P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU BUAH-BUAHAN TEMPATAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU BUAH-BUAHAN TEMPATAN

5.0

|Views: 7,935|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Sepintas Lalu
Permintaan terhadap buah-buahan tempatan semakin meningkat sama ada bagi pasaran tempatan ataupun luar negara. Hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan Pengkebunan MARDI (Mardi's Horticulture Research Centre) mendapati jumlah eksport buah-buahan tempatan telah meningkat daripada RM 142 million pada 1990 kepada RM 225 million pada 1996 dan meliputi 10-15% jumlah hasil pengeluaran buah-buahan tempatan Kerajaan menganggarkan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 12,000 hektar kawasan tanaman limau untuk mengelakkan buah-buahan itu terus diimport bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. Malaysia telah mengimport kira-kira 100 juta tan limau yang bernilai RM 110 juta pada tahun 1996. Nilai tersebut merupakan 2 kali ganda berbanding dengan pada 1990. Sehingga tahun 2000, 7,032 kawasan tanah di Malaysia diusahakan dengan projek tanaman limau.Jumlah tersebut hanya merupakan 3% daripada keseluruhan kawasan tanaman buah-buahan seluas 262,113 hektar.Kawasan penanaman limau turut meningkat sehingga 6,466 hektar pada 1998 sejajar dengan peningkatan pengeluaran limau tempatan.Di antaranya hanya 750 hektar dan 2,140 hektar sahaja adalah kawasan penanaman buah limau kasturi dan limau manis manakala di Sabah pula hanya 890 hektar tanah penanaman buah limau sahaja. Di Malaysia, jumlah hasil pengeluaran buah sitrus meningkat dari 24,780 tan metrik pada tahun 1995 kepada 32,000 tan metrik tahun 2000. Sebaliknya, jumlah pengeluaran buah sitrus seluruh dunia pula meningkat dari 9.2 juta tan metrik pada 1995 kepada 10.3 juta tan metrik. Peningkatan pengeluaran buah sitrus tempatan adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan pasaran terhadap buah segar manakala peningkatan pengeluaran buah sitrus dunia mungkin disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap produk jus buah sitrus. Buah-buahan tempatan biasanya digunakan secara segar dan jarang diproses untuk produk makanan yang bernilai lebih tinggi dan tahan lama.Ini disebabkan oleh kekurangan penyelidikan pemprosesan makanan yang menggunakan buahbuahan tempatan. Akibatnya banyak buah-buahan dibiarkan rosak dalam musim pengeluaran yang berlebihan. Industri pemprosesan makanan di Malaysia adalah bersifat primitif dengan pengetinan buah nanas masih merupakan buah utama yang diproseskan. Pemprosesan buah-buahan lain dijalankan secara skala kecil dan hanya terhad kepada belimbing, jambu batu, betik dan rambutan. Kebanyakan buah-buahan tempatan mudah rosak dan mempunyai hayat penyimpanan pendek mengakibatkan pengedarannya terbatas. Di antara produk makanan yang biasa dihasilkan ialah buah dalam tin, jus, jem, jeli, kordial, halwa dan jeruk. Untuk mempelbagaikan produk, MARDI telah memulakan penyelidikan ke atas pemprosesan buah-buahan tempatan yang agak kurang kegunaannya.

Industri Buah Sitrus
Buah sitrus yang biasanya ditanam di Malaysia ialah limau manis (Citrus sinensis Osbeck), limau langkat (Citrus reticulate Blanco), limau nipis (Citrus aurantifolata Swingle), limau kasturi (Citrus microcarpa Bunge) dan limau besar (Citrus grandis Osbeck). Limau kasturi dan limau manis dikategorikan sebagai tanaman sampingan yang kurang penting dalam sektor pertanian dan tiada statistik yang terperinci tentang kedua-dua buah ini. Hasilan pengeluaran keduadua jenis buah tersebut dimasukkan dalam kategori buah sitrus yang lain. Buah sitrus tempatan biasanya dimakan secara segar dan jarang digunakan untuk tujuan pemprosesan. Misalnya, limau manis dan limau langkat merupakan buah pencuci mulut yang popular manakala limau nipis dan limau kasturi digunakan untuk tujuan memasak. Selama ini, petani buah sitrus di negara ini terdedah kepada turun-naik harga yang teruk akibat daripada perubahan corak bekalan dan permintaan yang tidak tetap.Dengan mempelbagaikan penggunaan buah sitrus dalam industri pemprosesan makanan dapat menstabilkan harga dan pengeluarannya. Pengawetan buah sitrus dalam bentuk jem, jeli dan marmalad merupakan suatu industri pemprosesan makanan yang popular di negara pengeluaran buah sitrus. tetapi merupakan industri kurang penting di Malaysia. Tambahan pula, buah sitrus adalah buah bukan klimaterik yang boleh disimpan dengan agak lama .Semakin lama disimpan semakin banyak air akan hilang daripada buah dan nilai komersialnya menurun. Dengan ini, buah sitrus perlu diproseskan untuk mengurangkan kerugian begini. Buah sitrus amat berpotensi untuk diproseskan menjadikan produk puri, jus, minuman sejuk, jeruk, kordial, pekatan jus,skuasy, acar buah-buahan dan bebola buah. Eksport buah segar lazimnya hanya terhad kepada kawasan atau negara terdekat sahaja kerana masalah buah segar yang cepat rosak dan tempoh penyimpanan yang pendek Akan tetapi buah terproses tidak mempunyai masalah tersebut malahan dapat dieksportkan ke negara yang lebih juah dengan harga yang lebih stabil dan baik

