You are on page 1of 62

Konsep

Pengajaran dan
Pembelajaran
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Temenggong Ibrahim
JB

Definisi Pengajaran dan


Pembelajaran

Definisi pengajaran:

Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan


pengetahuan & kemahiran yang diperlukan untuk
berfungsi dengan baik.
- Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
berfungsi dengan baik.
- Suatu yang diagnostik dan preskriptif.

Pengajaran ialah:1. Melibatkan diri dalam pembelajaran dan


pertumbuhan sepanjang hayat.
2. Menghormati kanak-kanak dan remaja.
3. Berkongsi pengetahuan.
4. Membimbing, mengarah, memudah cara,
mengasuh dan merancang.
5. Menentukan matlamat untuk diri dan
pelajarnya.
6. Menghadapi cabaran peribadi dan profesional.
7. Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada
orang ramai.

Pengajaran
merupakan proses untuk menyampai
dan menyumbang idea-idea serta
memudah cara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan
menggalakkan kreativiti, membantu
seseorang pelajar untuk belajar dan
mencabar pelajar ke arah pencapaian
potensi yang optimum.

Definisi pengajaran:
Perubahan tingkah laku manusia yang
agak kekal akibat interaksi dengan
persekitaran.
- Merujuk kepada proses bagaimana
seseorang kanak-kanak dapat cope
dengan keperluan survival kerana ia
tumbuh dalam persekitaran fizikal dan
sosialnya.

Unisec
,
Lockh
art
dan
Walter
s
1990

Pembelajaran sebagai
satu perubahan yang
agak kekal dan
sesuatu yang
berubah akibat
daripada pengalaman.
Pembelajaran
ditentukan dengan
memerhati cara
seseorang individu
bertingkah laku.

Slavi
n
2005

Pembelajaran
merupakan perubahan
dalam seseorang
individu akibat
daripada pengalaman.
Manusia mula belajar
sejak ia dilahirkan
dan semua
pembelajaran ini
berkait dengan
pengalaman.

Hill
200
2

Pembelajaran berlaku
apabila pengalaman
menyebabkan suatu
perubahaan yang agak
kekal dalam pengetahuan
atau tingkah laku
seseorang. Perubahan ini
mungkin secara sengaja
atau tidak sengaja,
untuk lebih baik atau
buruk, betul atau salah
dan sedar atau tidak
sedar.

Teori Behaviorisme
Pembelajaran merujuk kepada
perubahan yang boleh diperhatikan
(tingkah laku, kemahiran, pengetahuan)
Mementingkan peranan pengalaman
dalam mempengaruhi tingkah laku
(Diperopori oleh Ivan Pavlov, Edward
Thorndike, B.F. Skinner)

Teori Kognitif
Menekankan proses mental untuk
belajar.
Mengingatkan maklumat baharu/
kemahiran.
Tidak dapat diperhatikan.
Perubahan-perubahan dalam struktur
mental akibat daripada penaakulan.

2.2 PROSES PEMBELAJARAN


GAGNE
LAPAN PERINGKAT DALAM PROSES
MENGUBAH MAKLUMAT KEPADA
PENGETAHUAN YANG DIPELAJARI.

Peringkat 1:
Motivasi

Merupakan prasyarat yang diperlukan


untuk pembelajaran berlaku.

Satu motif yang menyebabkan


seseorang bertindak dalam cara
tertentu.

Satu proses atau kuasa dalaman


organisma yang mendesak sesuatu
untuk bertindak.

Peringkat 2: Memberikan
Perhatian: Memastikan Perhatian
Pelajar
Murid akan belajar jika mereka
mendengar dan menumpukan
perhatian kepada pengajaran yang
disampaikan.
Guru harus memberikan perhatian
sepenuhnya kepada cara atau strategi
untuk memastikan murid memberikan
perhatian sepenuhnya kepada
pengajaran.

Peringkat 3 & 4:
Perolehan Dan Ingatan
Aspek yang penting adalah memori.
Guru harus menggunakan kaedah
pengajaran yang dapat membantu murid
mengingati perkara yang diajar.
Seperti pengurusan grafik, gambar, audio
atau klip video yang memerlukan pelbagai
deria (penglihatan @ pendengaran).

