You are on page 1of 25

QIRAAT

HBQE 2203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 2203
QIRAAT

NAMA

NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

NO MATRIK

791206135060001

NO KAD PENGENALAN

791206-13-5060

NO TELEFON

019-8915001

E-MEL

noridah612@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH

ENCIK SALEHUDDIN B HJ SABAR

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTER

SEPTEMBER 2015

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

Isi Kandungan

1.0

Muka surat

PENDAHULUAN

[2]
1.1 Pengertian Qiraat al-Quran
[3]
1.2

Sejarah Perkembangan Qiraat

[4-6]
2.0

KONSEP TALAQI MUSYAFAHAH PADA ZAMAN RASULULLAH

DAN PARA
2.1

[7-9]

Kepentingan Pelajari Bacaan al-Quran Secara Talaqqi

Musyafahah [10-11]
3.0 HURAIAN TENTANG PERBEZAAN QIRAAT
[12-13]
3.1

Latar Belakang Timbulnya Perbezaan Qiraat


[14]

3.2

Pengaruh Perbezaan Qiraat Terhadap Istinbat Hukum


[15-16]

4.0

KHILAF FARSY BAGI QIRAAT TUJUH DI DALAM SURAH AL-

FALAQ

[17-23]

5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

[24]
[25]

QIRAAT
HBQE 2203

1.0 PENDAHULUAN
Kaedah talaqqi musyafahah ini asasnya mengutamakan sebutan dan bacaan yang
tepat dari segi makhraj dan sifat huruf serta bacaan kalimah. Hal ini adalah melalui
pemerhatian pergerakan mulut guru secara berdepan atau bersemuka dengan murid.
Kemudian, murid mestilah menyebut atau mengikut cara sebutan guru sepertimana yang
ditunjukkan oleh guru tersebut dan perkara yang perlu dititik beratkan semasa
menggunakan kaedah talaqqi musyafahah adalah, kelemahan contoh bacaan daripada
guru memberi kesan besar kepada murid. Hal ini kerana, murid akan mengikuti dan
mencontohi bacaan guru dalam amalannya.
Kaedah ini bertujuan adalah untuk memudahkan murid menyebut dan membunyikan
huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat. Selain itu, murid juga dapat membezakan
bacaan panjang atau pendek sebutan huruf dan membaca dengan betul dan fasih
sepertimana guru yang bertindak sebagai seorang mursyid. Bahkan kaedah ini juga secara
tidak langsung dapat memupuk sifat dalam diri pelajar supaya yakin dan berani mencuba
di hadapan guru.
Ciri-ciri kaedah talaqqi musyafahah yang utama ialah ianya disampaikan secara
individu dan kumpulan. Pembimbing juga perlu menguasai kemahiran yang baik agar
input yang disampaikan kepada murid adalah benar kerana murid-murid akan menambil
maklumat terus dari guru. Selain itu, ciri kaedah talaqqi musyafahah juga adalah
memerlukan penglibatan murid yang aktif. Pembelajaran dan pengajaran boleh dijalankan
dalam kelas atau di luar kelas, serta teks perlulah ada samada naskah al-Quran,
muqaddam ataupun teks-teks lain.Melalui kaedah talaqqi musyafahah juga, murid secara
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

tidak langsung diajar mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti
hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.

1.1 Pengertian Qiraat al-Quran


Secara etimologi, perkataan qiraat adalah dalam bentuk masdar dari perkataan qaraa
yang bermaksud bacaan. Sedangkan menurut terminologi, terdapat banyak pendapat
ulama mengenai pengertian makna qiraat ini. Menurut Syeikh al-Dimyathi, qiraat adalah
suatu ilmu untuk mengetahui cara pengucapan lafaz al-Quran.
Pentafsir al-Quran sedunia merangkap pensyarah di Universiti Mutah, Jordan,
Syeikh Solah Khalifa Muhammad menerangkan secara tepat mengenai cara mengenali
bacaan (qiraat) berdasarkan pembacaan Nabi SAW dan para sahabat Baginda. Syeikh
Solah Khalifa menerangkan sejelasnya pengenalan, sejarah dan kaedah pembacaan
Riwayat Hafsin an Aasim dan Riwayat Syukbah serta bagaimana untuk mengetahui
qiraat al-Quran merangkumi selain daripada yang sering digunakan di Nusantara.
Menurut Imam Shihabuddin al-Qushthal pula qiraat adalah suatu ilmu untuk
mengetahui kesepakatan serta perbezaan ahli qiraat, seperti bersangkutan dengan aspek
bahasa, irab, isbat, fasal dan lain-lain yang diperoleh dengan cara periwayatan.
Menurutnya, berdasarkan definisi itu, jelas qiraat al-Quran berasal daripada Nabi
SAW. Dimaksudkan qiraat dalam perbahasan ini, iaitu cara pengucapan lafaz- lafaz AlQuran sebagaimana diucapkan Nabi SAW atau sebagaimana yang diucapkan sahabat di
hadapan Nabi lalu Baginda bersetuju dengannya dan Qiraat al-Quran pula diperoleh
berdasarkan periwayatan Nabi SAW, baik secara filiyah mahupun taqririyah.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

