan. 17. Untuk terus berdaya saing adalah menjadi keperluankita membangunkan enaga manusia yang akan menjadi worldclass atau berkaliber dunia. Tenaga manusia merupakansumber utama kekayaan sesuatu ekonomi. Cabaran ini menjadikian mendesak ketika ini kerana sistem ekonomi dan pasaranmenjadi semakin berunsur lobal akibat arus globalisasi.Tenaga kerja Malaysia harus mampu bersaing dengan tenagakerja dari lain-lain negara di dunia tanpa batas untukmenjamin keunggulan ekonomi negara. Ini bermakna rakyatMalaysia perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kepakaran yangcanggih, terkini dan secukupnya. Rakyat Malaysia perludisemai dengan nilai dahagakan ilmu, supaya merekasentiasa didorong memperbaiki diri dan mampu menerokabidang kepakaran baru menurut kehendak pasaran yang berubah. 18. Misalnya, pengalaman pahit krisis kewangan yangmelanda negara pada tahun

1997 dan 1998, yang tidak pernahkita alami sebelum ini membuktikan betapa kita harusmenentukan mereka yang dihasilkan oleh sistem pendidikankita mempunyai kemampuan yang boleh mengatasi cabaran danmampu terus menyumbang kepada pembangunan negara. Dalamkata lain, sistem pendidikan kita mesti berkemampuan untukmenghasilkan tenaga pekerja yang kreatif, inovatif, yakindan mempunyai daya saing yang kental untuk mengurus negaradan menjana ekonomi. 19. Dalam hubungan inilah relevannya tema Hari Guru iaitu"guru berkualiti aspirasi negara" amat bersesuaian dengancabaran yang dihadapi dunia pendidikan. Oleh itu guruharus mempunyai sikap untuk memperbaiki diri dari segiikhtisas, akademik serta perlu pula berusaha untukmendapatkan kelulusan yang lebih tinggi. Kita jugaberharap supaya guru-guru meningkatkan kepakaran merekamenerusi kursuskursus baru dalam bidang seperti teknologimaklumat dan komunikasi, kaunseling, kemahiran hubungansesama individu dan pendidikan alam sekitar. Peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk guru menaik tarafkelulusan masing-masing hendaklah direbut sebaik mungkin.Program-program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) tidakmemerlukan mereka meninggalkan bilik darjah demimenggenggam segulung ijazah. Gunakanlah sepenuhnya peluangini untuk menjadi endidik yang berilmu. 20. Banyak pihak yang menyuarakan sokongan dan tentanganmereka mengenai cadangan untuk mewujudkan semula sekolahaliran inggeris. Perlu saya jelaskan bahawa kitamenolak sebarang langkah mewujudkan semula sistem sekolah aliran Bahasa Inggeris bukan sahaja kerana tidak secocokdengan dasar pendidikan kebangsaan malah akan dilihatsebagai langkah ke belakang. Tetapi sesuatu perlu kitalakukan untuk meningkatkan kecekapan mereka menguasaiBahasa Inggeris. Apa yang kita putuskan ialah penggunaanBahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik bermulapada peringkat tahun satu rendah serta pengenalan subjek kesusasteraan inggeris kontemporari untuk mendedahkanmurid kepada bahasa berkenaan. 21. Kerajaan akan pastikan bahawa kedudukan bahasamelayu terus dipelihara selaras dengan peruntukanperlembagaan demi membina bangsa bersatu yang mempunyaiidentitinya sendiri. Namun kita harus menerima hakikatbahawa di dalam era globalisasi penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing yang utama sangat bergunauntok meningkatkan meupayaan menimba ilmu pengetahuandalam pelbagai bidang sains teknologi termasuk ICT, danmeningkatkan peranan yang lebih luas dan berkesan dalamhubungan antara bangsa. Kita tidak mempunyai banyak masauntuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Hanyamereka yang bergerak dengan kekuatan ilmunya danberkemampuan menguasainya dapat berdaya saing ketika itu. 22. Oleh kerana ilmu itu adalah kunci kemajuan ekonomi dan penguasaan Bahasa Inggeris adalah kunci yang membuka pintu kepada lebih luas ilmu, maka banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh murid dan masyarakat sekiranya kitamenguasai bahasa tersebut. Misalnya, 80 peratus kandunganinternet adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama juga halnyadalam bidang teknologi, kejuruteraan dan ilmu-ilmusaintifik moden, dan sekiranya kita lemah menguasai bahasa berkenaan maka sukar bagi murid-murid menerap ilmutersebut. Elok juga pihak sekolah mengadakan programmembudayakan penggunaan Bahasa Inggeris