Peringkat 5: Ingat Kembali


Dan Retrieval
Ingat dan guna maklumat yang disimpan.
Retrieval: Proses mengesan maklumat
yang disimpan dan disalurkan kepada
kesedaran pelajar.
Bahan pembelajaran yang disediakan oleh
guru perlu mudah difahami dan ini
memudahkan maklumat diingat kembali
oleh murid.

Peringkat 6: Generalisasi
Maklumat yang diingati kembali akan
digunakan dalam situasi-situasi baru.

Pemindahan pembelajaran berlaku dan ini


merupakan proses pembelajaran yang amat
penting.

Dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat


mengaplikasi apa-apa yang telah dipelajari
dalam situasi baru di dalam atau di luar
sekolah.

Peringkat 7: Prestasi
Tindak-tanduk pelajar dapat mengesahkan
berlakunya pembelajaran.
Indikator seperti aktiviti dan respons
pelajar boleh menentukan sama ada
pembelajaran telah berlaku.
Guru mempengaruhi cara pelajar memberi
respons dan maklumat dengan
mengemukakan soalan secara lisan atau
bertulis kepada pelajar.

Peringkat 8: Maklum Balas


a
Dan Peneguhan
Merupakan tahap di mana motivasi perlu diberikan
setelah pelajar mencapai objektif pembelajaran.
Menekankan maklum balas guru terhadap prestasi
pelajar.
Bertujuan untuk memaklumkan tentang pretasi
pelajar serta penambahbaikan yang perlu
dilaksanakan.
Maklum balas guru harus serta-merta untuk
memperoleh kesan terhadap pembelajaran pelajar.

Implikasi Proses Pembelajaran Gagne


terhadap
Pengajaran
1. Pemahaman tentang proses pembelajaran
Gagne amat relevan dan berguna kepada
setiap guru. Ia digunakan dalam proses
pengajaran tanpa mengira apa-apa jua
hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
2. Semua jenis pembelajaran seperti
kemahiran intelek, kemahiran verbal,
kemahiran psikomotor @ sikap mengikut
proses pembelajaran yang sama.

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa
Pengajaran

Kaitan dengan Proses Pembelajaran

1. Menarik perhatian Penerimaan corak-corak implus neural (memotivasi


dan merangsang naluri ingin tahu pelajar)
Cara: menggunakan anekdot, teka-teki, humor, dan
gambar
2. Maklum pelajar
tentang objektif

Meletus satu proses kawalan eksekutif (executive


control)
Tujuan: menggalakkan proses dalaman yang
memotivasi pelajar untuk menyempurnakan
pelajaran.
Cara: menerangkan tujuan kandungan,
mengemukakan matlamat untuk pelajar memilih dan
meminta pelajar memilih matlamat sendiri.

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa Pengajaran
3. Merangsang ingatan kembali
pengetahuan sedia ada /
pembelajaran lepas

Kaitan dengan Proses


Pembelajaran
Retrieval pengetahuan sedia ada dalam
ingatan jangka pendek.
Memperoleh maklumat tentang
pengetahuan sedia ada pelajar
Tujuan: membantu guru memulakan
pelajaran daripada perkara yang diketahui
kepada perkara yang tidak diketahui
Cara: ujian pra, soalan

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa Pengajaran
4. Mengemukakan bahan
rangsangan

Kaitan dengan Proses


Pembelajaran
Menekankan ciri-ciri untuk persepsi
pilihan (selective perception)
Kandungan perlu dikelompokkan dan
diorganisasikan secara sistematik dan
bermakna sebelum diterang dan
didemonstrasikan
Cara: merangkumkan teks, audio,
grafik, jadual, model, gambar rajah dan
video

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa
Kaitan dengan Proses
Pengajaran
Pembelajaran
5. Memberikan bimbingan
pembelajaran