1.2 Sejarah Perkembangan Qiraat


Pembahasan tentang sejarah dan perkembangan ilmu qira'at ini bermula dengan
adanya perbezaan pendapat tentang waktu mula diturunkannya qira'at. Ada dua pendapat
mengenai hal ini; Pertama, qira'at mulai diturunkan di Makkah bersamaan dengan
turunnya al-Qur'an. Alasannya adalah bahawa sebahagian besar surat-surat al-Qur'an
adalah Makkiyah di mana terdapat juga di dalamnya qira'at sebagaimana yang terdapat
pada surat-surat Madaniyah. Hal ini menunjukkan bahawa qira'at itu sudah mula
diturunkan sejak di Makkah.
Kedua, qira'at mulai diturunkan di Madinah sesudah peristiwa Hijrah, di mana orangorang yang masuk Islam sudah banyak dan saling berbeza ungkapan bahasa Arab dan
dialeknya. Pendapat ini dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
dalam kitab shahihnya, demikian juga Ibn Jarir al-Tabari dalam kitab tafsirnya. Hadis
yang panjang tersebut menunjukkan tentang waktu dibolehkannya membaca al-Qur'an
dengan tujuh huruf adalah sesudah Hijrah, sebab sumber air Bani Gaffar - yang
disebutkan dalam hadis tersebutterletak di dekat kota Madinah.
Kuatnya pendapat yang kedua ini tidak bererti menolak membaca surat-surat yang
diturunkan di Makkah dalam tujuh huruf, kerana ada hadis yang menceritakan tentang
adanya perselisihan dalam bacaan surat al-Furqan yang termasuk dalam surat Makkiyah,
jadi jelas bahawa dalam surat-surat Makkiyah juga dalam tujuh huruf.
Ketika mushaf disalin pada masa Usman bin Affan, tulisannya sengaja tidak diberi
titik dan harakat, sehingga kalimat-kalimatnya dapat menampung lebih dari satu qira'at
yang berbeza. Jika tidak boleh dilindungi oleh satu kalimat, maka ditulis pada mushaf

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

yang lain. Demikian seterusnya, sehingga mushaf Usmani termasuk ahruf sab'ah dan
pelbagai qira'at yang ada.

