P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU SEKOLAH

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU SEKOLAH

4.71

|Views: 12,085|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Isu 1.

Program Keceriaan Sekolah
Pengenalan

1. Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan
kecintaan serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. 3. Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. 1. Objektif Program Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan sekolah. Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap institusi pendidikan mereka. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah. Menjadikan kawasan sekolah selesa hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran di kalangan pelajar. Perancangan Strategik Program

2. 3.
4.

5.

1. Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan. 2. Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .

3. Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform. 4. Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan. 5. Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat dan laluan pelajar. 6. Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak. 7. Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkan kemudahan untuk keselesaan pelajar. 8. Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah. 9. Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayati slogan seperti “Sekolah Ku Rumah Ku” , “Cintailah Sekolah Kita” dan sebagainya dikalangan warga sekolah. 10. Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasan pembersihan dengan lebih baik. 11. Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan sekolah. 12. Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.

13. Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. 14. Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royong
membersih kawasan sekolah di kalangan warga sekolah. Antara aktiviti kempen keceriaan termasuklah mengadakan Pertandingan Taman Cantik dan Ceria. Kempen Sumbangan Pokok di kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi di setiap taman,mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah,membina arca di kawasan taman,membina menara jam,membina kolam dan air terjun dan membina laluan berbumbung di kawasan taman dan membina Taman Herba baru. Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas

1. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat

dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria. 2. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3. Pihak sekolah perlu memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas. 4. Pihak sekolah mampu menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dengan setiap bilik darjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing. Pertandingan seperti ini mampu membina rasa tanggungjawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam kelas lantas membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas.Pertandingan ini juga memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan serta menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah. Keceriaan Sekolah Melalui Program 3K

1. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam
Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 12 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberin impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolahsekolah di seluruh negara. 2. Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan.Pihak sekolah melahirkan rasa bangga dan gembira apabila mendapati melalui program ini, usaha mereka menggerakkan program pembangunan di sekolah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi lain yang berkaitan. 3. Berdasarkan laporan program 3K untuk tahun 2003, didapati tahap keindahan, keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah adalah baik.Namun, tahap kebersihan dan keselamatan harus dipertingkatkan lagi.

4. Program 3K telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik apabila ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurang dan prestasi akademik meningkat. 5. Melalui program itu juga kerja berpasukan di kalangan pihak sekolah dan kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan. 6. Program 3K bagi kategori Juara-Juara iaitu untuk sekolah yang pernah menjadi juara 3K telah berjaya mengerakkan sekolah-sekolah itu semula mengadakan pelbagai program menarik bagi menambahkan keceriaan di sekolah masing-masing. 7. Namun begitu,berdasarkan laporan panel penilai untuk kategori juara-juara, didapati 60 peratus daripada sekolah-sekolah yang dinilai tidak dapat mengekalkan budaya 3K.Ini kerana kebanyakan pengetua, guru besar serta guru-guru yang bertugas semasa sekolah itu menjadi juara telah bertukar atau bersara maka mereka memerlukan masa untuk menggerakkan semula program itu semula.Panel penilai juga mendapati 50 peratus daripada sekolah yang dinilai telah berubah dari segi fizikal kerana pembangunan dan ruang untuk landskap juga amat terhad. 8. Namun berkat kerjasama semua warga sekolah iaitu guru, kakitangan sokongan dan pelajar yang sanggup berkorban masa untuk menyiapkan semua tugasan yang diberi akhirnya membantu sekolah membuat persediaan itu dengan baik. Selain itu, kerjasama dan kemurahan hati pihak berkuasa tempatan yang membekalkan anakanak benih pokok bunga serta mengangkut sampah turut membantu pihak pentadbir sekolah menghadapi penilaian semula program 3K dengan hati yang agak tenang pihaknya kini memberi tumpuan yang lebih kepada aspek keselamatan. 9. Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponen utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal.Antara objektifnya ialah untuk meningkatkan kefahaman terhadap tatacara dalam menghadapi isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka di sekolah. 10. Program 3K memberikan banyak manfaat ke arah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara.Sekolah-sekolah yang menyertai program 3K didapati kurang menghadapi masalah disiplin di kalangan para pelajarnya.Selain itu, guru-guru juga lebih cenderung untuk kekal lama di sekolah berkenaan dan ibu bapa pula lebih berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang menyertai program itu kerana yakin dengan keupayaannya mendidik anak-anak mereka. 11. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuan sekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian sekolah berkenaan. 12. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman dan landskap di kawasan sekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keupayaan mereka sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri apabila dilantik mengetuai sesuatu projek. 13. Selain itu , melalui aktiviti 3K juga pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih mesra sekaligus menjalin hubungan baik di antara mereka dan memudahkan pelaksanaan segala urusan berkaitan pendidikan di sekolah itu.