Pengekodan semantik; klu untuk


retrieval
Tujuan:
membantu pelajar mengekod maklumat
dalam ingatan jangka panjang.
Cara:
penggunaan contoh, kes-kes kajian,
perwakilan dan pengurusan grafik serta
penggunaan mnemonik, analogi
menggalakkan pelajar membuat
perbandingan antara konsep atau prinsip
atau menggunakan carta aliran untuk
menggambarkan kandungan

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa Pengajaran
Kaitan dengan Proses
Pembelajaran
6. Menggalakkan perlakuan

Meletus organisasi respons


Tujuan:
mengesahkan bahawa pelajar
menguasai pengetahuan yng
betul dan ulangan latihan ini
memanjangkan jangka masa
penyimpanan pengetahuan
Cara:
latihan bertulis, soalan-soalan
dan ujian.
melatih dan mengaplikasi
kemahiran-kemahiran baru dalam
situasi yang berbeza.

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa Pengajaran
Kaitan dengan Proses
Pembelajaran
7. Memberikan maklum balas
tentang prestasi

Menentukan peneguhan
Tujuan: maklum balas positif
dapat memberikan kepastian
kepada pelajar.
Mencadangkan tindakan
pemulihan untuk menambah baik
kelemahan.

8. Menilai prestasi

Meletuskan retrieval; memberikan


ruang untuk peneguhan
Diberi ujian pos atau pentaksiran
akhir untuk menilai penguasaan
pengetahuan dan kemahiran yang
diajar.

Sembilan langkah pengajaran


Peristiwa Pengajaran
Kaitan dengan Proses
Pembelajaran
9. Merangsang penyimpanan dan
pemindahan

Memberikan klu dan strategistrategi untuk retrieval


Memberikan contoh tambahan
dan latihan untuk menambah baik
pemahaman pelajar terhadap
pembelajaran yang telah dikuasai.
Tujuan:
Memastikan pelajar dapat
memindahkan pengetahuan yang
dipelajari ke dalam situasi baru
Mengaplikasikan pengetahuan
yang dipelajari dan berupaya
menyelesaikan masalah harian.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
(Hukum Pembelajaran)
Ewell (1997) telah membentuk satu
model yang menggambarkan prinsipprinsip pembelajaran dan ini telah
mempengaruhi penguasaan
pengetahuan, perkembangan kemahiran
dan kompetensi apabila diaplikasi di
dalam bilik darjah.

8 prinsip yang diadaptasi daripada


model Ewell(1997) terdiri daripada
berikut:

Penglibatan aktif
Perkaitan dan corak/konstruktivisme
Pembelajaran informal
Pengalaman langsung
Situasi mendesak
Maklum balas berterusan
Suasana yang menyeronokkan
Refleksi

1.Penglibatan Aktif
Definisi: Merupakan keadaan di mana
pelajar berinteraksi secara aktif dengan
bahan pembelajaran serta dapat
mengingat kembali maklumat dengan
berkesan.
Pelajar akan turut aktif dan responsif
selain melaksanakan tugasan/aktiviti.
Pengetahuan tidak disampaikan kepada
pelajar secara langsung tetapi pelajar
harus boleh mereka dan membina
pengetahuan.

Penglibatan Aktif
Pendapat tokoh:
i. Mayer (2004): pembelajaran aktif merupakan hasil
kerja ahli-ahli teoris yang mempromosikan pembelajaan
penemuan. Beliau mencadangkan pelajar supaya aktif
secara kognitif.
ii. Bruner (1961): beliau mencadangkan pelajar melibatkan
diri secara aktif dengan bahan pembelajaran akan
dapat mengingati kembali maklumat.
iii. Bonwell dan Eison (1991): mencadangkan pelajar
melaksanakan tugasan secara berpasangan dan
membincangkan bahan dalam aktiviti seperti main
peranan, bahas,kajian kes pembelajaran koperatif dan
sebagainya.

Penglibatan Aktif

Contoh aktiviti pembelajaran aktif


seperti murid membuat perbincangan,
murid melakukan pembelajaran
koperatif dan membuat kajian.

2.Perkaitan dan Corak


Definisi: merujuk kepada adaptasi
terhadap konteks pembelajaran baru
dan tugasan dengan mengait,
mengorganisasi dan menggunakan
pengetahuan serta kemahiran yang
telah dipelajari ke dalam strukturstruktur baharu.