Periwayatan dan Talaqqi guru membaca dan murid mengikuti bacaan tersebut) dari
orang-orang yang tsiqoh dan dipercaya merupakan kunci utama pengambilan qira'at alQur'an secara benar dan tepat sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada para
sahabatnya. Para sahabat berbeza-beza ketika menerima qira'at dari Rasulullah. Ketika
Usman menghantar mushaf-mushaf ke berbagai kota Islam, beliau menyertakan orang
yang sesuai qiraatnya dengan mushaf tersebut. Qira'at orang-orang ini berbeza-beza satu
sama lain, sebagaimana mereka mengambil qira'at dari sahabat yang berbeza pula,
sedangkan sahabat juga berbeza-beza dalam mengambil qira'at dari Rasulullah SAW.
Dinyatakan di sini , para Sahabat ahli qira'at, antara lain adalah: Usman bin Affan, Ali
bin Abi Talib, Ubay bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Ibn Mas'ud, Abu al-Darda ', dan Abu
Musa al- 'Asy'ari.Para sahabat kemudian meenyebarkan ke seluruh pelusuk dunia Islam
dengan membawa qira'at masing-masing. Hal ini menyebabkan berbeza-beza juga ketika
Tabi'in mengambil qira'at dari para Sahabat. Demikian halnya dengan Tabiut-tabi'in yang
berbeza-beza dalam mengambil qira'at dari para Tabi'in.
Ahli-ahli qira'at di kalangan Tabi'in juga telah tersebar di seluruh dunia
.ParaTabi'in ahli qira'at yang tinggal di Madinah antaranya ialah: Ibn al-Musayyab,
'Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman dan'Ata' (keduanya putra Yasar), Muadz
bin Harits yang terkenal dengan Mu'ad al-Qari ', Abdurrahman bin Hurmuz al-A'raj, Ibn
Syihab al-Zuhri, Muslim bin Jundab dan Zaid bin Aslam.
Manakala yang tinggal di Makkah, iaitu: 'Ubaid bin'Umair,' Ata 'bin Abu Rabah,
Tawus, Mujahid,' Ikrimah dan Ibn Abu Malikah.Tabi'in yang tinggal di Kufah, ialah:
'Alqamah, al-Aswad, Maruq,' Ubaidah, 'Amr bin Surahbil, al-Haris bin Qais,' Amr bin
Maimun, Abu Abdurrahman al-Sulami, Said bin Jabir, al- Nakha'i dan al-Sya'bi.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

Sementara Tabi'in yang tinggal di Basrah, adalah Abu 'Aliyah, Abu Raja', Nasr bin 'Asim,
Yahya bin Ya'mar, al-Hasan, Ibn Sirin dan Qatadah. Tabi'in yang tinggal di Syam adalah:
al-Mugirah bin Abu Syihab al-Makhzumi dan Khalid bin Saad.
Keadaan ini berterusan sehingga kemunculan para imam qiraat yang mahsyur, yang
mengkhususkan diri dalam qira'at - qira'at tertentu dan mengajarkan qira'at mereka
masing-masing.Perkembangan selanjutnya ditandai dengan munculnya masa pembukuan
qira'at. Para ahli sejarah menyebutkan bahawa orang yang pertama kali menuliskan ilmu
qira'at adalah Imam Abu Ubaid al-Qasim bin Salam yang wafat pada tahun 224 H. Ia
menulis kitab yang diberi nama al-Qira'at yang menghimpun qiraat dari 25 orang perawi.
Pendapat lain menyatakan bahawa orang yang pertama kali menuliskan ilmu qiraat
adalah Husain bin Usman bin Tsabit al-Baghdadi al-Dharir yang wafat pada tahun 378 H.
Dengan demikian mulai saat itu qira'at menjadi ilmu tersendiri dalam 'Ulum al-Qur'an.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

2.0 KONSEP TALAQI MUSYAFAHAH PADA ZAMAN RASULULLAH DAN


PARA SAHABAT
Kaedah Talaqqi Musyafahah di definisikan kaedah mempelajari bacaaan al-Quran
yang tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana
yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui peristiwa
di Gua Hira ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. seperti
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril membaca terlebih
dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian
Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu
Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan seterusnya membacakan kepada para
sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w. Bacaan tersebut juga
dituliskan dan seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
Lebih mudah ialah, guru membacakan sepotong ayat kepada sekumpulan murid dan
kemudian murid mengikut bacaan guru secara berhadapan dengan guru beramai-ramai.
Kaedah ini juga dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan malaikat Jibril sekali
dalam setahun, dan pada di akhir hayatnya baginda melakukannya 2 kali dalam setahun.
Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang
diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima
pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya
mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada seorang
murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.
Di dalam musyafahah terdapat dua cara yang lazim digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran membaca al-Quran. Pertama adalah dengan cara guru
membacakan ayat di hadapan murid dan didengari murid sahaja. Cara ini disebut al791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