Status Industri Buah-buahan Masa Kini
• Penggunaan per kapita buah-buahan di Malaysia meningkat daripada 49.9 kg pada 1995 kepada 53.5 kg pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai 64.8 kg pada 2005. Peningkatan ini dikaitkan dengan penambahan pendapatan perseorangan, kesedaran pengguna tentang nilai pemakanan buah-buahan dan kemudahan untuk mendapat pelbagai jenis buah-buahan sama ada buah-buahan diimport ataupun buah-buahan tempatan .Buah-buahan tersebut termasuklah buah-buahan segar, terproses dan terawet.Peningkatan permintaan buahbuahan tempatan adalah disebabkan perubahan tabiat pemakanan pengguna yang lebih mengutamakan kesihatan, rasa buah segar dan semulajadi . Statistik tersebut menunjukkan penggunaan buah-buahan per kapita di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan Negara Barat yang maju. Penggunaan buah-buahan per kapita di Amerika Syarikat ialah 133.68 kg pada 1997 (USDA, 1998), Australia 87.4 kg pada 1998 (Agra Europe Ltd., 1999a), Holland 146 kg, Jerman Barat 138.8 kg, Itali 129.5 kg dan Switzerland 130.4 kg (Bala kumar, 1999).Ini menunjukkan bahawa potensi pasaran buah-buahan di Malaysia adalah besar dan masih boleh dikembangkan lagi.

Kementerian Pertanian telah mengumumkan perlaksanaan langkah jangka pendek yang berupaya meningkatkan pengeluaran buah-buahan segar sebanyak 150,000 tan metrik setiap tahun. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan pengeluaran makanan dalam negara secara lebih profesional bagi meningkatkan bekalan makanan tempatan dan menurunkan harga bahan makanan.

Masalah Industri Buah-buahan Tempatan
Industri buah-buahan tidak menerima perhatian yang mencukupi daripada pihak kerajaan. Selama ini, tanaman yang bernilai komersial lebih tinggi seperti koko, kelapa sawit, getah dan padi lebih dipentingkan. Ini dapat diperhatikan melalui kebanyakan usaha MARDI difokuskan kepada tanaman tersebut manakala PORIM menumpukan penyelidikan kepada kelapa sawit. Walaupun terdapat masa depan yang cerah untuk industri buah-buahan berikutan dengan peningkatan permintaan sama ada di pasaran domestik atau luar tetapi tidak bermakna industri buah-buahan tempatan dapat ikembangkan dengan pesat.Ini berkait dengan kurang minat daripada individu untuk mengusahakan tanah yang terbiar, harga buah-buahan yang tidak stabil dan kesukaran untuk mendapat bantuan kewangan daripada bank dan institusi kewangan (Jabatan Pertanian Malaysia, 1998a). Masalah pasaran juga mengehadkan pengembangan industri buah-buahan tempatan. Pihak pengeksport buah-buahan tempatan kurang berminat untuk mempraktikkan teknologi lepas tuai untuk menjagakan kualiti buah semasa pengangkutan di samping meningkatkan nilai komersial buah-buahan menyebabkan harga buah-buahan ini tidak begitu tinggi di pasaran luar. Harga buah rendah berpunca daripada penyelenggaraan atau pengawasan yang lemah dan buah tidak dapat digredkan dengan baik.

• •

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->