Perkaitan dan Corak


Pendapat tokoh:
i. Mengikut woolfolk (2004), pelajar membuat
perkaitan dengan pengetahuan sedia ada
dan pelajar juga membuat perkaitan
tentang bagaimana maklumat boleh
digunakan pada masa hadapan.
Jika diberikan satu konteks
pembelajaran yang spesifik, pelajar boleh
menggunakan corak-corak yang diketahui
dan diorganisasi semula agar lebih
bermakna dalam situasi baru.

Perkaitan dan Corak


Contoh aktiviti:
Murid dapat menggunakan rumusrumus tertentu dalam subjek
matematik untuk menyelesaikan
permasalahan harian.

3.Pembelajaran Informal
Definisi: Pembelajaran tidak hanya
berlaku di dalam bilik darjah ataupun
semasa sesuatu pengajaran.
Pendapat tokoh:
i. Mengikut Bransford et al. (1999)
menegaskan bahawa pusat
pembelajaran dalam sesuatu komuniti
membolehkan pelajar mengaplikasi dan
mengamalkan pengetahuan yang telah
dipelajari secara teori.

Pembelajaran Informal
Contoh aktiviti:
Di satu sudut pembelajaran di mana
guru telah mewujudkan kawasan untuk
pelajar bermain pelbagai permainan
tradisional. Dalam situasi sedemikian,
pelajar belajar secara informal
bagaimana berinteraksi dengan rakan
serta cara bermain alat-alat permainan
tradisional yang tidak diajar oleh guru.

4.Pengalaman Langsung
Definisi: Merujuk kepada learning-bydoing, iaitu pelajar akan belajar jika
mereka melakukan aktiviti pembelajaran
secara langsung.
Ini akan membantu pelajar membentuk
pemahaman individu terhadap apa-apa
yang dipelajari dan mencipta,
mengubah/memurnikan sesuatu idea jika
pelajar mempunyai kekeliruan dalam
topik tertentu.

Membantu pelajar memperbetulkan


pemikiran.
Pelajar diberi peluang untuk menguasai
pengetahuan dan kemahiran dengan
memerhatikan secara langsung
objek/fenomena yang ingin dikaji dan
bukan memperoleh maklumat melalui
pembacaan/pendengaran daripada
pengalaman orang lain.

Pengalaman Langsung
Contoh aktiviti:
Seorang guru membawa muridmuridnya memerhati tingkah laku
haiwan di zoo. Murid sendiri dapat
meneroka dan memperoleh pengalaman
tersebut secara langsung dan bukan
melalui pembacaan sahaja.

5.Situasi Mendesak
Definisi: Situasi yang kompleks dan
mendesak dapat memotivasikan pelajar
untuk mencari penyelesaian.
Pendapat tokoh:
i. Menurut Ewell, implikasi daripada
pembelajaran jenis ini, terdapat satu
keseimbangan antara cabaran dengan
peluang dalam mana-mana situasi
pembelajaran.

Situasi Mendesak
Contoh aktiviti:
Guru memberikan latihan yang
memerlukan murid menyelesaikannya
secara intensif untuk mendapat gred
yang tinggi.Kekangan masa seperti ini
akan mendorong murid untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan
dengan baik dalam masa yang terhad.

6.Maklum Balas Berterusan


Definisi: Maklum balas dalam proses pembelajaran
berperanan bukan semata-mata pemprosesan
maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi prosesproses afektif dan motivasi pelajar.
ia merupakan maklumat yang diberikan kepada
individu tentang kesesuaian tindakan serta respons
mereka.
Di dalam bilik darjah, ia merupakan proses
komunikasi yang biasa selain bertindak sebagai
kawalan.
Maklum balas ialah maklumat yang membolehkan
pelajar menyemak kesesuaian prestasi serta
memantau kemajuan pembelajaran.