Mutaqaddimin. Manakala cara kedua pula, murid membaca di hadapan guru dan guru
hanya menyemak serta membetulkan mana-mana bacaan yang salah. Cara ini sering
disebut sebagai cara al-Mutaakhirin.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan
secara langsung kepada gurunya. Hal ini kerana, setiap guru al-Quran atau salasilah guru
al-Quran sanadnya adalah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Di sinilah terletaknya
kepentingan berguru di dalam membaca al-Quran secara talaqqi musyafahah iaitu
langsung dari mulut ke mulut dengan bersemuka secara langsung.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra yang
bermaksud:
Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhku agar membacakan al-Quran kepadamu. Jawab
Ubay, Allah memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi s.a.w., Allah
s.w.t. telah memilih dan menamakan kamu disisiku. Maka Ubay pun menangis.
Pendekatan pengajaran al-Quran secara talaqqi dan musyafahah telah diamalkan
sejak zaman Rasulullah saw lagi. Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, pembacaan alQuran telah diwarisi secara penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut
bagi menepati bacaan yang telah diturunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil
(bertajwid).
"Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil
(bertajwid)" (Surah Al-Furqan, ayat: 32)

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan supaya pembacaan al-Quran itu diambil dan
dipelajari dari 4 orang sahabat terkemuka dengan sabdanya:

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

"Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud, Salim,
Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad" (Sahih Bukhari, Kitab fadhail amal, Bab al-Qurra
min ashab al-nabiy)
Al-Quran bersama Ku setiap setahun sekali, kemudian dua kali setahun, maka aku
dapat merasakan kehadiran ajalKu"(Sahih Bukhari))
Berdasarkan sumber-sumber dari al-Quran dan al-Sunnah di atas jelaslah
menunjukkan kaedah talaqqi dan musyafahah telah diamalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran sejak dari awal penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. lagi.

2.1 Kepentingan Pelajari Bacaan al-Quran Secara Talaqqi Musyafahah


Mempelajari bacaan al-Quran secara talaqqi adalah satu perkara yang amat penting .
Talaqqi bermaksud mengambil ilmu daripada seorang guru secara berdepan dan
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

QIRAAT
HBQE 2203

menerima penjelasannya satu persatu dari mula hingga ke akhir bab. Kerana itulah tidak
memadai hanya mempelajarinya di kitab sahaja tanpa mempelajarinya secara bertalaqqi
daripada seorang guru yang mutqin dan amat memelihara bacaan al-Quran.
Ia dititik beratkan kerana tidak semestinya apa yang ditulis dalam mashaf akan sama
dengan apa yang dibaca. Ditambah pula dengan ayat-ayat al-Quran sebenarnya dibaca
dengan berbagai bacaan atau lahjah qiraat sebagaimana yang diajar oleh baginda rasul
s.a.w bertujuan untuk memudahkan umatnya membaca al-Quran tanpa hanya satu cara
bacaan sahaja. Di mana bacaan-bacaan itu diriwayatkan oleh berbagai imam yang sampai
sanadnya daripada rasauluLlah s.aw. Sebagai contoh di Malaysia umat Islam secara
keseluruhannya mengamalkan bacaan yang diriwayatkan oleh Imam Hafs yang diambil
daripada gurunya Imam Asim sanadnya sampai kepada RasulLah s.a.w melalui Abi
Abdir Rahman asSalamiy yang diterima daripada Ali karamaLlahu wajhah. Begitu juga
dengan bacaan-bacaan lain sanadnya juga sampai kepada RasuluLlah s.a.w melalui
sahabat yang lain pula. Sebagai
Sebahagian pembaca al-Quran pula mungkin berbeza cara membacanya walaupun
lafaz dan tulisannya adalah sama berikutan pembaca memahami makna dan usul-usul
kalimah-kalimah tersebut dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin juga disebabkan
oleh berbeza cara menikmati dan mendengar ayat-ayat al-Quran. Kesemua ini akan dapat
dipelihara jika sekiranya pembelajaran al-Quran secara talaqqi diamalkan dan
memperolehinya daripada guru yang berkelayakkan.Kekurangan yang ada ialah para
pembaca al-Quran tidak dapat menentu dan mengenali guru yang benar-benar
berkelayakkan untuk mengajar. Akibatnya bacaan yang mereka terima itu salah dan
mengelirukan. Jadi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pembaca atau pelajar
menyelidiki kelayakkan seseorang guru sebelum mereka memulakan pembelajaran.
Satu peringkat, ada sesetengah pembaca al-Quran salah dalam bacaannya sehingga
hampir-hampir makna ayat tersasar daripada kehendak ayat. Ini terjadi kerana mereka
tidak berhati-hati dan bersikap ambil mudah ketika membaca al-Quran. Jika pembaca
seorang yang mahir, peka, faham dan menikmati ayat satu persatu sudah tentu bacaannya
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

10

QIRAAT
HBQE 2203

menepati sebutan huruf, makna mengikut kehendak ayat, menepati hukum bacaan, dan
sempurna waqaf ibtida. Mereka juga tahu bila bacaan mereka

salah dan akan

mengulanginya semula dengan bacaan yang betul.