Contoh Sekolah Yang Menyertai Program 3K 1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah merupakan antara sekolah yang menyertai Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) bagi tahun 2003 Pengetuanya, Maridah Mohd. Yusof berkata, sejak dicalonkan sebagai peserta program 3K, pencapaian dan peningkatan sekolahnya sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum mahu pun pembangunan fizikal sekolah, menunjukkan lonjakan yang ketara.

2. Lonjakan dari segi pencapaian dalam beberapa bidang itu adalah hasil sokongan
3.

4. 5.

6.
7.

8.

moral dan material pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan pelajar sekolah itu. "Namun, walau apa pun yang kami laksanakan menerusi program 3K ini, matlamat utama dan terakhir kami ialah kemampuan pelajar kami mengejar kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka,'' Antara pencapaian membanggakan SMK Tunku Kurshiah sejak pelaksanaan program 3K di sekolah itu ialah apabila dipilih sebagai penerima dua Anugerah Kurikulum Cemerlang Sekolah Harian Biasa pada 13 April 2003. Sejak program 3K dilaksanakan di sekolah itu, masalah pelajar yang ponteng dari kelas tambahan atau program motivasi tidak lagi berlaku sepanjang tahun lalu, sebaliknya berlaku peningkatan dari segi kehadiran. Caranya ialah dengan mengadakan kelas tambahan atau program motivasi bersama program 3K yang diminati oleh pelajar bermasalah seperti program taman dan berkebun."Jadi, mereka akan datang untuk dua tujuan, kelas tambahan atau motivasi dan juga program 3K,'' jelas pengetua SMK Tunku Kurshiah. Antara kejayaan kokurikulum yang diraih oleh sekolah itu ialah muncul johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris bagi merebut piala Tan Sri Abdul Rahman Arshad peringkat daerah Kuala Pilah pada 22 April 2003. Selain itu, SMK Tunku Kurshiah turut muncul johan bagi peringkat daerah Kuala Pilah dalam Pertandingan Pengucapan Umum pada 26 Mac di samping meraih tempat kedua bagi Pertandingan Kawad Kaki Daerah pada 16 April. Sebagai peserta program 3K sekolah itu menerima bantuan serta sokongan semua pihak terbabit bagi program penambah baikkan dan pembangunan fizikal sekolah tersebut.Kementerian Pendidikan menerusi Bahagian Sekolah sehingga kini telah menghulurkan bantuan sebanyak RM195,000 bagi pembangunan fizikal sekolah termasuk mengecat keseluruhan bangunan sekolah, membina tembok baru, tangga dan juga menurap jalan.JPN Negeri Sembilan turut memberikan bantuan kewangan bagi membaiki bilik guru, menaik taraf beberapa jalan di dalam kawasan sekolah dan juga membaiki pintu pagar yang sering roboh akibat hakisan air hujan.