bagi tujuanmemberi kesedaran di kalangan murid tentang kepentingan menguasai bahasa tersebut. Dan guru sendiri sepatutnyamengambil iltizam untuk berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. 23.Kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mencapaistatus negara maju pada tahun 2020. Hanya mereka yangbergerak dengan kekuatan ilmunya dan berkemampuanmenguasainya dapat berdaya saing ketika itu. Dasarpendidikan negara sedia akur mengenai hal ini danmenetapkan matlamat yang jelas untuk menguatkan sains danteknologi dalam sistem pendidikan. Di sini eranansaudarasaudari sebagai guru sangat kritikal. Kita perlumenggalakkan minat kepada mata pelajaran sains danteknologi di kalangan penuntut, dan kita perlu meningkatkan prestasi mereka dalam bidang ini. Kejayaandalam mendorong perubahan ini banyak bergantung kepadakepintaran saudara-saudari membangunkan minat dikalanganmurid, menyalurkan ilmu kepada mereka dan mendidik merekacara menimba ilmu tersebut dengan lebih berkesan. 24. Tidak dapat dinafikan pendidikan di negara ini telahberjaya melahirkan barisan pemimpin, pentadbir, pendidikdan golongan profesional dalam pelbagai bidang. Ramai diantara mereka telah berjaya mencipta nama di peringkatantarabangsa dan kejayaan mereka ini diiktiraf.Masyarakat dan negara menaruh harapan yang tinggi terhadapwarga pendidik untuk merealisasikan wawasan dan aspirasi negara. Banyak cabaran yang perlu diberi perhatiandalam sektor pendidikan. Sama-samalah kita fikir berkenaancabaran-cabaran yang sedang melanda kita. Insyaallahdengan usaha gigih semua pihak kita akan dapatmenanganinya. 25. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya inginmengucapkan tahniah kepada mereka yang dianugerahkan tokohguru 2002 ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sayadengan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru

Warga pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri berkualiti bagi membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Ciri positif yang perlu dimiliki guru berkualiti untuk memenuhi aspirasi negara ialah cergas, beriman, berilmu, berkemahiran, berdisiplin dan berakhlak mulia, selain mempunyai daya fikiran kreatif, kritis serta inovatif. Pendidik berkualiti juga dituntut mempunyai sahsiah baik, pengetahuan terkini, yakni mengamalkan pendidikan sepanjang hayat dan budaya kerja positif. Bagi melengkapkan diri dengan ciri berkenaan, guru perlu mempunyai jati diri yang mantap, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar. Tema ini tepat dan sesuai dengan peranan guru kini dalam menyempurnakan hasrat serta cita-cita negara untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi warga negara berkualiti. Ia mencakupi kepelbagaian disiplin ilmu, penampilan akhlak mulia, mahir menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai keadaan (skillful behaviour), bertoleransi, berkomunikasi secara berkesan dan jati diri terhadap negara, sejajar arus perdana Malaysia untuk mencapai matlamat negara maju siber. Sebelum seseorang pelajar atau