Sebagaimana hukum-hukum dalam al-Quran itu tidak memadai sekadar menadah
ilmu di kitab bahkan perlu mempelajarinya secara mendengar ,bertalaqqi dan juga secara
musyafahah yang berterusan. Cara ini merupakan ikutan daripada cara rasulullah s.a.w
menerima bacaan al-Quran bersama hukum-hukumnya daripada Jibril a.s dengan cara
bertalaqqi dan menerima secara musyafahah pula daripada Allah Taala . Begitu juga ia
sampai kepada kita dengan cara tawatur secara berkumpulan yang tidak sekali-kali
mungkin berlakunya pembohongan] dan memastikan kesahihan sanad merupakan salah
satu daripada 3 rukun kesahihan al-Quran .

3.0 HURAIAN TENTANG PERBEZAAN QIRAAT


Menurut Imam Shihabuddin al-Qushthal, qiraat adalah Suatu ilmu untuk
mengetahui kesepakatan serta perbezaan para ahli qiraat, seperti yang bersangkutan
dengan aspek bahasa, irab, isbat, fasal dan lain-lain yang diperolehi dengan cara
periwayatan. Dari definisi-definisi di atas, nampak bahawa qiraat al-Quran berasal dari
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

11

QIRAAT
HBQE 2203

Nabi Muhammad SAW, melalui al-sima ( ) dan an-naql ( ) . Berdasarkan


huraian di atas pula dapat disimpulkan bahawa:
Qiraat dimaksudkan adalah cara pengucapan lafaz-lafaz al-Quran sebagaimana yang di
ucapkan Nabi saw atau sebagaimana yang di ucapkan para sahabat di hadapan Nabi lalu
beliau mentaqrirkannya.
Qiraat al-Quran diperolehi berdasarkan periwayatan Nabi saw, baik secara filiyah
maupun taqririyah.
Qiraat al-Quran tersebut adakalanya memiliki satu versi qiraat dan adakalanya memiliki
beberapa versi. Selain itu ada beberapa ulama yang mengaitkan definisi qiraat dengan
mazhab atau imam qiraat tertentu. Muhammad Ali ash-Shobuni contohnya,
mengemukakan definisi sebagai berikut: Qiraat merupakan suatu mazhab tertentu dalam
cara pengucapan al-Quran, dianuti oleh salah satu imam qiraat yang berbeza dengan
mazhab yang lain, berdasarkan sanad-sanadnya yang bersambung sampai kepada Nabi
saw.

Sehubungan dengan ini, terdapat beberapa istilah tertentu dalam menisbatkan suatu
Qiraat al-Quran kepada salah seorang imam qiraat dan kepada orang-orang sesudahnya.
Istilah tersebut antara lain adalah sebagai berikut:

1. : Apabila Qiraat al-Quran dinisbatkan kepada salah seorang imam qiraat tertentu
seperti qiraat Nabi umpamanya.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

12

QIRAAT
HBQE 2203

2. : Apabila Qiraat al-Quran dinisbatkan kepada salah seorang perawi qiraat dari
imamnya.

3. : Apabila Qiraat al-Quran dinisbatkan kepada salah seorang pembaca al quran


berdasarkan pilihannya terhadap versi qiraat tertentu.

3.1 Latar Belakang Timbulnya Perbezaan Qiraat


Mengenai hal ini, terjadi perbezaan pula dari para ulama tentang apa sebenarnya yang
menyebabkan perbezaan tersebut. Berikut adalah pendapat-pendapat para ulama:
1.