9. Maridah berkata, `kebaikan' paling ketara yang dapat dilihat sejak sekolah itu
melaksanakan program 3K ialah hubungan antara pihak sekolah dan PIBG yang semakin intim.Ini terbukti dengan peningkatan bilangan ahli PIBG yang menghadiri mesyuarat agung daripada 68 orang pada tahun 2001 kepada 287 orang pada tahun ini, kata Maridah. "PIBG juga telah menyumbang sebanyak RM7,000 untuk pembangunan dan keceriaan sekolah dan ini menunjukkan bahawa sokongan PIBG terhadap program 3K ini sangat menggalakkan,'' katanya. 10. Secara keseluruhannya, Maridah berkata, sehingga penghujung tahun lalu, SMK Tunku Kurshiah telah menerima bantuan berjumlah RM348,000 daripada pelbagai pihak bagi menjayakan program 3K di sekolah itu. "Ini merupakan sokongan material yang padu kepada sekolah ini dalam usaha menjayakan program 3K,'' katanya. 11. Menyentuh mengenai keindahan sekolah itu, Maridah berkata, SMK Tunku Kurshiah kini tidak lagi mempunyai kawasan terbiar apabila sebanyak 24 buah taman yang ditanam dengan pelbagai jenis tanaman di samping 10 buah kebun pelbagai jenis sayur diwujudkan di sekolah itu. Pengurusan taman yang dihiasi dengan tanaman bunga dan herba serta kebun sayur itu bukannya dibuat oleh tukang kebun terlatih tapi dilakukan sendiri oleh guru dan pelajar sekolah itu. 12. Sehubungan dengan program 3K juga, katanya, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu projek khas iaitu Projek Kebun Limau Bertingkat yang melibatkan penanaman sebanyak 250 batang limau kasturi, 50 batang limau purut dan 70 batang limau nipis.Projek khas itu juga dikenali sebagai Kebun Limau Dalam Taman Seri Wangi kerana kedudukannya yang terletak di sekeliling kawasan tangki kumbahan najis. 13. Mengulas mengenai pelaksanaan program 3K di sekolah itu, Maridah berkata, perkara utama yang dilakukan oleh pihaknya setelah terpilih ialah memberi tumpuan ke arah meningkatkan serta mengemas kini beberapa program berkaitan yang telah sedia ada.Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh sekolah itu dan mempunyai hubung kait dengan program 3K ialah program Sekolahku Rumahku dan program Kebersihan Sekolah.

Isu 2. Sekolah Bestari

PROJEK sekolah bestari yang dimulakan secara rintis pada 1998 akan dikembangkan kepada lebih 8,000 buah sekolah seluruh negara mulai tahun 2002 ekoran berakhirnya tempoh percubaannya di 90 buah sekolah seluruh negara.

1. TEKNOLOGI Maklumat bukanlah segala-galanya dalam pelaksanaan konsep sekolah
bestari. Memang benar TM memainkan peranan penting dalam proses sekolah bestari, tetapi teknologi semata-mata bukanlah penentu kejayaannya. Sebaliknya, teknologi hanya menyumbang kepada proses mentranformasikan konsep sekolah tradisi atau konvensional kepada sekolah bestari. 2. Unsur-unsur insaniah dan kemahiran masih tetap menjadi keutamaan. Sebenarnya, sistem sekolah bestari di seluruh negara bergantung kepada TM di peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan. 3. Di peringkat sekolah, kejayaan sesebuah sekolah bestari bermula dengan melengkapkan sekolah tersebut dengan teknologi yang sesuai meliputi lapan aspek utama iaitu: • Perisian kursus multimedia dan kemudahan persembahan dalam bilik darjah dengan menggunakan mel elektronik atau bahan rangkaian untuk tugasan kolaboratif. • Perpustakaan atau pusat media yang dilengkapi dengan pangkalan data perisian kursus multimedia dan sumber rangkaian seperti akses ke internet. • Makmal komputer yang mempunyai peralatan multimedia dan audio visual untuk pengajaran mata pelajaran seperti pengajian komputer. • Pusat pembangunan multimedia yang dilengkapi dengan perisian untuk membina bahan multimedia dengan pelbagai tahap kecanggihan. • Studio atau teateret yang mempunyai bilik kawalan berpusat untuk mengawal peralatan audio visual, persidangan video atau prebiu bahan audio, video atau DVD.