warga negara dilahirkan sebegini rupa, langkah pertama bermula daripada kualiti guru itu sendiri. Tema berkenaan tidak bermakna guru sebelum ini tidak berkualiti tetapi kita berpegang kepada konsep kualiti yang merangkumi penambahbaikan berterusan. Kualiti juga merujuk kepada satu piawai tinggi yang perlu dicapai selaras kesesuaian serta keperluan masyarakat dan negara. Tema Hari Guru tahun ini menunjukkan kepada masyarakat betapa penting dan kritikal peranan guru dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah persediaan pendidikan dalam abad ke-21 ini serta membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa kemakmuran negara yang kita nikmati hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan dicanai dan dibentuk oleh guru bermula dari bilik darjah sehinggalah di luar sekolah. Lebih ramai guru akan berpeluang mempertingkat tahap kelayakan akademik dan profesionalisme melalui pelbagai program latihan, termasuk Program Pensiswazahan dan Program Pembangunan Staf bagi guru yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tahun ini saja, sebanyak RM 98.7 juta akan dibelanjakan bagi program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang mensasarkan seramai 150,000 guru mengikuti kursus jangka pendek dan panjang. Jumlah peruntukan bagi LDP ini bertambah hampir 64 peratus berbanding tahun lalu (RM 60.1 juta) Kementerian juga mempergiat lagi pelaksanaan kursus pendek di bawah kelolaan jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi tujuan: i) membiasakan guru dengan pelbagai perubahan yang berlaku, baik dari segi perubahan kurikulum, perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), mahupun pengurusan tingkah laku pelajar. ii) meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya dalam pengajaran Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris Untuk menjayakan program latihan, khidmat guru cemerlang, jurulatih utama yang dilatih di bawah program `Malaysian Trainer Development Programme' seperti Bahasa Inggeris, dan kakitangan sumber yang mempunyai kepakaran dalam bidang masingmasing diperlukan. Seramai 63,542 guru dari seluruh negara dijangka mendapat latihan melalui kaedah ini. Usaha kementerian dalam konteks meningkatkan kualiti guru juga dapat dilihat apabila latihan guru dinaikkan taraf sijil kepada diploma dan meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, selain kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima kepujian untuk program LDP supaya guru lebih bersedia menghadapi era globalisasi. S: Apakah masalah yang dikenal pasti masih melingkungi profesion keguruan negara?

J: Usaha penambahbaikan perkhidmatan pendidikan adalah usaha semua pihak yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak dari dalam dan luar sistem pendidikan itu sendiri. Dengan jumlah kakitangan yang besar, iaitu 300,000 daripada satu juta kakitangan kerajaan, sudah tentu ia memerlukan satu pendekatan bijak serta berhikmah dalam menangani apa juga isu dan masalah. Dengan bilangan ramai ini, kementerian sentiasa menambah dan mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan kebajikan guru. Sebarang perubahan membabitkan profesion ini sudah tentu turut membabitkan perubahan pelbagai aspek lain yang kemungkinan menimbulkan kesan kepada perkara lain. Namun, ini tidak bermakna kita berhenti dan tidak melaksanakan usaha menjadikan profesion ini lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen serta pengurusan kementerian, kita yakin sistem pendidikan negara akan lebih berkesan, mantap dan berfokus. S: Kebelakangan ini, pelbagai isu melanda profesion keguruan tanah air, termasuk pengasingan pelajar yang kini sudah selesai. Adakah senario sedemikian menjejaskan imej dan kredibiliti keguruan? J: Saya percaya semua pihak sudah menerima keputusan dan pendapat jawatankuasa bebas. Saya yakin dengan penjelasan yang diberi oleh jawatankuasa itu, imej dan kredibiliti keguruan tidak terjejas, malah bertambah kukuh. Semua pihak sekarang bertanggungjawab untuk menterjemahkan saranan jawatankuasa bebas yang dikemukakan dalam laporannya kepada bentuk tindakan dan pelaksanaan. S: Apakah pendapat Datuk mengenai pandangan pihak tertentu bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik dan secara langsung menyebabkan mereka semakin kurang dihormati masyarakat? J: Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik. Saya katakan demikian kerana prestasi sekolah secara keseluruhannya tahun demi tahun semakin baik sama ada dari segi akademik mahupun bidang lain. Pencapaian kita dalam bidang seperti Sains dan Matematik dengan negara maju, tidak jauh ketinggalan. Bidang perguruan sebenarnya sudah menjadi profesion diminati berdasarkan bilangan permohonan berbanding tempat ditawarkan. Guru semakin berminat untuk meningkatkan kelayakan, khususnya dalam bidang akademik sehinggalah ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Mereka menggunakan peluang mengikuti pelbagai program pensiswazahan dan latihan disediakan oleh kementerian. Kementerian Pendidikan melalui BPG memang menyediakan latihan praperkhidmatan kepada bakal guru bagi memastikan mereka layak dan profesional dalam tugas. Ketika berkhidmat pula, kementerian melalui pelbagai saluran seperti JPN, PPD dan juga