Sebagaimana ulama berpendapat bahwa perbeaan Qiraat al-Quran disebabkan kerana

perbezaan qiraat Nabi saw, ertinya dalam menyampaikan dan mengajarkan al-Quran,
baginda membacakannya dalam berbagai versi qiraat. Contoh: Nabi pernah membaca
ayat 76 surat ar-Rahman dengan qiraat yang berbeza. Ayat tersebut berbunyi
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

13

QIRAAT
HBQE 2203

Lafaz ( ) juga pernah dibaca Nabi dengan lafaz ( ) , demikian pula dengan
lafaz ( ) pernah dibaca () , sehingga menjadi:

2. Pendapat lain mengatakan: Perbezaan pendapat disebabkan adanya taqrir Nabi saw
terhadap berbagai qiraat yang berlaku dikalangan kaum muslimin pada saat itu. Sebagai
contoh: ( ) dibaca ( ) , atau ( ) dibaca ( ) .
3. Suatu pendapat mengatakan, perbezaan qiraat disebabkan kerana perbezaannya qiraat
yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi saw melalui perantaraan malaikat Jibril as.
4. Jumhur ulama ahli qiraat berpendapat bahawa perbezaan qiraat adalah disebabkan
dengan adanya riwayat para sahabat Nabi saw berbagai versi qiraat yang ada.
5. Sebahagian ulama berpendapat, perbezaan qiraat disebabkan adanya perbezaan dialek
bahasa di kalangan bangsa Arab pada masa turunnya al-Quran.
6. Perbezaan qiraat merupakan hasil ijtihad atau rekaan para imam qiraat. Baihaqi
menjelaskan bahawa mengikuti orang-orang sebelum kita dalam hal-hal qiraat merupakan
sunnah, tidak boleh menyalahi mushaf dan tidak pula menyalahi qiraat yang mashur
meskipun tidak berlaku dalam bahasa arab.

3.2 Pengaruh Perbezaan Qiraat Terhadap Istinbat Hukum


Sebelum masuk kepada pengaruh perbezaan qiraat terhadap istinbat hukum,
perkataan istinbat ( ) adalah dari Bahasa Arab yang akar katanya al-nabth bererti
air yang pertama kali keluar atau tampak pada saat seseorang menggali telaga.
Adapun istinbat menurut bahasa bererti: Mengeluarkan air dari mata air (dalam
tanah), kerana itu, secara umumnya kata istinbat ini dipergunakan dalam erti istikhraj ,
mengeluarkan. Sedangkan menurut istilah, yang dimaksudkan dengan istinbat ialah:
Mengeluarkan kandungan hukum dari nas-nas yang ada (al-Quran dan al-Sunnah),
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

14

QIRAAT
HBQE 2203

dengan ketajaman nalar serta kemampuan yang optimal.Dari definisi di atas, dapat
difahami bahawa, kepentingan istinbat iaitu: Upaya melahirkan ketentuan-ketentuan
hukum yang terdapat baik dalam al-Quran maupun dari al-Sunnah. Mengenai objek atau
sasarannya iaitu dalil-dalil syari baik berupa nas maupun bukan nas, namun hal ini masih
berasaskan kepada nas.
Adapun perbezaan qiraat al-Quran yang khusus menyangkut ayat-ayat hukum dan
berpengaruh terhadap istinbat hukum, dapat dikemukakan dalam contoh berikut: Firman
Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat,
maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan
(basuh) kakimu sampai kedua mata kaki. (QS. al-Maidah/5: 6)
Ayat ini menjelaskan, bahwa seseorang yang hendak mendirikan solat, diwajibkan
berwuduk. Caranya adalah seperti yang disebutkan dalam firman Allah di atas. Sementara
itu, para ulama berbeza pendapat tentang apakah dalam berwuduk, kedua kaki wajib
dicuci atau hanya wajib disapu dengan air.
Hal ini adalah kerana adanya dua versi qiraat yang bersangkut dalam hal ini. Ibn Katsir,
Hamzah dan Abu Amr membaca . Nafi, Ibn Amir dan al-Kisai membaca
Sementara Ashm riwayat Syubah membaca , sedangkan Ashm riwayat Hafsah
membaca .
Qiraat menurut zahirnya menunjukkan bahawa kedua kaki wajib dicuci, yang
dalam hal ini mathuf kepada . Sementara qiraat menurut zahirnya
menunjukkan bahawa kedua kaki hanya wajib disapu dengan air, yang dalam hal ini
mathuf kepada . Jumhur ulama lebih cenderung memilih qiraat ,
mereka memberikan argumentasi sebagai berikut: (a). Menunjukkan betapa terpelihara
dan terjaganya kitab Allah dari perubahan dan penyimpangan. (b). Dalam ayat tersebut
Allah membataskan kaki sampai mata kaki, sebagaimana halnya membatasi tangan
sampai dengan siku. Hal ini menunjukkan bahwa dalam berwuduk, kedua kaki wajib
dicuci sebagaimana diwajibkannya mencuci kedua tangan.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