• • •

Bilik guru yang dirangkaikan kepada katalog perisian kursus, pangkalan data, sistem pengurusan maklumat dan sumber dan alat rangkaian profesional. Pejabat pentadbiran dilengkapi dengan perisian yang dapat mengurus pangkalan data pelajar dan kemudahan sekolah, mengesan prestasi pelajar dan guru atau bahan sumber dan mengesan edaran notis. Bilik pelayan dilengkapi dengan peralatan pengendalian aplikasi pengurusan pusat data, pelayan web yang bercirikan keselamatan serta membolehkan pangantaramuka telekomunikasi dan akses kepada sumber rangkaian.

4. Penggunaan teknologi memberi ruang kepada sekolah mendapatkan sumbersumber luar dan pada masa yang sama menjadikan sekolah lebih mudah diakses oleh komuniti. Sumber luar termasuk perpustakaan awam, universiti, syarikat, pertubuhan industri, muzium dan sebagainya.Komuniti dapat menggunakan sekolah sebagai pusat untuk pendidikan berterusan. Selain sekolah, pelaksanaan sekolah bestari juga melibatkan interaksi di peringkat daerah. Dalam konteks ini, pejabat dengan pendidikan daerah (PPD) akan mengendalikan rangkaian komunikasi selamat sekolah dan daerah dan juga antara negeri dengan pusat. Daerah juga mengendalikan rangkaian data termasuk rekod pentaksiran, sumber manusia, kewangan dan pengawalan keselamatan. Di peringkat kebangsaan atau pusat pula, rangkaian antara sekolah bestari Kementerian Pendidikan adalah melalui rangkaian terbuka dan selamat. Dengan

5. dengan cara

ini, sumber-sumber pendidikan boleh diakses bagi tujuan tugasan kolaboratif dan pada masa yang sama proses mengakses bahan yang sulit dan peribadi dapat dikawal. Wadah pusat kebangsaan yang boleh diakses pelbagai institusi pendidikan juga diwujudkan. Dengan itu, maklumat tentang Kementerian Pendidikan dan kerajaan pusat dapat diakses dengan mudah. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah ideal untuk dijadikan tempat wadah pusat ini kerana wujudnya infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan berwibawa. Di MSC, wadah pusat ini akan dapat disambung ke daerah dan negeri dengan mudah di samping pautan ke peringkat antarabangsa. 6. Selain itu Telekom Smart School (TSS) juga berperanan membantu perkembangan sekolah bestari melalui:

Penyediaaan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran utama iaitu:  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Sains  Matematik

• •

Sistem pengurusan sekolah bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran berikut:  Pentadbiran sekolah  Pengurusan hal ehwal murid  Pengurusan sumber pendidikan Infrastruktur teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem dan peralatan bukan berteknologi komunikasi (IT). Integrasi sistem bagi memastikan kesepaduan berikut:  antara sistem pengurusan sekolah, bahan pengajaran dan pembelajaran dan infrastruktur teknologi dalam sekolah rintis dan pusat data.  antara proses dalam sistem pengurusan sekolah.  antara proses dalam bahan pengajaran dan pembelajaran.  antara sistem pengurusan sekolah bestari dan bahan P&P. Khidmat sokongan, iaitu perkhidmatan meja bantuan dan penyelenggaraan serta sokongan. Kepakaran terkini dan pengurusan sistematik serta keberkesanan projek .