sekolah, menyediakan kursus dan latihan, sama ada berbentuk pedagogi mahupun pengurusan. Latihan dan pembangunan staf kepada guru adalah antara tumpuan diberi untuk mengekal dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap tugas. Pendidikan mempunyai `pemegang amanah’ yang ramai dan sudah pasti setiap ahli masyarakat memberi perhatian kepada apa saja isu ditimbulkan berkaitan pendidikan. Menyedari hakikat ini, kita mengalu-alukan maklum balas daripada `pemegang amanah’ bagi mempertingkatkan kebajikan guru dan kualiti pendidikan. Dalam konteks ini, kementerian sudah, sedang dan akan terus memperhebat usaha meningkatkan kebajikan guru, sekali gus turut membabitkan pelajar. Sebagai contoh dalam reka bentuk sekolah baru, kementerian memastikan ruang kerja lebih luas dan selesa disediakan untuk guru. Kemudahan lain seperti komputer dan hawa dingin disediakan di tempat kerja atau bilik guru untuk meningkatkan komitmen guru bekerja. Di samping itu, sekolah sedia ada juga dinaikkan taraf supaya kemudahan, khususnya keselesaan tempat kerja, dapat ditingkatkan. S: Bagaimanakah guru harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi? J: Arus globalisasi adalah gelombang besar dan hebat pada hari ini. Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap sistem pendidikan seperti kekonomi, iaitu satu sistem ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sudah tentulah kita tidak boleh tertinggal, malah wajar memanfaatkannya. Arus perubahan menuntut pendidik mempunyai `competitive edge’. Ini bermaksud semua pihak di pelbagai peringkat pemimpin, pengurus pendidikan dan guru di bilik darjah mesti mempunyai `critical competency’. Seperti disarankan Perdana Menteri, guru harus menjadi fasilitator berkesan. Menjadi fasilitator bermaksud mereka perlu mempunyai ilmu, berketrampilan, bermaklumat dan mengamalkan nilai tinggi dan mulia. Mereka menjadi fasilitator ilmu pengetahuan dan penyebar nilai murni. Untuk ini, mereka perlu menguasai bahasa yang menjadi medium kepada ilmu berkenaan. Dalam konteks ini, guru harus menguasai sekurangkurangnya dua bahasa - bilingual. Selain bahasa Melayu, mereka harus menguasai bahasa antarabangsa lain seperti bahasa Inggeris. Guru perlu menguasai kemahiran dalam bidang ICT serta menggunakan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Untuk membolehkan penguasaan ICT, guru harus menguasai bahasa perhubungan dalam penyaluran ilmu. Seorang guru yang `bilingual’ akan memudahkan proses P&P di bilik darjah, di samping diri sendiri dapat meraih ilmu dengan lebih mendalam melalui bahan bacaan yang lebih intensif serta ektensif. Saya sudah nyatakan bahawa peranan guru dalam era globalisasi ini juga perlu bersifat global, sebagaimana tema Hari Guru tahun ini `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’. Tema ini dipilih kerana melalui guru berkualiti saja kita dapat merealisasikan aspirasi negara, khususnya dalam era globalisasi ini. Guru berkualiti diperlukan untuk menghadapi era globalisasi dan ledakan maklumat ini. Penguasaan ilmu akan menjadi teras penting dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Negara amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidik sentiasa digalakkan