15

QIRAAT
HBQE 2203

Selain itu jumhur berupaya mentawilkan qiraat sebagai berikut:


a. Qiraat kedudukannya mathuf kepada kata , akan tetapi kata dibaca
majrur disebabkan karena berdekatan dengan yang juga majrur.
b. Lafaz dalam ayat tersebut dibaca majrur, semata-mata kerana mathuf kepada
lafaz yang majrur. Akan tetapi mathufnya hanya dari segi lafaz bukan dari segi
makna.
Dari huraian di atas nampak jelas bahawa perbezaan qiraat dapat menimbulkan
perbezaan istinbat hukum. Qiraat dipahami oleh jumhur ulama dengan
menghasilkan ketentuan hukum, bahwa dalam berwuduk diwajibkan mencuci kedua kaki,
sementara qiraat difahami oleh sebahagian ulama dengan menghasilkan ketentuan
hukum bahwa dalam berwuduk tidak diwajibkan mencuci kedua kaki, akan tetapi
diwajibkan mengusapnya. Sementara ulama lainnya membolehkan untuk memilih salah
satu dari kedua ketentuan hukum tersebut. Dan ada pula yang mewajibkan untuk
menggabungkan kedua ketentuan hukum tersebut.

4.0 KHILAF FARSY BAGI QIRAAT TUJUH DI DALAM SURAH AL-FALAQ

NAMA

RIWAYAT

AYAT

KALIMAH

CARA BACAAN

IMAM
1.Nafi

al- Qalun

Madani

Menjelaskan
saktah

bacaan

bacaan
Hamzah

tanpa saktah pada sukun


sebelumnya.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

16

QIRAAT
HBQE 2203

Warsy

Memindahkan(naqal)baris
hamzah

pada

sukun

sebelumnya beserta huruf


hamzah dihazafkan.
Qalun

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
Warsy

Memindahkan(naqal)baris
hamzah

pada

sukun

sebelumnya beserta huruf


hamzah dihazafkan.
Qalun

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
Warsy

Memindahkan
( naqal)baris hamzah pada
sukun sebelumnya beserta
huruf hamzah dihazafkan.

Qalun

Memisahkan

bacaan

antara dua surah dengan


Basmalah.

Warsy

1.Memisahkan

bacaan

antara dua surah dengan


Basmalah.
2.Membaca dengan saktah
tanpa basmlah.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

17

QIRAAT
HBQE 2203

3.Menyambung dua surah


tanpa basmalah.
Ibn Kathir al- Al-bazi
Makki

& 1

Al-Qunbul

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Al-bazi

& 3

Al-Qunbul

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya/

Al-bazi

& 5

Al-Qunbul

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Al-bazi

& 5

Al-Qunbul

Memisahkan

bacaan

antara dua surah dengan


Basmalah.

Abu

amru Al-Duuri & 1

bin al-ala

Al-Suusi

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Al-Duuri & 3

Menjelaskan

bacaan

Al-Suusi

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Al-Duuri & 5

Menjelaskan

bacaan

Al-Suusi

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

18

QIRAAT
HBQE 2203

Al-Duuri & 5

1.Memisahkan

bacaan

Al-Suusi

antara dua surah dengan


Basmalah.
2.Membaca dengan saktah
tanpa basmlah.
3.Menyambung dua surah
tanpa basmalah.

Ibn aamir al- Hisyam


Dimasyqi

& 1

Ibn Zakwan

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Hisyam

& 3

Ibn Zakwan

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Hisyam

& 5

Ibn Zakwan

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Hisyam

& 5

Ibn Zakwan

1..Memisahkan

bacaan

antara dua surah dengan


Basmalah.
2.Membaca dengan saktah
tanpa basmlah.
3.Menyambung dua surah
tanpa basmalah.

Asim al-Kufi

Syubah & 1

Menjelaskan

bacaan

Hafs

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

19

QIRAAT
HBQE 2203

Syubah & 3

Menjelaskan

bacaan

Hafs

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Syubah & 5

Menjelaskan

bacaan

Hafs

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Syubah & 5

Memisahkan

bacaan

Hafs

antara dua surah dengan


Basmalah.