• •

Sekolah Bestari Tingkatkan Keupayaan IT Pelajar Luar Bandar KONSEP pendidikan bestari yang dilaksanakan di sekolah kategori B berjaya meningkatkan keupayaan teknikal pelajar luar bandar menggunakan komputer serta mengakses Internet.Penyelaras Teknologi Maklumat (IT) Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu, Wan Azhari Wan Awang berkata, keupayaan pelajarnya terhadap perkembangan IT kini jauh lebih baik berbanding sebelum konsep bestari diperkenalkan di sekolah itu. Pencapaian itu katanya, berjaya merapatkan jurang digital pelajarnya dengan pelajar sekolah bandar.Saya akui keupayaan pelajar sekolah ini menggunakan komputer masih rendah berbanding pelajar di bandar.Tetapi sejak konsep bestari diperkenalkan di sekolah ini, keupayaan itu dapat ditingkatkan,'' katanya.SMK Matang merupakan satusatunya sekolah bestari yang menggunakan antena 2.4 meter di Malaysia. Lokasi sekolah di pedalaman menyebabkan tidak dapat menerima talian biasa yang dibekalkan di sekolah bestari lain.Sekolah itu kini mempunyai 1,384 pelajar tingkatan satu sehingga lima. Sementara itu, pengetua SM Raja Permaisuri Bainun, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak, Abdul Ghani Mohd Niza berkata, pelajar sekolahnya kini semakin baik menggunakan komputer. Menurutnya, sekolah itu dibekalkan dengan 31 buah komputer dan sungguhpun tidak mencukupi tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).Jumlah pelajar kini ialah 625 orang dan sistem giliran diperkenalkan untuk memberi peluang kepada semua pelajar menggunakan kemudahan itu,'' katanya.Tambahnya, setiap kelas bergilir-gilir menggunakan makmal komputer untuk tujuan P&P.Terdapat empat mata pelajaran bestari iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Oeh kerana kekurangan komputer maka pelajar tidak boleh memasuki kelas bestari setiap hari. Ini bermakna jika kelas A menggunakan makmal untuk P&P Bahasa Melayu hari ini maka esok, kelas lain pula akan menggunakannya. Pengetua SMK Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, Bajuri Abdullah pula berkata, pelaksanaan konsep sekolah bestari di sekolahnya berjalan lancar mengikut jadual serta banyak membantu pelajar menambah pengetahuan.Sekolah kini berada dalam fasa ketiga dan keempat pelaksanaan konsep sekolah bestari,'' ujarnya. Mengulas kelemahan sekolah bestari, katanya, setakat hari ini sama seperti sekolah kategori B yang lain iaitu kemudahan komputer tidak mencukupi.Beliau berkata, jumlah komputer yang dibekalkan di makmal ialah 21 buah manakala jumlah keseluruhan pelajar adalah kira-kira 1,800 orang.Dari segi nisbah sudah tentu tidak sesuai tetapi pihak sekolah berusaha memberi yang terbaik kepada pelajar dengan mewujudkan sistem giliran,'' katanya. Kelemahan yang sama turut wujud di SMK Jitra, Kedah tetapi tidak mengganggu proses perkembangan pendidikan bestari di sekolah itu.Pengetuanya, Abdullah Yunus berkata, sekolahnya menerima 39 buah komputer dan 21 buah daripadanya digunakan untuk P&P. Tentulah jumlah ini tidak mencukupi kerana sebuah kelas mempunyai lebih 35 pelajar,'' katanya sambil memberitahu jumlah pelajar sekolah itu kini seramai 1,660 orang. Justeru katanya, sebuah komputer akan dikongsi oleh dua pelajar pada satu-satu masa pembelajaran.Mengenai keupayaan guru, katanya mereka mempunyai keinginan belajar

dan pengetahuan IT yang baik./ni kerana katanya, guru sudahpun menerima latihan dan pendedahan IT menerusi kursus yang diadakan oleh pihak kementerian.