Maklum Balas Berterusan


Maklum balas positif digunakan untuk
memberikan maklumat kepada pelajar tentang
aspek pembelajaran/perlakuan yang sesuai.
Maklum balas negatif diberikan untuk
memaklumkan pelajar tentang perlakuan yang
salah.
Maklum balas yang kerap sama ada sebagai
pembetulan/insentif perlu untuk sepanjang
proses pembelajaran supaya pembelajaran
akan berkekalan.

Maklum Balas Berterusan


Contoh aktiviti:
Apabila guru dari satu stesen ke stesen
memberi komen sama ada teguran atau
pujian terhadap aktiviti yang sedang
dilakukan oleh murid dalam kumpulan.
Komen berterusan tersebut dapat
membantu murid mengetahui
perkembangan tugasan yang diberi dan
memotivasikan mereka.

7.Suasana Yang Menyeronokan


Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi oleh
suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap kemesraan,
kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik
darjah.
Satu persekitaran menyeronokan boleh dibentuk
dengan guru mengumpulkan pelajar yang mempunyai
minat yang sama agar mereka rasa lebih selesa dan
berseronok dalam menghasilkan projek bersama.
Suasana pembelajaran akan berkesan jika hubungan
sosial antara guru dengan pelajar serta pelajar
dengan pelajar adalah baik.
Prestasi pembelajaran akan meningkat kerana
ketegangan dapat dikurangkan.

Suasana Yang Menyeronokan


Contoh aktiviti:
a. Pembelajaran akan berlaku melalui aktiviti
yang melibatkan interaksi dan
kepercayaan yang harmoni seperti kaedah
bermain. Galakan dan sokongan yang
ditonjolkan melalui interaksi dalam
konteks pembelajaran menyeronokkan
bertindak sebagai insentif untuk pelajar,
terutamanya pelajar yang berasa
tercabar dan mengambil risiko.

8.Refleksi
Definisi: merupakan proses memikirkan atau merenung
kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri.
Refleksi merupakan satu usaha bermakna untuk
menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran,
membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan
keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi,
kita menjadi lebih sedar da kritis terhadap amalan
kita sendiri dan sebagai kesannya, proses pendidikan
dipertingkatkan.
Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian
kendiri yang memberikan hala tuju tentang apa yang
telah dicapai dan apa yang perlu ditambah baik.

Refleksi

Contoh aktiviti:
Pelajar akan membuat refleksi terhadap
topik yang diberikan. Contohnya, dalam
topik tentang budaya, pelajar boleh reflek
tentang bagaimana menangani situasi apabila
berada dalam satu budaya yang berlainan.
Mereka berfikir tentang cara adaptasi yang
perlu jika mengalami budaya baharu. Dalam
proses ini, pelajar yang reflektif sentiasa
menyoal, mencuba, menilai kembali dan
menambah baik amalannya.

JENIS-JENIS
PEMBELAJA
RAN

Gagne mendefinisikan
pembelajaran sebagai
a change in human
disposition or
capability, which
persist over a period
of time and which is
not simply ascribe to
processes of growth.

Lima jenis pembelajaran utama


1. Kemahiran intelek
2. Maklumat verbal
3. Strategi kognitif
4. Kemahiran psikomotor
5. Sikap

1. Kemahiran Intelek

Merujuk kepada pengetahuan procedural


atau tahu bagaimana.
Gagne membezakan lapan kategori
kemahiran intelek di mana manusia belajar.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Rangsangan Respons
Rantaian
Asosiasi Verbal
Pembelajaran Diskriminasi
Pembelajaran Konsep
Pembelajaran Hukum
Penyelesaian Masalah

2. Maklumat Verbal

Merujuk kepada kebolehan individu menyatakan


sesuatu fakta atau satu set peristiwa secara lisan
atau bertulis.
Sebelum individu dapat membuat demikian, dia
harus mempunyai kemahiran intelek untuk
menyebutkan pernyataan.
Pelajaran digalakkan untuk mengelompokan maklumat
dan mengekod pembelajaran secara bermakna.
Bimbingan dan galakan sedemikian membantu pelajar
untuk menyebut/ menyatakan sesuatu fakta /idea
secara verbal.
Gagne mendefinisikan maklumat verbal sebagai
mengetahui sesuatu/declarative knowledge.