untuk menambah ilmu selaras perkembangan semasa. Anak didik di bilik darjah semakin matang serta cerdik dan untuk itu, guru perlu lebih ke depan dari segi penguasaan ilmu, baik secara teori mahupun amali. Dalam hal ini, guru harus terus menjadikan budaya ilmu sebagai asas kecemerlangan. Pada masa sama, nilai dan budaya ketrampilan pendidikan harus diambil pertimbangan. Selaku seorang profesional dalam bidangnya, kemahiran perlu diperbaharui dan dipertingkatkan. Guru harus peka dengan perkembangan semasa, terutama perubahan budaya dan keperluan pendidikan. Dalam era ini juga, kita harus bersedia untuk melakukan `benchmarking' atau belajar daripada yang terbaik bagi mendapatkan amalan terbaik. Kita percaya ini akan menyebabkan kita sentiasa cemerlang dan ke depan daripada orang lain. S: Akhir sekali, apakah pesanan khusus daripada Datuk kepada guru sempena Hari Guru 2002? J: Guru harus merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri supaya menjadi guru berkesan dan dihormati. Latihan yang diterima sebelum menjadi guru seharusnya memenuhi piawai kualiti profesion keguruan dari segi akademik, pedagogi, ketrampilan, sikap dan sahsiah. Ketika berkhidmat sebagai guru pula, sama ada di bandar ataupun pedalaman, usaha untuk menguasai ilmu tidak seharusnya terhenti. Kementerian sudah menyediakan ruang serta peluang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian untuk memenuhi hasrat ini. Pelbagai kursus dalam perkhidmatan jangka pendek dan panjang disediakan. Semuanya merangkumi aspek peningkatan akademik, profesionalisme dan pembangunan staf. Saya menyeru supaya guru merebut peluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik masing-masing kerana ini sekali gus akan memberi kekuatan dan kelebihan sama ada akademik, ketrampilan diri mahupun material. Dalam hal ini, kementerian menyediakan saluran khas seperti Program Pensiswazahan Khas Pendidikan Guru, program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara dan Program Pensiswazahan Sepenuh Masa (dengan separuh gaji). Kementerian juga sudah menetapkan sasaran guru di semua sekolah menengah siswazah menjelang 2005 dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Sebagai guru, kita sudah berikrar dan berjanji untuk menjadi guru yang baik dan profesional. Janji, ikrar dan iltizam ini kita perbaharui setiap tahun, khususnya pada Hari Guru ini. Kita juga sudah berjanji, antara lain untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguhsungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab, sebagaimana yang tercatat dalam Aku Janji yang kita tandatangani. Kita sama-sama bertanggungjawab untuk merealisasikan tema Hari Guru tahun ini. Semua pihak perlu bermuafakat, saling membantu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina negara dan bangsa yang maju, bersatu padu serta mempunyai jati diri mantap. Aspirasi negara dapat dicapai jika semua pihak -guru, ibu bapa dan masyarakat - sanggup berkorban dan memberikan komitmen masing-masing.

Kepercayaan dan sokongan padu perlu diberi kepada kementerian dan kerajaan untuk terus mempelbagai dan meningkatkan usaha bagi mencapai kemajuan serta kemakmuran negara. Saya percaya usaha ini akan dapat melahirkan guru berkualiti, sekali gus memenuhi aspirasi negara. Usaha memperkasa sistem pendidikan kita bermula dari peringkat prasekolah, rendah sehingga menengah, perubahan sikap dan minda seluruh komuniti pendidikan. Sokongan dan keprihatinan masyarakat serta ibu bapa akan membantu usaha ini. Saya percaya dengan sokongan dan komitmen semua pihak bagi menjayakan agenda pendidikan negara seperti dalam Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, kita akan dapat meraih hasilnya pada hari muka. Teruskanlah budaya kerja kuat dan cemerlang semoga anak didik kita hari ini akan menjadi pemimpin masa depan dalam usaha meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa dan negara. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan al-Quran dan berdasarkan aspirasi Negara dalam bidang pendidikan, tugas seorang guru tidak semudah yang disangkakan, kewujudan warga guru yang berupaya melaksanakan tugas-tugasnya adalah satu kemestian dalam menjana ketamadunan ummah, kerana ketamadunan sesuatu bangsa itu diukur dari ketinggian ilmu dan keperibadian bangsa itu sendiri. Allah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”. Peredaran masa menuntut pengorbanan yang lebih besar dari para guru untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di luar sekolah, untuk memandu masyarakat kearah kebaikan dalam agenda amar makruf dan Nahi mungkar. Dan sebagai seorang guru yang memikul amanah besar dalam agenda pendidikan dan pembangunan insan, maka kualiti guru mesti ditingkatkan melalui latihan yang berterusan, kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan perlu diterokai, kekuatan jati diri perlu dimantapkan untuk menjadikan guru sebagai qudwah dan role model yang disegani oleh anak-anak didik. Dan kita tidak dapat menafikan segala bakti dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh guru-guru, apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini adalah sebahagian dari hasil perjuangan dan pengorbanan guru-guru terdahulu, Negara kini diterajui oleh pemimpin-pemimpin berwibawa yang diasuh oleh guru-guru yang berkualiti, dan pengorbanan mereka wajar kita sanjungi dan hargai. Allah S.W.T. mengangkat darjat orang-orang beriman dan berilmu seperti yangb ditegaskan dalam surah al-Mujadalah ayat 11 :

Ertinya : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di-antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)”. Seterusnya sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah Allah dalam agenda pendidikan, membangun insan kerana semua kita adalah murabbi sekurang-kurang sebagai pendidik kepada diri sendiri agar tidak alpa dan melupakan Allah S.W.T. Doa kita untuk para guru yang telah kembali kerahmatullah semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan menempatkan mereka bersama para anbiya, syuhada dan solehin.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->