SENARAI SEKOLAH BESTARI PERINTIS 1999

PERLIS 1 2 KEDAH 3 4 5 6 7 8 PULAU PINANG 9 10 11 PERAK 12 13 SMK King Edward VII, Jalan Muzium Hulu, 34000 Taiping, PERAK DARUL REDZUAN SM Clifford, 33009 Kuala Kangsar, PERAK DARUL REDZUAN Sekolah Abdullah Munsyi, Jalan P. Ramlee, 10460 PULAU PINANG SMK Dato Onn, Bagan Ajam, 13000 Butterworth, PULAU PINANG SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Prai, PULAU PINANG SMK Jitra, 06000 Jitra, KEDAH DARUL AMAN SMK Agama Baling, 09100 Baling, KEDAH DARUL AMAN SMK Sultan Badlishah, 09000 Kulim, KEDAH DARUL AMAN SM Sultan Abdul Halim, 06009 Jitra, KEDAH DARUL AMAN SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, 08000 Sg. Petani, KEDAH DARUL AMAN SM Sains Pokok Sena, 06400 Pokok Sena, KEDAH DARUL AMAN SMK Derma, 01000 Kangar, PERLIS INDERA KAYANGAN SM SAINS Tuanku Syed Putra, Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, PERLIS INDERA KAYANGAN

14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 SELANGOR 36 37 38 39 40 41

SMK Seri Perak, 36008 Teluk Intan, PERAK DARUL REDZUAN SMK Tengku Menteri, 34850 Changkat Jering, Taiping, PERAK DARUL REDZUAN SMK Raja Permaisuri Bainun, 30020 Ipoh, PERAK DARUL REDZUAN SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Jalan Taman Tasek, 34009 Taiping, PERAK DARUL REDZUAN Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Jalan Sultan Azlan Shah, 30740 Ipoh, PERAK DARUL REDZUAN Kolej Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, PERAK DARUL REDZUAN SM Sains Teluk Intan 36010 Teluk Intan PERAK DARUL REDZUAN SMK Victoria, Jalan Hang Tuah, 55200 KUALA LUMPUR SMK Taman Tun Dr Ismail, Jalan Leong Yew Koh, Taman Tun Dr Ismail, 60000 KUALA LUMPUR SMK Aminuddin Baki, Jalan Kg.Pandan, 55100 KUALA LUMPUR Sekolah Alam Shah, Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, 56000 KUALA LUMPUR Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer, 51200 KUALA LUMPUR SM Sains Selangor, Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, 56000 KUALA LUMPUR SM Seri Bintang Utara SM Seri Bintang Selatan SK Seri Bintang Utara SK Seri Bintang Selatan SM Putrajaya Presint 8 SK Putrajaya Presint 8 SK Putrajaya Presint 9 SM Seri Permai SK Seri Permai SMK (P) Sri Aman, Jalan 14/49, 46100 Petaling Jaya, SELANGOR DARUL EHSAN SMK Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam, SELANGOR DARUL EHSAN SMK Bandar Baru Bangi, Jln 2/1, 43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR DARUL EHSAN SMK Kuala Kubu Bharu, Jalan Padang Tembak, 44000 Kuala Kubu Bharu, SELANGOR DARUL EHSAN SMK Telok Datok, 42700 Banting, SELANGOR DARUL EHSAN Kolej Islam Sultan Alam Shah, Peti Surat 64, 41906 Klang, SELANGOR

KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA

DARUL EHSAN 42 43 44 NEGERI SEMBILAN 45 46 47 48 49 50 MELAKA 51 52 JOHOR 53 54 55 56 57 58 59 60 61 PAHANG 62 SMK Abdul Rahman Talib, Jalan Alor Akar, 25250 Kuantan, PAHANG SMK Dato' Penggawa Barat, Jalan Parit, Masjid Peti Surat 14, 82000 Pontian, JOHOR DARUL TAKZIM SMK (P) Temenggong Ibrahim, JKR 35, Jalan Tasik, 83000 Batu Pahat, JOHOR DARUL TAKZIM SMK Tun Habab, 81900 Kota Tinggi, JOHOR DARUL TAKZIM SMK Dato' Sri Amar Di Raja, Jalan Tunku Bendahara, 84000 Muar, JOHOR DARUL TAKZIM SM Sains Muar, Tanjung Agas, 84009 Muar, JOHOR DARUL TAKZIM SM Sains Johor, KM 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, JOHOR DARUL TAKZIM Sekolah Tun Fatimah, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM SM Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi ,JOHOR DARUL TAKZIM SMK Agama Segamat, KM 5, Jalan Genuang 85000, Segamat Baru JOHOR DARUL TAKZIM SMK Dato' Dol Said, 78000 Alor Gajah, MELAKA SM Sains Muzaffar Shah, Lebuh Air Keroh, 75450 MELAKA SMK Dato' Sedia Raja, 71309 Rembau, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SMK Bandar Baru Serting (FELDA), 72120 Bandar Baru Serting, Jempol, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SM Agama Persekutuan Labu, KM 11, Jln Labu, 71900 Labu, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Kolej Tunku Kurshiah, Jalan Tunku Kurshiah, 70400 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Sek. Dato Abdul Razak, Jln.Sikamat, 70400 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SM Sains Tuanku Jaafar, 72000 Kuala Pilah, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SM Agama Persekutuan Kajang, Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, SELANGOR DARUL EHSAN SM Sains Kuala Selangor, Pejabat Pos Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, SELANGOR DARUL EHSAN SMK Sungai Pusu, KM11, Jalan Gombak, 53100 KUALA LUMPUR

DARUL MAKMUR 63 64 65 66 67 TERENGGANU 68 69 70 71 KELANTAN 72 73 74 75 76 77 SABAH 78 79 80 81 82 83 84 SARAWAK 85 86 Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah Petrajaya, 93050 Kuching, SARAWAK Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Jalan Bunga Tanjong Dua, SMK Elopura, Peti Surat 1091, 90712 Sandakan, SABAH SMK Pengiran Omar, Peti Surat 29 89857, Sipitang, SABAH SMK Tenom, Peti Surat 195, 89908 Tenom, SABAH SMK Labuan, Peti Surat 81094, 87021 W.P Labuan, SABAH SM Sains Sabah, Beg Berkunci 116, 88999 Kota Kinabalu, SABAH SMS Labuan, Peti Surat 82206, 87032 W.P Labuan, SABAH SM Sains Lahad Datu, Beg Berkunci 18, 91108 Lahad Datu, SABAH SM Kamil, 16800 Pasir Putih, KELANTAN DARUL NAIM SM Dato Ahmed Maher, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bahru, KELANTAN DARUL NAIM SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, 16100 Pengkalan Chepa, KELANTAN DARUL NAIM SM Sains Machang, 18500 Machang ,KELANTAN DARUL NAIM SMKA Naim Libanat, Jln Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, KELANTAN DARUL NAIM SM Sains Pasir Putih, 16800 Pasir Putih, KELANTAN DARUL NAIM SMK Matang, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN SM Sains Sultan Mahmud, 21300 Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN SM Sains Dungun, 23000 Dungun, TERENGGANU DARUL IMAN SMK Agama Sheikh Abdul Malek, Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN SMK Seri Pekan, 26600 Pekan, PAHANG DARUL MAKMUR SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, KM12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR SM Sains Tengku Abdullah, KM 16 Jln Lipis, 27600 Raub, PAHANG DARUL MAKMUR SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, KM3, Jalan Temerloh, 27000 Jerantut, PAHANG DARUL MAKMUR Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, 26600 Pekan, PAHANG DARUL MAKMUR

Tanjong Lubang, 98009 Miri, SARAWAK 87 88 89 90 SMK Bahasa Malaysia, Peti Surat 51, 95407 Saratok, SARAWAK SMK Three Rivers, Jalan Oya, 96400 Mukah, SARAWAK SM Sains Kuching, Jalan Batu Kawa off Jalan Matang, 93050 Kuching, SARAWAK SM Sains Miri, Jalan Bakam, 98000 Miri, SARAWAK

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->