You are on page 1of 1

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada


klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga,
supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan :


Kata hubung pancangan
Contoh
Agar
Saya berharap agarkamu dapat dating
Apabila
Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa
Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
Biarpun
Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam
hal ini
Hingga
Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika
Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
Kecuali
Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana
Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika
Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
Lantaran
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala
Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
Meskipun
Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul
lapan
Sebelum
Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri
dan ke kanan dahulu
Sejak
Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
Sehingga
Kamu hendaklah menyiapkan kerja
sekolahsehingga habis
Sekiranya
Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
Selagi / seraya
Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak
Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak
teratur
Sementara
Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan
SPM
Setelah
Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
Selama
Selama ini saya mencari kamu
Tatkala
Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
Sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
Yang
Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
Jikalau
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
Andai
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk
Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu

You might also like