Hamzah

al- Khollad

Kufi

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
Khollaf

1.Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
2.Menjelaskan

bacaan

hamzah

saktah

beserta

pada sukun sebelumnya.


Khollad

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
Khollaf

1.Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

20

QIRAAT
HBQE 2203

2.Menjelaskan

bacaan

hamzah

saktah

beserta

pada sukun sebelumnya.


Khollad

Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
Khollaf

1.Menjelaskan

bacaan

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.
2.Menjelaskan

bacaan

hamzah

saktah

beserta

pada sukun sebelumnya.

Khollaf

& 5

Khollad

Menyambung dua surah


tanpa basmalah.

Al-Kisaie al- Abu Harith 1

Menjelaskan

Kufi

hamzah tanpa saktah pada

& al-Duuri

bacaan

sukun sebelumnya.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

21

QIRAAT
HBQE 2203

Abu Harith 3

Menjelaskan

bacaan

& al-Duuri

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Abu Harith 5

Menjelaskan

bacaan

& al-Duuri

hamzah tanpa saktah pada


sukun sebelumnya.

Abu Harith 5

Memisahkan

bacaan

& al-Duuri

antara dua surah dengan


Basmalah.

5.0 KESIMPULAN
Mempelajari ilmu Qiraat mempunyai kepentingan dan peranannya yang saling
berkaitan di dalam ilmu syariah . Qiraat adalah satu ilmu yang sangat penting dan
mempunyai peranannya yang tersendiri. Antara kepentingan dan peranannya ialah
memudahkan ahli fuqaha (ahli fiqh) untuk mendapatkan hukum. Qiraat menjadi dasar
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

22

QIRAAT
HBQE 2203

penting dalam bidang ilmu fiqh kerana untuk mengetahui atau menentukan sesuatu
hukum dan untuk menistinbat sesuatu hukum, ahli fiqh mestilah mempelajari ilmu Qiraat
disamping perlu menguasainya.
Selain itu, kepentingan ilmu Qiraat ialah sebagai keperluan asasi bagi pelaksanaan
syariat Islam. Asasi bagi pelaksanaan yang perlu dilakukan bagi melaksanakan syariat
Islam ialah salah satu daripada berkaitan dengan peranan al-Qur'an iaitu pelaksanaan
ajaran Islam secara menyeluruh berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Kesimpulan yang
boleh dibuat ialah pentingnya peranan ilmu Qiraat di dalam ilmu syariah bagi ahli fuqaha'
untuk menentukan sesuatu hukum. Sesungguhnya ilmu Qiraat sebahagian ilmu al-Qur'an
dan merupakan ilmu yang sangat luas.
Dengan berbagai variasi qiraat, maka banyak sekali manfaat atau faedah mempelajari
qiraat, diantaranya:
1. Menunjukkan betapa terpelihara dan terjaganya kitab Allah dari perubahan dan
penyimpangan.
2. Meringankan umat Islam dan memudahkan mereka untuk membaca al-Quran
3. Bukti kemukjizatan al-Quran dari segi kepadatan makna, kerana setiap qiraat
menunjukkan sesuatu hukum syara tertentu tanpa perlu pengulangan lafaz.
4. Penjelasan terhadap apa yang mungkin masih global dalam qiraat lain.
5. Memperbanyakkan pahala.

3761 Patah perkataan

RUJUKAN
Abdullah Hj. Salleh ( 1994 ).Al-Qiraat : Sejarah dan bacaannya.Kuala Lumpur :Pustaka
Al-Azim.
Manna Khalil Qattan ( 1998 ). Mabahis Fil Ulum al-Quran .Beirut : Muassasah al
Risalah.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

23

QIRAAT
HBQE 2203

Muhammad Abdul Azim al-Zaqani. ( 2011 ).Minhal al-irfan fil ulum al-Quran Beirut:AlMaktabah al-Asriyyah.
Salah Abd al Fattah al-Khalidi.( 1994 ) . Mafatih li al-Taamul maa alQuran.Dimashq : Dar al-Qalam.
Surur Shihabuddin al Nadawi .( 2004 ).Ilmu Tajwid : Menurut Riwayat Hafs an asim
melalui tariq al-Shatibi.Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

24