You are on page 1of 19

Keseimbangan

pendapatan
negara dan dasar
fiskal (2)

DASAR FISKAL

Dasar fiskal atau dasar belanjawan


merujuk kepada langkah kerajaan
mengubah tingkat perbelajaan
kerajaan dan struktur atau kadar cukai
Matlamat dasar fiskal adalah untuk
mencapai tingkat guna tenaga penuh,
kestabilan tingkat harga umum dan
pertumbuhan ekonomi yang mampan
Alat dasar fiskal terdiri daripada alat
pemantap automatik dan dasar fiskal
budi bicara

1) Alat pemantap automatik


Alat pemantap automatik ialah instrumen cukai dan
perbelanjaan kerajaan yang sedia ada dan akan berubah
secara automatik selaras dengan keadaan ekonomi
semasa untuk menstabilkan tingkat pendapatan negara
Pemantap automatik bertujuan mengurangkan keadaan
turun naik ekonomi yang disebabkan kitaran perniagaan
a) semasa ekonomi meleset, pemantap automatik akan
mengurangkan kemelesetan ekonomi
b) Semasa ekonomi melambung, pemantap automatik akan
mengurangkan keadaan melambung tersebut
Alat pemantap automatik adalah seperti berikut:
a) cukai berkadar dan cukai progresif
b) bayaran pindahan kerajaan

Cukai berkadar dan cukai progresif

Cukai berkadar dan cukai progresif menyebabkan


jumlah cukai yang dikenakan bertambah apabila
pendapatan bertambah dan sebaliknya

Sebagai Contoh :
Semasa ekonomi melambung, pendapatan
individu cenderung meningkat. Cukai progresif
mengawal kenaikan pendapatan individu melalui
pengenaan kadar cukai yang lebih tinggi.
- Kesannya, perbelanjaan agregat berkurang dan
aktiviti ekonomi dikurangkan

Bayaran pindahan kerajaan

Bayaran pindahan kerajaan ialah bantuan kewangan


kerajaan kepada rakyatnya.
Contoh bayaran pindahan ialah skim elaun
pengangguran
Sebagai contoh :
semasa ekonomi meleset, ramai pekerja akan
kehilangan pekerjaan dan pengganguran meningkat. Di
bawah skim elaun pengganguran, kerajaan akan
memberi bantuan kewangan secara tetap kepada
penggangur sehingga mereka berjaya mendapat
pekerjaan.
- pemberian bantuan kewangan demikian dapat
mengurangkan kemerosotan perbelanjaan agregat
akibat pengganguran di negara tersebut

2) Dasar fiskal budi bicara

Dasar fiskal budi bicara ialah usaha kerajaan


melakukan perubahan terhadap cukai dan
perbelanjaan kerajaan
Terdapat 3 cara untuk melaksanakan dasar
fiskal budi bicara, iaitu :
a) mengubah perbelanjaan kerajaan sahaja
b) mengubah cukai sahaja
c) mengubah perbelanjaan kerajaan dan
cukai secara serentak

Perubahan perbelanjaan kerajaan


Kerajaan boleh mengurang atau
menambahkan perbelanjaannya untuk
mencapai matlamat tingkat guna
tenaga penuh tanpa inflasi dan
pertumbuhan ekonomi yang mampan
Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada
perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan

Perubahan cukai
Perubahan cukai meliputi perubahan
terhadap struktur atau kadar cukai
Kerajaan boleh menambah atau
mengurangkan kadar cukai,
memansuhkan cukai atau
memperkenalkan cukai baru

Perubahan perbelanjaan kerajaan


dan cukai secara serentak
Perbelanjaan kerajaan dibiayai melalui hasil kutipan
cukai.
Hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil
cukai adalah seperti berikut :
a) Jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil cukai,
kerajaan menjalankan dasar fiskal/belanjawan
kurangan
b) Jika perbelanjaan kerajaan kurang daripada hasil cukai,
kerajaan menjalankan dasar fiskal/belanjawan lebihan
c) Jika perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil cukai,
kerajaan menjalankan dasar fiskal/belanjawan
terimbang

JURANG KELUARAN KNK,


LOMPANG DEFLASI DAN
LOMPANG INFLASI

JURANG KNK

Jurang KNK ialah perbezaan antara


keseimbangan pendapatan negara sebenar
dengan keseimbangan pendapatan negara
potensi atau pendapatan negara pada tingkat
guna tenaga penuh
Jurang KNK=pendapatan negara sebenar pendapatan negara
potensi

Jurang KNK adalah positif sekiranya


keseimbangan pendapatan negara sebenar
melebihi pendapatan negara potensi, iaitu.
Keadaan ini menunjukkan pengembangan
ekonomi. Kos pengeluaran meningkat dan
mewujudkan tekanan inflasi

Contoh rumus
Ekonomi 3 sektor
AE=1000+0.75Y
Y=5000

Dengan,
AE=perbelanjaan agregat sebenar
Y=keseimbangan pendapatan negara potensi
Semua nilai adalah dalam RM Juta
Hitung :
a) Tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar
b) Jurang KNK

Penyelesaian
Y=AE
5000
Y=1000+0.75Y
-RM1000juta
Y - 0.75Y= 1000
0.25Y= 1000
Y= 1000
0.25
Y=RM4000 Juta
a)

b) jurang KNK=4000-

Latihan
S+T = -200+0.1Y
I+G = 100
Y = 1500
Dengan,
S= tabungan
T= cukai sekali gus
I= Pelaburan
G= perbelanjaan kerajaan
Y= keseimbangan pendapatan negara potensi
HITUNG :
a) Nilai pengganda
b) Tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar
c) Jurang KNK

LOMPANG DEFLASI

Lompang deflasi ditakrifkan sebagai


kurangan perbelanjaan agregat pada
tingkat pendapatan negara potensi
(pendapatan negara guna tenaga penuh)
Lompang deflasi berlaku apabila
perbelanjaan agregat sebenar kurang
daripada perbelanjaan agregat potensi
Lompang deflasi juga berlaku apabila
wujud kurangan suntikan berbanding
dengan bocoran pada tingkat
pendapatan negara potensi

LOMPANG INFLASI

Lompang inflasi ditakrifkan sebagai


lebihan perbelanjaan agregat pada
tingkat pendapatan negara potensi
(pendapatan negara guna tenaga
penuh)
Lompang inflasi berlaku apabila
perbelanjaan agregat sebenar
melebihi perbelanjaan agregat potensi
Lompang inflasi juga berlaku apabila
wujud lebihan suntikan berbanding
dengan bocoran pada tingkat
pendapatan negara potensi

You might also like