3. Strategi Kognitif
Mengikut Gagne, kemahiran-kemahiran di mana
pelajar dapat mengawal dengan sendiri prosesproses dalaman, iaitu memberikan
perhatian,belajar, mengingati dan memikirkan
sesuatu.
Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini
dalam semua mata pelajaran tanpa mengira
kandungan.
Justeru, pelajar perlu menguasai pelbagai
strategi seperti strategi mengingat, strategi
berfikir dan strategi mengingati kembali apaapa yang telah dipelajari.

3. Strategi Kognitif
Salah satu strategi yang boleh digunakan oleh pelajr
ialah mengemukakan soalan-soalan tentang bahan
teks yang telah dipelajari pada akhir pembacaan atau
menggambarkan semua isi penting dalam satu peta
minda setelah membaca teks yang diberikan.
Guru dapat membantu pelajar menguasai strategi
kognitif dengan menunjuk cara strategi kepada
pelajar di samping memberikan peluang untuk mereka
melatih strategi tersebut sehingga mereka dapat
menguasai strategi tersebut.
Dalam proses ini, guru perlu memberikan peneguhan
serta maklum balas positif terhadap keaslian atau
kreativiti dalam penggunaan strategi tersebut.

4. Kemahiran Psikomotor
Merupakan kebolehan melakukan sesuatu perlakuan
dengan menggunakan otot-otot manusia.
Jenis pembelajaran ini memerlukan perlakuan/aktiviti
secara tepat dan betul dengan pergerakan otot.
Seseorang dikatakan telah menguasai kemahiran
psikomotor jika individu itu dapat menyusun atur
pergerakan secara menyeluruh yang lancar
dilaksanakan, serta tepat dari segi masa.
Kemahiran psikomotor akan bertambah baik dari segi
ketepatan masa da kelancaran melalui latihan
berterusan dalam satu jangka masa panjang.
Contohnya memainkan sebuah lagu dengan betul
menggunakan gitar.

5. Sikap

Menurut Gagne, sikap merujuk kepada keadaan


dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan peribadi
terhadap objek, orang perseorangan /peristiwa.
Penekanan ini ialah kesan sikap terhadap tingkah laku,
iaitu pilihan tindakan yang dilakukan oleh individu.
Demi memupuk sikap yang diingini, guru perlu kaitkan
kejayaan dengan tertentu, kaitkan juga sikap dengan
model yang disanjungi ramai serta sentiasa
mengaturkan tindakan peribadi yang dikaitkan dengan
sikap yang diingini.
Maklum balas perlu diberikan kepada perlakuan/
prestasi yang berjaya.
Secara umumnya, tindakan setiap individu amat
dipengaruhi oleh sikap.

2.5 Kesimpulan
Pemahaman tentang
proses pembelajaran amat
relevan dan berguna
kepada semua guru.
Proses pembelajaran
Gagne sememangnya
digunakan dalam proses
pengajaran tanpa mengira
apa-apa jua hasil
pembelajaran yang ingin
dicapai.

Banding bezakan prinsip-prinip pembelajaran


Ewell dengan prinsip pembelajaran Gagne
Prinsip Pembelajaran
Ewell

Prinsip
Pembelajajaran Gagne

Persamaan
Prinsip Pembelajaran
Ewell

Prinsip
Pembelajajaran Gagne

1. Berlakunya interaksi antara guru dan


murid.
2. Melibatkan semua jenis perkembangan
kemahiran dan kompetensi.
3. Wujudnya suasana yang menyeronokkan
dan menarik perhatian.
4. Pembelajaran secara aktif.
5. Memberikan maklum balas

Perbezaan
Prinsip Pembelajaran
Ewell
1. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran adalah
tidak formal
2. Pemerolehan
pengalaman secara
langsung
3. Penglibatan guru
sebagai fasilitator

Prinsip
Pembelajajaran Gagne
1. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran adalah
formal
2. Pemerolehan
pengalaman secara
menghubungkaitkan
pengalaman baru dan
lama. guru
3. Penglibatan
adalah sepenuhnya

4. Penilaian secara tidak


formal

4. Penilaian secara
formal

You might also like